Tuesday 11 October 2011

preview Bisikan Kata Hati

Setelah beberapa minit berdiri di depan pintu, kunci ditangan digenggam erat. Baru sahaja ingin dicucuk tombol pintu dengan kunci yang ada ditangannya pintu sudah terbuka dahulu dari dalam. Dapat dilihat wajah tegang suaminya mecerlung tajam kearahnya.

“A..abang..Laila.”

“Seronok keluar dengan Hakim? Muka bukan main berseri-seri nampak.”sindir Aiman sebaik saja tubuh isterinya berada dihadapannya. Mendengar kata Laila tadi yang sedikit tergagap membuatkan hatinya bertambah yakin kalau Laila berbuat salah.

“Abang Tanya ni. seronok keluar dengan Hakim sampai lewat malam macam ni?”soalannya diulang semula. Namun melihat isterinya yang masih berdiam diri menyebabkan kesabarannya terbang macam angin. Serta- merta bayangan rakaman yang dilihat tengah hari tadi bagai menari-nari diruang matanya. Membuatkan dia sesak sendiri. Tanpa kesabaran, lengan isterinya direntap kasar dan ditarik tubuh isterinya agar membontotinya masuk ke dalam bilik.

“Abang…sakit la…”rungut Laila sambil berusaha melepaskan gengaman kuat pada lengannya. Terasa perit kerana diheret sebegitu, hampir-hampir dia tersadung di salah satu nak tangga gara-gara tarikan laju tangan suaminya itu. Matanya sudah berkaca, tak pernah suaminya melayannya seperti ini. Takkan la hanya sebab dia pulang lewat suaminya hendak mengamuk seperti ini. Dia punya alasan sendiri

Tombol pintu dipulas kasar. Tanpa melepaskan pegangan pada lengan isterinya, pintu bilik dikatup kuat. Mujur sahaja bilik mama papanya terletak agak jauh dari kamar mereka.

Bagai nak gugur jantung Laila mendengar hentaman kuat yang menerjah masuk ke lubang telinganya. “Abang…mama dengar nanti abang tutup pintu kuat-kuat macam tu.”

Tanpa mengambil pusing bebelan yang keluar dari mulut isterinya itu. Terus tangannya menarik kasar lengan isterinya dan ditolak isterinya keatas katil.

Tanpa dapat ditahan lagi air matanya merambu keluar dari matanya yang dari tadi sarat bertakung. Pinggangnya terasa sakit akibat terkena buju tajam katil mlik mereka. Kanapa tiba-tiba suaminya berubah kasar malam ni? dia tak mengerti. Pagi tadi elok sahaja mereka bergurau senda.


“Jawab soalan abang. Laila pergi mana sampai lewat malam macam ni baru teringat nak balik. Jangan kata Laila sesat sebab kafe yang Laila pergi tu depan pejabat je.”mata Aiman besinar garang.



"Jawab…”bergegar seluruh ruang bilik dengan suara lantang Aiman.

Laila kecut perut. Tak pernah seumur hidupnya melihat suaminya yang marah sebegitu rupa.

“Tadi…tadi Laila.”tak sempat menyudahkan ayat dia sudah dipintas terlebih dahulu

“Keluar dengan Hakim sampai lewat malam…itu jawapan yang Laila nak bagi kan?”tempelak Aiman sebelum mendengar keseluruhan ayatnya tadi. Dia tak perlu mendengar cerita karangan isterinya kerana dia pasti apa yang bermain dalam kepalanya.

Laila menggeleng laju mendengar kata-kata yang dilemparkan padanya. Makin membuak-buak air mata yang keluar mendengat cerita fitnah yang dilontarkan padanya “Tak…Laila tak…”

“Tak payah nak reka cerita la…Laila ingat abang akan percaya. Sebenarnya Laila pun sukakan jantan tu kan. Tu yang beria-ria nak keluar dengan dia tadi.”tuduh Aiman tanpa belas kasihan. Air mata yang keluar dari tubir mata isterinya langsung tak menyinggahkan rasa simpati dalam dirinya.

“Abang tak percayakan Laila?”soalan Laila memerangkap Aiman. Terdiam dia seketika. Tak tahu ingin menjawab apa.

“Tak perlu Laila nak tegakkan benang yang basah. Mengaku jela yang Laila pun menyimpan perasaan pada si Hakim tu.”ego masih berdiri utuh dalam dirinya. Tak mahu kalah dengan soalan isterinya tadi.

“Abang tak percayakan Laila?”sekali lagi Laila bertanya pada suaminya. Tapi kali ini dengan lebih tegas. Dia berdiri tegak berdekatan suaminya dan ditenung sedalam-dalamnya mata suaminya yang hitam berkilat. Demi melihat Aiman yang mengalihkan matanya dari ditenung matanya telah memberikan dia jawapan yang pasti. Suaminya itu tak pernah mempercayainya.

“Ini bukan soal percaya atau tak. Ini masalah kejujuran. Laila tak jujur dengan abang.” sindir Aiman lagi.  tak lama kemudian dadanya Tiba-tiba terasa sakit akibat ditumbuk berkali-kali.



****



“Tak payah…abang tak izinkan.”


Terpana seketika Laila dengan kata-kata yang dilontarkan buatnya. Tapi kenapa? Bukannya dia nak jumpa sesiapa pun, nak jumpa Liya pun tak boleh?. “Tapi…”

“Abang kata tak boleh…tak boleh la. Tak faham?”terus menjulang tinggi suara Aiman. Berang dengan isterinya yang tak faham bahasa atau dlam kata lain. Degil.

Rasa sebak mula menghimpit hatinya. Sungguh dia tak faham dengan sikap suaminya yang senang naik marah sejak kebelakangan ni. Bibirnya diketap kuat menahan air mata yang bertakung di tubir matanya. Namun walau sekuat mana pun dia menahan rasa, air mata yang penuh tetap menghambur keluar dari sepasang mata redupnya.

“Kalau dah tak ada apa-apa. Keluar. Abang banyak lagi kerja.”fahamlah Laila dengan niat suaminya yang menyuruh supaya dia keluar segera. Kepalanya diangguk beberapa kali sebagai tanda faham dengan arahan yang diberikan. Air mata yang mengalir dipipi gebunya dilap kasar. Matanya kemudian jatuh pada dokumen yang digenggam erat ditangannya,berombak dadanya menahan rasa yang semakin membukit dalam dadanya, tanpa berfikir panjang terus dokumen itu dilemparkan kuat kearah suaminya. Terburai segala isi dokumen di lantai berdekatan suaminya.

“Laila….”nyaring suara Aiman yang terkeluar, garang matanya menikam anak mata isteinya. Nasib baik dokumen yang dilemparkan itu tak mengena mukanya. Sipi lagi nak mengena wajahnya.

Melihat suaminya yang mencerlung padanya membuatkan dia terkaku sebentar. 

“Laila benci abang…”jeritnya kuat menggegarkan seluruh organ dalamannya. Tombol pintu dicapai dan dihentam kasar. Kak Maizura yang terkejut dengan dentuman kuat pada pintu pejabat bossnya beristighfar dalam hati. Perang dunia ketiga agaknya.

P/s : preview ep BKH hehe...mohon komen la ape2 pun...may Allah bless U ^,^

5 comments:

Anonymous said...

bila cter nie nk kluar...xsabar nyer..

Anonymous said...

wah....xsabarnye......

-yayo

Anonymous said...

ala..ciannyer laila

asiah said...

best jgk cite nie..sy dh order tggu smpai jer..hheehehe.. :)

Siding Contractors Danbury said...

Great read thankks