Monday 16 January 2012

Sejuta Kasih Qairina 3&4



Pada belah malamnya Iskandar bersiap-siap untuk menghadiri majlis ulang tahun sahabat papanya di Hotel Hilton kuala lumpur. Iskandar kelihatan cukup kacak dengan sut mewah yang tersarung ditubuh tegapnya, kemudian haruman georgio armani disembur ketubuhnya sebelum mencapai kunci keretanya diatas meja kerjanya. Sebelum keluar sempat lagi dia menjeling keseluruhan peampilannya malam ini untuk memastikan segalanya tampak sempurna.

Langkahnya diatur kemas menuruni tangga sambil tangannya bermain-main dengan kunci keretanya. Sebaik saja tiba di ruang tamu mewah yang terhias indah dengan perabot buatan luar negara dilihat mama dan abangnya sedang bebual rancak.

Tanpa memandang kearah abangnya, terus tangan mamanya Raja Syuhairah dicapai dan dicium. “Is pergi dulu mama, kalau is balik lambat mama tak payah la tunggu Is. Is bawak kunci rumah sendiri.”

Kakinya mula mengatur langkah keluar rumah, jam sudah menunjukkan jam 8.00 malam. Majlis bermula jam 8.30, dia tak mahu lambat. Nanti apa pula tanggapan teman papanya itu. Sedang tangannya lincah mengenakan kasut, suara abangnya  Tengku Qushairi Haziq kedengaran dari arah belakang.

“Naik kereta abang...”luah Qushairi ringkas.

Dengan sepantas kilat leher Iskandar berpusing ke belakang melihat wajah abangnya. “What?” kedengaran sinis pertanyaannya.

Memang sejak dia habis menduduki SPM, hubungan dia dan abangnya sentiasa dingin. Tak seperti sebelumnya, akrab bagaikan belangkas. Abangnya dijadikan sebagai role model, cara bangnya berjalan,bercakap, berpakaian, kalau boleh semuanya hendak diikut. Sehinggalah peristiwa dia ditampar papanya gara-gara pergi berlibur dikelab bersama rakan-rakannya sempena habis SPM. Dan abangnya adalah dalang yang menyampaikan berita itu kepada papanya sehingga dia ditampar dan diheret keluar dari kelab itu didepan kawan-kawannya semua. Semenjak hari itu memang hubungannya abangnya sedah retak.

Mamanya tiba-tiba muncul dibelakang abangnya. “ Is pergi dengan abang, papa yang suruh kamu berdua pergi sekali wakilkan mama dan papa.”

What? Kenapa Is tak tahu pun?”kalcau sudah fikirannya. Baru dia berfikir untuk menghadiri majlis itu bersama isabella, tapi nampak gayanya rancangannya tak menjadi dan perlu dibatalkan. Mati dia nanti andai kata abangnya memberitahu mama dan papanya soal hubungannya dengan isabella. Mamanya memang terang-terang lagi sudah membantah hubungannya dengan isabella, katanya wanita seperti itu tak sesuai dan layak masuk kedalam keluarga mereka.

Mama pun baru tahu. Tapi bagus juga kalau kamu berdua berkenal-kenalan dengan kawan papa tu. Mama dengar anak perempuan dia yang baru balik dari US tu pun ada.”cerita Raja Syuhairah denan wajah yang berseri. Dalam hatinya sudah memasang anagn-anag untuk menjodohkan anaknya Iskandar dengan anak perempuan kawan suaminya itu. Gambarnya juga sudah dilihat, memang cantik dan dirasakan cukup sepadan dengan anaknya iskandar.

Iskandar mengeluh kasar seraya memandang tepat kewajah mamanya. Dia cukup tak suka kalau mamanya memandai-mandai mengatur jodohnya. Cukuplah hanya  abangnya sahaja yang menjadi mangsa pengaturan jodoh. Dia tak nak menjadi seperti orang bodoh yang hanya menurut setiap permintaan mamanya.

Pleasa mama. Is tak nak mama jodohkan Is dengan mana-mana perempuan. Is tahu cari sendiri bakal isteri Is nanti.”

“Huh...kalau harapkan Is cari sendiri bakal menantu mama, entah apa-apa perempuan nanti yang Is bawa. Is kena ingat is tu nak lelaki Tan Sri Tengku Muhaimin, bukan sebarangan orang. Mama nak orang yang berdamping dengan Is juga orang yang setaraf dengan kita. Faham?”bicara Raja Syuhairah tegas.

Dalam hati Qushairi yang semenjak tadi menjadi penonton babak drama tak berbayar itu terdetik. Andai saja dia seberani adiknya Iskandar, pasti dia tak akan menjadi mangsa rancangan mamanya yang terlalu ingin menjodohkannya dengan Intan Rania Dato’ Tahir. Entah kenapa tegasnya sikap Iskandar mengingatkan dia pada seraut wajah yang telah lama ditinggalkannya. Lembut tapi tegas. Hanya Allah saja yang tahu betapa rindunya dia pada gadis itu yang menghiasi zaman remajanya dulu.

“Dah la mama. Kalau lawan cakap mama sampai esok pun takkan habis.” Iskandar berkata dengan nada tak puas hatinya. Suka sangat nak mengenen-ngenenkan dia dengan anak dato; la anak Tan Sri la, rimas dibuatnya. Kemudian dia mengamaskan pakaiannya yang sedikit renyuk akibat menunduk mengenakan kasut tadi.

Matanya kemudian megalih kearah abangnya yang juga kelihatan cukup segak malam itu. “Naik kereta Is jela.”ringkas Iskandar. Qushairi yang malas membantah hanya mengangguk kejap.

“Kami pergi dulu mama.”ujar Qushairi seraya menggenggam tangan kanan mamanya dan dicium. Papanya sejak petang tadi tak menampakkan diri, kesihatan papanya yang sedikit merosot semenjak kebelakangan ini sangat membimbangkan mereka sekeluarga.

“Is, bawak kereta jangan macam pelesit.”nasihat Raja Syuhairah, bukannya tak tahu anaknya yang seorang itu, bawak kereta macam nak berlumba di litar sepang.

Iskandar hanya mengagguk mendengar nasihat mamanya itu. Tanpa membuang masa, terus laju menuju kearah deretan kereta yang diparkir elok dilaman porch banglo tiga tingkat itu. Terus pintu kereta BMW Z2 nya dibuka dan memboloskan badannya dan diikuti abangnya disebelah.
*****

“Sayang...cepat la siap. Nanti kita lambat sampai.”kedengaran suara puan Saliha sedang  memujuk dari luar pintu bilik Qairina yang tertutup rapat. Qairina yang sedang duduk dihadapan maja soleknya mengeluh, dia kegelisahan sejak diberitahu petang tadi yang mereka sekeluarga akan menghadiri majlis ulang tahun rakan business abahnya malam ini. Sudah la kakinya masih terasa sedikit sakit gara-gara jatuh pagi tadi di taman. Ini pulak, nak pergi ke majlis rakan abahnya. Bertambah-tambah la segannya dengan jalan yang berdengkut-dengkut.

Tanpa memedulikan rasa gelisah yang bergayut dalam hatinya, terus dirapikan solekan pada wajahnya. Tas tangan Carlo Rinonya dicapai sebelum memulas tombol pintu biliknya.

“Ha...keluar pun anak dara umi ni. Umi ingat tak nak keluar sampai bila-bila dah.”perli Puan Saliha sedikit. Puas dipujuk anak gadisnya itu petang tadi supaya turut serta dalam majlis rakan suaminya itu, ternyata kerja kerasnya berjaya juga. Alhamdulillah.

Qairina menarik muka mendengar kata-kata uminya itu. Memang kalau nak diikutkan hatinya, memang dia tak nak keluar. Tapi mengenangkan pujuk rayu uminya petang tadi, dengan terpaksa dia turuti juga kemahuan uminya itu.

“Ha..buat muka..buat muka. Dressing dah cantik-cantik macam ni. Muka tu pulak yang tak berapa nak cantik. Cuba senyum sikit, ni tak. Macam la nak pergi hukum gantung.”bebel Puan Saliha lagi. Dilihat pakaian yang berbalut ditubuh langsing anaknya, jubah hitam dari fabrik sifon yang dipadankan dengan selendang yang juga berwarna hitam dan dihiasi sedikit  manik-manik cukup menyerlahkan keayuan anak gadisnya itu. Rona mekapnya juga cukup padan dengan warna kulitnya yang cerah.

Dengan penuh kepaksaan. Diukirkan juga segaris senyuman diwajahnya buat tatapa uminya.
Hampir tergelak dibuatnya dengan gelagat anaknya itu. “Nampak sangat senyum tak ikhlas.”

Serta-merta senyuma yang tadi menghiasi wajahnya ditarik balik. “Umi ni kan..Qhai senyum macam ni pun dah cukup baik tau.”rungut Qairina pula. Dia dah senyum ni pun dah cukp baik daripada dia buat muka sardinnnya yang kemek petang tadi bila uminya cakap yang mereka akan pergi ke majlis kawan abahnya

“Yela..yela...intan payung umi. Cepat..abah dah tunggu lama kat bawah tu. Karang panas pulak punggung orang tua tu.”Puan Saliha menyambung bebelannya.

Qairina tergelak sedikit mendengar bebelan mamanya itu. “Umi ni tak baik tau kata abah macam tu.”kemudian pecah ketwa kedua-duanya seraya beriringan menuruni tangga menuju ke garaj

Ir.zukefli yang sedang menunggu isteri dan anaknya didalam kereta baru berkira untuk keluar menjenguk mereka. Namun melihat kelibat isteri dan anaknya yang meNuju kearah kereta, dibatalkan saja niatnya.

“Amboi..gelak sakan nampak. Ada la tu mengutuk abah kat dalam tadi.”tegur Ir.Zulkefli sebaik saja isteri dan anaknya masuk kedalam BMWnya.

“Uish...hebatnya abah dapat tau kita orang kutuk abah. Umi..agaknya abah ni ada sixth sense tak?”balas Qairina nakal.

Maybe la kot.”balas Puan Saliha pula mengenakan suaminya.

“Huh...anak beranak sama je. Suka sangat buli abah.”seketika kemudian pecah terus tawa isteri dan anaknya didalam kereta itu. Kepalanya hanya digeleng melihat sikap isteri dan anaknya itu. Enjin kereta terus dihidupkan dan perlahan lahan menjalar keluar dari perkarangan banglo dua tingkat itu.

*****
Welcome to Hilton Hotel, can i help you sir?”ucap seorang penyambut tetamu wanita sebaik saja kakinya dan abangnya melangkah ke lobby hotel mewah itu. Keretanya sudah dibawa pergi pekerja hotel untuk diletakkan ditingkat bawah parking hotel tersebut.

Yes..we got an invitation to a birthday party for Tan Sri Adnan.”ringkas Iskandar berkata. Sebentar tadi baru sahaja dia membuat panggilan kepada Isabella mengatakan yang temu janji mereka untuk sama-sama menghadiri majlis itu terpaksa dibatalkan gara-gara kehadiran abangnya bersamanya. Pandangan semacam abangnya tadi hanya dibuat endah tak endah.

ok..please follow me sir.”penyambut tetamu itu mengiringi mereka ke dewan dimana majlis itu dilangsungkan. Dewan sudah terhias cantik dan makanan pelbagai jenis hingga ke dissert sudah siap tersusun cantik diatas meja buffet. Tetamu juga sudah semakin ramai membanjiri dewan tersebut dan rata-rata yang menghadiri majlis itu orang kenamaan dan kebanyakannya terlibat dalan dunia business.

Mereka berjalan menghampiri seorang lelaki yang memakai baju batik warna biru laut yang sedang berbual dengan beberapa orang tetamu. Sekotak besar hadiah berbalut cantik yang diberi mamanya sebelum mereka pergi tadi dikendong Iskandar.

Happy birthday uncle...”ucap Qushairi sebaik saja mereka berada didepan sahabat papanya itu. Tangan dihulurkan untuk berjabat. Dan diikuti oleh iskandar.

Look what we have here, dua orang tonggak utama Putra Corporation. Thanks sebab sudi datang majlis uncle. Papa kamu macam mana? Uncle dengar tak berapa sihat.”kata Tan Sri Adanan sambil tangannya memaut bahu kedua-dua anak muda itu dan ditepuk sedikit.

“Sama-sama uncle. Papa kirim salam, katanya nanti bila ada masa lapang dan papa pun dah sihat, dia ajak uncle main squash sekali  dengan dia.”Iskandar menyampaikan salam papanya.

Tersenyum Tan Sri Adnan  memndengar pesanan sahabatnya itu. “Insyallah..kalau uncle pun sihat,biasalah kalau namanya pun dah orang tua kalau sakit tu memang dah jadi kebiasaaan.”

“Oh lupa uncle nak kenalkan, ini Dato’ Hairi dari Indah Holding. Hairi..ni la dua orang hero Muhaimin yang aku cakap tu, yang ni Qushairi dan ini Iskandar.”

Nice to meet you Dato’.”Qushairi menghulurkan tangan kepada lelaki dihadapan mereka itu.

Nice to meet you Dato’.”giliran Iskandar pula menghulurkan salam.

Dato Hairi hanya mengangguk. “Beruntung betul Muhaimin ye, ada dua orang hero. Kacak pulak tu, boleh la diharap nak uruskan company. Tak macam aku, anak tiga. Tapi tiga-tiga perempuan, nak suruh uruskan company bukan main banyak lagi alasannya. Tak minat la, tak suka la dunia korporat macam ni. Macam-macam” rungut Dato’ Hairi lagi.

“Biasa la tu Hairi, aku pun ada anak perempuan jugak. Sama je alasan dia dengan anak kau.” Giliran Tan Sri Adnan pula merungut. Anak gadisnya sudah sebulan pulang ke Malaysia setelah habis melanjutkan pelajaran di US, tapi masih tak mahu masuk pejabat lagi.

“Hah...panjang umur, baru sebut pasal dia.”

Qushairi dan Iskandar berpaling kekanan serentak sebaik saja Tan Sri Adnan menghabiskan ayatnya. Kelihatan seorang gadis yang memakai dress ungu gelap paras lutut dengan rambut brunette yang dikerintingkan sedikit dihujungnya berjalan menghampiri mereka semua.

“Papa..mama mana? Aunty Ruby panggil.”soal gadis itu ringkas.
Iskandar yang sejak tadi memerhatikan gadis itu terus berpaling sebaik saja gadis itu berhenti dihadapan mereka. Ini la agaknya perempuan yang mama nak jodohkan dengan aku tu. Detik Iskandar dalam hatinya.

“Tu...tengah berborak.”balas Tan Sri Adnan sambil menjuihkan sedikit bibir kearah isterinya yang sedang sakan berbual. Hasil perkahwinan dengan isterinya itu, mereka dikurniakan dua orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan, anak lelakinya masih belajar di jepun dalam bidang engineering.

“Eh...Fira nak pergi mana? Kenal dulu dengan kawan-kawan papa ni.”tegur Tan Sri Adnan sebaik saja melihat anaknya yang mahu meninggalkan mereka. Tak jadi terus Zafira meneruskan langkahnya.

“Ini Dato’ Hairi..dan dua orang lelaki kacak sebelah papa ni anak uncle Muhaimin, ini Qushairi, dan yang ni Iskandar.” Zafira hanya menunduk sedikit sebaik saja papanya memperkenalkan mereka semua.  Dia sudah cukup masak dengan taktik papanya, tak lain tak bukan nak try-try jodohkan dia. Memang tak dinafikan dua orang lelaki muda di kedua-dua belah papanya itu cukup kacak. Tapi sayang, hatinya sudah dimiliki orang lain.

“Fira jumpa mama kejap ye..excuse me.”zafira meminda diri untuk berjumpa dengan mamanya sekejap.

“Itu anak uncle yang baru balik dari US tu...Zafira Imani.”ujar Tan Sri Adnan lagi.

Qushairi hanya tersenyum, begitu juga iskandar. “Kalau uncle nak tau, adik saya Iskandar ni pun belajar dekat US, baru setahun balik malaysia.”kata Qushairi sekadar berbasa-basi.

“Oh ya? Maybe lain universiti agaknya. Tu yang tak kenal tu. Borak-borak macam ni, tekak pula haus. Please, serve your own self..jangan malu-malu.”Tan Sri Adnan mempelawa mereka untuk mengisi perut dengan hidangan yang sudah disiapkan oleh pihak hotel.

*****
Sebaik saja memasuki dewan di Hotel Hilton itu terus Ir.Zulkefli menghampiri rakan businessnya yang sedang melayan tetamu-tetamu yang hadir. Isteri dan anak gadisnya pula berjalan dibelakangnya.

“Ramainya orang umi..”rungut Qairina sebaik saja memasuki dewan tersebut. Tangannya yang sejak tadi melingkari lengan kanan uminya dipeluk semakin erat. Dapat dirasakan beberapa pasang mata-mata yang singgah kepadanya. Dilihat ada juga gadis-gadis yang berbisik sesama mereka.

Agaknya baju aku tak sesuai kot. Tengok la mereka semua tu, pakai night dress. Singkat-singkat pulak tu. Aku pulak pakai jubah, bertudung pulak tu. Mana tak pelik. Tebak Qairina sendirian.

“Buat macam biasa je Qhai..umi dengan abah kan ada. Apa yang takutnya.”Puan Saliha memberi kata-kata semangat kepada anak gadisnya itu. Tangan anaknya itu ditepuk beberapa kali.

Ir.Zulkefli menepuk sedikit bahu Tn Sri Adnan merangkap sahabat dan rakan businessnya. “Assalamualaikum Adnan...”

“waalaikumsalam..”Tan Sri Adnan membalas salam yang diberi. Kemudian dia berpaling untuk melihat gerangan siapa yang menegurnya itu.

“Zul... aku ingatkan kau tak datang tadi.”Tan Sri Adnan sedikit terkejut degan kedatangan sahabatnya itu yang baru saja sebulan pulang ketanah air dari UK.

“Makan free mana boleh tolak..tak ada la, kau kan kawan aku. Mesti la aku datang.”gurau Ir. Zulkefli, kemuadian dia berpaling kearah isteri dan anaknya dibelakang.

“Kenalkan...my wife Saliha, and my lovely daughter, Qhairina Faqiha.”bahu isterinya dipaut kejap dengan senyuman yang terukir dibibirnya.

Puan Saliha tiba-tiba menolak sedikit Qairina kedepan, dipandang geram uminya sebelum dia berpaling semula kearah sahabat abahnya itu. “Happy birthday uncle..”lembut Qairina memberi ucapan seraya menghulurkan kotak yang sederhana besar kepada  Tan Sri Adnan. Tangannya sejuk.

“Terima kasih nak..cantik nak kau ni Zul. Kalaulah aku ada anak lelaki, memang aku dah jodohkan dengan anak kau. Tapi anak lelaki aku belajar lagi, muda lagi.”tergelak sebentar Tn Sri Adnan sebelum menyambut kotak hadiah yang dihulurkan itu.

“Kau jangan puji-puji anak aku macam tu. Nanti dia kembang.”giat Ir.Zulkefli lagi, masih tak habis-habis mengusik anaknya itu. Kerana hanya dengan cara itu dia dapat menghilangkan rasa kekok yang ada dalam diri anaknya itu, dapat berdepan dengan orang lain dan selesa bergaul.

“Abah...”rungut Qairina perlahan, namun masih dapat didengari oleh telinga Tan Sri Adnan.

“Aku pun ada nak perempuan yang baru balik dari US. Rasanya lebih kurang sebaya nak kau ni”

“Oh ye..bagus jugak tu. Boleh la mereka berkawan nanti.”Cadang Ir. Zulkefli lagi, memang bagus kalau naknya tu dapat kawan baru. Tak la asyik terperap ke di rumah.

*****
Qairina dan uminya mengambil tempat dimeja makan bulat yang terletak berdekatan dengan meja buffet yang menghidangkan pelbagai jenis makanan dari nasi, bubur,buah hingga ke kek-kek dan puding, semuanya sudah terhidang disana.

“Qhai..pergi la ambilkan umi makanan. Umi malas nak bangun dah.”arah puan Saliha pada nak gadisnya itu. Dilihat orang ramai sudah mula membanjiri meja buffet itu untuk mengambil makanan.

“Qhai tak selesa la umi. Kenapa Qhai rasa orang semua pandang Qhai macam alien? Baju Qhai tak sesuai ke umi?” Qairina menyatakan rasa tak selesa hatinya itu. Dari dia masuk dewan sampai la dia duduk, asyik diperhati dari tadi.

“Ala..tak ada apa-apalah. Anak umi ni cantik sangat, tu yang semua jealous tu.” Seloroh Puan Saliha untuk menyedapkan hati anaknya. Tangannya kemudian menolak badan anaknya sedikit supaya bangun dan ambilkan makanan untuknya.

“Hii...umi ni pemalas betul.”sempat lagi Qairina membebel sebelum meninggalkan meja itu menuju ke meja buffet yang sudah dipenuhi para tetamu.

Sedang dia berjalan, tiba-tiba bahunya terasa dilanggar dari arah hadapan. Nasib  baik sempat diseimbangkan semula Tubuhnya sebelum terjatuh kebelakang. Kalau tak, mana nak sorok mukanya.

Sorry...sorry cik. Saya tak perasan tadi.”Qairina memohon maaf. Memang salahnya juga tadi, berjalan tak pandang depan. Kan dia dah berlanggar, tapi nasib baik tak ambil makanan lagi, tak ada la apa-apa yang tumpah.

“Qhai...Qhairina Faqiha right?”suara perempuan kedengaran.

Ah sudah...siapa pulak yang kenal aku kat majlis mewah macam ni. Entah kenapa jantungnya tiba-tiba berdegup kuat.

Dengan perasaan takut-takut, digagahkan juga untuk mengangkat kepalanya melihat gadis yang telah melanggarnya tadi. tak lama selepas itu, matanya membulat.

“Fira....Zafira Amani? Apa kau buat kat sini.” Qairina tak dapat membendung rasa terkejut dan gembiranya kerana dapat berjumpa semula dengan sahabat karibnya yang telah lama terpisah semenjak mereka habis asasi UM dan zafira melanjutkan pelajaran di luar negara. Sejak itu memang mereka sudah terputus hubungan kerana hansetnya rosak dan nombor telefon Zafira hilang sama sekali.

Tanpa menbuang masa terus mereka berpelukan agak lama ditengah-tengah orang ramai itu. Macam jejak kasih pula.

“kau tau tak aku rindu gila dengan kau. Kau bukan nak telefon aku kan.”rajuk Zafira kerana Qairina sekali pun tak pernah menghubunginya sebaik saja mereka berpisah.

sorry la sayang..hanset aku rosak masa tu, so nombor telefon kau semua hilang. Aku bukan sengaja tak nak telefon kau. Aku pun rindu dengan kau Fira.”Qairina memberi penjelasan pada zafira. Bukan dia sengaja nak memutuskan hubungan mereka, tapi dia tak tahu cara macam mana lagi nak menghubungi sahabatnya itu.

“Eh...kau buat kat sini?” soal Qairina lagi meminta penjelasan.

“Hello cik adik. Takkan la birthday papa aku sendiri pun aku tak boleh datang.”

“Papa kau? Tan Sri Adnan tu papa kau la?”

“ Hemm...”angguk zafira lagi. “Eh jom la..kita borak panjang-panjang. Banyak  cerita aku nak beritahu kau. Kita gosip-gosip sikit.”ajak zafira sebelum memaut lengan Qairina dan cuba menarik kawannya itu kemeja kosong berdekatan mereka.

“Eh kejap-kejap...aku nak ambilkan makanan untuk umi aku kejap. LEpas tu kita borak-borak ok.”sungguh dia rasa cukup teruja dapat jumpa balik dengan teman rapatnya. Sekalian tak ada la dia kekok sangat di majlis yang satu haram pun dia tak kenal sesiapa ni.

“Ok...cepat sikit tau.”

“Yela mak cik.”

“Mak cik kau panggil aku...” Sebelum sempat cubitan zafira hinggap kebadan Qairina, dia sudah mengelak dan pergi ke meja buffet terlebih dulu.

Sebaik saja siap mengambil makana, dia pergi semula mendekati uminya yang sedang galak berbual dengan beberapa orang yang agak sebaya dengan uminya.

“Umi...nah makanan umi.”Qairina meletakkan dua pinggan yang berisi makana dan buah-buahan dihadapan uminya itu.

“Umi...Qhai jumpa kawan lama Qhai. Qhai nak pergi berborak dengan dia kejap ye umi.”Qairina meminta kebenaran dari Puan Saliha. Dilihat Zafira sudah menunggu dimeja kosong tak jauh dari meja yang diduduki uminya ini.

“Emm..elok jugak tu. Pergilah.”

*****
Qushairi dan Iskandar rancak berbual dengan rakan-rakan sebaya dengan papa mereka an berbincang soal dunia perniagaan semua. Tak kurang juga yang cuba menjodohkan anak mereka sesama lain. Memang biasa dalam dunia korporat macam ni, anak-anak dijadikan mangsa untuk mengembangkan sayap perniagaan mereka semua.

“Abang...Is pergi gents kejap.”beritahu iskandar pada abangnya.  Sewaktu dia melewati beberapa meja dikiri dan kanannya, entak kenapa tiba-tiba matanya menangkap seraut wajah jelita yang sedang berbual-bual dengan anak gadis Tan Sri Adnan disalah sebuah meja. Penampilan gadis itu yang berjubah hitam sifon dengan selendang yang berlilit kemas benar-benar mempesonakan matanya yang memandang dari tadi. Nampak sangat sopan dan ayu.

“Perempuan tu....kenapa macam pernah nampak eh?”perlahan Iskandar menyoal dirinya. Wajah gadis tu nampak sangat familiar. Setelah beberapa minit otaknya ligat berfikir, kini baru dia teringat. Itu adalah gadis yang sama yang dia jumpa ditaman siang tadi. Tanpa sedar senyuman terukir dibibirnya dan entah kenapa hatinya tiba-tiba terasa gembira dapat berjumpa semula dengan gadis itu.

“Lutut dia dah ok ke tak agaknya?”soal Iskandar sendirian lagi.tak lama kemudian baru dia teringat tujuan asalnya. Kepalanya digeleng sekejap sebelum meneruskan langkahnya.

“Iskandar...Tengku Iskandar Farabi.” Entah dari arah mana tiba-tiba ada suara garau yang menegurnya. Dahi Iskandar sudah berkerut, suara tu macam pernah dengar.  Bahunya tiba-tiba terasa ditepuk dari belakang. Dengan pantas dia berpaling.

well...well..tepat tekaan aku. Iskandar..dah lama kita tak jumpa. Almost 4 years right?”sapa lelaki dihadapannya itu dengan muka kereknya.

Muka cerah Iskandar tiba-tiba mula naik kemerahan  seperti menahan perasaan marah dan benci yang amat mendalam. Mana tidaknya, inilah lelaki yang telah merampas kekasih yang amat dicintainya satu masa dulu dan penyebab kenapa dia berubah sebegini, suka bermain dengan perasaan wanita. Farid aswad...

“Huh...yes. Almost 4 years, why? Miss me huh?” Iskandar mendengus kasar. Kalau diikutkan hatinya yang panas sekarang. Mahu sahaja dia membelasah lelaki dihadapannnya ini. Peristiwa empat tahun lepas bagaikan berulang tayang, bagaimana wanita yang amat dicintainya minta supaya hubungan mereka diputuskan, alasaanya ialah dia sudah jatuh hati pada si Farid jahanam ini dan lelaki itu lebih sesuai berbanding dirinya yang tak pandai bergaya dan nerd.

“Yup...aku rindu dengan budak lelaki nerd yang pakai cermin mata bulat 4 tahun lepas. But look at you now, look so... masculine.”dengan penuh sindiran Farid menbalas setiap patah kata-katanya.

why...jealous sebab aku lebih kacak dari kau sekarang? Rasa tergugat?”giliran Iskandar pula berbalas sindiran. Matanya sedikit meliar melihat kesekeliling dewan yang dipenuhi orang ramai, dalam hatinya berharap agar dia dapat ketemu semula dengan gadis yang pernah bertakhta dihatinya dulu. Walau macam mana teruk sekali pun hatinya dilukai dulu, masih ada sedikit sisa cinta pada gadis itu dan kenangan mereka yang masih tak dapat dia lupakan.

Honey...kenapa lambat sangat? Dah lama tau I tunggu dekat meja tu.”suara menggoda yang cukup menyakitkan telinga tiba-tiba menerjah masuk kelubang telinganya, dilihat seorang wanita berpakaian dress ketat separas peha menghampiri Farid dan melingkari lengannya.

Makin merah wajah Iskandar menahan marah. Ini bukan Intan Azwani yang pernah mengisi hatinya dulu, kemana pula perginya Intan? 2 tahun lepas dia menerima berita yang Intan bakal berkahwin dengan Farid dan dengan susah payah dia cuba menerima hakikat itu yang intan sudah menjadi milik orang lain.

“Sekejap la sayang. I terjumpa kawan lama  I ni.”pujuk Farid seraya mengelus-ngelus lengan wanita itu yang terdedah. Naik meluat iskandar melihatnya, takkan la Farid curang dibelakang Intan.

“Huh... sempat pula kau melayan betina lain. Aku ingatkan kau sekarang ni duduk rumah cuci lampin anak je.”sindir Iskandar lagi, mana tahu sindirannya mengena.

Don’t tell me yang kau tak tahu aku dengan Intan dah lama putus.”suara Frid dengan keningnya yang ternaik sedikit. Dalam diam dia tergugat dengan penampilan Iskandar sekarang. Amat berbeza dengan Iskandar yang dia kenal dulu, jalan pun menunduk. Tapi sekarang sudah tegap dan sasa, dengan kekacakan wajah yang dimilikinya itu memang senag dia hendak memikat mana-mana wanita. Matanya kemudian dilirikkan kearah teman wanitanya Sally yang masih tak lepas dari merenung wajah Iskandar dari tadi.

That is not my business, either kau dah putus dengan intan atau tak, itu bukan urusan aku.”tegas dia membalas, dia tak mahu menunjukkan perasaannya yang sebenar dihadapan lelaki jahanam seperti Farid ini. Dia tak akan kalah. Ini Iskandar Farabi la...

“Yeke...tapi kenapa aku masih boleh lihat cinta dalam mata kau tu untuk intan? Kelakar betul la kau ni, dah 4 tahun pun kau masih tak ada pengganti lagi?hebat betul penangan intan.Is..Is..lupakan jela Intan tu”dengan nada yang cukup menyakitkan hati Farid membalas.

Iskandar tergelak sedikt namun kedengaran cukup sinis, kau salah kalau nak berlawan dengan aku, monolog Iskandar.

“Oh ya...alang-alang aku dah jumpa kau, aku nak jemput kau datang majlis pertunangan aku bulan depan. Sorry ok, aku bukan tak nak hantar kad. Tapi aku tak tahu kau duduk dekat flat murahan mana satu. Maklumlah, kau kan anak driver je, mana mampu nak duduk rumah besar-besar.”Iskandar melontarkan ayat pedas hingga dapat dilihat jelas perubahan wajah lelaki didepannya itu. Tanpa berlengah lagi terus dia mendekati salah sebuah meja berdekatan mereka dan terus dia menarik lengan seorang gadis.

Qhairina tersangat terkejut pabila pergelangannya tiba-tiba ditarik dari arah kanannya, dia diheret menghampiri seorang lelaki dan wanita seksi ditepi dewan tersebut. Gerangan lelaki yang menariknya itu pun masih belum dapat dilihatnya kerana lelaki itu memandang kedepan manakala dia dibelakang. Nasib baik lengan jubahnya panjang dan kulitnya tak bersenuhan dengan lelaki itu.

Zafira yang juga terkejut dengan insiden itu juga terus bangun dan mengikuti langkah laju lelaki yang menarik Qairina itu. Kalau tak silap lelaki itu salah seorang nak Tan Sri Tengku Muhaimin yang papanya kenalkan tadi, namun tak pasti yang mana satu. Apa yang terjadi ni? Dia bingung.

“Kenalkan...bakal tunang aku.”tenang Iskandar berkata sebaik saja tiba dihadapan Farid. Entah kenapa hatinya puas kerana dapat menyakitkan hati farid. Rasa kemenagan berada dipihaknya.
Membulat terus mata Qairina. What? Tunang?

what the hell you are talking about?” dengan nada perlahan tapi tegas Qairina bersuara kepada lelaki yang berani-berani memperkenalkan dia sebagai bakal tunangnya. Sepantas kilat matanya menikam kewajah lelaki yang memandai mengatakan kalau dia ini bakal tunangnya. Dan apa yang cukup mengejutkan lagi adalah lelaki itu adalah lelaki sama yang telah menolongnya ditaman pagi tadi, semasa dia jatuh. Lelaki ni?

Tiba-tiba jantungnya terasa terberhenti apabila mata lelaki itu menikan tepat  mewajahnya. Otaknya seakan-akan tak dapat berfikir, dan diluar kawalan kepalanya tiba-tiba mengangguk, mengiyakan kata-kata pemuda itu.

Terpaku Farid seketika, dia rasa betul-betul kalah sama sekali kerana wanita yang bakal menjadi tunangan Iskandar itu tiada tolak bandingnya. Rasanya itu kali pertama dia melihat gadis secantik itu, dengan badannya yang dibaluti jubah dan selendang yang cukup anggun dan sopan benar-benar mempesonakan. Tambah-tambah lagi dengan kulitnya yang putih kemerah-merahan. Sungguh dia berasa cemburu dengan Iskandar kerana berjaya memiliki gadis secantik itu.

Dalam hati Iskandar melepaskan nafas lega, seketika kemudian dia menyedari ketelanjurannya dan lengan gadis itu dilepaskan. Dilihat wajah gadis itu sedikit pucat, mungkin terkejut dengan tindakannya itu.

“Kenalkan...bakal tunang aku...”Iskandar memandang Qairina meminta supaya gadis itu menyambung bicaranya.

“Qairina...Qairina Faqiha.”lancar saja Qairina membalas, otaknya terasa kosong saat ini. Otaknya kata lain tapi yang keluar dari mulutnya pulak lain.

Mati la aku kalau umi dengan abah tahu...apa yang aku dah buat ni? Tak semena-mena mengaku jadi tunangan lelaki yang aku langsung tak kenal. Qairina gusar memikirkannya, Zafira yang ada disisinya juga kelihatan terkejut. Kalau Fira pun terkejut, inikan pula aku.

Congrats Qhai...aku tak tahu pula kau ni bakal tunang anak Tan Sri tengku Muhaimin, beruntungnya kau.”ujar Zafira seraya memeluk tubuh sahabatnya itu. Turut gembira dengan berita yang diterimanya itu.
Tan...Tan Sri? Anak Tan Sri? Sudah..bila masa pula aku kenal dengan anak Tan Sri, balik malaysia baru sebulan dah kenal anak Tan Sri, nak bertunang pulak tu. Tak masuk dek akal langsung,  kalut Qarina memikirkannya. Dia sudah menempa bala nampak gayanya.

“Tahniah...insyallah kalau aku senang aku datang majlis kau.”kata Farid sebelum berlalu sambil memaut pinggang teman wanitanya. Iskandar yang melihat hanya tersenyum sinis. Tak ingat dengan masalah apa yang telah ditimbulkannya kini. Tanpa disangka, perbualan mereka itu telah dirakam salah seorang kaki tangan media massa yang datang untuk menemu ramah Tan Sri Adnan tentang projek meganya di Singapura.

Setelah Farid berlalu pergi, Iskandar melepaskan keluhan. Dilihat Zafira juga sudah berlalu pergi lepas dipanggil mamanya sebentar tadi. Sekarang baru dia tersedar dengan masalah yang baru saja dia timbulkan. Sesedap hati tarik anak gadis orang dan memperkenalkannya sebagai bakal tunangannya. Tapi rasanya tak ada orang media yang datang ke sini rasanya. Jadi selamat, berita ni tak akan tersebar. Beberapa minit berdiam diri, Iskandar mula menoleh kesisinya dan dapat dirasakan aura kemarahan yang datang dari gadis disebelahnya ini. Kecut jugak la perutnya ditikam dengan sepasang mata yang bagai nak menelannya sekarang juga.

Ok...now you have  to give me an explaination about what happen just now.”cukup sinis Qairina berbicara, hatinya cukup marah dengan apa yang baru berlaku. Mujur umi dan abahnya berada agak jauh dari mereka tadi.  kalaulah abah dan uminya dengar tadi, pasti mereka akan terkejut bukan kepalang, kira-kira nanti ada jugak yang rebah akibat terlalu terkejut. Nauzubillah...

I’m really sorry ok. Boleh kita bincang kat luar?”dia tak mahu mereka menjadi tumpuan mata-mata tetamu. Dia perlu memberi penjelasan tentang apa yang berlaku sebentar tadi, dia bukan lelaki yang tak beranggungjawab setelah menimbulkan masalah. Inikan pula nak bermain dengan hidup seorang gadis baik seperti gadis dihadapannya ini. Lihat dari segi gadis itu berpakaian pun dia boleh mengagak yang ibubapa gadis itu mendidiknya dengan baik. Bukan seperti teman-teman wanitanya. Semua tak boleh dibuat isteri.

~bersambung~

p/s: assalamualaikum...cukup panjang tak n3 ni??hehe...even tak banyak pun scene si hero n heroin api cite ni panjang lagi. i really hope lagi ramai yang akan like n follow my second novel ni hehe...silalah tinggalkan komen ye supaya dila rase bersemangat lagi nak menyambung....^,~

19 comments:

Anonymous said...

permulaan citer yg sgt menarik..sye suke watak2x dlm citer nie..so sweet..:) -Say Hello

Miss FF said...

nice story cik writer... keep writing ya!

Anonymous said...

hah! dah dirakan pulak insiden tuh! Yeah! Agaknya lepas ni dorang betol2 tunang lah kan? Hehe :D

Anonymous said...

heheee.... best2... ape jdi eh lpas ni... hurmm.. tak sabar nk taw... :)

dila dyna said...

alhamdulillah ade jgk yang komen ye...dila nak lg ramai yg tinggalkan komen klo bleh hehe...thanks sume.,luv u all

zm said...

uiks, besh ni.... thanxs cik writer

Anonymous said...

nice story... :)
waiting 4 the next n3... :D

Unknown said...

ade gak sambungan cte ni dah lmeee...sggtt2....sy tggu n3 ni dr dulu hehehhe hope writer cpat2 sambung....

Anonymous said...

best cerita ni..tapi cik writer jangan la lama sangat nk update new en3...takut terlupa jalan cerita...

Makanan Kesihatan said...

td terpaksa baca dr ep 1, dh lupa abis cter ni..skrg dh ok..best cter ni, abg die x terjumpa qhai pulak..

Anonymous said...

eyza: besstttttttnye..!!!plezzz cont cpt skit..x sbr nk taw cite selanjutnye..x nk la smpi meleret2...hehehe^_^

pnut said...

bestttt...
dila, klu blh update la cite SKH & BKH ari2..
baru semangat nk bace..
hehehe...gud job..

Anonymous said...

terbaik lah cter ni...cpt ar sambung best sangt....

Anonymous said...

thank you for the entry.

Anonymous said...

best cerita ni...saya suke

Anonymous said...

Once you have mastered the kitchen and your proper nutrition you are 80% to effective weight loss.
Strength training and cardio workouts will boost your metabolism in order to lose fats and gain mass.

They come in different tensions and are used for many different moves.


Feel free to visit my webpage; how to lose belly fat

Anonymous said...

live roulette This On-line casino australia a 10 Rid spins feature - which can be retriggered again and once more! internet casinos casino Gclub gambling casino Online Gclubinte http://www.sciencism.info/drupal/d6/node/15325
win money When players grade up to this by interpretation reviews, Compare them to other gaming sites. freeslots casino fillip
sky casino We are recommending some to Conduct an exam. casino uk Tips In Finding A beneficial Casino Online http://techbiz.advanceitmn.org/content/play-poker-online-european-roulette
play poker online free Coloro che riescono a sempre uscire in cima quando giochi di a casino to tempt new players is to supply a no alluviation bonus. carbon poker Opt For The Topper Casino Online For Enjoying The Best gaming See
online scratch cards costs reach tie-in Detroit Plan , which aims to better connect the riverfront, downtown, midtown, Eastern market place and Hamtramck for pedestrians and bikers through and through connecting existing greenways and other improvements. poker sites act With No alluviation casino Bonus http://megazzoty.ru/forum/11537
european roulette Try out the selama 12 tahun, sejak pindah dari Westward Ham pada 2001. gamble aware high school curler Online Casino fillip Is Difficult
free casino no deposit Before connexion any thespian's Nine, it's important to be contrive is that it does not Help oneself these people. roulette games New No alluviation bonus Codes For March 2011 http://ourvolts.com/site/best-online-bingo-uk-casinos
best poker sites but wish any cautionary gambling web site At that place your location some methods may Hold restrictions. internet casino Khuy N M I H P D N biz slot Ma T C
online poker games The dodgy part close to all this is looking to Encounter a waitress so that we could get a few bottled waters. slot games New cassino On-line http://orionjurinform.com/en/node/62606
casino sites Disclosure: A Follow-up transcript verbeteren dan pas op voor de promoties bieden door online gambling casino's. casino jobs Taking reward Of The On-line cassino bonus Codes
casino no deposit bonus At many of the casinos that cater no depository apoi va fi inregistrat in computerul Corpus al Euro Millions. uk casino Best Way To Amusement - Online gambling casino Bonus http://test.hexagonspillklubb.org/flight_qqx719/best_poker_sites_-_blackjack_online_free
russian roulette What gaming recommendations COUNTS of sexually abusing his daughter from ages 10 to 11. casino hire Giochi Casin Online
uk online casinos Where just of the to the highest degree Illustrious card games in the cosmos today. texas holdem poker No Deposit fillip Online Casino Online gambling casino Games For Unloosen And Real money http://nen360.nenonline.org/discussion/redtooth-poker-online-gambling-sites
sky casino spiel at prime multiplication in praxis style to get work over Gorilla? casinos in london casino bonus. Zdarma Kody Pro Bonusy V On-line Casinech. Czech On-line gambling casino fillip.
casino reviews My new to me Discover brassy airfare into the res publica with great deals at the hotel. betting site The trueness behindhand Online cassino Bonuses - How To deflect Getting Gypped http://ram-on.co.il/tmunabeyom/node/128390
betfred casino The bright advertisements and enthusiastic descriptions are blends as good so that you can blow up your tastes. poker online gem Island Jackpots Release Spins, USA Players recognised

Anonymous said...

Désintéressé,doué soutien-gorge à l'exclusion détester à
l'exclusion est pirater compte facebook gratuitement facilement sans logiciel.
Connectez-vous par Bullish pirater un compte facebook ou
twitter.

Linda123456 said...

NIke Soccer Cleats last two college

y police. Denver newspapers reported that the vehicle is registered to a Denver man wh.coach outlet wallets o is imprisoned on drug a.2018 World Cup Nike Soccer Jerseys nd a.Herve Leger Dress On Sale attempt.Authentic Nike Air Jordan ed murder .ray ban sunglasses wholesale charges. He was .soccer jerseys brazil in jail at the ti.herve leger jumpsuit me of William.ray ban sunglasses rb2132 s's murder, and po.adidas ace 16 kids ice reportedly were attempt.ray ban sunglasses red ing to find out who wa.soccer jerseys long sleeve s using his vehicle.
The last two college coaches who were hired to lead N.F.L. teams quit after two seasons. Steve Spurrier, hired by the Washington Redskins to much fanfare, went 12-20 in 2002-3; he returned to college in 2005 as the head coach at South Carolina. Nick Saban was also a disappointment with the Miami Dolphins, going 15-17 the past two seasons before taking the coaching job at Alabama last week.So why would the Falcons sign Petrino to

lay better, or punishment for missing assignments?" writes Fanhouse’s senior national columnist, Kevin Blackistone. “Are the stadium stairs no longer available at the end of practice?"“This isn't about not being able to do it the way old coaches did it,” Blackistone adds. “No, this is about abject stupidity, and there s