Monday 21 May 2012

Sejuta Kasih Qairina 19- Last Entry



Pintu bilik air ditariknya kedalam. Dilihat suaminya sedang khusyuk menghadap laptop dengan sengihan yang tak surut. Apa yang seronok sangat tengok tu? Sikat diatas meja dicapai dan dilurutkan pada rambut ikalnya.

“Abang tengok apa tu? Sengih-sengih macam kerang busuk.” Qairina mula bertanya. Baru sekeja tadi abang Qaushairi dan kak Hani balik. Seronok betul dapat dengar cerita suaminya kecik-kecik. Sekarang barulah dia tahu yang suaminya ni manja sebenarnya.

“Meh..meh sini tengok. Video masa kita kahwin hari tu.” Tangannya sudah menggamit isterinya. Tilam disebelahnya ditepuk-tepuk.

“Bila masa pulak abang ada masa tangkap video masa kita kahwin pulak ni?” kakinya mula memanjat katil. Kedua tangannya menongkat diatas katil sambil bola matanya dilepaskan pada screen laptop.

“Abang suruh Razif yang tangkapkan. Qhai mula kerja bila ni? Abang esok dah masuk balik sebab ada project yang abang kena uruskan cepat.” Soal Iskandar. mata masih setia memandag laptop.

Qarina mengagguk. “ Qhai pun masuk esok. Abah kata ada orang baru nak masuk.” Baru sekejap tadi abah call.

“Oh ye? Lelaki ke perempuan?” soal Iskandar. Qairina sudah berkerut kening. Ni kenapa aura soalan macam ada something je.

“Kira ada isu ke lelaki ke perempuan? Ha...ni mesti ada something ni. Baik abang cakap cepat” Jari telunjuknya sudah dihala kearah muka suaminya yang masih menayang riak selamba.

“Tak ada. Biasa je.” Balas Iskandar dengan muka selambanya. Padahal dalam hati sudah cemburu tak kena tempat. Kalau perempuan tak apa, dibuatnya laki, bujang pulak tu. Memang padah la gamaknya hati aku ni.

“Ni mesti kes cemburu ni...kan?” tebak Qairina. Leher suaminya sudah dipeluk erat. Macam nak cekik pun ada. “Baik cakap cepat!”

Iskandar yang rasa tercekik cuba menarik tangan isterinya yang melingkar kua dilehernya. Boleh putus nafas lama-lama macam ni. “Ha..ha..betullah tu..betullah tu.”

Qairina tergelak kecil sebelum melerakan tangannya. Pipi Iskandar dicubitnya geram “Eii...tak payah la nak cemburu-cemburu. You’re the best husband in this world!” puji Qairina sambil menaikkan ibu jarinya tanda ‘bagus’

“Yela tu.” Balas Iskandar dengan muka cemberutnya.

Qairina menghela nafas dalam. Wajah suaminya yang masih setia menghadap screen laptop ditariknya supaya menghadapnya. Kedua-dua belah pipi suamiya dipegang lembut. Kemudian jari kelingking kanannya dinaikkan. “i promise you. You’re the most handsome, the most romantic, and the best husband in this world.”kata Qairina penuh romantik. Tak sangka ada jugak gene-gene romantik dalam chromosome aku ni ye.

Iskandar terkedu dan tergamam. Tak pernah menyangka isterinya dapat menuturkan kata-kata penuh bermakna sebegitu. Senyuman manis diukir dibibirnya buat tatapan si isteri.

“Abang pegang janji Qhai. Qhai anugerah yang paling indah dalam hidup abang” Jari kelingkingnya ditautkan dengan Qairina. Bahu isterinya dipeluk erat penuh kasih. Dahi isterinya dikucup bagi menzahirkan rasa sayang yang bergayut dalam hatinya.
******
“Arghhh!! Dah pukul tujuh setengah pagi.” Suara nyaring Qairina bergegar seawal jam tujuh setengah pagi itu. Iskandar yang sedang meyarung baju kemeja ketubuh sasanya mula menutup telinganya yang terasa bingit.

“Apa pagi-pagi dah menjerit ni dear. Cair tahi telinga tau tak?” tegur Iskandar. tangannya laju saja menyambung butang baju kemeja hitam jalur putihnya.

Rambutnya yang berserabut, dah serupa macam mak lampir dileraikan dengan jari jemarinya. Segera dia melompat turun dari katil. “Kenapa abang tak kejut Qhai bangun..” rajuk Qairina dengan mulut itik yang sudah ditarik. Dahlah pagi ni ada meeting sempena kemasukan pekerja baru tu. Nanti apa pulak kata board director semua kalau dia sendiri tiba lambat kepejabat.

“La..manalah abang tau. Abang ingat Qhai dah bangun. Tadi banyak kali loceng jam tu berbunyi kot.”

Kepalanya digaru geram. Habis berserabut balik rambutnya. “Dah la baju pun tak gosok lagi ni,” Rungut Qairina. Pantas pintu almari dibukanya dan sepasang baju cotton kurung moden ungu car berbunga ditariknya keluar. Baru saja dia nak melangkah keluar masuk kebilik gosok, bajunya sudah ditarik dari belakang.

“Sini abang gosokkan. Qhai pergi mandi dulu,” arah Iskandar. bukan dia tak biasa buat kerja bab gosok-menggososk ni. Dulu semasa dia bertahun-tahun di US, siapalah yang nak diharapkan menggosok baju kalau bukan dia sendiri. Ingat semua anak orang kaya ni spoil ke? Tapi bab memasak memang dia fail. Setakat nak masak maggi tu boleh la.

“Betul ke abang boleh gosok baju ni?” musyhkil pulak dia.

“Iye sayang...” hujung rambut berserabai isterinya ditarik sikit.

“Gosok elok-elok. Jangan sampai berlubang baju Qhai.” Qairina memberi amaran.

“Amboi-amboi..orang nak tolong gosokkan ni berterima kasih sikit ye. Nanti ada yang kena marah sebab lambat masuk pejabat pulak nanti.”

“Ha...iyelah..iyelah. abang memang yang terbaik. I love you abang..” Pujuk Qairina seraya menepuk pipi suaminya. Ni tambah menggebu rasa sayang dalam hati ni, dapat suami yan perihatin macam ni. Kau ada? tualanya disambar dan terus menghilang kedalam bilik air.

Keluar saja dari bilik air, dilihat baju kurungnya sudah siap bergosok terdampar diatas katil mereka.  bibirnya mengoyak senyuman sebelum cepat-cepat menyalin pakaian. Oh..baru teringat. Breakfast tak buat lagi.

Melangkah saja keluar dari bilik, dilihat suaminya sedang menunag air kotak peel fresh oren ke dalam gelas. Dipercepatkan langkahnya mendekati meja makan dan air kotak itu dicapainya. Rasa bersalah pulak dia. Air dituang kedalam gelas dan dihulurkan kearah suaminya dengan memek muka yang manjanya.

Sorry abang..”

“It’s ok. Setakat sediakan breakfast ni, pejam mata pun abang boleh buat.” Alah..apalah yang susahnya kalau setakat nak buat roti bakar. Cepat-cepat mereka menghabiskan makan pagi mereka. masing-masing ada meeting pagi ini. Inilah akibatnya kalau tak ambil cuti kahwin panjang-panjang. Nak buat macam mana kalau projek yang perlu diuruskan terlalu banyak.

“Qhai balik macam biasa hari ni. Abang balik lambat ke?” Tanya Qairina sambil mengunyah roti bakar

Iskandar menggeleng. “Tak tau lagi. Kalau ada banyak kerja, may be lambat sikit kot.”

“Dah..dah..jom cepat pergi. Piring ni semua basuh balik karang ajelah,” cadang Iskandar. Qairina mengungguk laju. Kasut tingginya dirak kasut dicapai dan disarung. Kemudian kunci keretanya dicapai. Mereka beriringan menuju ke basement parking. Nasib baik keretanya sudah dihantar petang semalam, tak perlulah dia menyusahkan suaminya menghantarnya ketempat kerja. Walaupun jarak bangunan pejabat mereka taklah terlalu jauh.Kunci unlock ditekannnya dan segera tubuhnya membolos masuk.

“Bismillahirrahmanirrahim..” kunci kerea dicucuk kepalam dan dipulasnya. Tak hidup. Dicuba pusing buat kali kedua, pun tak hidup. Mati kutu dia dibuatnya pagi-pagi macam ni. Cari pasal betullah!

Why dear? Kereta tak boleh hidup ke?” kepala suaminya dilihat terjenggol disisi tingkap keretanya. Muka sedih ditayangnya seraya mengangguk lemah. Time-time emergency la, dia tak mau hidup.

“A’ah, tak mahu hidup la pulak. Dah la Qhai dah lambat ni.” Rungut Qairina sedih.

“Keluar cepat. Abang hantarkan.” Qairina sudah terkebil. “Cepat sayang...kalau tak abang tinggal!” kata Iskandar lagi. Cepat-cepat Qairina menarik kunci keretanya semula, dan disambat bag LVnya yang sudah dicampak dibahagian seat belakang tadi.

“Itulah..lain kali tidur awal. Jangan jadi burung hantu tengah malam-malam.” Bebel Iskandar sebaik saja mereka berdua masuk kedalam perut Lotus Elite milik Iskandar.

“Eh? Mana abang tau Qhai tidur lambat?”

“Mestilah tau. Tak ada bau wangi sebelah abang.” Seloroh Iskandar sambil mengenyitkan matanya kearah isterinya. Dia dah masak sangat dengan bau wangi tubuh isterinya. Jadi senang saja dia nak detect kalau isterinya tak ada disebelah.

“Hidung macam hidung kucing! Qhai borak dengan Fira malam tadi.” katanya jujur. Tak sedarlah sampai pukul berapa mereka melabun. Banyak benar cerita yang dikeluarkan mereka. dok la tergelak-gelak dalam gelap atas sofa.

Perlahan-lahan kereta mula mengundur keluar meninggalkan kawasan kondo. “Duduk diam-diam. Abang nak racing ni.”

Terbeliak mata Qairina dibuatnya. Racing? Boleh ke racing pagi-pagi macam ni? Bukan selalu jalan sesak ke? sepuluh minit kemudian, peluh sejuk mula merenik ke dahi. Meter kelajuan dijelingnya dengan hujung mata. “seratus enam puluh?” jerit Qairina.

“Ni slow lagi ni...” sahut Iskandar yang memandu macam pemandu profesional. Pandai saja dia mencelah. Pedal minyak ditekan lagi dalam. Berdesup laju kereta membelah jalan raya.

“Arghhh!! Slow sikit!! Qhai boleh sakit jantung macam ni.” Jerit Qairina dengan mata yang terpejam. Seat belt sudah digengamnya erat. Rasa macam nak melayang jiwanya dengan kelajuan kereta. Takut tercampak je dia nanti.

“Nanti sampai lambat la sayang...” Iskandar memberi alasan. Apalah yang nak ditakutkan, bukannya kereta ni tak ada brek. Lagi pun buat apa beli kereta berkuasa tinggi macam ni kalau nak bawak macam kereta lembu!

“Abang dah puas hidup dengan Qhai ke? Slow!! Qhai kata bawak SLOW!” marah Qairina bila suaminya tak mengendahkan arahannya. Naik merah mukanya menahan rasa gerun.

Tergamam terus Iskandar dimarah pagi-pagi macam ni. “ Kenapa Qhai cakap macam tu?”

“Dah tu..abang tak takut ke kita accident nanti? Dah puas tengok muka Qhai?”

“Okay..okay..abang minta maaf. Abang bawak slow-slow eh.” Iskandar mengalah.

Slow but steady. Itu yang terbaik.” Pesan Qairina lagi. Tangannya yang sejak tadi menggengam seat belat yang melingkari tubuhnya mula dileraikan bila kelajuan kereta mula berkurangan. Tapi rasa debar masih juga ada. Terasa macam jantungnya sudah tertinggal atas jalan raya.

“Baik Puan Qairina Faqiha. Saya menurut perintah.” Giat Iskandar sengan senyuman nakalnya. Penakut sangatlah pun isteri aku ni. Pedal minyak ditekan senada saja, tak boleh nak buat drift pagi-pagi ni. Dah ada pegawai JPJ tak bertauliah disebelah.
*****

Sampai saja dihadapan pintu besar syarikat. Seat belt dibuka. Dadanya diurut kejap menghilangkan rasa debaran yang melandanya tadi. pendek umur kalau hari-hari suaminya bawa laju macam ni. Suaminya dijeling maut.

“Kalau Qhai tau abang bawak laju-laju macam tadi lagi. Taulah Qhai nak buat apa nanti.” Ugut Qairina. Tak rela dia menjanda dalam usia  muda macam ni.

“Baik mem.” Balas Iskandar dengan muka yang dibuat-buat comel. Comel ke?

Pelipis Qairina mula berkerut memikir sesuatu. “Qhai tak bawak kereta. Siapa nak hantar Qhai balik? Abah?” baru dia terfikir. Tapi takkan nak susahkan abah. Arah kondo mereka dengan rumah abah umi bukannnya sama.

“Takpe lah. Abang ambik Qhai petang nanti. Jangan berani nak naik public transport! Qhai hilang, menangis air mata darah abang.” Tak rela nak lepaskan isterinya naik public transport sorang-sorang. Dibuatnya sesat, apa nak buat?

Tali leher suaminya ditarik laju, sampai terkedepan suaminya dibuat. Laju saja kucupan dihalakan kepipi suaminya. “Thanks dear..” ucapnya dengan muka yang malu-malu kucing. Padahal kau yang nak menggatal kan Qhai!

Kedua belah pipi isterinya disentuh. Tajam matanya menikam mata isterinya. “Jangan pandang lelaki lain.” Tutur Iskandar berada serius.

“Uhuk..uhuk..abang tu jangan tengok perempuan lain.” Lengan suaminya ditampar. Tangan suaminya dicapai dan dicium. Nasib baik cermin kereta suaminya bertinted agak gelap. Malu pulak kalau ada pekerjanya yang nampak.

Pintu kereta ditolak penuh berhati-hati. Sesekali melilau matanya melihat sekeliling. “Drive carefully dear.” Sempat lagi dia memesan sebelum pintu kereta ditutup.

Dari stesen bas seberang jalan, Intan sudah menangkap kereta mewah yang berhenti betul-betul dihadapan pintu besar syarikat. Dalam kejauhan, masih dapat ditangkap bayang Iskandar yang kacak berkaca mata Frogskin Acid Black yang tersangkut pada batang hidungnya. Serta merta dia disapa cemburu yang tak terhingga. Matanya yang mula memerah ditenyeh-tenyeh sekejap, menghalau rasa sakit didadanya.

Langkah kaki Qairina diatur kelam kabut menuju ke pintu lif yang mula nampak sarat dengan para pekerja. Haish..macam mana bos pulak boleh datang lambat, memang bukan contoh terbaik betul. Sedang kelam-kabut dia melintas dihadapan kaunter pertanyaan di ruang legar, tanpa sempat kakinya membrek, bahunya sudah terlanggar seorang lelaki yang sedang membongkok mengutip fail hijaunya yang terjatuh ke lantai. Oh my...

“Ya ALLAH encik..i’m really sorry, saya tak nampak encik tadi.” ujar Qairina seraya membantu mengutip beberapa helai dokumen dan kertas yang sudah berterabur dilantai.

No..no..it’s okay. Saya yang salah buat empangan dekat sini.” Balas lelaki itu. Qairina mendongakkan muka seraya menghulurkan kertas yang sudah dikutipnya. Eh? Lelaki ni? Bukan ini lelaki yang aku dengan suami aku jumpa dekat tesco tu ke? Masakan dia tak ingat kalau baru saja mereka berjumpa. Kebetulan apakah ini?

“Awak ni...”

“Bos...cepat naik, semua orang dah tunggu dekat meeting room.” Suara Tia entah datang dari mana memanggilnya. Qairina berpaling kebelakang, dilihat Tia yang sudah berdiri berdekatan pintu lif untuk menuju ke tingkat atas sudah menggamitnya. Jam tangan ditangan dipandang sekilas. Mak aih..memang dah lambat sangat ni!

“Saya naik dulu. Again, i’m so sorry okay.” Kata Qairina sebelum melangkah pergi tanpa menunggu balasan lelaki itu. Tapi apa pulak lelaki tu buat dekat sini? Selama ni tak pernah nampak pun kelibat dia. Ke?? Fikirannya berputar ligat sepanjang perjalananan menuju ke tingkat atas. Ada kemungkinan tak lelaki tu pekerja baru yang abah cakap dalam telefon semalam?

Bahu Tia disebelah disenggolnya sedikit untuk meraih perhatian. “Awak tau ke Tia siapa pekerja baru yang masuk syarikat kita hari ni?” soalnya

“Ermm..saya tak tau sangatlah bos. Sebab Encik Rahim yang uruskan semuanya. Tapi apa yang saya tau, pekerja baru tu lelaki. Handsome atau single pun saya tak tahu.” Celoteh Tia seraya membelek-belek minit mesyuarat yang ada ditangannya.

“Ada saya tanya handsome atau single ke orang baru tu.” Balas Qairina.

Ting..bunyi lif berbunyi menandakan mereka telah tiba ditingkat enam belas yang menempatkan beberapa meeting rooms. Mereka jalan beriringan.

“Untuk bos memanglah tak penting. Hubby dah lengkap semua package, nak cari apa lagi kan...lainlah kami ni, gadis-gadis sunti yang masih menunggu putera kayangan yang turun dari langit.” Giat Tia lagi. Gila kau nak cari lelaki lain, kalau dapat suami yang lengkap semua macam Tengku Iskandar tu. Mati hidup balik pun tak akan dia pandang lelaki lain kalau dapat suami macam tu.

Qairina menampar lengan Tia lembut. “Ada-ada aje awak ni kan. Hari ni saya ada apa-apa appointment tak? Kalau tak ada, memang bagus sangatlah sebab saya nak balik awal hari ni.” Kata Qairina. Tak sanggup dia nak balik naik teksi sendiri, dibuatnya kena jual nanti tak ke haru. Terpaksalah keluar awal hari ni menunggu suaminya jemput. Dah macam tuan puteri pulak nak berhantar jemput bagai.

“Amboi..amboi..tau la pengantin baru bos. Tapi takkanlah baru setengah hari tak jumpa dah rindu-rinduan.” Usik Tia dengan senyuman nakalnya.

“Awak jangan nak fikir bukan-bukan ye. Kereta saya tak boleh start pagi ni, jadi petang ni saya terpaksalah balik dengan suami saya.”

Tiba-tiba kedengaran Tia menepuk tangan dengan muka terujanya. Ni apasal pulak setiausaha aku ni?

“Haa..baguslah tu, dapatlah saya cuci mata hari ni tengok lelaki paling kacak atas muka bumi ni. Nanti petang ni saya temankan bos tunggu suami bos eh. Boleh la...” pujuk Tia dengan muka penuh mengharap.

Qairina mendengus kecil. “Yela..yela..tapi tengok dari jauh je boleh. Kalau tidak...saya cucuk mata awak tu sampai jadi kassim selamat!” gurau Qairina dengan gelak kecilnya. Sabar sajalah.

“Okey..sampai jugak kita. Silakan puan Qairina Faqiha yang cantik jelita.” Suara Tia. Daun pintu dikuaknya sedikit dan ditahan supaya bosnya masuk dahulu. Dilihat beberapa ahli lembaga pengarah dan pekerja sudah menunggu didalam.

“Thank you.” Balas Qairina dengan senyuman manis. Sebaik saja kakinya melangkah masuk, orang pertama yang menggamit pandangan matanya, pastilah abahnya yang sudah beberapa hari tak ditemui. Terasa menggunung rasa rindunya dengan abah.

Tanpa menunggu lama, terus dia meluru menuju kearah abahnya yang sedang bercakap dengan Encik Arshad, ketua bahagian Human Resource. “Assalamualaikum abah.” Sapa Qairina dengan nada manjanya. Tangan kanannya dihulurkan.

“Waalaikumsalam..my lovely princess. Abah rindukan Qhai sayang.” Kata Ir. Zulkefli pula seraya menyambut huluran tangan anaknya itu. Kemudian kucupan sayang menghinggap juga kedahi anaknya.

Qairina tersenyum manis. “Qhai pun rindu..umi dekat rumah sihat?” soal Qairina. Lengan abahnya dirangkul manja. Namun belum sempat abah membalas pertanyaannya, daun pintu sudah ditolak dari luar. Tersembul wajah encik Rashid dan seorang lagi lelaki di belakangnya. Erkkk...lelaki yang aku langgar kat bawah tu tadi.

“Tuan..encik Zuhair dah sampai.” Beritahu Encik Rashid seraya memberi laluan agar lelaki yang dikenali sebagai Zuhair itu berjalan kedepan.

Mata Zuhair mendongak kearah Ir. Zulkefli, lelaki yang bakal menjadi majikannya kelak. Tapi apa yang lebih menarik perhatiannya ialah kehadiran gadis yang melanggarnya di bawah tadi. kalau seingatnya, gadis ini jugak yang dia temui dua hari lepas semasa Mimi anaknya hilang di Tesco tempoh hari

Qairina mendekatkan mulutnya kearah abahnya yang sudah tersenyum senang. “Ini ke pekerja baru yang abah cakap dalam telefon malam tadi?” bisik Qairina perlahan. Matanya kemudian beralih semula kearah lelaki segak itu yang turut sedang memandangnya penuh minat. Nak tak nak, diukirkan juga senyuman ikhlas dibibirnya.

Welcome to InterShip Corp Encik Zuhair. Saya harap awak akan selesa bekerja dan menjalin kerjasama dengan pekerja-pekerja disyarikat ini.” Ucap Ir. Zulkefli penuh gaya korporatnya. Qairina juga sudah melurutkan tangannya yang meligkari lengan abahnya tadi. dilihat abahnya sudah menghulurkan tangan untuk berjabat.

My pleasure sir. Saya rasa sangat berterima kasih kerana diterima untuk berkhidmat disini.” Balas Zuhair penuh rasa merendah diri. Hujung matanya dilirikkan kearah gadis disisi Ir. Zulkefli. Wajah yang sering menarik matanya untuk melekat disitu, terasa bagai ada magnet yang menariknya pada gadis itu.

Ir. Zulkefli menepuk bahu Zuhair beberapa kali sebagai tanda dia mengalu-ngalukan kedetangan lelaki itu. “Come..saya kenalkan awak dengan beberapa orang ahli lembaga pengarah dan ketua-ketua jabatan di sini.”

Zuhair mengguk. Kakinya dibawa mengekori langkah Ir.Zulkefli memperkenalkan beberapa orang tonggak utama pentadbiran syarikat. Satu persatu diperkenalkan. Sehinggalah yang terakhir sekali, mereka berhenti dihadapan gadis yang nampak manis berbaju kurung cotton ungu itu.

And..this is my lovely and only daughter. ‘puan’ Qairina Faqiha.” Perkenal Ir. Zulkefli seraya memeluk bahu anaknya rapat. Sengaja ditekankan perkataan ‘ Puan’ itu supaya tak ada yang berani masuk jarum. Bukan dia tak tahu gosip dan khabar angin yang sering melanda pekerja-pekerja syarikat ini setelah kemasukan anak gadisnya ini ke sini. Bermacam-macam cerita yang didengarnya.

Zuhair hanya tersenyum kelat. Jadi inilah anak gadis Ir. Zulkefli yang khairil katakan sewaktu mereka bertemu di restoran tempoh hari. Memang tak dapat dinafikan kecantikan gadis dihadapannya ini, patutlah ramai yang terpikat. Memang persis seorang bidadari syurga. Itu bermakna lelaki yang ditemui tempoh hari bersama gadis inilah Tengku Iskandar, anak kepada empunya syarikat Putra Holdings.

Entah kenapa, ada angin cemburu yang menyapa hatinya bila mengenangkan gadis ini sudah dimiliki oleh lelaki lain. Dan lelaki itu pula bukannya orang sebarangan. Kepalanya ditundukkan sedikit.

Nice to meet you puan Qairina.”

“Nice to meet you too encik Zuhair.” Balas Qairina sengan senyuman kecilnya.

“Memandangkan semuanya sudah ada di sini, saya nak membuat satu pengumuman penting. Pengumuman yang akan membawa syarikat kita selangkah lagi kehadapan dalam dunia perniagaan ini. Alhamdulillah..syukur kehadrat ilahi, sekali lagi kita telah mendapat tender kerjasama antara syarikat kita dan juga syarikat Putra Holdings bagi pembinaan sebuah kompleks membeli belah dan resort yang akan dibina Kuala Terengganu. Saya mengucapkan berjuta terima kasih kepada pasukan elit syarikat kita yang sudah bertungkus lumus menyiapkan proposal bagi tender ini.” Kata Ir. Zulkefli panjang lebar. Tangannya yang ada didalam kocek dibawa keluar.

“Dan dengan ini saya akan mengeluarkan senarai kakitangan yang akan terlibat dalam mengurus dan membangunkan projek kerjasama ini yang akan berada dibawah kelolaan Encik Zuhair sendiri dan anak saya Qairina.” Sambung Ir. Zulkefli lagi. Matanya sudah dialihkan kearah anaknya dan Zuhair silih berganti.

“Encik Zuhair..this is the first task for you. Saya harap awak dapat menunjukkan kebolehan awak melalui pembangunan projek ini.” Pesan Ir. Zulkefli seraya menepuk bahu anak muda itu. Dia percaya Zuhair dapat melakukannnya dengan baik.

“Siapa pulak pekerja Putra Holdings yang akan terlibat dalam projek ni tuan?” suara Encik Arshad mula kedengaran. dilihat semua pekerja juga sudah melihat abahnya penuh minat.

Ir. Zulkefli tergelak kecil sebelum menyambung bicaranya. “Dari khabar dan berita yang saya dapat. Menantu saya sendiri, Tengku Iskandar dan abangnya Tengku Qushairi yang akan handle sendiri projek ini. Disebabkan projek ini adalah projek mega buat tahun ini. Jadi mereka turunkan pekerja yang terbaik untuk projek ini.” Hujung matanya dijelingkan kearah anaknya disebelah yang dilihat sudah mula menarik senyuman kecil. Suka sangatlah tu dapat kerja dengan suami.

“Puan Qairina Faqiha. Be professional. Jangan nak bermain-main mata banyak sangat.” Ir. Zulkefli mula berseloroh sehingga kedengaran gelak tawa dari beberapa pekerja yang mengerti maksud disebalik pesanannya itu.

Qairina yang mati senyumannya terus mendongak memandang abahnya dengan mata yang membulat besar. Tahu-tahu aje abah ni tau. Buat malu aje!

“Insyallah tuan.” Sambut Qairina sopan. Dalam hati sudah berbunga riang. Kali pertama dia dapat bekerjasama dengan suaminya. Siapalah yang tak gembira, nanti barulah dia dapat melihat kewibawaan suaminya sendiri. Tak sabar rasanya nak mengkhabarkan berita ini pada suaminya.

Zuhair yang mendengar hanya mampu tersenyum. Ada rasa kelat yang dirasakan dalam hatinya. Akan dia pastikan dia menguruskan projek ini sebaik mungkin supaya dia tak terlihat jauh bezanya dengan Tengku Iskandar. dia sendiri tak tahu kenapa perlu hatinya berasa begitu. Tapi yang pastinya dia tak mahu kalah!! Menang untuk apa, dia sendiri pun tak mengerti. Adakah dia mahu kelihatan hebat dimata gadis bernama Qairina itu?

p/s; silalah menangis korg sume...sob..sob..this the last entry for this story. 8dengan muka penuh mengharap...sila doakan dila dapat menyiapkan cepat2 manuskrp cerita ni supaya dila dpt anta kepada pihak penerbit secepat mungkin. 

~dila menyusun sepuluh jari andai dila ada terkasar bahasa dalam membalas komen semua. dila juga menyusun jari untuk mengucapkan berjuta-juta terima kasih kepada semua pembaca yang sudi meluangkan masa untuk menelusuri kisah percintaan antara Iskandar dan Qairina.

~ I don't know how to show my gratitude toward you oulss...terima kasih atas feedback positif yang dila dpt sepaNjang cite ni disiarkan. kepada silent reader juga dila ucapkan terima kasih yang tak terhingga. insyallah kalau dipanjangkan umur dan rezeki, dapatlah kita memeluk SKQ dalam versi cetak kelak. 

~sekian, salam cinta terakhir dari Sejuta Kasih Qairina *hanya di blog >_<

senyuman manismu menjadi igauan,
tutur katamu menjadi dambaan,
sinar matamu menjadi impian,
tanpa dirimu, aku bagaikan orang buta di dalam terang,
cintamu telah menyuluh hati yang kian tandus,
membawa cinta segunung impian,
beribu cinta telah ku tolak,
kerna hanya Sejuta Kasih Qairina yang aku impikan....

_ Iskandar & Qairina_

23 comments:

sweety said...

owesome...harap2 novel ni cepat diterbitkan..mesti gelora, ribut taufan puting beliung timbul nanti pada qai n is....aduyaiiii

Anonymous said...

makasih sesgt10 cause tulis citer yg super ossom nih. hope citer nih cecepat lah publish ek cik penulis. pape roger2 lah ek.

NurAtiZa said...

Saya doakan supaya novel akan diterbit....^_^)Y

Anonymous said...

huk..huk..huk..dh xde n3 dh pasnie...msti rindu gile kt is n qhai...:(

sntiase doakn y tbaik utk anda....xsbar tgu baby2 u keluar..ahaks...cepat2 skit siapkan...hehehee...papepun all the best..!!

-yayo

Anonymous said...

Memang persis seorang bidadari syurga.

pernah tengok bidadari syurga ke?

dila dyna said...

sweety : trimas atas komen yg tersangt memberansangkan. dila pun harap cpt2 la dila abiskan menaip cite ni spaya bleh proceed untuk SLC pulak...bab puting beliung, ribut taufan tu sme2 kite nantikan penghujungnya ye haha... :)))

dila dyna said...

anonymous 1: ossom??? thanks atas pujiannya, tapi cite dila ni msih bnyk kekurangannya *merendah dir la plak hihik...tapi yg pasti akan dila roger2 bila ade berita terbayu ye...thanks again atas komennye huhu T_T *cari sapu tgn jap

dila dyna said...

NurAtiza: dila pun berharap cite ni kuar cpt2..hope after my first baby kuar, bleh la second baby ni plak yg kuar haha...tp doakan yg terbaek ye tuk dila...luv u >_<

dila dyna said...

anonymous 2: hehe thanks sgt mendoakn baby2 dila *erkkkk baby??? ape2 news nnti dila update dkt sini ye yunk

~ngeeeeeee V___V

dila dyna said...

anonymous 3: bidadari syurga?? yg pastinya dila x penah tgh hehe...tp ini sekadar bayangan fikiran..xde kena mengena dgn idaup dan mati

~thanks atas komennye hehe >_<

ruby muksan reds said...

dh last yea? :(

dila dyna said...

ruby mukhsan reds : ye sayunk...dh last entry...sob..sob..jgn sedih ye nnti taun dpn kite pluk ketat2 abg is hehe >_<

Anonymous said...

alorh, da abis da kat sni..huhu...
moga nvel nie dpt dtrbitkn...^_^

fatin atihah said...

sweeeeeeeeeeeeeettttttttttttt!!!!
kak, jgn bagi konflik terlobih borat ek.. please!!! hohohoho.. oh, nak tanya,macam mana akak buat cover utk semua e-novel akak eh? gambar semuanyacomei2.. hehehe.. ada laman web tak nak pi tgk cover2 ni? p cari dkt google image, takda.. waaa... :(
anyway, harap cerita ni cepat dibukukan.. kalau tak, morana den nak peluk is tiap2 malam.. hoohohoho! gatai!!! >.<

dila dyna said...

anonymous 4: lorhhhh...mmg dh abis la yunk haha...kte tggu versi cetak ye heheh insyallah :))))

dila dyna said...

teha: konflik berat???akak pun x tau cmne nk wat berat2, nnti brat kepala akak nk memikir haha...gamba2 2 akak cari kat favim.com je pastu adit2 pkai photoscape hehe...selamat mencuba >_<

danishatul said...

uwaaaa bru bab 18 xkan dh last dila :(( ala smbg la lg :((

dila dyna said...

danishatul: bab 19 yunk..ok la tu, ni pun dh 200++ ms tau, nnti xde surprise la haha

elly_shuhailey said...

ala,pahnie msti rndu kat qairina & iskndr..huhu..arp2 writer dpt cpt2 siapkn mnskrip nie ea...xsbr nk pgang n bca nvel nie...

dila dyna said...

elly_shuhailey: eeheh..trimas sudi merindui pasangan merpati dua sejoli ni..sme2 kite doa dila cpt2 siapkn ye huhu :)))

Anonymous said...

sgt2 best !!! penulis berjaye bwk sy mendalami dan merase kegembiraan yg dialami watak2 novel ni...(wlpn sbnrny takut nk mendalami novel ni coz xsggup nk bce konflik yg akn dikarang..huhu)... keep it up..xsbr nk tunggu novel ni diterbitkn...

Anonymous said...

Rasa macam sporting je lah sweet couple niy walo dorang kenal cuma sebentar .. All support for u cik dila..

Unknown said...

Sweet giler r story nie..suke sgt2 jln cite dia,romantik..bla nk trbitkn SKQ nie x sbr sgt2..😊😊pleaseeeee jgn lme2