Thursday, 14 June 2012

Secebis Lakaran Cinta 15&16



Bab 15

Pintu gelongsor balkoni bilik ditariknya luas. Serta merta angin malam menyapa tubuhnya yang berpajama merah jambu itu. Petang tadi, selepas Mira dan Iza balik dari Mid Valley, bermacam-macam soalan yang ditanya padanya. Sampai tak terjawab dibuatnya. Selepas Iza menuam pipinya tadi, surut sedikit bengkak di pipinya. Awal-awal lagi dia sudah bagi warning pada keduanya. Jangan bagi tau Aidil!! nanti makin banyak yang disoalnya pak cik tua tu!

Langit malam yang berbintang direnungnya lama. Bagai ternampak-nampak wajah comel Hakim disebalik bintang-bintang bertaburan dilangit. Tanpa disedari, air mata lesu keluar dari hujung matanya.

“Mama rindukan Hakim sayang...” rintihnya hiba. Masih teringat lagi seraut wajah comel itu waktu ajal menjemputnya. Senyuman yang terukir dibibir pucat itu masih tak dapat dilepakan walaupun sudah hampir setahun lebih dia ditinggalkan keseorangan.

Tiba-tiba bunyi tombol dipulas kedengaran. cepat-cepat dikesat air mata dipipinya. Mukanya dipalingkan kebelakang. Wajah Iza dilihat dengan sebungkus bag kertas ditangan.

“Kau menangis ke Isha?” tanya Iza lembut. Dia bukannya buta untuk tak perasan hujung mata yang berair itu.Raisha menggeleng laju. Sekali lagi bawah matanya disapu dengan kedua-dua belah tangannya.

“Tak adalah...mata masuk habuk je.”

Terdiam Iza sebentar. “Kau tak pandai menipu Isha...kau jangan nak kelentong aku la. Aku bukan baru kenal kau sehari dua.”

Mendengar kata-kata Iza itu, membuatkan Raisha hanya mampu tersenyum kelat. Kakinya melangkah masuk semula kedalam bilik. Duduknya dilabuhkan kebirai katil bertiang empat yang dihiasi dengan kain organza putih merah itu

“Kau bawak apa tu?” soal Raisha sambil matanya tak lepas melihat bag kertas ditangan Iza. Hadiah untuk aku ke? Belum hari jadi lagi kot.

“Nah...aku dengan Mira belikan kau baju. Memandangkan kita orang kesian kau tak dapat ikut tadi. so..kita orang dengan baik hatinya belikan kau baju ni.” ujar Iza seraya meletakkan bungkusan bag tu keriba Raisha.

Serious? Ni yang aku makin sayang korang ni!!” bercahaya-cahaya bola matanya memandang isi dalam bag kertas yang diberi itu. Hilang sedikit rasa hiba yang menyapa hatinya tadi.

Iza mengambil tempat disebelah Raisha. Kepalanya dilentokkan kebahu sahabatnya itu. Entah kenapa tiba-tiba malam ni hatinya disapa rindu. Rindu pada si comel Hakim yang telah membawa sinar kecerian dan kebahagian dalam hidup mereka dulu. Tapi siapa sangka, aturan ALLAH itu lebih dari segalanya.

“Aku rindukan Hakim..Isha.” Kata Iza perlahan. Ada nada sayu disitu. Siapalah yang tak merindui si comel itu. Keletahnya selalu menerbitkan senyuman dan gelak tawa mereka semua.

“Aku lagi rindu Iza. Sampai aku sendiri tak tahu dekat mana nak dilemparkan semua rasa rindu ni.” sambut Raisha pula. Rindu nak mendakap, rindu nak mencium pipi montel itu. Segala-galanya membuatkan dirinya sesak sendiri.

Iza mengangkat kepalanya yang direhatkan dibahu Risha. Kalau nak dibandingkan rindunya, pasti rindu yang ditanggung Raisha lebih hebat. Masih jelas lagi dimatanya saat anak kecil itu menghembuskan nafas akhir. Raisha seolah-olah mayat hidup. Jasad saja yang berdiri, tapi tiada jiwa.

“Lagi dua hari dah nak masuk kerja. Kau okay ke dengan pipi bengkak macam ni?” Iza mula memesongkan cerita. Tak mahu dia melayan rasa sedih terlalu lama. Nanti Raisha turut terasa sedihnya.

“Entah la...tapi ni pun dah okay sikit dah ni. boleh kot.” Jawab Raisha. Buat cacat mukanya saja bengkak macam ni. turun saham nanti!

“Kau rehatlah awal. Aku nak pergi layan abang Edward Pattinson aku kejap.” Kata Iza seraya mula bangkit dari birai katil.

Raisha sudah berdecit perlahan. “Tak habis-habis dengan abang Edward Pattinson dia tu!! bukannya dia kenal pun kau!!” bebel Raisha dengan memek muka yang sudah dibuat-buat menyampah. Bag kertas ditangnya disimpan di dalam almari.

“Biar la!! Asal dia tetap dihati aku dah la...”

“Habis si Nazim tu kau nak campak mana pulak?” soal Raisha dengan sengihan penuh maknanya. Bukannya dia tak tahu yang Nazim menyukai Iza. Dari sorotan mata redup itu pun dia boleh mengagak. Tapi dua orang kawannya itu macam main tarik tali pun ada. Masing-masing tak nak mengaku. Menyampah aku!!

“Eiii..please la jangan nak bandingkan Si Nazim tu dengan abang Edward Pattinson aku okay...tak sesuwai...” sambut Iza dengan gelak ketawanya. Memek mukanya dibuat seolah-olah kegelian.

“Macam-macam la kau ni!! dah..dah..keluar. aku nak tidur.” Bahu Iza ditolaknya keluar pintu.

Good night...” ucapnya terlebih dahulu sebelum menutup pintu. Termenung dia seketika merenung pintu balkoni yang masih terbuka luas. Langkahnya diatur menuju kesana dan ditutupnya rapat. Laci meja solaknya pula dibuka. Dua buah album yang tersimpan dibawanya keluar sebelum memanjat katil empuk miliknya.

Tangan halusnya mula menyelak satu persatu buku album yang memuatkan semua kenangan dia dan rakan-rakannya bersama arwah anaknya. Dari mula dia mengandung, sarat mengandung sehinggalah gambar dia mendukung arwah Hakim. Segalanya masih ada disitu. Menyimpan seribu kenangan manis yang tak mampu diungkapkan. Hatinya dibaluti bahagia tatkala menatap wajah si cilik itu. Sejuk matanya. Namun sekarang..dia hanya mampu mengirimkan doa buatnya diatas sana. Semoga anaknya itu menunggunya dipintu syurga kelak. Itu doanya....

******
Nadira hanya memerhati saja Hana yang sedang merenung kosong televisyen empat puluh inci yang sedang menayangkan telemovie melayu lakonan Fahrin Ahmad. Mata saja yang melekat disitu, tapi hati entah sudah terbang kemana. Sudah masuk dua hari dia melihat keadaan Hana sebegitu, kejap-kejap termenung, kejap-kejap mengeluh.

Dia masuk semula kedapur. Lima minit kemudian dia keluar dengan membawa dua buah mug yang berasap nipis. Tersebar aroma hot chocolate diruang tamu itu. Mug diletakkan keatas meja sebelum mengambil tempat disebelah Hana.

“Kau ni kenapa Ana? Asyik termenung je aku tengok. Kau ada masalah eh?” soal Nadira.

Hana menggeleng lemah. “Tak ada la. Aku okay je.” Balasnya. Padahal dalam fikirannya sudah tepu dengan pelbagai soalan. Belum termasuk rasa sakit hati yang masih bersisa hingga ke hari ini. Sebab  itu juga semua panggilan Hasif tak dijawabnya.

“Jangan nak tipu aku Ana. Aku bukan baru kenal, aku dengar kau mengeluh pun aku dah boleh agak kau ada problem. Kau gaduh dengan Hasif?” korek Nadira. Pelik juga dia sebenarnya hari ni Hana hanya terperuk dirumah. Kalau biasanya hujung-hujung minggu begini pasti dia akan keluar berdating. Air hot chocolate dalam mug disisipnya sedikit. Panas.

Hana menjeling sekilas kearah Nadira yang masih setia menunggu jawapannya. Keluhan panjang dilepaskan terlebih dahulu.

“Hasif dah kahwin.” Katanya ringkas, tepat dan padat.

Tak berkelip-kelip mata Nadira menatap muka Hana yang bagai tak berperasaan. Cuba memastikan kesahihan berita yang baru didengarinya itu. Seminit kemudian matanya mula terbelalak besar. Terus mug ditangannya diletak semula keatas meja.

“Kau cakap biar betul Ana!! Mana kau tau ni?” tanya Nadira dengan riak terkejut terpeta diwajahnya.

“Aku sendiri jumpa dengan isteri dia depan-depan.” Balas Hana. Setiap kali dia teringatkan Hasif, automatik wajah isterinya Raisha itu melayang didepan matanya. Naik sakit kepalanya ditekan sebegitu rupa.

“Habis tu? Hasif cakap apa?” soal Nadira lagi. Sungguh dia tak meyangka yang Hasif sudah berkahwin rupanya. Diam-diam ubi berisi!!

“Dia cakap dia tak cintakan isteri dia.” Kemudian Hana berpaling kearah Nadira. Matanya dialihkan sepenuhnya kearah sahabatnya itu.

Could you believe that? Kalau tak cantik boleh la aku jugak aku percaya. Masalahnya sekarang...bini dia dia tu cantik!!” ujar Hana dengan emosinya yang mula huru hara. Entah kenapa rasa nak menumbuk orang pun ada masa ni!

Nadira yang terpana seketika mula mengusap-ngusap lengan sahabatnya yang mula naik minyak itu. “Sabar la Ana...ni semua dugaan.” Nasihatnya.

“Sabar? Kau suruh aku sabar? Empat tahun Dira..empat tahun dia tipu aku!! Apa tak cukup lama ke aku ditipu hidup-hidup selama ni?” tempik Hana dengan muka yang memerah. Air mata mula bergenang.

“Dari dulu lagu aku dah nasihatkan kau kan. Hasif tu ada something yang dia sorokkan dari kau. Kalau tak, kenapa selama empat tahun hubungan korang ni, sekali pun dia tak pernah nak ajak kau kahwin ke apa. Aku memang dah boleh agak dah semua ni!!” kata Nadira pula dengan genggaman kuat yang mencengkam dibahu Hana.

Serta merta dengan itu juga air mata Hana keluar dari peluput mata. Tubuh Nadira dan dipeluknya erat. Bagaimana mana nak diceritakan perkara ini pada ayah dan adik-adiknya? Pasti mereka juga bakal terkejut. Nadira hanya mampu terdiam saja. Membeku sudah otak fikirannya hendah memberi nasihat dan cadangan.

“Kau rasa aku patut putus ke dengan Hasif?” soal Hana seraya meraup wajahnya yang basah dengan air mata. Matanya juga sudah memerah.

Nadira menjugkitkan bahu tanda tak tahu. “Entah la..aku pun tak tahu nak cakap apa. Tapi kalau betul dia tak cintakan isteri dia, kenapa tak bercerai aje?” soalnya kebingungan.

“Mungkin ada something yang menghalang. Aku pun tak tahu.” Balas Hana lemah. Tubuhnya disandarkan kesofa hitam itu.

“Selama ni tak pernah timbul pasal isteri dia ni. kenapa sekarang pulak baru nak keluar semua cerita ni?” tanya Nadira rasa ingin tahu. Selama empat tahun Hana bercinta dengan Hasif, memang tak pernah terlepas satu pun cerita perihal isteri Hasif itu samaada ketelinganya mahupun Hana. Sudah tu..mana pulak datangnya isteri Hasif ni?

“Isteri dia baru balik dari Korea. Empat tahun dia dekat sana sambung belajar..” Beritahu Hana sambil memeluk lututnya.

“Woww...mesti pandai kan, belajar sampai ke Korea sana. Aku ni nak jejak kaki kat sana pun entah bila entah.” Sambut Nadira dengan mulutnya yang separuh terbuka. Bukannya Hana tak tahu yang dia ni hantu korea, pantang ada filem dan drama terbaru..semua dia update.

Pelipis Hana mula berkerut-kerut. “Yang kau ni kawan aku ke kawan dia!” balas Hana geram bercampur sakit hati!

Terpana Nadira dengan nada suara tinggi yang meluncur masuk kecuping telinganya. “Mesti la kawan kau..”

“Dah tu, yang kau nak sibuk-sibuk puji perempuan tu melebih-lebih kenapa?” marah Hana lagi. Dia sudah mula berpeluk tubuh dengan muka cemberut mengalahkan magga muda masamnya.

“La...aku just cakap bestnya perempuan tu dapat duduk korea. Itu je...yang kau nak melenting tak tentu pasal ni kenapa? Cemburu?” tebak Nadira. Bukannya dia tak tahu sikap negatif Hana yang satu itu. Pantang kalau orang lain dipuji melebih. Itu satu sikap yang dia tak suka soal Hana.

“Cemburu?? Hello..tak kuasa aku okay. Dah la! Aku nak naik atas dulu.” Terus pungungnya diangkat. Air Hot Chocolate yang dibancuh Nadira langsung tak disentuhnya. Menonong saja naik menuju ke biliknya ditingkat atas.

Nadira dibawah hanya mampu menggeleng. “Hana...Hana..sampai bila kau nak terus dengan sikap macam ni? kalau Hasif tahu la perangai kau yang satu ni..mau lari dia nanti.” Katanya sendirian. Pelik dengan perubahan sikap pada Hana, kejap sedih, lepas tu nak memarah tak tentu hala pulak!

******

Kepala Raisha sudah terjengah-jengah kedalam rumah. Menunggu tuan puteri Mira turun dari tingkat atas. Bersiap bukan kemain lagi, dengan bajunya, dengan mekapnya, aksesori bling-bling tak payah cakap. Ni bukan macam nak pergi kerja gayanya ni, ni serupa macam nak pergi majlis High tea dah!

“Mira!! Cepat la sikit siap tu...Aidil dah tunggu lama ni..” suara laungan Raisha mula kedengaran hingga ketingkat atas. Bag LV yang melurut jatuh dibetulkan duduknya semula keatas bahu.

“Ye..ye..aku datang ni. Tak menyempat la kau ni. Awal lagi kan!” bibir Mira mula berceloteh seragam dengan langkah kakinya menuruni tangga.

“Eh kejap..kejap. jam aku tertinggal kat atas” kata Mira sebelum berdesup mendaki semula anak tangga. Gedam-gedum bunyinya.

Raisha yang menunggu sudah menayang muka bosan. Dah hampir sepuluh minit dia jadi jaga tak bertauliah depan pintu rumah ni. Naik cair mekap diwajahnya.

Pon..ponnn

Bunyi hon kereta Honda City milik Aidil mula membingit. Segera kepalanya ditoleh kebelakang. Dilihat Aidil sudah mengetuk-ngetuk jam tangan dipergelangan tangan kirinya. Menyuruh suapaya mereka cepat sedikit.

“Kejap la..” jeritnya pada Aidil. Ya ALLAH...minah ni buat apa lagi? Baru nak dibuka high heel yang sudah tersarung cantik dikaki putihnya, batang hidung Mira mula kelihatan dengan sekeping roti kosong yang terkepil dibibirnya.

“Sempat lagi ek kau ni! tu...Aidil dah marah.”

“Biaq pi la dia nak marah ke apa. Ada aku kesah?” jawab Mira selamba. Berselang beberapa minit kemudian, mereka berdua selamat menerobos masuk kedalam kereta.

“Bersiap macam mak datin!! Ingat aku ni kuli batak korang ke nak terpacak lama-lama depan rumah anak dara ni.” sempat lagi Aidil memerli sebelum memasukkan gear drive.

“Ada aku suruh kau tunggu?” suka hati mak nenek Mira menjawab. Mulut Mira kalau memerli memang pedas tahap tak ingat punya.

“Dah la korang ni! hari pertama kerja pun nak bergaduh ke? Aku cepuk dua-dua karang!!” sampuk Raisha sambil mengacah tangannya. Nasib baik luka dan bengkak dimukanya sudah sembuh. Kalau tak, mana nak disorokkan mukanya nanti!

Langsung terdiam kedua-duanya. Ni belum masuk Iza dengan Nazim lagi. Kalau tak mahu pecah jugak kereta ni nanti. Honda City milik Aidil mula meluncur laju meredah kesibukan pagi menuju ke syarikat. Kami hanya menyahut seruam kerajaan bagi mengurangkan kesan rumah hijau. Car pooling..bagus kan.


Bab 16

Sebaik saja kereta diparkir di tingkat bawah bangunan J-Tech yang terletak di Kuala Lumpr itu. J-Tech, sebuah syarikat pembinaan yang boleh dikira agak hebat dalam sektor pembinaan di Malaysia ini. Telah banyak projek-projek resort, hotel, shopping mall yang dijayakannya hasil sendiri mahupun hasil usahasama dengan syarikat luar.

Sebelum beredar, sempat lagi Aidil menjeling penampilannya yang nampak kemas dari biasa. Dengan baju kemeja dan tie yang terjerut dilehernya. Raisha dan Mira ditepi sudah mengangkat kening. Aihhh..mamat ni

“Hai...tadi bukan main lagi mengutuk aku, siap macam mak datin la. Sekarang apa kes?” suara sumbang Mira mula kedengaran semula. Raisha pula sudah tersengih-sengih melihat telatah Mira yang seakan-akan mengejek Aidil.

“Biar la...at least aku bersiap tak macam korang. Macam siput!” tukas Aidil seraya mengemaskan ikatan tali leher dibajunya kemeja biru belang putihnya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya. Dia berdiri mengadap Mira dan Raisha sambil mendongak keatas sedikit.

“Amacam? Handsome tak?” soal Aidil dengan muka minta penyepak.

Raisha dan Mira masing-masing sudah membuat gaya nak termuntah.

“Muka ala-ala penyagak baru terlepas penjara kau kata handsome? Telan air liur aku.” Kata Raisha yang mengundang gelak tawa Mira disisi.

“Dah la..melayan korang memang sampai sampai kesudah pun tak habis. Nanti tak pasal-pasal semua kena pecat datang lambat hari pertama.” Ujar Raisha lagi.

“Siap mem!” Mira dan Aidil bersuar serentak dengan tangan yang diangkat separas dengan dahi ala-ala memberi tabik hormat. Kemudian mereka bertiga beriringan naik ketingkat atas yang menempatkan bangunan pengurusan tertinggi syarikat. Melangkah dengan penuh tenang, sopan dan segak. Padahal dalam hati macam guruh berdentum sana sini. Darah gemuruh! Maklumlah..fresh graduate la katakan, mana ada pengalaman lagi.

Setibanya mereka ditingkat empat belas, kedatangan mereka disamput penuh mesra oleh salah seorang pekerja yang bertindak membawa mereka ketemu dengan bakal majikan mereka kelak atau lebih tepat lagi dengan tuan CEO dan para pegawai atasan. Masing-masing sudah menayang senyuman kaku. Seram sejuk dibuatnya.

******
Selepas hampir sejam mereka dibawa melawat ke beberapa department, dan berkenalan dengan beberapa pekerja yang bakal bekerja dibawah mereka. Sekarang mereka mampu mengoyak senyuman penuh kelegaan. Nasib baik rata-rata pegawai dan pekerja yang sempat mereka kenal menyambut mereka dengan senyuman penuh mesra. Tapi tak kurang juga ada yang berbisik-bisik, entah apa yang diperkatakan tentang mereka pun tak tahu.

“Saya memang suka dengan anak-anak muda macam kamu semua ni. masa inilah kamu semua boleh gunakan semua kepakaran kamu dalam bidang kejuruteraan ni. Timba ilmu bukan setakat di Universiti je. Tapi dekat sini jugak.” Siara Tan Sri Hamdan kepada mereka bertiga semasa mereka berjalan seiringan untuk menuju ketingkat dua belas.

“Insyallah Tan Sri. Kami memang berharap sangat kami dapat aplikasikan segala apa yang dah kami timba dekat universiti sebelum ni. kami harap kami diberi peluang sebaik mungkin untuk menunjukkan bakat dan kepakaran yang kami ada.” Sambut Aidil penuh berkaliber. Raisha dan Mira masing-masing sudah menyimpan sengih mendengar kata-kata formal yang merangkak masuk kecuping telinga mereka

Tak sangka si pak cik tua ni pun boleh cakap benda macam tu!

Kemudian langkah Tan Sri Hamdan terhenti. “Ohh..dengar kata kamu semua ni dari universiti yang sama. Betul?” soalnya

“Betul Tan Sri...kami semua ni classmate. Alhamdulillah rezeki kami dapat kerja ditempat yang sama.” Jawab Raisha lembut.

Tan Sri Hamdan tersenyum mendengar kata –kata Raisha itu. Cantik budaknya, detik hati tuanya dalam hati. Kalau saja anaknya belum berkahwin, pasti dia tak teragak-agak hendak menjodohkan anknya dengan gadis ini. Pandangannya ditebarkan keseluruh pejabat yang masih sesak dengan para pekerja dikubikel masing-masing. Yang terjengah-jengah pun ada.

Tiba-tiba tepukan tangan Tan Sri Hamdan kedengaran, menggamit perhatian semua pekerja kearah mereka.
Attention please...saya nak perkenalkan kamu semua dengan engineer-engineer baru kita yang akan berkhidmat di syarikat ni mulai hari ni.”

Mereka bertiga sudah memandang sesama sendiri. Tak sangka masih ada CEO yang low profile macam ni ye...turun padang sendiri untuk memperkenalkan pekerja baru. Tanpa disuruh, senyuman terus melekat diwajah mereka.

“Yang kacak segak ini Encik Aidil Fahmi, yang lagi dua orang gadis cantik dihujung sana tu Cik Zamira dan Cik Raisha Mahira.” Beritahu Tan Sri Hamdan. Dalam sekelip mata saja mereka sudah dihujani dengan lemparan senyuman dari semua pekerja. Tak kurang juga ada yang menghulurkan salam perkenalan.

Kemudian Tan Sri Hamdan terjengah-jengah sedikit, mencari kelibat dua orang pekerja kesayangannya. Salah seorangnya adalah anak kepada teman karibnya, siapa lagi kalau bukan anak kepada Dato’ Umar.

“Tini...Hasif dengan Ashraf mana. Tak masuk pejabat hari ni?” soal Tan Sri Hamdan kepada Tini merangkap setiausaha kepada Ashraf.

“Ir Hasif dengan Ashraf pergi lawat tapak projek Sri Angkasa pagi ni Tan Sri, salah satu paip utama pecah dekat sana.” Beritahu Tini.

Tan Sri Hamdan mengangguk faham. Baru dia hendak memperkenalkan pekerja barunya itu kepada keduanya. Terpaksa tangguh la dulu. Bahu Aidil yang sedang beramah mesra dengan beberapa karyawan lelaki ditepuknya kejap.

“Saya baru ingat nak perkenalkan kamu semua dengan dua orang engineer kesayangan saya. Tapi mereka pergi tapak projek pulak.”

Aidil tersenyum nipis. “Tak apalah Tan Sri...masih ada banyak masa lagi.”

“Kalau macam tu saya masuk bilik dulu...please, make yourself comfortable here. Saya mengharapkan yang terbaik dari kamu semua.” Amanat disampaikan kepada mereka sebelum kakinya melangkah pergi meninggalkan mereka bertiga ditengah kelompok pekerja.

“Mari encik Aidil, Cik Raisha, Mira. Saya tunjukkan bilik.” Pelawa Tini yang sudah dipertanggungjawabkan untuk membawa mereka ke bilik pejabat masing-masing. Semasa langkah mereka merapati bilik mesyuarat, kelihatan dua orang lelaki yang segak berkemeja serba lengkap sedang mengorak langkah kearah mereka. Dilihat keduanya sedang rancak bercakap sesama mereka dengan kertas putih segi empat yang sudah dibuka ditangan. Pelan projek mungkin.

Langkah Tini segera terhenti bila melihat dua orang pegawai atasannya itu yang nampak sedang membincangkan isu serius, segaris senyuman pun tak terukir diwajah kacak mereka. engineer muda yang menjadi rebutan semua pekerja waita bujang dipejabat ini. Siapa lagi kalau bukan Ir Dr Hasif Nadhmi dan Ir Dr Ashraf. Walaupun masih muda, tetapi kedudukan dan pangkat yang disandang bukan calang-calang. Tak mustahillah mereka berdua menjadi pekerja kesayangan CEO mereka, Tan Sri Hamdan.

Good morning Ir Ashraf..Ir Hasif.” Sapa Tini mesra.

Gerakan kaki Raisha yang sedang asyik memerhatikan keadan sekeliling pejabat, segera berhenti bila badannya berlangkar dengan tubuh Mira didepannya. Segera kepalanya didongakkan kedepan. Baru mulutnya nak dibuka menegur Mira yang membrek secara tiba-tiba, serta merta lidahnya terasa kelu dan lumpuh untuk mengeluarkan suara. Terasa tak tertelan air liurnya.

Good morning Tini.” Balas Ashraf ceria pada secretarynya itu. Kertas pelan ditangannya segera digulung sebelum dikepilkan dibawah lengannya. Sesaat kemudian matanya jatuh pula kearah beberapa muka baru dihadapnnya yang tak pernah dilihat didalam pejabat mereka ini. Bola mata Hasif juga turut dilarikan kearah seorang lelaki dan dua orang perempuan dihadapnnya kini. Tapi gadis yang seorang lagi agak terlindung dibelakang.

“Ermmm..let me guest, they must be the new engineers right.” Teka Ashraf dengan senyuman tak lekang dibibirnya.

Tini tergelak kecil sebelum mengangguk laju. “Thats right Ir Ashraf. Let me introduce you...yang ini Encik Aidil, Cik Mira Dan Cik Raisha.”

Raisha mula menundukkan wajahnya. Dalam hati sudah mengutuk bagai nak rak. Dalam banyak-banyak syarikat kenapa boleh bekerja bawah sayarikat yang sama pulak ni! kalau boleh memang hendak dijauhkan dirinya sejauh mungkin daripada lelaki tak guna itu. Mainan takdir apa pulak ni?

Tiba-tiba hujung lengannya terasa dicuit Mira. Pantas kepalanya dipanggung semula kedepan. Saat itu juga matanya bersabung dengan mata Hasif yang turut memandangnya dengan wajah tanpa riak. Redah ajelah Isha...

Dia berdehem sedikit sebelum dilemparkan senyuman paling manisnya kearah lelaki berdua dihadapannya itu. “Nice to meet you...saya Raisha. Raisha Mahira.”

Pelipis Ashraf mula berkerut seribu. Raisha? Sepotong nama yang seakan-akan familiar dicuping telingannya. Segera kepalanya dipalingkan kearah Hasif yang masih tak lepas merenung gadis bernama Raisha itu. Could it be.... ingatannya mula berputar ligat mengingati sepotong nama itu. Seketika kemudian, otaknya sudah dapat menangkap dimana dia pernah mendengar nama itu. Memang sah telahannya!

Yes...’Puan’ Raisha Mahira. Nice to meet you too.” Sengaja ditekankan perkataan puan itu. Mahu melihat riaksi Hasif disebelah.

Kali ni Aidil dan Mira pula yang berkerut kening. Macam mana pulak si Ashraf ni boleh tahu yang Raisha ni berpangkat puan? Padahal semua orang tak tahu status sebenar Raisha disini. Pandangan Mira jatuh pula kearah lelaki disebelah lelaki bernama Ashraf itu. Lama matanya melekat diwajah kacak tak berperasaan itu. Ir Hasif? Hasif...nama itu bergema lagi dalam fikirannya.

“Aku masuk bilik dulu la Acap. Karang aku datang bilik kau balik.” Kata Hasif sebelum berlalu dengan fail biru ditangannya. Raisha dibelakang Mira sudah menjungkit kening mnghantar langkah Hasif pergi. Dalam hatinya mendengus kasar menutur kata benci dan sumpah seranah!

Sombong gila!! Detik Mira dalam hati. Muka dah handsome..tapi perangai zero!

********

Tangan Raisha ditarik kuat Mira menuju ke tandas. Dia sendir nak mendapat kepastian daripada mulut Raisha soal Hasif tasi. Takut dia tersilap orang pulak. Dia bukannya pernah melihat pun macam mana rupa suami Raisha, yang didengarnya pun hanya melalui cerita yang diberitahu Raisha dulu. Kalau betullah itu lelaki jahanam yang dah menghancurkan hidup Raisha dulu. Memang terasa hendak diserang saja lelaki itu. Lelaki tak bertanggungjawab!

“Ir Hasif tu suami kau kan Isha?” soal Mira berbunyi keras. satright to the point sajalah. Malas nak bengkok-bengkok cerita. Sesekali matanya terjengah-jengah kekiri kanan, memastikan tak ada sesiap yang cuba memasang telinga.

Raisha yang sudah boleh mengagak perkara itu hanya mengangguk tanpa perasaan. “Yup..kenapa?”

“Kenapa? Wehh..kau ni ada perasaan ke tak ni?” marah Mira. Tapi cuba dikawal volume suaranya. Nanti tak pasal-pasal tersebar cerita pulak.

“Dah tu kau nak aku buat apa? Berhenti kerja?” Raisha memeluk tubuh. Badannya disandarkan pada kabinet sinki berbatu disitu. Padahal dalam hatinya pun tak berhenti rasa resah dan gelisah. Nak bekerja satu bumbung dengan suaminya? Memang sesuatu yang tak pernah dia jangka. Baru tiga hari lepas kena halau, siap kena warning lagi yang suaminya tak nak tengok mukanya sudah. Sekarang apa kes?? Hari-hari kena bertembung dekat pejabat pulak!!

“Eii...kau ni kan. Boleh pulak kau selamba badak macam ni? aku pulak yang naik geram!” kedua-dua tangannya menumbuk kabinet sinki berbatu itu. Kalau boleh nak diganyang...memang sudah diganyang lelaki bernama Hasif tu!! tapi nanti tak pasal-pasal kena pecat pulak. Sudahlah si Hasif tu pekerja kesayangan CEO. Ikut kata Tini tadi la.

“Tak payah la kau nak risau tak tentu hala. Selagi dia tak kacau hidup aku. Aku okay je.” Tutur Raisha.

Mira mendecit tak puas hati. Raisha hanya berdiam diri. Malas dia hendak berbalah dengan Mira. Nanti tak pasal-pasal mood cerianya hilang, even moodnya sudah hampir separuh terbang melayang bila bertembung dengan Hasif tadi.
******

Hasif mengurut-ngurut tengkuknya yang terasa lenguh akibat menghadap komputer terlalu lama. Kepalanya direhatkan sekejap diatas meja pejabatnya, matanya dipejamkan buat seketika untuk melupakan masalah kerja yang menimbun. Ini belum masuk lagi masalah peribadi. Baru tiga hari lepas mulutnya lancang berkata tak mahu melihat muka Raisha lagi..tup..tup..sekarang berjumpa lagi. Nak bekerja dalam syarikat yang sama lagi. Kalau macam ini gayanya, bukannya tak nak tengok muka kau lagi dah, ini dah boleh kata tiap-tiap hari akan menghadap muka kau!

Jam tangan Le Vian miliknya dikerling. Sudah pukul lapan setengah malam? Kenapa ia langsung tak perasan tadi? bingkas kepalaya diangkat dan tangannya lincah mengemas dokumen yang agak bersepah diatas meja. Pen-pen yang berterabur juga diletakkan semula kedalam bekas. Patutlah perutnya terasa lapar saja dari tadi.

Wajahnya diraup kasar sebelum meyambar briefcasenya ditepi meja. Lampu bilik pejabat ditutupnya sebelum melangkah keluar. Semasa kakinya melangkah melintasi bilik pantri, hujung matanya laju menangkap bilik bersebelahan pejabat encik Syukri yang masih terang benderang.

“Siapa lagi yang tak balik malam-malam ni?” soalnya rendah. Tanpa rasa was-was, bilik itu didekatinya. Setahunya bilik ini kosong selama ini selepas Puan Zahidah pindah ke sarawak mengikut suaminya yang dipindahkan tempat kerja. Siapa pulak yang duduk sekarang?

Pintu bilik diketuknya beberapa kali, tapi tak ada yang menyahut. Riak mukanya mula berubah, tombol pintu digenggamnya kemas, sebelum dipulas perlahan. Kepalanya dijengahkan disebalik pintu. Saat itu juga dia terlihat seraut wajah mulus yang tertidur dengan kepalanya diletakkan diatas meja. Ditangan itu masih terkepil sebatang pen.

Pintu bilik ditutup semula. Baru beberapa langkah diambilnya kedepan, dia berhenti. Satu keluhan panjang terlepas juga dari bibirnya. Kemudian dia berpatah semula kedalam bilik itu. Tak sampai hati pula nak meninggalkan isterinya keseorangan disini. Walaupun masih ada Pak Samad pengawal yang memantau keselamatan bangunan syarikat ini, hatinya tetap berasa risau.

Lengan isterinya yang tertidur lena dengan blouse putih bunga ungu kecil yang tersarung ditubuh langsing itu digoyangnya.

“Wehh...bangun la..kau nak tidur dekat sini sampai bila ni?” kejut Hasif. Tapi kedudukan Raisha masih statik, langsung tak terganggu dek suaranya.

Tiba-tiba Hasif mendapat akal. Senyuman nakalnya mula terpamer. Perlahan-lahan fail hitam dibawah tangan isterinya diatas meja ditarik. Mula-mula perlahan, kemudian terus direntap fail hitam itu hingga terhantuk kepala isterinya kebucu meja.

“Awww....” dan-dan tu mata Raisha terbuka luas. Dahinya yang sakit digosok-gosok kejap. Hasif disebelah sudah menayang muka tak bersalahnya. Geli hati pun ada melihat isterinya terkejut. Nampak comel. Tanpa dapat ditahan-tahan, ketawanya terburai juga. Nasib baik hanya tinggal mereka berdua saja dipejabat malam-malam ni.

Bunyi ketawa yang menusuk kuat masuk ketelinga Raisha menggamit kepalanya ketepi. Dilihat suaminya sedang ketawa bagai nak rak. Fail hitam ditangan suaminya direnung tajam sebelum jatuh semula kemuka kacak suaminya. Kalau tak silap fail itu yang aku guna buat lapik kepala tadi. Eii...lelaki ni kan!! Memang suka nak pedajal aku kan!

Terus fail hitam ditangan suaminya direntap kasar. Renungan maut tertunak tepat kemuka suaminya yang masih bersisa ketawanya.

“Apa kelakar sangat ke tengok orang terhantuk? Suka?” tempik Raisha garang.

“Aku tak kata kelakar pun. Kau tu aje yang nak marah tak tentu pasal. Aku nak kejutkan kau bangun, itu je. Kau tau tak sekarang ni dah pukul berapa? Tak reti-reti nak balik rumah?” Balas Hasif bengkek. Makin lama makin suka dia tengok muka garang isterinya. Kepink, kepinkngan gitu.

“Panggil ajelah kalau nak kejut!!” tepis Raisha lagi. Sudahlah sakit dipipinya baru membaik, nak tambah plak dengan sakit kat kepala. Memang malang la kalau jumpa lelaki ni! bahaya!

“Kau tu tidur macam harimau, macam mana nak kejut!!” bela Hasif pula. Sesaat kemudian dia teringatkan ikan belaannya dirumah. Tak bagi makan lagi. Padahal tuan punya perut pun tak berisi lagi.

“Kau nak tinggal sangat kat sini kan..tinggal la. Aku nak balik dulu. Nanti karang ada orang datang masuk pejabat ni rogol kau aku tak tahu.”

Celupar sungguh mulut longkang Hasif ni. cakap langsung tak bertapis. Dia mula melangkah menuju ke muka pintu, bergerak untuk pulang. Tertanya jugak dia, isterinya tu balik naik apa? Ah...lantak  pi la dengan dia nak naik apa pun. Bukan urusan aku!

Bulu roma Raisha mula meremang. Diperhatikan kawasan luar biliknya yang sudah gelap, hanya dua tiga lampu saja yang masih setia terpasang. Terus dikemas mejanya ala kadar sebelum bertindak pantas menyambar bag LVnya dibawah meja. Dilihat suaminya sudah agak jauh kedepan. Terus dipercepatkan langkah kakinya. Nasib baik tak pakai baju kurung hari ni, boleh la jugak nak berlari-lari.

Derap langkah kaki yang makin makin menghampiri dirinya membuahkan senyuman dibibirnya. Tau pulak takut! Ingatkan berani sangat nak tinggal sorang-sorang dekat sini. Sesaat kemudian, lengan kemejanya terasa ditarik dari belakang.

“Tolong...hantar saya balik rumah boleh?” pinta Raisha dengan nafas sedikit menggah akibat nak mengejar langkah panjang suaminya. Menyesal pulak tadi tak ikut balik sekali dengan Mira dan Aidil, konon nak siapkan kerja dulu la..langsung-langsung kerja kemana, dia kemana. Sedap melayan lena.

What did you say just now? Tak dengar.” Balas Hasif kerek. Sengaja dia berpura-pura tak mengerti. Nak melihat sejauh mana Raisha mahu memujuknya.

kepala Raisha sudah mula naik temperature. Ini bukan tak dengar..ni memang sengaja nak menguji kesabaran aku ni! ni yang mula aku nak berangin tak kena tempat ni. sabar Isha..sabar..

Nothing...silap cakap. Assalamualaikum.” Balas Raisha mendatar, padahal dalam hati sudah terbakar bagai nak rak. Tanpa menunggu sesaat pun lagi, laju dihayun kakinya menuju ke pintu lif untuk turun kebawah. Dalam fikiran sudah berkira-kira untuk menelefon Aidil untuk mengambilnya disini. Sebaik saja sampai diruang legar syarikat yang sunyi sepi, Blackberrynya dikeluarkan dari tas tangannnya. Belum sempat nak ditekan butang hijau, tangan kanannya sudah ditarik dari belakang. Terkial-kial dia hendak mengatur langkah membuntuti langkah suaminya menuju ke basement parking.

“Lain kali jangan jual mahal. Kau ingat tak bahaya ke nak balik sorang-sorang tengah malam macam ni. berani sangat!!” bebel Hasif dengan tangan yang masih setia memegang tangan halus milik isterinya. Entah kenapa ada rasa aneh yang dirasakan saat itu. Rasa yang pernah dia rasakan empat tahun lepas.

“Yang awak tiba-tiba nak jadi baik ni kenapa?? Bukan awak yang cakap hari tu ke yang awak tak nak tengok muka saya dah!” dipulangkan paku buah keras.

“Dah tu kau nak buat apa? Berhenti kerja?” Balas Hasif selamba. Kunci dalam kocek seluarnya diambil dan sesaat kemudian bunyi kedengaran dari keretanya. Segera pintu disebelah penumpan dibukanya. Tangan halus yang masih setia digenggam dilepaskan. Tak tahu kenapa rasa berat pulak nak melepaskan tangan halus itu. Sangat selesa dirasakan bila kulit lembut itu bersentuhan dengan kulitnya. Malah rasa bersalah langsung tak menyinggah dalam hatinya sepertimana setiap kali dia berpegangan tangan dengan Hana.

“Kau jangan tidur pulak ek. Karang tak pasal-pasal aku kena angkut balik rumah aku lagi sekali.” Larangan keras diberikan pada Raisha yang hanya melayan perasaan memandang pemandangan luar yang disimbahi dengan cahaya lampu-lampu jalan.

“Orang tahu la! Ingat saya nak sangat ke tidur kat rumah awak tu. kalau kedekut tu cakap jela kedekut!” Raisha menjawab kuat. Mulutnya mula terkumat-kamit mengutuk Hasif. Hasif hanya menyimpan senyum melihat bibir Raisha yang herot-berot.

“Ha...tu apa yang kau mengutuk-ngutuk tu?” tegur Hasif

Eh...sedar pulak aku tengah mengutuk dia. “Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya.” Balasnya tenang.

p/s: pnjng x n3 kali ni?? korg rase puik2 cinta dh nk mula tumbuh ke?? haha...komen ye, insyallah dila balas nnti ...luv u all yg x penah berhenti support dila slama ni. Gamsahamnida ^^

42 comments:

Anonymous said...

the best !!

Che Laila said...

marah2 sayang.......haasiiiiiif....!

hanieynasir (cik nina) said...

Wah.bez3..
Nant kasi hasif jeles ek?
Mayb dgn aidil ke?
X sbr nk tngu en3 bru...;-)

blinkalltheday said...

nak lagiiiiiii

rahsia hatiku said...

suka la citer ni...makin baca makin nak taw en3 sterusnya...huhuhu

Anonymous said...

Tak puas la plak...tp best

itU TaKdIr hIdUpKu said...

wowww...mnrik nie...huhuhuhu...

arifuka kashirin said...

dah nak berbunga dah cinta nya..hehehe.rasa mcm pendek je nak lagi boleh..^_^ peace!

sweety said...

dila..best gilerr ...nyengat2 sayang gitu..sesuai dgn jiwaku..thumbs up 4 u dila cumilll

Anonymous said...

swit....

Rya Yuni said...

ngade lah hasif nie..lau susah sangat nak cakap baik2 ngan raisha, bg raisha kat aidil je la kak dila..hehe

papepon mmg best..sambong ek..

Atikah said...

Hehe... satu office tu... habis la nnt mesti nk jeles tu...
Erkkk... hana tu tak nk putus dgn hasif ker?
Weiii... cis nk merampas laki org... dosa hana dosa... miahahahs

Anonymous said...

hahaha...dlm bnci2 pn tlng anta blik jgk...bengong la hasif nie...hehehe...tp pendek la dila...x puas...tp nice...

Anonymous said...

best....sambung lagi..
tapi buat la hasif cemburu risha dengan aidil...
ak sabar nak tengok hasif cemburukan risha... apa agaknya terjadi eak...

hana_aniz said...

tak sabar nk tengok hasif tergila2 kt raisha. hohoho

Budak Peliks said...

hahaha ... poyo arrr kau Hasif . kerek je ... kak dila TQ so muchy ! hahaha ni yang sayang kak dila ketat ketat ni . TERBAIK !!! ;D

Kak zai said...

Biarkan hasif merayu2 nak kan semula si raisha....
Bg dia merana dulu sebelum dpt kan raisha.....
Angkuh sgt kan.....

kiki said...

best sgt

chikida77 said...

Tgh melting nie...tu baru siiit hati hasif dah gundah gulana....kasi hasif terasa jeles bila tgk binidia kena ngurat dgn lelaki2 kacak kat opis tu...

Anonymous said...

xnak ckp apa..sambung jer cepat boleh x?

NurAtiZa said...

Lepas ni diorang terpaksalah menghadap muka masing-masing....

Anonymous said...

support from little are_yee~

best99XX...
chaiyokkk!!! 4 da next n3 sis..

Eijan said...

Emmm...makin menarik...bagi hasif tu tergolek2 jatuh cinta dgn raisha....dan bagi ramai lagi jatuh cinta dgn raisha...biar smpi hasif cemburu gila...raisha pulak jgn cepat cair....

Anonymous said...

dah terputik dh tu keke
jual mhl2 eh Raisha,bg Hasif terseksa dulu ngeh3

Nayli wahidah said...

Terbaikk ! next n3 please :)

Anonymous said...

best4....cpt2 smbg sis..

Anonymous said...

best sgt2!~..dila pas nie ade ag x entry br?xpuas nk tgok hasif jeles.ke ke ke~btw tq =)

coretanku said...

best sangat ... nak lagi ^_^

Anonymous said...

Menyampah betul baca si Hasif still is on the upper hand di dlm membuli Raisya drp dulu sampai sekarang... Nampak sgt mcm Raisya ni cuma boleh menjawab sajer tetapi tiada action utk membalas segala perbuatan suaminya yg melampau tu....

princess ryanna said...

takdir bahawa raisha dan hasif mmg ditakdirkn utk bersama..mmg best..

Anonymous said...

cam ni le best baru puas baca....slamat memerah idea biar bg umpphhh lg

Anonymous said...

Sgt best...next entry pls :)

Anonymous said...

best3...suka sgt bca novel ni...
cepat sambung yer...=)

sharifah muda said...

bestnyaaa.. bila next entry ni? hihi x sabar nk tgk hasif marayu2 kat raisha..hehe :)

lieda said...

Dila..sgt best..x sabar nk tgk Hasif merayu ngan Hasif..buat hasif cemburu ye..biar Raisha menempel ngan Aidil..biar Hasif tgk..padan muka Hasif..jgn kasi Hana peluang nk menempel ngan Hasif tu..dh 4 tahun die menempel..kasi can kat Raisha ar plak..huhuhu

Ai NuRaSh said...

sikit lg tu jatuh la si hasif tu ...huhuhuh bini da depan mata hari2 huahahahaha

ruby said...

suke dngn n3 ni..ringan2 aje hehe nk lg ar cpt sambung erkk...

Anonymous said...

uhhukk...i like!! thx dila!!
pls laa..nyampah ooo..x mau hana..
pls pls pls...x sabar nk tggu n3 part hasif da fall in luv ngan isha..nasib baek n3 nii x de part hasif ngan hana, kalo x memang kena bunuh terus..kejam sgt ker?? heehee...
sori,salam,tq

dila dyna said...

trimas semua bebeh dila yg sudi turunkn komen ^_^ syang korg ketat2...nnti dila update lg ek insyallah...dila sebenrnye x puas ati dgn n3 kali ni, rse cite raisha n Hasif cikit sgt..korg mesti angguk2 kepalakn haha...xpe2 next n3 kite kasi bnyk2 part dorg haha

Anor said...

nak lagiiiii.... cptlh sambung lagi
ye... nk tengok sejauh mana ego
si Hasif tak nk tengok muka Raisha.
Seeloknya ada jejaka yg lain menaruh
minat pd Raisha diketahui oleh Hasif
ape perasaannya. Adakah Hasif cemburu
atau pun ada aku kesah?

Anonymous said...

best! Best! Tak sabar nak nantikan kesudahannya. Kalau dijadikan novel bagitahu yea. Sure beli punya!


~Lynn Amier~

Anonymous said...

saya suka....
tak sabar tggu sambungan...