Monday 30 July 2012

Bisikan Kata hati- 2

Selesai solat maghrib, Laila menolak bagasinya dan duduk di kerusi berdekatan pintu masuk sambil menunggu kedatangan sahabatnya. Bermacam-macam soalan yang bermain difikirannya saat ini. Buat apa lelaki tu disini? Sihat ke dia? Pening.. sampai dia sendiri tak terjawab soalan-soalan tu.

“Mana Liya ni pun, lambat sangat.” Rungut Laila sendirian sambil menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Lehernya diurut-urut pelahan. Rasa kepenatan akibat berjam-jam duduk didalam pesawat benar-benar membuat dirinya keletihan tambahan lagi selepas insiden yang berlaku tadi. Berganda-ganda rasa penatnya.

Tiba-tiba lehernya terasa dipeluk dari belakang. Tidak perlu melihat wajah gerangan yang memeluknya itu pun dia sudah tahu yang itu Liya. Minyak wangi masih tidak berubah-ubah.

“Sayang……sorrylah aku lambat.” Liya memujuk, tapi kerana Laila membelakanginya. Dia tidak dapat melihat mimik muka sahabatnya itu. Muncung ke, apa ke. Tapi jawapan yang diberi pada soalannya. Konon merajuklah tu. Tapi dia yakin, Laila kalau merajuk tak akan lama-lama. Mereka sudah menjalin persahabatan semenjak sekolah menengah lagi. Dia amat arif dengan sikap Laila yang satu tu

Sorry la…malam ni aku belanja kau makan nak? janganlah merajuk. dahlah aku rindu gila dekat kau.” Pujuk Liya lagi.

Pelukan dilepaskan dan Laila bangun dari kerusi dan berdiri menghadap Liya yang tersengih macam kerang busuk. Keningnya diangkat sedikit. Sepantas kilat terus tubuh dipeluk  tubuh Liya seerat-eratnya. Bibir mungilnya mula mengukir senyuman manis.

“Weh…kalau pun kau rindukan aku, janganlah peluk kuat-kuat sangat. Putus nafas aku.” Liya kelemasan.

Ketawa kecil terletus dibibir Laila.

“Kau kata kau rindu gila dekat aku kan.” Laila menjawab selamba tanpa melepaskan pelukannya. Empat tahun tidak berjumpa, hendak peluk lama sedikit untuk meredakan rasa rindu dalam dadanya. Akhirnya pelukan Laila turut dibalas erat.

“Mari sini aku nak tengok muka kau, cantik lagi ke?” Liya berkata sambil menjarakkan tubuh mereka. Diperhatikan wajah cantik Laila. Memang tidak dapat dinafikan, Laila memang cantik, malah bertambah cantik dirasakan sekarang. Kalau tidak, manakan dia boleh menjadi kegilaan lelaki-lelaki di kampus dulu.

“Emmm…cantik lagi.” Liya memuji sambil menjungkit kening.

Thank you.” Laila membalas sambil membuat gaya dalam cerita-cerita Fairytale dulu, semasa tuan puteri hendak menari dengan putera raja.

“Dahlah.. jom.” Liya menggamit. Terus troli Laila dicapai dan ditolak menuju ke basement dimana keretanya diparkir. Banyak yang ingin dibualkan di dalam kereta. Maklumlah, empat tahun tidak ketemu pasti banyak cerita yang ingin diceritakan.  Laila sudah menelefon umi dan abahnya tadi, mengatakan dia lambat sedikit sampai kerana dia merancang untuk keluar makan bersama Liya terlebih dahulu.
******
Liya memberhentikan keretanya di hadapan Restoran Perantau yang terletak di Bangsar. Mereka memilih meja yang berdekatan dengan air pancut kerana pemandangannya yang begitu menenangkan.

“Kena kan nama restoran ni dengan kau,yang lainnya cuma kau tu dah jadi bekas perantau sekarang.” Liya ketawa senang hati.

Kata-kata Liya mengundang senyuman dibibir Laila. Tidak lama kemudian matanya diliarkan ke sekeliling untuk melihat keseluruhan restoran, kerutan mula timbul didahinya. Wajahnya dialihkan kearah Liya dihadapan.

“Weh! kau bawa aku restoran mahal-mahal ni kenapa?aku mana ada duit.  Kau lainlah dah kerja, duit berkepuk-kepuk.” Hatinya mula gusar,macam mana dia nak bayar nanti? tak akan hendak cuci pinggan pula nanti? jatuhlah air mukanya yang cantik ni.

“Rileklah Laila,kali ni aku belanja. Tapi nanti kau dah kerja kau punya turnlah pulak . Masa tu kau jangan merungut pulak aku makan banyak.” Terkekeh-kekeh Liya mengelakkan Laila,kurang asam jawa betullah kawan seorangnya ni.

Fuh…selamat koceknya. kelihatan pelayan melangkah kearah meja yang menempatkan mereka berdua. Time untuk melantak.

“Akak nak order nasi goreng kampung, sup ekor kasi pedas-pedas dengan jus tembikai.” Laila membuat pesanan. Sudah lama dia tidak makan makanan melayu. Kalau dekat sana mana dapat ni semua, kecuali masa hari raya. Dapatlah dia menghilangkan kempunan nak makan makanan Malaysia kerana biasanya masa hari raya, kedutaan Malaysia dekat sana membuat open hause untuk pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut disana.

“Aik! datang restoran cantik-cantik macam ni nasi goreng kampung aje kau pesan? pesanlah stik ke, apa ke?” Perli Liya

“Amboi!  perli nampak? aku bukan apa, kempunan nak makan makanan melayu.” Laila membalas.

“Itulah kau siapa suruh lama-lama sangat merajuk, kan dah kempunan.”

“Bila masa pulak aku merajuk? aku sambung study ok.”

Suka-suka saja cakap dirinya merajuk. Tapi, memang itu juga satu sebab kenapa dia pergi membawa diri ke luar negara. Wajahnya yang  tadi ceria bertukar mendung

“Dah…kenapa pulak ni?” Tanya Liya. Risau dia tengok Laila yang tadinya ceria semacam,  tiba-tiba sahaja masuk mood sedih pula dah.

“Tadi masa dekat KLIA aku terjumpa Aiman tau. Aku terlanggar dia.” Laila meluah perlahan. Diperhatikan muka Liya yang nampak curious sangat sampai kening pun sudah terangkat. Ditarik nafas dalam-dalam untuk mengisi oksigen yang secukupnya dalam paru-paru.

“Ok, may be aku yang salah. Aku yang langgar dia sebab perut aku tengah memulas masa tu , so aku berlarilah macam tak ingat dunia.” Laila bercerita selamba. Namun terselit perasaan sedih disitu.

Terletus  ketawa daripada mulut Liya mendengar cerita Laila.

Muka Laila berkerut seribu. Agak-agaklah kalau nak ketawa pun, janganlah kuat-kuat. Muka Laila yang putih sudah naik pink menahan geram.

So, kau ok tak?” Tanya Liya sambil menahan sisa ketawanya.

“Kau nampak aku ok ke K.O?” Laila berseloroh, padahal dalam hati sudah tidak tentu arah memikirkan soal lelaki itu.

 “How would I know if you don’t  tell me?” Jawab Liya. Tapi melihat wajah Laila yang mendung semacam, cuma menanti masa saja nak hujan, dia menjadi kasihan. Hanya keluhan yang terluah dari bibir Liya.
“Dia dah ada anak. Dengan mata kepala aku sendiri nampak, ada budak lelaki panggil dia papa.” Luah Laila dengan nada terkilan.

“What? no..no..no. mustahil dia dah ada anak. Kalau dia dah kahwin lain, mustahil aku tak tahu sebab sepanjang kau dekat Belanda. Aku selalu keep in touch dengan umi kau, dan kau sendiri tahu yang umi kau rapat dengan mama Aiman. Mustahil umi kau tak tahu kalau Aiman dah kahwin lain.” Tukas Liya yang terkejut dengan cerita yang baru didengarinya.

panjang lebar penjelasan yang diberikan Liya. Tak masuka akal langsung cerita yang disampaikan Laila tu.

 “Habis tu, anak siapa? Aku sendiri dengar budak tu panggil Aiman, papa.” Laila masih lagi cuba mencari kebenaran.

“Emm..aku tak tahu. Mungkin anak kawan dia, tak pun sepupu dia, siapa tahu.” Liya menjawab  untuk menyedapkan hati sahabatnya itu.

Terdiam Laila sebentar memikirkan kata sahabatnya sebentar tadi. Tapi betul ke bukan anak dia?

“Macam inilah, dah terlanjur kau balik Malaysia ni. Aku nasihatkan kau jumpa dengan Aiman. kau orang duduk satu tempat bincang, macam mana dengan hala tuju hubungan korang ni.” Liya mengutarakan cadangan. Tangan Laila diatas meja digenggam, cuba untuk mengalirkan kekuatan pada Laila.

 Laila berfikir sejenak. Betul juga apa yang dikatakan Liya tu ,kalau dua-dua hendak bersikap lepas tangan sampai bila pun kekusutan hubungan ni tidak akan selesai. Tapi masalahnya, dia tidak bersedia lagi nak berdepan dengan  lelaki tu.

“Dahlah, tak naklah cerita pasal benda ni lagi, aku tak suka tengok muka kau cemberut macam ni..senyum ok!” Arah Liya tegas. Cukuplah empat tahun dulu dia menjadi saksi betapa deritanya Laila sehingga dia buat keputusan untuk meninggalkan Malaysia. Satu keputusan yang terlalu payah untuk diambil.

“Esok aku minta cuti ,kita keluar shopping nak?” Cadang Liya dengan penuh nada ceria.

Ok juga tu, dia pun sudah lama tidak meronda-ronda KL. Nak juga tengok apa perubahan yang berlaku sepanjang peninggalannya. Sekaligus untuk menghilangkan rasa resah gelisah dalam dadanya ini.

“Ok.” Laila memberi jawapan dengan mata yang bersinar-sinar. Buat sementara ini dia tidak mahu memikirkan masalah yang melanda dirinya. Biarlah dia enjoy puas-puas dulu sebelum berhadapan dengan masalah itu nanti.

“Kalau bab shopping, laju aje kau ye.” Liya memerli. Bukan dia tak tahu sikap kawannya yang satu ni, kalau shopping tu boleh tahan jugak. Tidak menang tangan nak mengangkut barang-barang yang diborongnya nanti.

Seminit kemudian, gelak tawa mereka berdua terletus memenuhi ruang yang hanya menempatkan mereka berdua disitu.
*****

Menjejak sahaja kaki Laila ke rumah Semi-D 2 tingkat itu, terasa segala penatnya hilang. Diganti pula dengan rasa hati yang tak sabar-sabar untuk memeluk umi dan abahnya, tak lupa juga pada adik lelaki merangkap bodyguardnya sejak dulu lagi. Tetapi disebalik kegembiraan itu terselit juga kesedihan yang tidak tertanggung rasanya kerana tidak dapat lagi mendengar gelak tawa kakak kesayangannya Laili Nurlisa yang telah pergi menghadap ilahi akibat kemalangan 4 tahun lepas. Kerana  kejadian itu juga dia bertindak membawa diri ke luar negara dek rasa bersalah yang menghantuinya.

Rindu yang menggunung dalam hatinya hanya ALLAH saja yang tahu. Hanya mereka berdua anak gadis yang dimiliki umi dan abahnya. Tidak dapat dibayangkan keakraban mereka selama ini. Orang selalu kata kalau mereka ini seperti kembar. Tapi tu semua hanya tinggal kenangan, kehilangan kakak tersayang betul-betul memberi kesan yang amat sangat dalam hidupnya. Terasa seperti dirinya terperangkap dalam dunia gelap, dan dia bersendirian. Tidak punya sesiapa yang ingin menarikya keluar dari dunia yang penuh dengan kegelapan itu.

“Umi ,abah. Kak ngah  dah sampai.” Lukman Hakimi adik lelakinya serta satu-satunya hero yang dipunyai oleh Encik Mokhtar dan Puan Solehah  mula berteriak sebaik sahaja pintu pagar dibuka.

“Umi!” Panggil Laila dengan mata yang sudah sarat digenangi air. Kemudian, dia terus hilang dalam dakapan umi tercinta, menitis air matanya yang ditahan-tahan sejak tadi

“Alhamdulillah, anak umi balik juga akhirnya.” Ujar Puan Solehah yang turut serta mengalirkan air mata. Dicium kedua belah pipi gebu anaknya itu. Rindu yang tertanggung terasa surut bila dapat mendakap tubuh anak gadisnya yang sering dirindui itu. Hanya kesyukuran yang mampu dipanjatkan kepada ALLAH atas kepulangan anaknya itu.

“Abah, Kak ngah dah balik.” Laila menyalam tangan abahnya, lantas tubuh abahnya dipeluk erat untuk melepaskan rindu yang menjerut tangkai hatinya selama ini.

“Baguslah Kak ngah.” Encik Mokhtar membalas sambil mengusap kepala anak gadisnya itu.

“Bang chik! you know how much I miss you.” Kata Laila penuh teruja. Adik lelakinya juga tidak terlepas dari menjadi mangsa pelukannya. Tidak sangka sudah besar panjang adiknya, makin kacak.

Me too..ole-ole untuk Bang chik, Kak ngah ada bawa tak?” Bang chik menyoal. Seminggu awal sebelum keberangkatannya pulang ketanah air, macam-macam yang telah dipesan adik lelakinya itu. Nak bajulah, bunga tuliplah, replika kincir angin. Macam-macam bunyinya.

Laila mendengus kasar sambil menjeling adiknya itu. Orang tengah nak buat jejak kasih sekarang, boleh pula dia minta ole-ole. Kepala adiknya diluku dengan tangannya.

“Tak ada..kak ngah tak ada duit nak beli semua tu. Tiket flight  aje dah beribu.” Seloroh Laila sengaja hendak mengenakan adiknya itu. Padahal awal-awal lagi dia sudah membeli itu semua.

“Ala..kan abah dah masukkan duit dalam akaun kak ngah. Alasan aje tau.” Rungut Lukman.

“Adalah..tapi esok baru kak ngah kasi. Tapi sebagai syarat, bang chik kena bawa kak ngah jalan-jalan naik motor abah esok. Kalau tak..no gift.” Laila mengugut sambil mengusap kepala adiknya itu. Dia hendak melihat seberapa besar perubahan yang berlaku di Malaysia ini.

“Alah..kacang punya permintaan. Tapi kita kena keluar lepas Bang chik habis kelaslah, sebab esok Bang chik ada test. Tak boleh nak tuang  kelas.” Lukman memberi cadangan bernasnya. Tidak semena-mena telinganya terasa ditarik perlahan.

“Oo..ada hati nak tuang kelas ye. Abah beritahu lecturer bang chik nanti.” Encik Mokhtar bersuara.

 Mendengar sahaja bicara abahnya itu, terus adiknya mengosok-gosok kedua tangannya dihadapan abah mereka sebagai simbolik meminta maaf.

“ Bang chik main-main ajelah.” Pujuk Lukman. Kalau nak tahu adiknya itu memang pakar kalau bab pujuk memujuk , ayat-mengayat ni. Sebab itulah juga adiknya itu begitu popular dikalangan mahasiswi-mahasiswi di kampusnya.

“Dah jom masuk, dah lewat malam ni. Kak ngah pun mesti penat tu.” Usul Encik Mokhtar.

“Yela…Kak ngah aje yang penat. Bang chik tak penat baru habis test.” Lukman merajuk minta dipujuk. Kepalanya diluku sekali lagi, kali ini abahnya pula yang meluku.

Laila dan puan Solehah hanya tersenyum melihat keletah adiknya itu sambil berpelukan masuk ke dalam rumah yang telah lama ditinggalkan. Bang chik dan Encik Mokhtar hanya mampu menggeleng melihat telatah mereka berdua. Rindu sangatlah tu.

Melangkah saja Laila kedalam rumah, segala-galanya terasa ringan. Punggungnya dilabuhkan di sofa ruang tamu. Uminya yang turut melabuhkan punggung dipeluk lembut. Kepalanya diletakkan ke dada uminya manja.

“Umi sihat?” Laila bertanyakan kesihatan uminya.

“Sihat..cuma umi akan jadi tak sihat kalau fikirkan pasal kak ngah sorang-sorang dekat sana,” terang Puan Solehah. Bila terfikirkan anak gadisnya duduk sorang-sorang di Belanda, serta merta hatinya merasa tidak tenang. Memikirkan apa yang dimakan anaknya itu? sakitkah dia? Banyak persoalan yang selalu melayang di mindanya.

“Umi ni kan. Kak ngah bukan budak-budak lagi, dah kahwi..” Tak jadi dia meneruskan ayatnya itu, lantas senyuman yang dibuat-buat dilemparkan pada uminya.

“Ala umi ni. Sepatutnya umi risaukan kesihatan umi tu dulu, bukan kak ngah. Kak ngah muda lagi.” Laila memesongkan ayat. Dia tak mahu uminya menyoal yang bukan-bukan nanti. Dia belum bersedia untuk menjawab segala soalan berkenaan dirinya dan Aiman.

“Muda apanya? Dah 26 tahun pun muda lagi ke? Sepatutnya sekarang ni umi dah dapat main dengan cucu umi dah.” Puan Solehah memerli.

“Tu..Bang chik ada. Suruhlah Bang chik kahwin cepat-cepat.” Laila memberi cadangan sambil mulutnya dijuihkan kearah adik lelakinya yang sedang menarik bagasi-bagasinya masuk ke dalam rumah.

“Main-main dengan cakap umi.” Hidung anak gadisnya ditarik pelahan.

Hendak ditanya perihal Aiman kepada uminya. Tapi takut memikirkan apa pula fikiran uminya nanti, lantas didiamkan sahaja soalan itu.

“Dah lewat malam ni. Pergi masuk bilik.  Kak ngah mesti penat duduk dalam flight berjam-jam.” Puan Solehah memberi arahan. Laila hanya mengangguk dan pipi uminya dicium sebelum beg galasnya dicapai dan dibawa ke tingkat atas.
******

Kereta Mazda CX-9  memasuki kawasan banglo dua tingkat yang tersergam indah yang diberi nama Villa Orkid kerana mamanya gemar menanam orkid. Kereta BMW 8series  kepunyaan papanya sudah tersadai di garaj rumah. Aiman keluar dari keretanya sambil membimbit satu plastik beg yang berisi buku. Kelihatan Datin Rasyidah sedang mengambil angin malam di taman, atau mungkin juga menunggu anak lelakinya itu pulang. Aiman berjalan mendekati mamanya

“Assalamualaikum mama.” Kata Aiman. Pipi mamanya dicium.

“Hai, lambat balik Aiman.” Datin Rasyidah memerli sambil keningnya dijungkitkan.

Aiman hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sudah tahu salahnya balik lambat. Tadi selepas dia menghantar Boboi kerumah abang Hafiz, abang kepada Haris, mereka terus melepak sebentar di kedai mamak yang selalu menjadi port mereka melepaskan tekanan. Tidak sedar malam semakin lewat.

“Papa dah tidur ke mama?” Takut juga dia kalau papanya tahu dia pulang lewat. Papanya memang memantau ketat pergerakan anak-anaknya tidak kira lelaki atau perempuan.  

“Dah, penat katanya. Ni kenapa balik lambat sangat ni?” Datin Rasyidah menyoal lagi.

“Mama lupa ke? hari ni kan Aiman jemput Haris dekat KLIA, lepas tu lepak kedai mamak kejap. Itu yang ‘lambat’ tu. Lagipun tadi Man hantar Boboi balik rumah abang Hafiz sebab kak Mas dengan abang Hafiz dua-dua tak boleh ambil Boboi dekat nursery. Kebetulan Aiman free, Aiman tolong ambil and hantar Boboi” Aiman memberi penerangan panjang lebar. Memang petang tadi dia free, tu yang dia mengambil Boboi dan kemudian membawanya sekali untuk mengambil Haris di KLIA . Haris adalah sepupunya yang juga anak kepada abang papanya Dato’ Rahman. Tapi sudah terang lagi bersuluh dia balik lambat, jarum jam sudah menginjak ke angka 1.30 pagi.

“Aiman naik dulu mama, nak mandi. Good night.” Pamit Aiman.

Pipi mamanya dicium dan pantas kakinya dihayun ke biliknya yang terletak di tingkat dua banglo tersebut.  Briefcasenya dicampak ke atas sofa berbentuk L yang berwarna krim, baju kemejanya dibuka dan dicampak ke dalam bakul. Pantas saja tangannya menyambar tuala di penyidai dan masuk ke dalam bilik air.

Lega rasanya setelah membersihkan diri. Aiman hanya memakai seluar bermuda dan membiarkan dada bidangnya menjadi santapan angin malam ,saat ini dia perlukan ketenangan. Badannya dibaringkan  di atas katil king sizenya sambil tangan kanannya diletak di atas dahi. Matanya ralit melihat kain langsir yang bertiup lembut menjemput angin malam memenuhi keseluruhan ruang biliknya.

She’s back.” Ujarnya ringkas bersama keluhan. Peristiwa 4 tahun lepas berulang tayang bagaikan pita rakaman. Segalanya masih kemas terakam dalam mindanya. Wajah Laili Nurlisa dan Laila Marlisa, kedua-dua sama cantik. Yang membezakan mereka ialah, Laila ada lesung pipit di sebelah kanan pipinya manakala Laili tak ada. Wajah yang terlalu banyak persamaan, masakan tidak kerana mereka adik beradik.

Peristiwa yang membawa kepada ikatan perkahwinan antara dia dan Laila juga turut berulang tayang . Aiman tahu Laila masih sah sebagai isterinya walaupun telah 4 tahun berlalu kerana Laila tidak pernah menuntut fasakh. Sungguh  dia benci dengan ikatan yang terbina antara dia dan Laila. Bila memikirkan tentang itu, cepat saja hatinya panas.

Matanya dihalakan kearah laci meja disebelah katilnya. Lama laci meja itu direnung dan sedar tak sedar laci meja itu telah ditarik dan sebuah album gambar dikeluarkan. Perlahan-lahan helaian pertama dibuka dan matanya terus disapa dengan ayat yang tertulis disitu

my only love, Laili Nurlisa…

jari-jemarinya menjalar diatas ayat yang tertulis indah itu, kemudian jatuh pula pada sekeping gambar seorang gadis yang tersenyum manis. Lama gambar itu ditenung.

“I miss you sweetheart.” Aiman bersuara sayu. Matanya terasa panas. Kemudian nafas ditarik panjang dan dilepaskan. Hatinya terasa berat saat ini. Ingatannya masih segar terhadap kekasihnya itu, segala kenangan  mereka masih terakam kemas dalam kotak fikirannya. Gambar itu dibawa kedada mengharap dengan cara sedemikian, rasa rindu yang ditanggungnya dapat dikurangkan sedikit.

Mana mungkin dia dapat mencari pengganti tempat Laili dihatinya kalau cintanya masih belum terpadam. Akhirnya dia terlena dek badan yang keletihan dan berserabut memikirkan masalah yang mula membelenggunya kini.

No comments: