Monday 30 July 2012

Bisikan Kata hati- 3

Jam sudah menjangkau ke angka 2.30 pagi. Laila meregangakan otot-ototnya yang terasa sengal seraya menumbuk-numbuk bahunya yang terasa lenguh. Tuala dicapai dan dia menuju ke bilik air. Setelah kira-kira 30 minit berkubang dalam bilik air, barulah dia keluar. Samsung galaxynya yang dicampak keatas katil dicapai sambil sebelah tangan lagi memegang tuala kecil dan rambutnya dikeringkan menggunakan tuala tersebut. Senyuman terukir dibibirnya. Fikirannya mula melayang semasa dia di lapangan terbang di Belanda sebelum berlepas ke Malaysia.

“Jangan lupakan abang dekat sini nanti.” Hakim berpesan. Sahabatnya Melody disisinya hanya tersengih macam kerang busuk bila mendengar kata-kata Hakim itu. Walaupun tidak mahir berbahasa melayu, namun Melody dapat memahami serba sedikit bahasa melayu.

Ya..you must remember that.” Celah Melody pula. Jari Laila mula naik ke badan Melody apabila melihat senyuman nakal yang tergantung dibibir sahabatnya itu.

“Ok. I promised.” Laila membalas sambil memandang wajah Melody. Hatinya terasa berat hendak meninggalkan sahabatnya itu. Namun apakan daya, Malaysia sedang menantinya.

“Insyallah. Laila tak akan lupa. Abang Hakim jaga diri elok-elok, tolong jagakan Melody ni sekali.” Pesan Laila pula kepada abang Hakim seraya tangnnya mencubit pipi putih Melody.

“Kalau dah sampai Malaysia, ingat call atau mesej abang. Insyallah tak lama lagi abang pun akan balik Malaysia juga.” Pesan Hakim lagi.

Menungannya tiba-tiba dicantas apabila Samsung galaxynya berbunyi menandakan mesej masuk. ‘1 massage receive’ kening Laila bertaut. Siapa pula yang hantar mesej ni? pantas mesej itu dibuka.

+smoga slmat smpi Malaysia. Sms abg klo dh smpi..

Rupanya mesej daripada abang Hakim di Belanda, dia tersenyum.

“Esok ajelah balas.” Laila membuat keputusan.  Bagasinya ditarik naik ke atas katil dan zipnya dibuka. Sehelai baju tidur berwarna biru dibawa keluar dan disarung ke tubuh langsingnya.

“Huargh..” Laila menguap, kemudian matanya yang terasa sedikit pedih ditenyeh-tenyeh sedikit. Badannya direbah keatas katil yang amat dirindui, dan tidak lama kemudian dia terlena.
*****

“Makan kak ngah,hari ni umi masak special untuk Kak ngah.” Puan Solehah berkata setelah melihat anak gadisnya menuruni anak tangga.

Laila terus mengambil tempat di meja makan. Dari atas lagi hidungnya sudah menangkap aroma nasi lemak yang berterbangan, berkeroncong perutnya minta diisi.

“Emm…sedapnya bau, dah lama rindu nak makan masakan umi.” Laila merengek lagak seperti anak manja. Padahal kalau nak ikutkan dengan umurnya, sudah selayaknya dia bergelar ibu. Tapi nak buat macam mana, perkahwinan yang diharap bahagia tidak ubah seperti belati yang menikam-nikam hatinya.

“Pagi tadi umi telefon mak mertua Kak ngah, kata yang Kak ngah dah selamat sampai. Dia cakap dia tak sabar nak jumpa Kak ngah, rindu katanya dengan anak menantu dia yang seorang ni.” Puan Solehah meberitahu seraya mencuit pipi anaknya itu.

Laila yang sedang menikmati kopi yang disediakan terus tersedak. Kotak tisu dicapai dan beberapa helai ditariknya keluar. Fikirannya mula melayang mengingati ibu mertuanya yang hanya sempat bersamanya selama dua minggu selepas dia bergelar isteri kerana dia mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Belanda. Timbul rasa rindu pada ibu mertuanya. Terbayang wajah lembut ibu mertua juga bapa mertuanya itu.

“Mama Aiman masih mertua Laila ke umi?” Terpacul sudah soalan keramat dari mulutnya. Uminya dilihat ternganga sedikit mendengar soalan yang tidak dijangka keluar dari mulutnya itu.

“Hei..soalan apa yang kak ngah tanya ni. mestilah masih mak mertua kak ngah.” Puan Solehah menjawab sedikit tinggi berbunyi garang. Tidak faham kenapa anaknya mempersoalkan status hubungannya. Walhal kalau Aiman berkahwin lain sekali pun, pasti dia akan diberitahu terlebih dahulu.

Laila hanya menunduk merenung pinggannya yang berisi nasi lemak, tidak berani nak menikam wajah uminya. Dia bukan apa, cuma nak memastikan status hubungannya dengan Aiman. Itu saja. Manalah tahu kalau sebenarnya dia sudah diceraikan atau dimadukan. Hatinya jadi ragu-ragu semenjak pertemuan mereka yang tidak dirancang di KLIA semalam. Apa yang menambahkan lagi syak wasangka yang sudah beraja dihatinya ialah kehadiran anak kecil disisi Aiman yang memanggilnya dengan panggilan ‘papa’ itu. Benar-benar menyentap dirinya dari realiti kehidupan.

“Maknanya, Aiman tak kahwin lainlah sepanjang kak ngah tak ada ni.” Soal Laila lagi. Tapi kedengaran suaranya sedikit perlahan dari tadi. Takut dimarahi oleh uminya lagi.

“Mestilah tak.” Puan Solehah memberi jawapan yang ringkas dan tegas. Masakan menantunya sendiri kahwin lain pun dia tidak tahu. Walaupun hubungan Aiman dan Laila keruh namun itu tidak membataskan keakraban hubungannya dengan  keluarga besannya itu. Malah semenjak pemergian anak gadisnya itu, hubungan dia dan Datin Rasyidah bertambah erat. Sering bertanya khabar antara satu sama lain.

Laila hanya mengangguk perlahan. Jadi, betullah yang budak semalam tu bukan anak dia. Entah kenapa hatinya terasa sedikit lega setelah mendapat berita ini.

“Jadi ingat. Nanti call mak mertua Kak ngah.” Puan Solehah meninggalkan pesan sekali lagi supaya anaknya tidak lupa untuk menelefon ibu mertuanya nanti.

“Nantilah umi kak angah jumpa, sekarang ni kak angah fikir nak cari kerja dulu.” Laila bersuara lagi. Memang dia sudah mempunyai perancangan sendiri setelah balik ke Malaysia. Dia tidak mahu plan yang direncananya terganggu hanya kerana hubunga Aiman dan dirinya yang sudah lama retak,  menanti belah saja.

“Bapa mertua Kak ngah ada cakap dengan umi, dia nak kak ngah kerja dengan dia,” beritahu Puan Solehah lagi mendatar tanpa nada.

Dia yang sedang meneguk air kopi tersedak lagi sekali dengan kata-katanya uminya itu. Hampir-hampir mahu tersembur dimuka uminya. Segera matanya membulat tidak percaya. Habis sakit hidungnya dengan air yang naik ke hidungnya. Wajahnya sudah berkerut macam mak nenek.

Nak kerja dengan papa? itu bermakna dia kena kerja  sebumbung dengan Aiman. Tak mahulah…

“Tengoklah dulu umi, nanti Kak ngah fikirkan eh.” Laila memujuk untuk menyejukkan hati uminya. Nanti tidak pasal-pasal dia kena marah dengan uminya lagi. Kalau kena bebel dengan uminya sampai esok pun mungkin tidak habis lagi. Uminya memang pakar bab nasihat menasihati ni.

“Umi tahu ni mesti pasal Aiman kan? Tapi umi harap kak ngah fikirlah masak-masak,  umi harap sangat kalau kak ngah tak menghampakan hasrat bapa mertua Kak ngah tu.”

Serkap jarang uminya mengena. Laila pula rasa serba salah sebenarnya hendak menolak kerana mertuanya itu sudah terlalu baik padanya. Malah sepanjang keberadaan dia di Belanda, sering juga bapa dan ibu mertuanya menelefon bertanyakan khabarnya disana. Hanya seorang itu saja yang senyap sunyi tanpa berita. Tapi dia memang tidak pernah mengharapkan apa-apa daripada lelaki itu. Cukuplah dengan jiwanya yang tenteram dan tenang disana. Tidak perlu dikusutkan jiwanya dengan panggilan lelaki tu.

Tapi sanggup ke dia berdepan dengan Aiman nanti?

“Abah dengan Bang chik mana umi?” Laila mengubah topik. Tidak mahu dipanjang-panjangkan perihal ini. Buat seksa kepalanya saja nak memikirkan masalah tahap dunia macam ini.

“Abah pergi kerjalah dia, bang chik baru aje bertolak pergi U.” Beritahu uminya, abahnya bekerja sebagai pensyarah di Fakulti Seni bina, UiTM Shah Alam, manakala adiknya penuntut tahun dua jurusan perniagaan di universiti yang sama.

“Umi.. hari ni Liya cuti. kak ngah nak pergi shopping dengan Liya boleh umi?” Tanya Laila meminta kebenaran. Pagi ini dia bersiap ala kadar, simple dengan seluar jeans dan blouse bunga kecil yang berbalut ditubuhnya. Hari ni dia merancang hendak membeli beberapa pasang baju kerja, seluar, sut dan juga kasut. Maklumlah, hendak mula mencari kerja. Dia mahu memastikan segalanya berjalan seperti yang diracang.

“Pergilah. Tapi ingat, jangan balik lewat sangat, karang membebel pulak abah nanti.”

 “Siap.” Tabik Laila kearah uminya dan ditayangkan gigi putihnya yang tersusun rapi.

 Bukan Laila tidak tahu abahnya sangat menjaga anaknya terutama anak gadisnya. Kalau dulu, asal dia dan kakaknya pulang lambat pasti sakit telinga kena menahan bebelan yang keluar dari mulut abahnya yang keluar macam mechine gun. Abah memang sudah tetapkan yang anak gadisnya, kalau keluar kena pulang sebelum maghrib. Itu peraturan, sesiapa pun tidak dibenarkan melanggar. Sebab itulah dulu kalau Kak longnya keluar dating dengan Aiman sampai lewat malam, mesti abahnya berleter. Masalahnya bukan Kak long seorang saja kena, dengan dia-dia sekali dibebel.

Thanks umi.” Ucap Laila seraya memeluk tubuh uminya.

“Kak ngah bila nak jumpa dengan Aiman? kak ngah kena ingat walau macam mana sekali pun kak ngah tetap isteri Aiman. Umi bukan nak menghalau, tapi tempat seorang isteri disisi suaminya.” Nasihat Puan Solehah pula.

Mati terus senyuman yang tadinya menghiasi bibirnya apabila persoalan berkenaan Aiman diutarakan. Ingatkan sudah habis tadi. Apa yang mampu dilakukan kini hanyalah berdiam seribu bahasa. Jawapan yang dia sendiri tidak tahu.

“Umi tahu, mesti Aiman tak tahu lagi kan yang kak ngah dah balik. ” Puan Solehah serkap jarang. Kalau melihat pada hubungan anak menantunya itu, tidak mustahil Aiman tidak mengetahui soal kepulangan anaknya itu.

“Emmm, may…be.” Laila tidak tahu hendak membalas apa. Lidahnya kelu untuk bercerita soal pelanggaran di KLIA tempoh hari. Buat apa nak dicanang cerita yang tidak penting macam tu.
******
Matahari mula menerjah masuk melalui celah-celah langsir yang terkuak sedikit. Aiman masih lena berbungkus dalam selimut tebalnya, penghawa dingin yang dipasang membuatkan tidurnya bertambah-tambah lagi lena. Tapi cahaya yang masuk ke dalam kamar tidurnya itu sedikit mengganggu tidurnya. Perlahan-lahan matanya dibuka dan selimut tebal yang menutupi tubuh sasanya diselak sedikit. kepalanya dikalih kearah meja kecil yang menempatkan jam locengnya yang berwarna merah putih. Jam loceng pemberian arwah, masih dijaga elok walaupun jangka hayatnya sudah melangkau ke 5 tahun. Tapi masih nampak seperti baru.

“8.00 pagi?” Aiman terjerit bila matanya bulat menangkap jarum pada jam loceng. Terkocoh-kocoh Aiman melompat turun dari katilnya, menyambar tuala di bahagian penydai dan terus hilang disebalik bilik air.

“Ni semua gara-gara perempuan itulah ni aku jadi lambat.” Kutuk Aiman sambil memberus giginya. Hari ni dalam sejarah, Aiman mandi kambing. Laju seperti kilat sampai tidak sempat di shave mukanya sendiri.

Setelah bersiap ala kadar, Aiman menuruni anak tangga dengan pantas sambil tangan kananya menjinjit briefcase dan tali lehernya, sudah terlewat hendak ke pejabat gara-gara terlajak tidur.

Mati dia! Papa mesti membebel nanti. Setibanya dia di pintu besar, kelihatan mamanya sedang menyiram pokok bunga ditaman sambil menyanyi-nyanyi kecil. Tapi dengan jaraknya yang sedikit jauh, tidak dapat menangkap lagu apa yang dinyanyikan mamanya itu. Mungkin lagu Ramlah Ram kot. Bukankah itu penyanyi favourite mamanya. Mamanya didekati setelah dia siap menyarungkan kasut.

“Mama.. Aiman pergi kerja dulu,dah lambat ni.” Tangan mamanya dicapai dan dicium. Tergopoh- gapah dia menuju ke keretanya sehingga air kopi yang dihidangkan di meja taman itu tidak sempat dijamahnya. Belum sempat tangannya membuka pintu kereta mamanya sudah memanggil terlebih dahulu. Kepalanya ditoleh kearah mamanya yang masih setia memegang paip getah ditangan.

“ Tadi mak mertua kamu telefon. Katanya menantu mama dah balik, Aiman tahu tak?” Soal mamnya bersama kening yang terangkat.

Pertanyaan mamanya itu benar-benar memeranjatkan dirinya. Baru semalam Laila balik, pagi ni mama dah dapat berita. express betul. Dia yang buntu mencari idea, berpura-pura melihat jam tangan berjenama Pierre Kunz miliknya. Tidak tahu hendak beriaksi bagaimana, jadi hanya cara itu sahaja yang mampu difikirkan buat masa sekarang.

“Emm..Pergi dulu mama, dah lewat sangat ni.” Aiman membalas tergesa-gesa sambil mempamerkan riak wajahnya yang seakan-akan gelisah kerana takut terlewat masuk ke pejabat. Padahal bukannya lewat mana pun. Tanpa menjawab pertanyaan mamanya itu, terus Aiman memboloskan diri ke dalam kereta dan memecut laju meninggalkan perkarangan banglo dua tingkat itu. Tidak mahu ditanya dengan lebih lanjut lagi.

“ Ish!! Bertuah punya budak..boleh pulak dia buat tak kisah pasal bini dia.” Datin Rasyidah membebel marah sendirian, paip getah ditangannya dihempas kerumput. Sakit hati betul dirinya dengan sikap acuh tak acuh anaknya itu. Kalau macam inilah gaya anaknya, entah bila agaknya dia boleh mendapat cucu.
*****
Sampai sahaja di bangunan  RR Holdings, dia dipanggil ke bilik papanya. Ini mesti tak lain tak bukan nak cakap pasal Laila ni. Malas betul. Bebel Aiman dalam hati. Pintu pejabat papanya diketuk Aiman beberapa kali.

“Masuk.”

Tombol pintu dipulas dan langkahnya diatur kemas mendekati papanya. Tanpa disuruh, terus dia duduk dikerusi dihadapan papanya.

“Papa agak mesti Aiman tahu apa yang papa nak cakap kan?” Dato’ Razali  memulakan bicara. Pen yang terselit dicelah jari diletak diatas meja dan matanya menumpu sepenuh perhatian pada anak lelakinya didepannya.

“Mama mesti dah beritahu Aiman yang Laila dah balik kan? So, papa bercadang untuk bawa Laila masuk syarikat kita jadi ketua bahagian kewangan. Apa  pendapat Aiman?” Dato’ Razali menyuarakan hasrat hatinya. Memang telah lama difikirkan tentang perkara ini, kalau oleh dia ingin membawa menantunya itu masuk kesyarikatnya bekerja. Sekaligus berharap dengan cara ini dapat membantu memperbaiki hubungan anak menantunya itu.

 Terdiam Aiman sekejap mendengar hasrat papanya itu untuk membawa masuk Laila bekerja disini. Fikirannya buntu.

“Suka hati papa la, syarikat papa bukan syarikat Aiman.” Aiman membalas dengan malas.

Kalau Laila kerja dekat sini, itu bermakna hari-hari dia akan berjumpa gadis itu. Tidak semena-mena wajah lembut Laila terlayar di ruang matanya seketika.

“Baguslah tu.” Dato’Razali senang dengan jawapan yang diberikan anaknya itu.

“Macam mana dengan progress projek dekat Pulau Pinang tu? Lim beritahu papa ada masalah dengan projek disana.” Dato’Razali menyoal. Soalannya sudah berubah topik.

“Emm..bahan binaan yang kita tempah sebelum ni tak menepati piawaian yang ditetapkan. So, projek tu perlu dihentikan sekejap sementara kita dapat cari supplier baru.” Aiman memberi penerangan dengan tenang. Dahi papanya kelihatan berkerut sedikit.

Make sure you settle this problems as soon as possible. But make sure bahan yang kita tempah kali ni betul-betul berkualiti. Papa tak nak masalah macam ni timbul lagi, kita yang terpaksa menanggung kerugiannya.” Dato’razali tegas memberi kata putus.

“Baik papa.” Aiman mengangguk. Memang pening dia memikirkan masalah pojek di Pulau Pinang itu. Kerugian yang ditanggung syarikat bukannya sedikit, tapi melibatkan jutaan ringit.

“Lambat laun, Aiman tetap akan menerajui empayar syarikat ni. So, papa nak Aiman belajar dari sekarang. Papa tak nak disebabkan masalah-masalah macam ni syarikat kita akan lingkup nanti.” Dato’ Razali memberi nasihat dengan tegas. Dia bukan tidak percaya dengan kebolehan anak lelaki tunggalnya ini, lulusan luar negara. Tapi masalah boleh timbul bila-bila masa saja. Anaknya itu perlu bersedia untuk berhadapan dengan risiko-risiko sebegini dalam dunia perniagaan seperti ini.

“Insyallah, Aiman akan ingat itu papa.” Aiman menyambut baik nasihat papanya itu. Dia satu-satunya anak lelaki dalam keluarga ini, lambat laun papanya akan tetap menyerahkan tampuk pentadbiran syarikat kepadanya kelak.

“Kalau tak ada apa-apa lagi Aiman keluar dulu, nak bincang dengan Haris pasal proposal projek di johor.” Aiman meminta diri. Tidak betah berlama-lama disitu. Pasti banyak nanti soalan lain yang akan disoal papanya.

“Lagi satu papa nak cakap, mama pun setuju sangat dengan idea ni. Papa nak Laila balik tinggal dengan kita.”

kata-kata papa yang terakhir itu bagai menjerut tangkai lehernya, keningnya bertaut. Tapi masakan dia nak menghalang. Laila masih tetap isterinya, dan dia juga dapat merasakan kata-kata papanya itu bukan berbentuk permintaan tetapi lebih kepada arahan. Terus kepalanya diangguk dan terus keluar dari bilik papanya. Sewaktu dia melintasi meja secretarynya, Aiman berhenti sebentar.

Morning kak. Ada apa-apa appointment untuk saya hari ni?” soal Aiman pada secretarynya kak Maizura.

“Tak ada bos.

kepalanya diangguk dan langkahnya diatur kemas menuju ke biliknya. Briefcasenya diletak diatas meja dan matanya dihalakan kearah bangunan-bangunan pencakar langit diluar.

“Huh..” Aiman mengeluh berat.

Buntu dia memikirkan masalah antara dirinya dan Laila. Dia tidak nampak langsung jalan penyelesaian yang patut diambil untuk meleraikan kekusutan hubungan mereka yang sudah tertangguh sejak sekian lama.

“Macam mana aku nak berdepan dengan Laila nanti?” Soal Aiman pada dirinya sendiri. Fikirannya buntu setiap kali teringatkan gadis itu. Tak pasti bagaimana dia harus beriaksi apabila berdepan dengan gadis cantik itu. Empat tahun berlalu begitu saja, namun masih belum cukup untuk melunturkan seraut wajah gadis yang telah dinikahinya. Adegan-adegan yang belaku setelah akad nikah dilafazkan juga tak pernah terhapus dari ingatannya. Cukup kuat melekat macam gam gajah dalam ingatannya.

Tidak mahu fikirannya menjelajah lebih jauh meneroka segala memori yang telah tersimpan rapi dalam kotak fikirannya, punggungnya dilabuhkan ke kerusi empuk miliknya. dokumen-dokumen yang disusun tinggi mengalahkan bangunan KLCC ditarik satu persatu. Pen yang terkepil dicelah tangannya dipusing-pusing seperti kipas helikopter. Mata pen mula menjalankan tugasnya buat hari ini.

No comments: