Monday 30 July 2012

Bisikan Kata hati- 4

Waktu tengah hari Aiman keluar lunch dengan Haris di kompleks membeli belah terkemuka berdekatan pejabat mereka. Restoran Nando’s menjadi pilihan mereka. Sememangnya sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mengisi tembolok yang kosong disini. Dekat dengan pejabat, jimat masa jimat minyak. Setelah pesanan dibuat, mereka memulakan sesi temu ramah. Siapa lagi kalau bukan Haris yang menjadi reporter tidak bertauliah tu.

“Aku bet mesti papa dengan mama kau dah tahu kan, yang menantu kesayangan mereka tu dah balik. kan?” Serkap jarang Haris mengena. Ujarnya dengan senyuman mengusik yang tidak habis-habis. Naik meluat Aiman dibuatnya.

How do you know? and you would not believe this. Papa aku nak tawarkan Laila untuk bekerja sekali dengan kita.” Aiman meluah dengan nada tidak puas hati sambil tangnnya bermain-main dengan straw. Hatinya gusar memikirkan tiap-tiap hari dia perlu bersemuka dengan isterinya itu. Dia takut perasaan lain akan nanti.

So..what is the problem? aku tak nampak apa-apa yang salah pun pasal cadangan papa kau tu. It’s a brilliant idea.” Jawab Haris selamba. Pelik betullah kawannya seorang ni, nak kata bini tak cantik, dia tengok tidak ubah macam bidadari, putih gebu. Apa lagi yang Aiman nak?

“Sebab  kau tu buta, tu yang kau tak nampak apa masalahnya sekarang.” Aiman memerli sambil memercikkan air yang bersisa di strawnya kearah Haris. Memanglah Haris tak nampak apa-apa masalah, sebab bukan dia yang berdiri ditempatnya. Cuba berdiri ditempatnya, pasti Haris juga akan rasa bingung. Bayangkan isteri yang tidak ditemui selama empat tahun tiba-tiba balik Malaysia and hendak pula duduk satu rumah. Itu boleh lagi. Ni nak-nak pula duduk satu bilik, tidak ke rasa janggal.

“Kurang asam punya kawan, kau tak nampak dua biji mata aku melekat dekat muka aku ni?” Kata-kata Haris tu disambut dengan ketawa yang kuat oleh Aiman.

“Sorrylah bro.” Aiman menyedari ketelanjuran kata-katanya.

Sorry sorry naik lori la kau.”

“Habis tu, apa plan kau?” Soal Haris lagi. Pepper pesto burger yang dipesannya tadi digigitnya sekali. Kenikmatan yang jelas terasa masuk ke mulutnya disebabkan perut yang kebuluran sejak pagi tadi. Nikmat sungguh.

“Entahlah, aku pun tak tahu. Kepala aku ni serabut tau tak? ini tak masuk lagi bab yang papa aku nak bawak Laila tinggal dengan kita orang.” Rambutnya diramas-ramas geram. Pening! macam orang mati bini pula lagaknya.

“Wow! bagus juga tu. Kau agak-agak hujung tahun ni aku boleh dukung anak buah tak?” Seloroh Haris diikuti dengan ketawa yang terbahak- bahak gara-gara melihat wajah Aiman yang sudah merah padam.

“Ini anak buah kau, nak?” Jawab Aiman sambil menunjukkan penumbuknya pada Haris. Tidak ingin dia punya anak dengan perempuan tu, bentak hati Aiman. Tapi..kalau dah duduk satu bilik lelaki perempuan, ada potensi tak anak tu keluar?

Segera dinyahkan soalan yang tidak sepatut ada di kepala otaknya. Meremang bulu roma dibuatnya.

“Tapi hari tu masa aku jemput kau dekat KLIA, Laila terkejut tau bila dia nampak Boboi. Kau sendiri tahu kan Boboi panggil aku apa. Mesti perempuan tu ingat Boboi tu anak aku.” Aiman menceritakan kejadian di KLIA kepada Haris.

“Itulah kau, dari dulu lagi aku dah cakap. Jangan diajar budak tu panggil kau papa, tengok sekarang dah melekat.” Kata Haris berbaur bimbang. Tapi betulkah Laila akan salah faham? Mungkin juga.

“Peduli apa aku kalau perempuan tu ingat Boboi tu anak aku. Tak payah la dia susah payah nak berbaik-baik dengan aku dah lepas ni. dia boleh pergi cari lelaki lain. Aku dengan senang hati boleh ceraikan dia kalau dia mintak!” Aiman penuh bongkak. Padahal dia bukanlah jenis orang yang cepat baran dan menyimpan dendam macam ni. Tapi dengan Laila ni lain sikit kesnya. Telinganya tidak boleh mendengar nama perempuan tu. Dan-dan tu panas barannya naik.

Haris yang mendengar bungkam seribu bahasa. Tidak sangka sampai macam itu sekali benci Aiman pada Laila.

“Nauzubillah Aiman, mengucap banyak-banyak. Kau ingat perkahwinan ni sesuatu yang main main ke. Hari ni kahwin esok cerai. Macam tu?” Soal Haris berbaur marah. Tidak suka dia mendengar setiap bait kata yang dituturkan Aiman. Macam orang tak ada iman.

“Aku tak bolehlah. Aku tak boleh terima ikatan perkahwinan ni. Aku rasa terseksa.” Aiman membalas. Ada rasa terkilan yang terselit disitu.

Haris menyedut nafas dalam. Cuba bersabar dengan sikap sahabatnya itu

“Benda ni simple aje sebenarnya bro. Kau dengan Laila aje yang buat benda ni jadi rumit macam ni. Cuba belajar terima qada dan qadar. Belajar cintakan isteri kau, buang semua rasa benci yang hanya merosakkan hati kau tu. Itu aje jalan keluar yang terbaik.” Haris memberi nasihat sebagai orang yang paling rapat dengan Aiman. dia juga mahu tengok sahabatnya itu hidup bahagia.

Aiman terkelu. Cuba memproses semua nasihat yang diberikan padanya itu

Haris yang perasan Aiman yang mula terkedu dengan kata-katanya tadi mengoyak senyuman. Kepalanya digeleng-geleng.

 “Rileklah bro. Aku pelik betullah dengan kau ni, ada bini sikit punya cantik pun kau nak serabut ke?”

Bini sudah cantik. Kalau dia lainlah, calon pun tak nampak lagi. Papa dengan mama dekat rumah pun asyik membebel saja menyuruhnya cepat-cepat kahwin. Naik berdarah telinganya nak menadah dan mendengar benda yang sama tiap-tiap hari. Haris membebel dalam hati.

“Kau pun tahu kan kenapa aku tak boleh terima dia.” Kata Aiman disertai dengan keluhan. Mustahil Haris tidak tahu sebab apa dia tidak dapat menerima Laila sebagai isterinya.

“Kenapa? jangan kau kata sebab Laili.” Haris menebak. Tapi melihat kepada riak muka Aiman memang sudah boleh agak. Memang sebab itulah, tak ada benda lain lagi dah.

Haris mengeluh, matanya dialihkan kearah lain sekejap.

“Tolonglah Aiman, tak tenteram roh dia dekat sana kau tahu tak? Dia dah lama pergi, dah 4 tahun. Tak kan kau masih nak dibelenggu kisah silam. Hei! Wake up man!!” Kata Haris dengan tegas. Bukan dia tidak tahu kisah percintaan antara Aiman dan Laili. Lebih dari tahu, kerana dia yang memperkenalkan Laili kepada Aiman. Dan dia juga tahu bagaimana Aiman boleh terkahwin dengan Laila. Tapi dengan cara memerangkap diri dengan kisah silam tidak akan dapat selesaikan masalah.

“Tapi cinta aku untuk Laili tak pernah padam even dah empat tahun dia tinggalkan aku.” Aiman meluah dengan rasa sedih yang berselirat di lubuk hatinya.

“Tapi orang yang dah pergi tak akan datang balik lagi. Kau kena sedar tu. Macam mana pun Laila dah jadi isteri kau, dan kau ada tanggungjawab yang perlu kau pikul. Laila tu amanah dari ALLAH untuk kau.” Haris memberi syarahan. Dia kalau bab-bab agama ni memang boleh tahan juga kalau bagi ceramah.

“Aku tau tu, tapi entah kenapa aku tetap susah nak padamkan bayangan Laili.” Aiman berkata lagi. empat tahun kehilangan Laili, tetap tidak dapat melunturkan rasa cintanya buat sang kekasih.

“Aku tengok Laila tak ubah macam Laili. Sama-sama cantik. Bahkan aku rasa Laila lagi cantik dari arwah kakak dia.” Haris cuba menarik minat sepupunya itu. Namun tiada jawapan yang terkeluar dari mulut sepupunya itu.

“Kau fikirlah masak-masak. Tapi aku rasa kalau Laili masih hidup pun, dia mesti nak tengok kau dengan Laila hidup bahagia. Dan kau kena ingat yang perkahwinan ni amanat permintaan arwah yang terakhir.” Tambah Haris lagi mengingatkan Aiman yang mungkin sudah terlupa. Memang sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir, arwah berpesan supaya Aiman dapat menerima adiknya Laila sebagai isterinya.

“aku tak rasa yang Laila tu jodoh aku. Kalau memang Laila tu bidadari yang ditakdirkan untuk aku. Kenapa sampai sekarang pun aku tak pernah ada apa-apa perasaan istimewa pada dia macam apa yang aku rasa pada Laili.” Tukas Aiman lagi. Dia tidak rasa yang Laila adalah jodoh yang ditakdirkan untuknya. Melihat Laila secara berdepan langsung tidak mengundang debaran dalam dadanya. Cuma sejak pertembungan mereka di KLIA hari itu saja dia terasa lain macam sikit.

Dari kejauhan, tidak semena-mena Haris menangkap seraut wajah yang berjalan mendekati kedai kasut yang terletak berhampiran dengan tempat mereka makan…

No comments: