Saturday, 16 February 2013

Jodohku Mr. Pilot - Bab 8



Bab 8

Keadaan bertukar havoc. Warda dan Ejaz masing-masing blur bila mereka berdua mula dihujani dengan bermacam-macam soalan daripada para reporter yang hadir melaporkan tentang fashion show yang julung-julung kali diadakan itu. Naik berpinar biji mata Warda dengan silauan flash kamera yang berebut-rebut menangkap gambar mereka berdua.

Muka Ejaz bertukar merah. Barannya mula datang dengan rancangan gila mamanya itu. Apa yang lebih membuatnya naik berang adalah kerana dia langsung tak tahu menahu soal perkara itu.

“Apa mama buat ni?!! Siapa pulak yang nak kahwin dengan Warda? Ejaz tak pernah setuju pun!!” Ujar Ejaz dengan nada tertahan-tahan ditelinga mamanya. Terbakar dadanya memandang muka mama yang masih beriak bersahaja.

Warda yang secara tak sengaja terdengar mula menundukkan wajah. Terguris dengan bicara tajam Ejaz itu. Namun untuk membalas, lidahnya pula kelu. Apatah lagi bila melihat muka walidnya yang turut terkejut dengan berita yang tak disangka-sangka itu.

“Senyum sayang! Orang ramai ni...jangan malukan mama!” Kata ugutan meluncur keras dari mulut Datin Afifah yang masih tersenyum memandang kamera-kamera yang berebut dihadapan mereka tika itu

Ejaz tarik nafas sedalam-dalamnya. Cuba membendung amarahnya dengan kesabaran yang makin menipis. Dalam kalut tiba-tiba dia teringat tentang kehadiran teman wanitanya, Inara. Kelibat wanita itu mula dicarinya dalam celah orang ramai yang membanjiri.

Nafas Warda bertukar sesak, masih terkejut dengan keadaan yang terjadi sekarang. Dirinya seolah-olah berada diawangan. Dalam keadaan yang bertolak-tolakan itu, matanya sempat mencuri pandang kearah wajah kacak Ejaz yang seolah-olah hilang arah dengan mata yang meliar ke sekeliling. Tak lama kemudian dilihat Ejaz sudah memboloskan diri dari kepungan manusia-manusia yang ketagih dengan cerita panas mereka, meninggalkan dirinya terkulat-kulat sendirian dengan soalan dan pertanyaa yang tak henti-henti menujah lubang telinganya.

“Minta maaf...minta maaf semua. Saya rasa ada baiknya kita bersurai dulu. Saya akan buat oficial announcement nanti. minta maaf ye semua,” ujar Datin Aafifah untuk meleraikan keadaan yang bertukar gamat itu. bayang anak lelakinya disebelah sudah hilang dari pandangan.

Ejaz mengejar langkah laju Inara yang sudah melepasi pintu hotel. Tangan itu terus direntapnya untuk menghentikan langkah kaki panjang itu.

“Sayang....you jangan buat kesimpulan sendiri. I sumpah I tak tahu langsung pasal benda ni!”

Melipat maut Inara kebelakang menentang tajam ke anak mata Ejaz seakan-akan mahu menelan.

“You tak tau...I lagi la tak tau,” ujarnya acuh tak acuh dengan senyuman sinis yang bergayut dibibir berkilatnya. Berangnya menyengat hingga ke kepala sebaik saja mendengar kata-kata Datin Afifah sebentar tadi. serasa hendak menjerit dan mengamuk saja ditengah-tengah orang ramai itu. Apatah lagi bila matanya sempat menangkap senyuman sinis Datin Afifah yang sengaja dilemparkan kepada dirinya tadi. Tersiat-siat rasa hatinya!

Please dear...kita boleh bincang benda ni dengan mama. I promise you!” rayu Ejaz seraya menarik kuat tangan Inara yang hendak berlalu pergi.

“Itulah you...dari dulu tak habis-habis menabur janji manis you. Tapi sampai kesudah you tak bawak-bawak I jumpa dengan family you!! sekarang dah settle kan! no more you and me!” ditunjal-tunjak dada bidang Ejaz dengan jari telunjuknya, keras.

“You nak break up dengan I?” soal Ejaz dengan rasa tak percaya.

“Bukan I yang nak break up dengan you! but you yang sebenarnya nak putuskan hubungan kita kan?! sebab you dah jumpa perempuan yang lagi baik dari I, lagi sopan, bertudung, anak jutawan pulak tu! there you go...pergilah kahwin dengan perempuan tu!!! pergi!!” Suara Inara mula bertempik garang dengan muka merah padam. Kalau nak diikutkan hatinya yang baran tadi, memang sudah dikerjakan perempuan yang berani-beraninya merampas Ejaz daripadanya itu.

Ejaz terpanar. Tangan Inara digenggamnya erat. “No...no...dear...please, jangan layan I macam ni. Sumpah, I tak cintakan perempuan tu!!” Ejaz menegaskan pendiriannya dengan penuh yakin.

Jantung Warda seolah dipanah petir. Terasa lumpuh kakinya untuk melangkah menemui Ejaz tika itu sebaik saja telinganya menagkap kata-kata pedih itu. Sebak mula merempuh dada hingga berkaca matanya.

“Warda.”

Kepalanya segera menoleh ke belakang sebaik saja suara garau seseorang kedengaran menyapanya. Jelas dipandangannya kini sekujur tubuh Daniel sudah tegap berdiri dihadapannya dengan riak muka yang tak mampu ditafsir. Segera  air mata yang mengalir ke pipi disekanya. bibirnya diketap seraya menunduk ke bawah. Malu dengan Daniel yang melihat. dan mungkin Daniel turut mendengar suara lantang Ejaz sebentar tadi.

“You dah nak balik ke?” Soal Warda dengan suara yang cuba dibuat-buat ceria.

Daniel angguk. Wajah comel itu direnungnya dalam. “You okay ke?” soalnya berbunyi risau. Entah kenapa hati lelakinya sakit melihat air mata yang gugur sebentar tadi, apatah lagi dia pasti kalau air mata itu mengalir kerana lelaki bernama Ejaz Fakhri!!

“Okay...I nampak macam tak okay ke?” Warda menyoal bodoh. padahal sudah terang lagi bersuluh dia tak okay saat itu.

Daniel tersenyum kelat. “Kalau you tak okay pun...you still nampak okay dan cantik di mata I.”

Warda tersenyum kecil mendengar kata puji Daniel itu.

“You nak balik jugak ke? come..i’ll send you,” pelawa Daniel dengan senyuman lebar. barulah dia tahu kini, kalau Warda adalah satu-satunya puteri tunggal pemilik Al-Fattah Corporation, Tan Sri Khalid Al-Fattah. Antara anak melayu yang tersenarai dalam sepuluh orang terkaya di Malaysia. Jutawan! dan apa yang tak disangka juga, Warda rupa-rupanya adalah bekas bakal tunang Ejaz satu masa dulu. itupun setelah dia terdengar kata-kata Jay yang turut terlopong sebentar tadi sebaik saja Datin Afifah membuat pengumuman mengejut itu.

“Eh...takpe la Daniel, I tak nak susahkan you. Lagipun I nak jumpa walid dengan umi I dulu,” tolak Warda. Dia tak manu menimbulkan spekulasi lain memandangkan beberapa reporter masih kelihatan berlegar disekeliling hotel itu. Kepalanya sudah cukup berat dengan masalah yang tiba-tiba timbul ni. Tak mahu menambah masalah lagi.

Daniel tarik senyum. “Kalau macam tu I balik dulu la. take care...” Sebaik saja melihat anggukan kepala Warda itu dia mula mengatur langkah ke tempat parkir keretanya. Sesaat kemudian kepanya dipaling kebelakang.

“Warda....” serunya kuat. Dilihat Warda berpaling kearahnya. Senyumnya terkoyak dihujung bibir.

“Kalau Ejaz tak nak you, I nak!” laungnya agak kuat dengan sengihan yang semakin melebar. Senyuman kecil Warda terlayar dimatanya. Dilihat gadis itu menggeleng kecil sebelum menghilang dari pandangannya.

“Umi...” Terus dipeluk tubuh itu erat sebaik saja ternampak kelibat umi dan Waidnya yang sedang berjalan keluar dari bahagian dewan itu.

“Esok Warda balik rumah. Walid nak cakap something,” kata Puan Sri Nabiha seraya mengusap bahu anaknya itu lembut. Warda menjarakkan diri. lama matanya merenung mata uminya sebelum beralih pula pada walidnya yang masih bermuka serius tanpa segaris senyum. dapat dikesan riak tegang diwajah tua itu. Liurnya terasa payau. Pasti walidnya hendak berbincang soal apa yang terjadi malam ini.

“Jom Biha...kita balik.” Suara tegas itu bersuara.

“Balik esok!” Puan Sri Nabiha mengingatkan sekali lagi. Bila melihat anggukan puteri tunggal mereka itu, pipi si anak diusapnya. “Umi balik dulu...assalamualikum.”

“Waalaikumsalam...” Jawabnya rendah dan perlahan. Setelah kelibat orang tuanya menghilang, duduknya dilabuhkan ke sofa mewah di lobby hotel itu. Lama dia termenung, sebelum Blackberrynya ditarik keluar dari tas tangan.

“Warda...” Baru dia berura-ura hendak menghubungi Jannah untuk mengambilnya disini, suara Datin Afifah kedengaran. Segera kepalanya mendongak. Terpempam dia seketika tatkala matanya bertembung pandang dengan sepasang mata Ejaz yang memandangnya penuh riak benci.

“Warda balik naik apa ni? bawak kereta tak tadi?” soal Datin Aafifah yang berdiri sebelah anak bujangnya itu. Sebentar tadi baru saja dia bertemu empat mata dengan Tan Sri Khalid Al-Fattah dan Puan Sri Nabiha menerangkan niatnya yang sebenar untuk menyambung semula ikatan yang tak kesampaian tiga tahun lalu.

“Warda naik cab tadi, sebab kereta kawan pinjam kejap,” terang Warda tanpa sekilas pun memandang Ejaz. Hatinya tak cukup kuat, apatah lagi setelah mendengar perbalahan antara lelaki itu dan perempuan bernama Inara sebentar tadi.

“Kalau macam tu suruh Ejaz jela hantar balik ye. Lagipun dah malam, bahaya naik teksi sorang-sorang,” terkeluar sudah arahan Datin Afifah tanpa persetujuan dari pihak Ejaz. Warda serba salah. Ditoleh Ejaz sekilas.

“Takpe la auntie...Warda call Jannah suruh dia ambil. Rasanya dia pun dah balik.” Warda berkata lembut. Tika itu juga hansetnya berlagu menandakan panggilan masuk. Jannah!

Wait a minutes auntie.” Dia bangun sebaik saja menghabiskan ayat. Bergerak beberapa langkah menjauhi mereka. “Hello Jan...kau dekat mana tu? Ambil la aku dekat hotel. Show dah habis.” Laju saja mulutnya bersuara. Tak mahu dia menumpang kereta ejaz dalam keadaan mereka yang sebegini.

Sorry la Warda...aku still dekat Puchong lagi ni. Mak aku ada dekat rumah abang aku, so rasanya malam ni aku tak balik kot,” kata Jannah dihujung talian mematikan kata Warda.

What?! Habis tu kereta aku macam mana?” Soalnya dengan kening berkerut hebat.

“Esok cuti kan...bagi la aku pinjam kejap.”

“Amboi...banyak cengkadak kau! Habis tu aku nak balik naik apa ni?” Serabut otaknya dengan fiil Jannah yang bermacam-macam. Memang nak kena luku la perempuan ni! Kalau tahu jadi macam ni baik tak payah bagi Jannah pinjam keretanya, kata nak pergi sekejap saja! Sekarang nak overnight pulak dah!

“Bakal mak mertua kau kan ada, apa yang susahnya?” Suara penuh selamba badak Jannah dengan ketawa yang mula mengekek dihujung sana buat Warda nak hentak kepala ke dinding! Memang masin sangat mulut kau Jannah! Dari haritu tak habis-habis mengusiknya dengan Ejaz. Sekarang dah kenyataannya kan!

“Dah la! Malas aku nak cakap dengan kau...buat sakit hati je. Jaga kereta aku baik-baik, clar sikit pun, aku tuntut ganti rugi nanti!” Mulutnya membebel tapi tetap mengawal volume suaranya. Setelah salam diberi, panggilan dimatikan.

“Siapa?”

“Jannah.” Beritahunya pendek seraya mengajukan hansetnya kearah Auntie Fifah.

“Habis tu nak balik naik apa ni?”

“Teksi...takpe la auntie, bukan tak biasa pun. Lagipun Warda ada tekwando.” Penuh yakin Warda mengeluar suara. Hujung matanya menangkap senyum sinis yang tertarik dibibir merah Ejaz. Mungkin tak percaya dengan kata-katanya. Takpe...kau kenal lagi siapa aku! Ni Warda Erina Tan Sri Khalid Al-Fattah la! Setakat pemandu teksi tu...sekali tendang je dah terpelanting keluar kereta!

No...no...auntie tak izinkan. Kalau apa-apa jadi dekat Warda nanti siapa yang nak bertanggungjawab.” Tekan Datin Afifah lagi tetap dengan keputusannya. Hati tuanya tetap berlagu bimbang untuk melepaskan gadis secantik ini menaiki teksi tengah malam begini. Seorang diri pula tu!

Anak bujangnya disebelah dipandang. “Ejaz, hantar Warda balik. No excuse!” Tegasnya dengan mata tajam memberi arahan keras.

Ejaz cuba mengawal rasa sebal yang mengasak-asak di dadanya. Warda ditunaknya tajam sebelum satu rengusan kasar terlepas. “Fine! But this is the last time,” jawabnya kasar seraya berpeluk tubuh. Sakit jiwanya melihat muka tenang mama.

“Warda balik dengan Ejaz ye sayang.”

Warda diam, tak mahu mengulas apa-apa.

“Jom!”

Warda hela nafas dalam mendengar nada suara Ejaz itu. Nak tak nak terpaksa juga dia mengekor. Bag kertas besar berisi pakaiannya ketika datang ke sini tadi disambarnya kasar sebelum mengatur langkah dibelakang Ejaz yang sudah mengorak langkah panjang. Terkedek-kedek dia mengejar. mentang-mentanglah kakinya tak berapa nak panjang!

“Jangan melencong pulak Ejaz....anak dara orang tu!” Laungan suara mama yang menerjah masuk ke lubang telinga Ejaz itu membuahkan dengusan sinis dibibirnya. Macamlah mukanya aku ni ada niat buruk pada Warda!

Kunci kereta dibawa keluar dan central lock dibukanya. pintu kereta Lexus LFA miliknya dibuka, belum sempat dia membolos masuk ke dalam, hujung matanya menangkap langkah kaki Warda yang agak jauh dibelakang.

“Cepat la....terkedek-kedek!”

Mulut mungil Warda dah mula terkumat kamit, menyumpah seranah si pemilik kereta sport mewah itu. Tahu la kaki dia panjang macam model! kalau ya pun sabar la. sebaik tiba di situ, terus pintu kereta dibuka dan dia membolos masuk ke dalam. Ejaz menguatkan sedikit air-cond, mungkin perasan dengan peluh kecil yang merenik kecil di dahinya.

“Rumah you dekat mana ni?” Soal Ejaz berbunyi kerek plus berlagak.

“Hari tu kan baru hantar...takkan dah lupa kot.” Komen Warda.

“You ingat rumah you sorang je ke yang I kena ingat?!”

Psstttt...Warda mendengus. Bajet bagus betul la lelaki ni!

“Mont Kiara.” Pendek katanya berbunyi marah mengingatkan Ejaz. Tanpa menunggu lama, terus enjin dihidupkan dan kereta mula mengaum garang meninggalkan perkarangan hotel yang sudah mencipta sejarah ‘bahagia’ dalam hidup mereka berdua.

Hampir dua puluh minit perjalanan. Perut Warda mula terasa sesuatu. Kepala disandar ke kerusi dan matanya dipejamkan rapat kearah panorama luar tingkat melawan rasa sakit yang mula menghiris-hiris perutnya. Bag Carlo Rino diatas ribanya ditekan sedikit dalam ke arah perutnya. Macam manalah dia boleh terlupa untuk mengalas perut sebentar tadi, semuanya gara-gara nervous punya pasal hingga terlupa kalau dirinya menghidap gastric. Rasa yang semakin menyucuk-nyucuk pedih membuatkan peluh mula membasahi dahinya. Tanpa sedar air matanya sudah megalir dihujung matanya.

Ejaz yang mula pelik dengan keadaan yang senyap sunyi menoleh sekilas kearah si cantik manis disebelah. Berkerut hebat dahinya tatkala mata tajamnya menangkap wajah berkerut-kerut itu seolah menahan sakit yang amat sangat.

“you...you okay tak ni? You sakit ke?” Soal Ejaz berbunyi cemas seraya memandang jalan raya dan Warda disebelah silih berganti. makin kalut dan takut dirinya bila ternampak pipi mulus itu sudah dibasahi air mata.

Warda menoleh perlahan kearah eja dengan nafas yang semakin sesak. “Perut....perut I sakit...” Luahnya lemah dengan air mata yang semakin lebat turun.

Ejaz mula tak keruan. Risau dan gementar melihat keadaan lemah Warda itu. Stereng kereta digengamnya kuat, cuba memikirkan jalan penyelesaian. Air liur ditelannya payau.

“Kita...kita pergi klinik. Kita pergi klinik okay....you tahan kejap,” putus Ejaz berbunyi bimbang yang amat sangat. Terus pedal minyaknya ditekan semakin dalam hingga menderum laju kereta mewahnya itu membelah jalan raya mencari klinik yang berhampiran.
*****
Sudah hampir lima belas minit Ejaz duduk dikerusi Poliklinik Al-Haj itu, namun kelibat Warda masih belum kelihatan keluar dari bilik yang tertera jelas nama Dr. Ilham disitu. Sekilas jam Tissot ditangan dikerling. Sudah hampir pukul sebelas malam, matanya pun semakin pedih menunggu. Matanya mula dipejam kejap.

Baru seminit dua berlalu, bunyi kuakan pintu menampar cuping telinganya. Pantas matanya dibuka luas. Sebaik terlihat wajah lemah Warda yang melangkah keluar, segera dia bangkit mendapatkan gadis itu. Kalau orang tengok mesti dah melabel mereka sebagai pasangan suami isteri.

What did the doctor said?” Soal Ejaz laju. Hendak memaut lengan gadis itu, namun hatinya ragu-ragu. Rasa tak proper pula hendak menyentuh gadis itu sesuka hati. Warda bukannya Inara. Tengok saja shawl peach yang masih cantik melilit dikepala gadis itu saja sudah tahu. Sudahnya dia hanya mampu memerhatikan langkah lemah yang diatur Warda.

“Gastric.” Pendek jawab Warda seraya melabuhkan duduknya keatas kerusi yang disediakan di hadapan kaunter farmasi.

Ejaz hela nafas geram. “You dah tau kan you gastric? Habis tu kenapa tak makan?!” Suaranya sedikit meninggi. Geram dengan sikap sambil lewa Warda. Bukannya dia tak tahu kalau penyakit gastic ni boleh jadi makin worse. Saah seorang kawannya di aviation school dulu pun ada yang menghidap gastric yang boleh tahan kronik. Kadang-kadang sampai pengsan dalam kelas!

Warda terdiam, sungguh dia tiada tenaga untuk berbalah dengan Ejaz.

“Cik Warda Erina...”

Ejaz segera melangkah kearah kaunter. Dipasang telinganya mendengar butir bicara perempuan yang menjaga di kaunter farmasi itu dengan penuh tekun. Setelah bayaran dibuat dia mendapatkan semula Warda.

“Jom...kita balik,” gamit Ejaz. Warda bangkit dan mereka beriringan keluar dari klinik itu.

“Ubat you...makan tiga kali sehari lepas makan,” ujar Ejaz lagak seorang doktor peribadi pula. Plastik ubat dihulurkan pada Warda.

Thanks...” Plastik ubat itu diambil dan dimasukkan ke dalam bag Carlo Rinonya. Jam di dashboard kereta dipandangnya sekilas. Sudahlah esok kerja. Perjalanan mereka diteruskan. Hujung mata Warda sekali sekali menjeling kearah Ejaz disebelah yang tenang memandu. Serba sedikit hatinya tersentuh dengan keprihatianan yang ditunjukkan lelaki itu.

Sorry...I dah susahkan you.” Entah macam mana suaranya boleh terlepas, namun cukup perlahan. Bunyi keluhan menampar cuping telinganya.

“Kalau dah tau diri tu gastric...jangan la sampai tak makan. Benda penting macam ni pun takkan la you tak sedar!” Kata Ejaz tegas dengan muka serius.

“I nerveous sangat tadi sampai lupa nak makan,” balas Warda pula. Rasanya tadi semasa dibelakang pentas dia sudah mengeluarkan plastik berisi roti. Tapi bila Jay memanggilnya, dia sudah terlupa tentang semuanya.

“Makan pun boleh lupa!” Warda hanya mencebik mendengar kata perlian itu. Sesaat kemudian plastic logo 7-elevan melayang dihadapan matanya.

“Untuk you...I pergi beli tadi.” Beritahu Ejaz mendatar tanpa intonasi seraya meletakkan plastic putih itu ke riba Warda. Dalam marah-marahnya pun entah kenapa dia tak boleh menolak rasa bimbang yang bergayut di tangkai hatinya buat gadis disebelahnya ini.

Warda tersenyum kecil, matanya mula menggeledah bag plastic itu. Ada roti perisa coklat dan twiggies juga perisa coklat, susu kotak pun ada. Macam tahu-tahu je coklat adalah kegemaranya.

Masing-masing mengunci mulut. Warda memandang keluar, manakala Ejaz fokus dengan pemanduannya. Sedar tak sedar kereta mewah itu sudah berhenti tepat-tepat dihadapn pagar rumah sewanya. Kelihatan kereta Persona silver milik kak Rina sudah tersadai ditempat letak kereta. Seat belt dibukanya, dan pintu kereta ditolaknya.

“Cakap dekat mama you...baju ni nanti lusa I hantar balik dekat butik.” Sempat lagi Warda menitipkan pesanan buat Auntie Afifah. Disebabkan kejadian tadi, langsungnya sampai ke sudah bajunya tak ditukar-tukar.

“Tak payah la....mama dah call I tadi. Dia kata dia hadiahkan you baju tu.” Semasa di klinik tadi mamanya ada menghubunginya. Bimbang mungkin sebab sampai sekarang masih belum sampai ke rumah.

Warda terdiam. Baju yang melekat ditubuhnya itu ditelek sepintas lalu. Segan pula untuk menerima baju semahal ini sebagai hadiah. Lambat-lambat dia mengangguk. “okay...thanks sebab hantar I balik. Good night.”

“Warda.” Seruan nama itu menghentikan gerak tangan Warda yang sudah berura-ura untuk menutup pintu kereta itu. Kepalanya ditundukkan sedikit untuk melihat wajah Ejaz yang turut memandangnya. Keningnya berkerut sedikit seakan bertanya.

We need to talk...you pun tau kan pasal apa. But esok I terbang pergi L.A, maybe three to four days from now. I’ll call you later beritahu you dekat mana.” Serius saja nada suaranya itu. Dia tak mahu menangguh lebih lama. Sudah puas dipujuk Inara yang mengamuk tadi. Nampaknya dia terpaksa berdepan empat mata dengan mama yang dah menimbulkan onar dalam hidupnya sekarang.

Warda angguk setuju. “Okay..take care.” Pintu kereta ditutupnya.

Baru dua tiga langkah dia menapak mendekati pintu pagar, namanya kedengaran diseru lagi. Kepalanya ditoleh ke belakang melihat Ejaz yang sudah menjengahkan kepaLanya disebalik tingkap kereta yang diturunkan.

“Jangan lupa makan ubat....I tak nak you sakit.” Setelah tersedar ayat terakhir yang meluncur dicelah bibirnya itu, Ejaz gigit bibir bawahnya. Macam mana pulak ayat tu boleh terkeluar! Cepat-cepat tingkap kereta bertinted itu dinaikkan dan pantas pedal minyak ditekannya meninggalkan Warda yang masih memandangnya tak berkelip. Mukanya terasa panas. Mata bulat galak itu meresahkan jiwa lelakinya, tambahan lagi dengan simbahan cahaya malam. Gadis itu kelihatan sangat cantik dan mempersona dimatanya. Dadanya dipegang dengan degup jantungnya yang tiba-tiba berubah rentak. Laju mengepam darah menghantar debaran menggila ke seluruh pembuluh darahnya. Riak resah jelas terbias diwajah kacaknya. Aku dah jatuh cinta ke?

Kau jangan buat kerja gila Ejaz!!!!

p/s: seperti yg dijanjikan...update new chapter 4 Ejaz n Warda hewheww....komen yuk...rsenye dua2 dh jtuh cintuk ke stu sme lain??? love is in the air ~lalalalala <3 muahaha >____<  ~ngeeeeeeeeeeeee
yuk...yuk..kongsi komen anda sume

20 comments:

HUDAPIS said...

Pelik la ejaz ni..mcm dh jth sayang kt warda,but still hati kt inara..hemmm...

Anonymous said...

Smkin best la cite nie..rsenye ejaz mcm dh suka ngn warda..ejaz btul2 ambil berat psl warda..suka sgt2..sian tul ngn inara..cpt2 up next n3..huhu

Anonymous said...

Punya la lame tungguu entry ni tapi bbaloi..besttt sgttt, tak sbr n3...

Cerita Hanina said...

sy suka cerita ini!

budakonpius said...

Saya pon suke gak.. Samb la lagi cepat2..!blh ke?kahkahkah!!

Anonymous said...

best..sori to say,cam nk menyumpah je ngan minah in in tu..ap ke bebengnya si ejaz tu still syg gila kat minah in in yg perangai cam bangbang..ad baiknya dy kwin trus ngan warda..ee,ejaz pon satu,yg pegi sumpah bagai ckp x cinta kat warda knpee?the heck man?!?tipu semata mata.Yg daniel pon tegedik2 ngan warda.menyampah.
Btw,sori for the komen yg x memberangsangkan.imma teenager.hormon meningkat.sy komen sbb menyampah ngan minah in in yg mcm babeng tu.sori again.Best!! Apdet more not less tau.hehe.sori.salam

Atie Umar said...

hai kak dila!! haha... lama tak komen kat blog akak... baca je rajin komen malas! adoii..

okeyy3... ehem! ejaz dah sayang kat wardah tapi tak sedar lagi letewww... :P kalau tak sayang takde nye nak gelabah sakan kan? siap marah bagai lagi bila tak makan... siap ingatkan lagi suruh makan ubat... siap belikan makanan lagi... okeyyy... di situ sgt terserlahlah sikap prihatin dia ke wardah ye... dan itu menunjukkan dalam hati ejaz dah ada nama wardah... keh3... daniel dengan inara sila pergi jauh... Inara nak break dgn ejaz kan? okey sila break! sgt di alu2 kan... hihi...

Anonymous said...

huhu.. lamanya tak update..
menanti dgn sabar..
suka ejaz dgn warda! =)

Che Laila said...

Ejaz yg ego...,Harap2 Warda pun Ego juga...biarkan Ejaz makan hati...

einielouis said...

Wahhh berkurun lamanya menanti new entry (*^_^*). Tq. Best sgt nak tau apa next. Dup dap dup dap baca jer pon hehehe

mahanum abu bakar said...

best.. novel ni msti lmbt lgi kn nk di bkukn??hremm xpelh...srius mmg best x sbaq nk beli nvl nie :)

Anonymous said...

Nak lagi sambungan. Setiap hari buka blog ini tgk Ada update ke belum..

ruby muksan reds said...

bg je c ejaz tu tkejar2 kt warda dulu..biar warda jual mahal jngn cpt jatuh cinta kt ejaz hihi.nk dera perasaan ejaz dulu. :)

norihan mohd yusof said...

eeeee..poyo nyer ejaz...teramat cian kat warda....tu lh wat jer ejaz tuh separuh nyawa nk raih semula cinta warda n ngan saingan2 yg jugak terkejar kejar kn warda....give a lesson to ejaz....tk puas lh dekkkkkk heeeheeeee nk gggggggg...

dila dyna said...

hehe....nmpknye sume mkin naik geram dgnabg ejaz ek kihkih...trimas sume lap u soo mucho..nntikn sambungannye ^^

Anonymous said...

Punyala lama tunggu entry baru..nk lagi cik writer! Plz...

Anonymous said...

best & nice story...just wanna ask the author, sapa penyanyi ohhh yeah???like this song so much...

nursyafika said...

Hehehe best3.nk lagi....

Seri Ayu said...

Rasanya memang dari dulu Ejaz ni memang ada rasa cinta buat Warda walaupun tak pernah bersua rupa kalau tak, kenapa masih simpan cicin nikah tak jadi tu. Dengan Inara sebab Inara yang goda Ejaz, Ejaz pun konfius perasaannya pada Inara. Inara nak fight dengan Warda rasanya mcm langit dengan bumi. Tapi peel Inara tu yang mama Ejaz reject awal-awal. Apa pun tetap nak Ejaz dan Warda bersatu.

Anonymous said...

ahakksss....EJ caring sesangat...:))

~uly~