BAB 10
Mia
melangkah keluar dari keretanya, rayban aviator ditolak ke atas kepala. Matanya
mengecil sedikit akibat pancaran matahari yang memancar. Jam tangan ditangan
dikerling sekilas. Sudah hampir jam 9.30 pagi, sudahlah jam 11.00 nanti dia ada
appoinment di hotel Hilton dengan
Encik Kevin. Keretanya buat hal pulak dah... selama ni tak pernah lagi buat
hal, kenapa pagi ni pulak tiba-tiba nak meragam?!
Diliarkan
matanya dikiri kanan dikawasan lebuhraya itu, kemudian dia kembali semula ke
kereta, dan punat bumper bahagian hadapan kereta Audi Ttnya itu dibuka. Buat
seketika dia bercekak pinggang di bahagian hadapan kereta yang penuh dengan
wayar berselirat. Nak betulkan yang mana satu pun dia tak tahu, karang memandai
makin teruk pulak jadinya nanti!
Tanpa
buang masa terus Iphonenya dalam
kocek seluar slacknya dibawa keluar. Beberapa saat dia menunggu sebelum
panggilannya bersambung
“Nad...”
sapanya.
“Ya
Cik Mia.” Sahut Nadhrah dihujung sana.
“You
tolong callkan mana-mana kedai
mekanik, kereta I buat hal. I dekat dengan Jalan Parlimen. Cepat sikit, I ada appoinment pukul 11.00 karang,” arahnya
berbunyi tegas. Panggilan dimati dan dia mula bergerak ke arah penghadang jalan
raya di situ.
Tiba-tiba
bunyi motor kedengaran berhenti. Hujung mata Mia naik menjeling, takut karang
samseng jalanan mana pulak yang tiba-tiba berhenti karang, tak ke haru. Tapi
sebaik dia mendongak, pandangan matanya terus menangkap superbike merah yang
sangat dikenalinya itu, terus muka bosannya ditarik. Haihh... sehari tak jumpa
mamat ni tak boleh agaknya!
Penutup
muka helmet dibuka Zafeeq. Dari jauh lagi sudah dapat dilihat kerut kecil yang
terbentuk di dahi Mia.
“You
buat apa dekat sini?” Soal Zafeeq pelik.
“Ambil
angin... tak nampak ke?” balas Mia kerek. Ambil angin kejadahnya pulak kalau
matahari dah terpacak atas kepala.
“Okay.”
Sambut Zafeeq tanpa perasaan seraya menurunkan semula penutup helmetnya, pedal
minyak ditekan dan dia terus pergi.
“Huh??”
terus terbangun Mia dari besi penghadang jalan itu memandang motor yang berlalu
pergi itu. Tapi beberapa saat kemudian dilihat Zafeeq berpatah semula. Tanpa
sedar bibirnya mengoyak senyum kecil. Sebaik lelaki itu tiba tepat
dihadapannya, muka cemberut ditariknya. Tangan disilang ke dada.
Helmet
dibuka Zafeeq dan rambutnya digosok sedikit sebelum ketawanya meletus melihat
muka kelat yang terbentuk di wajah cantik itu. “Itulah... lain kali jangan jual
mahal sangat,” katanya sambil turun dari
motor.
“Habis
tu you ingat I ni perempuan murah ke?” gumamnya laju mematah kata.
Zafeeq
menggeleng kecil tak ambil pusing. Dia berjalan kearah bahagian depan kereta
yang sudah siap dibuka itu. “Ni kenapa ni?”
Mia
berjalan mendapati Zafeeq. Berdiri di sisi lelaki itu “Mana la I tahu,
tiba-tiba aje meragam.”
Zafeeq
bercekak pinggang. “Hai...kereta punya mahal macam ni pun boleh meragam ke?"
Mia buat muka.
"Dah call orang datang tarik ke?” Nak suruh dia betulkan pun bukannya dia reti sangat, kalau setakat nak tukar tayar tu boleh la.
Mia buat muka.
"Dah call orang datang tarik ke?” Nak suruh dia betulkan pun bukannya dia reti sangat, kalau setakat nak tukar tayar tu boleh la.
Mia
angguk. “I dah suruh Nad callkan
tadi.” kemudian mata Mia naik memerhati Zafeeq atas bawah. “Yang you ni tak pergi
kerja lagi kenapa? Sekarang ni dah pukul berapa? Curi tulang?”
“Excuse me, I pun ada appoinment dekat luar jugak. You ingat
you sorang aje ke yang ada appoinment dekat
luar?”
Mia
mencebik sebelum berlalu ke tepi dan duduk semula ke atas penghadang besi.
Zafeeq turut bergerak dan duduk di sebelahnya. Buat seketika mereka hanya diam
menyepi.
“I
dengar you doktor sebenarnya.” Mia memecah bicara terlebih dulu. dari hari tu lagi dia nak tanya sebenarnya. Zafeeq
dipandang. “Kenapa you tukar kerjaya?” Pelik...padahal title sebagai doktor itu cukup menjadi rebutan diluar sana.
Zafeeq
terdiam sekejap. “Minat... minat tu takde. I ambil medic pun atas desakan parent. you know, bila kita kerja tanpa minat, semuanya jadi tak menyeronokkan.”
“Tapi...bukan
seronok ke jadi doktor? Banyak pahala yang you boleh kumpul, sebab selamatkan
pesakit.”
Terkoyak
senyum nipis dibibir Zafeeq mendengar komen itu. “Itu salah satu kebaikannya, tapi banyak cara lain lagi kan untuk kita kumpul pahala. tak semestinya jalan yang satu tu. Tapi... kalau you
tahu betapa penatnya jadi doktor, you sendiri pun takkan sanggup ambil bidang
tu. Silap hari bulan, hari-hari you menangis makan hati beralum jantung, kena marah dengan specialist. Rabaknya
mata ni masa I jadi HO dulu, nak makan pun kadang-kadang takde masa.” adunya bila teringatkan zamannya houseman dulu.
Meletus
ketawa kecil Mia mendengar cerita itu. bukannya dia tak tahu benda tu, kawan
dia sendiri ramai yang mengambil bidang itu, ada yang terlalu stress sampai
sanggup menghilangkan diri sampai sebulan dua disebabkan tekanan yang dihidapi.
“Lepas
tu, you sambung bidang masakan dekat mana?” Mia bertanya ingin tahu.
“Paris.”
Pandangannya tertunak jatuh pada Mia. “You pun belajar dekat Paris kan? dekat U
mana? sebab I rasa macam pernah nampak you sebelum ni.”
Tak
semena-mena degup jantung Mia berubah deras tiba-tiba. Zafeeq turut dipandang,
tapi entah kenapa hatinya tak cukup kuat ditikam mata hitam berkilat itu, terus
matanya dilempar semula ke depan.
“Université
Paris Dauphine.”
Zafeeq
terkejut. “Seriously? I pernah kerja
dekat restoran berdekatan dengan kawasan universiti tu.”
Jantung
Mia seakan dipanah tepat mendengar kata-kata itu. “La Cigale Recamier?”
tuturnya satu persatu dengan penuh debar di dada.
Mata
Zafeeq membulat. “Mana you tahu?”
Mia
tergamam tak percaya. Tak berkelip matanya merenung raut kacak itu. Tanpa sedar
air matanya jatuh menitis.
Zafeeq
terpempam. “You kenapa ni? Sakit ke?” tanyanya laju berbaur bimbang.
Cepat-cepat
tangan Mia naik ke pipinya. Menghapus air matanya. Jadi betullah telahannya
selama ini. Zafeeq dan jejaka yang menyapa hatinya nun jauh di Paris sana dulu adalah
lelaki yang sama. Tak hairanlah Chocolate
Souffle’ yang dirasanya beberapa bulan lepas itu terasa begitu dekat dengan
hatinya. Rasa yang serupa, manis yang sama...
“Mata
I masuk habuk,” ujarnya rendah.
Zafeeq
kerut kening, sebelum tersenyum. Seketika kemudian bunyi hon kedengaran
menyentak keduanya. Serentak mereka turun dari duduk. Mia hanya mendengar saja
Zafeeq bercakap dengan pekerja bengkel yang datang bersama kereta penunda itu,
tapi fikirannya entah melayang ke mana, tak lepas menyorot wajah kacak berkumis
nipis itu.
Tiba-tiba
warasnya menyentak akal. Pantas jam tangan ditunak tajam. “Ya Allah! I ada appoinment pukul 11.00 ni.”
“Huh?”
Zafeeq terkejut.
“I
ada appoinment lagi setengah jam!
Matilah I...” tekan Mia dengan riak gusar jelas terpeta. Kepalanya digaru kuat
Zafeeq
diam. Nadas dihela dalam. “Nak I hantar?”
“Apa?”
“Nak
I tolong hantar tak?” ulang Zafeeq lebih jelas.
Pelipis
Mia naik kerut. “Naik apa?” Soalnya bodoh.
“Motor
la, you ada nampak I bawak kereta ke?”
"Naik motor?!” liurnya ditelan kelat. Naik motor? Takkan nak berhimpit, melekat
macam sandwich pulak dengan Zaf? Laju dia geleng menolak.
“Fine... kalau macam tu I balik hotel
dulu. pandai-pandai la you tahan teksi.” Helmet yang diletak pada kerusi motor
dipakai semula ke kepala sebelum naik semula ke atas motornya. Kunci dicucuh
pada palam dan beberapa saat kemudian bergema kuat bunyi enjin motor.
Mia
masih berkira dalam kepala. Naik teksi? Kalau jalan lengang takpe, masalahnya
KL ni mana pernah lengang, sesak sentiasa. Pukul berapa pulak sampai sana
nanti?
“Kejap!”
Zafeeq
menoleh sebaik terdengar suara itu.
“I
ikut,” putus Mia pendek. Kemudian laju saja pintu keretanya dibuka. Dua buah
fail dan handbagnya diambil. Kunci
diserahkan pada pekerja bengkel.
Sebaik
tiba disisi lelaki itu, teragak-agak lengan jaket kulit yang dipakai Zafeeq itu
digenggam kejap dan dia naik ke belakang. Nasib baik hatinya tergerak nak pakai
seluar hari ni, kalau pakai skirt atau kain bukan ke haru nak naik motor tinggi
macam ni. Tiba-tiba wajahnya terasa panas duduk sebegini dekat dengan lelaki
itu.
“Duduk
tu jauh sikit, jangan nak melekat dengan I. Bukan muhrim! I tolong ni pun sebab
terdesak.” Zafeeq memperingat walaupun jiwa lelakinya turut dilanda debar yang
tiba-tiba. Seakan terbau-bau harum wangian yang datang dari tubuh langsing itu.
“Tahu
la!” ingat aku nak sangat agaknya duduk dekat-dekat macam ni! Gurutu Mia dalam
hati, sebal! Liur ditelan payau. Janganlah Zaf dengar bunyi jantungnya yang
berdegup kuat mengalahkan kuda berlari ni...
“Pegang
elok-elok, karang kalau terpelanting I tak bertanggungjawab.”
Mia
terpinga kejap. Pegang? Nak pegang mana? Spontan saja tangannya naik memegang
belakang jaket yang dipakai Zafeeq. Sesaat kemudian motor mula bergerak
membelah jalan raya.
Hampir
15 minit kemudian, Zafeeq memberhentikan motornya tepat dihadapan pintu masuk
Grand Hyatt Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pinang berdekatan KLCC itu. penutup
muka dibukanya. Mia melangkah turun dan dibetulkan sedikit rambutnya yang
serabut ditiup angin.
“Thanks for the ride.”
Zafeeq
angguk kecil. “No biggie.”
Mia
atur langkah kemas untuk masuk ke lobi hotel itu. Sebaik tiba dihadapan pintu
automatik lobi itu dia menoleh semula ke belakang. Bibirnya digigit kejap.
“Zaf...”
serunya kuat
Zafeeq
angkat muka memandang.
“I...
I mintak maaf pasal hari tu.” akhirnya terlepas jua kata maaf itu dari bibirnya
Kening
Zafeeq ternaik sedikit tanda tak mengerti.
“Pasal
anak ikan hari tu...” bibir diketap. “I’m
really sorry,” ulang Mia sekali lagi. Sungguh dia rasa bersalah kerana
sudah menuduh lelaki itu yang bukan-bukan sebelum tahu cerita yang sebenarnya.
Lambat-lambat
dilihat Zafeeq mengoyak senyum buatnya sebelum tangan kanannya diangkat
melambai sebelum bergerak pergi dan hilang dari pandangan. Perlahan-lahan bibir
mungil itu turut melarik senyum kecil sebelum berlalu masuk ke dalam
~BERSAMBUNG~
P/S: Mohon komen seikhlasnya :D n sorry lambat sgt update T_T
~BERSAMBUNG~
P/S: Mohon komen seikhlasnya :D n sorry lambat sgt update T_T
4 comments:
best sangat2.
Best... Sweet aje baca cerita ni..
Nnti smbg cpt2 ya..
tq...tq...tq :D
Cepat la sambung...x sabar
Post a Comment