Tuesday, 14 March 2017

KASIH ZENIA -PROLOG



“Saya minta maaf... Cik Nadia, tak dapat kami selamatkan “

Zenia terjelepuk jatuh sebaik mendengar kata-kata itu. Lesu airnya menuruni pipi. Esak tangis ahli keluarga Nadia yang sudah menunggu sejak tiga jam yang lalu di luar bilik pembedahan itu mula bergema di lorong sunyi itu.

Fahad terpempam, fikirannya kosong. Hilang segala ekspresi di wajah itu. Setiap kenangan manis antara dia dan Nadia berulang tayang seakan pita rakaman yang diulang semula. Gelak tawa, rajuk, dan tangis gadis itu yang selama ini mewarnai hidupnya kini sudah terbakar dan melayang menjadi debu. Punah segalanya... punah gara-gara Zenia!

Perlahan anak matanya menyorot tajam pada si gadis yang teresak di lantai sana. Tangan dikepal kuat hingga tertimbul urat-urat ditangan itu. tangisan yang menampan di telinganya itu tak ubah seperti ketawa sindiran yang kian menoreh luka di hatinya itu. Alangkah bagusnya kalau dia tak pernah kenal gadis bernama Zenia Imani ini!

“Puas hati kau sekarang?”

Terdongak Zenia sebaik mendengar suara keras bercampur sebak itu. Wajah kacak itu ditatap dalam kabur matanya.

“Fahad... aku...”

“Puas kau sekarang Nadia dah takde?!”

Terkejut Zenia menerima tengkingan kuat yang menggegar telinganya itu. Sampai hati Fahad menuduhnya sebegitu.

“Memang ini yang kau nak selama ni kan? Sebab sebenarnya kau  dah lama cintakan aku!” merah padam mukanya menutur kata.



“Fahad...” 

Zenia terpempam bila tiba-tiba tubuh sasa itu meluru laju ke arahnya. Kedua pipinya dicengkam kuat. Makin laju air mata yang keluar menahan sakit. Dia sudah tak nampak lagi pandangan Fahad Izwan yang dia kenal selama ini. Hanya kebencian saja yang terbias di mata merah itu.

“Kau jangan ingat aku akan terima kau lepas Nadia pergi Zen. Cinta kau tak ubah ibarat racun bagi aku! Kalau bukan sebab kau, aku dah bahagia dengan Nadia!” Ditunak raut wajah itu penuh rasa benci. Pipi mulus itu dilepas kasar, dan dia bangun semula. Air matanya dikesat dengan lengan baju melayu putihnya itu. Nafas dihelanya dalam.

“Zenia Imani Binti Muhammad Khairul...”

Nafas Zenia seolah terhenti mendengar suara garau tanpa perasaan itu. Tak berkelip matanya menatap wajah itu. tangan kasar itu dicapai bersama gelengan. “Jangan Fahad...”

Wajah lencun itu dipandang Fahad tanpa sekelumit pun rasa simpati. “Aku ceraikan kau dengan talak satu.”

Akhirnya terlepas jua pegangan tangan itu dengan terlafaznya kata itu dari bibir sang suami. Suami yang belum sampai sehari mereka bergelar suami isteri, dan kini dia telah diceraikan. Langkah lelaki itu dihantar dengan air mata. Sesak dadanya mengatur hela yang seakan tak sudi masuk ke ruang dadanya itu.

 ‘Kalau umur dah 30 masih tak ada lagi lelaki nakkan kau Zen... kau jadi jela isteri kedua aku eh.’

Kata gurauan itu terngiang di telinganya. Fahad Iswan... lelaki dan sahabat yang dicintainya dalam diam. Cinta yang terlalu payah untuk digapai menyedari kekurangan dalam dirinya, dan kini segalanya sudah hancur menyembah bumi. Tiada lagi tali persahabatan... apatah lagi cinta yang tak pernah wujud buat dirinya.


Akhirnya digagahkan jua kedua kakinya dan dia turut melangkah pergi. Pergi meninggalkan kenangan yang tak ubah ibarat mimpi buruk semata-mata.


Fahad Iswan



Zenia Imani

p/s: NEW STORY gaiss... kali ni kita bawakkan heroin yg berpewatakan tomboy pulak deh. ini baru pengenalan, keep supporting sygku >_<

1 comments:

amira arnuin said...

Nice...suspenn sungguhh. Takk sabarrrrr. Hehe. good luck kak.