Sunday, 26 March 2017

KASIH ZENIA - BAB 2



Zenia mengatur langkah ke arah dinding berdekatan mesin ATM di bangunan satelit itu. sesekali matanya mencuri pandang kearah Fahad yang sedang bersembunyi dibelakang tiang besar sana memerhatinya.

Surat dan sekuntum bunga ros merah yang dipegangnya itu digenggam kuat sebelum belakang kepalanya itu digaru.

“Psstt...”

Zenia angkat kepala, dilihat Fahad sudah memuncung-muncung memberi isyarat padanya itu. Melihat si gadis yang sudah mula bergerak kearah lif sana, pantas dia membuka langkah. Surat dan bunga itu disorok ke belakang badannya.

“Excuse me...” tegurnya tanpa salam. Dilihat gadis berambut panjang itu sedikit teragak memandangnya.

“Ya.” Si gadis menyahut dengan riak bingung.

“Saya nak cakap dengan awak sekejap boleh?” Suara Zenia tanpa teragak walaupun dilihat dua orang rakan gadis itu sudah memandang pelik padanya.

Pelipis Nadia berkerut kecil apatah lagi melihat penampilan gadis serupa tomboy itu. sesaat kemudian kedua rakannya dipandang. “Korang nak la library dulu, kejap lagi aku datang.”

“Okay,” sahut keduanya sebelum membolos masuk ke dalam perut lif yang sudah terbuka luas.

Setelah pintu lif tertutup rapat, Nadia memandang gadis berkemeja jeans di depannya itu. “Nak cakap apa eh? Saya kenal awak ke?” Soalnya.

“Tak... tak kenal. Saya... nah.” tanpa memikir panjang terus surat dan bunga itu dihulur pada gadis itu. jelas terlihat mata gadis itu yang terbeliak besar memandangnya kaget, apatah lagi bila pelajar yang lalu lalang di situ turut menoleh kearah mereka.

“Sorry saya bukan les...”

“Kejap... kejap! Jangan salah faham dulu, bunga dengan surat ni bukan saya yang bagi,” Potong Zenia laju cuba menerangkan kedudukan sebenarnya.

Nadia lepas nafas. “Owh... saya ingatkan... takde apa la.” kepala digeleng kecil.

“Bunga dengan surat ni dari kawan saya. Fahad.” Kemudian dia menoleh mencari kelibat lelaki itu.
“ahh... lelaki sana tu, yang dekat tiang tu.”

Mata Nadia mengikut arah tangan itu. Sebaik terlihat lelaki tubuh sasa dan tinggi lampai itu dia terkedu seketika. Kacak, detik hatinya. Bila lelaki itu menunduk kecil dan melempar senyum padanya, dia turut membalas senyum kecil.

“Kenapa dia tak bagi sendiri je?” Tanya Nadia seraya mengambil surat dan bunga itu.

“Ermm... dia tu pemalu sikit,” jawab Zenia. Pemalu kepala hangguk kau!

“Owh... takpe la kalau macam tu. Cakap dekat dia terima kasih.”

Zenia mengangguk sebelum teragak dia bergerak berlalu pergi. Nadia turut menghilang ke atas.
Sebaik tiba depan Fahad terus kepala lelaki itu ditolaknya kasar.

“Sengal la kau! Tak pasal-pasal orang ingat aku lesbian!” Marah Zenia dengan muka
memerahnya. Macam takde orang lain dia nak mintak tolong bagi. Suruh jela Haryani ke bagi!

Terus pecah ketawa Fahad tengok muka bengang bercampur malu itu. “Ala... rilek la Zen, yang penting kita orang tahu kau bukan lesbian,” balas dia selamba di hujung tawanya.

“Bongok!” Terus Zenia buka langkah besar meninggalkan lelaki itu. Dalam diam dadanya terasa kelat sendiri.

Fahad lorek senyum sebelum mengejar gadis itu. Selamba saja tangannya naik melingkar ke bahu kecil itu.

“Jom aku belanja ais krim.” Dia dan Zenia sudah berkawan baik dari semester dua lagi. Kalau diingatkan sepanjang semester satu dia dan Zenia adalah musuh sejati. Semuanya gara-gara gadis itu yang menyimbahnya dengan kuah kari sewaktu minggu orentasi dulu. tapi kalau difikir semula, semuanya berpunca daripadanya juga. Lancangnya mengutuk penampilan serupa lelaki Zenia itu di hadapan semua kawan-kawan lelakinya dulu. Tapi siapa sangka yang kini mereka sudah menjadi kawan baik. BFF katanya!

Tangan sasa yang memberat dibahunya itu ditepis Zenia. Kadang-kadang dia benci dengan Fahad! Perlakuan selamba dan lepas laku lelaki itu selalu membuatkan dia marah sendiri. Marah, kerana dia tahu kalau Fahad tak pernah menganggapnya sebagai seorang perempuan.

“Magnum dua.” kata Zenia keras.

Tangan Fahad naik tabik ke dahi. “Siap tuan! Eh... Cik Zenia” sahutnya ceria sebelum menayang susunan gigi cantiknya.

Zenia hanya melempar jelingan tajam.

*****

Sebaik selesai basuh tangan, Zenia kembali ke ruang tamu dan duduknya dilabuhkan ke sofa hitam di situ. Panjang saja tangannya mencapai remote mencari siaran. Haryani muncul dengan semangkuk jambu air yang sudah siap dipotong di tangan.

“Zen...”

“Apa?” matanya masih melekat pada tv di depan.

“Kau rasa kali ni Fahad serius ke dengan perempuan tu?”

Soalan Haryani itu berjaya menghentikan jarinya yang menari pada butang remote itu. “Entah. Kau tanya la dia sendiri.” jawabnya berbunyi malas. Tak kuasa dia nak ambil tahu, yang penting tugasnya sebagai kawan dah selesai. Lelaki tu nak couple ke... nak kahwin ke, lantak kau la.

Haryani sumbat jambu ke dalam mulutnya sambil berfikir. “Hurm... rasa aku la kan. Kali ni Fahad serius.” Kemudian silanya ditarik ke depan Zenia.

“Yela, cuba kau bayangkan. Ini kali pertama tau Fahad sendiri yang luahkan perasaan dia pada perempuan. Manalah pernah dia luahkan perasaan dekat mana-mana perempuan sebelum ni. perempuan je yang selalu kejar-kejar dia selama ni.” sambung Haryani lagi.

Siapalah yang tak kenal dengan Fahad Izwan Dato’ Fadhil. Sudahlah kacak, tinggi, badan sasa, anak orang berada lagi. Lagi satu senyuman tu, boleh mengigau kalau pandang lama-lama. Sajak sangatlah lelaki itu dipilih sebagai senior lelaki paling popular di majlis makan malam fakulti mereka dua bulan lepas. Tapi satu yang dia respect dengan Fahad ni, dia bukannya lelaki yang suka main-mainkan perasaan perempuan. Senang kata bukan ‘playboy’ la, kalau tak suka dia terus terang je tolak perasaan perempuan tu walaupun dirasa agak kejam.

Zenia hanya angguk malas mendengar. “Bagus la kalau dia tu serius. Lagipun kita dah semester akhir pun, elok sangatlah. Lepas habis ni boleh terus kahwin.”

“Betul jugak kan. Kau Zen... kau dah usyar-usyar ke nak apply kerja mana lepas ni?” mereka tinggal semester akhir ni aje sebelum semuanya bertebaran cari kerja. Lainlah Fahad, keluarga sendiri ada firma arkitek, tak perlu susah payah hantar resume semua.

“Ada la jugak, tapi semua area KL kot. Lagipun nenek aku ada dekat sini senang, tak payah mintak jauh-jauh. Kau?”

Hampir 20 tahun dia hidup bersama nenek dan Mak Su-nya. Dan hampir 20 tahun jugak dia tak pernah kenal dengan papa mamanya. dia ditinggalkan pada neneknya waktu usianya baru 3 tahun, wajah keduanya pun tak pernah ada dalam ingatannya. Yang dia tahu papa mamanya sekarang duduk di London bersama kakak kembarnya. Dulu selalu juga bertanya kenapa papa mamanya tak pernah ambil peduli tentangnya, menjenguk pun tidak. Tapi makin dia meningkat remaja, soalan itu seolah-olah sudah tersangkut di anak tekak. Tak pernah terluah lagi di bibir, kerana dia tahu jawapan yang diterima tetap akan sama

‘papa mama tak pernah lupakan Zen, tiap bulan mereka kirimkan duit untuk perbelanjaan Zen. Tapi buat masa sekarang, papa mama tak boleh balik lagi.’

Itu jawapan yang selalu diterimanya setiap kali dia mengaju soalan. Dia selalu mempersoal kenapa papa mamanya hanya bawa kakak kembarnya saja ke London, sedangkan dia ditinggalkan sendirian di Malaysia. Banyak kali air matanya tumpah cuba mencari jawapan, tapi masih tak ketemu.

“Aku kalau boleh nak mintak dekat JB je, dekat dengan family. Tapi kalau dah rezeki aku dekat sini, aku okay je. Sekurang-kurangnya ada la jugak kau teman kan.” bahu Zenia dipeluknya manja.
Zenia buat muka. “Eleh... cakap jela kau tu takde kawan sebenarnya selain aku kan!” kepala itu ditolaknya lembut.

Haryani memuncung, lengan itu dipeluknya erat. “Tau pun kau. Aku sayang kau tau!”

Zenia hanya ketawa menggeleng saja dengan sikap Haryani yang memang terkenal manja itu. Macam manalah agaknya Hairi dan Faizul, teman lelaki Haryani melayan.

“Kau rasa perempuan tu okay ke dengan Fahad?” tiba-tiba saja cerita berpusing pada Fahad semula

“Eii... aku tak tahulah Yan! Kau jangan tanya aku boleh tak?” Macamlah dia boleh tengok masa depan.

“Yela, Fahad tu kan kawan baik kita. Aku tak nak la kot dia tersalah pilih perempuan ke. Kalau Fahad dengan kau, aku lagi suka,” ujar Haryani bersahaja.

Tersentak dada Zenia!

“Kau jangan mengarut la Yan,” pertikainya.

“Apa yang mengarutnya? Kau tu tetap perempuan tau walaupun penampilan kau macam lelaki!”

Zenia menggeleng kepala. “Malas aku nak layan kau.” Lebih baik tengok movie lagi bagus.

Bahu itu disenggol Haryani. “Kau tak teringin ke pakai baju macam perempuan Zen?” Soalnya manja. Terdengar bunyi decitan dari bibir merah itu.

“Bukan jiwa aku la Yan.”

“Tapi aku tengok gambar sekolah kau dulu, cantik je kau pakai tudung semua,” Haryani berdalih. Dia berani kerat jari ramai lelaki yang bakal terpikat kalau tengok Zenia berpakaian perempuan. Tapi bab rambut pendek tu dia tak boleh buat apa la, tapi boleh saja pakai tudung. Dia sendiri berani mengaku kalau Zenia ni jatuh kategori gadis cantik sebenarnya. Kulit putih mulus, mata galak, bibir merah, badan langsing, tapi sayang semua tersembunyi dek penampilan tomboy itu.

“Itu pun sebab terpaksa! Takkan la dekat sekolah aku nak pakai baju budak lelaki pulak,” bidasnya. Gagal logil betul la Yan ni pun.

Kepala Haryani berputar ligat. Tiba-tiba dia dapat idea. “Hahh... minggu kedua bulan depan kita ada majlis Malam Cinta Rasul kan? Aku nak kau pakai baju kurung masa tu!”

“Huh?” Zenia jatuh rahang. “Tak nak aku!”

“Boleh la Zen. Aku teringin sangat nak tengok kau pakai baju kurung. Selama 4 tahun ni, sekali pun aku tak pernah tengok kau pakai tau,” pujuk Haryani lagi

“Malas la.” Kepala digaru Zenia.

“Ala, kalau kau takde baju kurung kau pinjam jela baju aku dulu. Saiz kita sama kan. Please Zen... anggap la ni permintaan terakhir aku sebelum kita habis degree ni.” kedua tangannya digenggam sesama sendiri dan matanya dikelip berkali mengharap persetujuan dari mulut itu.

Muka penuh mengharap itu dipandang Zenia penuh berbaur. Berbelah bagi samaada nak setuju ataupun tidak. Tak pernah-pernah dia pakai baju kurung sepanjang pengajian mereka di sini. Kalau Hairi dengan Fahad tengok nanti macam mana, confirm dia kena bahan nanti!

“Kau sayang aku kan Zen? Kalau tak aku merajuk!” dia sudah memeluk tubuh dengan muka masam dan muncung panjang sedepa.

Berkerut hebat dahi Zenia memikir permintaan itu. “Ish... masalah la minah ni. Yela... yela... aku kena gelak nanti kau, aku humban masuk tasik nanti!”

“Yeayy! Janji tau.” Kelingking halus itu ditarik dan dicangkuk dengan jari kelingkingnya memeterai janji.

Zenia hanya mampu mengeluh. Dah terlajak janji, redahkan sajalah. Bila lagi dia nak buat kerja gila macam ni. Lagipun mereka sudah semester akhirnya, paling kurang pun kena tahan telinga je kena gelak. Lepas tu takde dah bila masing-masing dah bawa haluan sendiri.

-BERSAMBUNG-

p/s: Kalau sudi ringankan2 komen dila sgt hargai. arigatou gozaimasuuu....

Wednesday, 15 March 2017

KASIH ZENIA - BAB 1




BAB 1

8 bulan  lepas...

Pintu dewan kuliah 3, fakulti seni bina itu ditolak Zenia. Sempat lagi dia menahan pintu memberi ruang pada kawan baiknya Hiryani, merangkap housematenya sepanjang 4 tahun pengajian ijazah mereka di Universiti Teknologi Mara ini dalam bidang arkitek.

Thank you Zen...” ucap Hiryani seraya mengelip matanya beberapa kali.

Welcome princess Hiryani, lain kali lupa lagi buat assignment ye,” balas Zenia memerli, dan disambut ketawa kuat Hiryani. Punyalah menggelupur mak cik sorang ni subuh tadi, busy sangat dengan persatuan pelajar dia semalam sampai assignment Prof Malik pun dia boleh lupa! Sudah dia jugak yang kena tolong siapkan.

“Shh...korang berdua ni boleh senyap sikit tak. Tak nampak ke orang dah ramai dalam dewan ni? So kampung!”

Terus keduanya terdiam bila Hani Dania, rakan sekelas mereka yang acah diva dengan dressing mengalahkan model antarabangsa itu menegur keduanya dengan pandangan sinis.

Hani melepaskan pandangan pada keduanya atas bawah. Yang Haryani ni boleh tahan lagi, biasa-biasa je. Tapi yang si tomboy Zenia ni! Sakit matanya tengok dengan sneakers, jeans lusuh dan kemeja kotak biru putihnya itu. So... not my taste! Tambah lagi dengan rambut ala boycut tu. Tapi ada bagusnya jugak Zenia berpenampilan macam ni, takdelah dia rasa tergugat. Dengan kulit putih mulus, mata coklat dan raut yang sebenarnya cantik itu, pasti ramai lelaki yang tersangkut kalau bukan disebabkan penampilan tomboy gadis itu.

“Eh... kau pehal. Aku tak kacau kau pun kan!”

Melihat Zenia yang mula meninggi suara itu cepat-cepat lengan itu dipegang Haryani.

“Tak payah la cari pasal Zen... cool okay,” pujuknya seraya menarik tangan itu menuruni tangga menuju ke kerusi dibelah kanan dewan kuliah itu. Dia tahu sangat dengan si ‘HONEY’ tu, dari tahun pertama memang tak pernah sebulu dengan mereka apatah lagi dengan Zenia. Entah apa yang nak didengkikan sangat pun dia tak tahu. Dengki sebab sebenarnya Zenia lagi cantik dari dia agaknya walaupun tomboy.

“Perempuan tu la, pagi-pagi dah buat aku naik angin! Kita tak kacau dia pun kan.” bag galas dihempas Zenia ke meja kerusi itu.

Haryani hanya senyap, malas nak membalas karang lagi panjang minah ni membebel. Tomboy... tomboy pun kalau bab membebel boleh kalah maknya dekat kampung sana. Kemudian melilau matanya kesekeliling dewan kuliah yang hampir penuh itu.

“Wehh...” bahu Zenia ditepuk-tepuk seraya matanya melilau mencari kelibat manusia dicelah ramai.

“Apa la kau ni!” suara Zenia bunyi bengang.

“Fahad dengan abang aku tak datang lagi ke? Kuliah dah nak start kot.” Dijeling kejap Prof Malik yang sudah berdiri didepan meja sana dengan laptop yang sudah dibuka.

“Kereta masuk gaung agaknya!” balas Zenia selamba seraya tangannya berlari ke atas nota di hadapannya itu.

“Hish kau ni! agak-agak la... kau kata tu abang aku tau!” Marah Haryani.

Fahad dan Hairi, abang kembar Haryani melangkah masuk ke dalam dewan kuliah lagak pencuri memandangkan Prof Malik sudah memulakan pengajiannya. Sebaik melihat dua buah kerusi disebelah Zenia sana masih kosong, cepat-cepat Hairi digamit.

Sebaik punggungnya mencecah kerusi, terus cap merah yang menutup muka Zenia itu ditariknya

Morning,” tegur Fahad ceria seraya mengenyit sebelah matanya. Perlahan saja mata Zenia naik menikam wajahnyanya. Liur ditelan berpasir.

“Ala... sorry la Zen, aku bukan sengaja tak nak ambil kau semalam. Tengah final MU kot semalam!” Malam tadi, pukul 9.30 malam Zenia ada menelefonnya minta dia ambilnya di kedai fotostat bila motornya tiba-tiba tak boleh start. Tapi kebetulan pulak malam semalam final liga England.

“Alasan kau la kan! MU tu lagi penting dari keselamatan aku la? Dibuatnya aku kena culik ke... kena perkosa ke...”

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi ketawa kecil. Fahad dipandang sebal.

“Aku rasa takde siapa kot nak perkosa kau,” gumam Fahad perlahan tapi masih dapat ditangkap telinga Zenia.

Zenia sentap. Tahu sangat apa yang dimaksudkan dengan kata-kata lelaki itu. Yela... dia ni tomboy, jadi takde siapa kot yang bernafsu tengoknya. Dengan baju loose gedoboh, rambut pendek macam lelaki. Kalau tengok sekali imbas memang orang ingat lelaki agaknya. Nasib baik ada Wawa yang kebetulan lalu depan kedai fotostat tu, boleh la jugak dia tebalkan muka menumpang hantarkan sampai ke rumah.

Fahad gigit bibir bila menyedari keceluparan mulutnya itu. 

Sorry la Zen, aku tak bermaksud pun...”

Zenia hembus nafas kuat meniup rambut depannya yang terjuntai jatuh, buku notanya itu diselak kuat tanda protes. Dia ingat sebab aku penampilan macam ni, aku bukan perempuan dan takde hati agaknya!

Kepala digaru Fahad. Aduh... merajuk la pulak minah ni! Tak pernah-pernah nak merajuk selama ni.

“Zenn...” Lengan itu digoyang-goyangnya memujuk.

Tiba-tiba..

“Ya Fahad. Ada apa-apa yang awak nak share dengan kawan-kawan kuliah semua?”

Fahad mula tercengang bila tiba-tiba suara Prof Malik bergema dari corong microfon. Mencerunnya tajam dari celah kaca mata bulatnya itu. Cepat-cepat dia bangun. Kalut. Apa aku nak cakap ni?!

Hairi di sebelah disikunya meminta bantuan, tapi laju saja mamat tu menutup mukanya dengan kertas di tangan. Hampeh punya kawan!

“Err... Prof nampak handsome hari ni.” Tiba-tiba kakinya di sepak Hairi. “Err... takde apa prof.” Sambungnya kalut sebelum menunduk bila hampir separuh dewan mengetawakannya. Zenia disebelahnya turut menutup mulut.

“Hurmm... duduk,” arah Prof Malik bersama gelengannya.

Dia duduk semula sebelum menjeling pada Zenia yang mengetawakannya. “Apehal? Lawak la?”

“Eh.. emo pulak! Aku tak cakap pape pon.” Zenia menjawab selamba.

Assignment aku mana?” Soal Fahad nada bengang.

Zenia lepas nafas hangat. “Owhh... banyak cengkadak kau. Semalam aku suruh ambil aku kejap je pun, bukan main berkajang alasan kau.”

Mata Fahad sudah membulat bagai nak terkeluar. “Kau biar betul Zen. Aku nak kena hantar tengah hari ni kot, kalau tak fail aku nanti!”

Time... time tersepit macam ni, pandai la kau cari aku kan!” Satu fail nipis dalam bagnya diambil dan dihempas ke meja Fahad. “Upah RM100!”

“Bapak mahal! Kau kutip hutang along ke apa?! Takde... takde... mee goreng mamak je aku belanja malam ni.”

“Banyak la hensem muka kau...”

“Fahad... Zenia...”

Keduanya  sudah gigit bibir seraya menutup mata. Masak sudah...

“Lepas kelas jumpa saya.” Suara Prof. Malik tegas memandang keduanya.

“Baik Prof,” sahut keduanya serentak mengalah sebelum Zenia menjeling tajam Fahad di sebelah.

“Pehal?!” gumam Fahad rendah.

Zenia tarik nafas. Cuba menyemai sabar dalam dada. Takpe Zenia... sabar. Tahulah macam mana aku nak balas nanti!

*****

“Okay... kita berhenti sampai sini je dulu. Assignment minggu lepas sila letak ke meja depan ni. Pada siapa yang masih belum siapkan, saya beri masa sampai pukul 3.00 petang ni saja. Sila letak dalam kotak depan pintu pejabat saya.” Panjang lebar Prof. Malik bersuara menamatkan kelasnya buat hari ni.

Dan rata-rata semua di situ menyahut kata-kata itu.

“Fahad, Zenia... saya nak awak berdua jumpa saya esok pagi, sebab petang ni saya ada meeting.”

“Baik Prof,” jawab Zenia, Fahad disebelah hanya angguk serupa burung belatuk.

Setelah assignment mereka diletak ke depan, mereka semua bangun untuk keluar dari dewan kuliah.

"Fahad... lunch dengan I jom." Selamba saja Hani menyangkut tangannya ke lengan sasa itu, berkata manja. 

Haryani dan Zenia sudah menjuling ke atas melihat liuk lentok tubuh yang menggesel ke badan Fahad serupa kucing betina nak mengawan saja gayanya!

"Er... sorry la Hani." tangan yang menempel di lengannya itu dirungkai. "Kita orang ada hal nak bincang pasal assignment. Next time okay." sambungnya sebelum cepat-cepat menggamit ketiga sahabatnya itu supaya cabut!

Sedepa muncung yang keluar di bibir Hani itu sebelum menghentak kaki dan kembali semula pada kelompok kawan-kawan bimbonya!

“Makan jom.” Ajak Haryani sebaik mereka menapak keluar.

“Korang pergi la dulu, aku nak pergi student centre jap ada barang tinggal,” kata Zenia seraya menggalas bag birunya ke bahu.

“Ala... benda tu kejap lagi pon boleh ambil. Kita makan dulu!” Tanpa menunggu jawapan terus lengan Zenia ditarik Haryani, dan mereka berempat bergerak ke arah kafe yang terletak di bangunan satelit itu.

Tiba-tiba langkah Fahad terhenti bila matanya menangkap kelibat seseorang disalah satu meja di kafe itu. cepat saja matanya melilau mencari tempat kosong.

“Sana jom.” Gamitnya seraya laju saja menyusun langkah ke arah meja kosong tak jauh dari situ. Melihat punggung Zenia yang sudah bersedia nak dilabuh ke salah satu kerusi disitu, pantas lengan itu dipegang.

“Kau duduk depan ni, aku nak duduk sini,” ucap Fahad bersahaja tanpa memandang gadis itu. Selamba saja bagnya diletak ke atas meja terlebih dulu sampai naik berkerut dahi Zenia.

“Kau ni pehal! Nak duduk mana pun jadi isu ke?” Zenia bengang, bila melihat memek muka Haryani disebelah, sudahnya dia mengalah jua.

Hairi yang tahu sebab apa Fahad berkelakuan begitu hanya menggeleng kepala seraya mengambil tempat sebelah sahabatnya itu.

“Kau ajar sikit kawan kau ni Ri... bengang pulak aku jadinya!” dengusnya lagi kasar. Belum habis sebalnya pasal hal semalam, dah bertambah pulak dengan bengang hari ni. tu belum lagi jumpa Prof. Malik esok. Meletop jugak agaknya dia esok.

Hairi tergelak. “Rilek la Zen... orang tengah dilamun cinta memang la macam ni.” selamba dia berkata.

Serentak Haryani dan Zenia membentuk kerut kecil mendengar kata itu. pelik, ke mereka yang silap dengar?

Menyedari ketelanjurannya itu, cepat-cepat Hairi pusing cerita. “Eh... jom la, tadi kata lapar kan.” lengan si adik ditariknya laju supaya bangun. Zenia yang masih bingung dengan kata-kata Hairi tadi turut bangkit.

Melihat keduanya yang sudah bergerak kearah deretan kedai sana, cepat-cepat belakang badan Fahad itu ditepuknya kuat sampai nak gugur rasa jantung Fahad dibuatnya. Sekaligus mematikan renungannya pada seseorang di meja sana.

“Dah... dah la tu woi. Makan!” sergah Hairi kuat.

Fahad garu kepala sebelum bangun mengikut langkah itu.

Sedang Zenia menyuap nasinya ke mulut, tiba-tiba lengannga disenggol. Haryani dipandang sebelum melihat mulut itu memuncung pada Fahad didepannya. Dilihat lelaki itu hanya menguis saja lauk di pinggannya, mata memandang kearah lain. Pelipisnya berkerut. Fahad pandang siapa?

Raut kacak yang seolah mengelamun itu dipandang sebelum kepalanya mula ditoleh ke belakang. dari arah mata itu, dia dapat mengagak kalau lelaki itu memandang pada dua orang perempuan yang duduk di meja berdekatan tiang sana. Seorang bertudung dan berkulit agak gelap, dan seorang lagi free hair dan berkulit cerah. Fahad pandang yang mana satu?

Kalau ikut logik akalnya, mestilah Fahad pandang yang lebih cantik antara keduanya. Dan yang lebih cantik mestilah gadis free hair tu.

“Woi...” pinggan Fahad diketuknya namun tak bersahut. Mata itu tetap tak berkalih. “Woi Fahad!” Nama itu diserunya dan terus mata itu berkelip memandangnya.

“Kau tengok apa?” Soalnya.

Tangan kiri Zenia atas meja dipegangnya. “Zen... kau kena tolong aku!”


Zenia tersentak bila tiba-tiba kata itu terpacul dari mulut Fahad. Pantas tangannya yang berada bawah tangan kasar itu ditariknya laju. Tak selesa disentuh kulit hangat lelaki itu. Wajah penuh mengharap itu dipandang.

-BERSAMBUNG-

p/s: Siapa agaknya yang Fahad pandang tu ek?? Sudi2 lah hendaknya ringankan jari turunkan komen yang membina ye. love u xoxo....

MANISNYA SOUFFLE VERSI NOVEL- [ OPEN ORDER!]

ALHAMDULILLAH.....






Tak terhingga rasa syukur ke hadrat Allah. akhirnya novel ke-5 dila 'MANISNYA SOUFFLE' sudah pun keluar dibawah penerbitan KAKI NOVEL.

Rasanya dah lama ceritanya di hold utk memberi ruang supaya dila menyiapkan manuskrip penuh dia kan?? masih ingat tak jalan cerita dia? masih ingat tak pada Zafeeq Aidan & Mia Aizara?

Alhamdulillah... akhirnya penantian ni berbaloi jugak kan? *nangis tepi bucu katil sob...sob

Insha allah skrang dila akan start dengan projek baru 'KASIH ZENIA'. keep supporting me okay <3


Sinopsis Manisnya Souffle:


Saat kecewa dikhianati teman lelaki dan teman baik sendiri, muncul seorang lelaki misteri yang berjaya mengubat lara di hati Mia Aizara hanya dengan sepiring soufflé yang manisnya hingga kini masih terasa.

Dua tahun kemudian, ‘Paris Hilton Malaysia’ itu kembali. Seorang gadis muda yang menjadi pewaris kepada empayar hotel milik keluarganya. Sekembalinya dia di situ mempertemukan dia dengan seorang chef, Zafeeq Aidan. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan kehidupan ‘diva’nya tunggang-langgang. Maruahnya tercalar, egonya terguris.

“I bos dekat sini! Lantai restoran yang you pijak ni semuanya atas penguasaan I. I’m the boss here, not you! Kalau you masih tak puas hati, dipersilakan angkat kaki dan berhambus dari sini!” - Zafeeq
“You... did you just talk back to me?!” – Mia

Hari demi hari membuatkan kedua-duanya kian rapat dan akhirnya kata cinta terluah di bibir masing-masing. Namun, sebuah ‘rahsia’ yang telah tersimpan sekian lama memburukkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa menimpa Mia membuatkan dia kian lelah hinggalah akhirnya....

“Kita berpisah.” – Zafeeq

“I doakan you takkan bahagia selamanya Zaf!” – Mia

Air mata menjadi sahabat setia. Luka yang terobek tak mampu lagi diubati. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan semuanya. Adakah ini pengakhiran kisah mereka? Kisah yang hadirnya ibarat mimpi yang tak pernah dia dambakan.

“Datangnya kau ibarat mimpi yang tak pernah aku dambakan....”

SEMENANJUNG : RM24


SABAH&SARAWAK : RM27

Order boleh dibuat terus daripada KAKI NOVEL ^^

Cara Oder:

1) PM Cik KN dihttps://www.facebook.com/kakinovelofficial/messages/
2) WHATSAPP KN di talian 0177145595

3) Klik butang 'SHOP NOW' untuk melanggan di laman web kami ‪www.kakinovel.my


Satu lagi. Diingatkan ye order untuk novel ni tak disertakan dengan tandatangan. Dan dila akan berada di booth kaki novel sewaktu PBAKL nnti.

JADUAL PESTA BUKU ANTARABANGSA

6 Mei - 11.30 hingga 1.00 pm
&
7 Mei - 2.30 hingga 4.00 pm

Jadi jangan lupa bawak buku sekali untuk jumpa dila dekat sana nanti okay >_< Oh ye... untuk yang dtg di PBAKL nnti ada special gift tau!!




uolss akan dapat bookmark atas ni tau. Jadi jumpa sana nanti! Muah.... xoxo

Tuesday, 14 March 2017

KASIH ZENIA -PROLOG



“Saya minta maaf... Cik Nadia, tak dapat kami selamatkan “

Zenia terjelepuk jatuh sebaik mendengar kata-kata itu. Lesu airnya menuruni pipi. Esak tangis ahli keluarga Nadia yang sudah menunggu sejak tiga jam yang lalu di luar bilik pembedahan itu mula bergema di lorong sunyi itu.

Fahad terpempam, fikirannya kosong. Hilang segala ekspresi di wajah itu. Setiap kenangan manis antara dia dan Nadia berulang tayang seakan pita rakaman yang diulang semula. Gelak tawa, rajuk, dan tangis gadis itu yang selama ini mewarnai hidupnya kini sudah terbakar dan melayang menjadi debu. Punah segalanya... punah gara-gara Zenia!

Perlahan anak matanya menyorot tajam pada si gadis yang teresak di lantai sana. Tangan dikepal kuat hingga tertimbul urat-urat ditangan itu. tangisan yang menampan di telinganya itu tak ubah seperti ketawa sindiran yang kian menoreh luka di hatinya itu. Alangkah bagusnya kalau dia tak pernah kenal gadis bernama Zenia Imani ini!

“Puas hati kau sekarang?”

Terdongak Zenia sebaik mendengar suara keras bercampur sebak itu. Wajah kacak itu ditatap dalam kabur matanya.

“Fahad... aku...”

“Puas kau sekarang Nadia dah takde?!”

Terkejut Zenia menerima tengkingan kuat yang menggegar telinganya itu. Sampai hati Fahad menuduhnya sebegitu.

“Memang ini yang kau nak selama ni kan? Sebab sebenarnya kau  dah lama cintakan aku!” merah padam mukanya menutur kata.



“Fahad...” 

Zenia terpempam bila tiba-tiba tubuh sasa itu meluru laju ke arahnya. Kedua pipinya dicengkam kuat. Makin laju air mata yang keluar menahan sakit. Dia sudah tak nampak lagi pandangan Fahad Izwan yang dia kenal selama ini. Hanya kebencian saja yang terbias di mata merah itu.

“Kau jangan ingat aku akan terima kau lepas Nadia pergi Zen. Cinta kau tak ubah ibarat racun bagi aku! Kalau bukan sebab kau, aku dah bahagia dengan Nadia!” Ditunak raut wajah itu penuh rasa benci. Pipi mulus itu dilepas kasar, dan dia bangun semula. Air matanya dikesat dengan lengan baju melayu putihnya itu. Nafas dihelanya dalam.

“Zenia Imani Binti Muhammad Khairul...”

Nafas Zenia seolah terhenti mendengar suara garau tanpa perasaan itu. Tak berkelip matanya menatap wajah itu. tangan kasar itu dicapai bersama gelengan. “Jangan Fahad...”

Wajah lencun itu dipandang Fahad tanpa sekelumit pun rasa simpati. “Aku ceraikan kau dengan talak satu.”

Akhirnya terlepas jua pegangan tangan itu dengan terlafaznya kata itu dari bibir sang suami. Suami yang belum sampai sehari mereka bergelar suami isteri, dan kini dia telah diceraikan. Langkah lelaki itu dihantar dengan air mata. Sesak dadanya mengatur hela yang seakan tak sudi masuk ke ruang dadanya itu.

 ‘Kalau umur dah 30 masih tak ada lagi lelaki nakkan kau Zen... kau jadi jela isteri kedua aku eh.’

Kata gurauan itu terngiang di telinganya. Fahad Iswan... lelaki dan sahabat yang dicintainya dalam diam. Cinta yang terlalu payah untuk digapai menyedari kekurangan dalam dirinya, dan kini segalanya sudah hancur menyembah bumi. Tiada lagi tali persahabatan... apatah lagi cinta yang tak pernah wujud buat dirinya.


Akhirnya digagahkan jua kedua kakinya dan dia turut melangkah pergi. Pergi meninggalkan kenangan yang tak ubah ibarat mimpi buruk semata-mata.


Fahad Iswan



Zenia Imani

p/s: NEW STORY gaiss... kali ni kita bawakkan heroin yg berpewatakan tomboy pulak deh. ini baru pengenalan, keep supporting sygku >_<