JAM
5.30 petang, kereta Faez berhenti di hadapan rumah semi-D dua tingkat yang
terletak di Damansara itu.
“Thanks hantar aku balik, belanja aku
makan lagi.” Tangan Qalif naik ke bahu Faez. “Bila kau free beritahu la aku, aku belanja pulak.”
“Takde
hal la, kau kawan aku. Kirim salam dekat mama kau, Insha Allah majlis nikah nanti
aku datang. Kad nanti kau whatsapp jela.”
Pintu dibuka semula.
“Okey.”
“Takde
nak aku tolong apa-apa kan? Bungkus goodies
ke, merewang ke...” Soal Faez loyar buruk. Qalif ketawa
“Takde.
Kau datang bawak perut je nanti!” Mereka bersalam dan kereta Faez bergerak pergi
meninggalkannya di luar pagar.
Meliar
bola matanya ke sekeliling rumah yang nampak sunyi. Perlahan pintu pagar kecil
dibukanya berhati. Seminit kemudian terkoyak senyuman di bibir tatkala
terpandang susuk tubuh yang sedang mencangkung depan pasu bunga di laman tepi
rumah.
Ditolak
bagasinya ke tepi dinding. Diatur langkah sesenyap mungkin mendekati sekujur
tubuh itu. Sengih nakal terbentuk, dan terus dipeluknya dari belakang.
“Astaghafirullahalazim!”
“Assalamualaikum
ma...”
Sepantas
kilat Puan Maria menoleh. Melihat seraut wajah itu, rasa terkejutnya tak dapat
dibendung. “Ya Allah Qal... bila sampai ni?! Kenapa tak beritahu mama? Kata
Rabu ni baru balik.”
Tergelak
Qalif melihat muka terkejut mama. Ditarik tubuh itu supaya bangun. “Saja nak
bagi surprise. Mama surprise tak?”
Pipi
dicubit Puan Maria geram. “Surprise
sangat. Nasib tak kena rodok je perut tu dengan pencakar tanah ni!” Pencakar
besi di tangannya diletak ke meja batu di situ.
Tangan
mama disalam Qalif dan dipeluk lama tubuh itu melepaskan rindu masing-masing.
Pelukan terlerai.
“Berseri-seri
nampak muka bakal pengantin ni,” sempat lagi dia mengusik.
Tergelak
Puan Maria mendengar. Dicubit perut si anak. “Tak payah nak berseri sangat
la... dah senja dah pun! Lain la anak mama ni. Mana menantu mata biru mama?”
“Awek
mata biru tak berminat la dengan anak mama. Nak buat macam mana. Dia orang tak
makan belacan tau!” Guraunya.
“Menyombong
sangat, memang la takde yang lekat!”
Qalif
garu kepala “Yeke? Biasa je.” Tak semena-mena dia teringatkan gadis di airport tadi. Ada betulnya juga cakap
mama tu, dia terlalu sombong agaknya. Biarlah, bukannya akan jumpa lagi pun.
“Lusa
baru dia balik katanya. Ambil cuti seminggu terus. Dah jom masuk. Mama ada buat
kuih karipap tadi, Qal tolong gorengkan ye.” Ditolak belakang badan itu ke arah
pintu yang sedia terbuka.
“Qal
pulak? Baru balik dah kena goreng karipap?” Rungutnya.
“Mama
nak mandi la sayang, belengas! Tak busuk ke peluk mama tadi?”
“Takde
la, wangi je. Dah lama tak peluk. Busuk ke wangi ke tetap nak peluk jugak!”
Mama dipeluk lagi sampai lemas dibuatnya. Dia ketawa.
Mereka
beriringan masuk ke dalam rumah. Setengah jam Puan Maria menghilang ke atas,
akhirnya dia turun semula ke bawah. Dilihat karipap dan air milo sudah siap terhidang
atas meja kopi di ruang menonton.
“Minum
ma,” ajak Qalif. Teko diletak semula dalam dulang.
“Rajinnya
anak bujang ni. Mama suruh goreng kuih je tadi, dengan pakej air milo panas
sekali dapat.” Duduk dilabuh ke sofa senang.
“Dah
biasa hidup membujang. Semua benda pun kena buat sendiri. Takat buat air tu,
apalah sangat.” Air dituang ke dalam cawan dan ditolak ke depan.
“Kalau
macam tu cari la calon cepat-cepat. Nak kata takde duit, rasanya dah
berkepuk-kepuk dalam bank tu.”
“Takpe
la. Qal kasi can mama jalan dulu.” Tergeleng mama memandangnya. Tiba-tiba peha
ditepuk kuat.
“Hah...
khamis ni uncle Hussein ajak kita
sekeluarga keluar dinner dengan family dia. dia nak sangat jumpa Qal
dengan Boy. Boleh kan?” Puan Maria bertanya, manalah tahu kalau-kalau anaknya
itu tak selesa. Dia tak mahu memaksa. Apatah lagi anaknya itu baru saja pulang
setelah sekian lama.
“Uncle Hussein tu ada anak ke?” Tanyanya
bila teringat semula pertanyaan Faez tadi.
“Ada.
Dua orang, yang sulung perempuan, yang bongsu adik. Boleh ye Qal... uncle nak sangat jumpa Qal sebelum
majlis sabtu depan.” Tangan itu digenggam erat mengharap pengertian.
Lambat-lambat
Qalif angguk bersama senyum. “Anything
for you ma.” Air disisip kecil. “Habis tu lepas mama kahwin nanti, rumah ni
macam mana?”
“Macam
mana apa? Biar jela rumah ni jadi rumah persinggahan. Tak pun, mama ingat nak
tukar nama rumah ni ke nama Qal.”
Terterbit
kerut dalam di dahi Qalif. “Eh... tak payah la mama. Kenapa nama Qal pulak? Qal
tak nak apa-apa pun dari mama. Mama dah besarkan Qal, beri kasih sayang macam anak
kandung mama pun Qal dah cukup bersyukur dan berterima kasih. Lagipun Qal kan
dah beli rumah sendiri. Kalau mama nak tukar, tukar ke nama Boy je. Itu lebih
baik.”
Kata
itu mengundang sebak di hati Puan Maria. Berair anak matanya.
“Qal
anak mama. Tak ada bezanya dengan Boy. Qal penyeri hidup mama yang pertama, dan
tak mungkin berubah sampai bila-bila.” Pipi berkumis itu dielus lembut. Permata
hatinya...
Dia
dan bekas suaminya mengambil Qalif sebagai anak angkat setelah hampir lima
tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Qalif la penyeri rumah tangga
mereka dulu. Setelah Qalif berusia 9 bulan, barulah rezeki mereka datang. Anak
keduanya, Qushairi hadir dalam rahimnya. Sempatlah juga dia menyusukan Qalif
dulu. Alhamdulillah...
Tangan
di pipinya digenggam. “Qal tahu ma. Tapi Qal tetap tak nak mama beri rumah ni
pada Qal. Please...”
Puan
Maria tersenyum. “Iyalah. Kalau dah itu kata Qal, mama ikutkan aje. Nanti Qal
pindah duduk dengan mama dekat rumah uncle
ye.”
Tersedak
Qalif dibuatnya. Bulat matanya memandang mama.
“Ish...
tak nak la! Biar jela Qal duduk sini sementara tunggu rumah tu siap. Lagipun...
mesti anak-anak uncle Hussein tu ada
kan? Nanti dia orang tak selesa pulak.” Ada pulak nak duduk sana. Tak kisahlah
walaupun mereka sudah sekeluarga nanti, tetap akan rasa janggal.
“Uncle sendiri yang ajak Qal. Katanya,
masa ini la kita semua nak berkenalan satu sama lain. Kita kan dah jadi satu family nanti. Boy tak payah tanya la,
dia kerja dekat Melaka. Takkan nak ulang alik dari KL pulak kan? Boleh ye
Qal... teman mama,” pujuk Puan Maria penuh mengharap. Sekurang-kurangnya kalau ada
anaknya itu, tidaklah terasa canggung sangat.
Qalif
gosok dahinya berkali. Berat hati nak diberi perstujuan. “Nanti la Qal fikirkan
dulu.”
“Qal
fikirkan ye. Mama harap sangat Qal setuju. Dah, makan.” Piring karipap itu
ditolak ke depan anaknya.
BAB 3
TUALA
kecil dalam almari ditarik keluar dan dilap pada rambut yang masih basah.
Tiba-tiba Iphonenya atas kerusi
berbunyi, cepat-cepat diangkat.
“Hello ma.”
“Dah
siap ke tu?” Suara mama kedengaran hujung talian.
“Belum.
Ni baru mandi. Lepas solat maghrib, Qal gerak.” Tangan galak menggosok rambut. Remote penghawa dingin di dinding
dicapai dan ditutupnya. Sejuk pula.
“Okey
la. Mama dengan uncle singgah solat on the way jalan je nanti. Jumpa kejap
lagi. Mama dah share location
restoran kan?”
“Dah.
Okey jumpa karang.”
“Pakai
handsome... handsome sikit.” Sempat
Puan Maria memesan.
Terbentuk
lekuk di pelipis Qalif. “Ni mama ke Qal yang nak jadi pengantin ni? Macamlah
Qal yang nak jumpa bakal pak mentua!”
Katanya
mengundang ketawa mama. “Iyelah... mama pun kena la tunjuk betapa kacaknya anak
mama ni. Anak uncle Hussein tu cantik
tau!”
Cantik?
Jadi? Ada kena mengena ke dengannya? Getus Qalif dalam hati, tapi tak terlepas
di mulut.
“Ada-ada
jela mama ni. Okey la, kita jumpa kejap lagi, bunyi azan dah tu.” katanya
memutus panggilan. Sudah kedengaran sayup suara azan dari surau taman.
“Yela.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Handphone dicampak ke katil dan pintu
almari baju dibuka. Meliar anak matanya melihat deretan bajunya yang baru
disusun siang tadi. Akhirnya t-shirt kolar warna merah dan seluar slack coklatnya diambil keluar.
Usai
solat maghrib, rambutnya disikat rapi. Minyak wangi Georgio Armani kegemarannya
turut disembur. Kunci keretanya atas meja diambil, dan dia menapak keluar.
Setengah
jam memandu, akhirnya dia sampai lokasi. Melihat pada banyaknya kereta yang
beratur keluar masuk, dia garu kepala. Beberapa minit menunggu akhirnya ada
sebuah kereta yang keluar dari kawasan parkir. Baru diputar sterengnya,
tiba-tiba ada kereta merah yang laju memotong dan terus masuk ke dalam parkir.
Nasib break sempat ditekannya
walaupun mengejut.
“Ewah... ewah... melampau betul orang ni!!” Marahnya.
Nasib baik kereta sebelah lagi ikut keluar dari kotak parkir. Tanpa buang masa,
laju keretanya dibeloknya masuk ke sebelah kereta Volkswagen Beetle merah tadi.
Pintu dibuka laju. Bengang.
Kebetulan
pula kedua mereka keluar serentak dari kereta masing-masing. Besar saja
langkahnya diatur mendekati gadis bertudung satin corak rona biru lembut itu
dengan muka ketat.
“Excuse me miss! Awak tak nampak ke saya
nak masuk parking ni tadi?!!” Sembur Qalif sebaik berdiri di belakang tubuh
langsing itu.
Kayla
menoleh sebaik suara garau itu menujah lubang telinganya. Lelaki beriak bengang
itu dipandangnya bingung sebelum menoleh ke kiri kanan. Cakap dengan aku ke?
“Yes! I’m talking to you. Tak payah nak
pandang kiri kanan!”
Eh...
apesal mamat ni? Datang-datang terus nak sound
orang, gerutu Kayla turut bengang. Sesaat kemudian dahi keduanya mula berkerut
dalam sebelum masing-masing terbeliak mata.
“You?!”
“You?!”
Qalif
hembus nafas kasar. Tangan naik ke pinggang. “Oh... you lagi rupanya. Hari tu
dah langgar I dekat airport, sekarang
nak rampas parking I pulak?! You ni
memang takde manner ke apa?!”
Dahi
Kayla naik kerut seribu. Tangan naik mencekak pinggang. Ewah.. ewah mamat ni,
suka hati je sembur orang tengah orang ramai macam ni!
“Tak...
sekarang ni siapa yang takde manner
sebenarnya ni? You yang datang sini tiba-tiba nak tinggi suara apesal?” Balas
Kayla berani. Tangannya sudah menggenggam erat tali handbagnya di bahu, kalau lelakinya depannya berani macam-macam,
memang dihayun saja bagnya ini.
“You
tak nampak ke kereta I dekat depan you tadi? I yang nak masuk parking ni dulu!”
Telunjuk naik ke arah keretanya di sebelah
Kayla
tergelak kecil. “Excuse me saudara. You
ada bagi signal ke tadi?” Tanyanya
sinis dengan kening ternaik tinggi.
Terus
berubah muka Qalif.
“Takde
kan? Jadi I anggap jela you tak nak masuk tadi. Kalau nak masuk, lain kali bagi
signal. Signal stick dalam kereta tu
bukan untuk hiasan aje tau. Cabut je kalau tak pandai guna! Now excuse me, I dah lambat.” Kayla cuba
bergerak, tapi sedikit terhalang dek tubuh sasa, tinggi lampai itu. “Tepi sikit
boleh?!”
Sikit-sikit
Qalif mula bergerak ke tepi memberi ruang.
“Thank you,” ucap Kayla dan terus
menonong mengatur langkah menghala masuk ke restoran.
Qalif
lepas nafas kuat. turut mengorak langkah di belakang dengan muka bengang.
Sedikit
demi sedikit kerut Kayla terbentuk lagi. dirasakan lelaki tadi seolah
mengekorinya di belakang. Dada mula dipalu debar. Handbag ditariknya rapat ke dada. Dia ikut aku ke? Jangan-jangan
nak buat apa-apa kot?
Orang
sekarang ni bukannya boleh percaya, ramai yang gila. Sedangkan kes tahfiz
dibakar beberapa bulan dulu pun terjadi hanya gara-gara ejek mengejek saja.
Terus dipercepat langkahnya seraya mata meliar mencari raut wajah yang
dikenalinya. Sebaik ternampak kelibat adiknya, cepat-cepat dia membelok.
“Kak...”
Haq angkat tangan tinggi.
“Sorry papa lambat, tadi hantar Bai balik
rumah dulu.” Dia menegur sebaik tiba di meja. Tangan papanya disalam.
“Assalamualaikum
ma.”
Serta
merta tubuh Kayla terasa keras terkaku sebaik suara garau itu menyapa lagi gegendang
telinganya. Perlahan-lahan dia menoleh ke sisi.
“You
lagi?!”
Serentak
keduanya bersuara, membuat kesemua di meja terpinga.
“Kenal
ke?” Soal Puan Maria.
“Tak.”
Laju
keduanya menjawab serentak lagi dengan muka jengkel masing-masing.
“Dah
tu?”
Dua-dua
diam tak menjawab.
“Takpe
la. Kayla... kenalkan, ini anak sulung auntie,
Qalif Mikael yang baru balik dari US tu,” kata Puan Maria seraya memegang
lengan si anak. “Qal... ini la anak sulung uncle
Hussein, Kayla Husna.”
Masing-masing
sudah hilang bicara. Cuma mata yang masih tetunak tajam sesama sendiri. Bagai
ada petir yang menyabung antara keduanya.
“Qalif?”
Suara
itu menyentak Qalif. Terus beralih pandangannya. Tangan lelaki hujung 50-an itu
disalamnya penuh hormat. “Assalamualaikum uncle.
Boleh panggil Qal je,” sambutnya.
“Waalaikumsalam.
Terima kasih Qal, sudi dinner dengan
keluarga uncle.” Bahu itu ditepuk
Dato’ Hussein senang.
Qalif
lempar senyum. Kerusi kosong sebelah mama dia tarik.
Kay
duduk ke sebelah si adik. Dikerling kejap lelaki berkumis nipis yang duduk
depannya itu. Ini rupanya anak auntie
Maria yang diceritakan papanya hari tu. Bukan main dipuji-puji lagi,
mentang-mentang belajar dan bekerja di Amerika sana!
“Kay
dari tempat kerja ke?” Tanya Puan Maria ramah.
Senyap.
Haq
menyiku lengan si kakak. Kuat “Auntie
tanya tu!” Bisiknya rendah.
“Huh?”
Muka didongak ke depan. “Owh.. a’ah. Tapi tadi hantar kawan balik rumah sewa dia
dulu, sebab kereta dia rosak. Itu yang lambat sikit sampai. Auntie tahulah KL ni, jammed,”
balasnya. Bukan namanya Kuala Lumpur kalau tak jammed!
“Itu
yang sampai rampas parking orang tu.”
Qalif mencelah, memerli rendah. Namun cukup kuat untuk didengari Kayla. Air oren
disedutnya dengan muka beku, walaupun mata bulat itu cukup tajam menikamnya.
“Berapa
lama dah Qal duduk US? Dekat mana? Sebab uncle
pun ada anak saudara yang tengah belajar dekat sana.” Soal Dato’ Hussein
ingin tahu lebih lanjut.
“Oh
ye? Qal dulu belajar dekat Chicago, tapi kerja dekat New York. Lepas habis A-
level, Qal terus pergi sana. Jadi... ada la dalam sembilan tahun dah.”
“Wow...
lama tu papa, sembilan tahun! Tapi tak tahu pulak orang dekat Amerika ni tak
reti guna signal bila memandu.”
Selamba saja mulut Kayla membalas serangan, hingga tersedak lelaki itu
dibuatnya. Senyumnya disembunyi.
Not bad...
hebat, detik hati Kayla. Bukan calang-calang orang nampaknya mamat ni. Dia dulu
pun dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Australia. Tetapi terpaksa
ditolaknya, kerana tak sampai hati meninggalkan papanya sendirian bersama
adiknya.
“So, kenapa nak balik Malaysia? Kenapa
tak terus je kerja dekat sana? Confirm
gaji dekat sana berganda lagi banyak daripada bekerja dekat sini kan?” Tanya
Kayla lagi dah macam reporter tak
berbayar.
Belum
sempat Qalif buka mulut, Puan Maria
memotong terlebih dulu.
“Auntie yang pujuk Qal balik bekerja
dekat sini pulak. Dah lama sangat dia dekat sana, auntie pun selalu rindu dengan dia. Biasa dua tahun sekali je dia
balik, itu pun masa raya je. Masa belajar dulu lagilah, langsung tak dapat
balik Malaysia!” Ceritanya. Malah sekalipun anaknya itu tak pernah minta duit
daripada dia dan bekas suaminya sepanjang belajar di sana dulu. Semuanya
bergantung pada duit biasiswa JPA saja.
Kayla
angguk mengerti.
“Best
tak abang duduk US? Pernah couple
dengan awek mat salleh tak?” Soal Haq laju.
“Apa
tanya macam tu Haq. Tak elok!” Tegur Dato’ Hussein. Qalif tergelak.
“Seronok
tu rasanya, Malaysia lagi seronok. Cabaran duduk sana, lagi banyak dari rasa seronok.
Tambah lagi kalau sorang-sorang dekat sana,” balas Qalif.
Bukannya
senang nak sesuaikan diri di tempat asing, yang mana orang islam adalah
minoriti. Jadi, tak hairanlah kalau ada segelintir rakan-rakan batchnya yang makin lama makin
tergelincir dari landasan hidup islam dulu. Dia pun ambil masa dua tahun untuk
betul-betul menyesuaikan diri di sana.
“Dengar
tu Haq. Sebab tu ada pepatah, Hujan emas di negeri orang, Hujan batu negeri
sendiri. Tapi lebih baik di negeri sendiri,” sampuk Kayla seraya memandang ke
depan. “Tak begitu Encik Qalif Mikael?”
Hangat
saja rasa nafas yang dihembus Qalif.
“Yela
kak... orang tanya je! Sembilan tahun duduk sana mesti macam-macam pengalaman
yang abang Qal dah dapat. Kalau ada anak tu, dah darjah tiga dah tau!”
Dato’
Hussein dan Puan Mariam tertawa melihat gelagat semua.
“Maaf
la Mar... Qal. Kay ni mulut dia memang macam ni. Tak henti bercakap macam
bontot ayam. Dia senyap bila tidur je.” Dato’ Hussein berseloroh.
“Apa
papa ni! Ada ke cakap mulut Kay macam bontot ayam.”
“Memang
ya pun, pot pet pot pet tak henti. Kalau dekat rumah, tak payah pasang radio
dah. Kita orang dah ada in house DJ. FOC!” Celah Haq menyokong, buat
muncung si kakak kian panjang.
Lebar
senyum yang terukir di wajah Puan Maria. Terdetik rasa lega di benaknya kalau
beginilah perangai bakal anak-anak tirinya. Dalam diam Qalif memerhati si mama,
melihat raut ceria mama itu turut membuah rasa leganya.
Kemudian
hidangan makanan mereka sampai. Tak menunggu lama, masing-masing mula mengisi
perut yang kelaparan. Diselangi dengan perbualan ringan antara mereka. Hampir
jam sepuluh setengah malam baru mereka keluar dari restoran.
“Terima
kasih Qal sudi datang. Jumpa Sabtu depan,” ujar Dato’ Hussein tika bersalam
dengan anak muda itu.
“Insha
Allah uncle. Moga semuanya berjalan
lancar nanti.”
“Amiin.”
“Terima
kasih abang belanja kami anak beranak. Boy tak dapat datang pulak,” kata Puan
Maria pula seraya memeluk lengan si anak.
“Sama-sama.”
Kemudian anak lelakinya dipandang. “Haq nak naik dengan papa ke dengan kakak?”
“Tak
kisah, sampai rumah jugak.”
“Kalau
macam tu naik dengan kakak la. Teman kakak. Dah malam ni, tak elok pulak perempuan
memandu sorang-sorang.”
Haq
cuma angguk setuju dan mereka berpisah bila masing-masing sudah kembali ke
kereta. Sempat lagi Kayla mengangkat keningnya tinggi pada Qalif yang sudah
masuk ke kereta Range Rovernya di
sebelah.
Qalif
hela nafas. butang enjin ditekan dan keretanya mula mengundur keluar. Dalam perjalanan,
tiba-tiba Puan Maria buka mulut.
“Cantik
kan Kayla tu.”
Qalif
mengerling mama sekilas, tapi mulut masih terkatup tak berbunyi. Tiada jawapan.
Itu statement ke soalan? Dia pun tak
tahu.
“Cantik
tak?!”
Sebaik
kedengaran nada mendesak itu, dia angguk jua. “Ya mama... cantik,” katanya
akur. Dah memang cantik, takkan nak cakap tak cantik pulak.
Tersenyum
Puan Maria mendengar. “Memang dah lama sangat mama mengidam nak ada anak
perempuan. Akhirnya dapat jugak mama anak perempuan walaupun umur dah senja
macam ni. Nak tunggu menantu, bayang pun tak nampak.”
Qalif
cebik kecil. “Tapi bukannya boleh nak ditatang macam bayi dah ma... anak perempuannya
dah besar gajah dah pun!” Getusnya mencuit geli hati mama. Kalau anak kecil
boleh juga dilambung-lambung, ni dah besar gajah! Mulut pun boleh tahan laser.
“Ada-ada
jela Qal ni!” Dicubit geram lengan si anak. “Qal berbaik-baik la dengan Kayla
dan Haq tu. Kita kan nak jadi keluarga besar nanti. Mama tak nak la tengok
masing-masing bermasam muka nanti.”
Lembut
nasihat yang menerjah telinganya itu buat dia terpaksa mengangguk akur. Dengan
Haq mungkin boleh, tapi dengan perempuan tu... tak tahulah.