Monday 6 February 2012

Sejuta Kasih Qairina 7



“Qairina.”dengan sedaya upaya dikawal getaran pada suaranya. Takut dikesan Iskandar memandangkan mereka berdiri dekat. Coincidence yang sangat tak disangka-sangka. Setelah bertahun menghilangkan diri akhirnya berjumpa lagi. Tapi status dah different sekarang. Dia sebagai bakal isteri iskandar, manakala dia sebagai bakal abang iparnya. Sangat cantik aturan Allah.

Kerusi ditarik Iskandar lagak seorang gentleman. Tapi dia memang gentlemen. Kalau tak tak ada la dia dianggil pencuri hati kelas satu. Qushairi yang diam memerhati menyimpan rasa cemburu yang hadir.
Iskandar duduk disebelah abangnya manakala Qairina pula duduk disebelahnya bertenangan dengan papanya. Setelah pesanan dibuat, sepasang mata Iskandar berkalih semula kearah Qairina disisi. Wajahnya gadis itu nampak sedikit pucat. Tak sihat ke? Ke takut sangat. Bukannya mama papa makan orang pun.

“Nak panggil apa ye?”soal Tan Sri Tengku Muhaimin memulakan bicara antara mereka semua. Dilihat gadis didepannya itu nampak sangat manis dan sopan. Memang sesuai sangat la kalau nak digandingkan dengan Iskandar. Bagai pinang dibelah dua kata orang.

Qairina tersedar apabila kakinya terasa digoyang dari bawah meja. Pantas dia memandang Iskandar yang turut memandangnya. Lirikan mata Iskandar menunjuk kearah papanya. Matanya dijeling dulu sebelum mengukir senyuman semanis susu pekat cap F&N.

“Panggil Qhai pun boleh. Memang family panggil Qhai je.”ramah tamah sekali suaranya menjawab. Kenapa dia dipanggil Qhai korang nak tau? Sebab dulu dia sedikit tomboi memandangkan adik-beradiknya semua lelaki. Jadi dia pun terikut-ikut dengan perangai abangnya. Lasak bukan main lagi. Kalau panggil Faqiha ke Qairina ke nampak macam feminin sangat. Tak sesuai pulak dengan jiwa lasaknya.

“Umur Qhai berapa tahun”soalan Puan Seri Raja Syuhairah pula mengambil tempat. Dalam diam dia memerhati segala tingkah laku gadis itu. Boleh tahan jugak budak ni. Kalau nak buat calon menantu past kot.

“24 tahun auntie. Qhai baru je balik Malaysia. Baru sebulan. Qhai tinggal 4 tahun dekat UK sambung belajar. Lagi pun abah masa tu kena transfer kerja dekat sana.”cerita Qairina lagi dengan senyuman yang belum lekang dari bibir. Sesekali hujung matanya melirik kearah abang Iskandar yang sedari tadi hanya khusyuk menghadap ipadnya.

Tak ada perasaan ke lelaki tu bila melihat dia kembali. Rasa luka lama berdarah kembali. Tapi bila mengingatkan tentang segala keperitan umi dan abahnya sepanjang dia sakit. Dia mula mendapat semangat yang baru, yang lepas biarlah jadi kenangan. Dia tak mahu hidup dalam kenangan yang pahit. Ada banyak hati yang perlu dijaga. Sekalu kau dah buang aku, selama-lamanya aku tak akan berpaling balik. Azam dh dipasang dalam hati.

Auntie dengan uncle sihat? Is kata uncle tak berapa sihat sejak kebelakangan ni.”ramah Qairina bertanya. Dia tak mahu ambil peduli lag soal Tengku Qushairi. Dia sungguh tak menyangka kalau dia akan bertemu semula dengan orang yang sudah meremuk redamkan hatinya, dan kebetulan yang sangat-sangat tak dijangka adalah dia abang kepada Iskandar. What a small world.

Puan Seri Syuhairah tersenyum sebelum menjawab. Terdetik rasa suka dalam hatinya terhadap Qairina. Perlakuannya tampak sangat sopan. Cantik pun memang tak dapat dinafikan. Tak perlu mekap tebal-tebal macam teman wanita naknya yag lain. Ini baru dipanggil natural beauty. Pujinya dalam hati.

“Biasa la tu Qhai. Orang gila kerja memang macam tu. Tak peduli sakit dah bila dah menghadap kerja.”seloroh Puan Seri Raja Syuhairah. Suaminya dijeling sayang. Dah hampir 27 tahun usia perkahwinan mereka, tapi kasih sayang masih utuh sampai sekarang. Apa rahsia? Tu jangan tanya. Secret.

Iskandar menyimpan senyum dalam hati melihat kemesraan yang mama tunjukkan pada Qairina. Nampaknya ada can la mamanya setuju dengan pertunangan mareka. Bunga dah kembang setaman dalam hati.

“Qhai dah kerja?”tanya Puan Seri Raja Syuhairah lagi. Tak henti-henti matanya menilik seraut wajah comel didepannya tu. Macam ada satu daya tarikan pulak.

“Belum lagi auntie. Abah kat rumah memang dah bising suruh Qhai kerja dengan dia. Tapi insyallah minggu depan Qhai masuk kerja kot.”klau ikutkan hati memang dia nak terperap je dalam rumah. Tapi hari-hari dengar umi abah membebel sampai nak tercabut telinga ni dengar, terpaksa la diturutkan juga kemahuan umi abahnya. Karang label dia anak durhaka pulak. Habis tragis la tu.

“Abah Qhai kerja apa?”giliran Tan Sri Tengku Muhaimin pula menyoal. Nak juga da tahu latar belakang keluarga gadis itu bagaimana.

“Abah Qhai engineer. Umi pulak dulu pensyarah dekat UiTM, tapi sekarang dah pencen dah semenjak kami berangkat ke UK.”

“Yang kamu ni Hairi, dari tadi duk main dengan ipad kamu tu buat apa? Hormat la sikit tetamu ni.”tegur Puan Seri Raja Syuhairah pada anak sulungnya dengan kening yang bertaut. Dari tadi buat endah tak endah je. Baik tak payah ikut tadi, dia yang beria-ria nak ikut mereka tadi. lansung dia yang senyap. Memang anaknya yang satu ni sedikit pasif kalau nak dibandingkan dengan iskandar yang active memanjang sampai memeningkan kepala mereka orang tua dengan fiilnya yang entah apa-apa. Bikin migrin je.

Sorry mama.”kata Qushairi

Kepalanya diteleng pada Qairina. Lama matanya tertunak pada wajah ayu yang sangat dirinduinya itu hampir 4 tahun lamanya. Tapi dia sedar dia tak layak nak merindui gadis itu kerana dia yang bertindak menokhtahkan hubungan mereka gara-gara mamanya yang mengugut untuk memutuskan hubungan mereka anak beranak jika dia tak bertunang dengan anak Dato’ Khairuddin. Tapi alih-alih anaknya ditangkap khalwat dengan teman lelakinya. Waktu itu majlis pertunangan masih belum dijalankan.

Tapi sekarang dia sekali lagi menjadi mangsa aturan jodoh mamanya walaupun    tak dapat dinafikan Hani seorang yang gadis yang baik dan sopan. Tapi entah kenapa hati dia tak berdebar-debar bila mereka bertentang mata. Segalanya rasa kosong.

“Dah lama kenal Is?”cukup sinis kedengaran dek telinga Qairina. Cukup ringkas soalan yang diajukan tapi cukup susah hendak dijawab, tak ada dalam skema jawapan. Balun jela, janji jalan cerita sedap.

Qairina memandang tajam wajah Qushairi yang diselangi dengan Iskandar. Tak lama kemudian segaris 
senyuman manis dibentuk seraya merenung lama kearah Iskandar. “Bagi Qhai tempoh pengenalan tak menjadi kekangan untuk untuk kami memupuk perasaan antara satu sama lain kan sayang. Even Qhai baru kenal dengan Is, Qhai yakin kebahagian yang Qhai tunggu-tunggu selama ni dah ada depan mata. Dan even sepasang kekaksih itu bercinta bagai nak rak bertahun-tahun pun, tak semua end up bersama. Betul tak?”
cukup bersahaja jawapan yang diberikan. Ditekankan perkataan ‘sayang’ yang khas ditujukan buat bakal tunang tercintunnya Iskandar. Biar sedar sikit mamat tu yang sayangnya dah tak ada walaupun sisa sekali pun. Biaq pi la dengan cinta remaja tu.

Qushairi rasa terpukul dengan kenyataan yang dalam diam menyindirnya. Dia tersenyum kelat. Sakit telinganya bagai dihiris mendengar panggilan sayang yang pastinya dituju khas buat adiknya.
Iskandar pula terpana mendengar jawapan yang entah kenapa dapat dirasakan keikhlasan gadis itu. Telinga baru korek semalam rasanya. Takkan dah tersumbat balik kot? Lama dia memandang lembut wajah Qairina sehingga mamanya sendiri menegurnya.

“Jangan pandang anak dara orang lama-lama Is. Tak elok orang tengok.”tegur Puan Seri Raja Syuhairah lembut. Macam faham-faham pulak gelodak hati anak bujang seorangnya ni.

Blackberry Qairina didalam tas tangannya lantang menyanyikan lagu menandakan panggilan masuk. Lantas tangannya diseluk kedalam tas tangan dan ditarik keluar hansetnya. Uminya telefon.
Wajah kedua orang tua Iskandar yang sedang menjamah makanan yang terhidang diatas meja dipandang seraya menunjukkan blackberrynya yang berbunyi.

“Umi call.”katanya. kedua oang tua Iskandar tersenyum sebelum mengangguk.

Panggilan uminya disambut pantas. “Assalamualaikum umi..”perlahan volume yang keluar. Mana boleh nak jerit lantang-lantang depan bakal mertua. Habis cancel nanti pertunangannya.

“Qhai pergi mana sayang. Kata tadi sekejap je keluar. Ni dah pukul 2 petang dah. Umi risau.”kerisauan jelas terpancar pada lenggok bicara umi.

“Qhai mintak maaf umi. Qhai lupa nak beritahu umi yang Is bawak Qhai jumpa parent dia.”perlahan dan lembut dibalas bicara uminya disebelah sana. Hujung matanya kadang-kadang melirik kearah Iskandar yang sedang bercakap dengan mamanya. Bicara pasal apa tak pula didengarinya. Jangan dikata bukan-bukan pasal aku dah.

“Amboi..serius betul Is tu nakkan anak umi ni sampai dah bawak jumpa parent. Ok la, jaga tingkah laku tau. Jangan buat malu umi pulak.”seloroh Puan Saliha. Jangan dibuat perangai manjanya depan parent Iskandar sudah. Mahu dikatakan’gediks’ pulak anaknya nanti. Dekat rumah tak pe la memang dah biasa.

“Qhai sentiasa akan buat umi bangga dengan Qhai. Nanti umi kasi tahu abah ye.”dengan bangganya dia memuji diri sendiri. Masuk baju dalam bakul angkut sendiri nampak. Hehe..

“Hah..yela. nanti karang umi telefon. Kata yang anaknya ni dah dapat restu nak kahwin.”gurau umi tak putu-putus lagi.

“Umi...”kalau uminya ada didepannya, mesti dah kena dengan cubitan manjanya sampai berbirat. Merah sudah wajahnya diusik umi. Disorok sedaya upaya perubahan warna wajahnya dari dikesan mereka yang lain disitu.

“Ok la tu. Kirim salam umi dengan abah pada parents Iskandar. Insyallah kalau tak ada aral melintang, dan sudah tersurat jodoh anak umi dengan Iskandar. Berbesan la kami ye.”masih tak henti-henti lagi usikan uminya.

Malas nak melayan uminya yang suka menyakat. “Insyallah umi. Ok. Assalamualaikum. Love you too.”satu ayat yang pasti takkan ditinggalkan setiap kali menelefon umi, abah mahu pun abang-abangnya. Tak kisah la orang luar nak kata mengada ke. Yang pasinya itu adalah cara mereka nak menunjukkan kasih sayang dan ikatan keluarga yang erat antara mereka. Biaq pi la orang luar nak kata apa. Macam orang kata, ada aku kesah??

Panggilan dimatikan dan blackberrynya diletak balik kedalam tas tangannya. “Umi dengan abah kirim salam pada uncle dan auntie.”

“Waalaikumsalam.”serentak mereka menjawab salam. Kemudian mereka semua berbual kosong. Kadang-kadang terselit juga gelak tawa antara mereka. Dalam hatinya bersyukur, sekurang-kurangnya mama papa Iskandar senang berbual dengannya. Hanya Qushairi saja yang tak banyak cakap, dari tadi dia sesekali melirik mata kearah Qairina disebelah adiknya hingga Iskandar pula yang membalas pandangannya pelik.

“Qhai nak pergi ladies sekejap.”pinta Qairina seraya menarik kerusinya kebelakang. Tas tangannya disuruh Iskandar tengok-tengokkan.

Qushairi yang hanya menunggu peluang untuk berbicara dari hati ke hati dengan gadis itu merasakan inilah peluangnya. Dia rasa terpinggir, Qairina nampak sangat selesa berbual dengan mama papa dan adiknya. Tapi bukan dia.

“Papa..Haziq nak pergi MPH sekejap, nak cari buku.”ujarnya. air apple juicenya disedut laju terlebih dahulu sebelum bangun setelah papanya mengangguk. Dengan langkah yang panjang dia keluar dari restoran dan matanya dilarikan kekiri dan kanan mencari bayang Qhairina. Dia pasti Qairina belum pergi jauh lagi.

Serta-merta matanya menangkap batang tubuh Qhairina yang sedang membongkok melihat patung mannequin yang mempamerkan beberapa helai baju disalah sebuah butik disitu. Langkahnya dibawa laju bila dilihat Qairina sudah bergerak semula.

“Qhai...”lantang panggilannya membuatkan beberapa pengunjung disitu menoleh. Tapi tak diambil peduli semua tu. Asalkan dia boleh bercakap dengan Qairina sendirian. Mengucapkan kata cinta dan rindu yang selama ni membaluti hatinya.

Qairina berpaling bila mendengar namanya dipanggil. Dilihat Qushairi sudah berlari ank mendapatkannya. Muka malas terpamer jelas dimukanya. Apa lagi yang lelaki ni nak sebenarnya. Tak faham betul dia. Serasa malas sudah nak menghadap wajah yang dulu menghiasi hatinya itu. Tapi tu semua dulu. Let bygone be bygone. Tak perlu dia menoleh lagi kebelakang. Macam abahnya selalu cakap, hidup ni cuma sekali, kita perlu hargainya sebaik mungkin.

Helaan nafasnya panjang sebelum turut memandang muka Qushairi. Kalau ikutkan hati memang malas dah nak mengadap mamat ni. Tapi nanti kata kurang ajor pulak. Padahal umi dengan abah dah bagi pelajaran terbaik buatnya.

“Qhai, i need to talk with you.” Kata Qushairi dengan nafas sedikit termengah.

Qairina menjulingkan mata keatas dengan riak muka malasnya. “Nak apa? Cakap cepat.”
Dah la pundi kencing rasa nak meletop dah ni. Ditahan-tahan nanti tak pasal-pasal kena kidney stone pulak nanti. Yang mamat ni pulak kenapa? Tadi punyalah sombong tak nak cakap. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh. Boleh blah la..

Tengok muka Qushairi yang berkerut-kerut macam termakan buah prune membuatkan hatinya makin panas. Bikin panas hati wa la mamat ni. Cepat la cakap. Nak terkucil dah ni.

“Qhai sihat?”

Terpacul sudah soalan yang sepautnya ditanya beberapa kurun yang lalu. Sekarang dah basi tau tak. Wajah Qushairi dipandang tajam sebelum bibirnya menarik senyuman sinis.

“Sihat..walafiat lagi. Belum tergantung, terbongkang lagi dekat hospital.”dengan suara selamba dia menjawab sinis. Perlu ke dia nak jawab dengan nada yang sopan santun. Tak perlu kot rasanya.

Wajah Qushairi berubah mendung, tak seperti tadi air liurnya ditelan payah. “Abang nak minta maaf pada Qhai. Abang akui memang silap abang tinggalkan Qhai dulu. I just want you to know that i still love you.”memang itulah kebenarannya. Hatinya masih lagi terikat pada Qairina. Sebab tu jugak dia tak boleh terima pertunangannya dengan hani walaupun hani seorag gadis yang baik. Tak sanggup nak sia-siakan Hani, tapi dalam masa yang sama dia tak boleh nak mencintai Hani.

Rasa berbulu pulak telinganya mendengar kata cinta yang mengetuk pintu telinganya. Kalau dulu mungkin dia akan tersenyum dan terima kata-kata maaf tu. Tapi sekarang dah lepas expired date. Dah tak laku tau tak.

Giginya dikancing sekejap seraya matanya tak lepas dari memandang muak wajah didepannya itu. Dia bukannya nak berlagak, tapi dia memang sudah tak boleh terima lagi kehadiran lelaki tu dalam hidupnya. Perit dan sakitnya sudah dia rasa. Sekarang tak perlu lagi rasanya dia alami balik semua tu.

“Tapi nak buat macam mana ye? My love for you has gone.”balas Qairina tetap sinis. Tak perlu dia nak bermuka-muka dengan lelaki ni, mentang-mentang dia abang Is. Dia tak nak hypocrite. Biarlah apa yang dirasa. Itulah yang disampaikan.

“Tapi Qhai, abang rasa abang perlu cerita apa yang sebenarnya berlaku.”masih tak berputus asa Qushairi memujuk. Dia cukup yakin yang Qairina akan pulang ke pangkuannya selepas tahu pekara yang sebenar. Tangannya sudah bergerak panjang mahu mencapai lengan gadis itu.

Nope. Qhai rasa dah tak ada apa-apa yang perlu dijelaskan lagi. Mungkin dulu Qhai boleh terima dan dengar lagi penjelasan abang. Tapi sekarang tak. Dah terlambat.”pantas tubuhnya berpaling dan kakinya mula mengorak langkah. Kalau boleh dia nak pekakkan telinga, butakan mata.

Qushairi tiba-tiba menyabit pergelangan angannya membuatkan langkah yang diambil terhenti.

Ini dah melampau. Siapa dia nak sentuh-sentuh aku!!!!

Dengan mata yang bersinar garang, segera direntap tangannya dari pegangan Qushairi. Tak rela rasanya nak disentuh oleh lelaki tu. Dia ingat dia suami aku ke nak sentuh-sentuh. Yang boleh pegang aku cuma suami aku je tau. Bentak Qairina dalam hati yang sudah panas.

Don’t you dare to touch me. You are not my husband yang boleh sesuka hati sentuh orang.”suara halilintar Qairina sudah mengambil tempat dengan bola mata yang bersinar garang mengalakan harimau nak tekam mangsa.. Tak dipedulikan orang yang lalu lalang didepan mereka. Maruahnya bukan senang boleh dipijak-pijak.

Terpaku Qushairi disitu mendengar hamburan Qairina. Tak pernah lagi selama ni dia melihat Qairina marah sebegitu sekali. Lambat-lambat keluahannya terdengar setelah bayang Qairina hilang dari pandangan matanya.
Terkumat-kamit bibir Qairina menggumam rendah sehingga tiba ke pintu Toilet. Wajahnya dibasuh untuk meredakan ombak yang mengganas dalam hatinya. Be patient Qairina. Ia mengingatkan dirinya sendiri supaya tak tenggelam dalam hasutan Syaitan yang bagai menyimbah minyak tanah pada hatinya yang sudah pun panas.

Sebaik saja kakinya melangkah keluar dari toilet, matanya menyapa wajah kacak Iskandar yang sedang meyandar disalah sebuah dinding disitu. Handbagnya dipegang ditangan kanan. Sekali nampak mesti orang meyangka dia tengah menunggu kekasih atau isteri barangkali. Dia meyimpan senyum dalam hati.

Automatik Iskandar tersenyum sebaik saja Qairina tiba dihadapannya. Tak tau kenapa senang je dia mengukir senyuman setiap kali berhadapan dengan Qairina. Takkan otot muka ni dah jammed pulak dah? Setiap kali terlihat Qairina, bibirnya dengan sendirinya akan tertarik mengukir senyuman.

“Kenapa tunggu saya dekat sini?”

“Kakak sepupu saya dah bersalin, tu yang dia orang balik dulu tu. Takkan la saya nak tinggalkan bakal ‘isteri’ saya balik sorang-sorang pulak kan. Zaman sekarang ni banyak jenayah berlaku. Nanti awak kena culik, saya jugak yang susah nanti.”dengan memek muka manjanya dia melontar kata. Sengaja ditekankan perkataan ‘isteri’tu untuk mengusik Qairina.

“La..kenapa awak tak ikut sekali je. Saya boleh balik sendiri la. Bukan budak kecil pun nak diteman-teman sepanjang masa.”Qairina menjawab. Handbagnya dicapai dari tangan Iskandar. Rasa bersalah pulak. Sebab dia Iskandar tak pergi menjenguk kakak sepupunya.

“Memang la awak bukan budak kecil. Tapi awak tu cantik sangat, nanti ada yang berminat.”giat Iskandar lagi. Demi melihat Qairina yang melirik manja seraya memandangnya, serasa hatinya dah terpaut pun ada. 
Tapi takkan la dalam masa yang terlalu singkat boleh dia terpaut pada Qairina. Kalau nak dikira-kira baru semiggu lebih mereka kenal. Macam tak logik pon ada.

“Yela...mulut kasanova macam awak ni memang manis mengalahkan susu pekat manis kan.”perli Qairina. Kaki mereka mula berjalan beriringan keluar. Boleh tuli telinganya mendengar puji-pujian manis dari mulut lelaki ni. Patut la pun playboy. Memang layak sangat la dengan mulut manis dia tu.

“Itu salah satu kelebihan yang ada pada saya. Saya tak lokek nak bagi pujian.” Aih...memuji diri sendiri nampak. Tapi bila masa lagi kita nak dengar orang puji diri kita kan. Baik la jugak puji diri sendiri ni. Tapi bukan nak riak ye..

“Ha..cuba awak tengok dekat sana.”jari telunjuknya mula bergerak.

Bola mata Qairina mula mengekori arah telunjuk Iskandar. Telunjunya berhenti pada seorang gadis yang ada di dalam salah sebuah restoran disitu

“Bagi saya, perempuan macam tu pun ada side cantiknya. Mungkin dia chubby tapi setiap orang menilai kecantikan tu dengan cara berbeza. Masa saya sekolah rendah saya pernah ada crush dengan budak saiz macam tu tau.”cerita Iskandar lagi. Walaupun dia memang terkenal dengan sifat kasanovanya. Tapi dia bukannya terlalu memandang seorang perempuan tu secara luaran semata-mata.

Tapi memang sudah menjadi lumrah semua lelaki la. Rata-rata kalau ditanya mestilah mereka nak yang cantik, jelita. Tapi kalau cantik je tapi perangai hodoh, tak jadi jugak. Sama macam teman-teman wanitanya, rata-rata semua berwajah jelita, tapi tak ada satu pun yang layak dibuat bini. Ish!!tak mau la dia tanggung dosa kalau dapat bini macam tu. Nauzubillah..

Tapi kalau yang sebelah ni...................

Tak lepas dia memandang wajah Iskandar disebelah. Ada getaran yang terselit dalam hatinya setiap kali dia dekat dengan Iskandar. Dia terkaku bila matanya bersabung dengan mata hitam bekilat milik Iskandar. Kerongkongnya rasa tersekat nak mengeluarkan suara. Pantas dialihkan semula wajahnya kedepan. Darah merah mula terasa meyerbu naik kewajahnya.....

Tangannya yang kesejukan tiba-tiba digenggam kuat mengurangkan debaran yang dipalu pada jantungnya. Boleh kena heart attack kalau hari-hari macam ni. Nanti terpampang depan surat khabar ‘seorang gadis muda diserang sakit jantung akibat terlalu berdebar’. Tak pernah lagi rasanya berita macam tu tesiar dalam paper. Boleh pecah rekod ni.

Kemudian sunyi sepi  melatari mereka berdua yang berjalan beririgan menuju ke parking kereta. Masing-masing duk melayan perasaan.

Baru 5 minit Lotus elite milik Iskandar bergerak dijalan raya. Suaranya mula memecah kesunyian.

“Saya nak minta maaf untu pihak abang saya. Just takut awak terasa ke dengan dia sebab layan endah tak endah dengan awak masa makan tadi.”ayat disusun Iskandar. Dia memang tak puas hati betul dengan abangnya tu. Kalau cuma nak senyap je, baik tak payah datang.

Terpana sudah Qairina bila isu Qushairi ditimbulkan.  Iskandar dipandang kejap sebelum kembali melihat ke arah jalan raya.

No..it’s ok. I’m fine.”memang di langsung tak kisah pun pasal tu. Kalau tak cakap langsung lagi bagus. Tak sakit telinganya. Bibirnya diketap sebelum menumpukan matanya kearah Iskandar yang nampak tenang sekali pemanduannya.

“Abang awak tu memang macam tu eh?”ringkas soalan Qairina.

Kening Iskandar bertaut mendengar pertanyaan itu. “a’ah..dia memang macam tu, pasif sikit kalau nak dibandingkan dengan saya. Bajet cool la macam tu.”balas Iskandar dengan muka tak boleh blah...bukan senang nak mengutuk abangnya.

Ketawa Qairina pecah dari bibirnya melihat memek muka Iskandar. Tapi memang betul la apa ang dikata tu. Bajet cool. Kadang-kadang sikap macam tu membuatkan orang lain berasa annoying. Pelik betul, kenapa la dulu dia boleh  tertarik dengan perangai ‘cool’ Qushairi tu. Tak faham betul. Remaja la katakan...bila dah suka orang tu. Tak kira macam mana annoying pun orang tu kita kan pekakkan telinga. Hah...sama la macam kesnya.

Tapi lain kes pulak dengan pak cik sebelah ni. Even sikap dia kasanova pun, tak pula membuatkan dia berasa menyampah. Maybe ada la sikit-sikit tu, tapi boleh la tutup sebelah mata.

“Saya dapat rasakan parent saya setuju dengan pertunangan kita” topik diubah. Buat apa nak bercerita pasal abangnya. Buat buang karan je. Baik dia bncang pasal pertunangan mereka tu.

Sebaris ayat yang mampu mematikan senyuman Qairina. Berbolak-balik rasa hatinya tika ini bila perkara ini dibangkitkan. Dia dapat rasakan yang dia sudah mula suka dengan mama, papa Iskandar kecuali abangnya tu. Rasa bersalah pulak nak melukakan hati orang tua itu bila pertunangan mereka dinokhtahkan nanti.
Dengan berat hati, dibuka juga mulutnya untuk bersuara walaupun rasa berat nak diluahkan. “Awak tak rasa bersalah ke tipu parent kita berdua?”

Kali ni Iskandar pula yang tersentak. “Tak mungkin saya tak rasa bersalah. Susah saya nak cakap pasal benda ni.”keluahan berat nyata terlepas bersama-sama katanya. Dia sayangkan mama, papanya. Untuk melukakan hati mama,papanya adalah option terakhir yang akan dia ambil bila keadaan betul-betul terdesak.

“Kenapa tak kita teruskan aja pertunangan ni. Tak perlu kasi tempoh untuk pertunangan kita. Andai kata, kita rasa serasi sepanjang tempoh tu....”belum sempat disudahkan ayatnya, suara Iskandar sudah mula mencantas terlebih dahulu.

“Teruskan dengan perkahwinan, macam tu?”tebak Iskandar dengan kadar segera.

Dengan perasaan malu yang menimpa-nimpa, diangguk juga kepalanya mengiakan kata Iskandar itu. Tak tau mana nak sorok dah muka ni. Malu sesangat.

Sekilas dia menatap Qairina yang sudah menunduk melihat jari-jemarinya.

“Awak sanggup ke perjudikan masa depan awak dengan saya?”soal Iskandar. Dia tak nak merosakkan masa depan gadis itu jika benar mereka tak ditakdirkan bersama.

“Saya kata cuba.. try. Kalau dah takdir bukan jodoh  Kita and we could not get along together . Putus. Itu jalan terbaik.”terang Qairina supaya lebih jelas. Tak mahu Iskandar menyangka yang bukan-bukan pasalnya.

Iskandar mengaru keningnya seraya kembali memandang kedepan. Dia  pulak yang terasa malu tiba-tiba dengan cadangan Qairina tu. Sepatutnya dia yang cakap macam tu. Ni kira Qairina tengah propose dia la ni? Pandai-pandai dia membuat conclusion sendiri.

Dengan pantas kepalanya terangguk. Serta-merta wajah Qairina bertambah merah seperti disimbah darah. Dipegang dadanya kejap yang berdebar kuat. Macam nak terkeluar pun ada. Cepat-cepat matanya beralih melihat pemandangan petang diluar. Matahari petang yang tidak terlalu panas membuatkan hatinya yang bergelojak sikit-sikit kembali pulih bertemankan lagu-lagu cinta yang berkumandang diradio. Tanpa tertahan-tahan senyuman terbit namun cepat-cepat bibirnya diketap semula. Takut pak cik sebelah ni nampak. Buat kantaoi je nanti....

-bersambung-

p/s: malas la dila nak memanjangkan kata. akhir kata, apa lagi..tinggalkan komen banyak2 hehe..

10 comments:

ruby muksan reds said...

so sweeet.nak lg ar

zm said...

tolong la jgn jtuh chenta blik dkt abg is tu, trima jelah dorg takde jodoh

Anonymous said...

best...best...best..nak lagi..nak lagi..nak lagi...dan nak lagi...

Anonymous said...

Best smbung gi Dila.
-Ana-

nurash said...

ape la is ni biar qhai yg propose hehehe tp x pe cute

Anonymous said...

best sangat...nak lagi

ajex said...

sweet giler qhai.... hehehe...
agak2 nye mcm ane riaksi is nnt ek ble thu psal qhai ngan abg dia... huhuhu....
sila la sambung cepat2 ye cik Dila...

Anonymous said...

best sesangat ehemm

Anonymous said...

best..
cept smbng..
nk Qhai dng Is laa..
-aRa-

Anonymous said...

best..
sweet giler diorg nie..
nx n3 plz dila..