Thursday 16 February 2012

Sejuta Kasih Qairina - 8



Matanya tak lepas-lepas dari sepasang merpati dua sejoli yang terpapar besar didada akhbar tempatan itu. Kain yang sudah siap dipotong ditolaknya ketepi. Hilang moodnya yang tadi berkobar-kobar untuk menolong ibunya menyiapkan tempahan baju Mak Jah dari kampung sebelah.

Puan Jamilah yang baru keluar dari bilik air hanya mengegeleng kepala melihat anaknya yang masih tak habis-habis merenung surat khabar yang sudah beberapa hari ada diatas meja itu. Bukan dia tak tahu apa yang terpendam dalam hati anak daranya itu. Dia juga sedikit terkejut dengan berita yang dibacanya 2 hari lepas. Apatah lagi anaknya itu.

“Sudah..sudah la tu intan. Buat apa nak dikenang lagi orang yang jauh tu kalau kamu sendiri yang nak putuskan hubungan dulu.”tegur Puan jamilah menghentikan khayalan anaknya itu. Bukan dia tak tahu pasal hubungan naknya dengan budak lelaki dalam surat khabar tu semasa anaknya masih menuntut di universiti dulu. Jumpa budak tu pun dah pernah. Tapi tu semua dulu. Dah bertahun-tahun berlalu, kenapa nak diingat lagi.

Punggungnya dihenyakkan ke kerusi yang nampak sedikit usang itu. Mereka bukanlah orang berada. Sekadar cukup makan dan pakai. Itu pun nasib baik dia masih mampu menerima tempahan jahitan. Nak harapkan anak bujangnya yang seorang. Kirim salam sajalah. Kerjanya asyik melepak diwarung-warung dengan kawan-kawan yang entah apa-apa.

Nak menghantar anak gadisnya itu masuk ke universiti dulu pun dia terpaksa merendahkan harga dirinya untuk berhutang dengan Haji Awang ketua kampung mereka untuk menampung yuran pengajian.

Intan menoleh kearah ibunya yang sudah duduk dikerusi seraya mengipas-ngipas wajahnya dengan buku yang digunakan untuk menyimpan segala ukuran baju pelanggan mereka.

“Tapi ibu pun tau kan. Kalau bukan sebab keadaan memaksa kita masa tu. Intan takkan sanggup nak berpisah dengan Is.”tegas Intan lagi. Dia tau dia silap kerana bertindak terburu-buru menokhtahkan perhubungan mereka, sekarang dia pulak yang menyesal tak tentu hala. Tapi keadaan terlalu mendesak saat tu. Dia sayangkan Is. Sering saja kawanya mengutuk dia kerana memilih lelaki nerd macam Is tu sebagai teman lelaki, tapi dia tak kisah semua tu. Dipekakkan telinganya dengan ejekan dari teman-temannya semua.

“Benda tu dah berlalu bertahun-tahun intan. Mungkin kamu pun dia dah lupa.”Puan Jamilah masih lagi berusaha untuk menyedarkan anaknya itu.  Menerima segala qada dan qadar yang telah allah tetapkan.

“Tapi intan tak boleh lupakan Is ibu. Rasa tu masih ada kat dalam ni.”ucap Intan seraya memegang dadanya, masih lagi mempertahankan rasa yang masih tersimpan dalam lubuk hatinya.

“Kamu ni degil tau tak intan. Sedarlah, Is tu pun dah nak bertunang, mungkin dalam masa terdekat dah nak kahwin pun. Kamu lupakan la dia.” Tegas Puan jamilah lagi. Tak cukup jelas lagi ke dimata anaknya dengan berita yang terpampang jelas di dada akhbar tu. Budak lelaki tu dah nak kahwin.

“Intan tak boleh ibu.”jawabnya mendatar. Dia memang keras kepala orangnya. Degil.

“Belajarlah sedar diri intan. Kita ni.. nak berdiri sebelah mereka pun kita tak layak nak. Siapalah kita ni. Apa yang kita ada untuk dibangga-banggakan. Harta? Jauh sekali. Cuba kamu bandingkan kamu dengan gadis dalam paper tu. Tengok dari segi pakaian pun dah tau dia anak orang berada, orang senang. Boleh ke kamu nak dibandingkan dengan gadis tu?”soal Puan Jamilah. Dia bukan berniat nak merendah-rendahkan anak gadisnya itu. Tapi dia sedar, mereka keluarga orang susah. Tak layak nak berbesan dengan keluarga berada macam tu.

“Cinta tak mengenal darjat ibu. Kalau semuanya nak diukur dengan harta, dengan status.  Jadi takkan wujud cinta sejati dalam dunia ni ibu.”balas Intan seraya membuang pandang kearah luar. Mungkin kalau nak dibandingkan dia dengan gadis yang bakal bertunang dengan Iskandar itu, gadis itu seratus kali lebih baik darinya. Punya harta, punya rupa paras wajah yang jelita. Tapi dia punya cinta yang ikhlas. Dia ikhlas cintakan Iskandar.

“Agaknya sebab benda ni la kamu tolak pinangan Husin anak pak Karim tu kan? Sebab kamu masih berharap yang kamu akan jumpa dengan Is. Macam tu?”tebak Puan Jamilah, baru semimggu lepas karim datang nak menyunting anknya intan untuk dibuat menantu. Tapi intan menolak dengan alasan dia nak bekerja dulu, tak nak lagi fikir pasal perkahwinan.

Intan hanya berdiam diri. Malas nak menjawab pertanyaan ibunya itu. Bukan dia tak sukakan Husin, memang diakui, Husin tu baik. Tapi kalau cintanya tak ada buat Husin, apa maknanya perkahwinan mereka nanti. Dalam diam dia memang masih menyimpan harap agar suatu hari nanti dia akan ketemu dengan Is semula.

“Dah la..malas ibu nak nasihat orang keras kepala macam kamu ni intan.” Punggungnya mula diangkat. Jam pun dah menjangkau ke 11.00 pagi. Masak makan tengah hari belum lagi, karang anak bujangnya balik nak melantak. Bukannya nak kasi dia senang, lagi susah adalah nak menyara biawak hidup dalam rumah ni.

“Hah..lupa ibu nak tanya. kamu kata minggu lepas yang pasal inteview kerja dekat kuala lumpur tu macam mana?” minggu lepas anaknya itu ada beritahu yang dia ada terima surat interview dari syarikat entah apa namanya kat kuala Lumpur.

“Alhamdulillah ibu. Lupa nak beritahu, Intan dapat kerja tu. Insyallah minggu depan intan dah nak kena lapor diri. Intan ingat buat sementara waktu intan nak tinggal dekat rumah sewa Sarimah dulu kat kuala Lumpur tu. 
Sementara cari rumah sewa kat sana.”beritahu Intan. Syukur sangat kerana setelah lebih setahun dia menganggur setelah berhenti dari kerja kilang, akhirnya dia mendapat offer kerja lagi.

Puan Jamilah menarik senyuman. Dia tumpang gembira dengan kejayaan anaknya itu. Semenjak suaminya meninggal 3 tahun lalu disebabkan sakit jantung. Anaknya itulah tempat dia bergantung.

“Lepas ni tak adalah orang nak tolong ibu jahit baju dah.”sebak rasa hati tuanya mengenangkan anak yang selalu ada disisinya bakal meninggalkannya tak lama lagi. Hujung matanya yang berair dikesat dengan baju kurung kedah yang tersarung dibadannya.

Melihat ibunya yang mengesat air mata, intan bingkas bangkit menghampiri ibunya itu dan lengan ibunya dipeluk erat.

“Kenapa ibu cakap macam tu? Insyallah.. intan janji akan selalu call ibu. Bila cuti intan balik la sini. Nanti intan pesan dekat Qila suruh tengok-tengokkan ibu.”Qila itu adalah sahabat baiknya dikampung Tok Arang di daerah kubang pasu, kedah ini. Disinilah tempat dia dilahirkan, tempat dia membesar. Segala-galanya disini.

“Ermm..yela.”sahut Puan Jamilah. Kemudian mereka beriringan masuk ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari.

******
Kereta Lotus Elite milik Iskandar sudah berhenti tepat diluar pagar banglo milik keluarga Qairina. Razif yang pada mulanya sudah berjanji nak temannya tiba-tiba ada urgent case pulak dah. Suraya tunangnya merajuk. Terus cancel nak menemaninya. Pintu kereta mewahnya sudah dibuka dan dia berdiri tegak diluar pagar yang tinggi itu. Boleh tahan kaya jugak Qairina ni rupanya, tebaknya dalam hati.

Iphone 4s dibawa keluar dan nombor Qairina ditekan. Kaki rasa macam mengegetar je. Sambil menunggu panggilannya bersambut. Sempat lagi dia melihat kedalam melalui celah pagar. Uih!!!ada 6 biji kereta semuanya. Nampak sangat bukan calang-calang orang jugak.

“Assalamualaikum..awak dah sampai ke?”suara lembut Qairina mula menampar cuping teliganya. Boleh cair tahi telinganya kalau hari-hari dengar suara macam ni.

“A’ah dah sampai dekat luar pagar rumah awak ni.”beritahunya pula.

“Sekejap eh. Saya bukakkan pagar, kereta awak pun bawak masuk dalam garaj sekali. Takut pulak kereta mewah awak tu kena curi nanti.”gurau Qairina sebelum mematikan panggilan.

Sebaik saja panggilan terputus, pagar besar itu mula terbuka. Lantas perut keretanya dimasuki dan keretanya dipandu masuk kedalam garaj yang agak luas itu. Dilihat Qairina sudah menunggunya diambang pintu dengan senyuman manis yang menghiasi bibir merahya.

Ray bannya dibuka dan ditinggakan diatas dashboard keretanya. Hari ni dia bergaya cukup ringkas, dengan seluar jeans dan t-shirt kolar. Takkan lah sampai jumpa bakal mertua nak berkot-kot pulak kan. Perjumpaan tak formal saja.

“Jom masuk..abah dengan abang-abang saya dah tunggu dekat dalam.”ujar Qairina dengan wajah yang ceria. Sejak abang abangnya datang sejak pagi tadi, mereka sudah buat kecoh. Tak sabar nak jumpa bakal adik ipar la, siap merangka lagi apa yang nak ditanya nanti. Umi denga abah pun sama je sekepala. Dia jugak yang termalu, tak habis-habis kena usik.

Bajunya dikemaskan terlebih dahulu. Qairina yang memerhati hanya tergelak kecil.

“Ok tak saya pakai macam ni?”soal Iskandar dengan nada gelisah.

Qairina mengagguk beberapa kali sebelum menjawab. “Ok sangat. Jom..”ajaknya lagi.

Mereka jalan beriringan masuk keruang tamu yang agak luas dan kemas itu. Kalau nak tahu, dekorasi dalam rumah ni semua hasil ilham uminya. Walaupun uminya itu bekas pensyarah. Tapi dia memang minat bab-bab dekorasi rumah ni.

Dilihat abah dan abang-abangnya yang tadinya rancak bercakap itu ini sudah terdiam semuanya sebaik saja melihat kelibat mereka.

“Uhuu..merpati dua sejoli dah datang....”entah dari mana datangnya suara sumbang itu dia sendiri tak tahu. Tapi kalau dengar dari bunyi suara, tak lain tak bukan mesti kerja angah. Lantas jelingan maut dihadiahkan buat angahnya yang membuat muka toya tak bersalah.

Abah turut sama tergelak mencukupkan korum. Memang la mereka semua ni tak makan saman betul. Buat malu dia je.

“Dah..dah..meh duduk sini. Siapa namanya? Is...Iskandar kan?”kata abah seraya menjemput iskandar duduk bersama mereka di sofa.

“Ye uncle. Uncle apa khabar?”soalnya ramah. Tangannya berjabat dengan abah Qairina dan diikuti dengan kedua-dua abangnya

“Sihat, alhamdulillah. Eh..duduk.”pelawa Ir. Zulkefli lagi. Iskandar mula menghenyakkan punggungnya keatas sofa. Qairina pulak duduk disebelah abahnya.

“Umi mana abah?”soal Qairina sambil tercari-cari wajah uminya di setiap pelosok rumah. Tapi tak ada.

“Kat atas lagi la tu bersiap-siap. Nak bercantik-cantik sikit katanya, nak jumpa bakal menantu.”usik abah. 

Iskandar yang memasang telinga tersenyum sumbing. Keluarga ni nampak ceria sangat, suka sakat menyakat. Tak macam keluarganya, semua nak berprotokol. Waktu makan semua kena senyap, macam dalam gua.

“Mengarut je abah ni.”balas Qairina perlahan seraya mencubit halus lengan kanan abahnya sebelum bangkit naik ke tingkat atas.

“Nama siapa tadi?”soal angah dengan lagak gangster la konon. Kakinya disilang seraya menyorot tajam wajah pemuda didepannya. Handsome. Detiknya dalam hati. Mau kalah dia dibuatnya.

“Iskandar abang..”jawab iskandar sopan. Rasanya bang-abang Qairina ni semua tua daripadanya. Mungkin tua 2-3 tahun.

“Nama penuh la”soal along sedikit kuat pula. Sengaja sebenarnya nak melihat Iskandar kecut perut.

“Tengku Iskandar Farabi...”jawabnya dengan ringkas dan tenang. Dia tak boleh tunjuk perasaan menggelabahnya. Dia anak lelaki, kena berani.

“Uih...nama nak class aje. Kau keturunan diraja ke bertengku-tengku bagai.”sambung angah pula.

“Ada la sikit-sikit..”ringkas Iskandar memberitahu merendah diri.

“Apa la korang berdua ni. Tanya macam nak interview kerja pulak. Biar la abah pulak yang tanya.”sudah tiba masa Ir. Zulkefli pulak yang mencelah. Nak jugak dia berkenal-kenal dengan bakal menantunya ni.

Angah dan along tersenyum kambing. “sila..sila...”balas mereka serentak.

“Ermm...kerja apa? Dekat mana?”pertanyaannya pula mengambil tempat. Sempat lagi tadi dia dan anak lelakinya yang dua orang ini menjenguk melalui tingkap sewaktu kereta anak muda itu masuk kedalam kawasan garaj rumahnya. Nampak dari gaya kereta, confirm sangat la budak ni berada sangat. Dia yang dah kerja berpuluh-puluh tahun pun masih tak mampu nak pakai kereta macam tu. Ada hati jugak nak pakai kereta orang muda macam tu. Tapi bukan itu yang menjadi ukurannya. Dia nak tahu keperibadian nak muda ni macam mana pulak.

“Is kerja dekat syarikat papa. Putra Holdings, uncle tahu?”

Ir .Zulkefli memikir sekejap. Nama syarikat tu macam pernah dengar. Baru dia teringat yang sebulan lepas syarikatnya ada tandatangan tender kerjasama dengan syarikat tu. Waktu tu dia ada berurusan jugak dengan seorang pemuda, katanya itu pun anak tuan Syarikat. Kini baru dia dapat menangkap syarikat yang mana satu.

“Oh..syarikat hartanah tu kan? Berjodoh sangatlah tu Is dengan Qhai ni. Baru bulan lepas syarikat uncle tandatangan tender dengan syarikat papa kamu tu. Tapi masa tu tak jumpa pulak dengan papa kamu.”cerita Ir. Zulkefli lagi. Tak sangka kecil betul malaysia ni.

“Papa tak berapa nak sihat uncle. Sebab tu la sekarang papa dah jarang masuk pejabat. Is dengan abang yang uruskan semua urusan syarikat.”katanya pula. Sedikit sebanyak dia berasa lega. Sekurang-kurangnya keluarga Qairina nampak seperti dapat menerimanya.

“Suka dengan adik abang?”suara along mengusik mula memecah ruang tamu.

“Arrr?”sungguh tak disangka soalan itu yang ditanya padanya.

Qairina yang baru turun dengan uminya terus menyambar bantal kecil yang disusun disofa, lantas dibaring tepat kearaj alongnya tanpa amaran. Ambik kau...

“Uish..ganas betul la Qhai ni.”rajuk along seraya menggosok-gosk hidungnya yang terasa sedikit sengal.

“Ganas macam ni Is nak buat bini? Kalau abang, kasi free pun tak tentu lagi nak.”sambung along lagi masih-tak habis-habis nak mengenakan adiknya yang sudah merah wajahnya.

Iskandar yang mendengar komen yang dilontarkan abang sulung Qairina itu hanya tergelak. Ganas jugak perempuan ni. Nampak je muka lembut.

“Yang ni isteri pak cik..”Ir Zulkefli memperkenalkan pula isterinya pada Iskandar. Puan Salina tersenyum melihat pemuda didepannya ini. Betul la kata anaknya kat atas  tadi, memang tampan.

“Apa khabar auntie.. saya Iskandar.”tangan orang tua itu dicapai dan disalam hormat.

“Baik..baik”balas puan Saliha tak lepas memandang anak muda itu. Memang secocok sangat la kalau nak digandingkan dengan anaknya yang sudah tersipu-sipu malu disebelahnya. Perut anaknya disebelah disiku sedikit menyedarkan anaknya yang macam berkhayal. Perutnya yang terasa senak disiku uminya tadi dipegang, muncungnya mula panjang.

“Buat apa lagi tercegat dekat sini. Pergi la kedapur tu tunjuk bakat sikit.”seloroh Puan Saliha. Bahu anak gadisnya itu ditolak menyuruhnya pergi masuk kedapur. Panjang je muncung Qairina menuju kedapaur membancuh air milo didalam teko.

Kemudian mereka menyambung perbualan lagi. Banyak yang ditanya padanya. Dari maklumat keluarga sampai la ke hobinya. Semuanya disoal. Qairina yang duduk disisi uminya setelah menuangkan air kedalam cawan hanya tersenyum manis mendengar perbualan keluarganya dengan iskandar yang nampak makin rancak. Dalam masa singkat macam ni lelaki tu dapat menyesuaikan diri dengan perangai keluarganya yang gila-gila belaka. Dia bersyukur dalam hati.

Jam Maurice Lacroix yang melekap elok di pergelangan tangannya dijeling sekilas. Dah masuk asar dah ni, dia pun belum solat lagi. “Is nak tumpang solat boleh uncle..”pintanya sopan.

Hah...ini la masa yang ditungu-tungunya. Dah tiba masanya untuk dia menguji pula tahap pengetahuan agama pemuda ni. Lantas kepalanya diangguk laju.

“Boleh la kita semua jemaah sama-sama. Is jadi imam boleh?”soalnya untuk menguji. Kebanyakan budak muda sekarang, kalau disuruh jadi imam je, sebatu dia lari. Qairina yang mula kaget memandang abah dan uminya dengan padangan pelik. Lengan uminya dicuit sedikit, tapi tangannya pula yang digenggam kuat supaya tak membantah

Iskandar yang pada mulanya terkejut dengan permintaan yang ditujukan padanya, perlahan-lahan mengangguk. “Boleh..”jawabnya tenang.

Mereka semua sudah bersedia didalam bilik solat seraya menunggu kehadiran Iskandar dari bilik air mengambil wuduk. Qairina yang juga sudah siap menyarung telekung mengigit bibirnya gelisah. Dalam kepala dia tertanya-tanya. Boleh ke Iskandar jadi imam. Rasa musyhkil saja dengan perangai kaki perempuannya itu boleh mengimamkan solat.

 Seminit kemudian Iskandar muncul dengan wajah yang sedikit basah. Hujung rambutnya juga terlihat basah.

“Sila..”kata anagh seraya memberi laluan kepada Iskandar untuk kedepan. Dalam hati Qairina sudah berdoa bagai nak rak. Jangan la ada kesilapan.

Nafas panjang dihela sebelum memastikan makmumnya dibelakang sudah bersedia. Niatnya dibaca dan.... “Allahuakhbar...”tangannya mula diangkat.

Nafas lega dilepaskan setelah segala-galanya selesai. Qairina turut menghela nafas lega. Sudah terbukti sangat yang dia telah salah menilai Iskandar berkenaan pengetahuan agamanya. Ternyata lelaki itu masih mengenal Allah dan arah kiblat. Rasa tenang yang menusup masuk kehatinya saat tadi ketika mendengar bait-bait surah yang dibaca dengan penuh tenang dan lancar masih dapat dirasakan hingga saat ini. Tersenyum dia sendirian sehinggalah lengannya dicuit uminya yang memandangnya seraya mengangkat isyarat bagus padanya. tak boleh blah betul la umi ni pun.

Abah dan abang-abangnya juga masing-masing sudah mengangkat kening sesama mereka. Nampak macam berpuas hati. Confirm la lepas ni boleh buat menantu.

Qairina dan Iskandar beriringan keluar ke garaj untuk menghantar Iskandar pulang. Masing-masing menyimpan senyum dalam hati, tak boleh tunjuk. Nanti malu...

“Amacam? Lepas tak jadi suami awak?”soal Iskandar dengan riak wajah nakalnya.
Senyuman yang ditahan-tahan akhirnya terukir juga dibibir Qairina bila ditanya sebegitu. Cukup manis dipandang Iskandar.

“Awak rasa?”soalnya balik

“Nampak macam lepas..”

“Perasan...dah la pergi balik.”balas Qairina. Hujung matanya melihat diambang pintu. Manalah tau ada mata-mata yang menghendap disitu. Keluarganya bukan boleh percaya. Semuanya kaki penyibuk.

“Yela...malam ni saya call awak ok.”pesannya lagak sepasang kekasih. Padahal mereka tak declare apa-apa pun lagi.

“Tak payah la..esok kan awak kerja, nanti bangun lewat pulak.”Qairina memberi alasan. Padahal dalam hati dah berbunga.

“Baik mem..”balas Iskandar seraya memandang wajah manis dihadapannya itu. Ada rasa bahagia yang bergayut dalam hatinya tika itu. Kemudian pintu kereta dibuka dan tubuhnya membolos masuk keperut kereta. Tingkapnya diturunkan.

See you again my Fiancee-to-be.”kata Iskandar penuh perasaan. Ray bannya di atas dashboard kereta dicapai dan dipakainya sebelum gear reverse dimasuk.

Qairina melambai-lambai tangannya bila kereta Iskandar mula bergerak. “Drive carefully..” suaranya sedikit kuat. Sempat lagi dia melihat Isknadar mengangguk sebelum kereta itu hilang dari pandangannya....
******
Sedang asyik Qairina bergolek-golek diatas katilnya sementara menunggu matanya mengatuk, blackberrynya pula mula menyanyi. Tangannya dipanjangnya mencapai hansetnya diatas meja solek. Melihat saja ID pemanggil sudah mampu membuatkan wajahnya tersenyum. Panggilan disambut.

“Assalamualaikum.”suara orang disana mula kedengaran.

“Waalaikumsalam..tak tidur lagi? Esokkan kerja.”dia mula membalas salam. Sudah dikata petang tadi tak perlu menelefonnya. Matanya dikerling sekilas kearah jam locengnya dimeja sebelah katilnya. Dah lewat malam macam ni pun dia nak telifonnya lagi.

“Belum..ada sikit lagi kerja. Mama saya ada beritahu tadi. Minggu depan family saya datang bawak rombongan ke rumah awak.” Waktu mereka makan malam tadi, mamanya sudah mengatakan hajatnya untuk bermenantukan Qairina. Mama nampak sangat berkena dengan Qairina. Dia tumpang bersyukur juga. Waktu itu dia mula terfikir, agak-agak kalau sekarang dia masih bersama Intan, apa mamanya akan terima semudah inikah?

“Cepatnya...nanti esok saya beritahu umi dengan abah.”balas Qairina ringkas.

“Hari isnin ni awak mula masuk kerja kan?”soal Iskandar lagi. Matanya masih setia melekap ke screen laptopnya. Masih ada proposal yang perlu disemaknya sebelum menyerahkan pada papanya isnin nanti.

“Mana pulak awak tau?”

“Masa makan dengan family saya hari tu kan awak cakap.”

“Yeke...a’ah. wish me good luck ok.”pintanya seraya memejamkan kejap matanya yang mula merasa mengantuk.

I will. Jangan nakal-nakal dengan office boy dekat sana nanti. Selalu ingat dekat saya.”pesan Iskandar dengan nada mengusiknya. Mungkin Qairina menyangka yang dia Cuma bercanda, tapi dia memaksudkan apa yang dikatakan tadi. ikhlas diluahkan dari apa yang dirasa.

“Eleh..entah-entah awak yang selalu berfoya-foya dengan awaks dekat office awak tu. Bukan boleh percaya. Girlfriend keliling pinggang.”tuduh Qairina. Dia berani potong kuku ramai office girl di pejabat tu berminat dengan Iskandar.

Qushairi yang kebetulan melewati kamar adiknya untuk turun kebawah minum air menghentikan langkahnya. Daun pintu yang terbuka sedikit dijenguknya. Dilihat adiknya itu sedang bergayut dengan hansetnya dengan senyuman berbunga yang tak surut-surut. Walaupun kedengaran agak samar-samar perbualannya, dia pasti adiknya itu sedang bergayut dengan Qairina. Terasa meluap  rasa cemburu dalam dadanya. Kalau dulu dia nak menelefon gadis itu punyalah susuh, tambah-tambah lagi kalau waktu dah lewat seperti ini.

Malas nak melihat lebih lama, terus kakinya melangkah laju menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Mahu membasahkan tekak seraya menenangkan cemburu yang berombak ganas dalam hatinya itu.

“Boleh tak kita ubah nama panggilan kita. Asyik bersaya, berawak je. Awak panggil la saya Is macam yang orang lain selalu panggil.”pinta Iskandar dengan bunyi manjanya. Mana tak manja dia pun anak bongsu, sedikit sebanyak sikap manja tu tetap ada.

“Kalau panggil Is jugak. Tak ada special la saya ni.”Qairina mengusik seraya tubuhnya ditelentangkan. Matanya merenung siling kosong.

“Kalau macam tu panggil la saya sayang ke, B ke, honey ke..”tiba giliran Iskandar pula bergurau.

Qairina yang mendengar tergelak kecil. Tak mahu la dia panggil macam tu. Buat malunya saja. “Tak nak la saya...ok saya panggil awak Is. Awak panggil saya Qhai.”cadangnya pula.

“Baik Qhaiku sayang...”kata Iskandar penuh romantis. terbuai Qairina dibuatnya sekejap. Senyuman tersunging lagi dibibirnya. Otot muka ni memang sah dah jammed. Asyik nak tersenyum saja dia beberapa hari ni.

Saya dah mengantuk ni.. good night ok.”

“Ok..good night, sweet deram, sleep tight Qhai.....sayang.”saja ditambah lagi perkataan sayang dihujung ayatnya. Terasa lain sekali panggilan itu dirasakan, rasa sweet je. Waktu dia memanggil semua bekas girlfriendnya sebelum ni tak ada pula rasa macam ni. Rasa istimewa pulak panggilan itu kedengaran.

“Dah...dah..pergi la tidur jugak Is.”tambah Qairina lagi. Mendengar suara Iskandar yang tergelak dibelah sana, terus dimatikan panggilan telefon. Comforter ditarik menyelimut tubuhnya yang agak kesejukan.
Kepalanya digeleng-geleng sebelum mencampak kembali iphone 4snya ke atas katil. Specsnya dicapai dan dipakai semula sebelum dia mula meyambung semula kerjanya menghadap laptop yang masih bercahaya. Serasa tak puas berbual dengan gadis comel itu. Mintak-mintak boleh jumpa dalam mimpinya nanti....

_bersambung_

p/s: salam pad semua yang sudah lama menunggu n3 baru SKQ hehe...bab 8 dah masuk, boleh baca ye semua. jangan lupa tingalakan komen dan jejak anda samaada di bahagian komen atau chatbox ok... Iskandar luv Qairina foreva haha....luv u all..good night sume. ^,~

12 comments:

zm said...

hmmm best, sengal btul intan ni, mcm ada aura2 jahat jer

kak ida said...

sweetnya Is dan Qhai..akak suka akan perhubungan mereka. walaupun berjumpa seperti bidan terjun dan nampaknya kedua dua keluarga telah merestui perhubungan mereka. Just wonder apa ek abang Is nak buat bila mamanya nak meminang Is adakah dia akan membantah kaw kaw sedangkan dia telah pun bertunang.

Anonymous said...

intan nk g KL kn? t mst dia akn kcau Is..pastu Qushairi pon mst nk kcau Qhai blik..
hope Is n Qhai kukuh ngn rasa masing2..

[hawa]

'alya_sara said...

sweet & romantic couple tp nampak gaya citer ni akan se makin panas le ye dgn adenyer watak intan ni ye tak?

Anonymous said...

alahai....sweetnyaaaa.....is and qhai..intan dengan abang is mesti jadi penyibuk dalam citer ni...tak suka...tak suka...cik writer cepat2 update next n3 ye tak sabar dah ni...

pnut said...

sweetnye couple nie..
tp nanti msti ade dugaan gak nie..
mcm aiman ngan laila dlm BKH..
tp yg penting hepi ending ek dila..
gud job..

dila dyna said...

berjuta2 terima kasih dila ucapkn pda yg sudi tingglkn jejak anda...silent reader pun xpe asalkn cite ni melekt di hati sume hehe....dila nk tnye, ade sesiapa x sokong klo dila nk sipakn manuskrip SKQ ni????tp nnti xtau nk anta kt publisher mne plak. dila dh bnyk kli anta SKQ dkt penulisan2u tp link x naik2 jgk huhu...

norma yusof said...

bestnya,,ske bce cte nie..wlaupun bru sje jumpa tpi msing2 sudah terpikat..dua2 belah keluarga merestui perhubungan IS dan QHAI..aura Intan nampak macam jahat je..

norma yusof said...

sy sokong sgt2 kalau Dila siapkan manuskrip SKQ nie..try hantar lagi..insyaALLAH bolehnya..x pun kat fb kan ad yg khas utuk penulis novel..

Anonymous said...

best...jgnlah intan & Qushairi kacau hubungan diaorng...biar Qhai n is bhgia slalu....

Anonymous said...

adeh kelakar betul la abang2 Qhai ni.best citer ni..good job writer..

Anonymous said...

best betul sume2 citer yg dila tulis nie..gaya bahasa dia x mengecewakan..teringin nk kumpul sume novel penulisan dila...
sejuta kasih qhairina n diantara bintang sememangnya melekat kat hati mira...harap novel nie dpt direleasekan ek..wish u good luck..