Monday 30 July 2012

Bisikan Kata hati- 7

Semenjak peristiwa tu, tiap kali Laili mengajak dia melawat Laila. Seboleh-bolehnyanya dia menolak kerana dirinya terasa janggal untuk berhadapan dengan gadis itu setelah apa yang diketahuinya. Sehinggalah sebulan sebelum perkahwinan antara dia dan Laili, Laili terlibat dalam kemalangan. Kereta yang dipandunya sewaktu pulang kerja hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan.  Keretanya memasuki laluan bertentangan dan dilanggar kereta MPV yang tidak sempat mengelak. Laili cedera parah dikepala. Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, arwah ada membuat permintaan, meminta supaya dia mengambil Laila sebagai isteri.

“Aiman…I min…mintak sangat supaya you da…da…dapat ambil adik I sebagai wife you.” Ucap Laili walaupun payah kerana terpaksa menanggung kesakitan. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Aiman juga turut mengalir air mata tidak sanggup melihat gadis yang dicintainya menanggung kesakitan. Hendak dihapuskan air mata yang menodai pipi Laili, tapi dia tahu dia tidak punya hak untuk menyentuh gadis itu.

“Laila cintakan you…I ha…harap you dapat bahagiakan Laila. Janji pada I.” Luah Laili lagi. Aiman tergamam, dia tak tahu bagaimana Laili boleh tahu rahsia soal tu. Takkan Laila bagi tahu pula. Tapi dia juga tak sanggup mengatakan tidak, lantas kepalanya diangguk laju.

“Kak long!! kenapa Kak long cakap macam ni?” Laila dah meluru kearah kakaknya yang terlantar di atas katil. Air matanya sudah mengalir deras. Tangan kakaknya yang sejuk digenggam seerat-eratnya.

“Kak long tau..ka...Kak ngah cintakan Aiman kan? Kak long minta maaf kakak tak sengaja terbaca diari kak ngah.”

Ternyata muka Laila kelihatan pucat tidak berdarah. Terkedu dengan kenyataan kakaknya.

“Diari tu tak betul kak long…Kak ngah tipu aje..” Berlagu-lagu tangisannya disertai dengan gelengan menidakkan segala apa yang tertulis dalam diarinya.

“Kak long mohon…. kak ngah terimalah Aiman, kak long do..doakan kamu bahagia...” Sebaik habis saja ayat yang terakhir, dada  Laili kelihatan turun naik. Tangan Laili yang berada dalam genggaman Laila sudah terkulai jatuh….bertambah kuat tangisan Laila sehingga  uminya sendiri perlu menenangkannya. Akhirnya tepat jam 12.45 malam, Laili pergi menghadap ILLAHI.

Dan itu menjadi titik tolak bagi bermulanya ikatan perkahwinan antara dia dan Laila.

Tiga hari sebelum akad nikah berlangsung dia pernah mengajak Laila berjumpa di Tasik Perdana pada pukul 5.15 petang. Tujuannya adalah untuk meminta Laila memberhentikan perkahwinan tanpa dirancang itu.

Kira-kira pukul 5.00 petang dia sampai di Tasik Perdana. Dia duduk di bangku yang tersedia ditasik itu. Sambil bosan-bosan menunggu dia termenung jauh merenung Tarik yang berorak tenang sambil mengenangkan kembali saat-saat bahagia dirinya dan Laili. Namun semua itu hanya tinggal kenangan. Kebahagiaan yang selama ini terpancar diwajahnya kian malap seiring dengan pemergian sang kekasih hati. Setelah kira-kira 30 minit menunggu, bayang Laila masih belum kunjung tiba. dia mula panas punggung menunggu sepanas api kemarahan didadanya tika itu.

“Inilah perempuan, kalau janji tak pernah tepat.” Kutuk Aiman dengan rasa tercabar kesabarnnya. Lantaklah, bukan perempuan tu boleh dengar pun. Tapi kalau Laila dengar pun dia tidak kisah, biar perempuan itu sedar kesilapan diri.

Jam tangan berjenama mewah yang melekap kemas di pergelangan tangannya dikerling sekejap, dia mendengus kasar. Jam sudah menunjukkan pukul 5.45 petang.

“Dia ingat aku tak ada kerja lain ke nak tunggu dia macam tunggul kayu kat sini!!” Sekali lagi Aiman menyatakan ketidakpuasan hatinya. Tanpa menunggu lama, handphonenya dibawa keluar dan nombor telefon Laila didail laju. Setelah beberapa minit menunggu akhirnya panggilannya berjawab.

“As..assalamualaikum.” Sedikit gementar kedengaran suara Laila yang keluar dari corong telefon.

“Waalaikumsalam! kau dekat mana ni? kau tahu tak aku dah terbakar tunggu kau dekat sini! Hidup menyusahkan orang aje!” Jerkah Aiman dengan suara yang kasar dan tinggi menjulang.

Laila terkelu sebentar, selama dia mengenali Aiman, dia tidak pernah mendengar Aiman bersuara tinggi dan kasar sebegini.

“Dalam 5 minit lagi Laila sampai, jalan jammed tadi.”

“Banyaklah alasan kau. Cepat sikit!” Aiman memberi arahan tegas. Tanpa memberi salam terus talian dimatikan dan dia kembali duduk di bangku yang disediakan membilang minit. Sedang dia membelek-belek handphonenya tiba-tiba kedengaran suara perempuan dari arah belakangnya.

Sorry…Laila lambat.” Kedengaran termengah-mengah suara Laila. Aiman menoleh dan jelas dihadapan matanya jasad Laila yang ringkas berseluar jeans dan bert-shirt lengan panjang berwarna biru laut. Rambutnya paras bahu hanya diikat ekor kuda kelihatan sedikit berserabut, mungkin kerana ditiup angin petang ditasik itu. Wajahnya yang putih bersih juga kelihatan sedikit kemerah-merahan dek pancaran matahari petang.
Aiman tersenyum sinis.

“Kalau dah tahu jalan jammed petang-petang macam ni, lain kali keluar awal!” Tanpa menunggu balasan dari Laila, Aiman terus menyambung kata-kata.

“Ok. Straight to the point, aku panggil kau kesini sebab aku nak minta kau batalkan pernikahan kita jumaat ni. Aku tak kisah macam mana cara sekali pun kau nak buat, aku cuma nak kau pastikan yang akad nikah jumaat ni batal jugak.” Panjang sekali mukadimah Aiman. dia tidak sanggup meneruskan semua ini. Biarlah walaupun keluar menanggung malu sekali pun, dia tidak kisah. Yang penting dia tidak mahu hidup dengan perempuan yang sudah menyebabkan Laili mati.

Laila terkaku tanpa riak. Cuba menangkap maksud setiap bait kata yang keluar dari mulut Aiman tadi.

“Tapi abang..persiapan semua dah siap. Cuma tunggu hari aje. Macam mana Laila nak hentikan?” Laila tetap menjawab walaupun hatinya mula terasa sebak.

“Aku tak nak dengar alasan dari kau. Make sure semua benda ni settle sebelum hari jumaat ni.” Tegas Aiman lagi, telinganya dipekakkan dari semua alasanyang dikatakan Laila itu. Tanpa menunggu jawapan, terus kakinya pergi melangkah meninggalkan Laila yang masih lagi kaku disitu.

Lambat-lambat Laila berpaling melihat Aiman melangkah pergi dari situ, tanpa disedari, air mata yang tadinya bertakung perlahan-lahan turun menuruni pipinya. Kakinya terasa lembik. Kemudian tangan kanannya digengam kuat dan ditumbuk-tumbuk perlahan dadanya yang terasa sangat sesak. Semua ini begitu menyesakkan kepala dan dadanya.

Namun segala apa yang dibicarakan pada Laila hanya sia-sia kerana pernikahan mereka tetap berjalan seperti yang dirancang. Sebelum akad nikah bermula, Aiman sempat lagi mencerlung garang bak singa lapar. Segalanya usahanya jadi sia-sia. Dan hari itu , telah selamat lidahnya lancar menyebut nama isterinya saat tangannya digenggam erat tangan bapa mertuanya.
*******
 Laila termenung diatas katil sambil tangannya laju memyelak sehelai demi sehelai diari yang telah lama ditinggalkan seusia dengan peninggalan dirinya dari malaysia. Setiap kali kotak fikirannya teringat perihal diarinya itu, pasti fikirannya turut tidak telepas mengingati arwah kak longnya. Dan setiap kali itu juga rasa bersalah akan datang bertimpa-timpa membuatkan dia lelah.

Andai saja kak long tidak terbaca diarinya ini, pasti semua ini tidak akan bakal terjadi. Mungkin Kak longnya terlalu sedih dan terkejut selepas membaca diarinya dan mula hilang tumpuan dalam permanduan. Sekaligus menyebabkan kemalangan yang meragut nyawanya itu berlaku.

“ Kenapalah aku ni cuai sangat.” Laila meluah bersama keluhan berat.

“Kalau aku tak merepek dalam diari tu mesti semua ni takkan terjadi.” Keluh Laila lagi. Tapi hendak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Masa yang berlalu tidak mungkin oleh diputarkan kembali. Masih segar dalam ingatan bagaimana kakaknya sedikit dingin padanya seminggu sebelum pemergiannya. Lansung tidak terlintas dalam kepalanya kalau kakaknya sudah mengetahui isi hatinya pada Aiman. Bercakap pun bila perlu, dia sendiri tidak berani untuk bertanya. Kiranya kakaknya itu bergaduh dengan Aiman, sebab itu perangainya berubah sebegitu sekali.
           
Sewaktu perkahwinannya dengan Aiman pun, tidak ramai yang tahu kecuali kawan-kawan rapatnya termasuk Liya. Tiba-tiba fikirannya melayang teringatkan pada hari pernikahannya 4 tahun lepas…
****

“Aku terima nikahnya Laila Marlisa binti Mokhtar dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai.” Ucap Aiman dengan tenang walaupun di dalam hatinya bagaikan bagaikan ombak yang mengganas. Hanya dengan sekali lafaz, kini sudah sah Laila menjadi isterinya.

Laila yang anggun menawan tetap mengalirkan air mata. Keanggunannya hari tu tidak mampu menutup kesedihan yang bermaharajalela dalam hatinya. Tiada sekelumit pun perasaan gembira  atas perkahwinan ini, rasa bersalah yang menghimpit dirinya bagaikan satu besar yang menghempap dadanya. Ketika upacara menyarung cincin tiba, sekali lagi dadanya terasa sesak dengan pandangan tajam mata Aiman.

Diperhatikan tangannya yang sedikit menggigil apabila Aiman duduk disisinya, bersedia untuk menyarungkan cincin berlian bermata satu yang dianggarkan ribuan ringgit sebagai tanda ikatan mereka. Digengam tangannya erat berharap gigilan pada tangannya hilang. Apabila terasa bahunya dicuit Liya, barulah dia mendongak dan dilihatnya semua sanak saudara sudah ramai mengelilingi mereka untuk menyaksikan upacara yang sangat penting itu. Photographer yang diupah juga dilihat sudah bersedia untuk merakam detik-detik manis itu.

“Tangan kau.” Kata Liya setelah melihat dirinya yang seakan-akan hilang tumpuan.

“Huh?”

“Hulurkan tangan kau tu. Suami kau nak sarung cincin.” Beritahu Liya lagi, kali ni dengan nada perlahan. Matanya dialih kearah Aiman disebelahnya yang segak berbaju melayu putih gading. Jantungnya berdetak hebat tatkala biji mata mereka beradu.

Teragak-agak Aiman menarik tangan Laila yang terasa sejuk, Laila pula hanya membiarkan sahaja sehingga segalanya selesai. Tidak ada sekelumit pun rasa bahagia menerpa kedalam mereka berdua.

“Cium dahi isteri kamu tu Aiman.” Kedengaran sumbang suara Datin Rasyidah yang menyuruh supaya Aiman mengucup dahinya.

Naik merah pipi Laila pabila mendengar arahan dari ibu mertuanya itu. Dalam sekelip mata sahaja dahinya terasa hangat disentuh bibir Aiman. Dia tahu, Aiman bukan rela pun untuk mengucupnya, cuba berpura-pura kerana kehadiran orang ramai disekeliling mereka, jadi dia terpaksa juga melakukannya.

Pertama kali dahinya yang licin dikucup oleh seorang lelaki yang bergelar suami. Ada satu perasaan yang menyelinap masuk dalam sanubarinya, mungkin bahagia dan mungkin juga kesedihan. Dia sendiri tidak mengerti perasaannya sendiri.

Satu lagi…sewaktu sesi mengambil gambar, bermacam-macam pose yang disuruh mereka lakukan. Malu tidak payah cakap, rasa nak sorok dalam bilk air saja rasanya. Aiman pula buat muka tak ada perasaannya, sampai satu tahap…

“Weh Paan! dahlah tu. Aku rasa dah beribu gambar dalam kamera kau tu, kita orang dah penat!” Aiman menyuruh sahabatnya aka photographer yang diupah kahas untuk merakam setiap perjalanan majlis hari ini supaya berhenti. Meluat mungkin dengan kerenah yang macam-macam. Laila hanya mampu tersenyum sahaja mendengar rungutan itu. Dia sendiri dapat merasakan betapa meluatnya Aiman saat itu. Namun dibuat sahaja mukanya yang tak ada perasaan.

Malamnya….

Langit di luar yang tadinya terang beransur-ansur menjadi gelap. Laila masuk ke dalam biliknya yang sudah cantik berhias selayaknya seperti kamar pengantin. Matanya terasa pedih terlalu banyak menangis, lantas tuala dicapai dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Dia sebenarnya terasa berdebar-debar memikirkan bagaimana dia mahu berdepan dengan suaminya. Setelah lengkap berpakaian, baru dia melangkah keluar dari kamar mandi. Sebaik sahaja dia melangkah keluar, pintu biliknya terkuak dan tersembul wajah suaminya yang kacak berpakaian baju melayu berwarna putih gading. Sampingnya sudah hilang, yela buat apa malam-malam buta ni hendak pakai samping lagi.

Tanpa mempedulikan kelibat suaminya, terus telekung dicapai, dia perlu menghadap Allah supaya dititipkan ketenangan dalam hatinya. Habis sahaja solat kelihatan suaminya keluar dari kamar mandi dengan hanya bertuala paras pinggang, badannya yang tegap dan sasa terdedah membuatkan Laila malu sendiri, jantung sudah mula berdegup sakan. Kedua-duanya kelihatan kaku.

“Kau tidurlah atas katil, aku tidur dekat sofa.” Tanpa perasaan Aiman menutur kata. Hilang terus kata-kata sopannya yang sebelum ini membahasakan dirinya abang kerana dia tua 3 tahun dari Laila. Tanpa mempedulikan kehadiran Laila dalam kamar it uterus dia menyarungkan t-shirt kosong berwarna biru dan seluar trek ,kemudian bantal dan selimut terus dicapai dari atas katil dan terus merebahkan badan sasanya di atas sofa di dalam bilik itu. Matanya ditutup rapat, tidak mahu walau seinci pun terbuka, benci rasanya mahu menatap wajah ayu milik isterinya.

Laila yang sejak tadi hanya menjadi pemerhati tegar mula mengatur langkah kearah katil yang terhias indah. Duduknya dilabuhkan kebirai katil sambil matanya tidak lepas dari memehatikan suaminya yang sudah berbaring disofa.

“Abang… Laila minta maaf. Laila langsung tak pernah terniat nak jadi pengganti arwah Kak long.” Ujar Laila perlahan da kedengaran teragak-agak. Dia gerun sebenarnya melihat perubahan pada diri Aiman yang tiba-tiba berubah rupa. Tanpa ditahan-tahan, air matanya mula menitis lagi.

Aiman yang sedang cuba melelapkan mata itu terus terbangun dari pembaringan. Mendengar suara isterinya tadi sudah cukup mengundang kebencian yang amat sangat, walaupun suara itu kedengaran lirih. Dia memandang wajah isterinya dengan tajam, sarat dengan kebencian.

“Kenapa kau nak mintak-mintak maaf ni? kalau bukan sebab diari kau yang bodoh tu, semua ni takkan terjadi tau, Laili pun tak akan meninggal!” Pekikan suara Aiman mula menganbil tempat.

“Kenapa pulak kau nak mintak maaf? bukan ni ke yang kau nak? Kahwin dengan aku..” Aiman mula berkata sinis. Jelak dia melihat air mata palsu yang megalir dipipi isterinya.

“Hei perempuan!!…tak payahlah kau nak berlakon dengan air mata kau tu, kau ingat aku akan simpati ke huh?!” Suara Aiman lagi. Cukup membuatkan Laila kecut perut.

 Aiman mula bangkit dari sofa dan melangkah laju mendekati birai katil. Tangannya mencengkam kuat pipi Laila dan wajahnya didekatkan ke wajah isterinya yang ketakutan.

“Kau ingat aku tak tau ke yang kau suka kan aku. So.. aku agak kau mesti suka dapat kahwin dengan aku kan?” Aiman berbisik penuh dengan nada sindiran, tiada sekelumit pun rasa simpati melihat air mata yang mengalir pada pipi mulus isterinya. Terus wajah isterinya dilepaskan kasar, rasa jijik dia ingin menyentuh isterinya terlalu lama.

“Aa…lagi satu aku nak ingatkan kau. Kau jangan terlalu seronok dengan perkahwinan ni, sebab aku akan pastikan kau tak bahagia!! Tak payah kau berabang-abang dengan aku, berbulu telinga aku dengar. Dan yang paling penting, aku tak teringin nak sentuh kau. Jijik tahu!!” katanya lagi seraya memandang isterinya dari atas kebawah dengan pandangan jijik. Terus tubuhnya direbah kembali kesofa dan mataya dipejamkan rapat. Kalau boleh saat ini dia hanya ingin mendengar bisikan halus suara Laili di telinganya, bukan esak tangis Laila yang hanya mendatangkan perasaan meluat dalam dirinya.

Laila terjelepuk atas lantai. Malam itu tidurnya bertemankan air mata, basah bantalnya tidak dihiraukan. Perasaan sedihnya perlu dilepaskan, tapi dia tidak tahu hendak diadukan kepada siapa.

Semenjak hari tu, mereka jarang bertegur sapa. Bercakap hanya bila perlu sahaja. Kedua belah pihak faham akan situasi yang berlaku antara mereka jadi tidak perlulah mereka berlakon macam mereka inilah pasangan paling romantik atas muka bumi ni.

Keadaan berlarutan sehinggalah surat JPA yang ditunggu-tunggu sampai ke rumah. Dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Belanda. Dia langsung tidak teragak-agak untuk pergi, dan sangkaanya juga tepat. Aiman tidak membantah langsung pemergiannya ke Belanda. Puas dipujuk umi, abah,ibu dan bapa mertuanya yang ternyata berat hati nak melepaskannya pergi. Dia perlukan masa untuk mengubat hatinya.

Pada belah malam. Suaminya yang sedang duduk menghadap laptop di atas sofa mula ditegur. Kali pertama suaranya keluar setelah seminggu mereka tidak bertegur sapa. Dia terpaksa membuka mulut malam mini gara-gara surat JPA yang sampai dirumahnya semalam.

“Abang…” Panggilnya. Perasaan takut yang bertunas dalam hatinya ditolak tepi.

Aiman yang terasa terganggu dengan suara yang kedengaran menjeling tajam Laila disisi. Begitu menjengkelkan dimatanya. Apalah perempuan ni nak? tidak habis-habis kacau ketenteramannya. Dia mendengus kuat seolah-olah benci diganggu.

“Kau nak apa ha?!” Tengking Aiman dengan suara yang mengalahkan halilintar. Perasaan amarah cepat sahaja membakar hatinya tatkala wajah Laila berada didepan.

“Laila…Laila nak kasi ni…” Jawab Laila terketar sambil surat yang berada ditangannya dihulurkan kearah suaminya. Surat yang dihulurkan ditarik kasar, mujur tidak terkoyak. Kemudian mata Aiman laju membaca patah-patah ayat yang tertulis disurat itu. Dia terdiam. Tidak lama kemudian surat itu dicampak semula kearah Laila dan singgah tepat kewajahnya. Dia ketawa sinis.

“Kau ingat kalau kau tunjuk surat ni aku akan halang kau pergi ke? Jangan mimpi. Kau nak sangat pergi kan? Pergilah!…berambus kau dari hidup aku!!” Aiman berkata garang dengan wajahnya yang merah padam menahan marah yang beraja dihati. Seminit kemudian terdengar dentuman kuat bunyi pintu bilik mereka ditutup.

Dengan perlahan Laila menunduk, mengambil balik surat yang sudah jatuh kekaki. Matanya yang terasa panas dipejam lama, cuba memgusir rasa sakit dalam hatinya.
*****
Tepat pukul 9.00 malam, bergema suara lantang Datin Rasyidah di banglo dua tingkat itu. Suara yang bisa membuatkan si pendengar mula menikus.

“Mama tak kira! esok pagi juga mama nak Aiman pergi jemput Laila dekat rumah dia.” ujar Datin Rasyidah tegas, boleh cair tahi telinga kalau hari-hari dengar suara macam ni.

“Tapi mama…esok Aiman banyak kerja kat pejabat.” Aiman memberi alasan, entah kenapa idea tidak datang padanya saat diperlukan time-time emergency macam ni. Jadi, hanya alasan itu sahaja yang dapat dia guna. Tapi melihat pada riak muka mama, nampak gayanya alasan dia tidak akan diterima pakai.

“Tak payah nak bagi alasan, papa dah bagi kebenaran untuk Aiman masuk lambat esok.” Pandai sahaja anak lelakinya itu kalau mencipta alasan.

Berkerut-kerut dahi Aiman mencari idea untuk mengelak dari arahan mamanya. Tiba-tiba otaknya yang ligat berfikir mendapat idea, hah…. Pak Karim kan ada.

“Suruh ajelah Pak Karim ambil, mengada-mengada.” Aiman menepis.

“Mengada-ngada apanya?! Kamu tu yang mengada. Tak boleh! esok mama nak Pak Karim hantar mama pergi persatuan.” Jawab mama tegas. Boleh pula anak bertuahnya itu menggunakan Pak Karim untuk mengelak. Banyak akal sungguh.
           
            ‘Aku pulak yang mengada?’ bentaknya dalam hati

“Hish! Ye la…” Balas Aiman marah. Datin Rasyidah hanya tersenyum kemenangan hehe….





No comments: