Wednesday 29 February 2012

Alhamdulillah akhirnya....

hehe....assalamualaikum semua...

berita gembira yang paling penting dila nak beritahu, manuskrip BISIKAN KATA HATI aka BKH sudah selamat dihantar ke meja editor petang tadi. untuk semua yang ternanti-nanti pengakhiran kisah cinta antara Laila dan Aiman, sama-sama kita nantikan berita baik untuk BKH ok..

insyallah andai rezeki di pihak dila, akan terbit BKH dalam versi cetak...sama-sama kita berdoa yang terbaik ok

5/3 ni Dila sudah masuk kuliah balek, so wish me gud luck for forth semester ok hehe....

wargh!!!!!lepas ni boleh layan cite korea hehe....

Sunday 26 February 2012

Sejuta Kasih Qairina 10



“Jemput duduk”pelawa Ir. Zulkefli pada anak muda dihadapannya. Hari ini dia mendapat kunjungan daripada wakil syarikat Putra Holdings berkenaan tender yang telah mereka tandatangani sebulan lalu. Syarikat mereka diberi tender untuk membekalkan bahan-bahan binaan untuk projek baru Putra Holding untuk membina resort bertaraf 5 bintang di langkawi.

“Terima kasih Encik..”ujar Qushairi penuh hormat sambil meletakkan punggung dikerusi berhadapan dengan Ir.Zulkefli yang dilihat agak-agak sebaya dengan papanya. Dia datang ke syarikat Intership Corp ini untuk berbicang soal bahan binaan yang telah mereka tempah sebulan lalu untuk perojek terbaru syarkat mereka.

“Tak perlu berencik-encik..panggil uncle je, lebih mesra. Qushairi ni abang Iskandar kan?”soal Ir Zulkefli pada anak muda itu. Lihat dari raut wajah saja dia boleh meneka, mereka berdua ada iras-iras wajah. Cuma Iskandar nampak lebih kacak dan ceria, manakala abangnya ini ternyata tampak lebih tenang dan cool.

Qushairi memandang pelik dengan pertanyaan yang ditujukan untuknya itu. Macam mana pula Ir Zulkefli boleh mengenali adiknya. Setahunya hanya dia yang terlibat dengan projek resort itu. Adiknya ditugaskan untuk mengurus projek lain.

“Mana uncle kenal adik saya?’ringkas dia bertanya. Tak lama selepas itu matanya menangkap sebingkai gambar yang terletak elok dimeja itu. Gambar family, dan ternyata baru sekarang dia dapat menangkap kata-kata Ir Zulkefli itu. Sungguh dia tak menyangka yang dia berurusan dengan bapa bekas kekasihnya yang mungkin tak lama lagi akan menjadi bapa mertua adiknya pula selama ni.

Ir. Zulkefli tergelak seketika. “ Insyallah tak lama lagi bersaudara la keluarga kita. Ye tak? Qairina tu puteri uncle.”terangnya pada Qushairi yang nampak terkebil-kebil memandangnya.

Qushairi mengukir senyuman plastik tatkala mendengar butir bicara yang keluar dari mulu abah Qairina itu. 

“Tak sangka pulak kecil sangat dunia ni..”katanya dengan nada senang yang dibuat-buat.

“Is macam mana? Sihat?”soal Ir.Zulkefli lagi, sudah lama dia tak mendengar khabar pemuda itu dari mulut anak gadisnya.

“Alhamdulillah sihat. Dia busy sikit kebelakangan ni uruskan projek dekat sabah.”cerita Qushairi ramah walaupun hatinya terasa tersiat mendengar soalan itu yang ternyata mengambil berat perihal adikya.

“Suruh dia jaga kesihatan, kerja..kerja jugak. Tapi kesihatan tubuh tu pun penting. Qushairi pun.”

“Insyallah uncle. So..shall we start the discussion?”soalnya seraya mengambil keluar beberapa dokumen yang diperlukan dan diletak dihadapan Ir. Zulkefli.

Yes..sure.”sambut Ir. Zulkeli senang. Dia memang suka kalau melihat anak muda yang bekerja keras dan serius bila menjalankan kerja. Interkomnya ditekan dan menyuruh setiausahanya menyediakan dua cawan coffe buat mereka sebelum memulakan perbincangan.

Selama sejam lebih perbincangan mereka berlansung sehingga masuk watu lunch. Dia dipelawa untuk lunch sekali dengan abah Qairina tapi ditolaknya dengan alasan kerja yang masih menunggunya di office. Saat kakinya mula menapak keluar dari lif yang turun dari tingkat 12 yang menempatkan tempat perbincangan mereka tadi, Qairina melintas dihadapannya, tenang menghayun handbagnya ditangan kanan. Dia diapit dua orang perempuan.

Dipercepatkan langkahnya mengejar Qairina yang sudah agak jauh kehadapan. Tali handbag gadis itu ditarik untuk meraih perhatian. Ternyata wajah gadis itu nampak terkejut dengan kehadirannya disyarikat itu.

“Abang nak cakap dengan Qhai sekejap.”katanya sedikit merayu. Ya. Dia perlu berbicara dengan gadis itu untuk melepaskan apa yang terbuku dihatinya.

Qhai yang pada mulanya hendak terus melangkah pergi, tak jadi. Takut Qushairi malu pula dengan tindakannya nanti. Dua orang pekerjanya yang salah seorangnya Tia dipanangnya kejap. Mereka nampak tertanya-tanya.

You all pergi dulu. Saya ada urusan sekejap.”katanya sebelum melangkah pergi engan Qushairi. Diberi jarak antara mereka, tak mahu dilihat terlalu rapat. Tak mahu ada pekerja yang membawa cerita pula nanti. Dalam keterpaksaan, terpaksa juga dia mengikut Qushairi lunch di restoran yang agak jauh sedikit. Itu permintaanya. Dia tak mahu terserempak dengan sesiapa.

Setelah membuat pesanan, matanya membuang pandang kearah pancuran air yang ada direstoran tersebut. Malas dia mahu membalas pandang dengan Qushairi yang asyik melihat wajahnya sejak tadi. hatinya mengerutu tak selesa. Sungguh dia tak selesa berduaan macam ni. Membuatkan rasa bersalah pada Iskandar mula timbul dalam hatinya.

“Abang nak cakap pasal apa ni?”soalnya dengan nada geram. sudah 10 minit berlalu, tapi lelaki ni tak bercakap-cakap jugak. Tak habis-habis merenung mukanya.

“Betul ke Qhai nak kahwin dengan Is?”direct dia bertanya.

Nafas dalam dihelanya terlebih dahulu sebelum memandang wajah lelaki dihadapnnya ini tajam mengalahkan sebilah belati tajamnya. Serta merta kenangan lalu mula mengambil tempat difikirannya. 3 tahun lalu....

“Kita putus.”lancar saja kata putus meluncur keluar dari bibir Qushairi petang itu sambil menghadap tasik yang tenang dihadapnnya. Beberapa orang mahasisiwi dan mahasisiwa dilihatnya sedang beriadah, ada yang mengayuh basikal, berjoging, dan tak kurang juga hanya berbual kosng. Memang begitulah kehidupan dikampus setiap petang.

Kira-kira pukul 4.30 tadi dia mendapat panggilan telefon dari Qushairi yang mahu mereka berjumpa tepi tasik yang terletak dikampus. Dia duduk dikolej manakala Qushairi menyewa diluar kampus. Selalu kalau mereka mahu ketemu, disitulah port mereka.

Qairina yang duduk dipangkin segera berdiri tatkala mendengar kata putus dari Qushairi yang sangat tak disangka-sangka itu. Mungkin Qushairi sengaja nak bergurau dengannya, tekanya dalam hati.

“Abang saja nak kenakan Qhai kan?”solanya dengan wajah ceria seraya mencuri pandang kearah Qushairi disebelah. Walaupun dalam hatinya terasa gentar mendengar kata-kata tadi. hatinya mula goyah.
Qushairi menoleh dengan wajah yang serius. Terus mati keceriaan pada wajahnya melihat keseriusan yang terbias diwajah jejaka itu.

“Tak payah la buat muka serius macam tu. Bukan handsome pun.”candanya lagi walaupun dadanya sudah bergetar hebat menahan rasa.

“Abang serius. Kita putus! Dah lama sebenarnya abang fikir untuk bercakap pasal benda ni. Sebab abang tak rasa hubungan kita boleh pergi lebih jauh.” Tenang dan serius lelaki itu berkata seolah-olah sudah dirangka percakapannya. Langsung tak kedengaran dibuat-buat.

“Tipu....”katanya lagi mahu menutup perasaannya yang sudah mula bergolak tak keruan. Tapi memang hubungannya dengn Qushaii sudah sedikit reggang keebelakangan ini kerana Qushairi subuk dengan fina projeknya manakal dia sibuk dengan final exam yang mula menjelang.

“Itulah salah satu masalah Qhai, tak pernah nak ambil serius sesuatu perkara. Ingat semua benda boleh dibawa main, bawak bergurau!!” suara Qushairi mula menjulang tinggi, beberapa mahasisiwa yang lalu disitu sudah mula terpandang-pandang.

Mata Qairina sudah mula berkaca, pandangannya mula kabur dengan air mata. Tak pernah lagi rasanya dia diherdik sebegitu rupa. Tambahan lagi ditempat terbuka seperti ini. Malu dengan mata-mata yang mula memandang dan mulut yang mula berbisik disekelilingnya.

“Ta...tapi kenapa? Qhai ada buat salah ke?”soalnya sebak, perlahan-lahan juraian air mata mula menodai pipi bersihnya. Setahunya sepanjang mereka bersama, mereka tak pernah berselisih faham. Apatah lagi bergaduh. Mereka memang cukup terkenal dikalangan warga kampus dengan panggilan ‘loving couple’. Tapi sekarang?

“Apa salah Qhai? Banyak salahnya Qhai. First, Qhai macam budak-budak yang tak matang. Second, abang malu bila bawak Qhai jumpa dengan kawan-kawan abang yang lain. Third, abang muak...muak dengan sikap dan perangai Qhai yang macam budak-budak tu. Abang rimas tau tak!!!”tengkingnya lagi.

Semakin laju air mata yang turun dari matanya ibarat air sungai yang tak berhenti-henti mengalir. Ingatnya 
selama ini sikap manja dan kebudak-budakannya itulah yang telah memikat Qushairi. Ternyata dia salah, salah dalam menilai hati seorang lelaki yang matang seperti Qusairi. Perbezaan jarak umur antara mereka ternyata membawa masalah kepada mereka. Sikapnya memang seperti ini. Macam mana nak diubah lagi. Dia sudah sedaya upaya menjadi teman wanita yang terbaik buat Qushairi. Tetapi ternyata dia turut gagal.

“Yang kelima...” Qushairi mahu menyambung.

“Cukup!!!!” jeritnya kuat memenuhi segenap ruang tasik itu yang tadinya tenang dan damai. Cukuplah tu..dia tak sanggup lagi mendengar walau sepatah kata pun yang keluar dari mulut lelaki tu. Sungguh dia tak menyangka yang selama ini dia membawa malu pada lelaki itu.

“Abang rasa Qhai pun dah faham. Jadi mulai sekarang, mulai saat ni. Jangan munculkan diri depan abang lagi. Faham!!”kata Qushairi penuh tegas dengan wajah serius sebelum meninggalkan Qairina terkulat-kulat disitu sendirian.

Kira-kira sejam dia menagis ditepi tasik itu keseorangan sambil memeluk kepala lututnya. Sayup-sayup kedengaran azan maghrib mula berkumandang mula mencecah gegendang telinganya. Sudah kering air matanya untuk menangis. Dia mula bangkit dan berlalu kekolej kediaman dengan wajah yang sembab dan tak beriak. Sebaik saja tiba dibilik, terus dipeluk tubuh Sakinah roomatenya erat, meminjam bahu itu untuk menangis.

Dan peristiwa malam yang berlaku selepas dua hari kejadian ditasik berlaku itulah yang tak pernah dia lupakan waima sehingga sekarang pun. Kejadian itu masih melekat kuat diingatannya. itulah yang telah membawa kepada tekadnya untuk mengelar pergelangan sendiri, sekaligus telah mengubah seluruh kehidupannya....

“Qhai dengar tak apa yang abang cakap?”soal Qushairi sambil memetik jarinya dihadapn mata Qairina. Gadis itu seperti berkhayal.

Petikan jari Qushairi mematikan segala kenanga lama yang menjengah masuk kekotak fikirannya. Sudah lama dia ingin memadamkan segala ingatan itu terutamanya kejadian malam itu. Tapi entah kenapa terlalu susah untuk dia buang kenangan lalu. Kehadiran Qushairi semula telah memperingatkan lagi dia pada kejadian masa lalu.

“Apa?”soalnya ringkas. Tanpa sedar makanan sudah sedia terhidang diatas meja. Entah bila sampai dia pun tak sedar.

“Abang tak benarkan Qhai kahwin dengan Qhai.”ujarnya tegas secara tiba-tiba. Dia tak boleh terima kehadiaran lelaki lain selainnya disisi Qairina. Di tau dia tamak memandangkan dia sudah bertunang dengan Hani. Tapi bukan dengan adiknya sendiri, dia tak boleh terima.

Qairina mula menyorot tajam wajah lelaki didepannya ini. Nak tergelak pun ada mendengar kata yang keluar tadi.

“Siapa abang nak menentukan dengan siapa Qhai kahwin.” Qairina berkata penuh sinis. Sungguh dia tak faham dengan sikap lelaki didepannya itu. Sanggup dia menjilat kembali ludah yang telah dibuangnya dulu. Sungguh tak tahu malu!

“Sebagai lelaki yang mecintai Qhai dengan ikhlas. Abang berhak!”ujarnya dengan wajah tegang.

“Hak? hak apa yang abang ada?” soalnya Qairina sinis. Dia betul-betul tak faham dengan pendirian lelaki didepannya ni. Tak faham bahasakah dia, yang hatinya sudah tak ada apa-apa rasa lagi terhadap lelaki itu. Apa perlu dijerit tengah-tengah restorannya agar lelaki ni faham kalau dia dah tak cintakan lelaki itu! Full stop.

“Mungkin abang masih tak faham agaknya dengan apa Qhai kata dekat Mall hari tu. Qhai...dah tak cintakan abang!! Susah sangat ke nak faham ayat tu.” ujarnya garang dengan dada yang sudah turun naik manahan amarah. Memang rasa nak hantuk-hantuk saja kepala Qushairi ke dinding supaya dia faham bahasa.

“Tak...abang tak faham dan tak nak faham. Abang percaya Qhai masih sayangkan abang.”Qushairi masih berdegil menegakkan benag yang basah.

What a nonsense. Tak sangka belajar tinggi-tinggi macam ni pun masih bengap lagi ye. Sentance yang cukup mudah untuk difaham pun tak faham-faham.”katanya lagi dengan wajah yang mula kemerah-merahan menahan rasa geram dan marah.

“Sebab abang belajar tinggi-tinggi la abang masih tahu yang Qhai masih sayangkan abang sayangku...” tutur Qushairi penih dengan gaya romantis.

Nak termuntah Qairina dibuatnya. Meluat mendengar perkataan sayang yang ditujukan buatnya, berbulu rasa telinganya. Lain la kai Is yang cakap. Mesti rasa berbunga-bunga saja hati tu.

You know what? I suggest you meet a psychiatric because you are insane. i told you for the first time and the last.... I'm in love with Iskandar.” kata Qairina penuh dengan keyakinan di hati. Dia sedar, dia sudah jatuh cinta pada Iskandar. Tak perlu dia nak menipu hatinya sendiri.

Sejurus kemudian beg tangannya dicapai kasar dan berlalu dari situ. Langsung tak disentuh makana yang terhidang. Rasa tak sanggup berlama-lama disitu. Dia lemas melihat wajah Qushairi. Padahal itulah wajah yang telah memberi ketenangan padanya satu waktu dulu. Tapi sayang...bukan sekarang.

******
Kecoh sudah ruang pejabat di Marketing department dengan kahabar angin yang baru bertiup berkaitan dengan bos mereka yang cun melecun tu. Disana-sini semua orang duk soksek-soksek bergosip.
Intan yang sejak tadi memasang telinga mendengar rakan sepejabatnya bercerita mula terfikir. Kenapa agaknya abang Iskandar atau lebih tepat lagi bakal abang ipar Qairina itu berjumpa dengannya . Lepas tu nampak serius pula tu. Entah kenapa ia merasakan sesuatau yang tak kena, pasti ada rahsia yang disembunyikan. Dia menebak sendiri.

Dia mendengus sinis sendiri. Tak sangka, harap muka saja cantik. Tapi hati busuk mengalahkan bangkai. Sampai abang adik dia nak sapu sekali. Makin bertambah-tambah cemburu yang sedia ada dalam dadanya. Entah apa yang dilihat pada Qairina itu entah sampai dua-dua tergila-gilakan gadis itu.

Semua mata menumpu kearah pintu masuk tatkala melihat bos mereka melangkah  masuk dengan wajah yang lain daripada biasa. Nampak marah. Terdiam sudah semua mulut yang becok berkata tadi.

Gedebumm...bunyi pintu ditutup kuat memecah suasana antara mereka. Masing-masing terkelu lidah melihat perangai bos yang lain dari yang lain. Terus jadi seram nak bercakap, lantas mereka semua bersurai dan mula menjalankan tugas. Orang kata kalau panas-panas begitu jangan ditegur, nanti silap-silap kita yang disembur dengan api balik.

Qairina didalam bilik mula mengadah kelangit yang membiru dengan awan memutih yang sedikit meliputi langit. Cuba mencari sedikit ketenangan dengan cara begitu sambil bibirnyanya perlahan mengalunkan zikir.

"( Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat Allah)”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah Ar Ra’d : Ayat 28)

Lama dia begitu, hanya memandang kearah langit yang terbentang luas didepan matanya, memuji kekuasaan yang Maha-Esa. Seminit kemudian blackberrynya mula bergetar menandakan ada panggilan yang masuk. Segera dicapai dan melihat ID pemamggil, automatik dia tersenyum seraya menyambut pangilan yang masuk.

“Assalamualaikum Qhaiku sayang...”suara ceria Iskandar mula menerjah masuk melalui corong telefon. Sejuk hatinya mendengar suara Iskandar, serasa beban hatinya tadi beransur hilang.

“Amboi..tak ada kerja ke asyik call Qhai aje. Curi tulang eh?” tuduhnya sengaja mengusik.
Kedengaran suara Iskandar ketawa dibelah sana.

“Mana ada sayang. Is dekat luar lagi ni..tadi ada appoinment dengan client. Ni tengah drive la ni nak balik office.” tambah Iskandar pula. Dia baru saja habis meeting dengan clent diluar tentang projek barunya itu. Makan pun belum lagi.

“Qhai dah makan?”soalnya perhatian.

Qairina mengegeleng kejap. Lepas tu baru dia perasan, Is bukannya nampak pun dia menggeleng.

“Belum lagi.”beritahunya dengan nada sayu.

“Eh..berjodoh la kita. Is pun belum makan lagi. Tapi waktu lunch dah habis la pulak, kalau tak boleh Is jemput Qhai keluar lunch sekali.”

“Tak apa la. Lain kali aje. Nanti Is makan la biskut ke, roti ke. Buat alas perut tu.” cadang Qairina. Kerusi sudah diduduknya. Penat pulak lama-lama berdiri.

Ok mem..you too.”pesan Iskandar pula.

“Ohh..tadi my brother ada pergi syarikat Qhai nak bincang asal projek resort dekat Langkawi tu. Qhai ada jumpa abang Is?” tambah Iskandar lagi. Itu pun papa yang beritahunya sebelum dia keluar meeting tadi.

“Tak ada pun. Dia dah balik kot.” Qairina menipu. Tipu sunat tak apa kan?

“Ermm..tak apa la kalau macam tu. Saja aje nak dengar suara manja Qhai. Baru semangat nak kerja balik.”Iskandar sudah mula kerja sakat-menyakatnya.

“Gatal...”

“Boleh Qhai tolong garukan?”Iskandar berseloroh lagi. Suka benar ye dia mengusik gadis itu.

“A’ah..boleh. bagi Qhai tumbuk dulu muka Is.” balasnya dengan garang yang dibuat-buat. Ada saja kata Iskandar yang membuatnya tersenyum lebar. Kalu Qushairi..hemm..tak payah. Buat sakit jiwa lagi ada la.

Iskandar hanya ketawa mendengar kata balas dai Qairina itu. Nak tumbuknya? Boleh jugak. Mesti sedap.

“Ok la sayang. Is dah sampai office dah ni. Hujung minggu ni kita jumpa ok.” ujarnya sambil kereta mewahnya mula mendekati banguan syarikat milik keluarganya.

“Buat apa pulak Is datang? Bukan biasanya bakal pengantin tak perlu datang ke?”

“Suka hati la..nak datang jugak.”katanya berbaur tegas. Sudah lama dia tak ketemu dengan Qairina. Ada rasa rindu yang bertamu dibenaknya.

“Suka hati awak la Encik Iskandar.” kata Qairina pulak malas. Malas dah nak melawan kata dengan Iskandar. Tapi perkataan ‘sayang’ yang meluncur lancar buatnya itu memang membuai-buai perasaanya. Malas nak ditegur, biarkan sajalah. Dia pun suka dengar. Selepas berbalas salam barulah panggilan dimatikan. Nafas panjang ditarik dan dilepas kuat sebelum mula menarik satu ersatu dokumen yang menimbun atas mejanya itu.

Sekarang dia hanya menghitung hari, jam, minit dan saat saja untuk menunggu hujung minggu menjelma...ada rasa bahagia yang bergayut disitu.


_BERSAMBUNG_


P/s: dh lme rasenye x update blog ni hehe...dila sibuk mengedit BKH sana sini sampai xde mase nak update SKQ...pada semua yg tertanya2 bile SKQ nk kuar, skrg dh masuk. jadi tinggalkan komen anda ok hehe...luv u all. doakan dila cpt2 diapkan manuskrip BKH ok... ^,^

Monday 20 February 2012

Sejuta Kasih Qairina 9



Langkahnya terhenti dihadapan bangunan syarikat tinggi dihadapannya, InterShip Corp yang terletak ditengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang pesat membangun. Sebuah syarikat yang beribu pejabat di United Kingdom. Tapi dengar kata cawangan di Malaysia ini diterajui oleh orang melayu. Sejauh mana kebenarannya pun dia tak tahu. Sudah dua hari dia berada di kuala lumpur meninggalkan kampung halamannya. Tas tangannya digenggam erat dan nafas dalam ditarik sebelum melangkah penuh kemas masuk ke ruang legar company tersebut.

Lihat saja rekaan dalaman yang nampak ekslusif dan kemas, lututnya sudah mengeletar. Tidak disangka pula dia boleh diterima kerja oleh syarikat se-gah begini. Kaunter pertanyaan yang menempatkan dua orang pekerja wanita dihampirinya.

“Excuse me..dimana saya nak lapor diri hari ni.”soalnya sopan dengan senyuman yang menghiasi wajahnya pagi ini

“Give me a minutes miss.”jawab pekerja disitu seraya mengangkat telefon dan bercakap beberapa ketika.

“You just go straight to the department of  human resource at level 7,there is someone waiting for you there.”beritahu pekerja itu dengan senyuman manis.

“Thank you.”ujarnya. dia menuju ke lif dan tingkat 7 ditujunya. Sebaik saja tiba disitu, seorang wanita dalam lingkungan 30-an sudah setia menunggunya disana. Hari pertama dia mengenakan baju kurung moden, biar nampak sopan sedikit.

“Cik Intan Azwani right?”soal wanita itu.

“Saya Mastura. Awak boleh panggil saya Kak Mas je.”katanya ramah seraya menghulurkan salam perkenalan. 

Tangan Kak Mas disambutnya penuh sopan. Seyuman juga dihadiahkan.

“Jom..Kak Mas bawak Intan jumpa dengan semua orang atasan.”pelawa Kak Mas. Bagi pekerja baru sepertinya, memang dia akan diperkenalkan dulu dengan bos-bos atau pihak engurusan tertinggi sebelum dibawa ke tempatnya. Supaya senang untuknya berurusan dengan pihak atasan nanti, kalau bos sendiri pun tak kenal, kan susah nak buat kerja.

“Hari ni anak perempuan tuan CEO kita pun mula masuk kerja tau.”ramah Kak Mas bercerita. Mereka tak pernah lagi melihat anak gadis CEO mereka tu sebab CEO mereka tu agak menjaga keluarganya. Tak mahu anak beranaknya jadi public figure. Lagi pula CEO mereka tu baru sebulan mengambil alih tampuk tertinggi pengurusan setelah pulang dari UK.

“Oh ye??”tanyanya penuh minat.

“Ermm...kalau akak dengar-dengar la gosip kat pejabat ni, cantik budaknya.”Kak Mas terus kecoh bercerita. Mana taknya, semua office boy di syarikat ni dah sibuk bercerita itu ini pasal anak CEO mereka tu. Cantik la, putih la, sopan la..macam-macam lagi kebaikan yang dicanangkan.

“Hah... ada baca tak surat khabar minggu lepas. Yang berita pasal bakal tunang pewaris Putra Holdings tu. Ha..anak CEO kita la yang bakal jadi tunang tu.”

Bulat matanya memandang Kak Mas disebelah. Bagai tak percaya dengan apa yang baru didengarnya tadi. Jadi, anak CEO syarikat ni la yang bakal bertunang dengan Iskandar. Tanpa dapat ditahan, ada keluhan sinis yang keluar dari bibirnya. Tak sangka sungguh kecil kuala Lumpur ni. Kenapa dalam banyak-banyak syarikat yang ada di Kuala Lumpur ni, syarikat ni jugak yang memberinya kerja. Terpaksa kerja sebumbung lagi dengan bakal tunang bekas teman lelakinya. Hatinya mula membentak kasar. Hilang sudah senyuman dibibirnya.

Tanpa disedari mereka sudah merapati bilik mesyuarat. Kata Kak Mas, semua pihak atasan sudah ada, Cuma beberapa orang saja yang tak dapat hadir atas urusan kerja. Tombol pintu dipulas Kak Mas perlahan dan memberi laluan agar dia masuk dahulu.

Dengan penuh rasa terpaksa, diukir juga senyumannya. Dia tak mahu pada hari pertama lagi dia sudah memberi bad expression pada pegawai-pegawai atasan. Sempat lagi dia menebarkan pandangan matanya melihat semua orang yang hadir dibilik tersebut. Dalam diam dia mencari seraut wajah yang sudah berjaya memiliki Iskandar itu.

Seminit kemudian matanya mula jatuh pada seraut wajah jelita disebelah seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 50-an. Sedang berbual mesra dengan senyuman manis yang menghiasi wajahnya. Penampilan gadis itu juga kalau nak dibandingkan dengannya memang jauh berbeza. Gadis itu nampak moden dengan sut yang tersarung ditubuh langsingnya, bersama mekap yang nampak natural, tak terlalu keterlaluan. Tapi cukup menaikkan seri diwajah itu. Dalam diam dia menyimpan cemburu yang mula menyala.

“Tuan, pekerja baru kita dah sampai.”suara Kak Mas mula kedengaran. Beberapa pegawai atasan yang sedang berborak segera terdiam. Begitu juga lelaki disebelah gadis itu.

Terencat sudah perbualan Qairina bersama abahnya. Wajahnya dipalingkan dan dilihat seorang gadis yang nampak sopan dengan baju kurung moden sudah berdiri tegak tak jauh darinya. Saat mata mereka menyapa, segera senyuman diukirkan buat gadis itu. Hari ni hari pertamanya disyarikat yang diterajui abahnya bagi cawangan di Malaysia. Syarikat ini adalah syarikat antarabangsa yang beribu pejabar di UK.

Seawal jam 7.00 pagi lagi dia sudah mendapat panggilan daripada Iskandar. Memang degil betul lelaki tu. Sudah dikata tak perlu menelefonnya. Iskandar memberikan kata-kata semangat padanya dan tak lupa jugak mengingatkannya supaya tak melayan sangat lelaki-lelaki disini nanti. Mengeleng kepala saja dia mendengarnya.

“Baiklah..memandangkan semua orang sudah ada disini. Bolehlah kiranya saya mula memperkenalkan dua orang pekerja baru yang akan meyertai keluarga kita di syarikat ini mulai sekarang.”Ir Zulkefli memulakan bicara. Sebagai CEO , dia memang lebih suka agar semua pekerja bekerja seperti sebuah keluarga. Itu perinsipnya agar semua menjaga antara satu sama lain.

“Pertama sekali saya memperkenalkan cik Intan Azwani yang akan menyertai kita mulai sekarang. Dia telah memenuhi semua kriteria yang diperlukan dan telah lulus intreview dengan jayanya. Saya ucapkan selamat datang kepada Cik Intan ke syarikat ni. Saya mahukan kerja yang telus dan jujur dari awak.”Ir.Zulkefli mula meyampaikan amanatnya pada pekerja barunya itu. Automatik Intan menarik senyuman kearah semua orang yang ada disitu. Yang perempuan disalamnya penuh hormat.

“Dan yang kedua. Saya rasa semua orang pun dah tahu, bukan menjadi rahsia lagi. my lovely daughter, Cik Qairina Faqiha akan turut menyertai kita semua. Saya mengambil anak gadis saya sendiri bekerja disini bukan atas dasar keluarga. Tapi anak saya juga telah melalui sesi interview dan dia lulus dengan jayanya. Jadi saya tak mahu ada sebilangan orang yang mengatakan bukan-bukan tentang anak gadis saya memandangkan dia juga memalui proses yang sama seperti pekerja lain.” Panjang lebar Ir.zulkefli berbicara. Dia memang tak mahu mendengar apa-apa gosip buruk berkenaan kemasukan anaknya ke syarikat ini.

Dilihat semua yang ada disitu mengangguk faham. Giliran Qairina pula berjabat dengan semua kaki tangan disitu. Saat tiba dihadapa gadis yang bernama Intan Azwani itu, tangannya turut dihulurkan.

Nice to meet you.”katanya lagi. Dilihat gadis itu hanya mengangguk dengan senyuman yang entah kenapa dia rasakan tiada keikhlasan disitu. Namun diketepikan saja, mungkin perasaannnya saja kot.

Come. I’ll show the room for both of you.”kata Tia merangkap secretary kepada Qairina. Mereka sudah berkenalan terlebih dahulu tadi. abahnya sendiri yang memperkenalkan mereka tadi.

memandangkan tempat ketua Marketing department sudah dikossongkan kerana telah dinaikkan pangkat dan dipindahkan ke cawangan negara lain, Dia telah berjaya mengisi kekosongan sebagai ketua Marketing Department dengan berkat kebolehan dan kelayakannya. Itu bermakna gadis yang bernama Intan itu akan bekerja dibawahnya. Diharap hubungan mereka baik-baik saja. Itu niat yang dipasangnya dalam hati.

Intan mula sakit hati bila dia diberitahu yang dia kan bekerja dibawah gadis yang bernama Qairina itu. Bukan saja dia cemburu dengan rupa paras jelita yang dimiliki gadis itu, tapi juga kedudukan tingginya dalam syarikat ini, walaupun mereka sebaya. Nampak sangat dia telah jauh dikalahkan. Itu bermakna gadis itu adalah bosnya mulai sekarang. Hatinya memberontak. Intan dibawa ke tempatnya manakala Qairina pula dibawa kebiliknya.
Qairina memerhati isi dalam bilik pejabatnya itu. Lengkap dengan sofa dan almari tinggi yang menempatkan pelbagai jenis Dokumen syarikat. Apa yang tambah menarik perhatiannya lagi adalah pejabatnya yang menghadap cermin kaca besar yang menaja panorama indah langit dari aras 9 ini. Dia mula merasa selesa disitu.

Anything i can help you boss.”ujar Tia hormat pada majikannya itu. Dia rasa senang dapat bekerja dengan anak CEO syarikat itu. Tak menyombong diri, sentiasa tersenyum. Cantik pula tu. Pujinya dalam hati.

Dia tergelak, lucu pula bila panggilan ‘Bos’ ditujukan buatnya. Muka Tia yang sudah terpinga-pinga dipandangnya kejap. 

“ tak payah la panggil  bos, macam pelik je bunyinya.” Katanya sambil meletakkan tas tangannya keatas meja.

“Tapi tu memang panggilan hormat di syarikat ni untuk semua pegawai atasan Cik Qairina.” Tia memberi alasan.

“Yeke...takpe la kalau macam tu, awak boleh sambung balik kerja awak. Kalau saya ada apa-apa masalah nanti saya panggil awak.” Qairina memberi arahan.

Tia  mengangguk sebelum berlalu keluar. Dilihat rakan sekerjanya semua sudah terjenguk-jenguk memanjangkan leher kearah pejabat bos baru mereka itu. Tambah-tambah lagi yang lelaki, terbulat-bulat matanya. Menggatal la tu.

“Fuhh...cun giler..”kata salah seorang staf lelaki yang dipanggil Mat dikalangan mereka disitu.

“korang jangan nak menggatal eh. Takkan dia pandangnya muka macam korang ni. Apa taste office boy je. Dia tu bakal tunang pewaris Putra Holdings tau. Korang jangan mimpi la nak potong line.”kata Tia sedikit kuat dengan nada mengejek sambil tangannya mengawang-ngawang menunjuk kearah semua lelaki gatal tu.
Tapi betul apa yang dikatakan tu. Takkan la cik Qairina tu nak layan office boy macam dia orang ni semua kalau dia dah dapat yang beribu kali lebih baik. Handsome pulak tu. Boleh cair agaknya dia kalau jumpa dengan Tengku Iskandar tu. Kalau tengok dalam paper pun dia boleh cair, apatah lagi kalau tengok LIVE. Bukan takat cair je, lebur dah.

“Mana la tau. Jodoh bukan kau yang tentukan.”seloroh lelaki bernama Mat itu, masih lagi nak memepertahankan kata-katanya. Mana taknya, saat kaki bos baru mereka tu mencecah saja masuk ke bahagian department mereka, semua mata pekerja lelaki disitu bagai nak tersembul keluar gayanya. Yang ternganga pun ada. Nasib baik tak ada lalat dalam pejabat ni. Silap-silap makan lalat la jawabnya.

“Intan yang baru masuk tu tak pulak kau usyar ye Mat.”balas Tia lagi seraya duduk dikerusinya. Dokumen yang sedang disemaknya tadi ditarik kembali.

Sudahnya Mat langsung terdiam seraya memandang kearah Intan yang tak jauh darinya. Sengihan kelat diukirkan pada intan. Intan turut tersenyum kepada Mat walaupun sebenarnya dia rasa menyampah mendengar segala pujian yang melambung-ambung diberikan pada bos barunya itu. Dia pun baru jugak masuk, tapi tak diberi perhatian macam tu pun. Bentaknya dalam hati.

Tahu la dia tak secantik bosnya itu. Tapi dia juga turut mempunyai raut wajah yang manis dipandang. Kalau tidak, masakan Iskandar terpikat padanya dulu. Malas nak ambil pusing dengan perbualan mereka yang masih lagi rancak. Dia membuang pandang kearah screen komputernya. Dipekakkan telinganya daripada mendengar semua pujian yang keluar dari teman sepejabatnya semua.

Tepat jam 5 petang, pekerja semua mula beransur-ansur pulang ke rumah. Hari pertama tak terlalu memenatkan memandangkan masih tidak terlalu banyak kerja yang diberi. Mungkin esok,lusa kerjakan akan mula banyak. Matanya dilarikan kecelah-celah bidai, dilihat pekerjanya juga makin surut. Masih tinggal beberapa orang saja. Itu pun sudah bersiap-siap kemas nak pulang kerumah.

“Bos...saya balik dulu.”beritahu Tia sambil menjengahkan kepalanya disebalik pintu.

“Ok..”jawabnya sambil mengangguk. Pen ditangannya ditutup dan diletakkan didalam cawan yang sudah tersedia diatas mejanya. Beberapa dokumen diatas meja dikemasnya sebelum mencapai tas tangannya dari bawah meja. Dia pun nak balik, abahnya dah mesej tadi yang abahnya akan tunggu dia dibawah pukul 5.15. hari pertama ni dia datang dengan abahnya, mungkin esok baru dia akan drive sendiri.

Kakinya mula melangkah keluar, tangannya menutup daun pintu pejabatnya. Sewaktu dia melintas dihadapan meja-meja pekerjanya, dilihat Intan masih belum balik lagi. Masih meneliti beberapa dokumen.

“Tak balik lagi? Dah lewat ni..”tegur Qairina lembut.

Intan mendongak dan matanya terus menyapu bersih wajah Qairina. Dalam keterpaksaan diukir juga senyuman manis buat bosnya itu. “belum lagi bos. Sikit lagi. Bos balik la dulu..”katanya juga turut lembut. Dia tak mahu kalah, walaupun dia bukanlah seorang yang terlalu lemah lembut sebenarnya.

“Takpe kalau macam tu. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Ujar Qairina sebelum berlalu. Intan yang menghantarQairina pergi dengan pandangan matanya hanya menjawab salam dalam hati. Kemudian bibirnya dicebik sedikit, berbulu telinganya mendengar bicara lembut gadis itu. Mejanya yang semak sedikit dikemas pantas.

Sewaktu dia tiba di ruang legar syarikat yang nampak sudah lengang dari pekerja, dilihat Qairina melintas dihadapannya seraya memeluk lengan abahnya manja bersama senyuman yang sentiasa menghiasi wajah itu. Nampak sangat mesra hubungan mereka. Dia jadi cemburu dengan hidup gadis itu yang nampak sempurna, lengkap serba serbi. Dia jadi teringat pada ayahnya yang sudah pergi menghadap ilahi tiga tahun lepas. Walaupun hubungannya dengan ayahnya tidak terlalu rapat, tapi kehilangan ayahnya masih dirasakan sampai sekarang.

Kenapalah dia tak ditakdirkan hidup dalam keadaan yang serba lengkap sebegitu, punya keluarga yang sempurna, punya harta, punya rupa, dan punya segala-galanya. Entah kenapa dia menjadi tamak sebegini. Inginkan perkara yang sama walaupun hakikatnya dia tak punya apa-apa.

“Macam mana kerja hari ni? Seronok?”soal Ir. Zulkefli pada anak gadis kesayangannya itu.

Qairina mengangguk dengan wajahnya yang ceria seraya mengangguk kepalanya laju. Dia seronok bekerja disitu, semua pekerjanya ramah belaka kecuali pekerjanya yang bernama Intan itu. Tak tahu kenapa dia dapat rasakan yang Intan tak berapa senang dengannya. Dapat dikesan senyuman yang diberikan kepadanya itu tak berapa nak ikhlas. Tapi dia rasa malas pulak nak ambil pusing. Bukannya dia ada buat salah pun.

“Ok..kalau macam tu malam ni kita suruh umi masak special, khas sempena Qhai masuk syarikat. Ajak along dengan angah sekali.”cadang abahnya lagi. Mereka masuk serentak kedalam kereta BMW 8 series milik abahnya. Abahnya memang tak suka pakai pemandu, lebih suka memandu sendiri. Abahnya memang seorang yang low profile walaupun dia CEO syarikat, mungkin sebab tu dia pun turut terikut-ikut, tak suka meyombong diri. Dan dia bangga sangat menjadi anak abah dan uminya.

"Ha...sebelum Qhai lupa, semalam Is ada call Qhai. Dia kata insyallah hujung minggu ni rombongan belah Is akan datang rumah kita.”beritahunya sambil menarik seat belt.

“Amboi...tak sabar-sabar nampak si budak Is tu nak berbinikan puteri abah ni.”usik Ir.Zulkefli pula. Dia tak kisah, asalkan mereka berdua bahagia. Lagu pun dia memang berminat dengan si budak Is tu, bagus budak tu. Bertanggungjawab, dan yang paling penting adalah agamanya.

“Abah ni kan..tak habis-habis nak mengusik Qhai tau.”ujarnya dengan nada merajuk, bibirnya dimuncungkan seperti muncung itik sambil membuang pandang kearah bangunan-bangunan diluar. Kereta sudah mula bergerak pulang. Uminya pasti dah menunggu. Agak-agak apa la yang umi masak untuknya petang ni ye?


Ir .Zulkefli yang melihat muncung itik anaknya yang sudah muncul itu ketawa. Itulah keluarga mereka, memang tak kering dengan gurau senda. Sebab itu juga adalah salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ye tak?

******
Iskandar yang melintasi kawasan ruang tamu untuk kedapur terhenti dek panggilan mamanya yang sedang duduk menonton televisyen diruang tamu. Papanya seperti biasa, sibuk dengan bukunya.

“Come here Is. Mama nak tanya sikit.”kata Puan Sri Raja Syuhairah. Sofa kosong disebelahnya ditepuk-tepuk mengisyaratkan anak bujangnya untuk duduk disitu.

Kepalanya yang tak gatal digarunya kejap sebelum melangkah mendekati mamanya, dan duduk disebelah mamanya. “nak tanya apa mama?”soalnya.

“Is dah pergi beli cincin ke untuk hujung minggu ni?”wajah anaknya dipandang seraya bertanya.

Iskandar buat muka blurr. “cincin apa mama?” soalnya balik.

“Haih...budak bertuah ni. Cincin apa lagi. Cincin tunang la.”kata Puan Sri Raja Syuhairah  dengan kening yang sudah bertaut. Nampak sedikit geram dengan anaknya yang agak terpinga-pinga tu.

Membesar terus matanya bila mendengar pasal cincin tunang itu. “Bukan hujung minggu ni just nak merisik je ke?”

“Sekali je la terus. Merisik, lepas tu terus bertunang. Buat apa nak tanguh-tangguh. Ha... lagi elok kalau kahwin je terus.”tegas mamanya. Hilang sudah tumpuannya pada drama yang disiarkan dikaca televisyen tadi. kini tertumpu pada anak bujangnya pula.

Kalau ada air dalam mulutnya waktu ni, nescaya dah tersembut dekat muka mamanya. Bertunang hujung minggu ni? Biar betik? Apasal dia tak tau pun.

“Tapi Is tak beritahu Qhai pun pasal tunang ni. Is just cakap yang hujung minggu ni family kita akan hantar rombongan, tu je mama.”

“Takpe..tak payah cakap pun takpe. Nanti biar mama dengan papa yang uruskan. Tugas Is sekarang, tempah cincin je sayang. Yang lain-lain pandai la mama papa uruskan”bilang mamanya lagi penuh mengharap.

“Mama kamu tu dah tak sabar nak bermenantu. Nak harapkan abang kamu entah bila. Asyik nak menangguh je. Tunangnya dah lama.”suara papanya pula mencelah. Tapi mata masih melekap didada buku.

Iskandar yang kehilangan kata hanya berdiam diri seraya mengangguk lambat-lambat. Bila mama dah beri kata putus dan disokong pulak oleh papanya, memang dia sudah tak boleh berbuat apa-apa. Dia terfikir, macam mana agaknya penerimaan Qairina nanti. Akan mengamukkah gadis tu? Nak bertunang pulak tiba-tiba walaupun memang itu perancagan mereka. Tapi taklah semendadak macam ni.

“Maknanya kita tak jemput orang la ni Is bertunang?”tanyanya pula.

“Kita ajak family terdekat jela, Mak ngah, Pak lang kamu, dan beberapa lagi la. Kalau Is nak ajak Razif datang sekali pun takpe. Kahwin nanti baru kita buat besar-besaran”cadang mamanya dengan mata yang bercahaya. Nampak sangat mamanya memang bersungguh-sungguh nak menjadikan Qairina menantunya.

“Setuju jela Is. Kesian mama kamu tu. Kempuanan nak bermenantu. Nanti meroyan pulak.”seloroh papanya megusik mama.

“Abang ni kan. Ejek syu..padahal abang pun berkenan kan.”lengan suaminya dicubit halus. Tan Sri Tengku Muhaimin hanya tergelak perlahan.

Senyuman kelat ditarik juga untuk menyedapkan hati kedua orang tuanya. “ok la..Is naik dulu, ada kerja lagi sikit.”

“Jangan tidur lambat sangat..”sempat lagi mamanya memesan sebelum dia bangkit. Dia hanya mengangguk sebelum membuka langkah menghampiri tangga, berselisih pula dengan abangnya yang beru hendak turun kebawah. Tak senyum langsung padanya. Muka masam je macam tin sardin kemek. Cepat-epat badannya dibawa masuk kedalam bilik.

Qushairi yang sebentar tadi terdengar percakapan antara papa, mama dan adiknya jadi gelisah bila mendengar mamanya nak mempercepatkan majlis pertunangan, apa yang lebih menyakitkan hatinya ialah mama juga nak menyuruh adiknya dan Qairina spaya cepat-cepat melansungkan perkahwinan. Hatinya sakit bila memikirkan Qairina akan jatuh dalam pelukan adiknya tak lama lagi. Dia tak rela.

Dia menghampiri mamanya yang sudah mengalihkan pandangannya pada drama yang disiarkan dikaca televisyen. “betul ke mama nak cepatkan majlis pertunangan dengan nikah Is tu?”soalnya bersama sedikit kerutan menandakan dia tak berapa menyenangi cadangan mamanya itu.

Puan Sri Raja Syuhairah yang mendengar terus berpaling kearah anak sulungnya itu dengan kening yang bertaut. “apa salahnya? Benda baik tak elok nak ditangguh-tangguhka. Sama jugak macam Haziq tu, bertunangnya dah bertahun-tahun. Kahwinnya entah bila lagi.”perlinya.

“Kenapa nak buat terburu-buru sangat mama? Is dengan budak tu pun baru kenal . Entah-entah baru berapa bulan kahwin, dah bercerai. Kita jugak yang nanti malu mama.”tambahnya lagi, sedaya upaya dia mencuba untuk menghalang niat mamanya itu.

Mata Puan Sri Raja Syuhairah mula mengecil, pelik dengan perangai anak bjangnya ni yang beria-ria sangat nak menghalang perancangannya. Bukan dia pun yang nak berkahwin. Sepatutnya dia gembira bagi pihak adiknya, ini tak. Bantah lagi ada la.

“Yang Haziq beria-ria nak mengbantah ni kenapa? Biar la mereka berdua tu cepat-cepat kahwin. Ada baiknya perancangan mama tu. Mungkin dengan cara tu sikap buaya darat adik kamu tu akan hilang. Kamu sepatutnya tumpang gembira tau tak. Bukan menbantah!!”katanya lagi berbunyi sedikit garang. Nak menunggu anak sulungnya kahwin entah bila la agaknya baru dia apat memegang cucu. Family belah Hani pun sudah mula mendesak agar perkahwinan anaknya dengan Hani dipercepatkan, tapi anaknya itu ada saja alasan yang diberikan. Entah apa yang ditunggunya lagi pun dia tak tau.

Nak kata hubungannya dengan Hani berantakan pun tak. Nampak mereka macam ok je. Tapi tak tau apa masalah sampai sekarang kenapa anaknya itu tak mahukan hubungan yang lebih serius.
******
Puan Saliha menuju kearah pegola yang terletak dilaman rumah mereka sambil menatang sepinggan buah-buahan. Seronok rasanya menikmati angin malam sambil berborak-borak begini. Tambah lagi rumah mereka yang berkedudukan angak tinggi, memang nyaman terasa bila disapa bayu malam. Qairina dan suaminya dilihat sedang rancak bercerita sampai tergelak-gelak. Entah apa yang seronok sangat pun tak tahu.

Anak-anak lelakinya dengan isteri dan cucu-cucu comelnya pun baru saja balik selepas habis makan malam sempena meraikan hari pertama nak gadisnya masuk pejabat. Kesian cucu-cucunya, sampai lintang pukang tertidur diruang tamu selepas penat bermain sesama mereka.

“Ni borak apa ni sampai terkekeh-kekeh malam-malam ni. Panggil hantu apa?” perl Puan Saliha sebaik saja Neletakkan pinggan berisi buah-buahan dihadapan anak beranak itu. Pipi comel Qairina dicubinya kuat.

“Aaaa....sakit la umi.”menyeringai Qairina sambil memegang tangan uminya yang masih melekat dipipinya. Lama-lama kena cubit macam ni boleh gelebeh jadi pipinya. Turun duit hantaran nanti. Selepas pipinya dilepaskan barulah dia menggosok-gosok laju pipinya yang terasa kejang.

“Liha ni..jangan la cubit anak abang macam tu. Abang pun terasa sakitnya.”bela abahnya dengan nada sayu yang dibuat-buat.

"A’ah..yela kan, nak Liha cubit abang jugak?”soal Puan Saliha pula, tangannya sudah mula diangkat sebelum ditepis sedikit oleh suaminya.

“Janganlah..cubit Qhai sorang cukup la.”

“Abah ni..bukan nak backup Qhai kan. Saja nak kenakan Qhai.”ujarnya dengan nada rajuk. Muncung itik dah keluar dah...tu dia. Terkekeh-kekeh umi abahnya ketawa melihat muncungnya.

“Gelak...gelak...”Qairina memerli seraya menyepit kepala umi dan abahnya dibawah lengannya dikiri dan kanan. Habis lengannya dipukul-pukul umi dan abah. Ha...kenakan dia lagi. Seminit kemudian Qairina melabuhkan ciuman kasih kepipi umi dan abahnya. Terhenti terus pergerakan tangan yang memukul-mukul lengannya tadi.

Dia melepaskan kepala umi dan abahnya, kemudian lengan umi dan abahnya pula dirangkul seraya mengukir senyuman yang tersangatlah manis buat tatapan umi dan abahnya. Kepalanya dilentokkan kebahu uminya manja.

“Qhai nak ucapkan terima kasih sangat dekat abah dengan umi sebab selama ni dah banyak bersabar dengan perangai Qhai. Kalau tak ada umi dengan abah, Qhai dah tak tahu macam mana nak teruskan hidup.”sayu sekali bicara yang terbit dari bibirnya. Tubir matanya mula digenangi air. Sungguh dia sangat bersyukur kerana dikurniakan umi, abah dan abang-abang yang sangat sayang dan caring dengannya.

Merekalah yang telah banyak memberi semangat untuk dia teruskan hidup setelah hubungannya dengan Qushairi putus ditengah jalan. Yang banyak mencerikan hari-harinya yang mula suram. Mengembalikan dirinya yang lama. 3 tahun bukan tempoh yang singkat, cukup lama. Sudah acap kali dia terlihat uminya menangis dibahu abahnya sepanjang 3 tahun itu. Dia hidup, bernafas, tapi tanpa perasaan, jiwanya mati. Orang sekelilingnya tak diambl peduli, seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri.

“Apa touching-touching ni? Tak main la..”kata uminya kuat. Padahal mata dah berair. Pipi anaknya disentuh. Itulah hatinya, jantungnya, limpanya. Bahagianya dia jika melihat puterinya itu turut bahagia. Cukuplah mereka sekeluarga berendam air mata selama ni. Dia selalu berdoa agar senyuman diwajah anaknya yang terukir hari ini, tak akan sekali-kali lagi ditarik pergi. Biarlah ia tetap terukir indah disitu. Hanya itu yang dimahukannya.
Dia sangat berharap Iskandar adalah orang yang diturunkan oleh Allah sebagai pendamping anaknya, sebagai penyeri dan pembawa kebahagiaan kepada puterinya itu.

_bersambung_

p/s: selamat pagi semua..skq 9 nak menjengah boleh? komen ok... ^,^

teaser BKH 35 pt 2




Hujung mata Laila terlihat juntaian kaki berdekatan dengan sofa, lantas kepalanya didongakkan dan dilihat suaminya sedang mengurut-ngurut kaki. Sakit mungkin. Kemudian laptopnya di sleepkan dan dia bangkit dari katil. Minyak angin dilaci meja solek dibawanya keluar. Dengan selambanya dia melabuhkan duduknya disebelah suaminya dan kaki yang sedang diurut-urut ditarik keribanya.

“Biar Laila urutkan..”ujar Laila lembut sambil meletakkan minyak angin ketelapak tangannya.

“Tak payah la. Aku boleh urut sendiri.”tegah Aiman pula, tangan Laila yang cuba dilarikan kekakinya dipegang kejap untuk menghentikan gerakannya.

Tangan suaminya yang cuba menarik tangannya ditepis sedikit. Degil betul la encik Suami amnesia ni pun. Biar la dia tolong, apa salahnya. Nak bermanja-manja sikit pun tak boleh. “degil la abang ni. Laila kata biar Laila urut, Laila urut la. Sakit-sakit pun nak dagil jugak.”bebel Laila seraya melawan pandangan mata suaminya.

“kau tak payah la susah-susah. Takat nak urut je , aku pun boleh buat sendiri la!!.”tegasnya lagi. Rasa hangat telapak tangan isterinya yang melekap dikulit kakinya menimbulkan satu rasa aneh. Sebolehnya di nak mengelak dulu sebelum dia mendapat kebenaran yang sebenarnya.

Mata Laila dipejamnya sekejap seraya mengambil nafas dalam dan dihembusnya cuba mencari ketenangan sedikit dengan sikap keras kepala suaminya. Wajah suaminya kembali ditatap.

“Baik abang diam sebelum Laila kiss abang.”ujarnya mendatar tapi berbaur ancaman. Susah sangat kan nak diamkan mulut becok suaminya. Dia pasti dengan cara itu pasti suaminya takkan menolaknya lagi. Hehe…

Serta merta mulut Aiman terkunci, terkelu nak keluarkan bantahan lagi. Lambat-lambat tangannya ditarik kembali dan mencengkam hujung sofa. Dibuatnya isterinya mencium dia betul-betul, mahu pengsan dia nanti. Walaupun mereka mungkin pernah berbuat lebih jauh lagi. Tapi dengan ingatannya sekarang, semuanya dirasakan cukup baru. Kisah mereka bermula dari zero kembali.

Perasan yang suaminya sudah mula terdiam, dia menyimpan senyum. Tau takut. “bagus..”ujarnya perlahan dan tegas. Akhirnya faham jugak suaminya dengan kata-katanya. Ini baru la good boy.

Sejurus kemudian, tangan halusnya mula dilarikan kekaki suaminya, dari lutut, betis sampai la ke telapak kaki, semuanya diurut. Sesekali telinganya menangkap perkataan ‘aduh’ yang terbit dari bibir suaminya bila dia menekan sedikit kuat. Selebihnya, dia hanya mengetap bibir menahan sakit...

p/s: assalamualaikum semua...dila masukkan teaser ni atas beberapa permintaan. Dila tak masukkan yang full. Dila tengah kerja keras nak siapkan manuskrip ini..diharapkan semua dapat menyokong Dila hanya itu yang diharapkan. mungkin ada yang kecewa, tapi insyallah pernantian anda nanti berbaloi..moga2

Sunday 19 February 2012

Pengumuman penting buat semua Peminat BKH!!!!!

assalamualaikum semua. tadi Dila dah bertanya dekat group kami cinta novel. Dila memang dah lama memasang hajat dan harapan agar e-novel BKH yang sudah Dila karang sejak bulan 6 tahun lepas akan dibukukan. disebabkan kekangan masa waktu semester baru bermula menyebabkan manuskrip ini tertangguh sedikit lama,  dan alhamdulillah ramai jugak yang menyokong hajat dan harapan Dila.

Jadi Dila nak beritahu semua peminat BKH semua dila akan hentikan BKH buat sekarang. Dila akan bekerja keras bersengkapng mata malam-malam untuk menyiapkan manuskrip BKH untuk dihantar. abang Muzri pun dah mesej dila , dan alhamdulillah Dila masih diberi peluag lagi untuk menghantar karya ni. mungkin ada sebilangan yang tak berapa suka sebab dulu Dila pun ada cakap macam ni...tapi memang beberapa bab dila dah edit dan dila x masukkan dalam blog ni... dengan baki sisa cuti yang masih ada ni sebelum Dila masuk semula kuliah pada bulan 3 nanti. dila akan beri sepenuh perhatian untuk menyiapka manuskrip ni dan anta secepat mungkin...

Dila harap semua dapat mendoakan  kejayaan Dila dalam proses menyiap dan mengedit semua karya ni ok...untuk perhatian semua, dila akan buang bab-bab BKH yang ada di blog ini. mungkin dila akan tinggalkan Bab-bab yang awal saja supaya pembaca setia semua tak lupa dengan mereka. Dila akan mula membuang bab-bab pada tengah malam ni. jadi sesiapa yang nak maraton sekejap BKH, dipersilakan...wassalam

Thursday 16 February 2012

Sejuta Kasih Qairina - 8



Matanya tak lepas-lepas dari sepasang merpati dua sejoli yang terpapar besar didada akhbar tempatan itu. Kain yang sudah siap dipotong ditolaknya ketepi. Hilang moodnya yang tadi berkobar-kobar untuk menolong ibunya menyiapkan tempahan baju Mak Jah dari kampung sebelah.

Puan Jamilah yang baru keluar dari bilik air hanya mengegeleng kepala melihat anaknya yang masih tak habis-habis merenung surat khabar yang sudah beberapa hari ada diatas meja itu. Bukan dia tak tahu apa yang terpendam dalam hati anak daranya itu. Dia juga sedikit terkejut dengan berita yang dibacanya 2 hari lepas. Apatah lagi anaknya itu.

“Sudah..sudah la tu intan. Buat apa nak dikenang lagi orang yang jauh tu kalau kamu sendiri yang nak putuskan hubungan dulu.”tegur Puan jamilah menghentikan khayalan anaknya itu. Bukan dia tak tahu pasal hubungan naknya dengan budak lelaki dalam surat khabar tu semasa anaknya masih menuntut di universiti dulu. Jumpa budak tu pun dah pernah. Tapi tu semua dulu. Dah bertahun-tahun berlalu, kenapa nak diingat lagi.

Punggungnya dihenyakkan ke kerusi yang nampak sedikit usang itu. Mereka bukanlah orang berada. Sekadar cukup makan dan pakai. Itu pun nasib baik dia masih mampu menerima tempahan jahitan. Nak harapkan anak bujangnya yang seorang. Kirim salam sajalah. Kerjanya asyik melepak diwarung-warung dengan kawan-kawan yang entah apa-apa.

Nak menghantar anak gadisnya itu masuk ke universiti dulu pun dia terpaksa merendahkan harga dirinya untuk berhutang dengan Haji Awang ketua kampung mereka untuk menampung yuran pengajian.

Intan menoleh kearah ibunya yang sudah duduk dikerusi seraya mengipas-ngipas wajahnya dengan buku yang digunakan untuk menyimpan segala ukuran baju pelanggan mereka.

“Tapi ibu pun tau kan. Kalau bukan sebab keadaan memaksa kita masa tu. Intan takkan sanggup nak berpisah dengan Is.”tegas Intan lagi. Dia tau dia silap kerana bertindak terburu-buru menokhtahkan perhubungan mereka, sekarang dia pulak yang menyesal tak tentu hala. Tapi keadaan terlalu mendesak saat tu. Dia sayangkan Is. Sering saja kawanya mengutuk dia kerana memilih lelaki nerd macam Is tu sebagai teman lelaki, tapi dia tak kisah semua tu. Dipekakkan telinganya dengan ejekan dari teman-temannya semua.

“Benda tu dah berlalu bertahun-tahun intan. Mungkin kamu pun dia dah lupa.”Puan Jamilah masih lagi berusaha untuk menyedarkan anaknya itu.  Menerima segala qada dan qadar yang telah allah tetapkan.

“Tapi intan tak boleh lupakan Is ibu. Rasa tu masih ada kat dalam ni.”ucap Intan seraya memegang dadanya, masih lagi mempertahankan rasa yang masih tersimpan dalam lubuk hatinya.

“Kamu ni degil tau tak intan. Sedarlah, Is tu pun dah nak bertunang, mungkin dalam masa terdekat dah nak kahwin pun. Kamu lupakan la dia.” Tegas Puan jamilah lagi. Tak cukup jelas lagi ke dimata anaknya dengan berita yang terpampang jelas di dada akhbar tu. Budak lelaki tu dah nak kahwin.

“Intan tak boleh ibu.”jawabnya mendatar. Dia memang keras kepala orangnya. Degil.

“Belajarlah sedar diri intan. Kita ni.. nak berdiri sebelah mereka pun kita tak layak nak. Siapalah kita ni. Apa yang kita ada untuk dibangga-banggakan. Harta? Jauh sekali. Cuba kamu bandingkan kamu dengan gadis dalam paper tu. Tengok dari segi pakaian pun dah tau dia anak orang berada, orang senang. Boleh ke kamu nak dibandingkan dengan gadis tu?”soal Puan Jamilah. Dia bukan berniat nak merendah-rendahkan anak gadisnya itu. Tapi dia sedar, mereka keluarga orang susah. Tak layak nak berbesan dengan keluarga berada macam tu.

“Cinta tak mengenal darjat ibu. Kalau semuanya nak diukur dengan harta, dengan status.  Jadi takkan wujud cinta sejati dalam dunia ni ibu.”balas Intan seraya membuang pandang kearah luar. Mungkin kalau nak dibandingkan dia dengan gadis yang bakal bertunang dengan Iskandar itu, gadis itu seratus kali lebih baik darinya. Punya harta, punya rupa paras wajah yang jelita. Tapi dia punya cinta yang ikhlas. Dia ikhlas cintakan Iskandar.

“Agaknya sebab benda ni la kamu tolak pinangan Husin anak pak Karim tu kan? Sebab kamu masih berharap yang kamu akan jumpa dengan Is. Macam tu?”tebak Puan Jamilah, baru semimggu lepas karim datang nak menyunting anknya intan untuk dibuat menantu. Tapi intan menolak dengan alasan dia nak bekerja dulu, tak nak lagi fikir pasal perkahwinan.

Intan hanya berdiam diri. Malas nak menjawab pertanyaan ibunya itu. Bukan dia tak sukakan Husin, memang diakui, Husin tu baik. Tapi kalau cintanya tak ada buat Husin, apa maknanya perkahwinan mereka nanti. Dalam diam dia memang masih menyimpan harap agar suatu hari nanti dia akan ketemu dengan Is semula.

“Dah la..malas ibu nak nasihat orang keras kepala macam kamu ni intan.” Punggungnya mula diangkat. Jam pun dah menjangkau ke 11.00 pagi. Masak makan tengah hari belum lagi, karang anak bujangnya balik nak melantak. Bukannya nak kasi dia senang, lagi susah adalah nak menyara biawak hidup dalam rumah ni.

“Hah..lupa ibu nak tanya. kamu kata minggu lepas yang pasal inteview kerja dekat kuala lumpur tu macam mana?” minggu lepas anaknya itu ada beritahu yang dia ada terima surat interview dari syarikat entah apa namanya kat kuala Lumpur.

“Alhamdulillah ibu. Lupa nak beritahu, Intan dapat kerja tu. Insyallah minggu depan intan dah nak kena lapor diri. Intan ingat buat sementara waktu intan nak tinggal dekat rumah sewa Sarimah dulu kat kuala Lumpur tu. 
Sementara cari rumah sewa kat sana.”beritahu Intan. Syukur sangat kerana setelah lebih setahun dia menganggur setelah berhenti dari kerja kilang, akhirnya dia mendapat offer kerja lagi.

Puan Jamilah menarik senyuman. Dia tumpang gembira dengan kejayaan anaknya itu. Semenjak suaminya meninggal 3 tahun lalu disebabkan sakit jantung. Anaknya itulah tempat dia bergantung.

“Lepas ni tak adalah orang nak tolong ibu jahit baju dah.”sebak rasa hati tuanya mengenangkan anak yang selalu ada disisinya bakal meninggalkannya tak lama lagi. Hujung matanya yang berair dikesat dengan baju kurung kedah yang tersarung dibadannya.

Melihat ibunya yang mengesat air mata, intan bingkas bangkit menghampiri ibunya itu dan lengan ibunya dipeluk erat.

“Kenapa ibu cakap macam tu? Insyallah.. intan janji akan selalu call ibu. Bila cuti intan balik la sini. Nanti intan pesan dekat Qila suruh tengok-tengokkan ibu.”Qila itu adalah sahabat baiknya dikampung Tok Arang di daerah kubang pasu, kedah ini. Disinilah tempat dia dilahirkan, tempat dia membesar. Segala-galanya disini.

“Ermm..yela.”sahut Puan Jamilah. Kemudian mereka beriringan masuk ke dapur untuk menyediakan makan tengah hari.

******
Kereta Lotus Elite milik Iskandar sudah berhenti tepat diluar pagar banglo milik keluarga Qairina. Razif yang pada mulanya sudah berjanji nak temannya tiba-tiba ada urgent case pulak dah. Suraya tunangnya merajuk. Terus cancel nak menemaninya. Pintu kereta mewahnya sudah dibuka dan dia berdiri tegak diluar pagar yang tinggi itu. Boleh tahan kaya jugak Qairina ni rupanya, tebaknya dalam hati.

Iphone 4s dibawa keluar dan nombor Qairina ditekan. Kaki rasa macam mengegetar je. Sambil menunggu panggilannya bersambut. Sempat lagi dia melihat kedalam melalui celah pagar. Uih!!!ada 6 biji kereta semuanya. Nampak sangat bukan calang-calang orang jugak.

“Assalamualaikum..awak dah sampai ke?”suara lembut Qairina mula menampar cuping teliganya. Boleh cair tahi telinganya kalau hari-hari dengar suara macam ni.

“A’ah dah sampai dekat luar pagar rumah awak ni.”beritahunya pula.

“Sekejap eh. Saya bukakkan pagar, kereta awak pun bawak masuk dalam garaj sekali. Takut pulak kereta mewah awak tu kena curi nanti.”gurau Qairina sebelum mematikan panggilan.

Sebaik saja panggilan terputus, pagar besar itu mula terbuka. Lantas perut keretanya dimasuki dan keretanya dipandu masuk kedalam garaj yang agak luas itu. Dilihat Qairina sudah menunggunya diambang pintu dengan senyuman manis yang menghiasi bibir merahya.

Ray bannya dibuka dan ditinggakan diatas dashboard keretanya. Hari ni dia bergaya cukup ringkas, dengan seluar jeans dan t-shirt kolar. Takkan lah sampai jumpa bakal mertua nak berkot-kot pulak kan. Perjumpaan tak formal saja.

“Jom masuk..abah dengan abang-abang saya dah tunggu dekat dalam.”ujar Qairina dengan wajah yang ceria. Sejak abang abangnya datang sejak pagi tadi, mereka sudah buat kecoh. Tak sabar nak jumpa bakal adik ipar la, siap merangka lagi apa yang nak ditanya nanti. Umi denga abah pun sama je sekepala. Dia jugak yang termalu, tak habis-habis kena usik.

Bajunya dikemaskan terlebih dahulu. Qairina yang memerhati hanya tergelak kecil.

“Ok tak saya pakai macam ni?”soal Iskandar dengan nada gelisah.

Qairina mengagguk beberapa kali sebelum menjawab. “Ok sangat. Jom..”ajaknya lagi.

Mereka jalan beriringan masuk keruang tamu yang agak luas dan kemas itu. Kalau nak tahu, dekorasi dalam rumah ni semua hasil ilham uminya. Walaupun uminya itu bekas pensyarah. Tapi dia memang minat bab-bab dekorasi rumah ni.

Dilihat abah dan abang-abangnya yang tadinya rancak bercakap itu ini sudah terdiam semuanya sebaik saja melihat kelibat mereka.

“Uhuu..merpati dua sejoli dah datang....”entah dari mana datangnya suara sumbang itu dia sendiri tak tahu. Tapi kalau dengar dari bunyi suara, tak lain tak bukan mesti kerja angah. Lantas jelingan maut dihadiahkan buat angahnya yang membuat muka toya tak bersalah.

Abah turut sama tergelak mencukupkan korum. Memang la mereka semua ni tak makan saman betul. Buat malu dia je.

“Dah..dah..meh duduk sini. Siapa namanya? Is...Iskandar kan?”kata abah seraya menjemput iskandar duduk bersama mereka di sofa.

“Ye uncle. Uncle apa khabar?”soalnya ramah. Tangannya berjabat dengan abah Qairina dan diikuti dengan kedua-dua abangnya

“Sihat, alhamdulillah. Eh..duduk.”pelawa Ir. Zulkefli lagi. Iskandar mula menghenyakkan punggungnya keatas sofa. Qairina pulak duduk disebelah abahnya.

“Umi mana abah?”soal Qairina sambil tercari-cari wajah uminya di setiap pelosok rumah. Tapi tak ada.

“Kat atas lagi la tu bersiap-siap. Nak bercantik-cantik sikit katanya, nak jumpa bakal menantu.”usik abah. 

Iskandar yang memasang telinga tersenyum sumbing. Keluarga ni nampak ceria sangat, suka sakat menyakat. Tak macam keluarganya, semua nak berprotokol. Waktu makan semua kena senyap, macam dalam gua.

“Mengarut je abah ni.”balas Qairina perlahan seraya mencubit halus lengan kanan abahnya sebelum bangkit naik ke tingkat atas.

“Nama siapa tadi?”soal angah dengan lagak gangster la konon. Kakinya disilang seraya menyorot tajam wajah pemuda didepannya. Handsome. Detiknya dalam hati. Mau kalah dia dibuatnya.

“Iskandar abang..”jawab iskandar sopan. Rasanya bang-abang Qairina ni semua tua daripadanya. Mungkin tua 2-3 tahun.

“Nama penuh la”soal along sedikit kuat pula. Sengaja sebenarnya nak melihat Iskandar kecut perut.

“Tengku Iskandar Farabi...”jawabnya dengan ringkas dan tenang. Dia tak boleh tunjuk perasaan menggelabahnya. Dia anak lelaki, kena berani.

“Uih...nama nak class aje. Kau keturunan diraja ke bertengku-tengku bagai.”sambung angah pula.

“Ada la sikit-sikit..”ringkas Iskandar memberitahu merendah diri.

“Apa la korang berdua ni. Tanya macam nak interview kerja pulak. Biar la abah pulak yang tanya.”sudah tiba masa Ir. Zulkefli pulak yang mencelah. Nak jugak dia berkenal-kenal dengan bakal menantunya ni.

Angah dan along tersenyum kambing. “sila..sila...”balas mereka serentak.

“Ermm...kerja apa? Dekat mana?”pertanyaannya pula mengambil tempat. Sempat lagi tadi dia dan anak lelakinya yang dua orang ini menjenguk melalui tingkap sewaktu kereta anak muda itu masuk kedalam kawasan garaj rumahnya. Nampak dari gaya kereta, confirm sangat la budak ni berada sangat. Dia yang dah kerja berpuluh-puluh tahun pun masih tak mampu nak pakai kereta macam tu. Ada hati jugak nak pakai kereta orang muda macam tu. Tapi bukan itu yang menjadi ukurannya. Dia nak tahu keperibadian nak muda ni macam mana pulak.

“Is kerja dekat syarikat papa. Putra Holdings, uncle tahu?”

Ir .Zulkefli memikir sekejap. Nama syarikat tu macam pernah dengar. Baru dia teringat yang sebulan lepas syarikatnya ada tandatangan tender kerjasama dengan syarikat tu. Waktu tu dia ada berurusan jugak dengan seorang pemuda, katanya itu pun anak tuan Syarikat. Kini baru dia dapat menangkap syarikat yang mana satu.

“Oh..syarikat hartanah tu kan? Berjodoh sangatlah tu Is dengan Qhai ni. Baru bulan lepas syarikat uncle tandatangan tender dengan syarikat papa kamu tu. Tapi masa tu tak jumpa pulak dengan papa kamu.”cerita Ir. Zulkefli lagi. Tak sangka kecil betul malaysia ni.

“Papa tak berapa nak sihat uncle. Sebab tu la sekarang papa dah jarang masuk pejabat. Is dengan abang yang uruskan semua urusan syarikat.”katanya pula. Sedikit sebanyak dia berasa lega. Sekurang-kurangnya keluarga Qairina nampak seperti dapat menerimanya.

“Suka dengan adik abang?”suara along mengusik mula memecah ruang tamu.

“Arrr?”sungguh tak disangka soalan itu yang ditanya padanya.

Qairina yang baru turun dengan uminya terus menyambar bantal kecil yang disusun disofa, lantas dibaring tepat kearaj alongnya tanpa amaran. Ambik kau...

“Uish..ganas betul la Qhai ni.”rajuk along seraya menggosok-gosk hidungnya yang terasa sedikit sengal.

“Ganas macam ni Is nak buat bini? Kalau abang, kasi free pun tak tentu lagi nak.”sambung along lagi masih-tak habis-habis nak mengenakan adiknya yang sudah merah wajahnya.

Iskandar yang mendengar komen yang dilontarkan abang sulung Qairina itu hanya tergelak. Ganas jugak perempuan ni. Nampak je muka lembut.

“Yang ni isteri pak cik..”Ir Zulkefli memperkenalkan pula isterinya pada Iskandar. Puan Salina tersenyum melihat pemuda didepannya ini. Betul la kata anaknya kat atas  tadi, memang tampan.

“Apa khabar auntie.. saya Iskandar.”tangan orang tua itu dicapai dan disalam hormat.

“Baik..baik”balas puan Saliha tak lepas memandang anak muda itu. Memang secocok sangat la kalau nak digandingkan dengan anaknya yang sudah tersipu-sipu malu disebelahnya. Perut anaknya disebelah disiku sedikit menyedarkan anaknya yang macam berkhayal. Perutnya yang terasa senak disiku uminya tadi dipegang, muncungnya mula panjang.

“Buat apa lagi tercegat dekat sini. Pergi la kedapur tu tunjuk bakat sikit.”seloroh Puan Saliha. Bahu anak gadisnya itu ditolak menyuruhnya pergi masuk kedapur. Panjang je muncung Qairina menuju kedapaur membancuh air milo didalam teko.

Kemudian mereka menyambung perbualan lagi. Banyak yang ditanya padanya. Dari maklumat keluarga sampai la ke hobinya. Semuanya disoal. Qairina yang duduk disisi uminya setelah menuangkan air kedalam cawan hanya tersenyum manis mendengar perbualan keluarganya dengan iskandar yang nampak makin rancak. Dalam masa singkat macam ni lelaki tu dapat menyesuaikan diri dengan perangai keluarganya yang gila-gila belaka. Dia bersyukur dalam hati.

Jam Maurice Lacroix yang melekap elok di pergelangan tangannya dijeling sekilas. Dah masuk asar dah ni, dia pun belum solat lagi. “Is nak tumpang solat boleh uncle..”pintanya sopan.

Hah...ini la masa yang ditungu-tungunya. Dah tiba masanya untuk dia menguji pula tahap pengetahuan agama pemuda ni. Lantas kepalanya diangguk laju.

“Boleh la kita semua jemaah sama-sama. Is jadi imam boleh?”soalnya untuk menguji. Kebanyakan budak muda sekarang, kalau disuruh jadi imam je, sebatu dia lari. Qairina yang mula kaget memandang abah dan uminya dengan padangan pelik. Lengan uminya dicuit sedikit, tapi tangannya pula yang digenggam kuat supaya tak membantah

Iskandar yang pada mulanya terkejut dengan permintaan yang ditujukan padanya, perlahan-lahan mengangguk. “Boleh..”jawabnya tenang.

Mereka semua sudah bersedia didalam bilik solat seraya menunggu kehadiran Iskandar dari bilik air mengambil wuduk. Qairina yang juga sudah siap menyarung telekung mengigit bibirnya gelisah. Dalam kepala dia tertanya-tanya. Boleh ke Iskandar jadi imam. Rasa musyhkil saja dengan perangai kaki perempuannya itu boleh mengimamkan solat.

 Seminit kemudian Iskandar muncul dengan wajah yang sedikit basah. Hujung rambutnya juga terlihat basah.

“Sila..”kata anagh seraya memberi laluan kepada Iskandar untuk kedepan. Dalam hati Qairina sudah berdoa bagai nak rak. Jangan la ada kesilapan.

Nafas panjang dihela sebelum memastikan makmumnya dibelakang sudah bersedia. Niatnya dibaca dan.... “Allahuakhbar...”tangannya mula diangkat.

Nafas lega dilepaskan setelah segala-galanya selesai. Qairina turut menghela nafas lega. Sudah terbukti sangat yang dia telah salah menilai Iskandar berkenaan pengetahuan agamanya. Ternyata lelaki itu masih mengenal Allah dan arah kiblat. Rasa tenang yang menusup masuk kehatinya saat tadi ketika mendengar bait-bait surah yang dibaca dengan penuh tenang dan lancar masih dapat dirasakan hingga saat ini. Tersenyum dia sendirian sehinggalah lengannya dicuit uminya yang memandangnya seraya mengangkat isyarat bagus padanya. tak boleh blah betul la umi ni pun.

Abah dan abang-abangnya juga masing-masing sudah mengangkat kening sesama mereka. Nampak macam berpuas hati. Confirm la lepas ni boleh buat menantu.

Qairina dan Iskandar beriringan keluar ke garaj untuk menghantar Iskandar pulang. Masing-masing menyimpan senyum dalam hati, tak boleh tunjuk. Nanti malu...

“Amacam? Lepas tak jadi suami awak?”soal Iskandar dengan riak wajah nakalnya.
Senyuman yang ditahan-tahan akhirnya terukir juga dibibir Qairina bila ditanya sebegitu. Cukup manis dipandang Iskandar.

“Awak rasa?”soalnya balik

“Nampak macam lepas..”

“Perasan...dah la pergi balik.”balas Qairina. Hujung matanya melihat diambang pintu. Manalah tau ada mata-mata yang menghendap disitu. Keluarganya bukan boleh percaya. Semuanya kaki penyibuk.

“Yela...malam ni saya call awak ok.”pesannya lagak sepasang kekasih. Padahal mereka tak declare apa-apa pun lagi.

“Tak payah la..esok kan awak kerja, nanti bangun lewat pulak.”Qairina memberi alasan. Padahal dalam hati dah berbunga.

“Baik mem..”balas Iskandar seraya memandang wajah manis dihadapannya itu. Ada rasa bahagia yang bergayut dalam hatinya tika itu. Kemudian pintu kereta dibuka dan tubuhnya membolos masuk keperut kereta. Tingkapnya diturunkan.

See you again my Fiancee-to-be.”kata Iskandar penuh perasaan. Ray bannya di atas dashboard kereta dicapai dan dipakainya sebelum gear reverse dimasuk.

Qairina melambai-lambai tangannya bila kereta Iskandar mula bergerak. “Drive carefully..” suaranya sedikit kuat. Sempat lagi dia melihat Isknadar mengangguk sebelum kereta itu hilang dari pandangannya....
******
Sedang asyik Qairina bergolek-golek diatas katilnya sementara menunggu matanya mengatuk, blackberrynya pula mula menyanyi. Tangannya dipanjangnya mencapai hansetnya diatas meja solek. Melihat saja ID pemanggil sudah mampu membuatkan wajahnya tersenyum. Panggilan disambut.

“Assalamualaikum.”suara orang disana mula kedengaran.

“Waalaikumsalam..tak tidur lagi? Esokkan kerja.”dia mula membalas salam. Sudah dikata petang tadi tak perlu menelefonnya. Matanya dikerling sekilas kearah jam locengnya dimeja sebelah katilnya. Dah lewat malam macam ni pun dia nak telifonnya lagi.

“Belum..ada sikit lagi kerja. Mama saya ada beritahu tadi. Minggu depan family saya datang bawak rombongan ke rumah awak.” Waktu mereka makan malam tadi, mamanya sudah mengatakan hajatnya untuk bermenantukan Qairina. Mama nampak sangat berkena dengan Qairina. Dia tumpang bersyukur juga. Waktu itu dia mula terfikir, agak-agak kalau sekarang dia masih bersama Intan, apa mamanya akan terima semudah inikah?

“Cepatnya...nanti esok saya beritahu umi dengan abah.”balas Qairina ringkas.

“Hari isnin ni awak mula masuk kerja kan?”soal Iskandar lagi. Matanya masih setia melekap ke screen laptopnya. Masih ada proposal yang perlu disemaknya sebelum menyerahkan pada papanya isnin nanti.

“Mana pulak awak tau?”

“Masa makan dengan family saya hari tu kan awak cakap.”

“Yeke...a’ah. wish me good luck ok.”pintanya seraya memejamkan kejap matanya yang mula merasa mengantuk.

I will. Jangan nakal-nakal dengan office boy dekat sana nanti. Selalu ingat dekat saya.”pesan Iskandar dengan nada mengusiknya. Mungkin Qairina menyangka yang dia Cuma bercanda, tapi dia memaksudkan apa yang dikatakan tadi. ikhlas diluahkan dari apa yang dirasa.

“Eleh..entah-entah awak yang selalu berfoya-foya dengan awaks dekat office awak tu. Bukan boleh percaya. Girlfriend keliling pinggang.”tuduh Qairina. Dia berani potong kuku ramai office girl di pejabat tu berminat dengan Iskandar.

Qushairi yang kebetulan melewati kamar adiknya untuk turun kebawah minum air menghentikan langkahnya. Daun pintu yang terbuka sedikit dijenguknya. Dilihat adiknya itu sedang bergayut dengan hansetnya dengan senyuman berbunga yang tak surut-surut. Walaupun kedengaran agak samar-samar perbualannya, dia pasti adiknya itu sedang bergayut dengan Qairina. Terasa meluap  rasa cemburu dalam dadanya. Kalau dulu dia nak menelefon gadis itu punyalah susuh, tambah-tambah lagi kalau waktu dah lewat seperti ini.

Malas nak melihat lebih lama, terus kakinya melangkah laju menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Mahu membasahkan tekak seraya menenangkan cemburu yang berombak ganas dalam hatinya itu.

“Boleh tak kita ubah nama panggilan kita. Asyik bersaya, berawak je. Awak panggil la saya Is macam yang orang lain selalu panggil.”pinta Iskandar dengan bunyi manjanya. Mana tak manja dia pun anak bongsu, sedikit sebanyak sikap manja tu tetap ada.

“Kalau panggil Is jugak. Tak ada special la saya ni.”Qairina mengusik seraya tubuhnya ditelentangkan. Matanya merenung siling kosong.

“Kalau macam tu panggil la saya sayang ke, B ke, honey ke..”tiba giliran Iskandar pula bergurau.

Qairina yang mendengar tergelak kecil. Tak mahu la dia panggil macam tu. Buat malunya saja. “Tak nak la saya...ok saya panggil awak Is. Awak panggil saya Qhai.”cadangnya pula.

“Baik Qhaiku sayang...”kata Iskandar penuh romantis. terbuai Qairina dibuatnya sekejap. Senyuman tersunging lagi dibibirnya. Otot muka ni memang sah dah jammed. Asyik nak tersenyum saja dia beberapa hari ni.

Saya dah mengantuk ni.. good night ok.”

“Ok..good night, sweet deram, sleep tight Qhai.....sayang.”saja ditambah lagi perkataan sayang dihujung ayatnya. Terasa lain sekali panggilan itu dirasakan, rasa sweet je. Waktu dia memanggil semua bekas girlfriendnya sebelum ni tak ada pula rasa macam ni. Rasa istimewa pulak panggilan itu kedengaran.

“Dah...dah..pergi la tidur jugak Is.”tambah Qairina lagi. Mendengar suara Iskandar yang tergelak dibelah sana, terus dimatikan panggilan telefon. Comforter ditarik menyelimut tubuhnya yang agak kesejukan.
Kepalanya digeleng-geleng sebelum mencampak kembali iphone 4snya ke atas katil. Specsnya dicapai dan dipakai semula sebelum dia mula meyambung semula kerjanya menghadap laptop yang masih bercahaya. Serasa tak puas berbual dengan gadis comel itu. Mintak-mintak boleh jumpa dalam mimpinya nanti....

_bersambung_

p/s: salam pad semua yang sudah lama menunggu n3 baru SKQ hehe...bab 8 dah masuk, boleh baca ye semua. jangan lupa tingalakan komen dan jejak anda samaada di bahagian komen atau chatbox ok... Iskandar luv Qairina foreva haha....luv u all..good night sume. ^,~