Thursday 26 May 2016

Manisnya Souffle' - Bab 14




BAB 14

Petang itu terkocoh-kocoh Mia menuruni tangga turun ke tingkat bawah sebaik selesai membersihkan diri. Sebaik melihat kelibat Mak Wan yang hendak bergerak masuk ke ruang dapur itu, segera dipercepatkan langkahnya.

“Mak Wan...”

“Mia... dah kenapa berlari-lari ni?

“Mak Wan, mana teddy bear Mia?” tangan Mia sudah bercekak di pinggang langsingnya. Suara itu juga sudah mula menunjukkan aura-aura tegang.

Teddy bear? Bukan selalu ada atas katil Mia ke? Baru pagi tadi Mak Wan kemas bilik Mia, takkan hilang pulak.”

“Teddy Mia mana Mak Wan?!” tekan Mia lagi dengan mata yang mula berkaca.

“Kenapa ni?” Tiba-Tiba suara Puan Sri Imah mencelah sebaik saja keluar dari bahagian dapur. Melihat raut anak gadisnya itu segera dia gerak mendekat. Pipi itu disentuhnya lembut. “Mia...kenapa ni?” tapi cepat saya tangannya ditepis kasar.

“Mana teddy bear Mia, Mak Wan?”

“Teddy bear Mia? Owhh... tadi mama masuk bilik Mia nak simpan baju yang dah berlipat. Lepas tu mama ternampak teddy bear tu, dah terkoyak sana sini jadi mama ambil la buang.”

terus berubah air muka Mia, merah padam dengan nafas yang muka turun naik pendeknya.  bibir itu diketap menahan gigilan amarah. Tanpa dapat ditahan-tahan lagi, tangannya laju saja naik melekat ke pipi itu hingga jatuh terjelepuk Puan Sri Imah ke lantai.

“Siapa suruh kau buang ha perempuan? Kau memang sengaja kan, tak cukup kau rampas kebahagian arwah mama dulu...sekarang nak rampas pulak satu-satunya hadiah peninggalan mama pada aku!!!” bertempik kuat suara jeritan Mia memenuhi setiap pelosok banglo mewah itu. Air matanya sudah berjurai jatuh, laju membasahi pipi.

Susah payah Puan Sri Imah bangkit dengan bantuan Mak Wan. “Maaf... maafkan mama Mia... mama... mama tak tahu...” air matanya turut merempuh keluar.

“Diam!!!” pekik Mia lagi seolah sudah dirasuk hantu. “Kau tak layak jadi mama aku, sebab sampai bila-bila pun aku takkan pernah terima kau sebagai mama aku, perempuan jala...”

Belum sempat dia menyudahkan kata, tiba-tiba bahunya ditarik kasar dan sesaat kemudian pipinya turut terasa sakit dan perit sekali hingga terduduk dia ke lantai menerima tamparan hebat itu. pipinya yang berdenyut dipegang dengan ketapan bibir yang naik menggigil dihambat rasa pilu.

Kini berdiri sekujur tubuh papanya dengan muka merah padan dan dadanya yang keras turun naik. “Papa tak pernah ajar anak papa bersikap kurang ajar macam ni. Sungguh papa kecewa dengan Mia. Kalau macam ni sikap Mia... papa lebih rela takde anak macam Mia!!!”

Kata-kata terakhir itu berjaya mengoncang hebat tubuh Mia. Mata tajamnya yang kabur dengan air mata naik menikam tajam pandangan papanya yang sudah memeluk bahu perempuan itu. dia naik berdiri dengan sisa kudrat yang ada.

“Selama ni papa tak pernah berkasar dengan Mia, waima satu jentikan pun tak hinggap ke tubuh Mia selama ni. Tapi sekarang... disebabkan perempuan ni, papa sampai sanggup tampar Mia!” dadanya sudah terasa sempit dan sesak dengan rasa sedih yang menghimpit kuat.

“Disebabkan perempuan ni, sekarang semua orang  tengah mengata arwah mama! Mia benci papa!!!” jeritnya sekuat hati sebelum berlari keluar dari rumah.

Mak Wan yang hendak pergi mengejar anak majikannya itu segera dihalang Tan Sri Jamaluddin. “Biarkan dia pergi kak Wan.”

“Tapi Tan Sri...”

“Takpe Kak Wan... biarkan dia dulu.”

“Tapi abang... sekarang ni dah malam, bahaya Mia berjalan seorang diri dekat luar sana.” Puan Sri Imah laju menyuarakan kebimbangannya.

“Mia tu dah besar Imah, abang tahu dia pandai jaga diri. Awak tak perlu risau la, abang kenal anak abang,” kebimbangan isterinya itu ditepis lembut. “Dah jom...abang letakkan ubat dekat luka tu.” Lengan isterinya itu mula dipimpin menuju kearah sofa. “tolong bagi saya kotak first aid kit kak Wan.”

“Ah... yela.” Sahut Mak Wan sebelum berlalu ke dapur.

*****

Mia melepaskan tangisnya di sebuah hentian bas, entah berapa jauh dia berjalan pun dia tak pasti. beberapa orang mash kelihatan sedang menunggu di situ. Tak dipedulikan mata-mata yang melepaskan pandangan aneh padanya. Iphone dalam kocek seluar pinknya itu dibawa keluar. Dalam kabur matanya, nama Zatil dicari dan beberapa saat kemudian dibawa ke telinga.

“Hello..” kedengaran suara dihujung sana menyambung.

“Zaa...” serunya dalam sendu.

“Mia...kau kenapa tu?” suara Zatil mula bertukar kebimbangan.

“Za...kau ambil aku boleh?”

“Mia...kau kenapa ni? Jangan takutkan aku boleh tak. Aku tengah outstation ke Sabah ni, Zira pun baru balik kampung semalam along dia masuk hospital accident, macam mana aku nak ambil kau.”  Beritahu Zatil nada gusar.

Mendengar berita itu makin lebat air matanya yang turun. “Takpe la kalau macam, kau balik nanti aku cerita.” Setelah salam diberi, Iphonenya dijatuhnya. Selang beberapa minit kemudian satu panggilan masuk. Melihat nama ID si pemanggil itu makin lebat air hangat itu jatuh ke pipi. Dengan tangan yang sedikit menggigil, panggilan itu disambut.

Sebaik telinganya disapa suara garau itu, terus terlepas bunyi esaknya. “Zaf...”

“Mia...you dekat mana? I ambil you sekarang,” Soal Zafeeq sebaik mendengar suara itu. Jiwanya makin dipagut risau. Baru sebentar tadi Mak Wan menelefonnya dan menceritakan hal yang berlaku. Mak Wan sendiri yang minta supaya Mia dicarinya, kerana tahu Mia pasti takkan menjawab telefon kalau Mak Wan sendiri yang telefon.

“I...” mata kaburnya dilingas ke kiri kanan cuba mengenal pasti dimana dia berada sekarang. “I tak tahu...tapi rasanya tak jauh dari rumah.”

“Okay... you stay je sana, I datang ambil you sekarang jugak. Jangan pergi mana-mana! tunggu I,” ujar Zafeeq tegas.

Zafeeq yang masih berada di kondominiumnya yang terletak di Mont Kiara itu segera mengemas meja kerjanya ala kadar.  Jaket kulit dalam almari disambar laju sebelum bergegas keluar dari bilik. selang lima belas minit kemudian, enjin Mercedes-AMG GTS mula mengaum membelah malam.

Hampir setengah jam berlalu, telinga Mia mula menangkap bunyi enjin kereta yang berhenti tepat dihadapannya. Perlahan kepalanya yang menekur ke lantai bawah mula mendongak ke atas. Kini berdiri tegak sebatang tubuh sasa itu memandangnya. Tubir matanya yang sarat pecah semula.

Melihat raut wajah mendung yang nampak keletihan itu, Zafeeq melepas nafas kecil. “Come...” pintu keretanya sebelah pemandu dibuka, dan si gadis digamit.

Zafeeq dipandang tanpa lepas, masih diam tak bergerak dari duduknya. Rasa was-was hendak menerima ajakan itu, apatah lagi dalam keadaan malam sebegini.

“Naik Mia... I takkan rosakkan perempuan yang I sayang okay, kalau itu yang you takutkan sangat. Trust me!” tutur Zafeeq penuh ketegasan.

Tersentak benak Mia mendengar kata ‘sayang’ yang meluncur jelas dicelah bibir itu. Betul ke Zaf sayangkan aku? Soalan itu berlegar dibenaknya.

Melihat air muka serius yang tak beriak itu, lambat-lambat dia mula bangkit dari kerusi panjang batu dan bergerak merapat. Selang beberapa minit kemudian, tayar kereta mula berputar. Keadaan kabin senyap sunyi hanya ditemani sunyi penghawa dingin yang terpasang.

Zafeeq mencuri pandang ke sisi melihat Mia mengikat rambut panjangnya itu ala kadar. Tertegun dia seketika melihat raut jelita yang disimpah cahaya malam ini, sebelum memandang semula ke depan dan berdehem kecil.

“You dah makan?”

Mia menggeleng kecil.

“Kita makan dulu.” Zafeeq memutus sebelum membelok stereng menghala ke Damansara. Setelah mereka mengisi perut di restoran berhampiran, mereka masuk semula ke kereta.

“You nak bawak I pergi mana?” Tanya Mia ingin tahu seraya memandang lelaki itu yang sedang mengenakan seat belt.

“Balik kondo I la.”

Ucapan selamba lelaki itu buat mata Mia terjegil besar. “You dah gila ke?!” melihat tiada suara yang membalas, dia ketap bibir. “Berhenti! I nak turun!” tegasnya dengan muka memerah. Tangannya sudah bersedia untuk membuka tali pinggang yang melilit.

“I gurau aje la... otak I masih waras lagi. Gila ke apa nak bawak you tidur dekat kondo I, tak pasal-pasal dapat kahwin free nanti.”

Mia memuncung. Tau pun! Bergurau lagi tak bertempat! “Habis tu you nak bawak I pergi mana?”

“Jangan banyak tanya boleh tak, you tidur aje la... nanti dah sampai I kejut.” Tak sampai hati dia melihat wajah keletihan itu, dengan sembab bawah mata yang masih ketara jelasnya. Melihat mata yang masih tak lepas menikamnya itu, dia menyambung lagi. “Jangan risau okay... I takkan bawak you ke siam la.”

Lambat-lambat bibir merah itu mengoyak senyum kecil mendengar bebelan itu. kepalanya mula disandar selesa ke kerusi kulit itu dan menoleh ke kanan, sisi wajah kacak yang nampak tenang memandu itu direnungnya tanpa lepas. Entah kenapa perasaan selamat menyelinap masuk ke jiwanya saat itu, kehadiran lelaki itu sedikit sebanyak mula menghalau pergi lara yang menghambat hatinya tadi. tanpa sedar matanya mula memberat dan mula gelap.

*****

Kereta milik Zafeeq berhenti tepat di hadapan rumah dua tingkat itu. dilihat uminya sudah menunggu di hadapan pintu sana, pagar automatik juga sudah terbuka luas menyambut kedatangannya.

Puan Baizura bergerak mendapatkan anak saudaranya itu dengan senyum yang tertampal diwajah.

“Assalamualaikum ummi, sorry Zaf ganggu malam-malam macam ni.” Tangan kanan itu ditarik dan diciumnya.

“Waalaikumussalam... eleh, macam la tak biasa kacau ummi dengan abah dekat sini.”

Zafeeq tersengih sebelum berpaling ke sisinya. “Mia...bangun, dah sampai.” Dikejut perlahan si puteri beradu disebelahnya itu. sikit demi sedikit mata terpejam itu mula terbuka.

Mata digosok Mia. “Kita dekat mana?” tanyanya dalam mamai. Zafeeq disorot pandang, sebelum matanya jatuh bulat pula pada seorang wanita lewat 40-an yang sedang tersenyum memandangnya. Terkejut!

“Jom keluar.”

Sebaik menapak turun, tangan wanita itu disalam Mia hormat.

“Ingat lagi tak?” Puan Baizura menyoal bila melihat raut yang masih kebingungan itu.

Lambat-lambat Mia angguk seraya menjeling pada Zafeeq disisinya. “Auntie yang masa Mia hantar... Zaf dulu tu kan?”

Melebar senyum Puan Baizura bersama anggukan. “Tak payah berauntie..auntie la, panggil ummi je.”

“Dengar tu... panggil ummi je. Ummi I, ummi you jugak.” Zafeeq menyampuk di sebelah penuh bersahaja. Sengaja memercik rona merah ke pipi Mia.

Mia menjeling, terasa panas mukanya diusik sebegitu.

Tergeleng Puan Baizura melihat keletah nakal anak saudara kesayangannya itu. dari balik mata yang memandang itu, dia dapat merasakan yang anak saudaranya itu menyimpan perasaan istimewa buat si gadis hadapannya itu. Matanya tak silap.

“Malam ni you tidur sini, buat la macam rumah sendiri,” kata Zafeeq seraya menghempas tubuhnya ke sofa ditengah ruang menonton itu.

“Eh... patut ummi yang cakap benda tu!” Sampuk Puan Baizura. Lengan itu ditamparnya kuat hingga terkekah Zafeeq menggelakkannya.

Puan Baizura disorot Mia was-was. “Boleh ke ummi, Mia tumpang tidur dekat sini?” Soalnya inginkan kepastian. Sesaat kemudian bahunya terasa diusap lembut. Entah kenapa tiba-tiba dadanya dilanda sebak, sudah lama dia tak merasakan sentuhan yang sebegitu lembut persis seorang ibu pada anaknya itu. Sungguh dia merindui arwah mamanya.

“Apa yang tak bolehnya Mia. Mia nak tumpang seminggu... sebulan... setahun pun boleh, ummi dengan uncle tak kisah. Ada la jugak yang boleh temankan umi nanti.” Seloroh Puan Baizura senang dengan gadis itu.

“Tapi...baju Mia...”

“Baju kakak Zaf ada dekat bilik atas, tak payah risau la. Jom... ummi bawa Mia naik atas.” Tangan halus itu ditarik supaya bangun. Kemudian jatuh pula pada anak saudaranya yang sudah nampak selesa atas sofa dengan kedua tangan yang diletak belakang kepala.

“Hai Zaf... tak nak balik kondo ke?” Tanyanya dengan kening ternaik sebelah

Zafeeq mula meregangkan badannya seolah-olah keletihan bersama kuapan mulut. “Zaf penat la ummi drive jauh-jauh sampai sini, tidur sini boleh?” tanyanya dengan mata nakal penuh mengharap.

“Tak payah la Zaf... nanti karang Mia tak selesa pulak Zaf tidur dekat sini. Lagipun awak tu lelaki, tak elok pulak kalau ada anak dara dekat sini. Nanti apa pulak kata orang nanti,” pujuk Puan Baizura lembut. Bukannya dia tak tahu gejolak hati-hati muda sebegini, tapi tak manis juga kalau dipandang jiran-jiran sekeliling.

“Ummi dengan abah kan ada, nak risau apa?”

“Zaf...” mata Puan Baizura mula mencerun pandang, menghantar maksud dalam diam.

Akhirnya, malas-malas Zafeeq bangun dari sofa. “Okay... Zaf balik.” Mengalah akhirnya.

“Mia tunggu sini dulu, ummi masuk dapur masak air kejap.”

Mia angguk.

“Bawak kereta elok-elok.”

Zafeeq angguk seraya menyalam tangan tua itu sebelum bayang itu menghilang ke dapur. Mia menghantar hingga ke pintu. Zafeeq yang sedang menyarung kasut itu disorot jatuh.

Thanks Zaf... and sorry, I dah susahkan you malam-malam macam ni.”

“You kan orang yang I sayang...” sahut Zafeeq sebelum mendongak ke depan. Melihat mata yang tak berkelip menikam matanya itu, dia jadi kalut sendiri. “Maksud I... sebagai kawan. Kita kan kawan.” Perbetulnya.

“Owh...” Mia ketap bibir kejap. terasa kelat dadanya tiba-tiba. “Balik la, dah lewat dah ni. Good night.” Suaranya rendah sebelum menutup daun pintu rapat.


Zafeeq diluar sudah mengetap bibir kuat. “Crap! Apa yang kau cakap ni Zaf?! Cakap jela yang kau sayangkan dia lebih dari seorang kawan!” Rambutnya ditarik geram. rasa nak dihantuk-hantuk saja kepalanya ke dinding dengan kebodohannya sendiri!

Bersambung....

p/s: enjoy gais...sila tinggal komen supaya penulis ni rasa ada org yg membaca kisah Zaf n Mia ni huhu...jgn syok sendiri pulak dah

Tuesday 17 May 2016

Manisnya Souffle' - Bab 13


BAB 13

Langkah tergesa diatur Mia merentasi taman berdekatan kolam renang itu.

            “Mia...”

Mendengar suara garau itu makin menambah rasa tak senang dan meluat di hatinya. Apalah yang si Muiz ni nak agaknya! Tak habis-habis nak mengganggu hidupnya!“

"Mia, I nak cakap dengan you...”

Laung Muiz lagi dengan gerak kaki yang turut laju cuba menyaingi langkah kaki panjang itu. melihat si gadis yang langsung tak ambil pusing dengan panggilannya itu terus dia berlari dan lengan itu ditangkapnya.

Nak tak nak terpaksa juga Mia berpaling menghadap lelaki itu. “Lepas!” lengannya ditarik kasar hingga terungkai jemari kasar di lengannya itu.

“You nak apa sebenarnya Muiz? Tak habis-habis ganggu I siang malam, you tahu tak I rimas dengan you!” Mia mula menempik memarahi lelaki itu hingga menarik beberapa pasang mata pada mereka. Dia betul-betul rimas bila diganggu hampir setiap hari begini!

Muiz raup rambutnya kasar. “I cuma nak tahu, kenapa you tolak pinangan I minggu lepas?”

Tiba-tiba ketawa Mia meletus dicelah bibir. Tangannya mula naik bersilang ke dada, dan lelaki itu ditunak tanpa perasaan. “I tak pernah sukakan you Muiz, jadi salah ke kalau I tolak?”

“Tapi kenapa? I dah cakap kan dengan you, kalau I dah break up dengan Julia, kalau itu penyebab you tolak pinangan I. I love you sayang...”

Rasa nak termuntah Mia mendengar perkataan ‘sayang’ itu. Tangan yang cuba nak meraih tangannya dielak dengan melangkah ke belakang. Apalah yang ada pada ‘cinta’ lelaki seperti Muiz ini kalau bukan cinta hanya kerana nafsu semata-mata. Dia sudah cukup masak dengan perangai lelaki  hidung belang seperti Muiz ni.

“You ingat I kisah ke kalau dah berpisah dengan Julia pun? I sikit pun tak kisah. I tolak pinangan you, sebab I memang langsung takde apa-apa perasaan pada you. Nothing! You boleh faham tak!!”

“I cintakan you Mia...”

“Tapi I tak cintakan you! Kenapa susah sangat ke you nak faham?!” tegas Mia hingga jelas terpeta rona merah dikulit mulus itu.

“You nak I buat apa lagi supaya you dapat terima cinta I?” rayu Muiz lagi, cuba memujuk wanita itu dengan kata-kata. Selama dia hidup selama 28 tahun ini, tak pernah lagi dirinya ditolak mana-mana perempuan, dan ini kali pertama dirinya ditolak mentah-mentah sebegini!

 Mia menggeleng kecil seraya memegang dahinya. “You tak perlu buat apa-apa Muiz! Sebab I tetap takkan jatuh cinta pada you!" Sungguh dia tak percaya ada lagi orang tak faham bahasa seperti ini!

“Tapi kenapa?!!” Nada Muiz mula kedengaran menggertak

Nafas dilepas Mia kasar. Bengang bila ditujah dengan soalan yang sama berkali-kali. Tak tahu bagaimana nak difahamkan lagi lelaki dihadapannya ini kalau dia langsung tak punya apa-apa perasaan istimewa padanya.

Tiba-tiba hujung matanya menangkap kelibat seseorang dihadapan pintu kaca automatik yang menghubungkan bahagian lobi hotel dan taman diluar ini. Sedang berbicara dengan telefon ditangannya. Zaf...

Sepasang matanya naik semula memandang Muiz. “You nak tahu kenapa kenapa I tak boleh cintakan you?” katanya kasar sebelum kakinya diatur pantas menghala ke depan, Muiz hanya mengikut dari belakang.

Sebaik tiba dibelakang Zafeeq. Tanpa sebarang amaran terus lengan sasa itu dirangkulnya erat. Hampir melompat Zafeeq bila Mia tiba-tiba muncul entah dari mana. tambah lagi dengan pelukan di lengannya itu.

Mata Mia naik ke raut kacak berkumis nipis itu. Bertembung matanya dengan sepasang mata hitam berkilat itu.

“Sebab I cintakan Zaf! Dan sekarang I tengah bercinta dengan dia. Puas hati?!!” ujar Mia tanpa teragak-agak sebelum beralih semula pada Muiz. Wajahnya serius.

Kata-kata yang tiba-tiba meluncur dibibir merah itu buat Zafeeq jatuh rahang. Bergegar rasa jiwa lelakinya. Bulat matanya merenung wajah cantik itu dengan rasa tak percaya dan terkejut.

Lambat-lambat Muiz menggeleng tak percaya. “Tak...you tipu kan Mia? You cakap semua ni semata-mata sebab nak I putus asa pada you kan? Mustahil la you nak bercinta dengan...” Zafeeq dilirik atas bawah dengan pandangan jijik. “Dengan lelaki miskin macam ni!” sugguh dia tak boleh terima!

Terus merah padam muka Zafeeq bila dirinya dihina dan dipanggil sebagai ‘lelaki miskin’. Apatah lagi datangnya dari mulut di lelaki hidung belang macam si Muiz ni! Laju saja telunjuknya naik ke muka itu.

“Hoi... kau cakap baik-baik sikit ek. Sekurang-kurangnya aku tak macam kau yang menumpang kemewahan mak bapa semata-mata!” sergah Zafeeq kasar. Turun naik dadanya kelihatan membendung rasa bengang yang meredap tiba-tiba.

“Terpulang pada you. I tak kisah you nak cakap apa sekalipun Muiz! Tapi I cuma nak you tahu satu perkara saja.” Celah Mia. Pandangan lembut dilepaskan pada Zafeeq di sisi yang masih kelihatan marah. “Yang I cuma cintakan Zafeeq seorang aje,” luahnya menyambung.

Automatik mata Zafeeq bersabung pandang dengan sepasang mata cantik milik Mia. Lama matanya terpaku di situ dengan jantung yang mula berdegup pantas.

“Kan sayang...”

Suara gemersik yang menampar lembut gegendang telinganya itu seakan menyedarkannya dari pukauan. Mia dipandang lagi sekali, sebaik ternampak sebelah kening yang kelihatan bergerak sedikit itu, terus matanya dibawa semula naik ke muka Muiz.

Hujung bibirnya menarik senyum kecil. Nafas ditariknya dalam. “Macam yang kau nampak. Aku dengan Mia sekarang memang tengah bercinta.” Kemudian telunjuknya naik sekali lagi ke muka itu. “Jadi mulai saat ni, aku tak nak tengok lagi kau cuba ganggu Mia, kalau kau tak nak jadi apa-apa pada kau. Faham?!” tegas Zafeeq penuh serius.

Mia yang mendengar sedikit terkesima. Entah kenapa nada keras yang kedengaran itu seolah-olah Zafeeq betul-betul memaknakan kata-katanya itu.

Sesaat kemudian terdengar rengusan kasar Muiz melantun keras bersama anggukan keras. Maruahnya benar-benar rasa tercabar kini!

Fine...aku takkan buat apa-apa sekarang.” Kemudian Mia dan Zafeeq ditunak tajam penuh dendam. “Tapi korang jangan ingat aku akan duduk diam lepas korang mempermalukan aku macam. Just wait and see, apa yang I akan buat Mia!” ucapnya bersama senyum sinis sebelum beredar pergi.

Setelah dilihat bayang itu mula menghilang dibalik pintu kaca lobi itu, Mia lepas nafas lega. Beberapa saat kemudian teragak-agak kepalanya diangkat. Melihat kening Zafeeq yang sudah terangkat sebelah melihatnya itu, cepat-cepat rangkulan di lengan sasa itu dilepasnya.

Sorry... and thank you. You dah selamatkan I dari kelemasan,” ucap Mia.

“Terima kasih you tak diterima.” Zafeeq mula bercekak pinggang. “You tahu tak kalau you dah libatkan I dalam masalah you sekarang ni. You ingat si Muiz tu akan duduk diam macam tu aje ke?” dia mula membebel. Karang tak pasal-pasal dia yang kena tangkap dan dibelasah nanti.

“You tak payah risau la, I akan sentiasa pastikan you akan selamat. Kalau you nak, I boleh upah bodyguard untuk you. Nak?” Offer Mia nada mengusik.

Zafeeq ketap bibir. geram! ada saja mulut itu nak menjawab. “Tak payah la, I bukan anak raja pun nak berbody guard bagai. I ni kan lelaki miskin aje.” Sengaja ditekan perkataan ‘lelaki miskin’ itu.

Terlepas ketawa kecil Mia mendengar nada memerli itu. “Dah la, I nak naik office balik. Tak pasal-pasal kerja I tergendala!” gumamnya dengan muncung sedepa sebelum mula buka langkah menghala ke arah lif untuk naik semula ke pejabat.

“Mia...” seru Zafeeq.

Gerak kaki itu terhenti. Dia menoleh pada pemilik suara garau itu.

“Apa yang you cakap tadi tu...betul ke?” Zafeeq cuba untuk menebak rasa hati si gadis.

“Yang mana satu?” soal Mia polos.

“Yang you cintakan I.”

Terus merona merah pipi Mia sebaik menjengar sebaris ayat yang diucap penuh selamba itu. Berdetak-detak rasa jantungnya. Kalut. Dia berdehem kecil, Tak mahu kelihatan berkocak riak wajahnya. “Kenapa? You percaya ke?”

“Kalau itu yang you cakap, I percaya!” balas Zafeeq tanpa teragak.

Jawapan selamba badak Zafeeq itu makin menambah warna ke mukanya yang sudah terasa panas membahang itu. Silap-silap jadi hijau pulak nanti. Bibirnya yang kering dijilat kejap.

“Suka hati you. Kalau you rasa nak percaya, you percaya la. Kalau tak nak, anggap jela I tipu,” balasnya pula bunyi selamba, walaupun rasa nak benam muka dalam kolam mandi je rasanya saat ini!

Lambat-lambat senyum mula terkoyak di wajah kacak Zafeeq. Mia pula yang jadi malu melihat.

“Kalau tak ada apa, I naik atas dulu.” Dia berpusing semula untuk berlalu.

“Mia...”

Mia menoleh sekali lagi dengan muka tak puas hati. “What?!

Skirt you koyak,” kata Zafeeq tanpa nada

“Huh?!!” Separuh terjerit Mia dibuatnya. Sepantas kilat kepalanya menoleh ke belakang pencil skirt putih yang dipakainya itu dengan muka kaget bercampur malu hingga merah padam mukanya. Takde koyak pun...

Kidding,” kata Zafeeq selamba sebelum pecah tawanya kuat.

Terus kepalanya mendongak dengan rasa tak percaya. Zafeeq ditunak bagai nak telan. “Zaf!!!” jeritnya penuh geram.

 “Daaa...” ucap Zafeeq sebelum berlalu dengan sisa ketawa. Lucu melihat muka kaget itu tadi.

memerah muka Mia menahan malu yang bukan kepalang. Eii...karang ada yang kena terajang masuk kolam nanti kang!

Bersambung...

P/S: sorry for the short entry. enjoy gais...ini je yg mampu huhu *emoticon nangis