BAB 14
Petang
itu terkocoh-kocoh Mia menuruni tangga turun ke tingkat bawah sebaik selesai
membersihkan diri. Sebaik melihat kelibat Mak Wan yang hendak bergerak masuk ke
ruang dapur itu, segera dipercepatkan langkahnya.
“Mak
Wan...”
“Mia...
dah kenapa berlari-lari ni?
“Mak
Wan, mana teddy bear Mia?” tangan Mia sudah bercekak di pinggang langsingnya. Suara
itu juga sudah mula menunjukkan aura-aura tegang.
“Teddy bear? Bukan selalu ada atas katil
Mia ke? Baru pagi tadi Mak Wan kemas bilik Mia, takkan hilang pulak.”
“Teddy
Mia mana Mak Wan?!” tekan Mia lagi dengan mata yang mula berkaca.
“Kenapa
ni?” Tiba-Tiba suara Puan Sri Imah mencelah sebaik saja keluar dari bahagian
dapur. Melihat raut anak gadisnya itu segera dia gerak mendekat. Pipi itu
disentuhnya lembut. “Mia...kenapa ni?” tapi cepat saya tangannya ditepis kasar.
“Mana
teddy bear Mia, Mak Wan?”
“Teddy
bear Mia? Owhh... tadi mama masuk bilik Mia nak simpan baju yang dah berlipat.
Lepas tu mama ternampak teddy bear tu, dah terkoyak sana sini jadi mama ambil
la buang.”
terus berubah air muka Mia, merah padam dengan nafas yang muka turun naik pendeknya. bibir itu diketap menahan gigilan amarah. Tanpa dapat ditahan-tahan lagi, tangannya laju saja naik
melekat ke pipi itu hingga jatuh terjelepuk Puan Sri Imah ke lantai.
“Siapa
suruh kau buang ha perempuan? Kau memang sengaja kan, tak cukup kau rampas
kebahagian arwah mama dulu...sekarang nak rampas pulak satu-satunya hadiah peninggalan
mama pada aku!!!” bertempik kuat suara jeritan Mia memenuhi setiap pelosok
banglo mewah itu. Air matanya sudah berjurai jatuh, laju membasahi pipi.
Susah
payah Puan Sri Imah bangkit dengan bantuan Mak Wan. “Maaf... maafkan mama
Mia... mama... mama tak tahu...” air matanya turut merempuh keluar.
“Diam!!!”
pekik Mia lagi seolah sudah dirasuk hantu. “Kau tak layak jadi mama aku, sebab
sampai bila-bila pun aku takkan pernah terima kau sebagai mama aku, perempuan
jala...”
Belum
sempat dia menyudahkan kata, tiba-tiba bahunya ditarik kasar dan sesaat
kemudian pipinya turut terasa sakit dan perit sekali hingga terduduk dia ke
lantai menerima tamparan hebat itu. pipinya yang berdenyut dipegang dengan
ketapan bibir yang naik menggigil dihambat rasa pilu.
Kini
berdiri sekujur tubuh papanya dengan muka merah padan dan dadanya yang keras
turun naik. “Papa tak pernah ajar anak papa bersikap kurang ajar macam ni.
Sungguh papa kecewa dengan Mia. Kalau macam ni sikap Mia... papa lebih rela
takde anak macam Mia!!!”
Kata-kata
terakhir itu berjaya mengoncang hebat tubuh Mia. Mata tajamnya yang kabur
dengan air mata naik menikam tajam pandangan papanya yang sudah memeluk bahu
perempuan itu. dia naik berdiri dengan sisa kudrat yang ada.
“Selama
ni papa tak pernah berkasar dengan Mia, waima satu jentikan pun tak hinggap ke
tubuh Mia selama ni. Tapi sekarang... disebabkan perempuan ni, papa sampai
sanggup tampar Mia!” dadanya sudah terasa sempit dan sesak dengan rasa sedih
yang menghimpit kuat.
“Disebabkan
perempuan ni, sekarang semua orang
tengah mengata arwah mama! Mia benci papa!!!” jeritnya sekuat hati sebelum
berlari keluar dari rumah.
Mak
Wan yang hendak pergi mengejar anak majikannya itu segera dihalang Tan Sri
Jamaluddin. “Biarkan dia pergi kak Wan.”
“Tapi
Tan Sri...”
“Takpe
Kak Wan... biarkan dia dulu.”
“Tapi
abang... sekarang ni dah malam, bahaya Mia berjalan seorang diri dekat luar
sana.” Puan Sri Imah laju menyuarakan kebimbangannya.
“Mia
tu dah besar Imah, abang tahu dia pandai jaga diri. Awak tak perlu risau la,
abang kenal anak abang,” kebimbangan isterinya itu ditepis lembut. “Dah
jom...abang letakkan ubat dekat luka tu.” Lengan isterinya itu mula dipimpin
menuju kearah sofa. “tolong bagi saya kotak first aid kit kak Wan.”
“Ah...
yela.” Sahut Mak Wan sebelum berlalu ke dapur.
*****
Mia
melepaskan tangisnya di sebuah hentian bas, entah berapa jauh dia berjalan pun
dia tak pasti. beberapa orang mash kelihatan sedang menunggu di situ. Tak
dipedulikan mata-mata yang melepaskan pandangan aneh padanya. Iphone dalam kocek
seluar pinknya itu dibawa keluar. Dalam kabur matanya, nama Zatil dicari dan
beberapa saat kemudian dibawa ke telinga.
“Hello..”
kedengaran suara dihujung sana menyambung.
“Zaa...”
serunya dalam sendu.
“Mia...kau
kenapa tu?” suara Zatil mula bertukar kebimbangan.
“Za...kau
ambil aku boleh?”
“Mia...kau
kenapa ni? Jangan takutkan aku boleh tak. Aku tengah outstation ke Sabah ni,
Zira pun baru balik kampung semalam along dia masuk hospital accident, macam mana aku nak ambil
kau.” Beritahu Zatil nada gusar.
Mendengar
berita itu makin lebat air matanya yang turun. “Takpe la kalau macam, kau balik
nanti aku cerita.” Setelah salam diberi, Iphonenya dijatuhnya. Selang beberapa
minit kemudian satu panggilan masuk. Melihat nama ID si pemanggil itu makin
lebat air hangat itu jatuh ke pipi. Dengan tangan yang sedikit menggigil,
panggilan itu disambut.
Sebaik
telinganya disapa suara garau itu, terus terlepas bunyi esaknya. “Zaf...”
“Mia...you
dekat mana? I ambil you sekarang,” Soal Zafeeq sebaik mendengar suara itu. Jiwanya
makin dipagut risau. Baru sebentar tadi Mak Wan menelefonnya dan menceritakan
hal yang berlaku. Mak Wan sendiri yang minta supaya Mia dicarinya, kerana tahu
Mia pasti takkan menjawab telefon kalau Mak Wan sendiri yang telefon.
“I...”
mata kaburnya dilingas ke kiri kanan cuba mengenal pasti dimana dia berada
sekarang. “I tak tahu...tapi rasanya tak jauh dari rumah.”
“Okay...
you stay je sana, I datang ambil you
sekarang jugak. Jangan pergi mana-mana! tunggu I,” ujar Zafeeq tegas.
Zafeeq
yang masih berada di kondominiumnya yang terletak di Mont Kiara itu segera
mengemas meja kerjanya ala kadar. Jaket
kulit dalam almari disambar laju sebelum bergegas keluar dari bilik. selang
lima belas minit kemudian, enjin Mercedes-AMG GTS mula mengaum membelah malam.
Hampir
setengah jam berlalu, telinga Mia mula menangkap bunyi enjin kereta yang
berhenti tepat dihadapannya. Perlahan kepalanya yang menekur ke lantai bawah
mula mendongak ke atas. Kini berdiri tegak sebatang tubuh sasa itu
memandangnya. Tubir matanya yang sarat pecah semula.
Melihat
raut wajah mendung yang nampak keletihan itu, Zafeeq melepas nafas kecil. “Come...” pintu keretanya sebelah pemandu
dibuka, dan si gadis digamit.
Zafeeq
dipandang tanpa lepas, masih diam tak bergerak dari duduknya. Rasa was-was
hendak menerima ajakan itu, apatah lagi dalam keadaan malam sebegini.
“Naik
Mia... I takkan rosakkan perempuan yang I sayang okay, kalau itu yang you
takutkan sangat. Trust me!” tutur Zafeeq
penuh ketegasan.
Tersentak
benak Mia mendengar kata ‘sayang’ yang meluncur jelas dicelah bibir itu. Betul
ke Zaf sayangkan aku? Soalan itu berlegar dibenaknya.
Melihat
air muka serius yang tak beriak itu, lambat-lambat dia mula bangkit dari kerusi
panjang batu dan bergerak merapat. Selang beberapa minit kemudian, tayar kereta
mula berputar. Keadaan kabin senyap sunyi hanya ditemani sunyi penghawa dingin
yang terpasang.
Zafeeq
mencuri pandang ke sisi melihat Mia mengikat rambut panjangnya itu ala kadar.
Tertegun dia seketika melihat raut jelita yang disimpah cahaya malam ini,
sebelum memandang semula ke depan dan berdehem kecil.
“You
dah makan?”
Mia
menggeleng kecil.
“Kita
makan dulu.” Zafeeq memutus sebelum membelok stereng menghala ke Damansara.
Setelah mereka mengisi perut di restoran berhampiran, mereka masuk semula ke
kereta.
“You
nak bawak I pergi mana?” Tanya Mia ingin tahu seraya memandang lelaki itu yang
sedang mengenakan seat belt.
“Balik
kondo I la.”
Ucapan
selamba lelaki itu buat mata Mia terjegil besar. “You dah gila ke?!” melihat
tiada suara yang membalas, dia ketap bibir. “Berhenti! I nak turun!” tegasnya
dengan muka memerah. Tangannya sudah bersedia untuk membuka tali pinggang yang
melilit.
“I
gurau aje la... otak I masih waras lagi. Gila ke apa nak bawak you tidur dekat
kondo I, tak pasal-pasal dapat kahwin
free nanti.”
Mia
memuncung. Tau pun! Bergurau lagi tak bertempat! “Habis tu you nak bawak I
pergi mana?”
“Jangan
banyak tanya boleh tak, you tidur aje la... nanti dah sampai I kejut.” Tak
sampai hati dia melihat wajah keletihan itu, dengan sembab bawah mata yang
masih ketara jelasnya. Melihat mata yang masih tak lepas menikamnya itu, dia
menyambung lagi. “Jangan risau okay... I takkan bawak you ke siam la.”
Lambat-lambat
bibir merah itu mengoyak senyum kecil mendengar bebelan itu. kepalanya mula
disandar selesa ke kerusi kulit itu dan menoleh ke kanan, sisi wajah kacak yang
nampak tenang memandu itu direnungnya tanpa lepas. Entah kenapa perasaan
selamat menyelinap masuk ke jiwanya saat itu, kehadiran lelaki itu sedikit
sebanyak mula menghalau pergi lara yang menghambat hatinya tadi. tanpa sedar
matanya mula memberat dan mula gelap.
*****
Kereta
milik Zafeeq berhenti tepat di hadapan rumah dua tingkat itu. dilihat uminya
sudah menunggu di hadapan pintu sana, pagar automatik juga sudah terbuka luas
menyambut kedatangannya.
Puan
Baizura bergerak mendapatkan anak saudaranya itu dengan senyum yang tertampal
diwajah.
“Assalamualaikum
ummi, sorry Zaf ganggu malam-malam macam ni.” Tangan kanan itu ditarik dan
diciumnya.
“Waalaikumussalam...
eleh, macam la tak biasa kacau ummi dengan abah dekat sini.”
Zafeeq
tersengih sebelum berpaling ke sisinya. “Mia...bangun, dah sampai.” Dikejut
perlahan si puteri beradu disebelahnya itu. sikit demi sedikit mata terpejam
itu mula terbuka.
Mata
digosok Mia. “Kita dekat mana?” tanyanya dalam mamai. Zafeeq disorot pandang,
sebelum matanya jatuh bulat pula pada seorang wanita lewat 40-an yang sedang
tersenyum memandangnya. Terkejut!
“Jom
keluar.”
Sebaik
menapak turun, tangan wanita itu disalam Mia hormat.
“Ingat
lagi tak?” Puan Baizura menyoal bila melihat raut yang masih kebingungan itu.
Lambat-lambat
Mia angguk seraya menjeling pada Zafeeq disisinya. “Auntie yang masa Mia
hantar... Zaf dulu tu kan?”
Melebar
senyum Puan Baizura bersama anggukan. “Tak payah berauntie..auntie la, panggil
ummi je.”
“Dengar
tu... panggil ummi je. Ummi I, ummi you jugak.” Zafeeq menyampuk di sebelah
penuh bersahaja. Sengaja memercik rona merah ke pipi Mia.
Mia
menjeling, terasa panas mukanya diusik sebegitu.
Tergeleng
Puan Baizura melihat keletah nakal anak saudara kesayangannya itu. dari balik
mata yang memandang itu, dia dapat merasakan yang anak saudaranya itu menyimpan
perasaan istimewa buat si gadis hadapannya itu. Matanya tak silap.
“Malam
ni you tidur sini, buat la macam rumah sendiri,” kata Zafeeq seraya menghempas
tubuhnya ke sofa ditengah ruang menonton itu.
“Eh...
patut ummi yang cakap benda tu!” Sampuk Puan Baizura. Lengan itu ditamparnya
kuat hingga terkekah Zafeeq menggelakkannya.
Puan
Baizura disorot Mia was-was. “Boleh ke ummi, Mia tumpang tidur dekat sini?” Soalnya
inginkan kepastian. Sesaat kemudian bahunya terasa diusap lembut. Entah kenapa
tiba-tiba dadanya dilanda sebak, sudah lama dia tak merasakan sentuhan yang
sebegitu lembut persis seorang ibu pada anaknya itu. Sungguh dia merindui arwah
mamanya.
“Apa
yang tak bolehnya Mia. Mia nak tumpang seminggu... sebulan... setahun pun boleh,
ummi dengan uncle tak kisah. Ada la jugak yang boleh temankan umi nanti.”
Seloroh Puan Baizura senang dengan gadis itu.
“Tapi...baju
Mia...”
“Baju
kakak Zaf ada dekat bilik atas, tak payah risau la. Jom... ummi bawa Mia naik
atas.” Tangan halus itu ditarik supaya bangun. Kemudian jatuh pula pada anak
saudaranya yang sudah nampak selesa atas sofa dengan kedua tangan yang diletak
belakang kepala.
“Hai
Zaf... tak nak balik kondo ke?” Tanyanya dengan kening ternaik sebelah
Zafeeq
mula meregangkan badannya seolah-olah keletihan bersama kuapan mulut. “Zaf
penat la ummi drive jauh-jauh sampai
sini, tidur sini boleh?” tanyanya dengan mata nakal penuh mengharap.
“Tak
payah la Zaf... nanti karang Mia tak selesa pulak Zaf tidur dekat sini. Lagipun
awak tu lelaki, tak elok pulak kalau ada anak dara dekat sini. Nanti apa pulak
kata orang nanti,” pujuk Puan Baizura lembut. Bukannya dia tak tahu gejolak
hati-hati muda sebegini, tapi tak manis juga kalau dipandang jiran-jiran
sekeliling.
“Ummi
dengan abah kan ada, nak risau apa?”
“Zaf...”
mata Puan Baizura mula mencerun pandang, menghantar maksud dalam diam.
Akhirnya,
malas-malas Zafeeq bangun dari sofa. “Okay... Zaf balik.” Mengalah akhirnya.
“Mia
tunggu sini dulu, ummi masuk dapur masak air kejap.”
Mia
angguk.
“Bawak
kereta elok-elok.”
Zafeeq
angguk seraya menyalam tangan tua itu sebelum bayang itu menghilang ke dapur.
Mia menghantar hingga ke pintu. Zafeeq yang sedang menyarung kasut itu disorot
jatuh.
“Thanks Zaf... and sorry, I dah susahkan
you malam-malam macam ni.”
“You
kan orang yang I sayang...” sahut Zafeeq sebelum mendongak ke depan. Melihat
mata yang tak berkelip menikam matanya itu, dia jadi kalut sendiri. “Maksud
I... sebagai kawan. Kita kan kawan.” Perbetulnya.
“Owh...” Mia ketap bibir kejap. terasa kelat dadanya tiba-tiba. “Balik la, dah lewat
dah ni. Good night.” Suaranya rendah sebelum
menutup daun pintu rapat.
Zafeeq
diluar sudah mengetap bibir kuat. “Crap!
Apa yang kau cakap ni Zaf?! Cakap jela yang kau sayangkan dia lebih dari
seorang kawan!” Rambutnya ditarik geram. rasa nak dihantuk-hantuk saja
kepalanya ke dinding dengan kebodohannya sendiri!
Bersambung....
p/s: enjoy gais...sila tinggal komen supaya penulis ni rasa ada org yg membaca kisah Zaf n Mia ni huhu...jgn syok sendiri pulak dah