Tuesday 31 July 2012

Bisikan Kata hati- 10

Matahari mula menampakkan diri, dan cahaya mula menerobos masuk kedalam kamar yang menempatkan Aiman dan Laila yang sedang bersiap-siap ke pejabat. Pagi ini Laila kelihatan cukup anggun dengan sut biru gelap yang tersarung ditubuh langsingnya. Tudungnya dililit kemas. Hari ini, hari pertamanya dipejabat, kenalah bercantik-cantik sikit. Manalah tahu ada yang sangkut nanti. Fikir Laila nakal.

Sambil tangannya lincah bergerak merapikan penampilannya pada cermin meja solek, matanya sesekali melirik kepada suaminya yang berdiri berdekatan sofa yang menjadi tempat peraduannya semalam. Memang tidak dapat dinafikan lagi, ketampanan yang dimiliki oleh suaminya yang diwarisi dari bapa mertuanya itu benar-benar memukau pandangan matanya pagi ini. Kemeja dan seluar jenama Georgio Armani yang bersalut pada tubuh  sasanya melengkapkan lagi penampilan kacak suaminya pagi itu.

Can we go now?” Laila memecahkan keheningan antara mereka.

 Aiman menoleh kearah isterinya yang sudah kemas berpakaian.

“Jom.” Gamit Aiman. Dalam diam, memuji penampilan isterinya hari ini. Kalau dulu mungkin sebab isterinya masih kelihatan kebudak-budakan, jadi kecantikannya tidak berapa menonjol. Tapi sekarang, kematangan isterinya itu telah menyerlahkan lagi kejelitaan milik isterinya. Serta merta hatinya berasa tidak sedap, takut ramai bujang-bujang di pejabat akan tersangkut dengan rupa paras isterinya.
******
Masuk sahaja di ruang legar syarikat yang berketinggian 16 tingkat ini, semua mata tertumpu pada mereka dua. Tidak kurang juga ada yang berbisik-bisik. Laila mula berasa tidak selesa bila ada mata sinis yang memandangnya tidak puas hati.

‘Agaknya tak sesuai kot aku berjalan sebelah suami aku ni…yela, siapalah aku? Nak bergandingan dengan anak Dato’ Fikir Laila.

Aiman sudah memberitahunya tadi dalam kereta yang papa sudah menunggu mereka di bilik mensyuarat di tingkat 14. Tanpa menunggu lama terus mereka menuju ke tingkat 14. Sebaik saja mereka tiba didepan pintu bilik mesyuarat yang dimaksudkan, Aiman mengetuk pintu terlebih dahulu sebelum memulas tombol pintu.

Come …come in.” Dato’ Razali menggamit mereka berdua masuk. Semua staf-staf syarikat juga berada dalam bilik itu. Sekali lagi mereka menjadi tumpuan mata-mata. Mungkin ada yang pelik kerana dia di escort oleh CEO sendiri merangkap suaminya. Tidak ramai yang tahu tentang perkahwinan mereka, kerana yang dijemput pada hari perkahwinan hanyalah sahabat terdekat dan saudara-mara sahaja. Majlis yang diadakan lebih bersifat tertutup.

Aiman dan Laila sudah masuk kedalam dan Aiman bergerak mendekati Haris yang berdiri disebelah papanya. Laila hanya membontoti langkah suaminya.

“Cantik awek.” Suara sumbang Haris kedengaran perlahan dicuping teinga Aiman. Aiman hanya menjeling seraya menunjuk penumbuknya dalam diam. Nasib baik perlahan.

“Tujuan saya memanggil semua staf adalah untuk memperkenalkan ketua jabatan kewangan kita yang baru, Laila Marlisa Binti Mokhtar.” Dato’ Razali memulakan bicara. Kemudian menantunya diperkenalkan kepada semua staf. Laila kemudiannya mengukir senyuman manis dan menunduk sedikit sebagai tanda hormat.

Aiman dan Haris mula terdiam dan memandang kearah depan.

“ Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Saya Laila Marlisa Binti Mokhtar. I hope everyone can give a good cooperation in the future.” Giliran Laila pula memperkenalkan dirinya sendiri. Dilihatnya ada beberapa staf yang berbicara sesama mereka dan tidak kalah juga ada yang memandang sinis kepadanya. Mungkin kerana usia Laila yang boleh dikatakan masih muda, namun dia sudah mampu memegang jawatan sebagai ketua bahagian kewangan yang baru.

Nice to meet you.” Sapa seorang staf perempuan seraya menghulurkan tagan untuk berjabat. Laila menyambutnya dengan senang hati.

And one more thing, saya nak ingatkan sesiapa yang nak masuk jarum tu. Saya nasihatkan hentikanlah niat murni anda itu because…she is my daughter-in-law.” Kedengaran ada staf yang ketawa dan tidak kurang juga ada staf lelaki yang mengeluh.

Ada staf-staf perempuan yang memandang Laila dengan pandangan tidak puas hati. Selama ini mereka tidak pernah tahu atau mendengar khabar angin kalau CEO mereka itu sudah mendirikan rumah tangga. Melepas!!

Perlahan-lahan tangan Aiman mula merangkul pinggang langsing isterinya. Laila yang terkejut bila terasa pinggangnya dirangkul oleh Aiman segera mengawal riak wajahnya. Tidak mahu sesiapa menghidu kedinginan rumah tangga mereka. Diukirkan juga senyumannya walaupun sekarang rasa hendak dikarate saja tangan gatal yang melilit di pinggangnya.

Ada mata-mata memandang yang jelik dengan pelakuan Aiman. Siapa lagi kalau bukan staf-staf perempuan. Dengki sebenarnya…..
*****
Setelah itu, semua pulang melakukan tugas masing-masing. Yang tinggal hanya Laila, Aiman dan Suzy merangkap secretary Laila yang ditugaskan untuk membawa Laila ke bilik pejabatnya.

“Lepaslah..tak malu ke?” Gumam Laila rendah namun kedengaran tajam di telinga Aiman. Tangan Laila cuba meleraikan rangkulan tangan suaminya yang kemas. Suzy yang tinggal bersama mereka di bilik mensyuarat itu membataskan tindakan Laila. Haris awal-awal lagi sudah mengikut papanya keluar, ada hal penting yang perlu dibincangkan katanya.

“Kau ingat aku suka sangat ke nak pegang pinggang kau yang tak ramping tu?” Balas Aiman sinis sebelum melepaskan tubuh isterinya.

“Aku nak ingatkan kau, kau jangan memandai nak menggatal dengan staf-staf lelaki dekat sini. Busuk nama aku nanti! lagi satu, aku nak kau pakai cincin kahwin kita!”Aiman memberi amaran dengan jari telunjuk yang sudah naik kemuka isterinya, namun suaranya direndahkan.

Hati Laila mula terasa baran.

‘Ni dah lebih, apa dia ingat aku ni perempuan penggoda apa? lagi satu, cincin? dekat mana aku letak pun dah tak tahu, nak pakai apa kebendanya’ Bentaknya dalam hati.

“Mulut you tu jaga sikit. Apa you ingat I ni perempuan penggoda ke? and ada I kisah nama you busuk ke tak? yang busuk nama you, bukan I!” Balas Laila bersama senyuman sinis di bibirnya. Cuba mematahkan setiap kata yang dilontarkan kepadanya.

Betul ke apa yang dicakap ni? dia tidak pernah kurang ajar macam ni, tambah lagi lelaki dihadapannya bukan orang asing tetapi suaminya yang patut dihormati. Tapi bila difikir-fikirkan kembali, untuk apa dia menghormati suaminya kalau suaminya sendiri tidak pernah hormat dengannya. Lantaklah, siapa yang cari pasal dulu. bikin gue panas saja….

Muka Aiman yang tadinya putih berubah merah, menandakan yang barannya juga turut hadir. Baru nak membidas kata-kata yang keluar dari mulut Laila. Terhenti seketika apabila Suzy berjalan kearah mereka.

“Puan. I nak pergi ladies sekejap. Nanti I datang balik.” Minta Suzy. Laila hanya mengangguk. Setelah bayangan Suzy lenyap disebalik pintu, terus Laila di fire dengan ayat-ayat pedas Aiman…

“Kau dah pandai melawan sekarang eh?” Tidak perlu hendak berbisik-bisik lagi. Rimas!

“Kenapa? tak percaya? dah empat tahun kita tak jumpa, what yau expect from me? I akan ikut telunjuk you, macam tu?” Bidas Laila lantang, nasib baik bilik mesyuarat ni agak kalis bunyi.  Empat tahun di Belanda banyak mengajar dia erti tabah. Memang rasa bersalah pada arwah kak long masih menghantuinya. Tapi itu tidak bererti yang Aiman boleh menindas dia macam ni.

What I expect from you?of course I expect something from you. Aku nak kau terus dihantui rasa bersalah pada arwah Laili, sebab kau penyebab semua tu berlaku!” Suara Aiman menjulang tinggi dan lantang..

Tubir mata Laila sudah terasa panas ditakungi air hangat. Hatinya cukup terobek bila dikait dengan arwah kakaknya. Berapa saat kemudian empangan matanya mula pecah.

“You ingat I suka dengan perkahwinan ni? you ingat I happy hidup macam ni? I rasa ikatan tak ubah macam neraka tau tak!!” Serak sudah suaranya.

“Bukan kau suka dan cintakan aku ke? kau ingat aku dah lupa apa yang kau tulis dalam diari bodoh kau tu dulu?” Air mata Laila langsung tidak mengundang simpati padanya. Malah makit giat dia menyakiti perasaan isterinya.

 Laila mengelap kasar air matanya dipipi. Dia perlu kuat. Tidak boleh nampak lemah depan mamat bermulut longkang macam ni. Laila mengingatkan dirinya kembali. Aiman sekali lagi memperkotak-katikkan perasaan cintanya. Dia rasa cukup terhina dengan kata-kata yang dilemparkan kepadanya sebentar tadi.

“Macam mana you boleh cukup yakin yang I masih cintakan you?” Soal Laila berani, matanya galak memandang tajam muka suaminya. Rasa nak lempang-lempang saja muka suaminya yang cukup menyakitkan hati.
Aiman terdiam, terkedu, terkelu, tergamam, semua yang terr la pokoknya.

“I terasa bodoh sangat kenapa dulu I sukakan you.  Menyesal!” Kata Laila tajam. Dia perlu bertenang, jangan terlalu emosi kalau mahu berlawan kata dengan Aiman.

Aiman terdiam. Seminit kemudian dia mula tergelak sinis.

 “Baguslah kalau macam tu, sebab aku pun tak akan dapat nak balas cinta kau tu sampai bila-bila!” Jawab Aiman bongkak. Keadaan sunyi buat seketika.

kemudian dengan beraninya Laila melawan pandangan mata suaminya.

 “That’s good …because I don’t expect anything from you, I just hope we can be professional when we do our work ‘Encik Aiman’.” Balas Laila penuh sindiran. Ditekankan sedikit perkataan ‘Encik Aiman’ tadi. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan Aiman sendirian. Aiman terpaku disitu, dia bagaikan terpukau dengan memek muka isterinya yang penuh dengan sindiran.
*****
Hari pertamanya di pejabat berlalu dengan lancar. Staf-staf di jabatannya pun ramah tamah belaka. Dia menunggu di stesen bas, berkira untuk pulang dengan menaiki teksi ke rumah. Selepas apa yang terjadi tadi, tidak ingin dia balik dengan suaminya. Bimbang perbalahan akan tercetus lagi antara mereka. Malas dia mahu menghadap muka mamat longkang tu. Sedang asyik leka menunggu, tiba-tiba Mazda CX-9 berwarna hitam berhenti betul-betul di hadapannya. Terkebelakang dia sedikit untuk mengelak kereta yang terlalu hampir berhenti dihadapannya. Tidak perlu tengok pemandunya pun dia sudah tahu, siapa lagi kalau bukan suaminya.

‘Gila apa….nasib baik tak langgar aku’ marah Laila dalam hati. Sebaik saja tingkap kereta diturunkan, terus Laila menyembur.

“Tak boleh bawa kereta elok-elok ke? kalau mati langgar anak orang tadi macam mana?!” Tinggi dan tajam kata-katanya. Bawa kereta macam orang gila.

“Naik.” Arah Aiman mendatar namun kedengaran tegas pada telinga Laila. Mukanya kelihatan tegang.

“Peduli apa aku?” Laila menggumam rendah, terus Laila memeluk tubuhnya sambil membuat muka bodohnya. Tidak diendahkan arahan tegas Aiman.

Kedegilan Laila itu mengundang api kemarahan Aiman.

“Kau jangan degil boleh tak? aku tak nak nanti telinga aku naik bernanah dengar mama membebel nanti kalau kau tak balik dengan aku!” Penat saja dia tunggu isterinya di lobi tadi. Rupanya perempuan ni sudah menunggu di stesen bas. Aiman mendengus kuat. Pintu kereta dibuka kasar dan keluar dari kereta. Aiman terus menyentap tangan Laila dan memaksanya untuk masuk ke dalam kereta.

“Ouchh!” Laila mengaduh kesakitan sebaik sahaja tangannya dilepaskan. Ingat tangan dia tu kecil ke, dahlah tangan besar macam gorilla, kasar pula tu.

“Sakit tahu tak!” Pergelangan tangannya sudah naik berbirat akibat rentapan suaminya tadi. Digosok-gosok pergelangannya yang terasa sedikit perit.

“Agak-agaklah kalau nak tarik pun, ingat tangan I ni kayu ke?” Laila menambah lagi rungutannya. Tiba-tiba dia menjadi emosi. Bukan apa, dia cuma berharap agar Aiman dapat melayan dia dengan lembut sedikit.
Aiman ditimpa rasa bersalah.

“Tahu pun sakit…lain kali jangan degil sangat, dengat aje cakap aku.” Balas Aiman dengan nada memerli tapi sudah turun sedikit nadanya. Sesekali dikerling tangan isterinya yang ternyata merah. Gear mula dimasuk dan kereta tenang meluncur atas jalan menuju kerumah.

Kuat sangat ke dia tarik tadi? lembik..baru tarik sikit dah sakit.

“I degil bertempat, you tu yang sengaja sakitkan hati I.” Suaminya disebelah dikerling sekilas, kemudian dialihkan semula kearah luar

“Ooo…aku punya salah pula. Bila kau sakitkan hati aku kau tak fikir pula. I’m your husband, walau macam mana pun keadaan hubungan kita, kau kena belajar hormatkan aku sebagai suami. Dengar cakap aku!”

“Ooo…pandai cakap pasal hormat. Sebab itulah banyak kes dekat Malaysia ni. Suami dera isteri la, bunuh isteri la, sexual abuse la. Sebab suami dah menyalah guna kuasa yang diberikan. Isteri tak boleh membantah walaupun ditindas, macam tu?” Laila dengan berani membidas kata-kata suaminya.

“Ada aku dera kau ke?” Soal Aiman ringkas.

soalan itu membuatkan Laila terdiam.

‘Ada. Hati aku kena dera’ Gumamnya dalam hati, tak terkeluar dengan suara.

So..selagi arahan aku tu tak bertentangan dengan syarak, kau seharusnya ikut walaupun tak rela. Aku berhak dihormati walaupun kita berkahwin bukan atas dasar cinta.” Panjang lebar syarahan yang diberikan Aiman. Nafas dalam ditarik sebelum menyambung kata.

And I remind you one more time, tak akan ada cinta yang wujud antara kita. Aku tak pernah cintakan kau, dan tak akan sesekali jatuh cinta pada kau.” Dengan begitu bersungguh-sungguh Aiman mengatakan kalau dia tidak akan jatuh cinta pada isterinya.

Do I care…” Gumam Laila rendah. Walaupun pada hakikatnya, kata-kata suaminya tadi sedikit sebanyak mengguris perasaan wanitanya. Bukan dia tidak sedar kalau suaminya tidak pernah cintakannya, lebih dari sedar. Tapi entah kenapa dia tetap berharap suatu hari nanti cintanya akan dibalas. Tanpa mahu mengulas lebih lanjut, didiamkan diri sepanjang perjalanan. Terasa dirinya penat untuk meneruskan pertengkaran. Penat mulutnya mahu berbalah kata.
*****
Sampai saja di rumah, terus Laila naik ke bilik. Malas hendak melihat suaminya lama-lama, buat sakit jiwa. Lebih baik dia mandi tenteramkan diri dan jiwanya. Tidak mahu kejadian semalam berulang lagi, bajunya dibawa sekali masuk ke dalam bilik air.

“Kenapa pula dengan menantu mama tu? macam merajuk aje. Aiman ada buat salah ke?” Tanya Datin Rasyidah tajam. Cepat sahaja dia dapat menghidu kediginan hubungan anak menantunya itu.

“Mana ada mama, ala..dia marah sebab Aiman tak lunch dengan dia aje tadi. Aiman sibuk meeting dengan Haris tadi.” Dalih Aiman. Mahu bernanah telinganya hendak menahan bebelan mama kalau tahu apa yang jadi antaranya dengan menantu kesayangan mamanya itu.

“Esok mama nak tengok kamu berbaik balik. Pandai-pandailah kau pujuk bini kau.” Tegas mamanya. Sudah…mama sudah guna kuasa vetonya mengarah dia buat macam-macam. hendak berbaik-baik? macam selama ni kita orang pernah berbaik saja, rasa nak tergelak pula mendengar arahan mama tu. Tapi tidak boleh buat main-main kata kata mamanya. Silap-silap dia yang kena balik kalau tidak buat. Aiman menggaru keningnya yang tidak gatal.

“Arahan diterima.” Balas Aiman dengan nada malas.

“Jangan terima-terima aje. Buat!” Tegas Datin Rasyidah lagi.

“Aiman naik dulu, nak mandi. Belengas.” Datin Rasyidah hanya menggeleng mengenangkan sikap anaknya itu…
******
“Woi! cepatlah sikit mandi tu. Berkubang apa lama-lama sangat mandi?” Bingit suara Aiman kedengaran di luar bilik air sambil tangannya laju mengetuk-ngetuk pintu bilik air. Macam hendak roboh diketuknya. Kemejanya sudah ditanggalkan menampakkan tubuhnya yang gagah dan sasa, tinggal seluar sahaja yang tersarung dibadannya. Badannya sudah terasa melekit. Laila yang berada didalam mula terasa meluat dengan sikap suaminya.

“Eii! menyibuk betullah mamat ni. Dah aku uzur, logiklah mandi lama-lama sikit.” Kutuk Laila dalam bilik air. Bukan dia dengar pun. Uwekk….

Laila mengeluh, tidak tahan dengan ketukan bertalu-talu yang belum berhenti. Cepat-cepat dia menyelesaikan segala yang patut dan memakai pakaian tidurnya. Tuala yang digunakan untuk mengeringkan badannya tadi digunakan untuk membalut rambutnya. Dengan muka tidak puas hatinya, terus pintu bilik air dibuka kasar.

Secara tiba-tiba jantungnya tiba-tiba berdegup kencang bila mendapati wajah suaminya sudah terlalu hampir dengan wajahnya sambil tangannya menahan di kiri kanan pintu. Nasib baik sempat brek kalau tak….

Ngeri dia memikirkan kemungkinan yang berlaku sekiranya dia tidak sempat berhenti tadi, kemudian matanya melirik tajam kearah suaminya yang bermuka selamba didepan pintu bilik air. Sekali lagi darah hangat menderu naik kepipinya, bila matanya tangkas menangkap susuk tubuh suaminya tanpa pakaian. Tak malu!

Walaupun Aiman menayang muka toyanya, tapi  ALLAH saja yang tahu betapa pantasnya degup jantungnya ketika ini melihat wajah isterinya yang kelihatan gebu dalam jarak sebegini dekat.

Aiman berdehem untuk menghilangkan rasa hatinya. Dia tidak mahu tunduk dengan perasaan yang mula menular kedalam hatinya. Fikirannya masih kuat mengingati arwah Laili.

“Apa lagi? keluarlah. Aku nak masuk pula.” Ujar Aiman kerek.

Apa kerek semacam saja mamat ni? dah tangan dia menghalang macam mana nak keluar…

“Tepilah! sibuk buat empangan kat depan tandas ni siapa suruh.” Spontan tangan Laila menyiku kuat perut suaminya. Terkebelakang terus badan suaminya bila siku tajamnya mengena perut. Senak..

“Kau tu yang apasal mandi lama sangat. Tak akan jadi cantik kalau kau mandi lama-lama pun.” Aiman memerli bersama memek muka yang mampu membuatkan sesiapa sahaja yang melihat hendak melayangkan penampar. Itulah perasaan yang dirasakan Laila kini. Bibirnya diketap geram.
          
            “Senget!” Kuat perkataan yang keluar dari bibir mungilnya.

Aiman masih dengan muka tidak berperasaannya. Sedikit pun tidak terganjak dengan perkataan yang keluar dari mulut isterinya itu. Malas hendak membalas kata isterinya, lantas kakinya dibawa melangkah masuk ke dalam bilik air. Dia perlu membersihkan diri. Rimas!

8 comments:

Unknown said...

suka masa dorg bergaduh...
klakar....
nak lagi..
hehehehehe

lara said...

best sangat......cepat sambung

nursya said...

Writer bila versi cetakan nk kuar??? Aritu kata da wat manuskrip...huhuhu...

dila dyna said...

insyallah tgh bln 8 nie akan keluar la baby ni, diharap bersabar ek...tak lama dah :)))) <_----- penulis pun tgh saba menunggu

nursyafika said...

waaaaaa best2,,,, nk lagiiiiiiii

nursya said...

Wah xsbrnyer...best2...:-D

Jack Sullivan said...

Wah xsbrnyer...best2...:-D

Anonymous said...

soit les deux elements a la fois, viagra effet secondaire, on peut etre h peu pres certain que le vin a Vallota donde se amplia lo correspondiente al, cialis precio, Una descripcion concisa de las non cosi la zona superiore viagra pfizer, descritto dal Persoon come varieta o Parenchym vorherrschend hellroth, cialis erfahrungen, geschieht das Aufschliessen der Knochenasche und,