Tepat jam satu setengah
pagi Aiman mengatur langkah lesu memasuki rumah yang gelap sunyi. nampaknya
semua penghuni dah tidur. tubuh sasanya direbahkan ke kerusi mewah buatan
Itali di ruangtamu seraya merungkai keluar tali leher yang tergantung longgar
di lehernya. Sudah hampir dua minggu berturut-turut dia sering pulang lewat
gara-gara urusan kerja yang semakin bertambah. orang kata rezeki jangan
ditolak, tapi bahananya siapa yang dapat? dia jugak, terpaksa hari-hari
bersengkang mata di pejabat sampai lewat malam.
Tekaknya
terasa kering, lantas kaki dihayun ke ruang dapur. pintu freezer ditarik dan sebotol Tropicana
twister perisa oren di tuang ke dalam mug dan diteguk rakus. sesaat
kemudian bulu tengkuknya terasa meremang. seakan ada yag memerhati.
Siapa
pulak yang belum tidur dah pukul satu pagi ni? detiknya. perlahan-lahan
kepalanya ditoleh kebelakang.
“Astaghafirullahalazim…apa
Mak Mah pakai telekung tengah malam macam ni?” nasib baik tak tercampak mug
kosong ditangan! alunan jantung yang terkejut, diurut kejap.
“Hai…pukul
satu setengah pagi baru balik?” tegur Mak Mah seraya mencekak pinggang. Aiman
dah pegang belakang leher beserta senyuman sumbing serupa orang tak cukup gigi.
“Banyak
kerja la Mak Mah. bukan sengaja balik lambat.” pandai Aiman menjawab.
Mak
Mah menghela nafas pendek. “kalau ye pun nak balik lambat, inform la dulu dekat Laila…kesian Mak Mah tengok dia tunggu Aiman
dekat luar tadi. agaknya kalau mama tak tegur tadi sampai kesudah pun dia
tunggu lagi kamu.” nasihat diberi pada anak majikannya yang sudah dianggap
seperti anaknya sendiri itu.
Aiman
mula dihimpit rasa bersalah. seraut wajah lembut isterinya melayang diruang
mata. memang sejak dua menjak ni hubungan dia dan isterinya terasa semakin
renggang. Bila dia pulang, isteri dan anaknya sudah lena dibuai mimpi.
Dia sibuk dengan urusan pejabat yang semakin menimbun, isterinya pula sibuk menguruskan anak bujang mereka. Ahnaf yang hampir menginjak ke usia tiga tahun, nakalnya makin menjadi-jadi. baru seminggu lepas habis dokumen proposal yang ditinggalkan atas sofa dalam bilik dikoyak anak bujang bertuahnya itu. apa lagi, mengamuk la dia. Sampai sekarang anak kecilnya itu tak mahu bercakap dengannya. merajuk mengalahkan orang tua!!
Dia sibuk dengan urusan pejabat yang semakin menimbun, isterinya pula sibuk menguruskan anak bujang mereka. Ahnaf yang hampir menginjak ke usia tiga tahun, nakalnya makin menjadi-jadi. baru seminggu lepas habis dokumen proposal yang ditinggalkan atas sofa dalam bilik dikoyak anak bujang bertuahnya itu. apa lagi, mengamuk la dia. Sampai sekarang anak kecilnya itu tak mahu bercakap dengannya. merajuk mengalahkan orang tua!!
“Minta
maaf Mak Mah…lain kali Aiman call dulu kalau balik lambat.” mug ditangan dibawa
ke sinki dan dibasuhnya sebelum digantung pada rak.
“Bukan
minta maaf dengan Mak Mah, tapi dengan Laila. Ingat…walau sesibuk mana pun
kerja, jangan diabaikan isteri dengan anak Aiman. harta bila-bila masa je boleh
cari, tapi keluarga kalau hilang tak boleh dicari lagi. lain la kalau Aiman
niat nak pasang satu lagi.” dalam ceramah sempat lagi Mak Mah bercelucon.
“Hish!!
ke situ pulak Mak Mah ni. perempuan lain takkan pernah sama dengan kedudukan
Laila dalam hati Aiman!” bersungguh-sungguh Aiman menepis usikan itu. cinta
yang dirasakan pada si isteri masih menggebu dan mewangi walaupun usia
perkahwinan yang dibina sudah masuk tahun yang ke lapan.
“Dah
la…pergi naik atas mandi, lepas tu tidur. jangan nak sambung pulak buat kerja
lagi!”
“Baik…”
sambut Aiman dengan sengihan. kemudian berdesup dia memanjat tangga menuju ke
bilik.
Sebelum masuk ke kamar, kakinya melencong terlebih dahulu ke kamar anak bujangnya yang terletak bersebelahan bilik adiknya. kepala dijengah kedalam setelah daun pintu dikuak sedikit. dilihat katil bujang anaknya yang penuh dengan lori mainan dan robot, kosong.
Sebelum masuk ke kamar, kakinya melencong terlebih dahulu ke kamar anak bujangnya yang terletak bersebelahan bilik adiknya. kepala dijengah kedalam setelah daun pintu dikuak sedikit. dilihat katil bujang anaknya yang penuh dengan lori mainan dan robot, kosong.
“Tidur
mana pulak anak aku ni?” soalnya sendirian. tidur dengan papa mama agaknya.
kemudian, barulah dia mendekati kamar dia dan isteri. berhati-hati tombol pintu
dipulas supaya tak mengejutkan tuan puteri yang mungkin sudah lena dibuai mimpi
indah.
terpaku seketika matanya melihat pemandangan indah dihadapannya kini. pemandangan yang cukup untuk menerbitkan rasa indah dan bahagia di jiwanya. dilihat anak bujangnya sudah tertidur lena, sambil meniarap beralaskan dada isterinya yang berombak tenang mengikut alur pernafasan yang mengalun lembut.
terpaku seketika matanya melihat pemandangan indah dihadapannya kini. pemandangan yang cukup untuk menerbitkan rasa indah dan bahagia di jiwanya. dilihat anak bujangnya sudah tertidur lena, sambil meniarap beralaskan dada isterinya yang berombak tenang mengikut alur pernafasan yang mengalun lembut.
Lama
bola matanya tertunak jatuh pada dua orang buah hati pengarang jantungnya itu.
pulas sekali tidurnya sampai tak terganggu dek bunyi nafasnya disebelah.
pipi mulus isterinya dielus lembut. terasa bersalah sungguh dirinya kerana
mengabaikan isterinya sejak dua menjak ini.
“I’m sorry sayang…” bisiknya perlahan
menyampaikan rasa bersalah yang menghimpit dadanya. dahi itu dikucupnya lama
sebelum beralih pula pada pipi tembam si anak. remote penghawa dingin atas meja
kecil ditepi kepala katil dicapai. suhu bilik dinaikkan sedikit supaya tidak
terlalu sejuk. barulah baju kemeja yang sudah seharian tersarung di tubuhnya
ditanggalkan, dan menghilang di sebalik bilik air.
Pajama
biru gelap disarungnya. mata yang terasa pedih direnyehnya kejap. mujur saja
dia sudah menunaikan solat Isyak dipejabat tadi sebelum pulang. katil dipanjatnya. kedudukan anak dan isterinya masih tak berubah-ubah. Dengan berhati-hati
dialihkan tubuh anaknya yang makin tembam dari hari ke hari menjauh dari dada
isterinya. bimbang pula kalau isterinya sesak nafas nanti. anaknya bukan makin
kurus, makin gempal ada la!
Si
anak diletak ditengah-tengah. tangannya dipanjangkan kebawah badan si anak
untuk meraih pinggang langsing isterinya. doa tidur dibaca. senang saja lena
menjemputnya.
*****
Lagu yang terhasil dari
Iphone memaksa Aiman membuka mata yang masih kelat terasa. dalam keadaan
mamai tangannya mengagau handset yang diletak bawah bantal.
“Hello…” sapanya dengan suara garau. mata
masih lagi terpejam.
“Ha…assalamualikum
Aiman. umi dengan abah ni dah sampai kawasa Ampang. dalam dua puluh minit lagi
sampai la. cakap dekat Laila jangan risau ye.” suara ibu mertuannya yang
menampar cuping telinga terus membuatkan matanya besar membulat. hilang terus
ngantuk yang menguasainya tadi. umi?
“Waalaikumsalam.
Umi dengan abah nak datang sini ke?” soal Aiman bodoh.
“La…Laila
tak beritahu ke?” soal umi dihujung talian. rambut yang kusut digaru. pending kejap.
“Ahh…yela.
Laila ada beritahu semalam.” Aiman tipu sunat. setelah salam diberi,
cepat-cepat comforter kuning air yang menyelimuti tubuhnya ditolak. kelibat Laila dan
anaknya pun sudah hilang dari kamar. seusai membersih diri, terus dia
menapak ke bawah mencari bayang isteri tercinta. mujur hari ni hari sabtu.
boleh la dia merehatkan badan dan minda.
“Morning sayang…balik lambat semalam?”
tegur Datin Rasyidah dengan kening yang terjungkit ala-ala Along mintak hutang.
Aiman telan liur yang terasa payau. dia berdehem membetulkan salur tekaknya yang seakan tercekik.
Aiman telan liur yang terasa payau. dia berdehem membetulkan salur tekaknya yang seakan tercekik.
“Banyak
kerja.” balas Aiman pura-pura tenang.
“Lame excuse.” kerek pula Datin Rasyidah
membalas. Aiman dah tak terkata apa. jadi tersengih ajelah yang mampu.
“Good morning my boy..” baru nak dicium
pipi tembam Ahnaf, tangan kecil itu sudah menolak pipinya terlebih dulu. amboi…ni
memang benar-benar merajuk ni! tanpa dipedulikan penolakan sia anak, terus
dicium pipi anak kecilnya itu.
“Mama…”
rengek Ahnaf sambil memukul-mukul pehanya tanda tak suka papanya menciumnya.
Laila garu kepala mendengar rengekan anaknya itu.
“It’s okay…it’s okay…mama tolong lap ye.” Laila
memujuk. kemudian pipi anknya itu disapu seolah-olah mengelap bekas ciuman
suaminya tadi. ada-ada jela keletah anak mereka tu!
“Kerusi
sebelah isterinya yang sejak tadi diam tak bersuara ditariknya. sekilas pun
langsung tak dipandang wajahnya yang handsome ni! sempat lagi perasan diri!
Laila
menarik pinggan kosong dan disenduk nasi lemak buat suaminya. sambal diletaknya
sedikit saja kerana dia sudah maklum sangat kalau suaminya tak tahan pedas.
“Apasal
sikit sangat sambalnya sayang? tambah la lagi.” mulut Aiman mengomen. entah
kenapa pagi ni perutnya tiba-tiba nak makan pedas. perubahan hormone agak.
Laila dah kerut dahi. biar betul pak cik ni? jangan menangis pulak makan sudah. tiba-tiba akal nakalnya datang. habis dua sudu penuh sambal diletaknya atas nasi suaminya.
Laila dah kerut dahi. biar betul pak cik ni? jangan menangis pulak makan sudah. tiba-tiba akal nakalnya datang. habis dua sudu penuh sambal diletaknya atas nasi suaminya.
“Enjoy your breakfast.” katanya lembut
tapi berbaur ancaman. nak tak nak terpaksa juga Aiman menyuap nasi lemak
didepannya itu. Laila tahan senyum melihat kerutan hebat didahi suaminya.
"Pukul
berapa ni umi abah Laila sampai?” soal Dato’ Razali seraya menyisip kopi panas.
Jam
antic besar diruang tamu dikerling Laila sekilas pandang. “kejap lagi kot.”
“Tadi
umi call abang, dah nak sampai
katanya.” celah Aiman membantu menjawab soalan papanya itu.
“So…jadi
la bang Chik bertunang dengan budak Terengganu tu?” mama pula menyoal.
“InShaa
Allah jadi la ma. rasanya dalam awal bulan depan umi kata nak tunangkan dorang.
lagipun dia orang kawan dah lama, tak elok la rasanya nak menangguh-nangguh
lagi.” ulas Laila seraya menyuap nasi lemak ke mulut comel anaknya yang leka
bermain dengan robot transformer yang baru dibeli bapa mertuanya minggu lepas.
dalam bilik stor tu dah dua bakul penuh dengan mainan dia jek. tengok la, minggu
depan dapat mainan baru, robot ni dah terperosok bawah katil.
“Alhamdulillah…makin
besar nanti family kita. yang korang
berdua ni, tak terpikir ke nak tambah anak lagi sorang? Anaf pun dah besar,
memang bagus sangat la kalau dia dapat adik.” ujar Datin Rasyidah punya makna
tersirat sambil menjeling kearah anak lelakinya menghantar maksud.
Aiman
tayang muka selamba. padahal bawah meja dah gatal duk menggesel kaki dengan
isterinya disebelah. nak tambah anak? anytime….
Sesaat
kemudian pehanya terasa sakit dicubit jari runcing isterinya. terpaksa ditahan
perit supaya tak terpampang diwajahnya.
“Anaf
nak adik…anaf nak adik!!” suara pelat Ahnaf kedengaran dengan tangan yang penuh
dikiri pegang robot, dikanan pegang nugget. Laila dan Aiman masing-masing
tersentak melihat mata si anak yang bercahaya terkebil-kebil melihat mereka
berdua.
“Hah…Anaf
pun tahu dia nak adik.” sambut Datin Naziha sambil tergelak. pipi Laila dah
merona merah menahan malu. Aiman masih tayang muka bersahaja sambil menyuap
nasi lemak, walhal dalam hati girang tahap nak buat lompat bintang tengah
padang. entah kenapa terasa makin sedap pula breakfast pagi ni.
“Assalamualikum..” salam yang berbunyi dari arah pintu menggamit semua mata tertunak ke situ.
“Waalaikumsalam
Biah….masuk la.” bingkas Datin Rasyidah bangkit dari kerusi sebaik saja kelibat
adik iparnya tersembul depan pintu rumah yang sudah terbuka luas, diikuti oleh
yang lain. Laila turut memimpin tangan anak kecilnya itu menuju ke ruang tamu.
bila
melihat mama papa sudah jauh sedikit ke depan, tangkas tangan sasa Aiman memaut
pinggang langsing Laila. anak mereka terperangkap ditengah-tengah. “Abang minta
maaf sayang…lately abang selalu balik
lambat.” tutur Aiman lembut memujuk.
“Ingatkan
tak sedar abang selalu balik lambat. seronok sangat dating dengan Pak Din dekat
pejabat sampai lewat malam?” jawab Laila dengan nada perli yang jelas
terdengar. tak pasal-pasal Pak Din yang bekerja sebagai pak guard di pejabat
dijadikan mangsa.
Aiman
memuncung. “Buat apa pulak abang nak dating dengan Pak Din. baik abang dating
dengan Laila…boleh jugak dapat hasilnya.” nakal dia mengusik sampai tersipu
malu Laila dibuatnya. dagu itu dicuitnya manja.
“OMG….please
la jangan buat drama Nur Kasih depan anak sedara Fea. buat kuning otak dia yang
innocent tu je tau tak!” suara separuh
menjerit Fea mengejutkan mereka berdua. seketika kemudian dua-duanya tertawa dengan
keletah Fea.
Fea
yang berdiri di anak tangga bergegas mengatur langkah mendekati abang dan kakak
iparnya itu yang tak sudah-sudah nak bermanja. dia jugak yang sampai sekarang
masih takde tempat nak bermanja. sadis jek bunyinya. badan abangnya yang masih
kemas memaut kakak iparnya itu ditolak kuat. lantas didukung tubuh semangat
anak saudaranya itu dan dibawa ke depan.
“Subhanallah…Mel.”
suara Datin Rasyidah yang kedengaran kuat menyentak Aiman dan Laila. serentak
mereka berpaling sebelum melajukan langkah.
“Mak
ngah…maafkan dosa Mel.” ucap Emelda lirih sebaik saja tubuhnya diraih Datin
Rasyidah. merembes keluar air mata dari peluput matanya. Datin Rabiah dan Dato’
Farid hanya mampu tertunduk. mata Laila sudah membulat sebaik saja pandangannya
menyapa seraut wajah Emelda yang sudah agak lama tak ditemuinya. wajah itu
nampak bersih sekali, apatah lagi bila gadis itu kini sudah bertudung. kenapa
dia langsung tak tahu Emelda sudah keluar dari Hospital?
Sebaik
saja pelukan terlerai, mata Emelda jatuh pula kearah Laila dan abang sepupunya
Aiman. makin lebat air matanya yang mengalir menyesali perbuatan lampaunya yang
hampir memusnahkan dirinya sendiri dan juga Laila dan Aiman. berat kakinya
melangkah kearah Laila yang seakan terkedu melihatnya.
“Akak…Mel
datang nak minta ampun dari akak. Mel dah terlalu banyak berbuat dosa pada akak
dan abang Aiman.Mel tahu Mel memang tak layak dimaafkan…” lirih Emelda berkata
dengan air hangat yang tak berhenti membasahi pipinya. sudah hampir setahun
papa mamanya senyap-senyap membawa dirinya keluar negara untuk mencari cara memulihkannya
setelah dia dibenarkan keluar dari hospital setahun yang lalu.
Disana
dia dirawat hingga pulih. disana juga dia berkenalan dengan kak Wahidah pelajar
perubatan disalah sebuah university disana sewaktu dia bersiar-siar di Times
Square, yang bertindak sebagai pembimbingnya sehingga dia mampu berubah seperti
ini. disana, akhirnya dia menemui cahaya hidayah yang sudah terlalu
jauh ditinggalkannya selama ini. hatinya yang kosong selama dua puluh tujuh tahun itu
sedikit demi sedikit mula diisi dengan iman. dia kini masih merangkak dan
bertatih untuk berdiri tegak dijalan Allah. namun di satu sudut hatinya, masih ada
kekosongan yang dirasakannya. Dan kerana itu juga dia mendesak dan meminta supaya
papa mamanya membawa dia pulang ke Malaysia. dia tahu kalau dia perlu memohon
ampun pada orang yang sudah dianiaya olehnya dulu.
Tangan
halus Laila yang sudah memerah mata diraihnya mengharap pengertian. Laila senang
dengan panggilan kakak yang diberikan, kerana memang betul kalau dia lebih tua
setahun dari Emelda.
Kepala Laila menggeleng perlahan sebelum air mata gembiranya yang diempang sejak tadi luruh jua. pantas tubuh Emelda dipeluknya erat. Terima kasih Ya Rabb…ucap Laila dalam hati kecilnya
Kepala Laila menggeleng perlahan sebelum air mata gembiranya yang diempang sejak tadi luruh jua. pantas tubuh Emelda dipeluknya erat. Terima kasih Ya Rabb…ucap Laila dalam hati kecilnya
“Akak
dah lama maafkan Mel…” teresak-esak Laila menutur. sungguh dia tak pernah
menaruh dendam, bahkan saban hari dia selalu mendoakan supaya Emelda cepat
sembuh dari sakitnya. patutlah, ibu saudara suaminya itu sudah terlalu lama
tidak menjenguk mereka semua disini. pipi basah Emelda dikesatnya. sejuk
hatinya melihat penampilan gadis itu yang sudah berubah 360° dari dulu.
"Balasan
terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang
memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah" (QS
Al-Syura [42]: 40)
“Maafkan
Mel abang.”
Aiman
menarik senyum. “abang tak pernah berdendam Mel. I’m totally happy with yourself now.” sudah lama Emelda tak
memanggilnya abang semenjak gadis itu pulang dari London dulu.
Alhamdulillah…hati
kecil Emelda mengucap syukur. mereka semua sudah mengisi tempat tempat disofa
mewah diruang tamu. tangan Laila menggapai lembut tangan Emelda dan ditariknya
menuju ke dapur untuk membancuh air. anak bujangnya yang didukung Fea turut
membuntuti langkah mereka.
Sambil
menunggu air masak dalam heater, mereka semua duduk dimeja bulat ditengah ruang
dapur. ralit Laila melihat keletah anak bujangnya yang masih terkebil-kebil
memandang Emelda.
“Sayang…salam
la tangan auntie tu.” arah Laila
serata mencuit lengan anaknya itu. Emelda tersenyum seraya menghulurkan
tangannya kehadapan anak comel itu. hampir saja anak kecil dihadapnnya ini tak
mampu menjengah bumi Allah yang indah ini gara-gara perbuatannya dulu. Ya Allah…ampuni
dosa-dosa hamba dulu..
Takut-takut
Ahnaf menyambut tangan Emelda dan diciumnya. Emelda mengusap kepala anak kecil
itu. entah bilalah dia boleh mendakap anaknya sendiri. namun masih ada ke lelaki
yang mampu menerima dirinya. dia gerun soal itu.
“Mel
bila pulak nak ada anak? akak dah ada sorang.” ramah Laila bertanya. hilang
sudah rasa kekoknya.
Emelda
menunduk lemah. “Ada ke orang yang sudi nak angkat darjat Mel untuk dijadikan
seorang isteri dan ibu kak? pernah masuk Hospital sakit jiwa, pernah jadi orang
gila. pernah hampir bunuh orang…” lenggok suara semakin memberat. tangan Eelda
digenggam erat Laila member kekuata.
“Don’t say like that Mel. jodoh itu
rahsia Allah. bila dah tiba masanya, bila-bila masa je Allah boleh pertemukan
Mel dengan pemilik tulang rusuk kiri Mel selama ni. seperti firman Allah dalam
surah An-Nuur ayat 24, Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki
yang baik untuk wanita yang baik pula. begitu juga sebaliknya. Janji Allah itu
pasti!”
“Tapi
cukup baik ke Mel ni untuk dapat suami sebaik macam tu?”
“Tak ada manusia atas muka bumi ini yang sempurna Mel. kerana sifat sempurna itu hanya milik Allah azza wa jalla. hidup suami isteri itu saling melengkapi. Saling menerima kelemahan masing-masing. Melengkapi kelemahan dengan kekuatan yang ada pada diri kita. serupa macam kita tambah garam ke dalam lauk yang tawar, tambah gula dalam air yang tawar.” sambung Laila lagi.
“Inshaa
Allah akak.”
Setelah
siap membancuh minuman dan memotong kek Chocolate moist, mereka semua bergerak
semula ke ruang tamu. dilihat yang bertandang semakin ramai. umi, abahnya
dan bang Chik dah sampai. Liya, Haris serta anak gadis mereka yang diberi nama
Sarah Liyana yang sudah menginjak umur seahun setengah juga turut bertandang.
“Liya…kau
buat apa dekat sini? bukan dua hari lepas cakap konon nak pergi honeymoon ke?”
soal Laila seraya memerli sahabatnya itu. mereka berpeluk sebentar. Dua hari
lepas dia call, bukan main lagi Liya berlagak konon Haris nak bawa dia pergi
Korea berbulan madu kali kedua. ceit!!
“Saja
kan kau nak perli aku. cik abang aku tu la, passport dah mati pulak! penat jek
aku excited nak travel pi Korea.” bebel Liya sambil menjeling suaminya yang sedang
mendukung puteri mereka.
“Bulan
depan la sayang. abang janji.” celah Haris yang duduk disebelah Aiman. manalah
dia perasan kalau pasportnya sudah melebihi tarikh luput.
Ahnaf sudah merengek minta dilepas dari dukungan Fea. kemudian dia berlari mendapatkan papanya. padahal nak mengacau baby sarah sebenarnya! digoyang-goyang kaki Aiman minta didukung.
Ahnaf sudah merengek minta dilepas dari dukungan Fea. kemudian dia berlari mendapatkan papanya. padahal nak mengacau baby sarah sebenarnya! digoyang-goyang kaki Aiman minta didukung.
“Hai…bukan
merajuk dengan papa ke?” seloroh Aiman pada anaknya yang minta untuk duduk
diribanya itu.
“Papa
jahat!!” kata anak kecil itu seraya memukul-mukul kaki Aiman. Aiman tergelak
besar sebelum mengangkat badan anknya yang boleh tahan berat itu ke pehanya. tangan kecil Ahnaf mula mencuit pipi tembam baby kecil Sarah.
"ehh...mana boleh pegang anak uncle lagi Anaf. nak pegang-pegang, masuk meminang dulu." tegah Haris mengacah Ahnaf.
Aiman buat muka mendengar celoteh sahabtnya itu. "bajet anak kau hot stuff la?! anak aku ni romeo ...jangan kau tak tau."
"ehh...mana boleh pegang anak uncle lagi Anaf. nak pegang-pegang, masuk meminang dulu." tegah Haris mengacah Ahnaf.
Aiman buat muka mendengar celoteh sahabtnya itu. "bajet anak kau hot stuff la?! anak aku ni romeo ...jangan kau tak tau."
“Assalamualaikum.”
satu lagi suara memberi salam.
“Waalaikumsalam…masuk
Hakim.” pelawa Aiman.
“Ada
apa ni? ramai je aku tengok.” komen Hakin seraya melangkah masuk. selepas
bersalam dengan semua dia mengisi kerusi disebelah Haris.
“Entah
la…dia orang ni semua pakat nak serbu rumah ni kot. bila kau balik dari Sabah?”
Aiman bertanya. hubungan dia dan Hakim sudah membaik, malah boleh kata mereka
sudah berkawan. itu pun bermula semenjak Hakim datang beraya dirumah setahun
lepas. sejak dari itu, setiap kali Hakim turun semenanjung, dia dan Haris
selalu keluar minum sama-sama. berlagak bujang kejap.
“Dua
hari lepas. aku balik Johor dulu adik aku kahwin. malam karang terbang la balik.” kelibat gadis yang keluar dari dapur dengan
langkah yang sopan menggamit perhatiannya. lembutnya tingkah laku itu menuang air ke
dalam cawan membuatkan matanya terpaku lama pada wajah cantik itu. siapa tu?
tak pernah jumpa pun. telah hatinya.
“Minum…”
suara lembut gadis itu menyedarkannya dari lamunan. Hakim mengangguk menutup rasa
malu. harap-harap gadis tu tak perasan kalau dia duk memerhatikannya dari tadi.
Emelda yang terasa berdebar saat bertentang mata dengan lelaki disebelah abang
sepupunya itu segera berlalu semula ke dapur.
Aiman
yang perasan perubahan riak muka Hakim tersengih seraya mengenyit mata kearah
Haris yang turut perasan soal itu. “adik sepupu aku, Emelda.” katanya
“Huh…owhh…”
sambut Hakim berpura tenang. Emelda di dapur sudah memegang dada.
terngiang-ngiang bicara Laila sebentar tadi. ‘bila dah tiba masanya, bila-bila
masa je Allah boleh pertemukan Mel dengan pemilik tulang rusuk kiri Mel selama
ni’ tapi takkanlah secepat ni.
“Kenapa
ni Mel?” tegur Laila sambil menatang dulang kosong.
“Huh?”
kepalanya digeleng laju.
******
Dua bulan kemudian….
Laila
membuang pandang kearah lautan luas dihadapnnya itu. angin sejuk yang menyapa
tubuhnya langsung tak diendahkan. petang-petang begini pun masih ramai lagi
orang yang surfing walaupun cuaca sangat sejuk.
Emelda dan abang Hakim sekarang sedang cuba mengenali hati masing-masing, dan nampaknya abang Hakim dapat menerima masa lampau Emelda dengan hati yang terbuka
Emelda dan abang Hakim sekarang sedang cuba mengenali hati masing-masing, dan nampaknya abang Hakim dapat menerima masa lampau Emelda dengan hati yang terbuka
Bawah
sedar bibirnya melorek senyuman manis. teringat lagi surprise yang diberikan
suaminya dua minggu yang lalu. Pandai sungguh suaminya berlakon seolah-olah terasa hati
dengannya gara-gara dia terr…sterika baju kemeja Valentino Rudy yang baru dibeli suaminya sampai berlubang. sabar
jela...
Dua hari suaminya tak menegurnya, senyum pun tak. Dirinya memang cukup terasa dengan layanan dingin suaminya. Apatah lagi penyebabnya hanya kerana dia tersterika baju sampai berlubang. yes…memang tau la baju tu mahal beribu, tapi perlu ke layan dia sampai macam tu sekali!!
Dua hari suaminya tak menegurnya, senyum pun tak. Dirinya memang cukup terasa dengan layanan dingin suaminya. Apatah lagi penyebabnya hanya kerana dia tersterika baju sampai berlubang. yes…memang tau la baju tu mahal beribu, tapi perlu ke layan dia sampai macam tu sekali!!
Masuk
hari ketiga, suaminya pulang lewat kerumah. Tepat jam sebelas malam dia dapat
panggilan telefon dari si suami meminta supaya dia datang ke Palace of The Golden Horses. Ingatkan suaminya buang tebiat, tiba-tiba mengajaknya pergi ke sana tenga-tengah malam buta. Rupa-rupanya hari itu adalah hari ulantahun perkahwinan mereka. sungguh dia terlupa.
saat kaki melangkah ke dalam restoran yang sudah terhias indah, mengalir juga air matanya terharu. Suaminya siap mainkan piano lagi buatnya. Romantis.
saat kaki melangkah ke dalam restoran yang sudah terhias indah, mengalir juga air matanya terharu. Suaminya siap mainkan piano lagi buatnya. Romantis.
Dan
sekarang dia sudah tiba dihadapan pantai surfer
paradise di Australia. hadiah sempena ulangtahun perkahwinan mereka yang ke
lapan. tak putus-putus dia berdoa agar kasih sayang yang disemai mereka berdua akan
berkekalan hingga ke syurga.
“Tak
sejuk ke sayang?” suara garau Aiman menegur dari belakang. lantas dia turut
duduk rapat disebelah isterinya atas pasir yang memutih itu. baju sejuk
ditangan diletak sarung ke bahu isterinya sebelum dipeluk erat bahu itu.
Laila
menyandar kepalanya kedada bidang suaminya. menghayati rentak jantung yang
berdegup tenang, serta hembusan angin yang menyapa wajahnya. Honeymoon kali kedua kata suaminya.
“terima kasih abang…untuk semua ni. I love you soo much.” rendah bicaranya. pipi suaminya dikucup kasih.
“terima kasih abang…untuk semua ni. I love you soo much.” rendah bicaranya. pipi suaminya dikucup kasih.
“I love you too sweetheart. but sampai
hati Laila lupa dengan tarikh anniversary kita.” tutur Aiman seolah-olah
berjauh hati.
Laila
angkat kepala. dilihat wajah kacak suaminya dengan riak muka bersalah. “I’m
sorry okay…abang pun tau kan Laila sibuk dengan kerja pejabat, nak uruskan big
boy kita lagi.”
Kedua
belah pipi Laila dipegangnya. sejuk. “I
try to understand dear. but please…jangan abaikan abang. ini tak, semua
kasih sayang nak bagi dekat Anaf. abang ni dapat apa je?!” rungutnya.
“Hai…takkan
jealous with your own baby boy kot?”
“Harus
la!”
Laila
dah tertawa kecil. perangai macam
budak-budak! dia ada rahsia yang disimpannya sejak seminggu lalu. Cuma menunggu
masa yang sesuai saja untuk disampaikan. tangan kanan suaminya dicapai dan
diletak lembut ke perutnya yang ditutupi T-shirt lengan panjang itu.
“kalau
Laila tak beri datang kasih sayang pada abang, mana pulak datangnya baby dalam perut ni?” soalnya penuh
makna tersirat.
Aiman bingung sebentar, cuba mencerna satu persatu maksud perkataan yang meluncur lancar di celah bibir isterinya.
Aiman bingung sebentar, cuba mencerna satu persatu maksud perkataan yang meluncur lancar di celah bibir isterinya.
“What?!! ada baby ke dalam ni?” soal Aiman penuh teruja.
Laila
mengangguk laju seraya menaikkan tanda dua dihadapan suaminya. “dah dua bulan.”
“Alhamdulillah.
thanks sayang.” pipi mulus itu dikucupnya bertalu-talu menzahirkan rasa gembiranya. nampaknya tak lama lagi Ahnaf bakal dapat adik.
“Yahoo…I’m
gonna be a dad again!!!” jerit Aiman sambil terloncat tinggi ditengah-tengah
pantai itu. sesudah itu habis dia meyapa semua yang ada disitu, memberitahu
kalau dia akan mendapat anak lagi seorang. muka teruja tak payah cakap, sampai
naik malu Laila dibuatnya.
“That’s
my hero…” gumamnya sendirian dengan senyuman manis yang tak lekang dari bibir
merahnya.
Alhamdulillah
Ya Rabb…..
p/s : n3 ni dibuat special tuk semua readers yg memberi support pd karya pertama dila BKH sob...sob...harapnye msih ade la ye yg ingt hehe. segala komen sgt dihargai ^_^ *peace yawwww...n jgn lupe doakn dila utk final exam hehe...
21 comments:
suke sngt dengan Aiman dn Laila,
really luv both of them,so sweet to me, sngt3...make me smile punyelah lebar, hikhik ^__________^
p/s: ada some word yg salah eja ckit but to me still marvelous, gud job sis dila dyna!
Haha...sgt bnyk typo error ye sbb menaip 2000 km/jsm haha...maaf ye sume.esok dila edit blek...n tank aii sayunk ^^
best dek....suker ngan kisah aiman n laila neh..akhir nyer bahgia milik depa...dh nk dpt baby g...alahai sweet nyer..
uitttt...ade special n3 2...bagus2, walaupun ade sesetengah ayat 2 pening la jugak nak faham maksudnya kan...tp x pe la...tima kasih....
Hehe...maap le kak maya klo bnyk ayt x paham haha..nmpknye kene asah bkt blek ni.dh lme sgt x menulis tu yg jd mcm ni tu hehe...kak norihan trima ksih haha
terbaeklah kak dila...^^
terubat sikit rindu kat aiman ngan laila..hehe
best ^^
lagu pn best...lagu ape dila letak ye?nk jugak bleh? >,<
so suweettt best3
hanks ye sume huhu T_T lagu ape dila ltak??? tjuk die need to talk by vanilla acoustic. bleh cari kat utube hehe...
kak dilaaaa!!! sweetnya Aimannnn... cair mak jemah... hew3... atie always support akak!!
assalam, cik penulis maaf ya. kalau tak silap Surah An-Nuur ayat 26
[Annur, 24: 26]
kak dila.. lagu blog ni tjuk apa??
best ar! ohh yeah ke tajuk dia? knapa x jupe dlm youtube..kak, SKQ xde entry spesial ke? -teha-
best...best...best... Aiman and Laila forever. Thanks kak Dila. Mmuaahh... mmuaah... <3 <3 ^_^
Hehe...thank atie, fifah n sume. Hannya yg terbaik akak bg kt korg sume hehe
so sweet.. :D
best gila gila... ♥♥♥♥
nak lagi? boleh? hehe
Wow.. Bahagianya.. Ingat.. Ape tak ingat baru j siap baca BKH niy... Hehe
boleh tak nak copy????please.......nak buat koleksi .
Awww soooo sweettttt>__<
sye layan bace novel ni tahun 2015 & layan lg tp dlm laman blok pada tahun 2016.. and again layan tahun 2017, sje sbb x jumpe novel yg sesronok novel ni and on this year i found this "Special Episode"
Happy gila..." So sweet Aiman & Laila.. dulu benci sgt, skrg ank nk tambah 2..! Tp pasal Emelda, klo dia bg tau dia punca kematian Laili kan bgs.. heheh
Btw, Terbaekk.. Hope novel diadaptasi and buat utk Raya..!And nice to meet opps means know about you.. :'))
Post a Comment