BAB 2
SENTUHAN
akhir diberikan pada wajahnya. Dioles rata lipstick memenuhi ruang bibirnya.
Rambut brunettenya yang sedikit berombak itu dikemaskan sekali lagi. Padanan
blouse polos putih dan pencil skirt
hitam separas lutut yang tersarung ditubuh langsingnya itu dibetulkan. setelah
puas dengan penampilannya, segera tas tangan Channel hitamnya yang terdampar atas katil disambar.
Sebaik
dia tiba dibawah, dilihat papanya sudah berada di meja makan dengan surat
khabar yang menutup hampir separuh muka separuh abad itu. Sesekali disisip
perlahan air kopi yang berasap nipis atas meja itu. Matanya jatuh pula pada ibu
tirinya, Puan Sri Sarimah yang sedang sibuk melayan adik tiri lelakinya, Jihad
yang baru menginjak usia tiga tahun itu.
Dia
berdehem, sebelum mendekat tanpa sedikit pun memandang ke arah mama tirinya itu.
Baginya wanita itulah penyebab kematian mamanya dulu. Mamanya jatuh sakit dulu pun
setelah mengetahui hubungan rapat papanya dengan wanita itu yang disembunyikan
dari pengetahuan mamanya itu.
“Morning pa,” tegurnya seraya mengucup
pipi itu kejap.
“Morning princess,” balas Tan Sri
Jamaluddin seraya melipat semula surat khabar di tangannya. Kemudian diperhati
penampilan kemas anak gadisnya itu.
“So, Mia dah sedia nak bekerja dengan
papa. Papa bagi amaran awal-awal, papa takkan bagi layanan istimewa pada Mia,
walaupun Mia anak papa. Mia tau kan prinsip papa...”
“Keadilan
untuk semua...” ulang Mia berbunyi bosan.
“Bagus
kalau Mia ingat.” Tan Sri Jamaluddin tarik senyum.
“Duduk
Mia, kita breakfast sama-sama.” Suara
Puan Sri Sarimah masuk mencelah mesra bersama senyum kecil.
Mia
kancing gigi. Naik jengkel dirinya dengan lakonan perempuan yang berpura-pura baik
itu. Kemudian dia menggeleng bersama hembusan nafas panjang.
“Takpe
la, aku dah janji nak breakfast
dengan Zira pagi ni. Tak payah la kau sibuk-sibuk nak jemput aku sarapan dengan
kau. Buat aku termuntah aje nanti.” Cukup lancang Mia melontar kata, langsung
tak menghormati kehadiran papanya di situ.
“Mia!
Papa tak pernah ajar Mia bersikap kurang ajar macam ni. Tak kira macam mana
benci sekalipun Mia dengan Sarimah, dia tetap mama Mia!” Suara Tan Sri
Jamaluddin mula mengguruh tinggi, mencerlung tajam pada si anak.
“Mama
Mia cuma sorang! Dan takkan berubah sampai bila-bila pun,” bentak Mia dengan
nafas turun naik. “Perempuan ni nak jadi mama Mia? Lupakan ajelah, sebab Mia
takkan pernah mengaku perempuan ni sebagai mama Mia sampai mati sekalipun!”
Melihat
si suami yang sudah merah padam bersedia untuk bangkit dari kerusi itu, segera
Puan Sri Sarimah memegang lengan itu dan digosok perlahan memujuk si suami yang
tiba-tiba diserang baran.
“Takpe
la bang, Imah tak kesah.” Puan Sri Sarimah menghalang lembut.
Mia
merengus sinis mendengar kata-kata yang melantun lembut itu. Makin membuak-buak
rasa meluatnya pada sikap berpura baik wanita itu.
Tangan
Tan Sri Jamaluddin digapai dan disalam. “Mia pergi dulu. Jumpa dekat pejabat
aje nanti,” ujarnya tanpa intonasi sebelum berlalu ke arah rak kasut disebelah
pintu utama itu. High heels setinggi
empat inci miliknya dibawa keluar dan disarung ke kaki. Beberapa minit
kemudian, menderum bunyi kereta keluar meninggalkan perkarangan banglo yang
terletak di Bukit Kiara itu.
Terduduk
Tan Sri Jamaluddin mengenangkan sikap puteri tunggalnya itu. “Apa salah abang,
Imah?” Soalnya lemah.
Puan
Sri Sarimah ketap bibir. belasnya jatuh pada wajah hiba itu. “Abang tak salah,
Mia pun tak salah... Imah yang salah,” luahnya lemah. “Imah tahu Mia masih
terkilan, dan masih tak boleh terima kehadiran Imah dan Jihad dalam rumah ni.”
“Tapi
sampai bila? Dah empat tahun Imah...”
“Kita
doa sama-sama abang, moga satu hari nanti Mia nampak keikhlasan Imah untuk jaga
abang.”
Akhirnya
hanya keluahan berat yang mampu diluah Tan Sri Jamaluddin. Dia cukup bersyukur
kerana dikurniakan isteri sebaik Sarimah yang cukup bersabar dengan keadaan
yang sudah berlarutan hampir empat tahun ini. Dia tahu kalau Mia sangat
menyayangi arwah isterinya, tapi sampai bila nak berkeadaan macam tu?
******
SEBAIK
Mia melangkah masuk ke lobi hotel, hampir separuh mata yang berada di
perkarangan lobi hotel itu terarah padanya. Sunglassesnya dibuka sebaik melihat
seorang wanita lingkungan sebaya dengannya datang mendekat.
“Cik
Mia Aizara?”
“Saya.
Tan Sri dah sampai belum?” Soalnya berbunyi serius. Langsung tak tercalit waima
sepalit senyum pun di wajah anggun itu.
Wanita
itu mengangguk laju. “Dah Cik Mia. Kalau Cik dah sedia, boleh ikut saya naik ke
atas. Tan Sri dan pegawai yang lain dah tunggu di bilik mesyuarat.”
Dia
angguk kecil sebelum membuntuti langkah wanita itu naik ke aras 19 yang
menempatkan pejabat pentadbiran. Sebaik dia melangkah masuk ke bilik mesyuarat
itu, dilihat papanya yang sedang bercakap pada beberapa pegawai atasan segera
terhenti. Dia ukir senyum.
Hampir
setengah jam kemudian, dia melangkah keluar ke arah bilik pejabatnya yang
terletak di sayap kiri aras itu. Wanita bernama Nadrah yang menyambutnya tadi
segera memulas tombol pintu pejabat kosong itu.
“Silakan
Cik Mia...”
Mia
melangkah masuk penuh kemas. Matanya ditebar ke seluruhan bilik pejabat itu dengan
pelipis berkerut kecil. Sesaat kemudian Nadrah dipandang dengan kening yang terjungkit
“Ke...
kenapa Cik Mia?”
Makin
tinggi jungkitan kening yang terbentuk cantik itu. “You tanya kenapa? Ini ke bilik
yang you sediakan untuk I?”
Soalan
berbaur sinis itu menerbit kerut dalam di dahi Nadrah. Bibir diketap. “Saya
mintak maaf Cik Mia. Sebab Encik Hairi pindah ke cawangan terlalu mendadak,
jadi saya tak sempat lagi ubah suai pejabat ni sesuai dengan cita rasa Cik
Mia.” Takut-takut dia menjawab, takut tersalah jawab dia pulak yang dipecat
nanti! Tengok pada penampilan dan lenggok bahasa wanita cantik itu saja dia
tahu kalau wanita itu bukan boleh dibuat main. Perangai diva!
“Ya?”
Mia bertanya sekali lagi bila ternampak garis-garis takut di wajah itu.
“Ya...
ya Cik Mia.” Terangguk-angguk Sarima cuba meyakinkan anak kesayangan pengarah
besar itu.
Mia
terdiam. Seketika kemudian Mia mengangguk kecil. “Keluarkan kertas dan ikut I,”
arahan dikeluarnya lagak seorang bos. Langkah mula diatur kemas masuk ke ruang
pejabat itu. Terkocoh-kocoh Nadrah mengeluarkan kertas dan pen dari fail yang
dipeluknya sebelum mengikut langkah kaki panjang bak model itu.
“Sofa
ni I tak nak, almari tu pun I tak nak, lukisan yang bergantung dekat dinding tu
semua pun I tak nak,” dia mula bersuara dengan jari runcing yang mula mengawang
ke sana sini. Meja didepan sofa itu diketuk. “Coffe table ni I nak. Meja kerja,
kerusi semua tukar baru, cat bilik ni pun I nak you tukar. I nak semua perabot office I berkonsep modern contemporary.”
Nadrah
yang masih ligat menulis setiap butiran apa yang dikata itu dipandang dengan
senyum kecil terbentuk di hujung bibir. “kalau you tak tahu macam mana konsep modern contemporary tu, please google atau jumpa aje pereka
hiasan dalaman. Tapi sebelum you beli perabot semua, I nak you consult dulu dengan I sebab nanti takut
tak kena taste I. Faham?”
Laju
Nadrah mengangguk macam burung belatuk mendengar setiap arahan yang keluar itu.
“Bagus.
You can go now,” ujar Mia seraya
duduk ke kerusi empuk itu.
“Kalau
macam tu saya mintak diri dulu. Kalau ada apa-apa lagi, Cik Mia boleh panggil
saya.” Kemudian cepat-cepat dia keluar dari bilik pejabat itu.
Sebaik
Nadrah kembali ke mejanya, rakan sepejabatnya yang lain mula datang berkerumun
ke sekeliling mejanya macam gula yang dihurung semut.
“Itu
ke Cik Mia Aizara, anak Tan Sri Jamaluddin tu?” Salah seorang rakannya di situ
mula bersuara.
Nadrah
angguk. “Hurmm...”
“Woww...
Paris Hilton Malaysia dah balik. Kau tengok
dressing dia tadi, kalah Cik Julia. Dari rambut sampai ke kaki, confirm barang berjenama. Bukan barang fake yang boleh dapat dekat Petaling Street.” Satu suara lagi
mencelah sambil menjeling pandang pada pintu bilik yang sudah tertutup rapat
tu.
“Aku
berani kerat jari, lepas ni ramai la staf lelaki yang mula nak jual minyak
dagu. Untung-untung dapat jadi menantu Tan Sri Jamaluddin. Tadi dalam bilik meeting, anak lelaki Dato’ Jalil pun
nampak macam berminat aje,” sampuk Fatimah pula.
Siapalah
yang tak kenal dengan Muaz Faiyum Dato’ Jalil, anak lelaki kedua kepada pemilik
restoran francais terkenal di Malaysia itu sering menjadi perhatian wanita-wanita
di luar sana termasuklah pekerja pejabat ini sendiri. Selalu datang ke sini
untuk berurusan dengan Tan Sri Jamaluddin.
Julia
yang kebetulan lalu di situ untuk menuju ke pantri terhenti langkah. Dia turut
menjeling pada pintu pejabat yang tertutup rapat itu dengan ketapan bibir. Berbekalkan
raut wajah jelita dan status gadis itu sebagai
pewaris empayar perniagaan hotel bertaraf lima bintang milik Pak Longnya
ini cukup untuk menerbitkan bahang cemburu dihatinya. Apatah lagi bila teman
lelakinya, Muiz turut menunjukkan minat pada sepupunya itu. Malah dilihat
rata-rata mata pekerja lelaki semua mula terpancing sebaik saja Mia melangkah
ke dalam bilik mesyuarat tadi.
“Hoi...
korang takde kerja ke ha?! Balik tempat masing-masing. Bergosip je tau!” Sergah
Julia tiba-tiba. Semua mata memandang ke arahnya.
Cepat-cepat
Nadhrah menghalau semua rakan sekerjanya supaya balik ke meja masing-masing.
Naik kecut perutnya dipanah mata tajam itu. Ini lagi sorang Paris Hilton 2.0! Elok
sangat la tu dua-dua sepupu berlagak diva!
BAB 3
“SHIT!”
Brek
ditekan Mia secara mengejut bila tiba-tiba motosikal Ducati merah melintas laju
di hadapan keretanya itu sebaik saja lampu isyarat bertukar hijau. Menyumpah
kuat dia dalam hati melihat pemilik motor berjaket kulit coklat yang makin
hilang dari pandangan itu. Pagi-pagi lagi dah buat hatinya panas!
Pin...
pin...
Mendengar
bunyi hon yang mula membingit telinga di belakang keretanya itu, dia merengus
kasar. Terus gear dimasuk dan pedal minyak ditekan kuat hingga berputar laju
tayar kereta Audi TTnya membelok masuk ke arah hotel.
Langkah
diatur kemas masuk ke lobi hotel dengan muka ketat mencuka. Dipekakkan saja
telinganya mendengar suara-suara sumbang yang mengatanya dan terus naik ke
tingkat atas. Sudah hampir tiga bulan dia memulakan tugasnya di situ, sudah banyak
cerita-cerita buruk tentangnya yang sampai ke telinga. Tapi ditulikan saja
pendengarannya. Suka atau tidak, dia tetap pewaris empayar perhotelan ni!
“Good morning Cik Mia,” sapa Nadhrah
sebaik ternampak kelibat bosnya itu.
“Nescafe
satu atas meja I, in 10 minutes!”
Kata keras meluncur laju dicelah bibir mungil itu tanpa sedikit pun memandang
wajah setiausahanya itu. sesaat kemudian dia berpatah balik. Sebelah tangan
kanannya ditongkat ke meja.
Bingkas
Nadhrah bangun laju dengan muka kecut. “Ya Cik Mia, ada apa-apa lagi.”
Wajah
setiasusahanya itu ditunak kejap dengan sebelah kening yang ternaik sedikit. “Lipstick you tak sesuai dengan warna
kulit you. Pergi tukar.”
“Ba...
baik Cik Mia.” Tergagap-gagap Nadhrah menyambut kata berbunyi arahan itu. naik
memerah mukanya menahan malu ditegur sebegitu.
Kemudian
Mia terus menuju masuk ke biliknya. Sebaik pintu bilik itu terkatup rapat, dua
tiga orang pekerja yang lain mula memanjangkan leher ke arah meja Nadhrah.
“Apesal
tu? Datang bulan ke?” Soal Fatimah.
Nadhrah
jungkit bahu, dah masak sangat dengan perangai bosnya itu yang selalu dilanda
angin ribut itu. Kalau macam ni hari-hari, muka cantik macam tu pun boleh cepat
berkedut!
“Baru
break dengan pakwe kot.” Mulut
celupar Hasiah pula mencelah sambil tertawa kecil.
Nadhrah
bingkas bangun dari kerusinya. “Lantak la nak datang bulan ke, nak putus dengan
pakwe ke... yang penting aku tak kena pecat. Nescafe in 10 minutes!” cepat-cepat dia bangkit dari kerusi, sempat
lagi diambil lipsticknya yang lain
dari bag tangan untuk ditukar. Karang tak pasal-pasal dibebel lagi. Rakan yang
lain hanya ketawa melihat gelagat Nadhrah yang meniru gelagat bos muda itu.
Mia
angkat muka dari skrin komputer sebaik terdengar ketukan pada muka pintu. Gerak
jari runcingnya terhenti dari menari atas kertas di hadapannya.
“Come in.” Sesaat kemudian tersembul
wajah setiausahanya dengan secawan nescafe yang berasap nipis.
“Nescafe,
Cik Mia.” Berhati-hati cawan panas itu diletak ke meja.
“Thanks.” Cawan itu diangkat dan disisip
sikit. “Oh ye... bahagian sajian makanan dah bagi belum senarai makanan untuk
majlis ulangtahun syarikat UM corporation tu? Kalau dah I nak tengok.”
Nadhrah
angguk seraya meletak satu fail hijau ke depan. “Dah Cik Mia, dalam ni semua
dah ada senarai menu yang dicadangkan untuk majlis tu nanti. Dan Chef Megat dah
inform saya yang petang ni dalam
pukul dua, Cik Mia boleh turun ke restoran bawah untuk food testing.” Panjang lebar dia menerang.
Mia
terangguk mendengar. “Okay, kalau macam tu petang ni you ikut I turun. Appoinment dengan Encik Rashid, tolong
tangguhkan hari rabu ni.”
“Baik
Cik Mia. Ada apa-apa lagi?”
“No. You boleh keluar sekarang,” kata Mia
seraya membuka fail hijau yang diletak tadi.
Baru
beberapa minit setiausahanya keluar, pintu biliknya berbunyi lagi. Tanpa
sebarang arahan, tiba-tiba saja pintu pejabatnya sudah dirempuh dari luar.
Muncul pula di Julia dengan muka ketat mengalahkan singa kelaparan.
“Ada
aku suruh kau masuk ke?” Mia mula bersuara sinis tanpa sedikit pun mengangkat
muka dari fail di depan. Semenjak hari pertama dia menjejakkan kakinya ke hotel
ini lagi, dia tahu kalau kehadirannya langsung tak disenangi sepupunya itu yang
semenjak dulu tak pernah sebulu dengannya.
Julia
tergelak sinis. “Kau jangan ingat sebab kau anak bos besar kau boleh berlagak
dengan aku.”
Mia
jungkit bahu bersama cebikan mengejek seraya melarikan semula matanya ke fail
di depan. Pagi-pagi dah meroyan!
Melihat
riaksi bena tak bena yang diberi Mia itu, rasa berang dan marahnya kian
mencanak naik. tangan disilang ke dada. “Malam semalam kau keluar dengan Muiz
kan? Fira cakap yang dia ternampak korang berdua dekat restoran semalam.”
Mia
terdiam seketika sebelum berdehem kecil.
“Perlu
ke aku report setiap gerak geri aku, kemana
aku pergi, dengan siapa aku keluar semua pada kau? Who are you? Babysitter aku?” Mia membalas bersahaja tanpa
memandang. Bila tiada balasan yang berbunyi, matanya dibawa naik ke depan. Dapat
dilihat muka Julia yang nampak kemerahan menahan marah. pen yang terkepil di
jari diletak ke meja dan tubuhnys disandar ke kerusi.
“Lagipun,
kau dengan Muiz dah break up dua
minggu lepas kan? Jadi apa masalahnya kalau betul pun aku keluar dengan Muiz?”
Mia bersuara lagi. Ya, memang malam semalam dia ada keluar makan malam dengan
Muiz. Itu pun selepas tak tahan bila telefonnya asyik dihujani panggilan dari
lelaki itu. Kalau diikutkan hatinya memang dia malas nak melayan, apatah lagi
bila tahu status hubungan lelaki itu dengan Julia. Sejahat-jahat dia pun, dia
takkan sesekali jadi perampas. Itu prinsipnya! Tapi bila Muiz beria-ria sangat,
diturutkan sajalah supaya lelaki itu tidak terus terusan mengganggu hidupnya.
Dia rimas!
Julia
ketap bibir kuat. Tak guna punya Muiz!
“Aku
dengan Muiz tak pernah break up!
Biasa la tu kalau bergaduh sesama kekasih,” tegas Julia seraya menghentak kedua
tangannya ke meja kaca itu. Mia dipandang bagai nak telan.
Mia
terangguk-angguk mendengar. “Kalau macam tu aku minta maaf, sebab dah ‘terkeluar’
dengan boyfriend kau. Kalau bukan dia
yang terlalu insist nak keluar dinner dengan aku, aku pun tak hadap la
dengan Muiz kau tu. Actually he is soo...
not my taste. Sorry again.”
Senyum dilemparnya semanis mungkin buat Julia yang sengaja mencari pasal
dengannya pagi-pagi ini. Jari Julia sudah naik tepat ke mukanya.
“Kau...kau...”
Kening
dijungkit Mia tinggi tanpa riak bersalah.
“Arghh!!”
kaki dihentak Julia kuat melepaskan amarah yang tak mampu dilepaskan pada
sepupunya itu memandangkan banyak mata yang memandang di luar. Terus dia
berpaling keluar. Berdentum pintu bilik dihempasnya kasar.
Mia
tergelak kecil. Geli hati melihat muka frust
Julia tadi. Mata dijuling ke atas. “Whatever...”
pen atas meja dicapai semula.
Ingat
dia hadap sangat ke dengan lelaki macam Muiz tu? Walaupun tak dinafikan lelaki
itu punya paras rupa kacak dan senyuman yang mampu mencair hati mata yang
memandang, tapi bukan dia.
Hatinya
sudah dimiliki sejak sekian lama lagi. Jatuh cinta pada pemberi souffle’
misteri yang sehingga hari ini tidak ditemuinya. Pelik kan? jatuh cinta pada
bayang yang langsung tak pernah dilihatnya. Langsung tidak tahu bagaimana rupa
lelaki itu, gemuk ke? Pendek ke? Kacak ke?
Tapi
yang dia tahu, lelaki itu lelaki melayu, dan pernah bekerja di cafe La Cigale
Recamier. Itu pun dia tahu setelah rakan serumahnya bercerita padanya dulu. Katanya
ada lelaki melayu yang sedang bekerja dan menuntut ilmu dari chef di situ. Tapi
bila dia pergi ke cafe itu sekali lagi, pekerja di situ memberitahunya kalau
lelaki itu sudah tak bekerja lagi di situ.
Tanpa
sedar ada keluahan kecil yang berhembus dicelah bibir mungil itu. “Mana aku nak
cari lelaki tu?” bagai terngiang-ngiang lagi suara garau yang menyapanya ketika
itu, seolah menyanyi lembut di peluput telinganya.
*****
SEBAIK
pintu lif terbuka, Mia dan Nadhrah melangkah keluar. Kaki dilarikan terus pada
restoran yang terletak di belah kanan lobi hotel itu. Restoran berkonsep
classic yang banyak menghidangkan sajian berkonsep barat itu dimasukinya tanpa
teragak-agak. Nadhrah menunjukkan arah kepadanya. Sebaik dia tiba di tiga buah
meja panjang yang sudah siap terhidang dengan berpuluh jenis makanan dan dessert itu, dilihat beberapa pekerja
dapur dengan apron dan topi masing-masing sudah tegak berdiri menyambut
kedatangannya.
“Selamat
datang Cik Mia. Saya Megat, sous chef
di restoran ni,” ucap seorang lelaki berpakaian chef dalam lingkungan awal 30-an
padanya.
Mia
angguk kecil tanpa membalas. Sesaat kemudian telapak tangan kanannya dibawa
naik ke atas. “Sudu.”
Cepat-cepat
salah seorang pekerja perempuan di situ menghulurkan sudu dan garpu padanya.
“Tolong
tarik dustbin sana tu, bawak ke
sini,” arahnya lagi berbunyi serius. Arahan diturut tanpa banyak bunyi.
Kaki
panjangnya mula digerakkan ke arah hujung meja sana. Setiap langkahnya diikuti
oleh pekerja di belakang. Satu persatu makanan yang terhidang di situ dirasanya,
dan satu persatu juga makanan mula menjadi penghuni tong sampah. Perkerja
restoran yang lain mula tarik nafas dalam dan memandang sesama mereka dengan wajah
terbias gusar.
Hampir
20 minit kemudian, Mia mula berpaling ke belakang menghadap semua pekerja di situ.
Tangan disilangnya ke dada tanpa sedikit pun garis mesra yang menghiasi wajah
jelita itu.
“Ini
yang you nak serve pada client kita?” Itu ayat pertama yang
keluar setelah hampir 20 minit dia diam tanpa suara.
Semua
di situ mula terkulat-kulat memandang lantai. Tak berani bertentang mata dengan
anak gadis tunggal pemilik empayar hotel itu.
“Answer me!” Suara Mia mula menempik
garang dengan cerlungan mata garang bila tiada satu suara pun yang menjawab
pertanyaannya itu. Mujur di dalam restoran itu hanya ada beberapa orang customer saja. Bila tiada jawapan yang
keluar, Mia mula bergerak ke depan mendekati salah seorang pekerja perempuan di
situ. Tag nama yang tersepit kemas di dada itu ditarik sedikit melihat.
“Izzati...”
Serunya. gadis itu angkat muka takut-takut. “Boleh you bagi jawapan?”
Wanita
itu dilihat mengetap bibir kuat sebelum mengeluarkan suara. “Kami dah cuba buat
yang terbaik Cik Mia. Lagipun semua senarai hidangan ni kebanyakannya
dicadangkan ketua chef kami sendiri. Hidangan semua ni pun dah dinilai oleh
ketua chef kami dulu sebelum Cik Mia datang, Chef kami cukup berpuas hati.”
Panjang lebar jawapan diberi gadis bernama Izzati itu.
Mia
mula kancing gigi. “Jadi you nak kata yang I tak pandai merasa la? Huh?” Soalnya
dengan kening ternaik sebelah. Bengang.
“Tak...
tak Cik Mia, bukan itu maksud saya. Maksud saya...”
“Ketua
Chef you kata?” Tanya Mia lagi sebelum sempat gadis itu menghabiskan ayatnya.
“Ya...
Cik Mia.”
“So... ketua chef you dah balik? May I see him?” Tanyanya berbunyi lembut
sebelum ditunak tajam raut wajah ketakutan itu. “Now!”
“Ba...
baik Cik Mia, saya panggil sekarang jugak.” Kemudian terkocoh-kocoh gadis itu
berlari ke belakang menghala ke bahagian dapur, yang lain semuanya tertunduk, kecut
perut melihat muka tegang itu
Pintu
besi bahagian dapur itu dirempuah Izzati kuat hati dengan nafas turun naik.
Sebaik ternampak kelibat lelaki bertubuh sasa, tinggi lampai di hadapan grill pemanggang sana, segera dia berlari
mendapatkan lelaki itu.
“Chef!”
Zafeeq
Aidan menoleh ke belakang sebaik saja suara itu menerpa gegendang telinganya
bingit. Penyepit di tangannya diletak kembali atas piring kecil di sebelah.
“Rilek
Zati! Apa macam ribut ni!” Suara garau itu mula melantun keras sebaik melihat
muka mengah salah seorang staf dapurnya itu. Tangan dikesat pada tuala putih
yang terselit di poket seluar hitam yang
dipakainya.
Izzati
menarik nafas dalam menenangkan dirinya yang seperti dilanda ribut saja gayanya. Tapi ini bukan ribut lagi
dah, tapi taufan!
“Any problem?” Zafeeq mula menyoal seraya
bersandar pada kebinet besi di belakang. Dengan umur yang baru menginjak ke 28
tahun itu, Zafeeq boleh dikatakan antara ketua chef termuda yang dilantik
sepanjang 15 tahun sejarah penubuhan hotel bertaraf lima bintang ini. Dengan
kumis nipis yang menghiasi wajah kacak itu, sememangnya chef muda itu sering
menjadi perhatian pengunjung dan pekerja-pekerja hotel yang lain.
“Cik
Mia... Cik Mia”
“Who?” Pelipis Zafeeq mula berkerut kecil
bila sebaris nama tidak dikenalinya itu menyapa pendengaran.
“Cik
Mia Aizara, anak Tan Sri Jamaluddin nak jumpa dengan chef dekat luar. Sekarang!”
ulang Zati dengan nada gusar. Bibir digigit kuat. “Dia... dia tak suka dengan
hidangan yang kita cadangkan untuk majlis ulang tahun UM corporation tu.”
Zafeeq
terdiam. Ingatannya beberapa minggu lalu muka menerjah kembali kotak fikiran.
Mia Aizara Tan Sri Jamluddin? Kini baru dia teringat bila dia pernah terdengar
sebaris nama itu.
Banyak
sebenarnya aduan dan rungutan yang sampai ke telinganya mengenai mengenai sifat
angkuh dan berlagak diva wanita itu yang sampai ke telinganya. Sepanjang tiga
bulan dia ke Florence, Italy menghadiri khursus jangka pendek di sana, boleh
dikatakan hampir setiap hari dia menerima rungutan terutamanya dari staff
restoran yang berada di bawah seliaannya.
“Cepat
la Chef. Cik Mia dah mengamuk besar dekat luar sana. Habis semua makanan dia
campak dalam tong sampah!” Gesa Zati dengan muka berkerut seribu kerisauan.
“What?!” Terus terbangun Zafeeq dari
bersandar pada kabinet besi dibelakang. Rengusan kasar terlepas dengan nafas turun naik
membendung rasa marah dan bengang yang mula membakar dada. Tuala putih yang
terselit ditarik keluar dan dihempas ke meja di situ. Dengan langkah yang
dibuka besar, dia bergerak keluar dengan riak bengang. Ditolak kasar pintu besi
yang memisahkan bahagian ruangan dapur dan restoran itu.
Dari
jauh lagi dia sudah dapat mendengar suara tinggi wanita itu sedang
menyekolahkan pekerja-pekerjanya yang terkulat-kulat mendengar setiap butir kata
yang keluar dari bibir itu. Semua mata naik kearahnya sebaik ternampak
kelibatnya mendekat. Sebaik dia tiba di belakang tubuh langsing itu dia
berdehem kuat.
Sebaik
terdengar bunyi suara kasar yang datang dari arah belakang itu, segera Mia
menoleh dengan muka ketatnya yang jelas terpampang. Buat beberapa ketika dia
terpana saat matanya bertembung pandang dengan mata tajam hitam berkilat itu. Wajah
tampan berkumis nipis itu dipandangnya tanpa kelip. Tapi sesaat cuma bila dia menyedari
pekerja lain sedang memerhatinya.
Dia
berdehem kecil, membuang jauh rasa yang entah kenapa tiba-tiba datang menerjah
relung hatinya itu. Tangan dibawa naik bersilang ke dada. Muka seriusnya
ditarik semula seraya memerhati lelaki itu atas bawah. Keningnya terjungkit
naik.
“Who?” Soalnya bunyi kerek.
Zafeeq
turut bersilang tangan ke dada dengan muka tenang. Tak mahu kalah walaupun jiwa
lelakinya sedikit berkocak melihat keanggunan raut wajah itu. Tapi bila
teringat semula apa yang diperkatakan pekerjanya tadi, terus terpadam semua rasa
itu diganti dengan rasa bengang yang masih meruap. Harap muka saja cantik, tapi
pengetahuan sivik zero!
“Zafeeq
Aidan, ketua chef di restoran ni.”
Sekali
lagi Mia terkesima, suara garau yang kedengaran itu seakan sebati dengan
peluput telinganya. Takkanlah?
Wajah
itu ditunak kejap. Ketua Chef? Mudanya, telahnya dalam hati. Ingatkan ketua chef yang dimaksudkan itu
sudah tua, berkedut, pendek, gemuk, dan entah apa lagi tanggapan negatif yang
ada difikirannya. Tapi ternyata tanggapannya meleset bagai langit dan bumi
jauhnya!
“Tak
sangka pulak you semuda ni.” Terpacul komen pendek itu dari bibir Mia. Tersedar
ketelanjuran lidahnya itu, dia tarik nafas kejap. “Anyway, hidangan apa yang you bagi pada I ni? Langsung takde standard! I nakkan hidangan untuk
golongan high class, bukan makanan
yang you boleh dapat dekat pasar malam macam ni! Macam mana you boleh jadi
ketua chef ni kalau benda macam ni pun you tak boleh buat?!”
Bergerak-gerak
halkum Zafeeq cuba membendung rasa yang membungkam di dada. Rasa tercabar bila
kredibilitinya sebagai ketua chef di sini dipertikai sewenang-wenangnya oleh
wanita itu.
“Ini
bukan masalah standard atau tak standard cik Mia Aizara. Ini soal mentaliti
dan sikap you sendiri. Kalau betul pun you tak suka dengan makanan ni semua,
tak perlu sampai membuang macam ni, sebab ramai lagi orang luar sana yang tak
mampu makan makanan ni semua!” Suara garau itu melantun tinggi menimbulkan kecut
perut semua yang ada di situ. Tak pernah-pernah mereka melihat ketua chef
mereka yang terkenal dengan sifat tenang dan cool itu meletup sebegini.
Naik
bergerak-gerak pelipis Mia mendengar bicara lantang lelaki itu. Belum sempat
dia membalas, lelaki itu meningkah lagi.
“Dan
untuk pengetahuan you Cik Mia, semua pekerja yang you sekolahkan ni, semuanya
staf I. You langsung takde hak untuk bercakap apa-apa pada staf I, apa lagi
untuk campur tangan dalam hal pekerja dan restoran ni. Sebab semuanya atas
tanggungjawab I!” Zafeeq terus menyembur lagi tegas tanpa bengkang bengkok.
Ditentang berani raut jelita itu tanpa sedikit pun rasa gentar. Dapat dilihat
perubahan air muka itu, mungkin panas hati dengan kata-kata lantangnya.
Mia
buang pandang ke arah lain sambil melepas nafas kuat. Sungguh tak menyangka
lelaki itu berani menempelaknya di depan semua pekerja yang ada di situ. Tercalar
rasa maruahnya dan egonya bila dilihat mata-mata yang tadinya hanya menunduk menikus
mula angkat muka memandangnya. Terasa seolah dirinya sedang diejek walaupun
langsung tiada senyum mengejek yang terbentuk di wajah semua yang ada di situ. Bibir
merahnya diketap kuat menikam tepat wajah jejaka itu.
“I
bos dekat sini, siapa you nak membangkang cakap I?!!” Jerkah Mia dengan muka
merah padam. Cukup pantang kalau kata-katanya dilawan, apa lagi kalau datangnya
dari pekerja bawahan macam lelaki ni!
“Dan
I bos dekat sini! Lantai restoran yang you pijak ni semua, atas penguasaan I. I bos dekat sini, dan bukannya you! Kalau you
puas hati, dipersilakan angkat kaki dan berambus dari sini!!” Memetir suara Zafeeq
dengan mata yang menyinar garang. Turun naik dadanya mengatur nafas. Dibalas
cerlungan mata maut itu tanpa sekelumit pun rasa takut.
Jari
telunjuk Mia mula naik tepat ke wajah itu dengan nafas yang turun naik. “You... you... did you just talk back to me?!”
ucapnya dengan nada tertahan.
“Yes! Why? Nak pecat I? Go ahead!” Cabar Zafeeq dengan muka
serius. “You jangan ingat sebab you anak bos besar dekat sini, you boleh layan
pekerja dekat sini macam sampah!”
Mia
terus hilang kata bila diherdik sedemikian rupa. Dahinya dipegang kejap. Dalam
seumur hidupnya, tak pernah lagi dia dipermalukan sebegini, apatah lagi depan
semua pekerja!
“You...”
“What?! And one more thing.” Zafeeq mula
bergerak pantas ke arah meja panjang sana dan pinggan berisi spagetti bolognese
di situ diambil dan kembali semula ke depan wanita itu.
“You
suka sangat main campak-campak makanan kan?” Tanpa sebarang amaran terus semua
spagetti dalam pinggan itu dituang ke atas rambut brunette itu. Semua yang
melihat sudah jatuh rahang.
“Arghh!!!”
Terjerit kuat Mia dengan tindakan gila lelaki itu.
“There you go. Sedap kan?” Ujar Zafeeq
dengan senyum sinis yang tersunging dihujung bibirnya melihat rambut, muka dan
kemeja yang sudah kotor dicemari kuah spagetti itu.
Tak
dapat menahan ketawa, semua yang disitu mula pecah ketawa termasuklah Nadhrah
yang mulanya tergamam dengan tindakan drastik ketua chef muda itu.
Bola
mata Mia mula bergerak ke sekeliling dengan ketapan bibir kuat. Berdarah rasa
telinganya mendengar bunyi tawa yang mengoyak telinga. Matanya naik tajam ke
muka lelaki yang beriak tenang itu. Kalau diikutkan hatinya, rasa nak
dikoyak-koyak saja bibir yang tersenyum seolah mengejeknya itu!
Telunjuknya
naik sekali lagi ke muka tampan itu. “You
will pay for this. I swear!!” Jerit Mia sebelum berlalu keluar dari situ
diikuti Nadhrah yang terkocoh mengejar.
Zafeeq
tarik muka sebelum tergeleng kecil. Dasar Bimbo!
“Caya
la chef! Perempuan berlagak diva macam tu memang patut dilayan macam tu. Jangan
ingat sebab dia anak orang kaya, dia boleh layan semua orang macam hamba
abdi?!” Halim salah seorang pekerja restoran itu mula bersuara seraya menaikkan
ibu jarinya pada Zafeeq.
“Kalau
dah tau, kenapa tak lawan tadi? Tunduk macam orang bodoh aje saya tengok,” kata
Zafeeq memerli diikuti dengan suara gelak yang lain.
“Mana
berani chef. Karang tak pasal-pasal pulak saya kena pecat, nak bagi anak bini
makan apa dekat rumah,” balas Halim bersahaja.
Tergeleng-geleng
Zafeeq melayan fiil pekerjanya itu.
“Tapi
chef... tak takut ke kalau tiba-tiba chef pulak yang kena pecat nanti? Cik Mia
tu anak kesayangan Tan Sri,” tambah Halim lagi berbunyi bimbang. Iyelah, takut
pulak nanti gara-gara mereka semua, ketua chef mereka pula yang dipecat
semata-mata sebab cuba membela mereka.
“Awak
rasa Tan Sri tu jenis orang yang bertindak melulu tanpa berfikir dulu ke? Saya
kenal Tan Sri tu, dia bukan jenis orang yang macam tu. Awak tak payah risau
la,” balas Zafeeq tenang. Kemudian matanya jatuh ke arah tong sampah di tepinya
yang sudah penuh makanan yang dibuang tadi. Dia mengeluh kecil.
“Qira,
Malik. You berdua tolong bersihkan balik semua ni, yang lain ikut saya masuk
dapur.”
“Siap
chef!” Sambut Syaqira dan Malik semangat.
Kemudian
dia mula melangkah ke belakang semula diikuti oleh pekerjanya yang lain. Tak
pasal-pasal moodnya hilang petang ni. Tapi entah kenapa, raut wajah anggun itu
seakan pernah dilihatnya sebelum ini. Tapi dekat mana?
Bersambung,,,
2 comments:
Best dila ... zafeeq pun tk ingat dgn mia
Post a Comment