BAB
4
“Sudah
la tu Mia, nak menangis sampai bila ni? Risau Mak Wan jadinya,” pujuk Mak Wan
yang sudah hampir setengah jam duduk di birai katil mewah itu mengusap lembut
kepala anak majikannya itu yang masih tak henti menangis.
“Mia
malu Mak Wan, semua pekerja gelakkan Mia... mana Mia nak letak muka ni.”
tersedu sedan suara sengau itu menjawab.
“Nak
malu sampai bila? Takkan nak berhenti kerja pulak, tak kesian dekat papa?” Tak
putus asa Mak Wan cuba memujuk.
Mendengar
kata itu segera Mia angkat kepala dari bantal empuknya yang sudah basah lencun
dengan air mata. Dia ketap bibir bila terbayang semula raut wajah itu.
“Tak guna punya lelaki! Kau tengok la apa aku akan buat nanti!” ucap Mia penuh dendam
dan sakit hati.
Mak
Wan yang mendengar menggeleng kepala. “Mak Wan dengan arwah mama tak pernah
ajar Mia untuk berdendam.”
“Tapi
lelaki tu dah melampau!”
“Dia
takkan bertindak melampau, kalau bukan Mia yang mulakan dulu.” dia dah cukup
masak dengan sikap anak majikannya itu. Mustahillah budak lelaki tu nak
bertindak sebegitu kalau bukan Mia yang menyucuknya dulu. gadis itu dicerun
pandang. “Betul?”
Mia
terus terdiam. Keningnya yang cantik terbentuk itu digaru dengan muka terkebil-kebil
serupa orang bersalah.
“Tapi...
bukan semuanya salah Mia pun, dah memang makanan tu tak kena dengan selera
Mia.” Pandai dia beri alasan nak menangkan dirinya sendiri, walaupun dia sedar
dia juga salah, mengamuk tak tentu pasal. Ni semua gara-gara si Ducati merah
dengan si Julia tu, tak pasal-pasal moodnya
ke laut hari ni!
Mak
Wan mengusap rambut panjang itu. “Rezeki semuanya daripada Allah Mia. Makanan
tu pun rezeki, mungkin pada Mia makanan tu tak sedap, tak kena dengan selera
Mia. Tapi ramai lagi orang dekat luar sana yang hidup kebuluran. Kais pagi
makan pagi, kais petang makan petang. Mia sepatutnya bersyukur sebab dilahir
dalam keluarga yang serba sempurna macam ni. Apa yang Mia nak, semua boleh
dapat. Tapi tak semua orang beruntung macam Mia. Ingat tu.” Lembut Mak Wan
menasihat.
Lama
Mia termenung memikirkan semula kesalahannya dan kata-kata Mak Wan itu. entah
kenapa tiba-tiba benaknya diserang rasa bersalah. Tapi nak mintak maaf... habis
la tercalar maruahnya!
Mungkin
dekat pekerja lain dia boleh meminta maaf dan mengaku kesilapannya, tapi bukan
dekat lelaki tu! Never!
“Tapi...
kira berani la budak lelaki tu, sebab berani melawan cakap bos berlagak kerek
macam Mia ni. Silap-silap kena buang kerja dia nanti,” seloroh Mak Wan
bersahaja.
Mia
angkat muka bila mendengar kata-kata itu. “Mak Wan...” rengeknya dengan muncung
panjang. Sengaja la tu nak memerli!
“Siapa
nama budak lelaki tu?” Tiba-tiba Mak Wan bertanya.
“Mak
Wan ni, budak... budak. Lelaki tu dah umur 28 tahun la Mak Wan, budak apanya lagi.
Boleh jadi bapak budak dah pun!” Mia merungut membebel berbunyi sebal.
“Hah...
elok sangat la tu, boleh Mak Wan usulkan dekat papa, kahwinkan aje dengan Mia.
Baru la buku bertemu ruas!” Selamba saja Mak Wan mengusik sambil
tersengih-sengih. Manalah tahu masin mulutnya.
“Eii...
tak nak la Mia lelaki macam tu. Karang tak pasal-pasal hari-hari Mia kena mandi
dengan spaghetti!” tukasnya laju.
Ada
ke nak kahwinkan aku dengan lelaki tu! Macam la takde lelaki lain dalam
Malaysia ni. Kalau pun lelaki tu satu-satunya lelaki yang ada dekat dunia ni
pun, tak ingin dia kahwin dengan lelaki mulut puaka macam tu! Merana hidup!
“Siapa
nama budak tu?” Mak Wan mengorek lagi ingin tahu.
Mia
tarik muka menyampah. “Zafeeq... Zafeeq Aidan.”
“Ermm...
sedap nama tu. Mesti orangnya pun kacak kan?” Mak Wan masih tak henti-henti
lagi mengusik. Tapi entah kenapa hati tuanya seakan dapat merasakan kalau akan
ada sesuatu yang akan berlaku pada kedua anak muda ini. Lagipula dia sudah lama
tak berkenan dengan gaya hidup anak majikannya itu yang kerap bertukar teman
lelaki, tapi dia yakin Mia masih pandai menjaga diri.
Mia
buang pandang ke arah lain dengan ketapan bibir bila terbayang semula raut
tampan berkumis nipis itu.
“Boleh
la...” Dia menjawab bunyi acuh tak acuh. Malu nak mengaku kalau lelaki itu kacak
sebenarnya. Kalau tidak, takkanlah dia boleh terkedu saat pertama kali mata
mereka bertembung petang tadi.
Mak
Wan tersenyum nipis mendengar jawapan nak tak nak itu “Dah... Mak Wan nak turun
dulu. Nasi tu jangan lupa makan,” pesannya sebelum bangkit dari katil.
“Ala...
Mia kan nak diet, mana boleh makan nasi.”
“Tak
payah nak diet sangat la, badan tu dah cantik Mak Wan tengok!” Mak Wan menegah
tegas.
Mia
mencebik. Sebaik pintu biliknya ditutup rapat, tubuh langsingnya direbah semula
ke tilam. Kipas direnung tajam seolah wajah Zafeeq yang sedang ditunaknya.
Kemudian Iphone 6s tepi bantal dicapai. Nombor telefon setiausahanya didial.
“Nad.”
“Ya
Cik Mia, ada apa call saya
malam-malam ni?” Suara Nadrah menyapa di hujung sana
“I
nak you email semua maklumat peribadi
Chef Zafeeq pada I. I nak malam ni jugak!”
“Ba...
baik Cik Mia.” Sambut Nadrtah sedikit teragak. Pelik kenapa bosnya itu
tiba-tiba mahukan maklumat peribadi chef muda itu. Nak dipecat ke? Haru...
Setelah
panggilan diputus, Mia mula melorek senyum.
*****
Helmet
dan sarung tangan kulitnya dibuka sebaik saja dia turun dari motor ducati
kesayangannya. Dikirai-kirai kejap rambutnya yang penyek dek helmet yang
dipakai tadi. langkah diatur penuh kemas memasuki restoran mamak di depan. Dari
jauh lagi sudah dikesan kelibat Khairil di meja berdekatan kaunter bayaran.
“Assalamualaikum...”
“Waalaikumussalam.
Bro, aku dengar petang tadi kau
bergaduh dengan Mia, anak Tan Sri Jamaluddin tu, betul ke?”
Zafeeq
tarik kerut sebaik saja punggungnya dilabuh kan ke kerusi. Cepatnya cerita
tersebar.
“Kau
ni pun, kalau nak tanya pun sabar la dulu. Bagi la aku pesan makanan dulu,” balah
Zafeeq nada tak puas hati. Kemudian tangan kanannya diangkat pada Mamak di
depan kaunter. “Mamak... milo ais, mee goreng satu.”
Setelah
isyarat ‘okay’ ditunjuk pekerja restoren itu, Zafeeq mengalih semula
perhatiannya pada Khairil yang masih setia merenungnya tak berkelip. Pelipisnya
berkerut.
“Kau
apesal? Handsome sangat ke aku malam
ni?” Zafeeq pura-pura tak mengerti.
“Kau
dah memang handsome, lain la aku ni,
muka pecah rumah,” cebik Khairil buat lawak bodoh. Zafeeq melarik senyum kecil.
“Apa
yang jadi petang tadi Zaf? Habis semua staf
bercerita pasal kau dengan Cik Mia tu. Sampai aku masuk tandas pun boleh
dengar orang bercerita pasal korang dekat luar. Kau cari pasal ke?”
Zafeeq
bersandar ke belakang. Kening tak gatal digaru. “Takde apa la. Perempuan tu
yang cari pasal dulu, memang itu la makannya!”
“Jadi
betul la apa yang dengar ni? Kau simbah Cik Mia tu dengan kuah spaghetti?”
Khairil bertanya lagi, untuk dapatkan kepastian dari tuan badan sendiri. Tak
berkelip muka Zafeeq ditunaknya menunggu jawapan.
Zafeeq
angguk kecil. “Hurm...” Air milo aisnya yang baru sampai disedut tenang.
Khairil
melopong besar, silap-silap pinggan roti canai dekat depan tu pun boleh sumbat
masuk!
“Kau
dah gila ke Zaf, kalau kena pecat nanti macam mana?! Hari tu aku ternampak staf
perempuan kena marah dengan Mia tu pun aku dah kecut perut. Inikan pulak kau simbah
dia dengan spaghetti?!” Volume suara
Khairil naik seoktaf, tak mampu membendung rasa terkejutnya.
Zafeeq
tergelak mendengar. Exaggerate la
pulak Khairil ni!
“Kena
pecat aku cari kerja tempat lain, apa susahnya. Lagipun perempuan tu yang
kurang ajar dulu siapa suruh. Kau pun tahu kan, aku cukup tak suka kalau orang
buang-buang rezeki macam tu. Apa dia ingat, dia anak orang kaya, anak orang
senang, dia boleh buang makanan sesuka
hati macam tu? Aku sendiri kerja dekat dapur Ril, aku lebih concern pasal benda ni semua, sebab aku tahu susah payah staf aku
sediakan semua makanan tu!” Panjang lebar dia mempertahankan dirinya.
Khairil
terangguk mendengar alasan Zafeeq itu. “Yela... aku faham maksud kau tu. Tapi
kau pernah terfikir tak yang kau dah jatuhkan maruah dia depan semua staf
dengan tindakan gila kau tu. Aku rasa kau pun dah dengar kan pasal semua
perangai buruk anak Tan Sri tu. Maknanya Cik Mia tu ada ego dia sendiri. Kau
rasa mana dia nak letak muka lepas semua yang jadi ni?” Dia tak menyalahkan
Zafeeq seratus peratus, sebab dia kenal Zafeeq dah hampir 16 tahun. Semua
perangai baik buruk lelaki tu dah ada dalam koceknya. Dia tahu kalau Zafeeq
takkan bertindak begitu kalau tak diprovok terlebih dulu.
Zafeeq
terdiam. Khairil jungkit kening.
“Entah
la, malas aku nak fikir,” balas Zafeeq setelah lama membisu memikir.
Meletus
ketawa Khairil dibuatnya. “Zaf...Zaf... kau ni kan, dengan perempuan cantik
macam Cik Mia tu pun kau tak pernah
consider kan. Macam mana kau nak kahwin ni?”
Terbentuk
kerut di dahi Zafeeq. Straw ditangan dipusing-pusingnya. “Apa kaitan pulak
cantik si Mia tu dengan aku nak kahwin?”
“Yela...
tulang rusuk kau takde rasa bergetar dekat mana-mana ke masa tengok muka Cik Mia
tu? Cantik kot,” usik Khairil tersengih-sengih macam kerang busuk. Kalau tak
dikenangkan isteri dan anaknya yang sudah menginjak ke usia setahun dekat rumah
tu, memang dia pun dah lama pasang jerat.
Berkerut-kerut
pelipis Zafeeq mendengar ayat Khairil itu. “Bergetar... bergetar. Kau nak aku
tumbuk tulung rusuk kau tu bagi patah ke? Baru kau tahu macam mana rasanya
bergetar tulang rusuk!” penumbuknya sudah ditunjuk ke depan muka Khairil yang
masih tersengih memandangnya
“Eh...
rilek la bro, aku gurau je. Aku tau la taste
kau macam mana. Kau nakkkan perempuan yang ayu, lemah lembut, pijak semut pun
tak mati, bertudung litup, kan?”
Zafeeq
tarik muka bosan. Saja nak membahannya la tu sebab dulu dia pernah beritahu
Khairil bagaimana ciri-ciri perempuan yang menjadi idamannya. Tapi yang pasti,
Mia Aizara itu langsung takde ciri-ciri yang diinginkannya itu.
“Tapi
aku rasa kan...” Zafeeq berhenti seketika seakan memikir. “Aku rasa macam
pernah jumpa la Mia tu.”
Khairil
tergelak lagi. “Dalam mimpi basah kau kot.”
Membuntang
mata Zafeeq dibuatnya dengan mulut tak berinsuran sahabatnya itu. “Eii...kau ni
kan! Karang ada jugak yang gugur gigi nanti kang...”
Terkekeh-kekeh
Khairil mengetawakannya.
“Chill la bro, aku usik sikit pun tak boleh ke? Semenjak balik dari Italy ni,
makin sensitif pulak aku tengok kau ni.”
Zafeeq
mendengus kuat. Tapi betullah, dia seperti pernah lihat raut wajah Mia sebelum
ini. Tapi dekat mana? Bila?
BAB 5
Tan
Sri Jamaluddin, Puan Sri Sarimah, Mia dan si kecil Jihad melangkah masuk ke
dalam ballroom yang hampir penuh dengan tetamu yang hadir di Majlis Ulang Tahun
UM Corporation itu. Rata-rata hampir semua mata kini tertumpu pada mereka
sekeluarga terutamanya Mia yang kelihatan cantik bak puteri raja malam ini
dengan dress biru gelap yang
tersarung di tubuh langsing itu. Kelihatan kontra dengan kulitnya yang putih
melepak.
Muiz
yang sedang duduk di sisi Julia segera bangkit mendapatkan keluarga itu.
setelah menyapa Tan Sri Jamaluddin, dia mendapatkan pula Mia. Si gadis dilihat
atas bawah dengan rasa kagum.
“You look beautiful princess.” Mulut Muiz
mula bergula. Julia di sana mula ketap gigi kuat. terbakar rasa cemburunya.
Malas
membalas, Mia hanya tarik senyum segaris apatah lagi bila perasan tikaman mata
tajam Julia padanya. Kemudian hujung matanya menangkap kelibat Zafeeq
berdekatan meja buffet di belah kanan ballroom
itu. Lelaki itu turut memandang kejap sebelum menyambung semula kerjanya.
“Huh!”
Terus dia berlalu mengikut langkah papa dan mama tirinya itu ke meja VVIP di hadapan
pentas yang sudah terhias indah. Dia menoleh ke sisi bila bajunya terasa
ditarik kecil. Dilihat seorang anak kecil dalam lingkungan setahun lebih
terkebil memandangnya. Dilihat wanita yang memangku anak kecil itu sedang
bercakap dengan anak lelaki Tan Sri Umar, Hasif Nadhmi. Dari gaya yang dilihat,
dia yakin kalau wanita itu adalah menantu pemilik syarikat hartanah terkenal
itu.
Dia
ukir senyum pada wanita cantik bertudung litup itu sebaik wanita itu berpaling
padanya. “Anak akak?” Dia mula menegur ramah seraya mencuit pipi tembam itu.
“Anak
akak. Anak Tan Sri Jamaluddin?”
Mia
angguk kecil. “Mia Aizara, boleh panggil Mia aje. Akak mesti isteri abang Hasif
kan?” Soalnya walaupun dia cukup pasti dengan tekaannya itu.
Raisha
angguk kecil mengia. “Cantiknya anak Tan Sri, beruntung siapa yang dapat. Dah
berpunya?”
Terkejut
dengan lontaran soalan itu laju Mia menggeleng. “Takde la, single lagi. Mia ni garang macam singa, orang pun takut nak dekat
kak.”
“Yeke
cantik macam ni takde orang minat?”
Perbualan
mereka terhenti bila persembahan pembukaan mula membuka tirai majlis. Diikuti
oleh ucapan daripada Tan Sri Umar selaku pengarah syarikat yang meraikan hampir
1300 pekerja syarikatnya yang hadir.
Sedang
Mia melilau mata ke sekeliling, tiba-tiba bola matanya terhenti tepat pada
seraut wajah yang cukup dikenalinya. Lelaki yang sudah hampir dua tahun tidak
ditemuinya itu. Danny!
Lelaki
itu kelihatan melambainya dengan senyum yang terukir lebar. Cepat-cepat dia
mengalih semula pandangnya ke pinggan di depannya. Berkocak hebat dadanya
dengan kehadiran lelaki yang sudah menghadiah luka yang paling dalam padanya
dulu. Buat apa lelaki tu di sini? Salah seorang pekerja UM Corp ke?
Hampir
setengah jam kemudian, kelihatan tetamu semua mula meninggalkan meja masing-masing
menuju ke meja buffet panjang yang tersedia di kiri kanan dewan untuk mengisi
perut masing-masing. Mia hanya menguis-nguis saja makanan di dalam pinggannya
itu. Entah kenapa perutnya tiba-tiba terasa sebu.
“Pa...
Mia pergi ladies kejap.”
Kemudian
dia bangkit setelah mencapai pouch bag hitamnya atas meja dan berlalu dari
situ. Sebaik dia melangkah keluar dari dewan itu, dapat dirasakan seseorang
sedang mengikutinya dari belakang. Langkah dipercepat. Tiba-tiba lengannya
terasa dicengkam kejap sekaligus menghentikan langkahnya. Kini Danny sedang
berdiri betul-betul dihadapannya.
“Hai
Mia.” Suara garau itu kini bergema lagi di gegendangnya setelah kian lama
hilang. Senyum tergantung di hujung bibir itu. “Gembira jumpa you, dah dua
tahun kita tak jumpa kan?” Sambung Danny lagi.
Mia
ketap gigi kuat. Lengannya direntap hingga terlepas pegangan tangan itu. “Hai
Mia? Do I know you?” Dia mula
berbicara sinis mengajuk. Entah kenapa rasa sakit yang telah lama lupus dari
jiwanya itu kembali menggigit hati. Pedih...
Danny
terdiam seketika. “I’m sorry... I
ingat you dah lupakan perkara lepas.”
Kening
Mia naik terjungkit. “Lupa? Sampai mati pun I takkan apa yang you dah buat pada
I Danny.”
Danny
menunduk kejap sebelum dongak semula. Wajah cantik yang tampak menyerlah
keanggunannya malam ini ditunaknya kejap. “You
look... beautiful as always.”
Mia
menyilang tangan ke dada. “Tell me
something I don’t know.” Wajah kacak yang langsung tak berubah itu
dipandang dengan rasa berbaur. “You buat apa dekat sini? Bukan I dah cakap ke
yang I tak nak tengok muka you lagi depan I?!” Keras nada yang melantun.
“I
kerja dekat UM Corp, jadi salah ke kalau I ada dekat sini?”
Mia
senyap. Kenapalah kecil sangat dunia ni...
“Mia...
I” Liur ditelan Danny kesat. Mia masih menunggu penyudah ayat tergantung itu.
“I
dah bercerai dengan Kay,” luah Danny dekali lafaz.
Mia
terkesima. Bercerai?
“Anak
yang Kay kandungkan dulu tu... bukan anak I, tapi anak Zack. You ingat lagi
Zack?”
Sekali
lagi dada Mia bagai disambar petir yang maha kuat. Terbayang wajah nerd,
berkaca mata tebal yang sering dilihat ke hulu ke hilir dengan buku setebal
ensiklopedia itu. Zackry, budak fakulti undang-undang itu terbayang di mata.
Bagaimana mungkin Kay boleh terlanjur dengan budak Zack tu? Sedangkan setahunya
lelaki nerd itu antara salah seorang orang kuat yang menggerakkan dakwah di
kampus mereka dulu. Tanpa sedar matanya mula dikaburi air mata. Tak sangka
semudah itu manusia tunduk dengan nafsu sendiri.
Tersedar
dengan dirinya yang kian dihanyut perasaan. Mia menghapus air matanya yang
gugur ke pipi. “So? You nak I buat
apa? Congratulate you?” ujarnya
dengan suara yang sudah berubah sedikit serak. Tiba-tiba kedua belah tangannya
terasa diraih lembut.
“I
nak kita balik macam dulu. Please
sayang.” Danny meluah tanpa berselindung.
Sebaris
kata itu berjaya mengocak kuat kolam hati Mia. Mata itu membulat besar. “What?” seakan tak percaya dengan apa
yang baru didengari halwa telinga itu.
Danny
pejam mata kejap sebelum meluah kata. “I nak balik pada you. I nak kita balik
macam dulu. You...and me.”
“Nonsense!”
Mia mula berpaling untuk segera pergi dari situ tapi ditarik Danny semula.
“Mia...
lepas I kahwin dengan Kay, baru I tersedar yang hati I masih mencintai you
sayang. Perkahwinan I tak pernah bahagia, sebab tu sebaik saja I tahu yang anak
tu bukan anak I, I langsung tak teragak untuk ceraikan Kay. I tahu I pernah
khilaf. Tapi tolong... bagi I peluang kedua.” Mata Mia direnung dalam. “I love you Mia, I need you!” ujar Danny bersungguh untuk meraih semula cinta
hatinya itu.
“You all
tengok apa ni?” Zafeeq yang baru melepasi pintu besar dewan itu menegur dua
orang pekerjanya yang sedang bercakap sesama sendiri.
“Arr...
takde apa chef,” Jawab salah seorang darinya.
“Bawak
tray ni ke belakang, dan tolong bawak keluar kek dari freezer.” Tray besi yang
sudah kosong di tangan diserahkan pada kedua orang stafnya itu. Melihat
pekerjanya yang masih tertegun itu dia mengerut dari.
“You all tunggu apa lagi? Cepat!” Sergah
Zafeeq sedikit meninggi dengan muka tegas.
“Ba..
baik chef.”
Setelah
keduanya menghilang, Zafeeq berpaling semula untuk masuk ke dalam. Saat itu
juga hujung matanya menangkap figura lelaki perempuan berdekatan tangga
melingkar di tengah lobi hotel itu. Mia?
Matanya
naik pada raut lelaki yang sedang memegang erat kedua tangan Mia itu. Teman
lelaki baru ke? Baru saja dua hari lepas dia ternampak si Muiz tu beri bunga
pada Mia. Hari ni lelaki lain pulak dah? Hebat!
Pegangan tangan Danny dilerai. “Kalau
sesenang tu you ingat I akan terima you kembali, you silap Danny. Mungkin
sekarang you boleh kata yang you masih cintakan I lagi, tapi tak mustahil jugak
you akan buat kesilapan yang sama untuk kali kedua. I’m enough with you. I tak perlukan lelaki macam you dalam hidup
I.”
Tanpa
menunggu balasan, terus dia angkat kaki meninggalkan lelaki itu terkulat
sendiri. Dia bukannya malaikat yang boleh memaafkan seseorang hanya dengan
ucapan mulut. Untuk apa dia hipokrit, kalau hatinya masih terasa sakitnya
dengan apa yang berlaku dulu.
Hampir
lima belas minit bertapa dalam bilik air cuba mengatur semua perasaanya yang
sedikit berkecamuk tadi, kakinya diheret semula keluar. Sebaik kepalanya
dipanggung ke depan dilihat Julia sudah menunggunya dengan senyum palsu sambil
bersandar ke dinding lalutan toilet itu. Terlepas dengusan kasar dicelah
bibirnya. Lepas satu...satu
“Aku
takde mood nak layan kau Julia, so better
kau jangan cari pasal dengan aku sekarang.” Mendatar kata yang meluncur, tapi
keras kedengaran. Tanpa menunggu balasan, terus dia berjalan melintasi gadis
itu. Tiba-tiba rambutnya terasa direntap kasar dari belakang hingga terjelepuk
dia ke lantai. Sakitnya terasa menyentap hingga ke otak. Belum sempat dia
bangun, julia sudah menghimpit tubuhnya terlebih dulu
“Berapa
kali kau nak aku kata hah! Supaya jangan kacau Muiz, tapi kenapa kau degil
sangat ha perempuan sundal!!” Julia mula menempik dengan muka menyinga. Habis
ditarik-tarik rambut sepupu yang sangat dibencinya itu. Ditampar-tampar pipi
itu bertalu-talu. Hatinya sakit! Jiwanya cemburu!
Mia
tarik nafas dalam menunjukkan kalau sabarnya sudah hilang. terasa perit pipinya dek serangan sepupunya itu. Julia betul-betul
cari pasal dengannya!
“Berapa
kali kau nak aku cakap hah perempuan bodoh?! Aku tak hadap la dengan Muiz kau tu.
Bersepah dekat tepi jalan! Kalau kau rasa kau nak sangat Muiz tu, ambil la!
Sebesar kuman pun tak jadi kudis pada aku la!” jerit Mia pula naik hantu.
Rambut Julia yang kemas bersanggul itu turut menjadi mangsa tangannya.
Setelah
penat bergelut sesama mereka, dengan sisa kekuatan yang ada, Mia menarik rambut
Julia supaya wanita itu turut bangun berdiri bersamanya. Sesaat kemudian... Pangg....
Satu
tamparan kuat melayang ke pipi Julia hingga terjatuh sepupunya itu ke lantai.
Tiba-tiba lengannya terasa ditarik kasar dari belakang. Muncul Zafeeq
dihadapannya dengan muka merah padam.
“Apa
yang you buat ni Mia, you dah gila ke?! Kenapa perangai you macam ni hah?
Sampai tengah majlis dekat dalam tu pun you boleh tunjuk perangai buruk you tu
dekat sini! You tak malu ke?!!” Suara garau Zafeeq mula menempik memarahi Mia.
Sungguh dia tak mengerti dengan perangai gadis itu yang terlalu cepat naik
darah, sampaikan sepupu sendiri pun dikerjakannya! Takde otak ke?!
Diperhatikan
keadaan keduanya dengan rambut yang sudah kusut masai. Lengan baju Mia juga
kelihatan terkoyak. Julia pula sudah mula teresak-esak cuba menjayakan lakonannya
dihadapan lelaki itu seolah-olah dia yang menjadi mangsa keadaan di sini.
“Kenapa
semua orang selalu nampak I aje yang salah?! I aje yang jahat?! I aje yang
berperangai buruk?! Untuk pengetahuan you, perangai I memang macam ni dari
dulu. buruk... jahat... kaki pukul. Puas!!” jerkah Mia kuat seraya menolak
kasar dada bidang itu. Cuba ditahan
supaya air matanya tak tumpah di situ. Tanpa menunggu lama terus disambar pouch
bagnya atas lantai. Kasut tumit tingginya yang sudah terpatah sebelah itu
dicabut keduanya, hanya berkaki ayam. Kalau diikutkan hatinya yang menggelegak
panas, nak saja dihentak kasutnya itu ke kepala Julia!
Zafeeq
hanya diam mengawasi setiap gerak geri wanita itu. takut kalau-kalau Mia menggila lagi. Tiba-tiba dilihat kepala Julia yang
masih terjelepuk dan teresak di lantai itu ditolak Mia kasar. Zafeeq melopong kecil melihat
perlakuan kasar itu.
“Kau
tak payah nak pura-pura la perempuan! Takde siapa la nak tengok lakonan sampah
kau tu dekat sini!” jerkah Mia kasar sebelum berlalu dari situ berkaki ayam.
Langsung tak dipandang lelaki yang tak pernah habis-habis nak menambah sakit di
hatinya semenjak dari pertemuan pertama lagi.
Setelah
bayang Mia hilang, tanpa menunggu lama terus Zafeeq membantu Julia bangun.
Terlihat jelas bekas tamparan di pipi itu. Dia menggeleng kecil.
“You
okay tak ni?”
Lambat-lambat
Julia mengangguk. Dalam diam dia tersenyum kemenangan kerana lelaki kacak
bergelar Chef yang sering menjadi perhatian pekerja wanita itu nyata
menyebelahinya. Tapi sayangnya cuma bekerja sebagai chef, dan pekerja biasa.
Kalau saja lelaki itu dari golongan berada, pasti sudah lama digodanya.
“I
okay. Terima kasih.” Ucapnya dalam nada sedih.
Zafeeq
angguk kecil. Julia minta diri. Setelah bayang wanita itu hilang, dia turut
beredar dari situ. Seketika kemudian ada suara yang menegurnya dari belakang. Dia
menoleh.
“Kenapa
Chef marah Cik Mia tadi? Dari apa yang saya nampak dari tadi, memang Cik Julia
yang mulakan pergaduhan tu dulu. Dia yang tiba-tiba tarik rambut Cik Mia dulu.”
ujar Izzati nada tak puas hati. Dia sendiri yang menyaksikan kejadian tadi dari
mula sampai habis dibalik pasu besar di situ. Kebetulan dia baru saja keluar
tandas tadi, dan dilihat Cik Julia sudah menunggu di situ. Tak tahu pula
rupa-rupanya sedang tunggu Cik Mia keluar.
Zafeeq
terkesima mendengar dengan pelipis yang mula bergerak-gerak kecil. “Kenapa awak
tak beritahu dari tadi?”
“Saya...
saya takut...”
Terlepas
dengusan kasar Zafeeq dari celah bibirnya. Kemudian terus dia melangkah pergi
meninggal pekerjanya itu.
*****
Iphone
ditangan dilekapnya ke telinga. Sesaat kemudian panggilannya bersambung.
“Hello
pa...”
“Mia
dekat mana tu? Kata nak pergi toilet
je, takkan sampai sejam?” suara gusar Tan Sri Jamaluddin mula menampan cuping
telinganya.
Mia
berdehem kecil cuba meredakan serak suaranya. “Mia rasa tak sihat la pa, Mia
nak balik rumah dulu boleh?”
Sepi
seketika.
“Hurm...
bawak kereta elok-elok. Makan ubat, lepas tu tidur.”
“Okay
pa, good night,” Sambutnya sebelum
mematikan talian. Kemudian matanya dilemparkan semula ke arah kolam renang di
depan. Sekejap saja anak matanya mula berair semula. Hatinya sakit, pedih,
kenapa semua orang selalu nampak buruknya saja, apa teruk sangat ke dirinya?!
Ditambah
pula dengan kehadiran Danny semula dalam hidupnya, entah kenapa hatinya terasa
cukup lemah malam ini. Teresak-esak dia sendirian di taman depan kolam renang itu melepaskan beban yang memberat di hati. Tak
dipedulikan rambutnya yang sudah berserabut, bajunya yang koyak dan kakinya
yang sudah berpalit tanah. Dah serupa orang gila tepi jalan saja rasanya.
Tiba-tiba
sehelai jaket kulit coklat jatuh elok menutup kedua bahunya yang terdedah sedikit
lepas lengan bajunya terkoyak bergelut dengan Julia tadi. Sehelai sapu tangan
pula muncul di sisi bahunya. Spontan kepalanya menjeling ke sisi. Dikerdip
matanya yang kabur dengan air mata. Sebaik terlihat empunya tuan sapu tangan
itu terus dia merengus kasar seraya bangkit dari duduk.
“Apa
lagi yang you nak tuduh I kali ni?” Sembur Mia sebaik tubuhnya berdiri tepat
dihadapan tubuh sasa itu. Tangan itu ditepis kasar hingga terjatuh sapu tangan
itu ke rumput.
Zafeeq
hela nafas berat. Dadanya terasa dicucuk-cucuk dengan rasa bersalah mendengar esak
tangis gadis itu tadi.
“I’m sorry,” ujarnya pendek. Nak tak nak
teraksa juga dia merendahkan egonya kerana ternyata dia berada di pihak yang
salah
Mia
tergelak sinis. “And I’m sorry too,
maaf you tak diterima,” balasnya penuh lagak. Dia mula bergerak pergi. Baru
empat lima tapak dia berlalu, dia berpatah semula dan sapu tangan atas rumput
itu diambilnya semula. Sempat lagi dia menjeling tajam pada Zafeeq sebelum
kakinya laju meninggalkan jejaka itu.
Zafeeq
yang memandang perlakuan comel gadis itu walaupun tengah dalam marah itu
tersenyum kecil. Kemudian dia turut berlalu semula masuk ke dalam hotel.
Ingatkan kuat sangat, rupanya hati tisu jugak rupanya, bisiknya dalam hati.
Bersambung....
p/s: Amacam syg semua? hehe... sudi2 tinggalkan komen kalau nak Dila menulis dgn lebih laju >_< ngeeeeeeeeeee
13 comments:
Best .. hasif dn raisya pun ada, ada baby pulak tu . Kesian dgn Mia huhu
Best!!!nak lagiii
Thumbs up! Best! Btw nak tanya agak2 bulan berapa keluar novel en pilot tu?
Tq dear..insha allah bln 5/6 nnti. Sama2 kite tunggu ye
Best3x
Best3x
Nice
Sangat best...
Nk lg..😆
BEST 3X.
Best best best.... Sambung cepat2 pplisssssss
tq syg semua. Insha allah akan update dari masa ke semasa sampai masanya utk stop n siapkan manuskrip penuh ^^ sama2 kite tunggu
Best....next entry please...
Best giler author..
Post a Comment