BAB
8
Tepat
jam 9.30 malam, kereta Audi TT milik Mia yang dipandu Zafeeq berhenti tepat di
hadapan banglo dua tingkat yang terletak di Bukit Kiara itu. Mia di sisi sudah
lama terlena bersama bantal kecil dipelukan. Penat sangat agaknya.
Sebaik
pintu pagar terbuka, terus kereta dipandu masuk dan kereta diparkir
bersebelahan BMW yang terletak di garaj luas banglo itu. sekilas Zafeeq
memandang wajah lena gadis itu yang nampak tenang tertidur lagak bayi saja.
Sebaik
ternampak cahaya yang datang dari arah pintu rumah itu segera renungannya
dimatikan. Dia menapak keluar, dan disambut oleh seorang wanita dalam usia awal
50-an.
“Assalamualaikum
mak cik,” Sapa Zafeeq penuh hormat.
“Waalaikumsalam.”
Mak Wan menyambut. Kemudian kerutan terbentuk didahi tua itu. “Anak ni siapa?
Mana Mia?”
Kemudian
cepat-cepat pintu kereta belah penumpang itu dibuka Zafeeq. Sebaik terlihat sekujur
tubuh Mia dilihat Mak Wan, terlepas satu keluhan halus dibibir tua itu beserta
gelengan kecil. Mia...Mia...
“Saya
Zafeeq. Zafeeq Aidan. Ketua Chef di restoran hotel milik Tan Sri. Saya Cuma
tolong hantarkan Mia balik aje, sebab saya pun turut serta dalam program charity dekat rumah anak yatim pagi
tadi. Harap mak cik tak salah faham,” terang lagi jelas Zafeeq menerang, tak
mahu kalau wanita tua itu beranggapan bukan-bukan pula tentangnya.
“Zafeeq?”
Mak Wan terdiam sebentar seraya memerhati anak muda itu. Inilah rupanya budak
yang buat anak majikannya itu menangis tempoh hari. Seketika kemudian dia ukir
senyum.
“Terima
kasih Zaf, dah hantar Mia balik. Mia ni kalau dah tidur, letak bom dekat
sebelah pun dia takkan terjaga.” Seloroh Mak Wan bersahaja. Tubuh Mia didekati
dan bahu itu ditepuk-tepuknya. “Mia... Mia bangun Mia...”
Beberapa
saat kemudian baru terlihat gerakan dari tubuh langsing itu. Mia memisat mata
yang kelat menahan ngantuk.
“Mak
Wan...” sapa Mia dengan suara kedengaran sedikit serak.
“Bangun
Mia, dah sampai rumah dah ni.” Lengan itu ditarik Mak Wan lembut dan dipimpin
masuk ke dalam rumah. Dah mamai sangat nampaknya.
Zafeeq
yang masih menunggu diluar melorek senyum sebaik wanita yang dipanggil Mak Wan
itu keluar semula mendapatkannya.
“Terima
kasih sekali lagi Zaf, dah hantarkan Mia balik,” ucap Mak Wan lembut.
Dia
geleng kepala. “Takpe Mak Wan, benda kecil je. Kalau takde apa-apa, saya mintak
diri dulu.”
“Zaf
nak balik naik apa ni?” Mak Wan menyoal gusar. Dah terang-terang anak muda itu
datang ke sini dengan kereta Mia.
“Saya
balik naik teksi je Mak Wan,” balas Zafeeq.
“Kalau
nak, Mak Wan boleh suruh Pak Rahman hantarkan Zaf balik.”
“Eh...
tak payah susah-susah, banyak lagi teksi dekat luar sana,” tolak Zafeeq.
“Assalamualaikum.” Langkah mula diatur keluar dari banglo mewah itu.
“Waalaikumsalam,”
jawab Mak Wan perlahan sebaik saja bayang anak muda itu menghilang. Seulas
senyum terlorek kecil dibibir tua itu sebelum pintu ditutup semula rapat.
Pintu
bilik Mia diketuk. Bila kedengaran suara serak yang menyambut, terus tombol
pintu dipulas Mak Wan.
Mia
bangkit dari baring. Rambut yang sedikit berserabai disebak ke balakang. Susu
panas yang dihulur Mak Wan disambutnya dan disisip sedikit. sesaat kemudian
baru dia teringatkan sesuatu.
“Zaf
dah balik Mak Wan?” Soalnya tiba-tiba berbunyi bimbang.
“Dah...
dia balik naik teksi je. Kenapalah Mia nak menyusahkan dia hantar Mia balik,
kan tak pasal-pasal dia kena balik sendiri naik teksi!”
Dahi
digosok Mia kejap. “Mia pening la tadi Mak Wan, rasa tak larat nak memandu.
Panas sangat agaknya, sebab tu Mia mintak Zaf hantarkan balik,” jawabnya terus
terang tanpa berselindung.
Mak
Wan tersenyum nipis. “Nampaknya Zafeeq tu takde la seburuk yang Mia ceritakan
dulu kan?” cuba dipancing suara anak majikannya itu dengan nada mengusik.
“kacak pun kacak Mak Wan tengok.”
Demi
mendengar kata pujian itu, entah kenapa mengundang rasa malu Mia. “Depan Mak
Wan baik la dia, kalau dengan Mia... asyik nak cari gaduh je kerjanya. Tak
boleh nampak Mia senang langsung!” dia merungut cuba menutup rasa hati yang
sebenarnya.
“Oh
ya... pagi tadi Jihad pengsan masa main dekat luar. Mama dengan papa malam ni
tidur dekat hospital temankan Jihad”
“Doktor
cakap apa?” terdengar nada bimbang dari suara yang melantun keluar itu.
sebenci-benci dia pun pada mama tirinya itu, dia tahu kalau adik kecilnya itu
tak bersalah.
Mak
Wan geleng kecil. “Tadi Mak Wan call, katanya masih dalam pemeriksaan lagi.”
“Owh...”
Sepi
mengulit buat seketika. Tiba-tiba tangan Mia disentuh lembut.
“Mia...
Mak Wan tahu Mia terlalu sayangkan arwah mama. Tapi... apa yang Mia buat ni
salah.”
Mia
angkat muka. wajah separuh abad itu direnung.
“Selama
Puan Sri Sarimah duduk di rumah ni selama empat tahun ni, Mak Wan tak pernah nampak
satu pun sikap buruk pada Puan Sri tu.” Dengusan kasar menghinggap cuping
telinga Mak Wan.
“Pandai
pura-pura, memang la Mak Wan tak nampak!”
“Takde
siapa yang mampu berpura-pura selama tu Mia. Selama ni tak pernah dia berkasar
dengan Mia, cakap pun lemah lembut aje. Tapi Mak Wan tengok Mia yang selalu
berkasar dengan dia.” kepala itu diusap penuh kasih, cuba untuk melembutkan
hati gadis itu yang telah lama keras untuk menerima kasih sayang mama tirinya
itu.
Kuat
bibir diketap. Terasa panas bola matanya. “Mia tak boleh terima papa terlalu
cepat lupakan mama...” antara dengar dan tidak suara itu merintih rendah.
“Mia
tahu tak bawah bantal papa, selalu ada gambar arwah mama?”
Sepasang
mata berlinang itu naik laju ke muka Mak Wan. Betul ke?
“Rindu
tak perlu ditunjuk pada satu dunia Mia, cukup dititipkan dalam doa setiap hari.
Lagipun lelaki memang tak tahu nak tunjukkan rasa hati yang sebenar, memang dah
Allah jadikan mereka macam tu. Tapi tu tak bermaksud papa tak rindukan arwah
mama.”
Terdiam
Mia jadinya. Selama ni dia ingatkan papanya tak pernah mengingati arwah matanya
memandangkan isteri muda sudah ada depan mata.
“Hari
tu Mia terjumpa Danny.”
Nyata
Mak Wan tak mampu membendung rasa terkejutnya. “Lepas tu?”
Keluh
halus terluah dari bibir mungil Mia. “Dia nak balik pada Mia.”
“Mia
nak ke?”
Tanpa
memikir walau sesaat, kepalanya menggeleng.
Mak
Wan lepas nafas lega. “Syukur Alhamdulillah kalau itu jawapan Mia. Bunga bukan
sekuntum, kumbang bukan seekor.”
Lambat-lambat
terbit sengih di wajah Mia. “Pandainya Mak Wan berperibahasa. Kumbang bukan
seekor ek? Tapi kenapa takde sekor pun lagi yang melekat dekat Mia?!”
“Zaf
tu bukan kumbang ke?”
Terus
mati sengih Mia dibuatnya. “Mak Wan minat sangat dengan Zaf tu dah kenapa? Nak
Mia masukkan meminang Zaf untuk Mak Wan ke? Mak Wan pun dah lama single tu...”
sengaja dileret-leretkan suaranya seraya memeluk manja lengan itu.
Diketuk
lembut kepala anak majikannya itu. “Mak Wan ni dah expired! Orang kata dah liat, pahit. Kalau kahwin pun dah tak dapat
anak dah. Lain la Mia... muda, cantik, bergetah lagi.”
Mia
garu kepala. “Aduh...Mak Wan. Mia tak sedia lagi la.”
“Kalau
nak tunggu sedia, sampai bila-bila pun kita takkan bersedia Mia.”
“Dah
kahwin, beranak nanti, habis la badan Mia jadi macam tong dram. Tak nak la!”
“Kalau
nak jaga badan, sampai ke tua la Mia membujang nampaknya.”
Mia
hanya mampu tergelak mendengar suara berbaur rajuk Mak Wan itu.
**********
BAB 9
Lengan
Tan Sri Jamaluddin dipeluk Mia dan mereka melangkah masuk beriringan.
Disebabkan Jihad masih deman, terpaksalah Mia menemani papanya untuk hadir ke
majlis ulang tahun perkahwinan Dato’ Hamid dan isterinya yang berlangsung di
Shangri-La Kuala Lumpur itu.
“Jamal...”
Dari
lagi sudah kelihatan sepasang suami isteri dengan baju warna sedondon datang
mendekati mereka. Senyum manis diukir Mia seraya menghulur tangan untuk
bersalam dengan wanita seusia papanya itu.
“Happy anniversary auntie.” Ucapnya
lembut seraya menyerahkan kotak hadiah sederhana besar pada Datin Syarifah
“Terima
kasih.”
Tan
Sri Jamaluddin dan sahabat lamanya itu berpelukan seketika. Sudah hampir tiga
tahun mereka tak berjumpa atas kesibukan masing-masing.
“Sihat?”
Soal Dato’ Hamid.
“Alhamdulillah...
masih boleh datang, maknanya aku masih sihat la tu.” Tan Sri Jamaluddin
berseloroh gembira. “Ni...” belakang badan anak gadisnya itu ditolak sedikit ke
depan. “Puteri aku satu-satunya. Mia Aizara.”
“Apa
khabar uncle?” sapa Mia pula.
“Baik...
baik.” Lengan sahabatnya itu ditepuk Dato’ Hamid. “Bila aku dapat makan nasi
minyak ni?”
Tan
Sri Jamaluddin hanya tergelak menyambut soalan itu. “Insha Allah, kalau dah
jumpa jodoh nanti.” Raut si anak ditunak kejap. Mia hanya tersenyum nipis.
“Jom
Mia, auntie kenalkan dengan anak auntie pulak.” Ajak Datin Syarifah. Mereka
jalan beriringan meninggalkan dua sahabat itu berbual.
Sedang
mereka berbual, tiba-tiba satu suara kedengaran menegur di belakang.
“Rifah...”
Datin
Syarifah menoleh ke belakang dan diikuti oleh Mia dan anak Datin Syarifah, kak
Ira. Hampir terbuntang biji mata Mia saat matanya jatuh pada lelaki muda di
sisi wanita yang menegur itu. Zaf?!
Tapi
apa yang lebih mengejutkannya ialah tangan wanita itu yang nampak mesra memeluk
lengan lelaki itu. Mata mereka bertembung, dan raut tampan itu langsung tak
menunjukkan sebarang reaksi terkejut sepertinya. Masih nampak tenang, malah
sempat lagi melempar senyum nipis padanya.
“Sarah...datang
jugak kau, aku ingatkan tak datang.” Suara Datin Syarifah sebaik memeluk erat
tubuh wanita sebayanya itu. Tanpa sedar mata Mia tajam menujah ke raut wajah
separuh abad itu sebelum beralih pula pada Zafeeq. Anak ikan rupanya....rasa kecewa mula menujah hatinya
Diperhati
penampilan kemas lelaki itu dengan seluar slack hitam, kot dan necktie yang terjerut
kemas itu. Sangat berbeza daripada Zafeeq yang dia kenal selama ini. Tak
semena-mena hatinya bergetar sendiri melihat penampilan maskulin lelaki itu
malam ini.
Makin
dalam kerutan yang terbentuk di dahi Mia bila dilihat Zafeeq membisikkan
sesuatu ke telinga wanita itu sebelum berlalu pergi. Syak wasangka Mia
bertambah kuat. bila difikir-fikir, patutlah lelaki tu mampu memakai motor
Ducati Superbike yang pada anggarannya itu bernilai ratusan ribu ringgit, malah
jaket kulit yang diberikan padanya dulu pun bukan dari jenama yang biasa-biasa.
Ada yang menaja rupanya. Tiba-tiba hatinya diusik cemburu.
Lengan
Datin Syarifah disentuh kejap. “Mia mintak diri kejap auntie,” ujarnya rendah sebelum berlalu. Sebaik ternampak kelibat
Zafeeq yang sedang mengambil makanan dia meja buffet itu dia mempercepat
langkah.
“I
tak sangka you se-desperate ni nak
hidup dalam kemewahan.”
Kepala
Zafeeq menoleh ke sisi sebaik suara itu menujah telinganya. Pelipis mula
berkerut. Dilihat Mia sudah berdiri di sisinya sambil berpeluk tubuh. Langsung
tak memandang kearahnya.
“Apa
maksud you?” mendatar Zafeeq menyoal tak mengerti.
“You
rasa?”
Kedut
didahi kian hebat. Tapi bila terlihat kening yang ternaik sebelah itu dia
seolah-olah mula mengerti. Terus merah padam mukanya. Terlepas nafas kasar
dibalik rengkungnya.
“Apa
you ingat I sekotor tu ke?”
Mia
tarik senyum hujung bibir. sinis kelihatan. “Kalau tidak, takkanlah you boleh
berdiri depan I dengan suit mahal
macam ni.” Balasnya seraya memegang lapel pada kot yang tersarung di tubuh sasa
itu dengan aksi menggoda.
Jemari
runcing itu ditepis kasar walaupun bau haruman yang datang dari tubuh Mia sedikit menggegar jiwa lelakinya. Jelas terlukis riak amarah yang tertahan diwajah
Zafeeq. “Kalau you ingat I gigolo yang kerjanya cuma tahu mengikis duit
perempuan, you silap! I masih mampu lagi
sara hidup I dengan duit hasil usaha I sendiri!” bentaknya dengan nada
tertahan. mencerlung tajam wajah runcing itu.
“Zaf...”
Serentak
mereka berdua berpaling ke sisi. Kini berdiri sekujur tubuh yang disangka punya
hubungan gelap dengan Zafeeq itu. Mia menghadiah pandangan penuh curiga.
Datin
Maisarah memandang sekilas gadis cantik yang berdiri di sisi anak lelakinya
itu, sebelum beralih semula pada anak terunanya itu.
“Jom,
mama nak kenalkan Zaf dengan semua kawan-kawan universiti mama dulu.” ajak
Datin Maisarah seraya menarik lembut lengan si anak.
Mata
Mia yang sedia galak itu terbuntang besar tatkala terdengar perkataan ‘mama’
yang meluncur dicelah bibir wanita bertudung itu. Mama? Terus kelu lidahnya
untuk berkata. laju matanya naik kemuka Zafeeq. Dilihat Zafeeq sudah memandangnya dengan kening terangkat sedikit.
“Untuk
you,” kata Zafeeq pendek. Pinggan berisi makanan itu diletak atas meja buffet
itu sebelum dia bergerak pergi mendapatkan mamanya yang sudah jauh ke depan.
Mia
masih terkedu. Kalau yang ni mama... yang umi haritu siapa?
Lamunannya
tercantas bila lengannya terasa disentuh.
“Kenapa
Mia?”
Sebaik
matanya tertunak pada wajah papanya, segera dia menggeleng. “Takde apa.” Dia
diam seketika, was-was untuk bertanya. Tapi kalau tidak disuarakan apa yang
menjadi persoalan dalam benaknya ni, dia jugak yang tak tenang nanti.
“Pa...”
Tan
Sri Jamaluddin menyahut kecil.
“Papa
kenal tak auntie yang berbual dengan auntie Syarifah tu?” Tanya Mia
berhati-hati seraya menjuih sedikit pada insan yang dimaksudkan. Papanya ikut
memandang wanita yang dimaksudkan, diikuti oleh Dato’ Hamid.
“Owh...itu
Datin Dr. Maisarah, Mia. Isteri Dato’ Dr. Syukri, pemilik Hospital Al-Rhaudhah.
Yang budak lelaki tu anak bongsu dia kalau tak silap uncle,” Cerita Dato’ Hamid menjawab.
Mia
tersentak hebat. Anak?! Dato’?! papa dipandangnya penuh rasa tak percaya.
Tan
Sri Jamaluddin pula terangguk-angguk mendengar. Dato’ Syukri. Nama yang memang
tak asing lagi telinganya selama ini, cuma tak pernah berkesempatan berjumpa
dengan tuan badan saja lagi.
“Aku
dengar Dato’ Syukri nak bukak satu lagi hospital baru ke dekat Johor?” celah
Tan Sri Jamaluddin. Mia di sisi sudah terdiam tak terkata.
“Dalam
construction lagi. Rasanya dalam
pertengahan tahun depan siap la tu,” jawab Dato’ Hamid ringkas. Anak sahabat
baiknya itu dipandang. “Datin Maisarah tu pakar bedah jantung. Tak silap uncle anak dia tu pun doktor jugak dulu,
tapi dah tukar kerjaya jadi chef pulak.”
Sekali
lagi Mia jatuh rahang. Doktor?
Tan
Sri Jamaluddin menoleh pada puterinya itu. Pelik melihat raut gusar anak
gadisnya itu. “Kenapa tiba-tiba Mia tanya ni?”
Kerut
di dahi kian dalam. “ Cuba papa tengok betul-betul anak lelaki datin tu!” tekan
Mia tanpa bengkang bengkok. Agaknya papanya tak perasan kerana penampilan
lelaki itu yang nampak berbeza agaknya malam ini.
“La...
apa tak kenalnya, tu kan Chef Zaf yang kerja dekat hotel kita.”
“Huh?!
Jadi papa tahu la selama ni Zaf tu anak Dato’ Syukri?” Soal Mia terkejut besar.
“Apa
tak tahunya, dah pekerja papa, mesti la kena ambil tahu walaupun sekecil-kecil
pekerja,” balas Tan Sri Jamaluddin bersama ketawanya melihat muka terkejut
anaknya itu.
Terkerdip-kerdip
mata Mia melotot kearah Zafeeq tak jauh dari situ. “Tapi, kenapa aku tak tahu
pulak selama ni?” gumamnya sendiri. kemudian dia teringat semula fail peribadi
Zafeeq yang dihantar Nadrah dulu. baru dia perasan yang nama lelaki itu, Zafeeq
Aidan Bin Ahmad Syukri.
Hampir
dua jam berada di majlis itu, Mia mula kebosanan. Dilihat papanya masih rancak
lagi berbual dengan beberapa kenalan perniagaan. Tanpa menunggu lama terus bag
tangannya atas kerusi disambar dan dia bangkit dari kerusi.
“Pa...
dah pukul sepuluh ni, tak nak balik lagi ke?” Soalnya perlahan di tepi telinga
papanya.
“Mia
balik la dulu sayang, papa banyak lagi nak berbual dekat sini.” Tan Sri
Jamaluddin membelas rendah.
“Habis
tu, kereta?”
“Takpe...
Mia balik je dulu, nanti pandai-pandai la papa balik sendiri. Bukan jauh pun.”
“Okay.
Mia balik dulu ek.” Pipi itu dikucup kejap sebelum berlalu pergi.
Central
lock Audi Ttnya ditekan. Sebelum membolos masuk, sempat lagi matanya meliar
kearah tempat parking motosikal tak jauh dari situ. Manalah tahu kalau-kalau
ada motor Zafeeq. Tapi tiada nampaknya. Enjin dihidup dan kereta mula bergerak
keluar dari kawasan parkir hotel mewah itu.
Ketika
keretanya berhenti di hadapan lampu isyarat merah itu, tiba-tiba kereta sport Mercedes-AMG GTS berhenti tepat di sisi
keretanya. Sebaik melihat pemilik kenderaan mewah, tingkap keretanya dibawa
turun tanpa secalit senyum pun. Zafeeq tersenyum memandangnya. Senyum mengejek
ke?
“Tak sangka anak ikan macam I ni pun boleh
pakai kereta mahal macam ni kan?” Zafeeq menutur penuh selamba seraya mengetuk
stereng kereta kesayangannya itu, sengaja nak memancing kerut di wajah jelita
itu.
Naik
berdesing telinga Mia mendengar kata berbunyi pedas penuh perlian itu. Bibir diketap
kuat. seketika kemudian Mia ketawa kecil. sinis kedengaran. “Jangan you ingat,
you pakai kereta sport mahal macam ni you boleh berlagak dengan I?”
Senyum
Zafeeq makin melebar mendengar balasan dari bibir mungil itu. Kedua bahunya
dijungkit sedikit seolah langsung tak terkesan dengan kata-kata sinis itu. “I
tak pernah berniat nak berlagak depan you Mia. Tapi kalau itu yang you kata, I
tak boleh cakap apa. Sekurang-kurangnya... I bukannya anak orang kaya yang spoil macam you.”
Mata
Mia membulat besar. “What?!!”
Dan
tika itu juga lampu isyarat bertukar hijau.
“Good night princess... jangan marah-marah,
nanti muka cepat berkedut,” ucap Zafeeq nakal bersama kenyitan mata.
Belum
sempat Mia menyembur, kereta mewah itu sudah bergerak laju ke hadapan. dari
jauh dapat dilihat Zafeeq mengeluarkan tangan dari tingkap kereta dan melambai
padanya yang masih tak bergerak di belakang. turun naik dadanya menghela nafas
kuat.
“Eii...sakitnya
hati!”
Tangan
digenggam kuat cuba membendung rasa sebalnya. Sesaat kemudian nafas dalam
ditarik Mia. “Takpe Mia...sabar... marah pun tak bawak untung, lagi sakit hati
ada.” Ucapnya pada diri sendiri. Pedal minyak ditekan dan keretanya mula
meluncur laju membelah jalan raya yang sudah agak lengang dengan pengguna.
Tak
semena-mena senyuman dan kenyitan mata yang dilempar Zafeeq tadi terlintas semula
di mata. Tiba-tiba mukanya terasa panas membahang. Tangannya naik menjalar ke
pipi. Panas! Dikerling pula bias wajahnya pada cermin pandang belakang. Blushing?!
“Dah
kenapa aku ni? Kena sawan ke?” gumamnya rendah tak keruan. Takkan dah jatuh
cinta dengan Zaf pulak? Habis, lelaki souffle’ tu macam mana pulak?
Liur
ditelannya payah... jatuh cinta dengan Zaf? Perkara yang sangat tak masuk akal!
Jadi apa makna semua rasa ni?
Bersambung....
p/s:Nahhh...utk yang lama menunggu. sorry sangat2 sebab lambat update sebab banyak benda nak kena buat jadi takde masa sangat nak menulis sekarang huhu....*baca bawah pulak hehe
Ejaz n Warda in d houzzzzz...................................jgn lupa dapatkan 'SURI HATI MR.PILOT' iaitu novel keempat dari dila ok. boleh beli direct daripada Kaki Novel ok. just masuk je dekat page faceebook kaki novel orite ^^
1 comment:
Apa Nama model Mia aizara?
Post a Comment