“Sudah-sudah
la tu Zaf gomol budak tu, rimas pulak dia mama tengok.” Tegur Dr Maisarah
sebaik meletak sepiring pinggan berisi kek batik ke meja kopi di tengah ruang
televisyen itu. duduk dilabuhkan ke sofa putih gading itu.
“takde
maknanya rimas...kan Ica kan...suka lagi Pak Su buat macam ni ada la.” Habis
disondol-sondol kepalanya ke perut kecil itu sampai tergelak-gelak anak
sedaranya yang baru berumur tiga tahun setengah itu.
Tertawa
Dr. Maisarah melihat gelagat anak cucunya itu. kalau Pak Su-nya itu balik ke
sini, memang menempel sajalah dua orang cucunya. Habis
diangkutnya pergi ke mana-mana dari pagi sampai petang, sampai nak pergi beli surat
khabar dekat kedai pun kalau boleh nak angkut kedua anak sedaranya itu.
“Hai...asyik
main dengan anak sedara je, bila pulak nak main dengan anak sendiri?” Dr.
Maisarah mula berseloroh nada mengusik. Mata masih melekat ke televisyen yang
sedang terpasang.
Terhenti
terus tangan Zafeeq yang sedang galak menggeletek anak sedara kesayangannya
itu. “Takde calon la ma,” jawabnya berbunyi malas.
“Handsome
macam ni pun takde yang sangkut ke?
Ke... Zaf yang jual mahal sangat?”
Pelipis
Zafeeq naik kerut. Jual mahal? Tak pernah pulak rasanya. Cuma hatinya ini saja
yang bermasalah, langsung tak bergetar bila lihat wanita yang ada di
sekelilingnya. Kecuali seorang... tapi...
“Nak
buat macam mana ma... handsome sangat pun orang takut nak dekat.” Gumam Zafeeq
bersama keluh.
Mata
Dr. Maisarah naik menjeling kejap wajah anak bujangnya itu. lain macam saja
bunyinya. Ada soalan yang sudah beberapa kali berlegar di kepalanya semenjak
majlis ulang tahun sahabatnya Syarifah tempoh hari, tapi belum berkesempatan
lagi hendak bertanya pada anaknya itu.
“Mama
nak tanya sikit boleh?”
Zafeeq
jungkit kening. Ica sudah ditariknya supaya duduk atas silanya di karpet itu.
“Zaf...
ada apa-apa ke dengan anak Tan Sri Jamaluddin tu?”
Dada
Zafeeq tiba-tiba tersentak kuat sebaik soalan itu terpacul di celah mulut mama.
“Maksud mama?”
“Yela...
maksud mama, Zaf ada hati ke dengan anak Tan Sri tu?” Sebab dibalik matanya
sebagai ibu yang melahir dan membesarkan anak bujangnya itu selama 28 tahun
ini, dia dapat merasakan ada sesuatu yang cuba disembunyikan anaknya itu. Renungan
anaknya itu pada wanita muda itu nampak penuh maksud tersirat, bukannya dia tak
perasan beberapa kali anaknya itu mencuri pandang anak gadis pemilik empayar
hotel terkenal itu.
“Mana
ada ma. Mia tu bos Zaf aje. Lagipun... manalah dia nak pandang Zaf ni, pekerja
biasa aje.” Sanggahnya. Sedaya upaya cuba disembunyi rasa hatinya yang sebenar
dari dihidu. Kerut terbentuk di dahi tua itu.
“Ketua
Chef pun dikira pekerja biasa ke?” sampuk Dr. Maisarah. Beberapa saat kemudian
nafas lega dilepas. “Elok la kalau macam tu. Mama pun tak berkenan dengan anak
Tan Sri tu, baju macam tak cukup kain! Itulah akibatnya kalau terbawa-bawa
sangat dengan gaya hidup barat, habis semua adab ketimuran dilupanya.” Laju saja
mulutnya mengomen perihal gadis muda itu yang nampak tak kena dimata tuanya.
Zafeeq
hanya mampu tersengih saja mendengar leteran yang keluar dari mamanya itu. Liur
ditelan berbatu. Macam manalah agaknya kalau mamanya tahu yang dia sememangnya
sudah ada hati dengan si Mia tu, jatuh pengsan agaknya nanti.
Tiba-tiba
bunyi loceng kedengaran dari luar. Serentak mereka berpaling ke arah pintu.
“Hah...bakal
menantu mama la tu.”
Berkerut
hebat dahi Zafeeq dibuatnya. Menantu mana pulak?
Dr.
Maisarah bangkit dari duduk. Ica cucunya diangkat dari riba anak bujangnya dan
lengan itu ditepuk kuat. “Pergi la tengok siapa yang datang tu, mama bawak Ica
masuk bilik kejap. Mengantuk dah budak busuk ni.” Pipi gebu itu dikucupnya
sebelum berlalu pergi. Papa mamanya entah kemana merayap dari pagi tadi tak
balik-balik, dating agaknya!
Zafeeq
garu kepala sebelum bangkit dari sila. Langkah diatur ke luar pintu rumah.
“Ya...
nak cari siapa?” Soalnya dari arah pintu yang sudah dibuka lebar. Sebaik
ternampak raut yang menjenguk dari arah pagar itu, dia terpaku seketika.
Beberapa saat kemudian baru senyumnya tertarik di hujung bibir. Gadis itu turut
tersenyum manis seraya berjalan ke arahnya.
“Leeya...
abang ingatkan siapa la tadi. Bila balik sini?” Soalan pertama yang terpacul
buat si gadis berusia 24 tahun itu. Aleeya Aisha, anak uncle Borhan dan auntie
Diah yang sudah hampir 15 tahun berjiran dengan mereka. Selipar disarung ala
kadar dan dia turut mendekati gadis itu.
“Assalamualaikum...”
Suara gemersik itu berbunyi lembut memberi salam.
Zafeeq
termalu sendiri. “Waalaikumsalam,” jawabnya. “Bila Leeya balik? Abang tak tau
pun.” Dia tanya sekali lagi.
“Baru
dua minggu. Mana abang nak tahu, abang bukan duduk dekat sini pun.” Seloroh
Aleeya. Bukannya dia tak tahu kalau abang Zafeeq duduk sendiri di kondominium,
hujung minggu saja sekali sekala balik ke Bangi.
“Ye
tak ye jugak.” Gumam Zafeeq. “Leeya buat apa sekarang ni?”
Aleeya
tarik sengih. “Duduk rumah tanam anggur, kira bulu karpet...”
Zafeeq
tergelak. “Pandai nak loyar buruk dengan abang ek.”
“Takde
la... Leeya tengah tunggu panggilan SPA la untuk masuk interview. Insha allah dua bulan lagi rasanya.” Jawab Aleeya
berterus terang. Sudah hampir 5 tahun dia menuntut di Universiti Alexendria,
Mesir dalam bidang perubatan, akhirnya habis jugak.
“Leeya
nak buat housement dekat mana?”
“Kalau
boleh nak dekat-dekat sini je, boleh ulang alik rumah. Lagipun kesian umi
tinggal sorang.”
“Habis
tu Leeya ingat kalau dah mula housement,
Leeya boleh balik selalu ke? Silap-silap muka auntie Diah pun Leeya tak sempat
tengok tau.” Dia bercakap pun dari pengalamannya.
“Takde
la, sekurang-kurangnya umi tahu la jugak anak dia ni sihat ke tak.” Balas
Aleeya. “Eh... ni... umi suruh bagi kek coklat ni.” Tupperware bertukar tangan.
“Leeya
yang tolong buat ke ni?” tanya Zafeeq sambil membuka penutup bekas itu.
Laju
Aleeya mengangguk. “Tolong tengok.”
Serentak
mereka berdua pecah ketawa. Tergeleng-geleng Zafeeq melayan si gadis ini, ada
saja yang nak dibalasnya.
“Hei
Leeya... buat apa dekat luar tu, masuk la meh.” Suara Dr. Maisarah mencuri
perhatian keduanya. Dilihat mamanya sudah berdiri depan pintu sana.
Aleeya
geleng. “Takpe la auntie, lain kali aje
la. Leeya datang ni pun sebab nak bagi kek coklat ni, umi suruh.”
“Ermm...
kalau ye pun masuk la dulu, boleh berbual dekat dalam dengan Zaf ni ha.” Dr.
Maisarah mencelah lagi. Entah kenapa hatinya cukup berkenan dengan anak gadis
Puan Radiah ni, sudahlah cantik, lemah lembut, bakal doktor lagi. elok sangat
la kalau jadi menantunya, lagi pula dia sudah kenal dengan budak Aleeya ni dari
kecil lagi. Dalam diam matanya melirik pada anak bujangnya sana.
“Dah
berbual dah auntie. Lain kali la ye.
Assalamualaikum,” ucapnya lembut menolak. Wajah kacak Zafeeq dipandang kejap.
“Abang, Leeya balik dulu.”
“Yela...
assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Sambut Aleeya bersama senyum manis.
Zafeeq
berlalu semula ke dalam rumah. Bekas berisi kek itu diletak saja atas meja
makan. Baru kakinya melangkah ke anak tangga untuk naik ke biliknya, suara mama
berbunyi lagi. langkahnya terencat.
“Makin
cantik mama tengok Leeya tu.”
Dia
menoleh, mama dipandang.
“Dah
la cantik, bakal doktor, hormat orang tua, sopan pulak tu.”
Kerut
nipis mula terbentuk di dahi Zafeeq. Tak faham apa yang ingin disampaikan
mamanya itu.
Wajah
anak lelakinya di kaki tangga dipandang penuh makna tersirat. “Elok sangat la
kalau jadi menantu mama kan?” sambung Dr. Maisarah seraya memandang telus
anaknya itu. menyampaikan hasratnya dalam diam.
Zafeeq tersentak dalam diam. “Apa maksud
mama ni?” soalnya.
“Yela... Zaf single, Leeya pun single.
Jadi, tak ada salahnya kan? lagipun Zaf dengan Leeya pun membesar bersama, jadi
Zaf sendiri dah tahu baik buruk perangai anak auntie Diah tu kan?” penuh hati-hati Dr. Maisarah menyusun ayat,
mahu anaknya mengerti apa yang ingin disampaikannya. Dia sudah lama berkenan
dengan anak jirannya itu. Memandangkan Aleeya juga sudah habis belajar, rasanya
sudah tiba masanya untuk dia menyampaikan hasratnya itu.
Zafeeq hela nafas panjang sebaik
mencerna setiap patah kata yang dimuntahkan mamanya itu. Maksudnya, mamanya ada
berniat nak menjodohkan dia dengan Aleeya. Patutlah puji bukan main melambung
tinggi lagi.
“Zaf pandang Leeya tu macam adik aje ma,
tak lebih tak kurang.”
“Itu dulu, tapi sekarang ni Aleeya tu
dah besar, dah matang. Mungkin nanti pandangan Zaf pun mula berubah pada dia,”
celah Dr. Maisarah laju, masih teguh dengan pendiriannya.
Zafeeq menggeleng laju. “Tak... Zaf tak
rasa macam tu. Mama ingat soal perasaan, kahwin ni boleh buat main ke? Macam
mana Zaf nak kahwin dengan perempuan yang langsung Zaf tak cinta!” tegasnya.
Terlihat deras turun naik dadanya menghela nafas.
“Habis tu Zaf cintakan siapa? Anak Tan
Sri Jamaluddin tu?!” Dr. Maisarah mula meninggi suara, bila setiap kata-katanya
dibangkang si anak.
Terus berkocak air muka Zafeeq bila soal
Mia dibangkitkan dalam perbalahan ini.
Dr. Maisarah mendengus kasar sebaik
terpandang perubahan air muka anak lelakinya itu. Entah kenapa firasatnya
sebagai seorang ibu kuat mengatakan kalau anaknya itu benar menyimpan perasaan
istimewa pada gadis itu.
Bengang dengan anaknya bongsunya itu
yang sejak dulu tak habis-habis nak membangkang kata-katanya dan suami. disuruh
jadi doktor, nak jadi chef! Disuruh bekerja dengannya, nak jugak bekerja dengan
orang lain! Tapi disebabkan sayangnya, diturutkan saja semua keinginan anaknya
itu. Tapi kali ni dia takkan berlembut lagi!
“Betul kan sangkaan mama...” anaknya itu
ditunak tajam ibarat bilah pisau. “Zaf memang ada perasaan pada budak perempuan
tu!”
“Ma...”
Telapak tangan Dr. Maisarah sudah naik
ke depan. Memberi isyarat supaya anaknya itu menghentikan kata.
“Cakaplah apa pun yang Zaf nak cakap.”
Si anak dicerun tajam. “Tapi sesekali mama takkan pernah restu kalau betul Zaf
berhubungan dengan perempuan tu. Keputusan mama dah bulat. Zaf suka ataupun
tak, mama tetap akan jodoh Zaf dengan Aleeya! Titik!!”
Tanpa menunggu walau sesaat pun terus
Dr. Maisarah naik ke atas meninggalkan anak bongsunya itu. Langsung tak
dipedulikan suara yang tak putus memanggilnya itu.
Muka diraup Zafeeq kasar. Buntu apa yang
harus dibuatnya kini. Nampak seperti mamanya tak bermain-main dengan apa yang
dilontarkan tadi. Tiba-tiba senyuman manis dan bunyi gelak tawa Mia seakan
menari-nari lembut di peluput mata dan telinganya, membuatkan jiwa lelakinya
berkocak hebat. hati lelakinya sudah
terlajak jatuh cinta...
Tanpa sedar bunyi keluh meniti berat di
bibirnya.
BAB 12
“Mia!”
Tanpa
mempedulikan suara nyaring itu, Mia tetap meneruskan langkahnya walaupun
mata-mata sudah mula mencuri pandang mereka berdua. Dia tak mahu nanti semua
customer yang menginap di hotel mereka ini melihat kelakuan buruk mereka nanti.
Walau apa pun, reputasi hotel dan syarikat ini tetap perlu dijaga dengan baik!
Julia
di belakang yang seperti sudah disampuk hantuk itu hanya membuntuti langkah
sepupunya itu hinggalah mereka melangkah keluar dari kawasan lobi hotel itu.
Sebaik
mereka melangkah kearah taman belakang lobi yang nampak lengang pagi itu, Mia
mula berhenti dan berpusing ke belakang.
“Now talk! Kau nak cakap ap....”
Pang!!
Belum
sempat dia menyudahkan ayat, pipinya sudah menjadi mangsa tamparan terlebih
dahulu. Panas terasa kulit mukanya. Nafasnya ditarik dalam walaupun perit sakitnya terasa mencucuk-cucuk.
Julia dipandangnya tanpa sebarang riak, darah dihujung bibirnya itu dijilat
kecil.
“Dah?
Itu aje yang kau nak buat?” Soalnya penuh bersahaja seolah-olah langsung tak
terkesan dengan tamparan hebat tadi.
Julia
ketap bibir kuat. sakit hati dengan reaksi bersahaja yang ditunjukkan sepupunya
itu.
Melihat
tiada balasan yang diterima, Mia mula mengorak langkah. Beberapa langkah
kemudian lengannya ditarik kasar.
“Kenapa
kau tak habis-habis nak mengacau hidup aku hah? Tak cukup-cukup ke lagi lelaki
yang kau ada sampai sanggup merampas tunang aku, sepupu kau sendiri!” jerkah
Julia menghamburkan bahang amarah yang sudah dipendam hampir dua minggu
lamanya. Teringatkan pertemuannya dengan Muiz beberapa minggu lalu membuatkan
hatinya berdarah kembali.
“Kita
putus Ju... I tak boleh teruskan lagi hubungan dengan you. I dah tak cintakan
you.”
Kata-kata
yang terlontar keluar itu ibarat bola api yang hangus membakar jiwanya. Air
mata jatuh menitis ke pipinya. Terus dia bangkit dari kerusi dan meluru kearah
Muiz. Tubuh tegap itu dipeluknya erat.
“You
bohong kan sayang...” pelukan direnggang dan wajah tak beriak itu ditatap. “You
bohong kan sayang? you sengaja nak main-main dengan I kan?”
Muiz
mendengus kasar. Tubuh langsing itu ditolaknya dari terus melekap di badannya.
“You kena terima hakikat Ju, yang cinta I dah beralih arah. I cintakan Mia...
dan I nak kahwin dengan dia. hujung bulan depan I nak suruh parent I masuk
merisik Mia untuk I.”
Kepala
Julia tergeleng-geleng kecil. tangan itu diraih. “Tak sayang...I tak percaya.
You tak kenal lagi siapa Mia sebenarnya. Dia tu jahat! Perampas! I yang kenal
dia dari kami kecil lagi, semua buruk baik dia I dah tahu.” Bersungguh-sungguh
Julia memburukkan sepupu yang cukup dibencinya itu.
“Jadi
you nak cakap yang you baik sangat la?” tawa sinis Muiz menampan telinga. “You
ingat I tak tahu apa yang you buat belakang I selama ni? You dengan I sama aje
la Ju...”
Bola
mata Julia naik terbeliak. Terkejut! Tak menyangka apa yang dilakukan di
belakang lelaki itu selama ini sudah terbongkar. Liur ditelan payah.
“Tapi...tapi
semua lelaki tu cuma untuk berseronok aje Muiz, macam you jugak. Cuma you
satu-satunya lelaki yang I cinta...” Muiz dipeluk sekali lagi.
“Enough
Julia! You kena terima hakikat yang cinta kita dah berakhir! I cintakan Mia!”
“You
tak boleh buat I macam ni Muiz!!” Julia mula naik hantu dihambat sakit hati.
Handbag ditangannya dipukul-pukul kuat ke dada itu. Nama Mia itu seakan duri
yang menujah-nujah cemburu dihatinya.
“You
jangan jadi gila Julia!!” suara garau itu mengguruh tinggi. Ditolak bahu itu
kuat hingga terjelepuk Julia ke tanah. Telunjuknya naik tepat ke muka itu.
“Mulai
hari ni hubungan kita putus! I tak nak you datang jumpa atau call I lagi lepas
ni. Faham?!” sejurus itu terus Muiz berlalu pergi.
Tak
berkelip belakang tubuh yang pergi meninggalkannya itu dipanah tajam dengan
bola matanya yang merah ibarat biji saga. Giginya diketap kuat hingga kelihatan
gigilan di situ. Dendam kesumat mula menjalar perit. Dia akan pastikan Muiz menyesal dengan keputusannya!
“Aku
tak pernah ada perasaan dengan Muiz atau mana-mana lelaki pun Julia! Kalau kau
putus dengan Muiz sekalipun, bukan aku penyebabnya!” Mia menegas penuh
bersungguh sekaligus menyapu pergi semua imbasan Julia.
“Tapi
Muiz kata dia dah jatuh cinta pada kau, dan sebab tu dia putuskan pertunangan
dengan aku. Kau rasa aku patut persalahkan siapa sekarang ni?!!” serang Julia
lagi dengan bola mata yang sudah merah membendung marah dan sedihnya.
Nafas
dilepas Mia perlahan. “Macam mana lagi kau nak aku cakap yang aku memang
langsung takde perasaan pada Muiz. Takde! Kalau faham tak, takde!”
“Kalau
takde angin, masakan pokok boleh bergoyang!” kemudian Julia mula menyilang
tangan ke dada. Senyuman sinis mula dikoyak dihujung bibir. “agaknya betullah
apa yang papa aku kata agaknya, manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.”
Air
muka Mia muka berkocak. “Apa maksud kau?”
“Kau
rasa? Papa kau kahwin lain sebab apa? Kalau bukan sebab...” mukanya didekatkan
ke wajah sepupunya itu. “Mama kau main jantan lain dekat belakang.”
terus wajah mulus itu naik membera merah. tangannya dikepal kuat sebelum melayang kuat ke pipi itu.
terus wajah mulus itu naik membera merah. tangannya dikepal kuat sebelum melayang kuat ke pipi itu.
Pang!!
Terlihat jelas gigil di bibir itu menahan sebak dan marah yang
bercampur menjadi satu. Air matanya gugur tanpa mampu ditahan lagi
“Kurang
ajar! Kau tak layak cakap arwah mama aku macam tu!!” jeritnya sebelum mula
meluru kearah Julia dan terus ditarik rambut itu kasar.
Mereka
mula menyerang sesama sendiri
“Aku
cuma cakap benda yang betul! Mak borek anak rintik, patutlah perangai kau pun
sama aje macam mama kau, suka menggoda lelaki orang! Memang dasar perempuan
murahan!” jerit Julia kasar. Habis ditampar-tampar pipi mulus itu, biar puas
hatinya. Biarkan muka tu cacat supaya tak ada lelaki lagi yang akan tergoda
dengan raut wajah itu!
“Kau
jangan nak samakan aku dengan kau la gila!” Jerkah Mia pula dalam menahan rasa
sakit dan sebaknya. Membuak air matanya keluar. Dia boleh terima kalau dia yang
dicaci, dihina. Tapi jangan pernah menghina arwah mamanya! Dia tak boleh
terima!
Kemudian
datang dua orang pekerja lelaki dan beberapa pekerja wanita meleraikan
pergelutan mereka. Kedua-duanya ditarik menjauh.
“Sekali
lagi kau hina arwah mama aku, aku takkan teragak-agak untuk bunuh kau
Julia!” jerit Mia bagai nak terkeluar anak tekak.
“Dah
memang kau tu dasar anak penggoda! Sampaikan tunang aku pun kau nak goda, macam
takde jantan lain dalam dunia ni!” jerit Julia pula turut menggila.
*****
Izzati
mula laju berlari memasuki restoran dan terus menuju ke ruang dapur di
belakang.
“Wei...wei...wei...berita
hangat! Berita hangat!” ucap Izzati dengan mengah yang bersisa. Tray besi
ditangan diletak saja atas kabinet besi di situ
“Berita
hangat apanya Zati?” Sulaiman yang memotong sayur-sayuran yang baru sampai tadi
mendongak.
“Cik
Mia dengan Cik Julia bergaduh lagi. Dekat taman sana tu.”
“Huh?!”
Zafeeq
yang sedang sibuk menyediakan Truffle Sauce bersama pembantunya disebelah pantas menoleh sebaik mendengar sebaris nama itu.
“Pasal
apa lagi dorang bergaduh kali ni?” tanya Syakira pula ingin tahu. Siapalah yang
tak tahu kalau sua orang sepupu itu memang berseteru. Tak sebulu senang cerita!
“Entah...aku
pun dengar tak dengar je masa lalu depan taman tadi. Yang aku dengar, Cik Julia
tu menuduh arwah Puan Sri ada lelaki lain belakang Tan Sri. Lepas tu pasal apa
lagi, pasal Encik Muiz la kot. Cik Julia tu menuduh yang Cik Mia sengaja nak
menggoda tunang dia!” Cerita Izzati dari apa yang sempat didengarnya tadi. Masakan
tak dengar kalau masing-masing dah suara tinggi nyaring. Orang pekak pun boleh
dengar agaknya!
“Tak
habis-habis tau dua orang diva ni. Dia orang ingat hotel ni dia orang je ke
yang ada. Kalau nak bergaduh pun agak-agak la, ramai orang kot. Jaga la sikit
air muka Tan Sri,” kata Syakira bersama gelengan.
“Tapi...kau
rasa betul ke Man, yang arwah Puan Sri tu ada simpan lelaki lain belakang Tan
Sri dulu? Kau kan dah lama kerja sini,” tanya Izzati ingin tahu.
Tapi
sebaik dia menyudahkan pertanyaannya itu, lengannya tiba-tiba dicuit dari
belakang. Melihat isyarat mata yang diberikan Hairi, rakan sekerjanya itu,
terus mulutnya tertutup rapat bila dilihat Chef Zafeeq sudah memandangnya
tajam.
Sudahnya
semua mula bersurai menyambung kerja masing-masing. Zafeeq yang hanya berdiam
dari tadi mula diseru bimbang bila memikirkan keadaan Mia ketika ini.
Tiba-tiba
tangannya yang sejak tadi ligat mengacau sos dalam periuk kecil di depan mula
berubah perlahan dan akhirnya terhenti. Pembantunya disebelah yang sedang
mencatat sesuatu di dalam buku kecil dipandang.
“Awak
tolong sambung Zul, saya nak keluar sekejap,” ucapnya seraya membuka apron
hitam yang dipakainya. Kemudian ditinggalkan saja apronnya atas meja sebelum
melangkah keluar dari ruang dapur.
Zafeeq
naik ke bahagian pejabat, tak dipedulikan mata-mata yang memandangnya pelik.
“Woi...kau
buat apa dekat sini?” Sapa Khairil yang baru keluar dari pantri. Bahu itu
dipeluknya. “Kau nak jumpa siapa?”
“Mia...kau
ada nampak Mia?”
“Mia?”
nama itu diulang rendah, tak mahu ada sesiapa yang mendengar. “Aku dengar dia
gaduh dengan Cik Julia tadi.”
Zafeeq
berdecit. “Kau ni, aku tanya lain kau jawab lain. Aku tanya, kau ada nampak Mia
tak?!”
Khairil
yang terkejut dengan sikap sahabat baiknya itu, terus laju menggeleng. “Entah,
lepas dia turun dengan si Julia tadi, terus tak naik-naik dah. Kenapa?” Riak
gusar Zafeeq itu disorot dengan kerut nipis.
“Takpe
la, aku jumpa kau petang nanti,” tutur Zafeeq. Bahu itu ditepuknya sebelum
berlalu pergi. Iphone dalam kocek seluar dibawa keluar dan nombor Mia
didialnya. Tak berangkat. Benaknya mula diserbu risau.
Lantas
laju tangannya menolak pintu dibahagian tangga, pantas kakinya menuruni
anak-anak tangga di situ. Nombor Mia didail sekali lagi. tak semena-mena
telinganya menangkap bunyi sayup-sayup telefon berbunyi dari arah bawah. Bila
panggilan dimatikan, bunyi tadi juga turut menghilang. Kemudian nombor itu
didail semula, dan bunyi itu bergema semula. Pantas kakinya makin laju menuruni
anak tangga.
Sebaik
matanya menangkap bayang seseorang yang sedang duduk menyandar di anak tangga
dibawah sana, automatik derap langkahnya turut berubah perlahan bila bunyi esak
tangis itu kian jelas menampar telinganya.
Sebaik
dia tiba di belakang tubuh itu, dia turut melabuhkan duduk di anak tangga itu.
melihat rambut yang sudah kusut masai itu nafasnya dihembus perlahan. Entah
kenapa mendengar tangisan itu, hatinya turut terasa pilu dan sakit.
Lambat-lambat sapu tangan dalam koceknya dibawa keluar dan dihulur ke depan.
Perlahan-lahan
Mia menoleh ke belakang. sebaik dia mendongak melihat gerangan siapa itu, makin
lebat air matanya gugur.
“Mia...”
"Zaf..." Perlahan-lahan dahinya dijatuhkan ke lutut Zafeeq dan dia
menangis lagi di situ.
Hampir
sepuluh minit hanya bunyi esak tangis yang menemani mereka. Zafeeq pula hanya
mampu meminjamkan telinganya. Nak dipeluk tubuh langsing itu, dia masih tahu
batas mereka. Lantas dia hanya mampu melihat dan mendengar saja.
Setelah
mampu bertenang, Mia angkat kepala dari bersandar di lutut itu.
Tiba-tiba
Zafeeq bangun dari duduknya dan lengan baju Mia ditariknya. “Ikut I.”
Mendengar
ayat berbaur arahan itu, Mia hanya mengikut saja langkah kaki panjang itu
menuruni tangga walaupun sedikit terpinga. Sebaik mereka sampai ke ruang lobi
hotel, automatik Mia bersembunyi sedikit dibelakang tubuh sasa itu.
Mia
ditarik masuk ke dalam bilik dibelakang ruang dapur restoran tempat pekerja-pekerjanya
berehat. Tak dipedulikan mata-mata yang melihat pelik mereka berdua tadi.
“Duduk.”
Mia
masih tercegat berdiri.
“duduk
I kata,” tekan Zafeeq sedikit keras. Teragak-agak Mia mula melabuhkan duduknya
ke kerusi plastik di situ.
Salah
satu locker besi yang bersusun di bahagian kanan bilik itu dibuka Zafeeq, dan
kotak first aid kit dibawa keluar. Satu kerusi plastik ditarik dan kemudian dia
duduk betul-betul di hadapan gadis itu. Cecair iodine dituang sedikit pada
putik kapas.
“Pandang
I.”
Kepala
dipanggung Mia ke depan. Berdesup pandangan matanya bersabung dengan sepasang
mata hitam itu, menerbit rasa hati yang luar biasa detaknya.
“Apa
yang jadi sebenarnya?” Zafeeq mula menyoal sebaik putik kapas itu mula disapu
ke hujung bibir merah yang terluka itu. Bibir bawah digigit Mia sedikit bila
terasa bisa sakitnya.
Mia
menggeleng. “Masalah family je.”
Nafas
dihela Zafeeq dalam. “Masalah family
sampai you cedera macam ni? Mia... kalau you tak cerita, you sendiri yang akan
sakit,” lembut dia memujuk.
Mendengar
bicara itu, cecair jernih itu menitis semula ke pipi. Tak lepas mata berkaca
itu disorot Zafeeq. Mata yang terlalu banyak memandam rasa baginya.
“I
boleh terima kalau semua orang caci I, hina I, cakap macam-macam pasal I. I tak
kisah Zaf! Tapi...tapi jangan sesekali cakap buruk pasal arwah mama I. I tak
boleh terima kalau nama mama diburukkan, apa lagi dari mulut ahli keluarga I
sendiri,” ucap suara itu dengan getar yang dibendung pilu. Merembes air mata
dari mata berkaca itu.
Zafeeq
hanya diam mendengar. Ya...dia tahu kalau Mia sangat sayangkan arwah mamanya
itu. Sapu tangannya ditangan Mia ditarik dan disapu menghapus air mata itu.
“Takkan
sebab tu je kot?”
Mia
senyap beberapa saat. Matanya ditunduk ke lantai. “Macam biasa la, Julia tu tak
habis-habis nak menuduh I menggoda lelaki dia.”
“Betul
ke?”
Automatik
bola mata Mia mendongak ke atas. Seakan mengerti pandangan mata itu, nafasnya
dihela hangat. “Sebenci-benci I pun pada Julia tu, I takkan rampas la lelaki
dia. Ingat I kebulur sangat ke dengan lelaki macam Muiz tu. Sekali tengok I dah
tahu dia kaki perempuan.”
Tanpa
sedar, hujung bibir Zafeeq melarik senyum kecil. Kemudian keduanya hanya
berdiam mulut hinggalah siap luka dibibir itu dibalut dengan kain kasa kecil. Barang-barang
tadi dikemas semula.
Jemari
runcing Mia mula melurut rambutnya yang sudah kusut masai gara-gara pergaduhan
tadi. Sebaik dilurut rambutnya itu, beberapa helai rambutnya turut melurut
jatuh di celah jarinya. Satu keluhan kecil terlepas dicelah bibir itu.
Zafeeq
hanya memerhati perlakuan gadis itu tanpa lepas. Belas melihatan riak wajah
itu.
Terlepas
keluh kecil dimulut itu “Lama-lama macam ni, habis botak agaknya rambut I,”
gumamnya rendah seraya menyapu bersih sisa air matanya.
Mendengar
omelan yang meluncur di bibir mongel itu, Zafeeq tak mampu menyembunyi
gelaknya. Terus terhambur tawanya mendengar kata-kata itu.
Mia
angkat muka melihat Zafeeq yang masih
ketawa memandangnya itu dengan muncung. “Gelak...gelak la puas-puas!” katanya
berbunyi rajuk. Raut itu disorotnya dalam. Ketawa pun nampak kacak...bisik hati
kecilnya.
“Dah
dua kali you tengok keadaan I macam ni. Tak
vogue langsung tau!” adu Mia lagi selepas ketawa lelaki itu berhenti. Masuk
kali saja dah dua kali Zafeeq melihatnya begini, dengan rambut dan makeup yang
sudah serupa mak lampir saja gayanya.
“Sebab
tu I ni special. Cuma I sorang aje
yang pernah tengok rupa teruk you macam ni,” sahut Zafeeq bersahaja bersama
senyum kecil yang bergayut dihujung bibir itu.
Mia
terkesima. Raut itu direnung tak
berkelip. Sapu tangan ditangan ambil semula dan dilap bersih sisa air matanya
sebelum dihulur semula pada Zafeeq. “Terima kasih.”
“Tak
nak basuh dulu ke?” Tanpa teragak sapu tangannya itu diambil Zafeeq semula.
“Hadiah
untuk you, bukan senang I nak menangis.” balas Mia sebelum tersenyum manis. “Thanks.” Dia berlalu ke pintu yang
renggang sedikit. sebaik daun pintu ditarik....
“Ooo...oo...oo...” suara kuat menerjah telinga.
“Arghh...”
Hampir melompat Mia bila tiga orang staff dapur sudah terjatuh ke
lantai menghempap satu sama lain. Sepantas kilat kepala Zafeeq menoleh ke belakang sebelum matanya turut
terbeliak besar.
“Opss...”
suara salah seorang di situ terlepas. Cepat-cepat mereka berdiri kalut. “Sorry Chef! Kami curi dengar! Kami sedia
dihukum chef!” ucap ketiga-tiganya kuat sebelum pantas bergerak keluar dengan
muka gelabah.
Mia
naik memandang Zafeeq, dan Zafeeq turut naik melihat Mia. Sesaat kemudian,
meletus ketawa dari kedua bibir itu. Menggeleng kecil Mia dibuatnya. tangannya
dibawa naik pada Zafeeq sebelum berlalu keluar.
Zafeeq
dibelakang hanya memandang hingga bayang tubuh itu hilang dibalik pintu sana. Perlahan-lahan
sapu tangannya itu dibawa dekat dan dihidu dalam, seakan terbau-bau lagi bau
haruman perfume yang dipakai gadis
itu. Dadanya yang tadi dipukul risau, kini terasa lapang selepas melihat senyum
manis itu tadi. Tanpa sedar bibirnya mengoyak senyum.
BERSAMBUNG.....
p/s: New update gais.... komen yang murni2 ye hehe, nampaknya bunga2 cinta dah mula bermekaran hehe >_<
9 comments:
best 3x.
nak lagi..hehe..suka sgt dyorg ni.
Besttttt nak lagiiii
Besttttt nak lagiiii
Nk lagi plissssss haha
Best
Hi sis, novel ni akan diterbitkan ke? Or, sis just buat novel ni jadi e-novel je? Btw, jalan cerita sis best! And sis pun comel gak orangnye huhuhu. Goodluck with your passion, sis. XD
best...nak sambungann
Saya dah baca novel ini dan sangat menyukainya. Ada dijual sebaga eBook tak?
Post a Comment