BAB 13
Langkah
tergesa diatur Mia merentasi taman berdekatan kolam renang itu.
“Mia...”
Mendengar
suara garau itu makin menambah rasa tak senang dan meluat di hatinya. Apalah
yang si Muiz ni nak agaknya! Tak habis-habis nak mengganggu hidupnya!“
"Mia,
I nak cakap dengan you...”
Laung
Muiz lagi dengan gerak kaki yang turut laju cuba menyaingi langkah kaki panjang
itu. melihat si gadis yang langsung tak ambil pusing dengan panggilannya itu
terus dia berlari dan lengan itu ditangkapnya.
Nak
tak nak terpaksa juga Mia berpaling menghadap lelaki itu. “Lepas!” lengannya
ditarik kasar hingga terungkai jemari kasar di lengannya itu.
“You
nak apa sebenarnya Muiz? Tak habis-habis ganggu I siang malam, you tahu tak I
rimas dengan you!” Mia mula menempik memarahi lelaki itu hingga menarik beberapa
pasang mata pada mereka. Dia betul-betul rimas bila diganggu hampir setiap hari
begini!
Muiz
raup rambutnya kasar. “I cuma nak tahu, kenapa you tolak pinangan I minggu
lepas?”
Tiba-tiba
ketawa Mia meletus dicelah bibir. Tangannya mula naik bersilang ke dada, dan
lelaki itu ditunak tanpa perasaan. “I tak pernah sukakan you Muiz, jadi salah
ke kalau I tolak?”
“Tapi
kenapa? I dah cakap kan dengan you, kalau I dah break up dengan Julia, kalau itu penyebab you tolak pinangan I. I love you sayang...”
Rasa
nak termuntah Mia mendengar perkataan ‘sayang’ itu. Tangan yang cuba nak meraih
tangannya dielak dengan melangkah ke belakang. Apalah yang ada pada ‘cinta’
lelaki seperti Muiz ini kalau bukan cinta hanya kerana nafsu semata-mata. Dia
sudah cukup masak dengan perangai lelaki
hidung belang seperti Muiz ni.
“You
ingat I kisah ke kalau dah berpisah dengan Julia pun? I sikit pun tak kisah. I
tolak pinangan you, sebab I memang langsung takde apa-apa perasaan pada you. Nothing! You boleh faham tak!!”
“I
cintakan you Mia...”
“Tapi
I tak cintakan you! Kenapa susah sangat ke you nak faham?!” tegas Mia hingga
jelas terpeta rona merah dikulit mulus itu.
“You
nak I buat apa lagi supaya you dapat terima cinta I?” rayu Muiz lagi, cuba
memujuk wanita itu dengan kata-kata. Selama dia hidup selama 28 tahun ini, tak
pernah lagi dirinya ditolak mana-mana perempuan, dan ini kali pertama dirinya
ditolak mentah-mentah sebegini!
Mia menggeleng kecil seraya memegang dahinya.
“You tak perlu buat apa-apa Muiz! Sebab I tetap takkan jatuh cinta pada you!" Sungguh dia tak percaya ada lagi orang tak faham bahasa seperti ini!
“Tapi
kenapa?!!” Nada Muiz mula kedengaran menggertak
Nafas
dilepas Mia kasar. Bengang bila ditujah dengan soalan yang sama berkali-kali.
Tak tahu bagaimana nak difahamkan lagi lelaki dihadapannya ini kalau dia
langsung tak punya apa-apa perasaan istimewa padanya.
Tiba-tiba
hujung matanya menangkap kelibat seseorang dihadapan pintu kaca automatik yang
menghubungkan bahagian lobi hotel dan taman diluar ini. Sedang berbicara dengan
telefon ditangannya. Zaf...
Sepasang
matanya naik semula memandang Muiz. “You nak tahu kenapa kenapa I tak boleh
cintakan you?” katanya kasar sebelum kakinya diatur pantas menghala ke depan, Muiz hanya mengikut dari
belakang.
Sebaik
tiba dibelakang Zafeeq. Tanpa sebarang amaran terus lengan sasa itu
dirangkulnya erat. Hampir melompat Zafeeq bila Mia tiba-tiba muncul entah dari
mana. tambah lagi dengan pelukan di lengannya itu.
Mata
Mia naik ke raut kacak berkumis nipis itu. Bertembung matanya dengan sepasang
mata hitam berkilat itu.
“Sebab
I cintakan Zaf! Dan sekarang I tengah bercinta dengan dia. Puas hati?!!” ujar Mia tanpa
teragak-agak sebelum beralih semula pada Muiz. Wajahnya serius.
Kata-kata
yang tiba-tiba meluncur dibibir merah itu buat Zafeeq jatuh rahang. Bergegar
rasa jiwa lelakinya. Bulat matanya merenung wajah cantik itu dengan rasa tak
percaya dan terkejut.
Lambat-lambat
Muiz menggeleng tak percaya. “Tak...you tipu kan Mia? You cakap semua ni
semata-mata sebab nak I putus asa pada you kan? Mustahil la you nak bercinta
dengan...” Zafeeq dilirik atas bawah dengan pandangan jijik. “Dengan lelaki
miskin macam ni!” sugguh dia tak boleh terima!
Terus
merah padam muka Zafeeq bila dirinya dihina dan dipanggil sebagai ‘lelaki
miskin’. Apatah lagi datangnya dari mulut di lelaki hidung belang macam si Muiz
ni! Laju saja telunjuknya naik ke muka itu.
“Hoi... kau
cakap baik-baik sikit ek. Sekurang-kurangnya aku tak macam kau yang menumpang
kemewahan mak bapa semata-mata!” sergah Zafeeq kasar. Turun naik dadanya
kelihatan membendung rasa bengang yang meredap tiba-tiba.
“Terpulang
pada you. I tak kisah you nak cakap apa sekalipun Muiz! Tapi I cuma nak you
tahu satu perkara saja.” Celah Mia. Pandangan lembut dilepaskan pada Zafeeq di
sisi yang masih kelihatan marah. “Yang I cuma cintakan Zafeeq seorang aje,” luahnya
menyambung.
Automatik
mata Zafeeq bersabung pandang dengan sepasang mata cantik milik Mia. Lama
matanya terpaku di situ dengan jantung yang mula berdegup pantas.
“Kan
sayang...”
Suara
gemersik yang menampar lembut gegendang telinganya itu seakan menyedarkannya dari pukauan.
Mia dipandang lagi sekali, sebaik ternampak sebelah kening yang kelihatan
bergerak sedikit itu, terus matanya dibawa semula naik ke muka Muiz.
Hujung
bibirnya menarik senyum kecil. Nafas ditariknya dalam. “Macam yang kau nampak.
Aku dengan Mia sekarang memang tengah bercinta.” Kemudian telunjuknya naik
sekali lagi ke muka itu. “Jadi mulai saat ni, aku tak nak tengok lagi kau cuba
ganggu Mia, kalau kau tak nak jadi apa-apa pada kau. Faham?!” tegas Zafeeq
penuh serius.
Mia
yang mendengar sedikit terkesima. Entah kenapa nada keras yang kedengaran itu
seolah-olah Zafeeq betul-betul memaknakan kata-katanya itu.
Sesaat
kemudian terdengar rengusan kasar Muiz melantun keras bersama anggukan keras. Maruahnya benar-benar
rasa tercabar kini!
“Fine...aku takkan buat apa-apa
sekarang.” Kemudian Mia dan Zafeeq ditunak tajam penuh dendam. “Tapi korang
jangan ingat aku akan duduk diam lepas korang mempermalukan aku macam. Just wait and see, apa yang I akan buat
Mia!” ucapnya bersama senyum sinis sebelum beredar pergi.
Setelah
dilihat bayang itu mula menghilang dibalik pintu kaca lobi itu, Mia lepas nafas
lega. Beberapa saat kemudian teragak-agak kepalanya diangkat. Melihat kening
Zafeeq yang sudah terangkat sebelah melihatnya itu, cepat-cepat rangkulan di
lengan sasa itu dilepasnya.
“Sorry... and thank you. You dah
selamatkan I dari kelemasan,” ucap Mia.
“Terima
kasih you tak diterima.” Zafeeq mula bercekak pinggang. “You tahu tak kalau you
dah libatkan I dalam masalah you sekarang ni. You ingat si Muiz tu akan duduk
diam macam tu aje ke?” dia mula membebel. Karang tak pasal-pasal dia yang kena
tangkap dan dibelasah nanti.
“You
tak payah risau la, I akan sentiasa pastikan you akan selamat. Kalau you nak, I
boleh upah bodyguard untuk you. Nak?”
Offer Mia nada mengusik.
Zafeeq
ketap bibir. geram! ada saja mulut itu nak menjawab. “Tak payah la, I bukan
anak raja pun nak berbody guard bagai. I ni kan lelaki miskin aje.” Sengaja ditekan perkataan ‘lelaki miskin’
itu.
Terlepas
ketawa kecil Mia mendengar nada memerli itu. “Dah la, I nak naik office balik. Tak pasal-pasal kerja I
tergendala!” gumamnya dengan muncung sedepa sebelum mula buka langkah menghala
ke arah lif untuk naik semula ke pejabat.
“Mia...”
seru Zafeeq.
Gerak
kaki itu terhenti. Dia menoleh pada pemilik suara garau itu.
“Apa
yang you cakap tadi tu...betul ke?” Zafeeq cuba untuk menebak rasa hati si
gadis.
“Yang
mana satu?” soal Mia polos.
“Yang
you cintakan I.”
Terus
merona merah pipi Mia sebaik menjengar sebaris ayat yang diucap penuh selamba
itu. Berdetak-detak rasa jantungnya. Kalut. Dia berdehem kecil, Tak mahu
kelihatan berkocak riak wajahnya. “Kenapa? You percaya ke?”
“Kalau
itu yang you cakap, I percaya!” balas Zafeeq tanpa teragak.
Jawapan
selamba badak Zafeeq itu makin menambah warna ke mukanya yang sudah terasa
panas membahang itu. Silap-silap jadi hijau pulak nanti. Bibirnya yang kering
dijilat kejap.
“Suka
hati you. Kalau you rasa nak percaya, you percaya la. Kalau tak nak, anggap
jela I tipu,” balasnya pula bunyi selamba, walaupun rasa nak benam muka dalam
kolam mandi je rasanya saat ini!
Lambat-lambat
senyum mula terkoyak di wajah kacak Zafeeq. Mia pula yang jadi malu melihat.
“Kalau
tak ada apa, I naik atas dulu.” Dia berpusing semula untuk berlalu.
“Mia...”
Mia
menoleh sekali lagi dengan muka tak puas hati. “What?!”
“Skirt you koyak,” kata Zafeeq tanpa nada
“Huh?!!”
Separuh terjerit Mia dibuatnya. Sepantas kilat kepalanya menoleh ke belakang pencil
skirt putih yang dipakainya itu dengan muka kaget bercampur malu hingga merah
padam mukanya. Takde koyak pun...
“Kidding,” kata Zafeeq selamba sebelum
pecah tawanya kuat.
Terus
kepalanya mendongak dengan rasa tak percaya. Zafeeq ditunak bagai nak telan. “Zaf!!!”
jeritnya penuh geram.
“Daaa...” ucap Zafeeq sebelum berlalu dengan
sisa ketawa. Lucu melihat muka kaget itu tadi.
memerah
muka Mia menahan malu yang bukan kepalang. Eii...karang ada yang kena terajang
masuk kolam nanti kang!
Bersambung...
P/S: sorry for the short entry. enjoy gais...ini je yg mampu huhu *emoticon nangis
4 comments:
Waaaa bestnyaa. TT terasa kerdil diri ini bila baca blog akak. Akak, kalau ada masa lawatla blog saya. Saya ada buat novel juga. Mohon bagi pandangan ek. XD tqqq
Waaaa bestnyaa. TT terasa kerdil diri ini bila baca blog akak. Akak, kalau ada masa lawatla blog saya. Saya ada buat novel juga. Mohon bagi pandangan ek. XD tqqq
Takde la dik Ellaisya...u can do it okay! sesiapa pun boleh menulis sebenarnya, tapi yg berbeza cuma sama ada org boleh terima atau x dgn gaya penceritaan kita.
bila nak sambung manisnya soufflé ni?
Post a Comment