Monday, 1 July 2013

Miss Honey a.k.a Hani - bab 10&11






Bab 10

Sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik, Ahnaf terus merebahkan tubuh sasanya ke tilam empuk miliknya. Jam dinding dilihat, jarum jam dah melangkau ke angka sepuluh malam. Sejam setengah menunggu, tak ada hasil. Sudahnya dia mengajak Daim dan Kimi ke kedai mamak.

Mata yang terpejam terbuka semula bila bunyi ketukan pintu menyinggah pendengaran. Sesaat kemudian raut wajah mama berbaju kelawar menyapa mata.

“Lambat balik.”

Ahnaf bangun dari pembaringan. “ermm...keluar jumpa Daim dengan Kimi tadi.” muka diraup kasar. Letih, penat, nak tidur...

“jumpa tak?” soal Puan Sri Hartini. Masih lagi nak berkias.

Terdiam Ahnaf sekejap. Kepalanya menggeleng. “sejam setengah Anaf tunggu, tak sampai...sampai, Anaf balik jela.”
“mustahil tak jumpa, umi Hani sendiri call mama beritahu yang Hani dah keluar nak jumpa kamu.”
Melipat maut leher Ahnaf sebaik saja sebaris nama itu disebut mama. Muka mama dipandang tepat.

“Hani?” soalnya semula nada tak percaya.

“yela...Hani, tunang Anaf.” Tekan Puan Sri Hartini lagi. Dari riak muka anaknya yang nampak terkejut, dia pasti anak terunanya itu pasti langsung tak menyangka kalau yang ditunangkan dengannya itu adalah setiausahanya sendiri.

Terbit segaris sengihan di wajah keletihan itu. Hani? Kenapa dia tak pernah langsung terfikir. Lagipun mama dah beritahunya yang tunangnya itu pakai baju putih.

Tersenyum lebar Puan Sri Hartini.

“takpe la, dekat office pun boleh jumpa nanti kan. mama nak masuk tidur dulu.” Peha si anak ditepuk kuat. “jangan lupa mandi dulu, solat.” Pesannya sebelum berlalu keluar.

Lama Ahnaf termenung dengan perasaan yang masih sukar untuk mempercayai kalau tunangnya selama ini adalah Hani. Kenapa dia tak pernah perasan langsung ada cincin dijari runcing gadis itu?
Iphoen 5 miliknya yang tersadai tepi bantal dipandang. Sekelip mata saja sudah ada ditangan.

Salam...jumpa ke dengan kawan you tadi? ~ Ahnaf

Butang send ditekannya. Sengaja dia nak menguji Hani. Pasti gadis itu pelik, tak pernah-pernah dia hantar mesej kalau bukan soal kerja. Baju dibuka dan dicampak ke dalam bakul tepi almari. Tuala putih yang tersidai dicapai dan disangkut ke bahu. Bunyi mesej masuk kedengaran sebelum sempat dia membuka langkah ke bilik air.

Tak...kucing dia nak beranak, complication. Tu yang dia bawak pergi jumpa veterinar tu ~ Hani
Terhambur kuat ketawa dari mulut Ahnaf dengan balasan mesej yang diterima. Menggeleng dia dibuatnya. Hani...Hani...agak-agak la pun nak menipu dengan alasan tak logik macam ni. Cute.

Well...hopefully the cat will be okay. By the way Hani...you look so beautiful in white ~ Ahnaf
Send.

Lebar senyuman yang terukir diwajah tampan itu.

Nun jauh berkilo-kilo meter di Damansara, Hani terasa nak hantuk kepala ke dinding membaca mesej yang diterima. Agak-agak boleh ambil cuti MC satu dua hari pun okaylah. Nasib baik tak minum air, kalau tidak memang dah sah ada yang kena sembur.

you look so beautiful in white’ OMG!! Pitamsss....

“akak apesal ni? muka pucat macam nampk polong je.” Tegur Aman yang baru pulang dari kedai. 
 Kunci kereta disangkut tepi dinding.

“tengok ni!” screen blackberry kesayangannya disua tepat-tepat depan muka si adik.

Besar mata Amin membaca ayat yang terpampang pada paparan mesej itu, sebelum sengihan nakal tertarik lebar. “wohoo...ada orang tu sedang dilamun cintaaa...”

Belum sempat Hani buka mulut, hansetnya sudah dirampas dari tangan.

“umi...umi mana? Ahh...mesti kat dapur.” Laju saja Aman memanjangkan kakinya kearah dapur. Naik terbeliak mata Hani, bingkas dia bangkit dari sofa mengejar si adik dari belakang.

“Aman! Bagi akak balik!” jerit Hani. Tak guna punya adik! Menyesal bagi tengok!

no, until I show this text to umi.” Laju Aman menjawab, tak diendahkan kakaknya yang sudah menarik t-shirtnya dari belakang. Ganas betul kakaknya yang sorang ni! Mahu terkoyak jugak bajunya nanti.

“hah! Umi.” Terus dia menerpa kebahu umi yang nampaknya sedang membancuh air milo. Untuk abah mungkin.

“astaghafirullahalazim...nasib baik tak tumpah air ni!” separuh menjerit Puan Munirah memarahi anak bujangnya itu. Nasib baik sempat ditahan tangannya dari terlanggar mug atas kaunter kabinet.

“umi...tengok la ni.” Blackberry diunjurkan pada umi yang masih masam tanda marah. Dibaca mesej itu tanpa riak diwajah Puan Munirah. Tanpa mengetahui hal yang sebenarnya, Hani dipandangnya tajam.

“Hani dah ada lelaki lain ke?” walaupun ayat yang terluah kedengaran mendatar, namun ada tegas yang terselit.

Tertegun dan terkunci mulut Hani. Terkejut dengan soalan drastik umi.

“lelaki lain apa pulak umi ni? umi nampak ke tak ni siapa sender dia ni?” potong Aman selamba.
Muka Puan Munirah berkerut.

“abang Anaf la umi!”

“yeke?” mesej dibaca semula. Akhirnya senyuman lega dan gembira terlorek diwajah umi.
Hani dah menunduk malu. Habislah...habis dia kena bahan nanti.

*****

Seminggu dah berlalu semenjak peristiwa ‘si dress putih dan si kacak tampan’ bertemu di Cafe, Marriot Hotel. Akhirnya Hani boleh tarik nafas sedalam-dalamnya. Sabtu. Ada apa dengan hari sabtu? Hari yang cukup tenang dan damai bagi Hani setelah hampir seminggu berperang dengan perasaan malu, sampai merah-merah pipi. Jantung berdegup kencang, sekencang larian kuda. Fine...hiperbola sungguh, tapi cukuplah dia nyatakan kalau jantungnya serasa hendak melompat keluar setiap kali terpaksa bertentang mata dengan Ahnaf.

semua perasa sudah dia laluinya sepanjang lima hari berdepan dengan Ahnaf Wafiy di pejabat. Kalau hari-hari jantung ni asyik bekerja keras je mengepam darah yang rasa macam tak sampai-sampai, mahunya tak sampai setahun jantung dia dah buat mogok!

Kata-kata Aishah dipejabat semalam terngiang semula di telinga.

“Babe, kau perasan tak?” soal Aishah takde pucuk pangkal.

“perasan apa?” balasnya pula. Nasi ayam disudu dalam mulut.

“your fiancee.”

Hani angkat muka.

“kenapa dengan dia?” selamba Hani bertanya. Aishah adalah orang pertama yang dia beritahu perihal pertunangannya itu, sampai terjerit si mak cik tu dalam toilet.

“serius ke kau tak perasan?” Aishah bertanya sekali lagi dengan mata yang ditumpukan sepenuhnya pada Hani yang nampak berselera sekali tengah hari itu.

Sudu diletak ke pinggan. Nafas pendek dilepas. “kau nak aku perasan apa ni? cakap tu biar jelas boleh tak. Ni pucuk pangkal aku tak tau cerita, tetibe kau perasan tak.” Gumam Hani kegeraman.

“Anaf selalu pandang kau la Hani! Kau tak perasan ke?” betul ke Hani tak perasan? Kerap sangat sepasang mata memikat itu singgah ke raut wajah Hani setiap kali meeting berlangsung, sampai dia yang duduk disebelah Hani pula yang naik memerah muka, malu. Masakan tak malu kalau lelaki sekacak itu melontar pandangan yang nampak penuh bermakna kearah mereka. Kalau tak dikenangkan boss tu tunang Hani, memang dah lama dia declare yang dia dah tangkap cintan dengan Ahnaf.

Serta merta darah menyerbu naik ke muka. Anaf pandangnya? Kenapa dia langsung tak pernah perasan pun. Seminggu yang berjalan seperti biasa kiranya. Masing-masing tak pernah timbulkan soal pertunangan setiap kali bercakap. Ahnaf pun nampak biasa je, dengan muka tenang dan hearless seperti biasa. Takde perubahan.

“Hani...kenapa duduk termenung lagi tu? Dah solat asar ke belum?” tegur Dr. Farid yang baru pulang dari masjid.

“huh? Dah...abah pergi mana?”

“pergi masjid la.” Ujar Dr Farid membalas. Duduknya dilabuhkan sebelah anak gadisnya itu. Kopiah diletak kemeja kecil sebelah sofa.

Kepala Hani melentok manja kebahu abah. “abah...abah rasa Anaf tu okay ke?” entah kenapa spontan saja bibirnya melancar soalan cepu gangsa.

“kenapa pulak Hani tanya abah, padahal Hani yang lebih banyak spend masa dengan dia kan. sepatutnya Hani lebih tau dari abah.” Dr. Farid menjawab tenang serasa mengelus rambut lurus anaknya itu.

“alah...Hani cakap dengan dia pun bila perlu je. Itu pun berbincang pasal kerja, tak lebih tak kurang.”

“uncle Aminuddin tu kawan baik papa, dan dia jugak baik orangnya. So...boleh tak abah assume yang anaknya juga baik?”

Terangkat kepala Hani dari bahu itu. Muka abah dipandang dalam. “boleh ke main assume macam tu je abah? Iman tak boleh diwarisi tau...macam lagu Raihan yang dulu-dulu tu...”

Tergelak besar Dr. Farid mendengar hujah Hani.

“memanglah iman tak boleh diwarisi, tapi sedikit sebanyak terpalit juga kebaikan seseorang ibu bapa itu pada anaknya kan.”

Berputar ligat kepala Hani mencerna ayat abah. “ermm...boleh kot.”

“Hani suka Anaf?”

Tersentak jantung Hani dengan soalan yang tak disangka-sangka itu. Terkebil-kebil matanya memerhatikan abahnya yang nampak seperti menyembunyi senyum. Lidah kelu tak terjawab, ataupun sebenarnya soalan tu takde dalam skema jawapan.

Dr. Farid bangkit dari duduk. Pipi gebu si anak dicuit. “senyap tu tandanya setuju.”
Terbeliak mata Hani. “abah!!” separuh menjerit Hani dengan muka masam, tapi pada masa yang sama nak tersenyum. Malu!

“erm..erm...abah still take it as yes.”

Hani tutup muka yang sudah tak tahu dah merah tahap mana.

after maghrib siap-siap. Kita nak jumpa tunang anak abah ni.”

“huh?”

Dr. Farid ketawa melihat muka pucat anaknya.

“ada bacaan tahlil la untuk arwah nenek Anaf. Uncle Aminuddin ajak kita sekeluarga datang.” Jelas Dr. Farid tersenyum-senyum. Dapat dibaca riak malu yang terbias diwajah mulus itu.
Hani duduk semula sebaik saja kelibat abah hilang ke tingkat atas. Terlepas keluhan berat dicelah bibir mungilnya. Baru ingat nak bersenang lenang hari ni, tak payah menghadap muka mamat tu.


 

 Bab 11

Selesai solat maghrib, sejadah dilipat Ahnaf dan diletak saja dibirai katil. Majlis tahlil kalau ikut kata papa akan bermula selepas isyak. Iphone atas sofa L-shape hitam putih disudut bilik dicapai. Dibalas mesej Kimi sebelum dicampak semula. Kemudian dibuka pula pintu almarinya.

“aik...mana pulak baju melayu aku?” diangkat-angkat celah lipatan baju yang bertimbun dalam almari mencari baju melayu birunya. Tiada. Dibuka pula laci, pun tak ada. Dia berjalan kearah balkoni dari atas sini sudah nampak papa dan adiknya sedang menyusun apa yang patut dibawah kanopi yang ditempah.

“Ara...mama mana?” jeritnya dari aras balkoni biliknya.

“tak tau....kat dapur kot.” Laung adiknya pula. Ahnaf menapak keluar, takkan buat majlis tahlil nak pakai baju t-shirt pulak kan. santai saja langkah yang diatur kearah dapur. Baru kakinya nak melangkau kearah dapur, Mak long muncul dengan dulang berisi kek lapi yang sudah dipotong.

“hah...turun pun anak teruna ni, mak long ingatkan dah pengsan dekat atas sana.”

Ahnaf tersengih sumbing. Memang tadi dia pengsan pun, penat teman mama pergi pasaraya beli barang untuk majlis malam ni. punyalah lama terbongkang atas katil, sedar-sedar dah azam maghrib.

“penat la mak long...” Rengeknya.

“Mak long ni pun buat kerja jugak, tak penat macam Anaf pun. Ni kenapa tak siap-siap lagi ni?” anak saudara kesayangannya yang hanya mengenakan T-shirt putih gambar keroro, berseluar track itu dipandang atas bawah.

“tak jumpa baju melayu la Mak long, tu yang nak tanya mama tu.”

“inilah anak jantan, tak jumpa barang sikit tanya mama...sama je macam Haziq!”

Tergelak Anaf mendengar leteran mak longnya.

“tu...mama kat dapur. Sekali tu tolong mak long bawakkan dulang satu lagi atas meja sana nun.” Tu dia...dah keluar arahan dari mulut Mak long.

“baik...”

Dia masuk ke bahagian dapur sebaik saja Mak longnya berlalu.

“ma...’ serunya. Puan Sri Hartini yang sedang memotong buah tembikai menoleh kebelakang

“baju melayu Anaf yang warna biru tu mana? Takde pun dalam alma....”

Tergendala ayatnya tatkala gadis sebelah mamanya turut menoleh kearahnya. Mata bersabung pandang, sebelum Hani mengalihkan pandangannya kearah lain. Terpesona mata lelakinya melihat penampilan Hani yang mengenakan sepasang baju kurung cotton rona biru lembut dihadapannya.

Hani simpan gelak. Keroro?? Tak macho sungguh!

Puan Sri Hartini tersenyum kecil sebelum perut anaknya dicucuk. Termati terus pandangan Ahnaf.

“jangan nak tenung anak dara orang lama-lama la sayang, belum halal lagi,” giat Puan Sri Hartini.

Tertunduk malu Hani dengan kata usikan yang jelas menampar telinganya. Ahnaf garu kepala menghalau rasa gugup. Tak tahu pula papa mama jemput keluarga Hani sekali datang.

“ehem..” Ahnaf berdehem menghalau rasa gugup. Tak tahu pula papa mama jemput keluarga Hani sekali datang.

“baju melayu Anaf mana? Takde dalam almari.” Soalnya semula pada mama.

Hani sudah menerbalikkan semula tubuhnya kearah meja. Buah tembikai dipotongnya tenang seolah-olah tak terasa apa-apa, padahal getar sudah mula terasa disegenap urat darahnya. Rasa macam nak lari keluar aje! Tiba-tiba dapur ni terasa panas.

“owhh...mama baru suruh Mak Sal tolong gosokkan tadi.” kata Puan Sri Hartini.

“kak Sal....baju Anaf yang baru gosok tadi mana?”

Mak Sal yang sedang menyusun dessert buat tetamu nanti ke dalam piring angkat muka. “kak Sal dah gosok tadi, gantung dalam bilik bawah sana.” Jawabnya.

“kejap...Mak Sal tolong ambilkan.”

“Eh tak payah kak Sal.” Tegah Puan Sri Hartini. Lengan Hani yang masih ligat membelah buah disentuh lembut.

“Hani...tolong ambilkan boleh baju Anaf. Dekat bilik bawah tangga sana.”

Terhenti terus gerak tangan Hani. Nasib baik tak terhiris jarinya dengan pisau ditangan. Wajah Puan Sri Hartini dipandangnya dengan riak sukar ditafsir. Tergamam dengan arahan yang baru diterima. Baju pun nak kena berambil ke?

Lambat-lambat dia mengangguk juga. Pili air dibuka dan dibasuh tangannya. Kemudian dia bergerak kearah luar dapur diikuti Ahnaf dibelakang. Pintu bilik dibuka. Bola matanya diliarkan ke segenap bilik kecil itu.

“baju yang mana satu?” Hani garu kepala tengok baju-baju yang bergantungan. Seminit kemudian matanya tertancap pada baju melayu biru laut yang tergantung tepi almari.

“ni kot...” lantas diambilnya.

“biru? Macam takde warna lain, apasal boleh sedondon pulak ni!” gerutunya rendah. Pipinya ditepuk-tepuk menghilangkan rasa yang bermain di dada.

“nah...”

Baju diambil Ahnaf. “Thanks.”

Hani angguk. Terus dia berlalu semula ke dapur. Ahnaf pula naik ke atas tukar baju. Turun semula selepas sepuluh minit, dilihat kelibat Hani sudah tiada. Bergerak keluar, dilihat Hani sedang bermain dengan Iman anak kak Ju, sepupunya tepi swimming pool. Agak lama dia hanya jadi pemerhati telatah keduanya. Terkekeh-kekeh Iman bila diagah Hani. Tanpa sedar ada senyum yang terlakar.

“Assalamualaikum...”

tersentak Hani bila ada orang beri salam. Dia menoleh. Serta merta terbangun dari duduknya. 

“waalaikumsalam.”

Ahnaf tersenyum pula pada Iman yang terkebil memandangnya. Iman baru nak masuk umur dua tahun. “Iman...meh dekat uncle.”

Sekelip mata saja Iman sudah ada dalam dukungannya. Kemudian Hani dipandang. Sungguh tak tahu kenapa terlalu susah hendak dialihkan matanya dari seraut wajah mulus itu. Macam ada tarikan magnet yang memaksanya supaya terus menatap. Baju pun dah sedondon serupa pasangan suami isteri saja lagaknya.

“I tak tahu you nak datang.” Ahnaf memula perbualan.

“ermm...abah pun baru beritahu petang tadi.”

Ahnaf tersenyum nipis. Cincin bertatah berlian yang berkilau di jari runcing Hani dilihat sekilas.

“cantik cincin.”

Ah sudah...yang kau tetiba nak malu-malu kucing ni kenapa Hani! Yang dia puji tu cincin, bukannya kau! cincin dijari dipusing-pusingnya.

“a’ah...memang cantik sangat. Terima kasih..” balasnya, tapi bahagian terima kasih tu perlahan saja bunyinya.

welcome. Actually, bukan I pun yang beli, mama yang belikan.”

“owhh..” panjang bunyi yang terkeluar.

dissapointed?

pardon?”

“sebab bukan I yang belikan.” Sambung Ahnaf sekadar menebak. Belakang badan Iman yang sudah terlentok dibahunya ditepuk-tepuk.

“Taklah. Saya pun tak tahu sebenarnya, tiba-tiba je umi cakap yang saya dah bertunang. Cincin ni pun umi yang paksa pakai.”

“uhuhh...maksudnya you memang tak rela la nak bertunang sebenarnya.”

don’t ask me that question. Awak? Awak rela ke?” balas Hani pula kedengaran sedikit sinis.
Ahnaf terdiam.

“awak pun tak boleh nak jawab kan.”

Entah kenapa kata-kata Hani itu seolah-olah mencabarnya. Hani direnung tajam. “sebab I rasa ini jalan yang terbaik untuk lupakan kisah silam I.” Terdiam sebentar. “boleh I bagi jawapan macam tu?” keras bunyi yang terluah.

“awak percaya ke dengan perkahwinan tanpa cinta?” soal Hani lagi.

well...I tak boleh nak cakap yang perkahwinan tu akan berkekalan hundred percent. But, who know...we can’t predict our future. Perkahwinan yang berlandaskan cinta pun boleh roboh dalam sekelip mata, jadi macam mana pulak kita nak menilai sesuatu perkahwinan tu hanya berdasarkan cinta. Cinta manusia takkan kekal...”

“tapi cinta salah satu faktor untuk kita kekal bahagia.” Laju Hani memintas kata.

then, try to love me! Kalau itu terlalu penting untuk you.” Tegas Ahnaf dengan dada yang sedikit berombak.

Lidah Hani terkelu. Bunyi tangisan Iman mula kedengaran. Mungkin terkejut dengan suara tinggi Ahnaf tadi. Nasib baik tak ramai yang ada diluar ini.

“sini!” ujar Hani dengan nada marah. Tangannya didepa untuk mengambil Iman yang sudah menangis di dukungan Ahnaf. Melihat Ahnaf yang tak beriak, terus diambil Iman tanpa amaran.

“semua salah awak!” sempat lagi dia memerli marah sebelum berlalu kedalam dengan dada mendongkol geram. Getar hati yang terasa tadi sudah hilang entah kemana, yang ada sekarang cuma rasa nak lempang laju-laju muka jejaka itu.

Ahnaf mendengus kasar sebelum turut mengatur langkah masuk ke dalam semula, bacaan doa dah nak mula.

****

Kira-kira jam sebelas malam baru majlis tahlil tamat. Hani juga sudah beberapa kali memisat-misat matanya yang makin pedih. Lengan umi dipeluk seraya meletakkan kepalanya ke situ. Penat. Mereka berjalan kearah kereta BMW 8-series abah yang diparkir dibahu jalan.

“thanks Farid, sudi datang majlis arwah ni.”

“takde masalah la Amin, orang dah jemput aku datang la.” Balas Dr. Farid. Kemudian ditepuk pula bahu Ahnaf disebelah sahabatnya itu.

uncle balik dulu.”

Ahnaf angguk. “thanks again uncle.” Ucapnya tenang. Matanya menyorot jatuh pada Hani yang sedang berpelukan dengan mama.

Hani menjeling bila mata bertembung pandang dengan tunangnya itu. Masih tak puas hati dengan perbalahan yang terjadi tadi.

“huhh” perlahan Ahnaf mendengus. Disentuh lengan papanya. “Ahnaf masuk dulu pa, ada kerja.” 
Ujarnya tanpa intonasi. Uncle Farid dipandang. “assalamualaikum uncle.” Ucapnya sebelum berlalu.

Hani memandang belakang tubuh sasa itu bagai nak tembus, hinggalah bayangan itu hilang sebalik pintu. Kalau matanya ada laser, memang dah hangus mamat tu!

“Hani masuk kereta dulu umi.” Kata Hani pula sedikit bernada dingin. Dia membolos masuk ke kereta.

Tan Sri Aminuddin, Puan Sri Hartini, Dr. Farid dan Puan Munirah, mula berkerut dahi. Masing-masing memandang sesama sendiri. Bingung dengan sikap kedua-duanya yang nampak dingin. Padahal tadi nampak okay saja berbual tepi kolam renang, hingga mereka beranggapan kalau masing-masing sudah mula menerima satu sama lain.

Baru saja mereka berempat berbincang sebentar tadi untuk kedepankan tarikh perkahwinan buat anak teruna dan dara mereka itu. Ini apa kes pulak?

“ini tak boleh jadi ni Muni...akak nak dia orang disatukan cepat-cepat, baru lega hati akak.” Ujar Puan Sri Hartini berbunyi resah.

“Muni pun rasa macam tu kak.”

Sudahnya semua terdiam. Hanya mampu berdoa agar apa yang dirancang mereka bakal terlaksana dengan jayanya.


p/s: okay...n3 terakhir sblom tutup kaunter hehe. next n3 tunggu lpas abis exam k ^_~ komen anda sangat dialu-alukan, dila baca semuanya walaupun x sempat nk balas hehe *to boost up my spirit kihkih