Monday 16 June 2014


ALHAMDULILLAH....after setahun setengah akhirnya 'SAYANGKU SAMPAI KE BINTANG' keluar jugak...maybe ade yang pelik kenapa tajuk die bertukar, no reason mayb nak lari sikit dari tajuk yang ala-ala cliche....kau suami, dia isteri. So jgn confius, inilah dia novel yang dulunya diberi tajuk 'SECEBIS LAKARAN CINTA' hehe....lama kan nak tunggu terbit, maybe ada reader yang dah x ingat pun dengan kewujudan cerita n blog yang dah lama bersawang labah2 ni.
Bukan minat nak menulis dah terkubur dilautan artik, cuma memberi ruang dan waktu lebih kepada pelajaran memandang Dila dah sitahun akhir pengajian degree n dah pun masuk semester terakhir, semester 8. so bnyak tuntutan yang perlu diutamakan berbanding minat yang satu ni.
panjang plak membebel haha....jadi kepada pembaca yang x pernah putus2 jenguk ada update x dalam blog ni * mcm ado je >__< , yang mungkin dah menunggu lama manuskrip ini diterbitkan dalam bentuk novel. HERE IT IS...'SAYANGKU SAMPAI KE BINTANG' hampir keluar menemui anda.
p/s: sebarang order boleh dibuat memalui KAKI NOVEL, rm20 hengget sahaja x kesah la korang nak order melalui wassap ke pm, pegi website ke asalkan dapatkan haha.

Sinopsis:-
Perkahwinan yang diatur tanpa pengetahuan kedua-duanya membuatkan mereka memberontak!
“Apa tak cukup senang ke hidup kita sekarang? Ray ni membebankan atuk ke sampai atuk sanggup nak jual Ray masuk ke keluarga Dato’ Umar macam ni sekali? Kalau ya, Ray boleh keluar cari kerja!”-Raisha Mahira
Namun takdir lebih pantas memintas tingkah. Ijab dan kabul sudah terucap jelas. Tapi ke mana hendak diarahkan bahtera yang tiada hala tuju ini? Perang mulut yang terjadi tanpa sengaja menjarakkan lagi hubungan yang kian tegang. Kerana satu peristiwa, Raisha pergi dengan kecewa, saat Hasif bertemu cinta baru.
Jarak waktu yang berlalu membawa semula Raisha ke Malaysia. Kehadiran semula sang isteri memberantakkan hubungan yang disulam bersama Hana.
“Tak nak pergi kejar kekasih hati yang dah merajuk ke? Ke…dah tertawan dengan kecantikan I?”-Raisha Mahira
“You’ll pay for this! I swear!”-Hasif Nadhmi
“Antara jarak dan waktu, kedua-duanya telah aku pilih. Tapi, kenapa bayangmu masih dapat kurasakan?” – Raisha.
Tika aku mabuk dalam bahagia yang dicipta tanpamu, kau pulang tanpa dipinta. Tapi, mengapa dulu kau yang kupandang sinis, semakin manis kurasakan?” – Hasif.