Tuesday 14 August 2012

tempahan BKH kini dibuka ^^


assalamualaikum...

~dah lama sgt x post ape2 kat sini kan..ade yg rindu Hasif n Raisha x??? tp skunk x nak cite psal SLC...nk cite psal e-novel pertama dila..dila stat tulis cite ni dr bulan 6 taun lpas n siap secara rasminye bln 4 tahun ni. mmg bnyak dugaan nak siapkn, xde idea la, bnyak gangguan la...nak mengedit satu kerja pulak..itu pun bila check blek manuskrip yg dihantar kat kaki novel tu pun still bnyak typo error *yg x bleh tahan tu ade jgk nama yg tertukar...tgh mamai2 kot masa tu haha >_<

~alhamdulillah syukur ke harat ilahi, lepas beberapa bulan menunggu akhirnya BISIKAN KATA HATI @ BKH  terbit dlm versi cetak ^^ ari ni secara rasminye tempahan order online sudah dibuka..sesiap yg nak buat tempahan bleh masuk ke laman web kaki novel : http://kakinovel.com/

~untuk 300 pelanggan pertama yg awal tempah novel insyallah akn dpt sign besau dr dila...dila akan pergi sain nobel 29/8 nnti....n lg satu akn dpt sticker spesel dr dila, itu jek yg mampu nk bg. SLC lak tgh on d way nk siapkn manusrip ^^

hope ade yg sudi beli yek...dila minta maaf terlebih dulu klo ade kekurangan sana sini T_T


                                                        yg ni cover BKH >_<

                                                  yg ni plak sticker spesel 2


~maaf ye dila x bukak private order coz sem baru dh nak naik..tkot x sempat nk uruskan penghantaran semua....

salam sayang dr dila tuk semua yg menyokong dila selama ni...klo xde bebeh semua mmg buku dila x kn dpt diterbitkn...arigatou gozaimasu semua...luv u oulsssssssssssssssssssssssssssssss 100000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000000 watt ~ngeeeeeeeeeeeee

(^_^)

Saturday 11 August 2012

Bisikan Kata hati- 11 & 12

Jam sudah menginjak ke pukul 11.30 malam. Dua-dua membisu membuat kerja masing-masing. Aiman masih menghadap laptopnya berjenama Applenya di atas sofa. Sesekali matanya melirik kearah isterinya yang sedang memanjakan wajahnya di meja solek. Idea jahatnya muncul di kepala hendak mengenakan isterinya.
“Huarghh…” Aiman menguap, laptop terus ditutup dan kakinya melangkah menuju ke katil dan kemudian menghempaskan tubuhnya di atas katil. Nikmatnya!tilam lembut  itu benar-benar memberi keselesaan yang tidak terhingga padanya.

“Malam ni aku nak tidur atas katil, sakit badan tau tak tidur atas sofa.” Tutur Aiman mendatar tanpa nada. Laila yang baru selesai menyapu lotion pada badannya di meja solek kaget! Segera dia menoleh kebelakang.

 “Habis tu I nak tidur mana? Tak akan  nak tidur dengan you pulak?” Tanya Laila bodoh.

Tiba-tiba ketawa Aiman bergema di dalam bilik itu.

“Bila masa pulak aku suruh kau tidur dengan aku atas katil? suka hatilah aku nak tidur mana, bilik aku. Kau..tidur atas sofa malam ni.” Jawab Aiman dengan nada yang cukup menyakitkan hati sambil menudingkan jarinya kearah Laila.

Laila mendengus kasar, tidak percaya. Rasa mahu dihempuk-hempuk saja suaminya yang tersengih kambing atas katil. Terus bantal dan comforternya diatas katil dicapai dan dicampak kasar atas sofa tanda protes….

“Tak gentleman langsung.” Gumam Laila rendah. Namun cukup kuat kedengaran di telinga Aiman. Dia ketawa dalam hati melihat telatah isterinya. Comel.

“Gentleman tak gentlemen, peduli apa aku.” Aiman menyakitkan lagi hati Laila.

“Shh…senyap! I nak tidur. Good night.” Jawab Laila, matanya yang sudah layu memang minta dipejamkan. Sepanjang hari bekerja memang cukup memenatkan tubuh dan mindanya.

Aiman ketawa sendiri. Suka Aiman lihat wajah isterinya yang marah. Marah pun tetap cantik. Tidak tahu kenapa dia suka cari pasal dengan isterinya sebab isterinya sekarang sudah lain. Bukan macam dulu, lemah lembut. Sekarang isterinya makin berani dan keras kepala. Membuat dia rasa semakin tercabar.
*****

Sudah sebulan Laila bertugas di RR Holdings. Hubungannya dengan Aiman tetap macam tu. Kalau tidak gaduh rasa tidak lengkap harinya, masing-masing hendak mencari salah masing-masing, tapi dalam bilik sajalah. Kalau depan ibu mertuanya kena berbaik. Mana boleh gaduh-gaduh. So berguna jugalah skill lakonannya dekat universiti dulu. Tapi..bila kerja, be professional. No emo-emo…

Laila bertenggek di meja setiausahanya Suzy sambil menumbuk-numbuk lehernya yang terasa sengal.

“Nanti you tolong buat 3 copy untuk dokumen ni ye.” Minta Laila. Dia tak suka nak mengarah-ngarah. Tidak suka hendak berlagak, mentang-mentang kedudukan dia agak tinggi dalam company ayah mertuanya ini, boleh dia mengarah sesuka hatinya.. Suzy pun ala-ala sebaya aje dengan dia. Dah anggap macam kawan pun.
“Kejap lagi ye I buat..tak urgent sangat kan?” Soal Suzy.

“No…tak apa, buat lambat-lambat pun tak apa.” Usul Laila. Memang dia tidak perlukannya dalam masa yang singkat pun. Kecualilah kalau si Aiman singa itu hendak minta. Semuanya nak cepat, nak express. Buat sendirilah kalau mahu cepat sangat. Ingat pekerja ni semua robot ke?

Tiba-tiba kelibat seorang perempuan melintas di hadapannya. Seksi… dengan tubuh yang tinggi ala-ala model dan skirt merah darah paras atas lututnya, memang nampak mengancam habis. Mau terliur semua office boy disini tengok. Konon hendak menayang peha putih gebu dialah itu kononnya.

“Mak aihh…siapa tu?” Tanyanya pada Suzy dengan kening yang sudah terjungkit. Sebulan dia sudah bekerja disini, tidak pernah pula dia terserempak dengan model sesat ni. Tapi…muka tu macam familiar saja. Hendak kata salah seorang antara kawannya, tidak kot rasanya. Tidak pernah dia punya kawan perempuan macam tu. Minta simpang malaikat 44.

“Tak akan you tak kenal kot? tu kan sepupu suami you. Emelda.” Tanya Suzy pelik dengan tautan keningnya. Tidak akan sepupu suami sendiri pun tidak kenal. Emelda tu kan terkenal dengan sikap manja dan menggodanya itu. Mustahil Laila tidak kenal.

“Owhh…I tak ingat. Maklumlah, I kan baru balik Malaysia.” Dalih Laila

“So, selama ni you dengan  CEO kita tu buat hubungan jarak jauhlah? tak marah pula suami you. Kalau I la…” Suzy sudah mengeleng-geleng kepala.

Laila terkejut dengan pertanyaan Suzy. Macam mana hendak dijawab ye? Bibirnya digigit kejap mencari idea.

“Emmm…yelah nak buat macam mana. Dia faham I nak belajar. Tapi dalam 4 bulan sekali I baliklah Malaysia. Tapi I tak pernah jumpa pulak Emelda tu.” Laila mereka cerita. Mana empat bulan kau? Empat tahun kot, dia tidak pernah balik langsung.

“Emelda tu baru balik dari London setahun lepas.” Terang Suzy

“Ooo…selalu ke  dia datang sini?” Tanya Laila dengan rasa ingin tahu yang membuak-buak didada.

“Boleh kata selalu jugalah. Asyik nak mengendeng aje dengan suami you tu. ‘gediks’. Sebelum you datang, semua staf dekat company ni ingat dia tu girlfriend bos. Tup..tup tahu bos dah kahwin rupanya.” Panjang lebar Suzy bercerita.

Timbul rasa cemburu dalam hati Laila. Tapi bila difikir balik, buat apa dia cemburu. memang sejak dulu Aiman tidak pernah suka padanya. Dan berbekalkan muka yang kacak, tidak mustahil ramai perempuan di luar sana yang mahu mencuba nasib.

“You kena jaga baik-baik hubby you tu. You dah lama tak balik sini, tak tahu hubungan mereka macam mana.” Nasihat Suzy sebagai rakan. Dia sememangnya tidak suka dengan Emelda itu. Berlagak sangat, ingat dia tu diva ke?

“Just a small matter, I believe my husband.” Laila berkata yakin.

Yelah tu. Tapi betul ke tu girlfriend dia? Laila tertanya-tanya. Tapi mungkin juga, dengan muka handsome macam itu mustahil tidak ada perempuan dekat luar sana yang terpikat. Bercinta dengan sepupu sendiri?

“Percaya, percaya jugak Laila. Tapi jangan sampai kepercayaan tu disalah guna. Nanti you jugak yang melopong.”

“You ni kan. Nak kata dah kahwin, belum. Tapi you cukup pandai nasihat bab-bab rumah tangga ni ye.” Puji Laila. Dia cukup kagum dengan pendapat yang diutarakan oleh Suzy. Lehernya sedikit dipanjangkan kearah bilik pejabat suaminya. Manalah tahu, ada ternampak sesuatu yang hangat ke.
*****
 Tuk..tuk..tuk..

Kedengaran ketukan di muka pintu bilik Aiman dan bunyi tombol pintu dipulas dari luar. Aiman yang sejak tadi sedang asyik meneliti dokumen sedikit terganggu konsentrasinya dengan ketukan itu, berkerut sebentar dahinya sebelum mengangkat mukanya daripada dokumen di tangannya.

“Hai sayang…” Wajah Emelda sudah tersembul dari muka pintu dengan senyuman ala-ala penggoda. Meluat Aiman dibuatnya. Nak-nak pula dengan baju yang tidak pernah cukup kainnya. Bertambah-tambahlah rasa jeliknya.

“You buat apa datang sini?” Tanya Aiman tanpa perasaannya dengan muka bosannya tahap kritikal.

Emelda sudah menarik muncung. Langkahnya diatur penuh menggoda dengan badannya yang melintuk-liuk macam orang tidak ada tulang. Sebelum melangkah, sempat lagi dia menutup rapat-rapat daun pintu.

Aiman sudah mencampak pen yang terkepil dicelah jarinya sejak tadi keatas meja. Rimas betullah perempuan ni, macam tidak ada kerja nak buat. Asyik-asyik mahu mengendeng dengannya. Sekarang kira ampunlah juga, datang sebulan sekali saja. Kalau dulu, mahu tiap-tiap hari muka dia dok tercongok depan pejabatnya ni.

“Honey…you macam tak ada mood aje nak tengok muka I.” Rengek Emelda. Konon manja habislah tu, hendak muntah hijau dibuatnya.

“Memang pun.” Gumam Aiman rendah. nanti tidak dilayan minah ni, dia report dekat papa dia pula, dia juga yang terkena nanti. Yelah, sepupu kan, tak akan tidak mahu dilayan pula.

“You nak apa ni? I sibuklah.” Tone suara Aiman dah sedikit meninggi.

“Sayang…I nak ajak you lunch dengan I la..” Beritahu Emelda dengan mulut yang berkilat dengan gincu merah menyalanya. Punggungnya sudah ditenggekkan ke meja kerja Aiman.

Nak makan dengannya? tak payah. Hilang pulak seleranya nanti menghadap muka yang dimekap tebal macam pelakon opera cina itu. Beberapa saat kemudian Aiman mula berubah fikiran. Dalam fikirannya terbayang agenda yang bakal dijalankan nanti. Terukir senyuman jahat dibibirnya.

“Ok.” Aiman setuju sambil melemparkan senyuman kearah Emelda.

Emelda pula yang pelik. Selama ini ada saja alasan Aiman hendak mengelak makan dengannya. Ini sudah lain pula. Agaknya Aiman sudah terpikat dengannya tak? nampaknya usahanya selama ini mula menampakkan hasil.
 
Mereka beriringan keluar dari bilik pejabatnya dan berhenti seketika apabila ternampak Laila yang sedang bertenggek di meja Suzy. Inilah masanya…

Aiman dan Emelda mula berjalan merapati isterinya dan Suzy yang kelihatan rancak berbual. Badannya sengaja dirapatkan sedikit kearah Emelda mempamer aksi mesra antara mereka.

“Ehemm..” Aiman berdehem perlahan memancing perhatian isterinya sedikit.

Laila mula menoleh kebelakang sebaik saja ada bunyi yang kedengaran dekat dengannya. Diruang matanya sekarang, kelihatan suaminya yang sedang berdiri rapat dengan perempuan yang disangka model tadi. Memek mukanya selambanya cuba ditayang sehabis baik..

“I nak keluar lunch dengan Emelda. Do you mind?” Aiman menggunakan kata ganti nama’ I ‘dan ‘you’. Yela tak akan hendak beraku berengkau depan Suzy pula. sengaja dirapatkan tubuhnya dengan tubuh Emelda yang seksi itu. Mahu mengundang kemarahan isterinya. Namun dia tidak nampak pun riak kemarahan pada wajah cantik isterinya. Selamba badak saja…

“No…I don’t mind, pergilah. I pun nak keluar nanti. I dapat jemputan lunch dari anak Tan Sri Sulaiman.” Balas Laila dengan nada bersahaja. Sengaja  Laila membalas begitu untuk menyembunyikan riak cemburunya.

Darah Aiman mula tersirap naik sebaik saja mendengar isterinya hendak keluar makan dengan Amir Izham anak Tan Sri Sulaiman. Dia mendengus dalam hati, bukan dia tidak tahu yang mamat tu berminat dengan isterinya. Masakan tidak. Dua minggu lepas dia dan Laila berurusan dengan buaya tembaga tu atas urusan pejabat. Berbulu matanya melihat mata gatal mamat tu liar menjelajah segenap inci wajah isterinya.
Tapi cuba dikawal sebaik mungkin perubahan riak wajahnya dari dikesan Laila. Tidak mahu dilihat terlalu cemburu.

“Kenal kan…Emelda. Sepupu I.” Perkenal Aiman. Mata Laila beralih pula dari seraut wajah kacak suaminya kearah wanita seksi disisi suaminya itu. Senyuman tidak ikhlas diukirnya
Mata Emelda bagai yoyo memerhatikan Laila dari atas ke bawah.

Huh! ini ke isteri Aiman yang ditinggalkan empat tahun dulu. memang patutlah Aiman tinggalkan isterinya dulu. Memang tidak layak langsung mahu bergandingan dengan Aiman. Tak ada class. Tapi…itu bermakna inilah rivalnya.

“Hai, I Emelda. You can call me Mel..” Dengan sengaja dia melunakkan suaranya. Pada pendengaran orang lain mungkin mereka merasakan suara itu cukup menggoda, tapi bagi Aiman suara itu hanya mengundang loya ditekaknya.

“Laila.” Laila menayang muka menyampahnya. Emelda tersenyum sinis, konon dia menanglah tu.

“Sayang….jomlah, I dah lapar ni..” Emelda merengek persis budak kecil yang meminta dibelikan gula-gula. Tangannya disangkut pada lengan sasa Aiman dan digoyang-goyangkan.

‘Hii…apa minah ni? Pegang-pegang aku pulak. Dah tu menggesel-gesel macam kucing tak cukup kasih sayang. nanti ada yang makan penampar kang!’ Gerutu Aiman dalam hati, tapi disabarkan juga hatinya demi untuk menyakitkan hati Laila.

“Malam ni pun I nak keluar dengan Mel. So you suruh Pak Karim aje jemput you balik.” Kata Aiman denga nada bongkaknya. Bibirnya didekatkan ke telinga Laila, berbisik.

“Kau jangan cakap dengan mama pasal malam ni aku nak keluar dengan Mel. Cakap saja aku keluar dengan Haris. Kalau tak…tahulah apa aku aku nak buat dekat kau.” Bisik Aiman berbaur ancaman.

Memang malam ni dia merancang hendak melepak kedai mamak dengan Haris pun. Kalau mamanya tahu dia mahu keluar dengan Emelda, mahu dikejarnya dia dengan senduk. Tanpa menunggu lama, terus digamitnya Emelda keluar dari pejabat.

“Huh! ada aku kisah. Kau ingat aku takut? Mama tu koroni aku tahu.” Gumam Laila rendah.

“Laila. You ni betul ke tak? kenapa You biar aje husband you keluar dengan perempuan miang tu?” Suzy bertanya. Baginya, tidak patut Laila membiarkan sahaja Aiman keluar dengan Emelda, walaupun hakikatnya mereka hanya sepupu. Sepupu pun boleh kahwin apa.

“Ala…dia sengajalah tu, nak buat I cemburu sebab malam semalam I gaduh dengan dia. Biasalah tu Suzy, gaduh-gaduh manja gitu. Nanti dia mesti pujuk I balik.” Memandai Laila memberi alasan untuk mengelak daripada Suzy menghidu ketegangan rumah tangga mereka.

“You betul ke nak keluar lunch dengan anak Tan Sri Sulaiman tu? dia tu buayalah Laila. Ramai staf-staf perempuan kat sini yang dah kena, pantang nampak dahi licin sikit, semua dia nak ayat.” Nasihat Suzy pula.
“Kenapa? you pun pernah kena ke?” Tanya Laila nakal. Namun melihat riak muka Suzy yang serius katak, dia tahu dia silap.

“Tak ada maknanya I nak keluar dengan mamat tu. Seram tau.” Luah Laila. Tengok muka pun sudah tahu Amir itu jenis lelaki yang macam mana. Ketawa Suzy mula kedengaran bila mendengar kata akhir yang terluncur keluar dari bibir Laila. Memang seram pun.
******
“Mamak..teh ais dua dengan mi goreng mamak kasi pedas dua.” Laung Aiman pada mamak di kedai makan itu. Port lepak dia dengan Haris. Penat tadi dia mahu bagi alasan pada Emelda dek kelancangan mulutnya mengatakan dia hendak keluar dengan minah itu malam ini. langsungnya muncung memanjang sepanjang perjalanan menghantar Emelda kerumah.

“Kau dengan bini kau macam mana? dah ok ke?” Haris memulakan siasatannya.

“Ok apanya…hari-hari bertegang urat adalah.”

“Oklah tu…at least korang berkomunukasi jugak kan. Macam orang dulu-dulu selalu cakap, jangan benci-benci, nanti orang itulah yang kau sayang gila nanti.” Balas Haris.

“Tak ada maknanya semua tu.” Balas Aiman masih lagi berkeras hati beserta dengan gelak sinisnya.

“Kau tahu tak tengah hari tadi masa aku nak bawa si Mel tu keluar makan. Laila ada kata dia nak keluar lunch dengan Amir.” Beritahu Aiman pula. Jelas terselit nada cemburu dalam kata-katanya. Tapi dia sendiri tidak mahu mengaku.

Haris yang sedang menghirup air kosong tersedak.

“Woi! tu bahaya tu. Takkan kau tak kenal si Amir tu? player.” Haris menyatakan rasa bimbang bercampur terkejutnya. Siapa tidak kenal Amir Izham, cukup terkenal dengan sifat buayanya diseluruh KL ni. perempuan mana yang dia tidak pernah try? Bini orang sudah, anak dara orang sudah, janda pun sudah.

“Habis tu kau tak buat apa-apa ke?”

“Aku nak buat apa? biarlah dia nak keluar dengan sesiapa pun.”

“Kau ni gila ke apa? kotnya dibuat bini kau sangkut dengan mamat tu kan ke haru…kau juga yang melopong nanti.” Haris tidak puas hati dengan jawapan endah tak endah yang diberikan Aiman. Bodoh betullah mamat depannya ni, mensia-siakan isteri dia yang baik macam tu.

“Habis tu kau sukalah dengan si Mel tu.” Tajam soalan Haris menampar cuping telinga Aiman.

“Tolonglah. Bukan kau tak kenal Mel tu. Gedik semacam aje, aku tak hadap la dengan perempuan macam tu. Aku nak perempuan yang  macam Lai…li.” Terlepas sudah nama itu sejak sekian lama. Baru dia teringat yang dia sudah lama tidak melawat pusara bekas kekasihnya itu.

“Ha.. dah elok sangatlah tu, kalau kau nak yang macam Laili. Laila macam Laili apa.” Tegas Haris. Sampai bilalah sepupunya itu hendak terikat dengan bayangan Laili, sampai isterinya sendiri pun tidak dipandang.

“Tapi dia tu tak lemah-lembut macam arwah. Nama aje adik, tapi tak serupa langsung.” Balas Aiman lagi bongkak. kalau pasal Laila semuanya buruk, busuk.

“Kau tu kasar sangat. Macam mana dia nak berlemah lembut.” Haris memerli.

Yeke dia kasar? agak kot. Tapi minah itu pun sama saja kasarnya. Asyik nak menyakitkan hatinya.
*****
Aiman terjengket-jengket memasuki banglo dua tingkat itu. Jam sudah menunjukkan pukul  1.30 pagi. Semua orang sudah tidur rasanya. isterinya itu pun mesti sudah lena diulit mimpi.

“Hauslah pulak.” Detik Aiman. Terus kakinya dihalakan ke dapur berhati-hati. Gelap.
Tiba-tiba badannya dilanggar dari hadapan. Prangg!! … bunyi kaca berderai memenuhi ruang dapur banglo tersebut yang senyap sunyi.

Terus tangannya meraba dinding dapur dan memetik suis dapur. Terus terang benderang kawasan dapur itu, dan matanya pantas menangkap kelibat isteri dihadapannya yang memegang tangannya kanannya seakan-akan menahan kesakitan.

“Kau buat apa kat sini gelap-gelap?” Suara Aiman meninggi tapi cuba dikawal volume suaranya, Bilik Mak Mah dekat tingkat bawah ini. Nanti terjaga pula orang tua tu. Terkejut dibuatnya apabila dilanggar tadi. Kiranya lembaga apa yang melanggarnya tadi, sudahlah gelap.

“You tu yang masuk macam pencuri!” Marah Laila. Sudahlah tangannya tertumpah air milo panas yang dibuatnya tadi. Aduh….rasa nak mengalir air matanya.

Baru Aiman hendak membalas kata-kata Laila, matanya menangkap tangan Laila yang sudah naik kemerahan. Terus dia menyentap tangan Laila. Memang sudah merah.

“Aaa…” Laila mengerang kesakitan akibat direntap kasar tangan Aiman. Apa mamat ni? pedihlah…tak reti nak berlembut langsung. Ingat tangannya ni batang kayu ke?

Terus tubuh Laila ditarik kearah singki dan pili air dibuka besar menyiram tangan Laila yang kemerahan untuk meredakan kesakitan.

Laila yang terpinga-pinga hanya menurut tanpa bantahan. Bibirnya diketap kuat menahan rasa pedih yang menjalar. Terkejut Laila dengan perbuatan suaminya yang tidak disangka-sangka itu. Terasa mengalir elektrik dalam tubuhnya bila tangan suaminya mengusap lembut tangannya. Diperhatikan wajah suaminya, nampak sangat risau. Tanpa sedar senyuman terukir dibibirnya. Pedih..tapi usapan dari jari-jemari suaminya sedikit sebanyak mengurangkan kesakitan yang dirasainya itu.

“Lepas ni tuam dengan ais. Hilang sikit sakitnya nanti.” Arah Aiman dengan nada risau.
Laila tersedar dari lamunannya bila suaminya mula bersuara. Terus matanya dilarikan kearah lain. Fuh..nasib baik suaminya tidak perasan dia memerhatikannya.

“Dengar tak? kaca tu nanti biar aku aje yang bersihkan.” Kata Aiman sedikit kuat.
Laila hanya mengangguk macam burung belatuk tanda faham. Matanya terkebil-kebil memerhatikan suaminya yang berkerut mukanya

“Dah..kau pergilah tidur. Sini biar aku yang kemas nanti.” Aiman melepaskan tangan halus Laila yang sudah kelihatan kurang merahnya.

Tanpa menunggu lebih lama, terus kaki Laila melangkah menuju ke bilik seperti arahan Aiman. manakala Aiman memulakan aktiviti mengemasnya.

 Bab 12

“Huarghh…” Aiman menguap mengantuk. Jam sudah menginjak ke angka 3.00 pagi. Terus tombol pintu bilik dipulas. Laila kelihatan sudah lena tertidur di atas katil. Kakinya dibawa menuju kearah Laila yang sedang lena. Tangannya menyelak sedikit comforter yang menyelimuti isterinya, dan tangan isterinya yang sakit tadi ditarik keluar perlahan supaya tidak menjagakan isterinya.

“Huh…merahnya.” Satu keluhan terkeluar dari bibir Aiman bila melihat tangan isterinya yang masih kemerah-merahan. Diperhatikan lama tangan isterinya. Lembut sekali terasa bila kulit isterinya bersentuhan dengan kulitnya. Hatinya start jadi tidak keruan. Terasa ada satu perasaan halus yang membuai-buai perasaannya menyusup masuk ke dalam hatinya saat itu.

Dia kemudian bangun membuka almari, first aid kit dibawa keluar. Isterinya didekati semula, dan perlahan-lahan tangan isterinya itu disapu ubat dan dibalut kemas. Dia sendiri tidak sedar yang dia tertidur disisi isterinya malam itu. Mengantuk sangat.

Aiman terjaga bila sayup-sayup azan subuh kedengran dari masjid berdekatan. Tiba-tiba dia jadi kalut. Matanya laju jatuh kearah tangannya yang masih setia memegang tangan isterinya yang berbalut kemas. Terus tangan isterinya dilepaskan. Macam mana boleh jadi macam ni pula? nasib baik isterinya belum terjaga. Kalau tidak mana hendak diletak mukanya.

Kakinya dibawa melangkah ke dalam bilik air mengambil wuduk sebelum Laila terjaga. Selesai solat, kakinya menapak semula ke katil yang menempatkan tubuh isterinya yang masih lagi terlena. Matanya seakan-akan terpukau dengan ketenangan yang terbias diwajah lembut isterinya itu. Tidur pun nampak macam baby, innocent gila. Tangannya sudah terangkat dengan sendirinya, mendekat kearah pipi isterinya yang mulus. Terasa mahu diusap-usap saja pipi isterinya itu. Kemudian dia mula tersedar, terus tangannya beralih ke bahu isterinya dan digoyang-goyang beberapa kali.

“Bangun..subuh dah masuk.” Aiman memberitahu. Nanti terlajak pula solat isterinya.

Laila tersedar, namun matanya terasa pedih hendak dibuka.

“Hemm…I tak boleh solatlah.” Gumam Laila rendah. Malas mahu bermalu-malu, tangannya masih terasa pedih.

“Hari ni kau tak payah masuk pejabat la, nanti aku beritahu papa.”

kata-kata Aiman disambut dengan anggukan. Dan terus lenanya disambung kembali.
*****
Matanya dipisat-pisat sekejap sebelum dikerling kearah jam loceng di meja sebelah katil. Comforternya yang membaluti tubuhnya mula terasa panas. Laju selimut itu ditolak kebawah kakinya.

“Hah! dah pukul 9.00 pagi?” matanya terbeliak besar memerhatikan jarum jam yang jelas menunjuk ke angka 9.00 pagi. Dia sudah terlewat hendak pergi ke pejabat. Terus laju dia menuruni katil dan mengambil baju di dalam almari, mahu turun ke bawah menuju ke bilik gosok. Rasa menyesal pula tidak menggosok bajunya dari semalam. Sekarang dia sendiri yang susah.

“Laila nak pergi mana tu?” Tanya Datin Rasyidah yang baru keluar dari dapur.

“Nak pergi kerjalah mama.” Jawab Laila cemas.

“Tak payah, papa cakap Laila rehat aje dekat rumah. Tu…tangan tu sakit macam mana nak kerja? taip pun tak boleh tu.” Ujar Datin Rasyidah lagi.

Matanya jatuh kearah tangan kirinya yang berbalut kemas. Eh? Macam mana dia boleh tidak perasan tangannya sudah berbalut. Mukanya terpinga-pinga.

“Siapa yang balutkan tangan Laila mama?” Tanya Laila hairan.

“Suami kamulah kot. Siapa lagi?” Kata Datin Rasyidah selamba sebelum masuk semula kedapur.
Laila terkedu…
********
Petang itu, Laila mengambil angin petang di taman sambil duduk di kerusi yang disediakan. Datin Rasyidah datang sambil menatang dulang yang berisi air dan sedikit kuih. Baru hendak dihulurkan tangannya untuk membantu, Datin Rasyidah sudah memotong.

“Tak payah, Laila duduk aje. Bukan berat pun.”

Terus punggungnya dilabuh semula ke kerusi.

“Kuih seri muka? Itu kuih kegemaran arwah kak long.” Beritahu Laila perlahan. Datin Rasyidah tersenyum mendengar kata yang meluncur keluar dari mulut menantunya itu.

“Itulah, kalau dulu. Setiap kali Laili datang sini, mama selalu buat kuih ni.” Ramah Datin Rasyidah bercerita perihal lalu.

Laila hanya mendengar penuh minat. Dia faham, dia tidak perlu rasa cemburu tentang itu.

“Mama tak pernah kecewa ke Laila yang jadi menantu mama? bukan kak long.” Sengaja dia menduga hati ibu mertuanya. Datin Rasyidah menggeleng.

“Kenapa pulak mama nak kecewa. Bagi mama, Laila atau Laili sama aje. Dua-dua ada kelebihan sendiri, cuma Laili tak ada rezeki nak jadi menantu mama. Tapi mama sayang dua-duanya.” Bicara Datin Rasyidah jujur. Memang baginya, ini semua sudah ketentuan ALLAH buat anak lelakinya. Bercinta dengan kakak tapi kahwin pula dengan adik. Dia reda.

Laila hanya menekur kebawah memandang rumput yang menghijau. Hatinya terasa sebak tiba-tiba bila terkenangkan arwah kakanya.

Tit…tit

bunyi kereta dikunci mula kedengaran dari arah garaj. Mukanya diangkat dan dihalakan ke porch kereta. Kelibat Aiman yang baru pulang dari pejabat sudah kelihatan dan berjalan menuju kearah mereka.
Aiman mencium pipi ibunya, dan tiba-tiba dia mendekati Laila dan dahi isterinya dikucup kejap.
Terbeliak mata Laila dibuatnya. Terus tubuh Aiman ditolak sedikit menjauhinya. Sedap-sedap hati saja cium orang. Darah mula menyerbu naik kepipinya.

Aiman sendiri pelik dengan tindakannnya itu. Tidak tahu kenapa spontan saja dia mencium dahi isterinya. Terselit perasan tenang disitu. Seingatnya ini kali kedua dia mengucup dahi isterinya. Pertama kali dulu selepas upacara akad nikahnya, itu pun kerana terpaksa. Ramai mata-mata yang memerhatikan mereka.

Datin Rasyidah hanya tersenyum melihat gelagat anak menantunya, mengira yang hubungan mereka sudah sedikit mesra. Terus dia melangkah ke dalam rumah untuk memberi ruang kepada pasangan tersebut.

“Tak malu ke cium-cium orang. Geli tau!” Ujar Laila geram. Digosok-gosok tempat yang dicium suaminya tadi. Bukan geli pun sebenarnya, lagi suka adalah. Tapi sengaja dia mahu menunjukkan egonya. Semalam dok sedap-sedap berkepit dengan betina miang tu, petang ni hendak cium-cium dia pula. Boleh blah..
Kata-kata Laila sedikit menjentik api kemarahan Aiman yang tadinya berlagu tenang.

“Kau ingat aku nak sangat ke cium kau? kalau bukan sebab mama ada tadi, tak akan dapat kau ciuman dari aku.” Balas Aiman dengan ego yang tinggi melangit.

“Ceh…ingat I nak sangat ke kena cium dengan you. Kalau tak sebab mama, dah lama I karate you tau tak.” Kata Laila kegeraman. Sakit hatinya mendengar kata-kata suaminya. Tapi bila mengenangkan suaminya yang sudah bersusah payah membalut tangannya malam tadi, disabarkan saja hatinya yang mula memberontak.

“But….thanks, you yang balutkan tangan ni kan?” Tanya Laila sambil mengangkat tangannya yang berbalut dihadapan mata Aiman. Hendak tahu Aiman mahu mengaku ke tidak?

“Aku… just tak nak tangan kau tu kudung je nanti, kena jangkitan kuman. Malu nanti aku nak mengaku isteri.” Aiman masih lagi ego. Kalau sudah namanya lelaki memang tidak akan terlepas daripada sifat ego yang satu tu.

 Bibir Laila diketap kuat. “Malas nak cakap dengan you.” Geram Laila dibuatnya. Bukan itu jawapan yang diharapkan keluar dari bibir suaminya. Tanpa menoleh lagi, dia terus masuk ke dalam rumah meninggalkan suaminya berseorangan diluar.

Aiman pula tersenyum melihat keletah isterinya yangmencuit hati. Tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni dia suka sekali melihat isterinya naik angin.
*****
“Esok papa nak Aiman dengan Laila jumpa anak Tan Sri Sulaiman, bincang pasal bajet untuk projek kerjasama dekat johor tu.” Dato’ Razali berkata semasa mereka makan malam. Projek yang dijalankan hasil usahasama antara dua syarikat yang menelan belanja jutaan ringgit Malaysia itu harus diurus sebaik mungkin. Bukan projek kecil.

Laila yang sedang mengunyah nasi terhenti seketika, kemudian matanya dilirikkan kearah sisi kanannya. Suaminya yang sedang enak mengunyah makanan diperhati sekejap. Tiba-tiba idea nakalnya datang.
Hemm…nak jumpa buaya tembaga. Masa inilah hendak membalas balik apa yang Aiman buat semalam. Dia ingat dia seorang saja yang ada peminat?

“Laila pergi seorang pun boleh papa, sebab abang tak terlibat dalam penyediaan bajet tu.” Luah Laila dengan tujuan mahu menyakitkan hati suaminya pula. Semalam suaminya kan, hari ini dia pula.
 
Terhenti terus suapan Aiman, serta merta isterinya yang duduk disebelah dipandang tajam dengan ekor mata. Laila perasan dengan pandangan mata tajam suaminya, tapi sengaja dia buat-buat tidak faham.
Kata-kata Laila itu tadi sudah cukup untuk membakar perasaan Aiman. Cemburu! tidak tahu kenapa dia pantang betul kalau nama Amir disebut, tambah-tambah lagi datangnya dari bibir isterinya.

“Emm…boleh juga. Aiman boleh ikut papa pergi tengok tapak projek.” Dato’ Razali memberi cadangan.

“Tak apa papa, Aiman temankan Laila esok!” Tegas dan keras kedengaran bicara Aiman sambil matanya masih tajam menatap wajah isteri disisinya yang tidak beriak langsung. Mati terus seleranya walaupun lauk yang terhidang malam ni, semuanya kegemarannya. Hatinya dipagut cemburu!

“Suka hati Aiman la…papa tak kisah.” Dato’Razali memberi persetujuan. Dia juga berasa tidak sedap hati nak melepaskan menantu kesayangannya itu berjumpa berdua saja dengan anak Tan Sri Sulaiman itu. Sudah banyak cerita yang tidak enak didengarinya berkenaan  dengan anak Tan Sri itu. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran Aiman sebagai peneman dapat juga mengurangkan rasa tidak sedap dalam hatinya walaupun dia tahu bagaimana keadaan hubungan anak menantunya itu.

Huh…nak lepaskan isterinya keluar dan jumpa berdua dengan mamat buaya tembaga tu? Langkah mayatnya dulu.

“Aiman dah kenyang, Aiman naik atas dulu.” Aiman meminta diri sambil membawa pinggannnya ke sinki di dapur, sejak kecil dia sudah dididik supaya tidak menyusahkan Mak Mah. Lagi pula dia sudah menganggap Mak Mah seperti ibunya juga, tidak sanggup melihat mak Mah bersusah payah membasuh pinggan didapur. Setakat sebiji pinggan dan cawan, apalah yang susahnya.

“Laila pun dah kenyang, Laila masuk dapur dulu ye.” Kali ini Laila pula yang meminta izin, cepat-cepat dia bangun dari kerusi dan melangkah laju menuju ke dapur. Dilihat suaminya sedang membasuh pinggan didapur. Tanpa disedari, senyuman mula terukir di bibir merahnya. Pandai juga suaminya ni buat kerja orang perempuan, puji Laila dalam hati. Tapi dalam hati sajalah boleh puji, kalau dekat depan-depan tidak boleh. Pantang.

Langkahnya diatur dengan berhati-hati mendekati suminya yang sedang rancak membasuh pinggan, tak pandang kiri kanan. Pinggan dan cawan kotornya diletak perlahan diatas kebinet dapur dan lengan baju tidurnya disising sampai ke siku.

“Ehem..” Bunyi yang dihasilkan Laila itu berjaya mengalihkan sedikit perhatian suaminya itu. Sesaat kemudian suamiya sudah menoleh kearahnya yang sedang setia menunggu disisi kanannya itu.

‘Bila masa pula perempuan ni masuk dapur? Asal aku tak perasan pun. buat malu aje, mesti dia tengah tergelak sakan dalam hati tengok aku basuh pinggan’ Gerutu Aiman.

“Biarlah I yang sambung basuh pinggan tu, you pergilah naik atas dulu.” Laila menawarkan dirinya untuk jadi orang gaji tidak berbayar sekejap. Kesian pula melihat suaminya bersusah payah membasauh pinggan mangkuk.

Sunyi melatari mereka yang ada di depan sinki dapur. Mak Mah pun sudah tidak ada di dapur, sudah masuk ke biliknya menunaikan solat isyak.

“Dengan tangan berbalut macam mumia tu, macam mana kau nak basuh pinggan?” Setelah beberapa ketika keadaan sunyi menemani mereka, akhirnya suara Aiman memecah kesunyian.

Sekarang baru Laila terasa kebodohannya saat ini. Macam mana dia boleh terus bercakap  tanpa berfikir terlebih dahulu. Rasa hendak diketuk-ketuk saja kepalanya yang memberikan idea itu. Kepalanya dipalingkan menghadap peti ais. Buat malu tuan badan sajalah mulut ni.

Aiman yang perasan dengan reaksi muka Laila yang kelihatan malu dengan kata-katanya tadi tiba-tiba mengukir senyuman lucu. Tercuit hati dia melihat gelagat isterinya yang kadang-kadang kalut itu.

“Macam nilah. Aku basuh pinggan, kau keringkan and susun dekat rak..ok?” Cadang Aiman, Laila yang sejak dari tadi duk tenung peti ais, kembali menoleh melihat suaminya itu. Perlahan-lahan dia mengangguk kepala tanda setuju.

“Bagus. Sebagai balasan, lepas habis basuh pinggan ni kau kena buatkan aku air milo.” Aiman menambah arahan, kemudian disambung kembali kerja yang tergendala sebentar tadi. Laila hanya berdiam diri ditepi suaminya, apabila pinggan dihulurkan kepadanya, dia menyambut dan mengeringkannya dengan tuala bersih dan disusun diatas rak pinggan.

Mak Mah yang kebetulan lalu didapur hanya tersenyum melihat mereka berdua. Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar sinar kebahagiaan akan hadir suatu hari nanti buat mereka berdua.
*****
Setelah habis membasuh pinggan, mereka berdua masuk ke bilik tidur mereka di tingkat atas. Laila menukar pembalut di tangannya dengan yang baru di atas katil.  Dua hari lagi baiklah rasanya. Nasib baik tidak berparut, just merah aje. Kalau tidak, mahu jatuh sahamnya. Tanpa sedar senyuman terukir di bibirnya yang merah. Teringat kata-kata Aiman di meja makan tadi.

“Kau senyum-senyum kenapa? seronok nak jumpa Amir?” Aiman memerli. Sakit hatinya melihat senyuman manis yang bergayut di bibir isterinya.

“Kenapa? tak boleh?” Kalau jealous cakap sajalah. Setelah selesai membalut, terus selimutnya ditarik hingga paras dada. Matanya yang mulai pedih minta dipejamkan.

“Please.. turn off the light. Tak sabar nak tunggu esok pagi.” Seloroh Laila lagi walaupun mengantuknya sudah mula menjemput. Seronok dia tengok muka Aiman yang naik geram dengan sikapnya itu.
Aiman yang kebetulan berdiri berhampiran suis lampu rasa bertambah saki hati. Terus suis lampu ditutupnya kasar , gelap gelita jadi suasana. Kakinya hendak melangkah kearah sofa, tapi entah apa malangnya malam ni,  kakinya tersadung pada karpet tebal yang melitupi lantai. Tubuhnya mula hilang keseimbangan lalu jatuh menghempap Laila yang sudah mahu menyulam mimpi

“Awww! sakitlah you.” Kelopak mata Laila yang tadinya terpejam, automatik mula terbuka luas bila terasa badannya sakit dihempap tubuh berat suaminya. Beberapa saat kemudian wajahnya terasa panas apabila menyedari yang wajah suaminya sudah terlalu hampir dengan wajahnya. Terasa hangat nafas suaminya menampar-nampar pipinya. Paluan rentak jantungnya mula berubah kencang.

“Bangunlah…bangun…berat tahu!!” Laila bersuara kuat. Ditolak-tolak bahu suaminya sekuat hati. Memang berat pun, macam hendak penyek tubuhnya dihempap suaminya itu. Namun tiada gerakan yang terhasil dari penolakannya itu.

Aiman bagaikan terpaku melihat kecantikan isterinya dalam jarak yang dikira terlalu dekat begini. Dari kening yang cantik terbentuk, mata yang galak bersinar, hidung yang comel terletak dan matanya jatuh ke bibir merah isterinya yang terasa begitu menggoyahkan imannya. Air liurnya ditelan payah. Gulp….

“Bangun!!” Jerit Laila lagi.

Suara jeritan Laila yang bingit masuk keteliganya mengembalikan semula rasional Aiman. Terus tubuhnya  dibawa bangun dari menghimpit tubuh isterinya yang kecil molek itu. Peluk yang sedikit merenik di dahinya dilap dengan jari.

“Sorry..aku tersadung tadi.” Aiman meminta maaf, sungguh dia tidak berniat langsung hendak menghempap isterinya itu. Kejadian berlaku tanpa dijangka.
Laila mengurut dadanya yang terasa sakit. Sudahlah tangannya sakit, ini kena hempap dengan gergasi pula…

“Sorry..dah.. tidurlah.” Saran Aiman. Dia juga perlu menenangkan diri dan perasaannya yang masih terasa bergelora. Seakan-akan terasa lagi lekuk tubuh langsing isterinya melekap di badannya. Terus badannya direbah atas sofa dan matanya dipejam rapat, cuba melupakan apa yang jadi tadi. Lama-kelamaan hilang..hilang..dan terus menghilang sampai dia pun hilang dibawa arus mimpi.
*****

Pagi ni Laila kelihatan sangat cantik dimata Aiman. Melihat senyuman yang terukir dibibir mungil isterinya, serta merta mengundang sakit hatinya. Maklumlah, hari ni mereka ada temu janji dengan mamat buaya tembagatu, siapa lagi kalau bukan Amir Izham. Mereka sudah berjanji untuk bertemu di Marmalade Cafe, Bangsar Village II.

“Dah…jomlah cepat.” Kata Laila dengan nada excited yang sengaja dibuat-buat. ‘Hari tu kau sakitkan hati aku kan bekepit dengan minah miang tu. Ni giliran aku pulak haha..’ Laila gelak jahat dalam hati.

“Nantilah kejap, tie ni ha.. bersimpul pulak.” Sengaja Aiman mencipta alasan hendak melengah-lengahkan masa. Menyampah rasanya hendak berjumpa mamat tu, sikap Laila yang excited melebih pun turut mengundang sakit hatinya.

“Sengajalah you ni. Nanti Amir dah tunggu nanti kan susah!” Bebel Laila sambil berjalan mendekati suaminya. Tie yang sedia tersangkut di leher suaminya ditarik kuat.
 
Aiman terdorong kedepan dek tarikan pada tienya. Rapat mendekati tubuh isterinya, terkejut Aiman dengan tindakan drastik isterinya itu. Kini tubuhnya dengan Laila sudah terlalu hampir. Matanya tidak lepas memerhati wajah isterinya yang kelihatan serius mengikat tali lehernya. Perfume chanel No.5 yang dipakai isterinya, mula membuatkan dia lemas dengan perasaannya sendiri

Beberapa minit kemudian kolar baju kemeja suaminya diturunkan. Siap! matanya diangkat dari tie suaminya dan mendongak keatas sedikit . Saat itu, matanya terus bertembung dengan mata berkilat milik suaminya. Lama. Baru dia perasan yang jaraknya dengan Aiman terlalu hampir.
Terus tubuh suaminya ditolak perlahan menjauhi tubuhnya. Nafasnya terasa tersangkut-sangkut kalau berada dekat sangat dengan suaminya.

 “Dah…jom gerak.” Laila menyambar handbagnya diatas sofa dan berjalan mendekati pintu. Kemudian dia menoleh kebelakang ,kelihatan Aiman masih lagi diam tidak berkutik.

“Cepatlah!!” Gamit Laila lagi. Aiman terus tersedar dan menyambar kunci keretanya yang diletak atas meja solek. Pintu bilik ditutup rapat.

Friday 10 August 2012

cover Bisikan kata hati @ BKH

 ~ ehem2...sesiapa tolong cubitkan pipi ni bleh tak?? rupanye cover ni dh lme di email, tp maybe mata ni x perasan kot haha...at last setelah berbulan-bulan tunggu akhirnya keluar jugak. pada semua yang dah lama menunggu diucapkan berjuta-juta terima kasih...tangan ni rasa tak cukup nak menghulurkan salam nak cakap terima kasih huhu...so jgn lupa beli ye sume ^^ insyallah 300 pertama akan dpt tandatngan dr Dila

~salam sayang pada sume...muah3xxxxx