Sunday 26 March 2017

POLAROID CINTA ZENIA - BAB 2



Zenia mengatur langkah ke arah dinding berdekatan mesin ATM di bangunan satelit itu. sesekali matanya mencuri pandang kearah Fahad yang sedang bersembunyi dibelakang tiang besar sana memerhatinya.

Surat dan sekuntum bunga ros merah yang dipegangnya itu digenggam kuat sebelum belakang kepalanya itu digaru.

“Psstt...”

Zenia angkat kepala, dilihat Fahad sudah memuncung-muncung memberi isyarat padanya itu. Melihat si gadis yang sudah mula bergerak kearah lif sana, pantas dia membuka langkah. Surat dan bunga itu disorok ke belakang badannya.

“Excuse me...” tegurnya tanpa salam. Dilihat gadis berambut panjang itu sedikit teragak memandangnya.

“Ya.” Si gadis menyahut dengan riak bingung.

“Saya nak cakap dengan awak sekejap boleh?” Suara Zenia tanpa teragak walaupun dilihat dua orang rakan gadis itu sudah memandang pelik padanya.

Pelipis Nadia berkerut kecil apatah lagi melihat penampilan gadis serupa tomboy itu. sesaat kemudian kedua rakannya dipandang. “Korang nak la library dulu, kejap lagi aku datang.”

“Okay,” sahut keduanya sebelum membolos masuk ke dalam perut lif yang sudah terbuka luas.

Setelah pintu lif tertutup rapat, Nadia memandang gadis berkemeja jeans di depannya itu. “Nak cakap apa eh? Saya kenal awak ke?” Soalnya.

“Tak... tak kenal. Saya... nah.” tanpa memikir panjang terus surat dan bunga itu dihulur pada gadis itu. jelas terlihat mata gadis itu yang terbeliak besar memandangnya kaget, apatah lagi bila pelajar yang lalu lalang di situ turut menoleh kearah mereka.

“Sorry saya bukan les...”

“Kejap... kejap! Jangan salah faham dulu, bunga dengan surat ni bukan saya yang bagi,” Potong Zenia laju cuba menerangkan kedudukan sebenarnya.

Nadia lepas nafas. “Owh... saya ingatkan... takde apa la.” kepala digeleng kecil.

“Bunga dengan surat ni dari kawan saya. Fahad.” Kemudian dia menoleh mencari kelibat lelaki itu.
“ahh... lelaki sana tu, yang dekat tiang tu.”

Mata Nadia mengikut arah tangan itu. Sebaik terlihat lelaki tubuh sasa dan tinggi lampai itu dia terkedu seketika. Kacak, detik hatinya. Bila lelaki itu menunduk kecil dan melempar senyum padanya, dia turut membalas senyum kecil.

“Kenapa dia tak bagi sendiri je?” Tanya Nadia seraya mengambil surat dan bunga itu.

“Ermm... dia tu pemalu sikit,” jawab Zenia. Pemalu kepala hangguk kau!

“Owh... takpe la kalau macam tu. Cakap dekat dia terima kasih.”

Zenia mengangguk sebelum teragak dia bergerak berlalu pergi. Nadia turut menghilang ke atas.
Sebaik tiba depan Fahad terus kepala lelaki itu ditolaknya kasar.

“Sengal la kau! Tak pasal-pasal orang ingat aku lesbian!” Marah Zenia dengan muka
memerahnya. Macam takde orang lain dia nak mintak tolong bagi. Suruh jela Haryani ke bagi!

Terus pecah ketawa Fahad tengok muka bengang bercampur malu itu. “Ala... rilek la Zen, yang penting kita orang tahu kau bukan lesbian,” balas dia selamba di hujung tawanya.

“Bongok!” Terus Zenia buka langkah besar meninggalkan lelaki itu. Dalam diam dadanya terasa kelat sendiri.

Fahad lorek senyum sebelum mengejar gadis itu. Selamba saja tangannya naik melingkar ke bahu kecil itu.

“Jom aku belanja ais krim.” Dia dan Zenia sudah berkawan baik dari semester dua lagi. Kalau diingatkan sepanjang semester satu dia dan Zenia adalah musuh sejati. Semuanya gara-gara gadis itu yang menyimbahnya dengan kuah kari sewaktu minggu orentasi dulu. tapi kalau difikir semula, semuanya berpunca daripadanya juga. Lancangnya mengutuk penampilan serupa lelaki Zenia itu di hadapan semua kawan-kawan lelakinya dulu. Tapi siapa sangka yang kini mereka sudah menjadi kawan baik. BFF katanya!

Tangan sasa yang memberat dibahunya itu ditepis Zenia. Kadang-kadang dia benci dengan Fahad! Perlakuan selamba dan lepas laku lelaki itu selalu membuatkan dia marah sendiri. Marah, kerana dia tahu kalau Fahad tak pernah menganggapnya sebagai seorang perempuan.

“Magnum dua.” kata Zenia keras.

Tangan Fahad naik tabik ke dahi. “Siap tuan! Eh... Cik Zenia” sahutnya ceria sebelum menayang susunan gigi cantiknya.

Zenia hanya melempar jelingan tajam.

*****

Sebaik selesai basuh tangan, Zenia kembali ke ruang tamu dan duduknya dilabuhkan ke sofa hitam di situ. Panjang saja tangannya mencapai remote mencari siaran. Haryani muncul dengan semangkuk jambu air yang sudah siap dipotong di tangan.

“Zen...”

“Apa?” matanya masih melekat pada tv di depan.

“Kau rasa kali ni Fahad serius ke dengan perempuan tu?”

Soalan Haryani itu berjaya menghentikan jarinya yang menari pada butang remote itu. “Entah. Kau tanya la dia sendiri.” jawabnya berbunyi malas. Tak kuasa dia nak ambil tahu, yang penting tugasnya sebagai kawan dah selesai. Lelaki tu nak couple ke... nak kahwin ke, lantak kau la.

Haryani sumbat jambu ke dalam mulutnya sambil berfikir. “Hurm... rasa aku la kan. Kali ni Fahad serius.” Kemudian silanya ditarik ke depan Zenia.

“Yela, cuba kau bayangkan. Ini kali pertama tau Fahad sendiri yang luahkan perasaan dia pada perempuan. Manalah pernah dia luahkan perasaan dekat mana-mana perempuan sebelum ni. perempuan je yang selalu kejar-kejar dia selama ni.” sambung Haryani lagi.

Siapalah yang tak kenal dengan Fahad Izwan Dato’ Fadhil. Sudahlah kacak, tinggi, badan sasa, anak orang berada lagi. Lagi satu senyuman tu, boleh mengigau kalau pandang lama-lama. Sajak sangatlah lelaki itu dipilih sebagai senior lelaki paling popular di majlis makan malam fakulti mereka dua bulan lepas. Tapi satu yang dia respect dengan Fahad ni, dia bukannya lelaki yang suka main-mainkan perasaan perempuan. Senang kata bukan ‘playboy’ la, kalau tak suka dia terus terang je tolak perasaan perempuan tu walaupun dirasa agak kejam.

Zenia hanya angguk malas mendengar. “Bagus la kalau dia tu serius. Lagipun kita dah semester akhir pun, elok sangatlah. Lepas habis ni boleh terus kahwin.”

“Betul jugak kan. Kau Zen... kau dah usyar-usyar ke nak apply kerja mana lepas ni?” mereka tinggal semester akhir ni aje sebelum semuanya bertebaran cari kerja. Lainlah Fahad, keluarga sendiri ada firma arkitek, tak perlu susah payah hantar resume semua.

“Ada la jugak, tapi semua area KL kot. Lagipun nenek aku ada dekat sini senang, tak payah mintak jauh-jauh. Kau?”

Hampir 20 tahun dia hidup bersama nenek dan Mak Su-nya. Dan hampir 20 tahun jugak dia tak pernah kenal dengan papa mamanya. dia ditinggalkan pada neneknya waktu usianya baru 3 tahun, wajah keduanya pun tak pernah ada dalam ingatannya. Yang dia tahu papa mamanya sekarang duduk di London bersama kakak kembarnya. Dulu selalu juga bertanya kenapa papa mamanya tak pernah ambil peduli tentangnya, menjenguk pun tidak. Tapi makin dia meningkat remaja, soalan itu seolah-olah sudah tersangkut di anak tekak. Tak pernah terluah lagi di bibir, kerana dia tahu jawapan yang diterima tetap akan sama

‘papa mama tak pernah lupakan Zen, tiap bulan mereka kirimkan duit untuk perbelanjaan Zen. Tapi buat masa sekarang, papa mama tak boleh balik lagi.’

Itu jawapan yang selalu diterimanya setiap kali dia mengaju soalan. Dia selalu mempersoal kenapa papa mamanya hanya bawa kakak kembarnya saja ke London, sedangkan dia ditinggalkan sendirian di Malaysia. Banyak kali air matanya tumpah cuba mencari jawapan, tapi masih tak ketemu.

“Aku kalau boleh nak mintak dekat JB je, dekat dengan family. Tapi kalau dah rezeki aku dekat sini, aku okay je. Sekurang-kurangnya ada la jugak kau teman kan.” bahu Zenia dipeluknya manja.
Zenia buat muka. “Eleh... cakap jela kau tu takde kawan sebenarnya selain aku kan!” kepala itu ditolaknya lembut.

Haryani memuncung, lengan itu dipeluknya erat. “Tau pun kau. Aku sayang kau tau!”

Zenia hanya ketawa menggeleng saja dengan sikap Haryani yang memang terkenal manja itu. Macam manalah agaknya Hairi dan Faizul, teman lelaki Haryani melayan.

“Kau rasa perempuan tu okay ke dengan Fahad?” tiba-tiba saja cerita berpusing pada Fahad semula

“Eii... aku tak tahulah Yan! Kau jangan tanya aku boleh tak?” Macamlah dia boleh tengok masa depan.

“Yela, Fahad tu kan kawan baik kita. Aku tak nak la kot dia tersalah pilih perempuan ke. Kalau Fahad dengan kau, aku lagi suka,” ujar Haryani bersahaja.

Tersentak dada Zenia!

“Kau jangan mengarut la Yan,” pertikainya.

“Apa yang mengarutnya? Kau tu tetap perempuan tau walaupun penampilan kau macam lelaki!”

Zenia menggeleng kepala. “Malas aku nak layan kau.” Lebih baik tengok movie lagi bagus.

Bahu itu disenggol Haryani. “Kau tak teringin ke pakai baju macam perempuan Zen?” Soalnya manja. Terdengar bunyi decitan dari bibir merah itu.

“Bukan jiwa aku la Yan.”

“Tapi aku tengok gambar sekolah kau dulu, cantik je kau pakai tudung semua,” Haryani berdalih. Dia berani kerat jari ramai lelaki yang bakal terpikat kalau tengok Zenia berpakaian perempuan. Tapi bab rambut pendek tu dia tak boleh buat apa la, tapi boleh saja pakai tudung. Dia sendiri berani mengaku kalau Zenia ni jatuh kategori gadis cantik sebenarnya. Kulit putih mulus, mata galak, bibir merah, badan langsing, tapi sayang semua tersembunyi dek penampilan tomboy itu.

“Itu pun sebab terpaksa! Takkan la dekat sekolah aku nak pakai baju budak lelaki pulak,” bidasnya. Gagal logil betul la Yan ni pun.

Kepala Haryani berputar ligat. Tiba-tiba dia dapat idea. “Hahh... minggu kedua bulan depan kita ada majlis Malam Cinta Rasul kan? Aku nak kau pakai baju kurung masa tu!”

“Huh?” Zenia jatuh rahang. “Tak nak aku!”

“Boleh la Zen. Aku teringin sangat nak tengok kau pakai baju kurung. Selama 4 tahun ni, sekali pun aku tak pernah tengok kau pakai tau,” pujuk Haryani lagi

“Malas la.” Kepala digaru Zenia.

“Ala, kalau kau takde baju kurung kau pinjam jela baju aku dulu. Saiz kita sama kan. Please Zen... anggap la ni permintaan terakhir aku sebelum kita habis degree ni.” kedua tangannya digenggam sesama sendiri dan matanya dikelip berkali mengharap persetujuan dari mulut itu.

Muka penuh mengharap itu dipandang Zenia penuh berbaur. Berbelah bagi samaada nak setuju ataupun tidak. Tak pernah-pernah dia pakai baju kurung sepanjang pengajian mereka di sini. Kalau Hairi dengan Fahad tengok nanti macam mana, confirm dia kena bahan nanti!

“Kau sayang aku kan Zen? Kalau tak aku merajuk!” dia sudah memeluk tubuh dengan muka masam dan muncung panjang sedepa.

Berkerut hebat dahi Zenia memikir permintaan itu. “Ish... masalah la minah ni. Yela... yela... aku kena gelak nanti kau, aku humban masuk tasik nanti!”

“Yeayy! Janji tau.” Kelingking halus itu ditarik dan dicangkuk dengan jari kelingkingnya memeterai janji.

Zenia hanya mampu mengeluh. Dah terlajak janji, redahkan sajalah. Bila lagi dia nak buat kerja gila macam ni. Lagipun mereka sudah semester akhirnya, paling kurang pun kena tahan telinga je kena gelak. Lepas tu takde dah bila masing-masing dah bawa haluan sendiri.

-BERSAMBUNG-

p/s: Kalau sudi ringankan2 komen dila sgt hargai. arigatou gozaimasuuu....

Wednesday 15 March 2017

MANISNYA SOUFFLE VERSI NOVEL- [ OPEN ORDER!]

ALHAMDULILLAH.....






Tak terhingga rasa syukur ke hadrat Allah. akhirnya novel ke-5 dila 'MANISNYA SOUFFLE' sudah pun keluar dibawah penerbitan KAKI NOVEL.

Rasanya dah lama ceritanya di hold utk memberi ruang supaya dila menyiapkan manuskrip penuh dia kan?? masih ingat tak jalan cerita dia? masih ingat tak pada Zafeeq Aidan & Mia Aizara?

Alhamdulillah... akhirnya penantian ni berbaloi jugak kan? *nangis tepi bucu katil sob...sob

Insha allah skrang dila akan start dengan projek baru 'KASIH ZENIA'. keep supporting me okay <3


Sinopsis Manisnya Souffle:


Saat kecewa dikhianati teman lelaki dan teman baik sendiri, muncul seorang lelaki misteri yang berjaya mengubat lara di hati Mia Aizara hanya dengan sepiring soufflé yang manisnya hingga kini masih terasa.

Dua tahun kemudian, ‘Paris Hilton Malaysia’ itu kembali. Seorang gadis muda yang menjadi pewaris kepada empayar hotel milik keluarganya. Sekembalinya dia di situ mempertemukan dia dengan seorang chef, Zafeeq Aidan. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan kehidupan ‘diva’nya tunggang-langgang. Maruahnya tercalar, egonya terguris.

“I bos dekat sini! Lantai restoran yang you pijak ni semuanya atas penguasaan I. I’m the boss here, not you! Kalau you masih tak puas hati, dipersilakan angkat kaki dan berhambus dari sini!” - Zafeeq
“You... did you just talk back to me?!” – Mia

Hari demi hari membuatkan kedua-duanya kian rapat dan akhirnya kata cinta terluah di bibir masing-masing. Namun, sebuah ‘rahsia’ yang telah tersimpan sekian lama memburukkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa menimpa Mia membuatkan dia kian lelah hinggalah akhirnya....

“Kita berpisah.” – Zafeeq

“I doakan you takkan bahagia selamanya Zaf!” – Mia

Air mata menjadi sahabat setia. Luka yang terobek tak mampu lagi diubati. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan semuanya. Adakah ini pengakhiran kisah mereka? Kisah yang hadirnya ibarat mimpi yang tak pernah dia dambakan.

“Datangnya kau ibarat mimpi yang tak pernah aku dambakan....”

SEMENANJUNG : RM24


SABAH&SARAWAK : RM27

Order boleh dibuat terus daripada KAKI NOVEL ^^

Cara Oder:

1) PM Cik KN dihttps://www.facebook.com/kakinovelofficial/messages/
2) WHATSAPP KN di talian 0177145595

3) Klik butang 'SHOP NOW' untuk melanggan di laman web kami ‪www.kakinovel.my


Satu lagi. Diingatkan ye order untuk novel ni tak disertakan dengan tandatangan. Dan dila akan berada di booth kaki novel sewaktu PBAKL nnti.

JADUAL PESTA BUKU ANTARABANGSA

6 Mei - 11.30 hingga 1.00 pm
&
7 Mei - 2.30 hingga 4.00 pm

Jadi jangan lupa bawak buku sekali untuk jumpa dila dekat sana nanti okay >_< Oh ye... untuk yang dtg di PBAKL nnti ada special gift tau!!




uolss akan dapat bookmark atas ni tau. Jadi jumpa sana nanti! Muah.... xoxo

Tuesday 14 March 2017

POLAROID CINTA ZENIA -PROLOG



“Saya minta maaf... Cik Nadia, tak dapat kami selamatkan “

Zenia terjelepuk jatuh sebaik mendengar kata-kata itu. Lesu airnya menuruni pipi. Esak tangis ahli keluarga Nadia yang sudah menunggu sejak tiga jam yang lalu di luar bilik pembedahan itu mula bergema di lorong sunyi itu.

Fahad terpempam, fikirannya kosong. Hilang segala ekspresi di wajah itu. Setiap kenangan manis antara dia dan Nadia berulang tayang seakan pita rakaman yang diulang semula. Gelak tawa, rajuk, dan tangis gadis itu yang selama ini mewarnai hidupnya kini sudah terbakar dan melayang menjadi debu. Punah segalanya... punah gara-gara Zenia!

Perlahan anak matanya menyorot tajam pada si gadis yang teresak di lantai sana. Tangan dikepal kuat hingga tertimbul urat-urat ditangan itu. tangisan yang menampan di telinganya itu tak ubah seperti ketawa sindiran yang kian menoreh luka di hatinya itu. Alangkah bagusnya kalau dia tak pernah kenal gadis bernama Zenia Imani ini!

“Puas hati kau sekarang?”

Terdongak Zenia sebaik mendengar suara keras bercampur sebak itu. Wajah kacak itu ditatap dalam kabur matanya.

“Fahad... aku...”

“Puas kau sekarang Nadia dah takde?!”

Terkejut Zenia menerima tengkingan kuat yang menggegar telinganya itu. Sampai hati Fahad menuduhnya sebegitu.

“Memang ini yang kau nak selama ni kan? Sebab sebenarnya kau  dah lama cintakan aku!” merah padam mukanya menutur kata.



“Fahad...” 

Zenia terpempam bila tiba-tiba tubuh sasa itu meluru laju ke arahnya. Kedua pipinya dicengkam kuat. Makin laju air mata yang keluar menahan sakit. Dia sudah tak nampak lagi pandangan Fahad Izwan yang dia kenal selama ini. Hanya kebencian saja yang terbias di mata merah itu.

“Kau jangan ingat aku akan terima kau lepas Nadia pergi Zen. Cinta kau tak ubah ibarat racun bagi aku! Kalau bukan sebab kau, aku dah bahagia dengan Nadia!” Ditunak raut wajah itu penuh rasa benci. Pipi mulus itu dilepas kasar, dan dia bangun semula. Air matanya dikesat dengan lengan baju melayu putihnya itu. Nafas dihelanya dalam.

“Zenia Imani Binti Muhammad Khairul...”

Nafas Zenia seolah terhenti mendengar suara garau tanpa perasaan itu. Tak berkelip matanya menatap wajah itu. tangan kasar itu dicapai bersama gelengan. “Jangan Fahad...”

Wajah lencun itu dipandang Fahad tanpa sekelumit pun rasa simpati. “Aku ceraikan kau dengan talak satu.”

Akhirnya terlepas jua pegangan tangan itu dengan terlafaznya kata itu dari bibir sang suami. Suami yang belum sampai sehari mereka bergelar suami isteri, dan kini dia telah diceraikan. Langkah lelaki itu dihantar dengan air mata. Sesak dadanya mengatur hela yang seakan tak sudi masuk ke ruang dadanya itu.

 ‘Kalau umur dah 30 masih tak ada lagi lelaki nakkan kau Zen... kau jadi jela isteri kedua aku eh.’

Kata gurauan itu terngiang di telinganya. Fahad Iswan... lelaki dan sahabat yang dicintainya dalam diam. Cinta yang terlalu payah untuk digapai menyedari kekurangan dalam dirinya, dan kini segalanya sudah hancur menyembah bumi. Tiada lagi tali persahabatan... apatah lagi cinta yang tak pernah wujud buat dirinya.


Akhirnya digagahkan jua kedua kakinya dan dia turut melangkah pergi. Pergi meninggalkan kenangan yang tak ubah ibarat mimpi buruk semata-mata.


Fahad Iswan



Zenia Imani

p/s: NEW STORY gaiss... kali ni kita bawakkan heroin yg berpewatakan tomboy pulak deh. ini baru pengenalan, keep supporting sygku >_<