Saturday 21 April 2012

Sejuta Kasih Qairina-17



Kepalanya dijengah keisi dalam peti sejuk. Ni memang nama rumah bujang ni, ada telur aje? Apa barang peti ais besar gedabak mengalahkan almari baju aku kat rumah ni. Buat menyemak je! Kepalanya digeleng-geleng. Tak patut betullah suami aku ni pun. Bawak aku masuk rumah cantik macam ni tapi sebutir beras pun tak jumpa kat ceruk dapur ni. Sepapan telur dibawa keluar dan diletak atas microwave jenama Hitachi. Apasal semua barang dalam ni nampak macam baru je. Ni mesti kes tak pernah masak ni.

Iskandar yang mula terhendap-hendap macam harimau tunggu mangsa dalam belukar mula tersengih. Iphone dalam kocek seluar bermudanya diletak atas meja makan. “morning dear” sapa Iskandar pada isterinya yang tengah kusyuk bersilat depan kuali membuat omelet
            
      “What are you doing?” soal iskandar walaupun terang lagi bersuluh dia tahu apa yang sedang dilakukan isteriya itu. moodnya mengada in da hause. Macam budak-budak pulak dah. Aishh.. memang tak padan umur la kau ni Is.

“Nampak tak ni?” sudip ditangan ditayang depan inche hubby.

“Uhuh..”

“So..tak faham-faham lagi ke? Mestilah Qhai tengah masak, untuk abang jugak.” Qairina mula geram dengan soalan loyar buruk suaminya.

Uih..ni apasal emo pagi-pagi buta ni? Ke kepala dah terhantuk dekat buju katil subuh tadi? pagi buta apanya Iskandar oi..matahari dah terpacak dekat atas langit tu. “Qhai ni betul ke pandai masak ni? Ni dah serupa macam sumo masuk gelanggang aje ni kenapa, dengan peluh bagai. Kalau tak reti, tengah hari ni kita makan dekat luar je.” Usul Iskandar. kakinya berlalu kearah peti sejuk dan dibuka pintunya. Sekotak oren jus peel fresh dibuka dan diteguknya menghilangkan rasa haus. Apasal rasa seram sejuk pulak ni? Rasa air cond dah tutup pagi tadi.

Mata Qairina menyorot tajam kearah suaminya yang membelakangkannya macam nak tembus. Kalau aku baling sudip ni ok tak? Berani betul nak mempertikaikan cooking skill aku. “hei...see the leg la. Abang cakap aje abang nak makan apa, Qhai boleh masakkan. Masakan melayu, western, thai, just said it. Jangan pandang rendah dengan isteri abang ni ok, bukan setakat dapat master dari universiti luar negara, Qhai pun champion dalam bab masak memasak ni ok.” Panjang bebelan yang dimuntahkan Qairina.

Iskandar berpaling sebelum mengangguk macam burung belatuk. “oo...kiranya memang beruntunglah abang ni kan. Dapat isteri yang bijak serba serbi macam ni.” Penutup fresh orange ditutup dan diletak balik dalam freezer.

“Of course..you should be proud of me.” Balas Qairina lagi dengan kening yang sudah terangkat. Elektrik dapur dipadamkan dan piring yang terletak dirak dicapainya. Omelet yang sudah siap diletak diatas meja. Perghh...aroma menangkap sampai ke perut.

“Tapi Qhai tengok dalam peti ais tu tak ada apa-apa barang pun. Telur je ada. Buat apa beli peti ais besar gedabak macam tu kalau isi tak ada.” Kata Qairina memerli sambil memuncungkan bibirnya kearah peti ais moden yang elok kemas melekap disatu sudut dinding dapur. Besar memanglah besar, tapi isinya tak ada. Ini pun nasib baiklah dia jumpa telur dalam tu, boleh la jugak dibuat omelet untuk mengisi tembolok pagi ni. Kalau tak, memang haram jadah nak makan, makan jari jela.

It is your responsibility dear. Qhai dah jadi mem dalam rumah ni, jadi buatlah apa yang patut. Its up to you.” Balas Iskandar sebaik saja duduknya dilabuhkan dikerusi meja makan. Aroma omelet yang mula bertebaran memenuhi segenap ruang makan itu benar-benar menaikkan seleranya. Patutlah pagi tadi selepas bangun saja, kelibat isterinya tak kelihatan. Tengah test skill memasak rupanya.

“Kalau macam tu hari ni kita pergi shopping barang dapur.” Penuh teruja dan berseri-seri wajah Qairina berbicara. Air coffe yang dibancuhnya dituang kedalam cawan dan ditolak kedepan suaminya yang sedang memandangnya penuh minat.

Why you are looking at me like that?”

Senyuman nipis ditarik dihujung bibir iskandar. “You forgot nak bagi hadiah dekat abang pagi ni, janji malam tadi. ingat tak?” kata Iskandar dengan muka nakal yang mula ditayang. Qairina berpura-pura blur. Bila masa pulak aku buat aku janji sesuka hati ni. Seingat aku semalam lepas mandi semua terus bumm atas katil sampai tak ingat dunia. Ke aku mengigau buat janji ni. Tapi selama aku hidup atas bumi ni tak pernah lagi ada kes mengigau.

“Qhai memang short term memory loss kan. Meh sini abang ingatkan.” Dengan sepantas kilat lengan isterinya yang sedang berdiri disisinya ditarik kuat sehingga isterinya terduduk dipahanya. Dan sekelip mata juga isterinya naik blushing. Baru nak dilandingkan morning kiss kepipi isterinya, handphonenya pula dah mula menyanyi.

 “ishh..” tercetus dengusan dari Iskandar dengan pengacau yang tak diundang itu. Hanset ni pun nak cemburu dengan aku! Pagi-pagi nak memekak.

Cepat-cepat Qairina bangun dari pangkuan suaminya dan belalu ke sinki. Pipinya yang terasa panas dikipas-kipas. Rasa-rasa la, karang kena beli kipas dinding satu letak kat dapur ni. Senang nak sejukkan muka. Malu!

Iskandar juga turut bangkit dan bergerak keruang tamu yang dihiasi kaper bulu merah putih dan digandingkan pula dengan sofa L-shape yang juga berwarna merah darah. Nafas dalam ditarik dalam sebelum panggilan disambut.

“Ha..abang. nak datang petang ni hantar beg? Boleh-boleh.” Kata iskandar sambil terangguk-angguk. Qairina yang masih didapur juga turut memasang telinga sambil tangannya ligat mengelap pinggan yang sudah siap dibasuh tadi, sebelum diletak ke rak yang tersedia. Siapa pulak yang pagi-pagi dah call suaminya. Misstres?

“Kak Hani pun nak datang? Ok. Nanti Is beritahu Qhai.” Sambut iskandar lagi sambil hujung jarinya menguis-nguis kapet berbulu tebal dilantai sebelum mematikan panggilan telefonnya. Dia berpaling semula kearah isterinya yang sudah berjalan mendekatinya.

“Abang Haziq dengan Kak Hani nak datang petang ni hantar beg.”

“Ye? Tapi dekat rumah ni tak ada barang apa nak masak. And one more thing, apasal nak berhantar-hantar beg bagai? Duit minyak dah tak cukup ke?” Qairina mula bersuara. Boleh pulak suruh abang Haziq hantar beg dia. Tapi benda apa nak dihidang pada abang ipar dan bakal kakak iparnya tu nanti? Kalau setakat biskut cap hup seng cicah air milo ada la kot. Tiba-tiba rasa pelik pula, bekas kekasihnya dulu dah jadi abang iparnya pulak. Tapi memang tak ada yang mustahil bila semuanya adalah ketentuan yang diatas sana.

“Kita keluar lepas makan ni beli barang.” Cadang Iskandar sebelum mereka jalan beriringan menuju semula kearah ruang meja makan. Kemudian Qairina mula tersedar dengan renungan nakal suaminya yang tak sudah-sudah tertunak diwajahnya sehingga membuatkan dia segan sendiri. Pipi suaminya ditampar manja untuk mematikan renugan nakal itu, rasa tak tertelan makanan ke kerongkongnya.

“Janganlah tengok Qhai macam tu.” Dah la kondo ni memang tak ada tempat nak menyorok, kalau menyorok dalam bilik air ok tak?

“Habis tu nak tengok macam mana lagi. Karang abang tengok perempuan lain macam ni Qhai jugak yang mengamuk nanti.” Masih tak berhenti lagi rupanya sesi sakat meyakat mereka. tapi bila terlihat renungan tajam yang menikam kewajahnya, dia tahu dia tersilap cakap. Opsss...

“Qhai cungkil mata abang kalau abang berani tengok perempuan lain. Kalau abang nak rasa jadi macam kassim selamat...try la!” sudu garpu yang ada ditangan kanannya ditujukan tepat didepan muka suaminya. Aishh..pantang betul kalau masuk bab nak menggatal dengan betina lain. Memang cemburunya cepat saja tersirap naik. Parah betullah kau ni Qhai.

“Sayang jugak Qhai dekat abang kan...Tapi tak ada siapa yang abang nak pandang dah pun. Bini abang yang cantik kat depan ni pun tak puas pandang lagi..” Wallaweh..memang romantik giler ayat, tambah pulak dengan perasa senyuman nakal yang bergayut dibibir seksi suaminya. Buat Qhai tersipu-sipu malu dibuatnya.

“Tu ayat nak menggoda ke apa?”

“Sayang tergoda ke?”

Dengan tak maluya Qairina mengangguk. Kemudian dilihat suaminya sudah bangun dari kerusi dan menarik kuat pergelangan tangannya menuju ke ruang tamu. Ah sudah..ni apa kes pulak ni? Takkan aku menganguk pun cik abang dah marah pulak?

“Ni nak pergi mana pulak ni?” soal Qhairina mula menggelabah.

“Masuk bilik la” jawab iskandar penuh yakin. Qhairina telan liur, nak buat apa dalam bilik? Otak kotornya mula menerawang memikirkan benda yang luar alam. Dia tersentak sebelum merentap tangannya dari pegangan tagan suaminya. Agak-agak la cik abang ni pun! Siang kot.

“Jangan nak mengada la..dah siang-siang masuk bilik buat apa? Tadi kata nak pergi beli barang.” Marah Qairina sebelum berpaling semula ke dapur, baru dua tiga langkah dia menapak kedepan, badannya tiba-tiba terasa melayang.

“Hei...turunkan Qhai..turunkan Qhai la!” belakang badan seaminya dipukul laju. Dah la angkatnya macam angkat karung guni, atas bahu lagi. Gila gagah perkasa.

“Qhai ingat abang nak buat apa? Abang nak kita bersiap tukar baju la sayang oi..kata nak pergi beli barang. Yang sayang menggelabah tak tentu pasal ni kenapa? Ni mesti fikir bukan-bukan ni.”

Sumpah aku nak jadi halimunan sekarang!
******
Qairina meneliti senarai barang yang boleh tahan panjang ditangannya itu, takut ada yang tertinggal. Dari barang dapur, toileries, barang keperluan rumah, semuanya sudah lengkap disenaraikan. Entah berapa ribu la agaknya duit poket suamiya terbang nanti. Ala..anak orang kaya macam suaminya itu memang duit berkepuk, apa nak dihairankan.

Mana pulak pun suami aku ni, ambil troli ke buat troli ni? Matanya meliar ke seluruh kawasan berhampirannya yang nampak sesak dengan orang ramai. Maklumlah, hari minggu pasti ramai yang keluar membeli belah. Gegaran dalam handbag jenama Louis Vuitton berjaya mengalih perhatiannya pada kertas senarai barang ditangannya. Tangannya mula mengagau kedalam bag separuh besar itu mencari Blackberrynya.

Sebaik saja melihat nama ID pemanggil, senyuman mula terukir manis dihujung bibirnya. Ada rasa rindu yang menggamit dalam sanubarinya walaupun baru beberapa hari terpisah. “Assalamualaikum umi..” sambutnya dengan nada manja seperti selalu. Anak umi la katakan.

“Waalaikumsalam sayang..tengah buat apa tu?”

“Keluar dengan abang beli barang rumah...umi sihat? Qhai rinduuu sangat dengan umi.” Ada sebak yang mula bermukim. Ada air yang mula bergenang. Haila...

“Umi sihat..abah, abang dengan kakak-kakak semua kirim salam dekat Qhai dengan Is. Umi just nak beritahu dekat Qhai yang nenek suruh Qhai dengan Is balik kampung hujung minggu depan. Nenek tak tengok lagi macam mana rupa cucu menantu dia..tu yang pagi-pagi lagi dah call umi tu.” Mana tidaknya, seawal jam tujuh pagi lagi dia sudah mendapat panggilan telefon dari ibu mertuanya dari kampung di penang. Ibu mertuanya itu tak dapat hadir melihat cucu perempuannya itu berkahwin dek kesihatan yang tak berapa mengizinkan, tapi apa nak buat kalau doktor sendiri cakap yang mak mertuanya itu tak elok berjalan terlalu jauh. Kena ajelah ikut.

Qhairina tergelak kecil. Rindunya pada nenek yang jauh nun dipenang memang sungguh terasa. Nak-nak pula rasa gulai asam pedas neneknya bagai sudah terasa-rasa menuruni rengkungnya. “itulah nek, Qhai kahwin pun tak datang. Sedih tau..”

“Nenek kan tak sihat, doktor sendiri tak kasi jalan jauh. Qhai ajak la Is pergi sana dua tiga hari. Nenek rindu sangat dengan cucu kesayangannya ni.”

“Insyallah umi, nanti Qhai ajak Is. Umi masak apa hari ni?”

“Ikan patin masak tempoyak, pucuk ubi rebus dengan sambal belacan.” Beritahu puan Saliha. Tapi bila talian mula sepi, dia sudah dapat membayangkan panjang muncung anak perempuannya itu. Favourite food la katakan..

“Umi sengaja je kan..bila Qhai ada kat rumah tak ada pulak nak masak semua tu. Bencilah macam ni!” rajuk Qhairina. Bila aku ada tak ada pulak nak masak my favourite food ni. Umi memang kejam!

“Datang sini belajar dengan umi. Nanti boleh kasi Is rasa masakan Qhai. Kita orang perempuan nak ikat suami, mesti melalui perut..” pandai-pandai aje umi bagi tips rumah tangga.

“Yeke? tapi nanti perut is dah tak seksi pulak. Boroi..” celoteh Qairina lagi. Tak dapat dibayangkan keadaan perut suaminya sepuluh tahun akan datang, agak-agaknya ada lagi tak six pack dekat perut suaminya tu, ke dah transform jadi six fats. Muscle dah transform jadi lemak tepu. Tak lama seepas itu kedengaran ketawa pecah dihujung talian.

“Loyar buruk la Qhai ni. Dah la, karang hangus gulai tepoyak umi kat daput tu. Kirim salam umi dekat Is. Bila-bila ada masa lapang balik sini, remembered that.” Pesan Puan Saliha. Selepas berbalas ‘i love you’ dan salam, panggilan diputuskan. Baru dia hendak berpaling kebelakang mencari suaminya, ada sepasang tangan kecil memaut kakinya. Kuss semangat, ingat alien mana la pulak yang tersangkut dekat hujung kakinya. Rupanya ada makhluk kecil bermuka chubby.

Anak siapa pulak ni? Melihat kanak-kanak perempuan dalam lingkungan dua tahun itu dengan mata yang basah dia jatuh kasihan. Segera dipeluk anak perempuan itu. Mungkin terpisah dengan mak ayah kot. Belakang badan itu diusap-usap sayang, takut kot.

“Macam mana pulak boleh biarkan anak kecil macam ni sorang-sorang. Tak patut betul!” Gumamnya rendah berbaur marah. Sisa air mata dipipi nak kecil itu disapunya. Comel sangat!

“Mama papa mana ni sayang?” soal Qairina pada budak kecil itu yang masih terkebil-kebil memandangnya. Eii..rasa nak digigit-gigit aje pipi tembam tu, rasa-rasa kena saman tak? Kemudian dilihat kepala anak itu digeleng laju. Kepalanya yang dilapik tudung krim digarunya kejap kebingungan. Apa nak buat ni? Yang suaminya ni pun pergi mana lama sangat.

“Bahh..” ada suara yang tiba-tiba kedengaran tepat ditepi telinga kanannya megejutkan dia yang sedang kerisauan. Memang kenal sangatlah dengan tuan empunya suara tu. Siapa lagi kalau bukan encik suami bertuahnya. Sikunya dah mencari sasaran, lantas dilancarkan tepat mengena perut suaminya. Berani buat aku tunggu lama-lama macam patung cendana dekat tengah tesco ni.

“Pergi ambil troli ke buat troli ni? Lama tau Qhai tunggu!” sembur Qairina sebaik saja dia berpaling kesisi menghadap muka suaminya yang sedang tersengih macam kerang busuk. Orang tengah marah-marah boleh pulak dia tayang gigi macam ni? Memang ada yang kena seligi nanti!

“Pergi tandas kejap la sayang. Sakit perut. Ni sebab makan omelet Qhai la ni” Tiba-tiba aje perutnya memulas tadi, itu yang lambat tu.

“Ehh..suka-suka hati menuduh orang. Qhai makan elok je. Itu namanya akibat, makan tak baca bismillah.” Punyalah penat-penat aku bersilat depan kuali pagi-pagi, boleh menuduh suka-suki pulak. Bukan nak appreciate penat lelah air tangan isteri ni!

Iskandar buat muka seposen dengan bebelan isterinya. Sesaat kemudian bola matanya jatuh kearah anak kecil yang sedang memaut tangan kanan isterinya dengan muka pelik. “Ni anak siapa pulak yang sayang pungut ni?” soal Iskandar kebimbangan. Tapi comelnya anak kecil itu memang menggamit dirinya yang memang sukakan budak-budak. Sekelip maa saja anak kecil itu sudah ada dalam dukungannnya. Dengan skirt kebang bunga kecil dan rambut kerinting lembut yang diikat dua itu sangat menarik minatnya. Anak siapa comel sangat ni?

“Qhai tak tau, tiba-tiba je budak kecil ni paut kaki Qhaina tadi. terpisah dengan mama papa dia kot. Baik kita cakap dekat kaunter pertanyaan, suruh dia orang buat announcement.” Cadangan diberi. Nanti tak pasal-pasal mereka dicop menculik anak orang pulak. Nauzubillah...

Iskandar mengangguk bersetuju. Baru mereka berdua hendak berlalu kearah kaunter, kedengaran ada suara garau lelaki dari arah belakang mereka yang memanggil-manggil nama ‘Mimi’. Pandangan mereka berdua jatuh kearah wajah polos anak kecil itu dan kearah seorang lelaki yang sedang berlari anak mendekati mereka. kemudian mereka memandang sesama sendiri.

“Ayah budak ni kot.” Tebak Qairina rendah pada suaminya yang turut mengiakan katanya. Hujung matanya menjeling sekilas kearah lelaki tu.

“Mimi..kan papa dah kata jangan lepaskan tangan papa tadi.” kata lelaki yang memakai t-shirt kolar berwarna merah itu sebaik saja tiba dihadapan mereka dengan nafas yang kedengaran mengah. Punyalah takut dia tadi, mengira kalau anaknya itu sudah hilang kemana. Kemudian tangannya dihulurkan untuk mengambil anaknya itu dari dukungan lelaki yang tak dikenalinya itu.

“Betul ke anak awak ni?” soal Iskandar penuh curiga. Takut jugak dia nak serahkan anak kecil ini macam itu je, mana tau rupanya penculik. Sekarang kan macam-macam taktik yang digunakan hendak menculik anak kecil. Tapi bila telinganya menangkap kanak-kanak itu menggumam kecil dengan panggilan ‘papa’, betullah agaknya. Segera diserahkan semula anak itu pada lelaki didepannya itu.

“Terima kasih banyak-banyak, kalau tak ada awak, tak tahu la mana saya nak cari anak saya ni.” Ucap Zuhair rendah diri. Anak kecilnya itu dipeluk erat melepaskan rasa takut dan rindu yang tadinya merenggut hatinya. Tapi bila melihat lelaki segak dihadapnnya itu, dia seakan-akan pernak ketemu dengan lelaki itu. Nampak familiar. Artis ke?

No..no..its ok. Instead, my wife yang jumpa anak awak. Dia takut agaknya, itu yang menangis tu.” Balas Iskandar seraya memaut rapat bahu isterinya. Sesaat kemudian pandangan Zuhair jatuh kearah sisi lelaki didepannya itu. Baru hendak diucapkan terima kasih kepada isteri lelaki itu, entah kenapa lidahnya tiba-tiba kelu dan keras. Lama sekali matanya jatuh kearah seraut wajah cantik dihadapannya itu. Sarah??

Qairina yang mula tak selesa dengan mata lelaki itu yang tertunak lama diwajahnya mula memaut erat lengan suaminya. Apasal lelaki ni? Pandang aku macam nak telan, muka aku ada rupa macam coklat cadbury ke? Iskandar yang turut perasan mula tak sedap hati, cemburu pun ada. Ni apa kes tenung isteri aku macam nak tembus ni? Dia mula berdehem kuat seraya menguatkan lagi pelukan kebahu isterinya untuk menyedarkan lelaki didepannya itu dari angan-angan yang dah melayang kelangit.

Zuhair yang mula tersedar ketelanjurannya beristighfar dalam hati. Cuba menenangkan dirinya. Tak...isterinya dah meninggal. Mungkin kerana gadis didepannya ini ada aura yang menarik dirinya seperti mana isterinya, sebab itu dia tergamam tadi. Zuhair cuba menyedapkan hatinya sendiri. “Sorry..sorry...thanks again sebab jaga anak saya tadi.”

Qairina menggeleng perlahan. “Its ok.” Balasnya.

“Saya gerak dulu..” Zuhair meminta diri selepas bersalam dengan Iskandar. sebelum berpaling sempat lagi matanya mengerling sekilas kearah gadis yang dikatakan isteri kepada lelaki didepannya itu. Kenapa kuat sangat hatinya tertarik pada gadis itu. Sedar sikit Zuhair, dia bukan Sarah. Lagipun gadis tu dah bersuami!

Sebaik saja lelaki itu menghilang. Iskandar dan Qairina berpandangan sesama sendiri dengan kening masing-masing yang sudah ternaik. “Ok fine..abang jealous lelaki tu pandang Qhai macam nak makan tadi.” Iskandar mula merengek sebaik saja kaki mereka bergerak menuju kearah tempat yang menempatkan barang-barang basah, nak kena beli ayam, ikan, daging bagai. Troli ditolak dengan hati yang sebal dek rasa cemburu. Nak kata kacak lelaki tadi tu, memang boleh tahan juga rupanya. Ni yang menjadi-jadi lagi cemburunya. Tapi rasanya aku lagi tampan kot. Ah sudah, perasan sendiri.

“Mengada la abang ni. Qhai tak rasa apa pun. Lain la kalau abang yang tenung..” pandai sungguh Qairina menyusun kata pujuk. Lengan suaminya dipaut erat. Tapi menipu sangat la kalau dia tak terasa apa-apa bila direnung macam itu tadi, entah kenapa dia dapat rasakan kesedihan disebalik sepasang mata yang merenungnya itu. Tapi tak ada la sampai tangkap cinta, kesian ada la.

“Tak payah nak jealous la abang. Qhai setia orangnya, kalau sekali Qhai dah jatuh cinta, rasa tu tetap akan kekal dekat sini.” Ujar Qairina serasa menepuk dadanya kejap. Tak akan ada lelaki lain yang bisa menggoyahkan rasa cintanya buat inche suami disebelah. Itu dia pasti!

“Oo...tadi perempuan-perempuan jaga kaunter yang tersenyum jeling-jeling tengok abang tu. Abang tak fikir pulak Qhai jealous.” Qairina mula membebel. Mana taknya, dari jauh lagi matanya sudah menangkap beberapa perempuan yang menoleh kearah suaminya. Apa handsome sangat ke suaminya hari ni? Dengan seluar jeans lusuh dan t-shirt kolar hitam pun kacak ke? Boleh la...

“Saja test market. Orang kata kalau dah jadi suami orang ni saham makin melambung naik.” Mereka sudah tiba dikawasan menempatkan barang basah. Bila tengok ikan-ikan yang sudah siap disinag dan masih berlumuran darah diatas compartment yang disediakan aje dia dah mula terasa mual. Mana pernah seumur hidup dia jejak kaki masuk pasar. Ini sekali dalam sejarah. Selalu tu turun je bawah, makanan dah ready. Kepalanya dijengah kearah ikan cencaru, jarinya dibawa naik dengan teragak-agak bercampur rasa geli sebelum telunjuknya ditujah-tujah keatas perut ikan tersebut. Ni dah mati ke belum ni?

Ni kenapa muka macam tak ikhlas aje ni. Punyalah berkedut seribu dahi suaminya. Siap dicucuk-cucuk lagi perut ikan cencaru tu. Rasanya tak pernah lagi aku tengok orang pilih ikan macam ni. Sesaat kemudian ketawa kecilnya terburai, ni mesti kes tak pernah masuk pasar ni. Anak orang kaya la katakan, celik mata je semua dah ada.

“Ouchhh..apasal tampar tangan abang?” tangannya yang terasa sakit ditampar isterinya digosok-gosok. Aisehh...malu betul nak mengaku yang dia tak pernah masuk pasar, jatuh pride la macam ni.

“Yang abang cucuk-cucuk perut ikan tu buat apa? Buatnya terburai isi perut dia macam mana.” Tegah Qairina. “Kalau kita nak pilih ikan, tekan perut dia kejap, kalau rasa masih keras lagi ok la tu, lagi satu kita tengok mata dia, kalau mata dia masih nampak jernih lagi, maknanya ikan tu masih segar. Ada faham inche Iskandar?” Qhairina menurunkan ilmunya free untuk cik abang sebelah. Kemudian tangannya lincah saja memilih beberapa ekor ikan dan diletakkan didalam plastik. Suaminya disebelah hanya melihat penuh minat sambil kepalanya terangguk-angguk konon faham. Tangannya dibasuh dipaip yang disediakan. Sesaat kemudian idea nakalnya mula timbul, tanpa disedari suaminya, dia melekapkan telapak tangannya yang masih basah dengan air dibelakang suaminya. Hehe...

Iskandar yang mula tersedar kerana belakangnya tiba –tiba rasa basah meraba-raba belakang bajunya. “Dear..air apa ni?” soal Iskandar laju dengan muka yang berkerut-kerut. Kemudian tangannya yang memegang belakang bajunya dibawa kehidung. Asal bau semacam je ni? Geli weh..

“Air...air la.” Jawab Qairina dengan muka pura-pura innocent.

How dare you dear. Air ikan kan? Eii..busuk la.” Iskandar mula merengek. Habis baju mahal aku!

“Alah..sikit je la, bukan tak boleh mandi pun.” Baru tangannya nak sentuh lengan suaminya, suaminya dah terlebih dulu menjauhkan diri darinya. Dia tergelak lagi. Lawak betullah suami aku ni pun. Air aje kot.

No! Don’t touch me with that hand.” Amaran diberi pada isterinya. Qairina mencebik mengejek sebelum menonong saja dia bergerak menuju ketempat sayur-sayuran. Memang tak boleh bawak la pak cik ni pergi pasar. Macam mak nenek. Iskandar yang menyorong troli megekor dari belakang mula tersenyum nampak gigi. My first experiance masuk pasar. Kalau Razif dengar mesti setahun dia gelakkan aku. Mana taknya, dah transform jadi suami mithali!

p/s: ini je yg sempat taip my bebeh semua..rse dh lame pula sepi blog ni haha...enjoy ur reading ^,~

9 comments:

♥ ♥ ♥ Ratu Adriana Nadine ♥ ♥ ♥ said...

great :)

Anonymous said...

best2..

Afifah Yusof said...

Best.. Lucu... Romantik.. sweet... semua perasa cukup! like3x... ^^

dila dyna said...

thanks afifah, ratu adriana atas komennye, walaupun komen ari ni x bnyk, xpe la huhu...ini je yg mampu tulis even dh taip beberapa ari pun :P

Anonymous said...

BEST AAH. MAKASIH EK.HARAP SAMPAI ABIS AAH CITER NIH KAT BLOG NIH. ABIS AAH.RASE CAM SOMTING JEH AKAN JADI ANTARA AYAH MIM NGAN QHAIRINA N ISKANDAR NGAN INTAN.BETUL KE? RASE CAM PART SEDIH NK MUNCUL DAH NIH.

dila dyna said...

haha..something? rasanyerrrr...err..tp cite ni takkan abis dkt blog coz dila nk wat manuskrip penuh, harap semua dpt bg full support untuk karya2 dila ye :)
pasni giliran KKDA plak ambil port ahakss..

~ Is n Qhai 4 eva~

Aida Sherry said...

best......
Is dan Qhai... so sweet...

pnut said...

hahaha..klaka la Is ni..
tp sweet la couple nie..
best..

Mullins said...

best...... Is dan Qhai... so sweet...