Friday, 15 June 2012

Sejuta Kasih Qairina 20




“Weh..weh..senarai staff yang akan terlibat dalam projek mega dekat Kuala Terengganu tu dah keluar. Korang dah tengok ke?” kecoh suara Tia kedengaran memberitahu rakan-rakan sekerjanya yang lain.

“Ramai ke yang terlibat? Tapi kalau dah nama pun projek mega untuk tahun ni. Confirm-confirm la ramai yang kena turun padang.” Sampuk Nadia yang duduk  bersebelahan kubikal Tia.

Mat yang baru keluar dari pantry dengan mug berisi air milo yang masih berkepul-kepul asapnya mendekati meja Tia. “ Korang cakap pasal apa ni? Projek mega? Mega apanya?” soal Mat kebingungan.

“tak..tadi bos besar baru umumkan tender baru untuk syarikat kita. Kita akan bergabung lagi dengan Putra Holding untuk projek baru tu.” Cerita Tia. Matanya masih setia melekat di screen komputer.

“Wow...agak-agak bonus pekerja boleh naik tak hujung tahun ni?” seloroh Mat dengan muka terujanya. Siapalah yang tak suka kalau bonus banyak, nak-nak pula hari raya puasa jatuh pada bulan dua belas. Patutnya berganda-ganda lagilah bonus pekerja kan.

“Kepala hangguk kau. Projek pun tak jalan lagi, kau dah sibuk tanya pasal bonus tahunan pulak. Daripada kau duduk bertenggek dekat meja aku ni. Ada baiknya kau pergi check senarai staff tu, kot-kot la tersesat nama kau dalam tu. Nanti tiga hari lagi akan ada meeting tergempar untuk projek ni.” Pesan Tia. Bahu Mat yang masih bersandar dimejanya ditolak kedepan.

“Tia...siapa yang handle projek ni? Encik Arshad?” soal Nadia pula.

Tia menggeleng laju. “Tak..kali ni bos kita dengan Encik Zuhair yang uruskan.”

“Encik Zuhair? Nama siapa pulak tu? Tak pernah dengar pun.” Sampuk Mat lagi. Haishh..macam manalah nak maju kalau hari-hari nak bergosip begini. Tapi sedap-sedap mereka bergosip disini, sempat juga dia menjeling ke dalam bilik bos mereka. kot-kot la tengah mengintip staff. Tapi dilihat bosnya tenang saja menghadap laptop dan dokuman yang ada diatas mejanya. Langsung tak memandang kearah mereka.

“Memanglah tak pernah dengar. Baru je masuk pagi tadi. dengar khabar sebelum ni encik Zuhair tu bekerja dekat UK dua tahun.” Cerita Tia lagi. Kemudian kepalanya didekatkan kepada Nadia disebelah.

Handsome beb...aku confirm kau boleh tangkap cintan kejap tu jugak kalau kau terserempak dengan dia.” Gumam Tia perlahan. Tapi sayangnya, Encik Zuhair bukan ditempatkan dibawah department mereka. melepas la nak menjual munyak uratnya. Sampat juga kau ye Tia oii..

“Yeke? Handsome sangat ke?” Nadia pula sudah menunjukkan minatnya. Kemudian dilirikkan hujung matanya kearah Mat didepan mereka yang sudah menjungkitkan sebelah keningnya. Curious mungkin.

Handsome gila kot. Tapi sayang...duda anak satu rupanya.” Kata Tia dengan riak hanpanya. Itu pun dia tahu setelah membaca maklumat diri didalam fail Encik Rashid. Sayang betul handsome-handsome macam tu, tapi sudah bergelar duda.

“Weh..duda anak satu la hot. Saham tinggi wo..duda-duda ni.” Sambut Nadia dengan gelak tawanya yang pecah.

“Eii..korang ni memang taste pelik kan. Aku yang single-mingle ni tak nak pulak korang kejar, lelaki duda anak satu tu jugak yang korang nak sapu.” Rungut Mat bernada tak puas hati. Mana taknya, dia yang terang tang tang tak berpunya ni tak nak pula dorang cuba line.

“Sibuk ajelah kau ni! Meyampuk cerita orang perempuan. Shuhh..shuhh..pergilah balik tempat kau. Menyemak je dekat sini!” marah Nadia dengan tangan yang sudang menggawang-gawang menghalau Mat balik ke tempatnya.

Setelah melihat Mat berlalu ke tempatnya dengan muka cemberut tak puas hati. Matanya ditumpukan semula kearah Tia yang sudah mula membuka fail biru didepannya.

“Tapi antara suami bos kita Tengku Iskandar dengan Encik Zuhair tu. Kau rasa mana lagi kacak?” Nadia bertanya lagi.

Tia sudah mula tergamam dengan pertanyaan Nadia. Susah jugak soalan yang diuarakan itu. Dagu licinnya disentuh sebentar dengan hujung jari telunjuknya seakan-akan berfikir. ‘Kejap aku fikir dulu.” Sambut Tia.

Setelah dua minit berlalu, barulah Tia membuka mulut. “Mestilah Tengku Iskandar lagi kacak. Tapi... Encik Zuhair tu pun boleh tahan juga kacaknya. Haishh...aku tak tahulah. Kau fikirlah sendiri. Aku nak buat kerja, nanti setengah jam lagi nak kena hantar dah.” Kata Tia seraya membuka semula fail yang sudah separuh tertutup tadi. Nadia pula hanya mampu mengangkat bahunya sebelum matanya dialah semula kerah scrren komputer yang sudah gelap.

Intan yang semenjak tadi hanya mencuri dengar mula bangkit dari kerusi. Senarai staff yang terlibat dalam projek mega? Agak-agak masuk tak namanya dalam senarai pekerja itu? Kalau memang betul namanya termasuk sekali. Ada peluanglah dia mendekati Iskandar yang sudah terlalu jauh dengannya.

Kakinya dibawa melangkah kearah meja Tia. Tangannya mengetuk sedikit meja Tia yang kelihatan khusyuk merujuk fail ditangannya. “Tia..dekat mana nak tengok senarai nama staff tu?” soal Intan berhati-hati.

Tia mula terkebil-kebil melihat Intan yang masih menunggu jawapan darinya. Pelik pula bila melihat Intan menegur dirinya. Kerana selama ini dilihat gadis itu hanya membawa irinya seorang saja. Nak bergaul dengan mereka semua pun kurang.

“Oo..senarai tu dah ditampal dekat ruang legar dekat bawah.’ Beritahu Tia ringkas.

“Okay..thanks.” bilang Intan sebelum berlalu. Dalam hatinya tidak putus-putus berdoa agar namanya akan tersenarai. Sudah beberapa malam dia tidur berendamkan air mata. Hanya satu saja ubat supaya hatinya tak rasa perit lagi, iaitu dengan cara berbicara semula dengan lelaki itu. Akan dia pastikan Iskandar akan jatuh ketangannya semula.

******

Tengkuknya yang terasa lenguh akibat terlalu banyak menunduk membaca dokumen-dokumen yang bertimbun diatas mejanya diurut-urut lembut. Terasa keras sudah otot badannya. Matanya diliarkan kearah luar bilik, melihat pekerjanya yang satu-persatu mula menghilangkan diri. Ya ALLAH...penatnya. agaknya lepas projek baru tu start, makin berganda-gandalah penatnya.

Kertas-kertas kerja yang bersepah diatas mejanya disusun semula dan diletakkan didalam fail semula. Pen yang tersadai diatas keyboard komputer juga dimasukkan semula kedalam bekas yang ada diatas mejanya. Baru dia hendak mengakat punggung menuju kearah kabinet yang menempatkan berpuluh-puluh dokumen yang terletak dikabinet disudut biliknya. Blackberrynya mengeluarkan bunyi menandakan ada mesej yang masuk ke inboxnya.

#salam my dear...abang on the way nak pergi ambil Qhai. Tapi jalan jammed sikit. Sorry kalau abang lambat nanti. L

Qairina tersenyum kecil membaca mesej dari suaminya. Jarinya pula mula menari diatas keypad blackberrynya membalas.

#never mind..Qhai tunggu sampai abang datang. Tapi kalau Qhai kena culik Qhai tak jamin. :P

Mulutnya yang menguap ditekupnya sedikit. Rasa mengantuk, letih, penat semuanya ada. Cepat-cepatlah suami aku datang. Serius rasa nak tertidur dah ni! Bag LVnya dilantai dicapainya dan setelah memastikan semuanya telah kemas disusun. Daun pintu dibukanya.

Sepuluh minit kemudian, dia tiba di tingkat bawah kawasan legar syarikat yang sudah kelihatan lengang. Dilihat Zuhair melangkah keluar dari kawasan bilik rehat yang disediakan diruang legar tersebut. Entah kenapa, dirinya cukup tak selesa nak berdepan dengan lelaki ni. Tapi nanti nak kena urus projek sama-sama. Kenapa berjumpa jugak kan??

Dipercepatkan langkahnya dengan riak selamba melinta dihadapan lelaki. Janganlah si Zuhair ni menegurnya. Memang dia tak tahu nak cakap apa nanti. Bag LV yang ersangku dibahunya dibetulkan. Yang si Tia ni pulak tak jadi nak menemannya.pagi tadi dia yang beria-ria nak mencuci mana. Langsung-langsung dah lesap, Nadia kata adiknya masuk hospital. Haishhh...

“Assalamualaikum Puan Qairina...nak balik dah?” tu dia. Suara ala-ala gentleman sudah terkeluar menegurnya. Senyuman ditarik juga dihujung bibirnya sebelum menoleh kebelakang.

“Encik Zuhair..tak balik lagi?” soal Qairina sekadar berbasa basi.

Zuhair tersenyum kecil. “Belum lagi. Tapi dah nak baliklah ni. Puan Qairina balik dengan apa ni?” Zuhair bertanya lagi. Riak mukanya dicontrol sebaik mungkin. Padahal dalam hati seperti tong dram, diketuk dan dipalu-palu keras.

Kepalanya yang dilitupi selendang digarunya kejap. “Tak payah la nak berpuan-puan encik Zuhair. Panggil saya Qhai pun tak apa.”

“Kalau macam tu awak pun tak payah la nak berencik-encik dengan saya. Panggil je saya Zuhair. Lagi pun jarak umur kita pun tak adalah jauh mana pun.” Seloroh Zuhair pula.

Erkkk...jarak umur tak besar? Kalau tak silap umur si Zuhair ni dah masuk tiga puluh dua tahun. Aku baru dua puluh lima. Tujuh tahun bezanya, tak besar ke? Layak panggil abang dah ni. Eh tak boleh..tak boleh. Abang dihati hanya ada seorang saja. Abang Iskandar...

Zuhair yang terkesan kadaan janggal antara mereka berdehem sedikit. “Awak balik naik apa? Kalau tak ada transport nak balik, saya boleh tolong hantarkan.”

Rasa nak tercekik lehernya mendengar tawaran yang diberikan Zuhair itu. Cepat-cepat dia menggeleng laju dengan muka separuh rela yang dipamerkan. Siap dengan tangannya sekali menggawang-gawang menolak.

“Eh..tak apa..tak apa..suami saya ambil hari ni. Kereta saya tak boleh start pagi tadi, tu yang saya pergi dengan suami tu.” Terang Qairina berhati-hati. Nak naik dengan lelaki ni balik? Alamatnya memang tercetus perang dunia ketigalah gamaknya dia da Iskandar nanti. Lagipun pesanan suaminya pagi tadi yang disertakan dengan muka serius pun masih melekat dihatinya. ‘jangan pandang lelaki lain!’ dia ingat lagi.

“Ooo..jomlah saya temankan awak tunggu suami awak dekat depan. Lagipun ramai pekerja dah balik ni. Bahaya pulak awak tunggu sorang-sorang kat depan sana.” Ujar Zuhair lagi, walaupun dalam hatinya sudah berlagu hampa.

Qairina yang tak tahu hendak menolak macam mana hanya mengangguk perlahan. Mereka beriringan keluar dari pintu automatik syarikat. Memang keadaan dah makin lengang pun. Ya ALLAH..cepat-cepatkanlah ketibaan suamiku. Doa Qairina dalam hati.

“Awak dulu belajar dekat mana ye? Saya rasa macam pernah nampak awak.” Soal Zuhair semasa mereka sudah tiba ditembok yang separas pinggang dihadapan syarikat. Dari awal tadi sebenarnya dia nak bertanya. Memang rasanya dia pernah ternampak seraut wajah itu. Tapi yang pastinya bukan disini. Dekat UK ke??

Qairina memandang sekilas Zuhair yang sudah melabuhkan punggung diatas tembok. Hanya dia saja yang berdiri. “Saya belajar dekat UK dulu. Awak pun kerja dekat UK kan sebelum ni? Abah saya yang beritahu.” Balas Qairina.

Zuhair mengguk sedikit. “yup..saya kerja dekat sana sekali untuk buat rawatan untuk isteri saya. Tapi..semuanya dah terlambat.” Ada nada sayu yang terdengar di situ

“Oww..i’m so sorry, saya tak tahu. Yang hari tu masa dekat Tesco tu, memang betul anak awak la.”

Yes..my only daughter. Dah umur dua tahun pun dia, sebaya dengan tahun pemergian arwah isteri saya. Dia meninggal lepas lahirkan Mimi.” Jawab Zuhair. Setiap kali teringatkan arwah, setiap kali itu jiga hatinya disapa rasa sedih dan sayu. Andai saja arwah isterinya dapat melihat puteri membesar didepan mata mereka bersama. Pasti hatinya tak akan terasa perit seperti sekarang. Wajahnya diraup kasar menutup rasa sedihnya. Kemudian bola matanya dialihkan pada raut wajah lembut disisinya itu.

“Awak dengan Tengku Iskandar tu memang dah lama kenal, bercinta ke?” soalan Zuhair sudah mula masuk ke bab privacy kiranya. Soalan dengar macam sarkastik gila.

Qairina yang mula tak senang dengan pertanyaan yang diunjurkan mula berkerut dahi. Apasal nak ambil tahu hal orang pulak ni? Tapi kalau nak didiamkan saja nampak macam kurang ajar pulak.

“Saya rasa awak tak perlu tahu kot, itu hal rumah tangga saya. Apa yang paling penting saya isteri dia, dan dia suami saya.” Jawabnya selamba. Lantaklah kalau lelaki ni nak rasa sentap pun. Perlu ke dia jaga tepi kain orang macam itu sekali. lepas tu nada bertanya pulak semacam saja. Ishhh...tak sukalah!

Zuhair terasa sedikit tersindir hanya tersenyum kecil. Tapi kenapa senyuman tu nampak seperti sinis dipandangan mata Qairina. Ke aku je yang fikir melebih-lebih.

Whatever it is. I hope we can have a good relationship afterward, sebab kita akan banyak berurusan bersama untuk membangunan projek baru dekat Kuala Terengganu tu.” Kata Zuhair seperti mengalah. Boleh tahan pedas juga kalau nak berbalah kata dengan gadis disebelahnya ini. Punggungnya sudah diturunkan dari tembok.

Qairina hanya mampu tersenyum kelat. Macam manalah nak bekerja dengan lelaki ni kalau aku sendiri tak selesa. Kalau minta abah tukar aku ke projek lain boleh tak? Tapi nanti tak dapatlah dia nak bekerja sama-sama dengan suaminya yang turut terlibat dalam projek ni. Dari kejauhan, bunyi ngauman kereta mewah yang datang dari arah kanan mereka sudah kedengaran. hati

Sebaik saja kereta Lotus Elite milik Iskandar berhenti betul-betul dihadapan mereka, hon ditekannya sedikit untuk menggamit perhatian isterinya. Siapa pulak mamat yang baik hati sangat nak jadi peneman isterinya ni? Hatinya mula dipalu rasa cemburu. Cepat-cepat cermin bertinted gelap keretanya disebelah tempat duduknya diturunkan.

Qairina yang baru tersentak dengan bunyi hon yang berbunyi dari jarak dua meter dari mereka mula mengalih pandang. Oh my...is that my husband? Apasal nampak kacak sangat petang-petang ni? Nak-nak pula dengan cermin mata Frogskin Acid Black yang melekat dibatang hidung mancungnya, memang nampak masculine habis! Nasib baik bukan Tia yang menemaninya, kalau tidak..mahu dah terlompat Tia kegirangan.

Zuhair yang turut tersentak dengan bunyi hon yang menarik perhatian mereka tadi turut melabuhkan bola matanya kearah lelaki muda yang duduk di dalam kereta mewah kuasa kuda itu. Apasal aku rasa tergugat sangat ni? Padahal selama ni, sudah banyak pujian yang dimomokkan kepadanya soal paras rupanya yang menarik dan kacak. Tapi nampaknya ada yang lebih kacak lagi rupanya.

My husband dah sampai. Saya balik dulu ye. Kirim salam sayang saya pada Mimi. Assalamualaikum.” Pamit Qairina dengan suara yang terus berubah ceria. Tak payahlah dia nak berlama-lama dengan lelaki ni. Nanti lebih mengundang salah faham lagi ada la.

“Okay..walaikumsalam.” balas Zuhair. Sempat lagi dia mengangkat tangan kearah Iskandar di dalam kereta sebelum berlalu pergi. Dari kejauhan dia melihat Qairina membolos masuk ke dalam kabin kereta mewah itu dengan senyuman lebar yang tidak terukir semasa dia bersama gadis itu tadi. Dilihat satu kucupan jatuh didahi Qairina dari suaminya. Dalam masa beberapa minit saja kereta mewah itu sudah hilang dari pandangannya. Satu keluahan kecil terlepas juga dari bibirnya. Kenapa dengan aku ni?

********
Remote ditangannya dimain-main. Kemudian ditekan-tekan mencari channel yang bekenan dihati. Tapi satu cerita pun tak menarik minatnya. Sejak dua hari lalu lagi dia hendak bertanya pada isterinya soal lelaki yang ada menunggu bersama dengan isterinya dihadapan syarikat kelmarin. Tapi bila melihat muka keletihan yang terpamer diwajah comel itu setiap kali balik kerja, terus terencat otaknya nak bertanya. Langsung tak terkeluar sudah soalan yang bermain difikirannya.

“Bukan lelaki tu, lelaki yang sama jumpa dekat tesco hari tu ke?” soal Iskandar sendiri. Air twister oren diatas meja dihadapannya dicapai dan diteguk rakus. Matanya kemudian melekat kearah televisyen LCD 57’ yang melekat di dinding kondo itu penuh khusyuk. Syok jugak sebenarnya melayan cerita penyiasatan macam CSI New York ni.

Qairina yang baru keluar dari bilik dengan laptop yang dipeluknya mula mendekati suaminya yang kelihatan khusuk menonton cerita. Lansung tak berkelip. Laptop yang ada dikendongnnya sekadar diletakkan disisi sofa sebelum berlalu kedapur.

Lima minit kemudian, dia keluar dengan sebekas ais krim Haagen-dasz perisa coklat ditangannya. “Abang tengok cerita apa?” soal Qairina laju. Kepalanya direbahkan ke lengan suaminya yang diletakkan di kepala sofa.

Senyap...

Pelipis Qairina mula berkerut seribu. Aikk...asal tak jawab ni? Selalu tu aku aje yang suka senyap. Ni dah terbalik pulak. Kepalanya dikelihkan kearah suaminya yang masih beriak serius memandang kedepan. Jari kanannya dibawa betul-betul didepan muka suaminya sebelum jarinya dipetik kuat.

“Abang ni Qhai tanya buat tak dengar kan. Apa cantik sangat ke heroin dalam cite tu sampai suara Qhai yang merdu dekat sebelah ni pun tak perasan.” Ah sudah, mulalah Qairina nak membebel.

“Jangan kacau abang nak tengok cerita CSI ni boleh tak. Kata tadi banyak kerja, pergilah buat.” Tutur Iskandar tanpa nada tanpa menoleh kearah isterinya. Nak kata marah macam tak, tapi dengar lenggok bahasa dan suara macam bengang.

Qairina mula memuncung. Nak menagis pun ada. Sampai hati tau...

Iskandar yang menyedari ketelanjuran mulutnya mula menoleh kesebelah. Dilihat mata isterinya sudah berkaca-kaca digenangi air mata. Alahai...tak sampai hati betullah kalau tengok isteri aku ni menangis pun...

Terus letak duduknya dibetulkan menghadap isterinya yang sudah mencebik kesedihan. “I’m sorry ok my dear. Abang just...abang just tak sedap hati dengan lelaki yang teman Qhai dekat depan pejabat hari tu. abang...” tak jadi dia nak menghabiskan ayatnya. Sepantas kilat leher isterinya ditarik dan tubuh itu disembamkan kedadanya.

I’m sorry ok...please don’t cry my dear. Hati abang sakit bila tengok Qhai nangis.” Pujuk Iskandar seraya mengusap belakang tubuh isterinya yang comel mengenakan pajama baby pink itu. seminit kemudian, dada bidangnya terasa ditumbuk kuat beberapa kali. Aduhh..ingat dada ni punching bag ke??

Qairina menarik semula tubuhnya kebelakang dengan muka yang memerah serta basah dengan air mata. “Memain dengan Qhai..tak suka tau!”

“Okay-okay..abang janji, lepas ni tak buat dah. Sumpah!!” bilang Iskandar bersungguh-sungguh seraya menaikkan telapak tangannya tepar depan muka isterinya seakan-akan berikrar.

“Cium pipi dulu!” pinta Qairina selamba seraya mensuakan pipi kirinya pada suaminya. Ditayangkan muka selambanya sebaik mungkin. Padahal muka dah terasa panas. Memang tak malu sungguh la kau ni Qairina oii...gatal! tapi gatal dengan suami sendiri tak apa kan.

“Nak main kiss-kiss pulak?? Setakat cium pipi abang tak nak la, tak advance! Nak cium tempat lain jugak.” Kemudian bibirnya didekatkan kebibir merah isterinya nak mengacah.

Mata Qairina yang membulat mendengar kata-kata gatal suaminya itu sudah tak keruan. Terus muka suaminya ditutup dengan kedua-dua belah telapak tangannya menghalang. Kemudian kepala suaminya itu ditolak menjauh dari mukanya.

“Jangan nak mengada ek. Orang kata cium pipi. Pipi jela...banyak pulak songeh dia.” Celoteh Qairina pula.

Iskandar memuncung. “Kedekut!”

“Qhai tak ada apa-apa la dengan lelaki tu.  Qhai dah ada hubby yang lagi handsome, lagi sweet, lagi caring..nak buat apa pulak cari yang lain? Tak kuasa okay..” kata Qairina. Please lah..tak kiralah berapa ramai pun lelaki yang dipamerkan dihadapan matanya. Cuma Iskandar seorang yang dia mahukan. Tak nak yang lain dah. Lengan suaminya dipeluk, kepalanya juga dilentokkan manja didada bidang suaminya yang ber T-shirt putih itu. bau haruman segera menerobos masuk kedalam hidungnya, memberi ketenangan dan kebahagian yang sangat indah dirasakan.

Iskandar tersenyum memandang mood isterinya yang mula membaik. Kurang sikit rasa cemburu dihatinya dengan kata-kata sweet isterinya itu. terpujuk juga hatinya yang resah beberapa hari ini. Tangan kirinya dipanjangkan mencapai bekas ais-cream diatas meja. Penutup dibuka dan sudu dibenamkan kedalam ais-cream perisa chocolate itu.

Say aaaaaaaaaa...” sudu itu didekatkan kemulut comel isterinya yang sedang ralit memandang kaca televisyen.

Mulut Qairina dinganga besar. Sekelip mata saja perisa chocolate mula memenuhi ruang mulutnya. Wahhh..heaven...

“I love you..” ucap Iskandar penuh romantik. Pipi mulus isterinya itu dicium lembut.

Kata-kata romantik itu menerah masuk kecuping telinga Qairina. Membuatkan dia tersipu-sipu sendiri. Sweet sangat la suaminya ini.


            “I love you too...”
balasnya lembut dengan pipi yang mula kemerahan....


p/s: rindunye dgn SKQ ni huhu...dh lme btol x update kan haha...nah amek la ni buat jadi pelepas rindu korg pada Is n Qhai ^_^   ~IS N QHAI 4 EVA~   yeahhhhhhhhhhhhhhhhh......

17 comments:

lieda said...

Dila....sayang banget sama kamooo..huhuhu

sweety said...

thanks dila...lambat lagi ke novel ni nak siap dan diedarkan dipasaran??

Anonymous said...

jgnlah buat kan qhai menangis byk sangat dah jatuh cinta dah dgn si qhai ni.suka sgt.nanti si intan ni mesti masuk jarum kan.alaahai jgn lah dera qhai sian dia.

Anonymous said...

tenkiu dila...qhai dan is 4ever...hihiih...nice

Atikah said...

Alololo.... cweetttttnyerrrr....
jeles ai tau kak dila!! Haha...

Anonymous said...

swet gler dorg..xsba nk tgu nvl ni...huhu

AMANINA MUHAIMIN ABD NAEEIM said...

so sweet!plez jngn buat dorang brgduh..benci betoi ng intan & zuhair yg gataiiiiii..hope cite ni drng x brgduh even da org cba kcau.huhu

Nayli wahidah said...

Sweet !

NurAtiZa said...

Alalala Sweetnya....#^_^
Zuhair pleaselah jangan suka dekat isteri orang...
Kan bagus kalau Zuhair disatukan dengan Intan je,,dari si Intan tu sibuk-sibuk nak tackle suami orang tu lagi baik dia tackle si Zuhair tu....#^_^

Anonymous said...

hoho!!!! sweetnyerr...bila nak ada anak??? hahaa....lambat agi ke terbit???? haaa...mengomen time...
apa masalah intan yang nak sgt menyebok dlm cerita nii, manyampah seyh!!! minah nni lebih kuang ngan hasif la nii yang tergila gilakan hana yang nath apa2..eeee,nyampah laa...
btw, thx apdet!! i like it n u 2...
(sori, salam, tq)

Anonymous said...

eh eh!!1 lupa nak komen pasal zuhair!
eeee, nyampah laa.. ni mamat ni sama laa ngan intan..x sedor diri pya org..da tau org tuu x suka...tehegeh-hegeh agii... gabung nama dorang hairtan...eeeee,x cantek langsong...x sesuai n semuanya x xx xx x x x!!!!
sorry and assalamualaikum....
(eee,nasib baik iskandar x buat perangai cam hasif, kalo x memeng kena komen byk2)

Rya Yuni said...

alolo..sweetnye mereka..hehe..
bagi mereka berdua hidup aman bahagie ek..iskandar jgn la jeles sangat..qhai tu sayang kat awk je la..hehe

intan ngan zuhair ni penyibuk la..
jgn la kacau is dgn qhai..
syuh..syuh..gi sana main jauh2..

Anonymous said...

best nyer hilang rindu kat Qhai n Is.. Qhai is so sweet. pandai betul dia goda Is. Is mmg romantik la. x sabar for next n3..

Anonymous said...

Alahai..Sweetnyew Is n Qhai..
Best giler lah story mereka...
b.t.w, tak sbar nak tnggu novel SKQ diterbitkn.hehehe~~~

Anonymous said...

cite nie best giler..agak2 bila novel SKQ akan diterbitkan?

Sandoval said...

Alahai..Sweetnyew Is n Qhai.. Best giler lah story mereka... b.t.w, tak sbar nak tnggu novel SKQ diterbitkn.hehehe~~~

Anonymous said...

macam mana nak baca jodohku mr.pilot bab 1? bila saya tekan, kluar sejuta kasih Qarina 20....