Tuesday, 31 January 2012

Sejuta Kasih Qairina - 6



Bintang yang bertaburan dilangit dipandang sepi dari balkoni biliknya, laptop jenama Apple di atas katil yang sedang memainkan lagu dibiarkan saja sambil melayan lamunannnya. Sejak pertemuan petang tadi dengan Iskandar, fikirannya bertambah serabut.

“Bertunang?”terpacul soalan kepada dirinya sendiri.

“Apa dia ingat benda ni boleh ambil remeh ke? Nanti dah bertunang, disuruh bernikah pulak. Ha...selamat la nanti.”rungut Qairina sendirian melahirkan rasa tak puas hatinya. Perbualan petang tadi mati bergitu sahaja, dek rasa terkejutnya dengan lamaran Iskandar yang datang secara tiba-tiba membuatkan dia kalut. Terus ditinggalkan Iskandar termangu-mangu sendirian.

Hatinya kalut memikirkan lamaran itu, bagai terngiang-ngiang lagi lamaran Iskandar petang tadi. umi dan abah yang sedang menunggu penjelasan maghrib tadi pun hanya dibiarkan sepi.

“Tuk..tuk..”bunyi ketukan dari luar kedengaran, dengan langkah yang lemah, Qairina menghampiri pintu biliknya dan tombol pintu dipulasnya. Tersembul wajah umi dengan baju kelawar sedang tercegat didepan pintu biliknya.

“Ni kenapa umi tengok sejak Qhai balik petang tadi monyok je.”pujuk Puan Saliha, tangan halus puterinya itu dicapai. Kasihan dia melihat raut wajah anak gadisnya yang sedikit bermuram.

“Petang tadi bukan Qhai jumpa dengan budak lelaki tu ke? Siapa namanya..Is..”

“Iskandar umi..”beritahunya perlahan.

“Ha..macam mana? Ada dapat apa-apa solution tak?”perihatin sekali Puan Saliha terhadap anak gadisnya itu. Semenjak suaminya balik tadi, bermacam-macam yang disoalnya sampai tak terjawab dibuatnya. Anak siapa? Kerja apa?..

Melihat anaknya yang hanya berdiam diri sambil mata memandang ke lantai, dia sudah faham sendiri. Senyuman kelat terukir diwajahnya. “Jom turun..abah nak bincang dengan anak gadisnya ini tentang pertunangan tu..”hidung mancung Qairina dicuit demi menghiburkan hati anaknya.

“Umi...”rungut Qhairina, lengan uminya dicubit halus. Saje je tau nak menyakat dia.

“Ok...ok. dah jom turun, abah dah tunggu lama tu. Along dengan angah pun dah nak sampai katanya.”sejak berita tersebar ketelinga anak-anak lelakinya itu, terkocoh-kocoh mereka pulang kerumah , katanya nak tanya sendiri perihal ini dengan adiknya.

“Hah? Along dengan angah pun nak balik?”perasaan terkejut dan gelisahnya sudah tak mampu ditutup lagi. Wajah uminya dipandang takut. Mati la..apa dia nak jawab nanti. Mesti kena smash kaw-kaw dengan along dan angahnya.

“Tak payah takut la, bukan abah nak makan Qhai pun. Anak kesayangan dia mana boleh marah-marah.”lengan anaknya ditarik keluar. Mereka beriringan menuruni tangga rumah menuju ke ruang tamu. 
Dilihat abahnya sedang menonton berita utama di tv3 dengan wajah yang berkerut-kerut. Dalam hati tak putus-putus selawat dibaca, berharap janganlah abahnya meletop.

Setibanya mereka di ruang tamu, serta-merta matanya bertembung dengan mata tajam abahnya, rasa macam kakinya dah hilang skru saja gayanya. Abah marah ke? Terdetik soalan itu dibenaknya.

“Duduk.”suara garau Ir. Zulkefli mula kedengaran. Matanya melirik kearah uminya disebelah, dia faham isyarat mata uminya itu, lantas punggungnya dilabuhkan disofa dua yang bertentangan dengan sofa yang diduduki Ir. Zulkefli. Air liurnya ditelan payah. Macam duduk dekat kadang pesalah pulak rasanya.

“Siapa lelaki tu?”garang kedengaran suara abah. Qairina sudah kecut perut, tak pernah lagi selama ini dia lihat abahnya marah. Abahnya selama ni terkenal dengan sifat cool dan lawaknya. Tangannya disulam-sulam kegelisahan.

“Abang...”puan Salila menampar lengan suaminya. Tak lama kemudian Ir. Zulkefli tersengih melihat air muka anaknya yang cuak.

“Tau takut. Buat salah lagi.”giat Ir. Zulkefli. Matanya tertunak pada anak gadisnya. Rasa nak marah tapi tak sampai hati pulak, tak pernah lagi rasaya dia memarahi anaknya selama ini. Qairna hanya menunduk menekur kelantai yang dselaputi karpet tebal.

“Qhai...pandang abah.”

Takut-takut dia mendongakkkan kepalanya. Matanya dah mula dikaburi air mata.

“Hei...kenapa nangis ni?” duduk Ir. Zullefli sudah berpindah kesebelah anak gadisnya. Pipi anaknya yang sudai berjurai dengan air mata dilap dengan tangannya.

Tubuh abahnya kemudian dipeluk erat. Dia tahu dia dah menyusahkan seluruh ahli keluarganya, kawan-kawan abah dipejabat pasti sudah bercerita bukan-bukan tentang dia.

“Abah...Qhai minta maaf dah susahkan abah.”teresak-esak dia dipelukan abahnya. Kepalanya kemudian diusap Puan Sliha yang juga turut melabuhkan duduknya disisi anaknya itu.

“Macam mana benda ni boleh jadi? Qhai kenal ke lelaki tu?” soal abah tenang setelah pelukan terlerai.


Qairina menggeleng. Memang dia tak pernah kenal siapa Iskandar, dengar nama pun tak pernah. Semenjak dia berpisah dengan Qushairi memang dia tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki lagi. hatinya sudah lelah untuk percaya dengan insan yang bergelar ‘lelaki’. Nafasnya kemudian ditarik panjang sebelum mula bercerita dari A sampai Z pada abahnya. Abahnya dilihat hanya mengangguk-ngangguk mendengar ceritanya, kadang-kadang berkerut juga dahinya.

“Habis tu lelaki tu nak buat apa sekarang? Berita dah tersebar satu Malaysia, macam mana pun dah tak boleh nak sorok.”soal abahnya.

“Dia pun tak tau nak buat apa abah. Benda ni jadi tak dijangka.”luah Qairina dengan nada intonasi yang lemah. Dia terfikir, wajar ke dia beritahu tentang lamaran Iskandar petang tadi. wajah abahnya direnung sejenak, dalam masa yang sama dia menyusun ayat untuk memberitahu abahnya soal petang tadi.

“Abah..petang tadi kami jumpa dan lelaki tu lamar Qhai untuk jadi tunangnya.” Lambat-lambat Qairina meluahkan kata. Raut wajah abahnya tak beriak.

Tak lama kemudian ketawa mula terletus dari mulut abah. Terbahak-bahak pulak tu.


Apa abah ni? Ada lelaki lamar anak dia bertunang, dia boleh buat gelak pulak. Rungut Qairina dalam hati, bibirnya diketap geram.

“Malas la macam ni nak cakap dengan abah.”Qairina merajuk dengan muka yang sudah berubah masam, punggungnya sudah diangkat berkira-kira untuk naik semula kebilikya.

“Kejap..kejap...”halang abah tapi ketawa masih tak berhenti jugak. Muka uminya pulak dipandang dengan muka mengalahkan mangga tak masak.

“Abang kagum dengan budak tu. Berani betul ye dia ajak anak kita bertunag sedangkan kenal pun tidak.”beritahu Ir. Zulkefli kepada isterinya setelah ketawanya berhenti. Dalam hati terfikir-fikir dia nak bertentang muka dengan bakal tunang anaknya yang tak dikenali itu. Berani sungguh. Bagus..dia suka. Baru anak jantan namanya.

“Tu la pasalnya, Liha pun pelik jugak. Kenal anak kita pun tak dah ajak tunang.”suara Puan Saliha pulak.

“Siapa yang tak kenal siapa ni?”suara angah entah datang dari mana mula kedengaran. Ketiga-tiga mereka menoleh kearah pintu dan dilihat angah dan along dibelakang sudah tercegat dipintu. Ah..sudah, lagi satu masalah muncul.

“Hah..sampai pun, ingatkan tak sampai tadi.”seloroh abah. Angah dan along sudah masuk kedalam rumah, masing-masing nampak santai dengan T-shirt kolar yang tersarung dibadan. Nasib baik tak pakai kain pelekat datang.

Bahu Qairina dipeluk angah sebaik saja punggungnya dilabuhkan ke sofa, nasib baik tak jatuh umi dibuatnya, nak menyempit juga disofa yang tak berapa besar ni.

“Ish...tak senonoh betul la anak-anak umi ni.”Puan Saliha merungut, nasib baik tak terjelepuk dia ke lantai. Bertuah punya anak. Lengan nak lelakinya itu ditampar, namun hanya dibalas degan sengihan mengalahkan kerang busuk.

Sorry umi...”

“Ni, bila masa adik nak bertunang ni?”sambung angah lagi, semua mata dah menumpu kearah Qairina dengan pandangan mata yang susah nak ditafsir.

“Esok.”dengan muka selamba dan tenang dia berseloroh.
mulut angah dan along dah melopong tak ingat dunia, masuk gajah pon boleh gamaknya. Biar betik?

“Serius ke?”along mula bersuara. Mana taknya angin tak ada, ribut pun tak ada, tiba-tiba je nak bertunang. Apa kes? Kena tangkap basah apa?. Dilihat umi dan abah mengangguk laju-laju bagai mengiakan ‘statement’ berani mati yang dibuat Qairina tadi.

Ringtone lagu love you like a love song oleh Selena Gomez kedengaran, Qairina bingkas bangun mencapai blackberrynya yang diletak diatas meja kopi. Dilihat nama ID pemanggil. Iskandar?

Dadanya dirasa berdegup kencang luar biasa dari yang biasa. Dia menoleh kearah ahli keluarganya. “Qhai keluar sekejap.”

Laju langkahnya menuju ke laman luar, dia duduk dikerusi ditepi kolam ikan yang hanya diterangi dengan lampu pagar sahaja. Nafas dalam ditarik sebelum menjawab panggilan.

“Assalamualaikum.”dia memulakan bicara. Dalam hati dah berdegup tak keruan, entah kenapa dia berasa malu hendak bercakap dengan Iskandar lepas apa yang berlaku petang tadi. bagai terdengar-dengar suara romantis Iskandar menggigit cuping telinganya. Cool Qairina...cool.

“Waalaikumsalam.”suara garau Iskandar kedengaran melalui corong Blackberrynya menjawab salam yang dihulur. Tangannya mengipas-ngipas wajahnya yang terasa sedikit berbahang. Apasal panas pulak ni?
Tanpa disedarinya ada empat orang makhluk Allah duk terhendap-hendap disebalik pintu rumah yang terbuka luas. Pasang telinga.

Pada masa yang sama, Iskandar yang berdiri di baloni biliknya masuk semula kedalam bilik dan merebahkan tubuh sasanya terlentang atas katil king sizenya, siling dipandang kosong. Gugup, itu la yang dia rasakan sekarang. Kalau dengan aweks dia yang lain selama je dia rasakan, dengan Qairina perasaannya lain macam. 


Rasa macam jantung nak terkeluar pun ade. Gemuruh semacam je rasa, peluh sejuk mula merenik didahinya.
Bila diingat kembali lamarannya petang tadi, dia jadi malu sendiri. Rasa macam tak nak dah berdepan dengan Qairina. Malu wo...

Beberapa minit sudah berlalu, tapi satu haram perkataan pun belum terluah. Masing-masing menyepi menunggu balasan orang di sebelah sana. Pipi Qairina sudah dikembungkan, pelik kenapa Iskandar tiba-tiba terdiam pulak. Takkan dah tertidur kot.

“Awak dah makan?”terlontar sudah pertanyaan dari Iskandar yang entah datang dari mana. Tak ada modal nak bertanya. Hentam saja la..

“Dah..”jawab Qairina sedikit teragak-agak, nak tergelak pun ada. Tu macam ayat nak mengayat je bunyinya. Dia menoleh kearah pintu rumah, tersembul  empat kepala disebalik pintu rumah besarnya. Bagai nak gugur jantungnya dek terkejut, nasib baik tak terterjun kolam ikan ni. Matanya sudah mencerlung tajam menikam empat pasang mata itu yang mencuri dengar itu.

Angah tiba-tiba bersiul seraya melangkah semula kedalam rumah, kemudian berjangkit pula siulannya kepada along dan kemudian abah. Umi memang tak reti nak bersiul, jadi sengihan sajalah yang diberikan. Setelah memastikan tak ada lagi yang pasang telinga, barulah dia kembali menghadap kolam ikan.

“Kenapa awak call saya. Takkan la semata-mata nak tanya saya dah makan ke tak.”Qairina cuba menebak niat Iskandar menelefonnya malam-malam begini. Entah-entah dia nak tuntut jawapan dari petang tadi kot.

“Erm..sebenarnya saya nak tanya jawapan awak pasal petang tadi. awak pergi macam tu je tanpa beritahu apa-apa.”memang itu tujuan sebenar dia. Andai kata jawapannya ya..dia sendiri akan beritahu mama, papa tentang hal ini.

Sepi... “Awak pasti ke dengan apa yang awak cakap ni, ini melibatkan masa depan kita. Awak sanggup ke nak pertaruhkan hidup awak dengan saya sedangkan kita berdua tak saling mencintai.”memang itu yang terbuku didadanya sejak pulang petang tadi. dia ingat senang ke nak bertunang macam tu saja sedangkan mereka tak saling kenal hati budi masing-masing.

“Saya usulkan benda ni untuk selamatkan maruah family kita berdua. Benda ni dah tersebar seluruh malaysia. Lambat-laun benda ni akan jadi bertambah teruk dan family awak pun akan terlibat sama.”

“Tapi benda ni saya rasa mengarut. Lepas kita bertunang, nak buat apa? bernikah pulak?”bentak Qairina, dia tak sanggup memperjudikan masa depannya untuk hidup dengan Iskandar yang dia belum kenal perangainya macam mana. Tapi kalau lihat dari pemerhatiannya, Iskandar memang seorang yang nampak sedikit sosial. Mungkin tipikal anak-anak orang berada, sosial melebih. Itu pada pandangannya, tapi dia tak berani cakap apa-apa.

“Saya dah fkir masak-masak, kita bertunang. And then lepas sebulan dua bulan kita putus. Kita cakap saja la yang kita tak serasi.”pandai Iskandar memberi cadangan. Dari dia balik petang tadi dia hanya menahan saja telinga mendengar bebelan mama yang keluar macam mechine gun. Tak berhenti-henti, tak kering air liur agaknya.

“Senangnya awak cakap.”

“Dah itu saja pilihan yang kita ada supaya family kita berdua tak menanggung malu. Ke kalau awak sanggup nak berkahwin dengan saya. Saya sudi.”selamba Iskandar berkata.

Setelah menimbang tara segala apa yang dikatakan Iskandar. Dia bersetuju untuk bertunang, tapi untuk dua bulan saja, lepas tu putus. Itu keputusan yang telah mereka setujui. Tapi masing-masing tak boleh bercerita tentang pertunangan ini pada keluarga mereka.

So..hujung minggu ni awak jadi datang rumah saya?”soal Qairina. Dia mendongak ke langit melihat bintang-bintang yang bertaburan. Sejuk malam mula mencengkam tubuhnya, tangannya ligat menggosok-gosok lengannya untuk menghilangkan sejuk.

“Insyallah..saya perlu bawak apa-apa buah tangan tak nak jumpa bakal keluarga mertua saya?”

Its up to you. Ok lah, dah lewat malam ni. Good night. Assalamualaikum.”Qairina ingin mematikan perbualan antara mereka.

“Waalaikumsalam my fiancee-to-be.”usik Iskandar pula.

“Haha..not funny ok.”kemudian kedengaran suara gelak tawa di pihak Iskandar. Apa yang lucu sangat entah. Rasa nak seligi je mamat ni.

“Kirim salam dekat family awak. Insyallah hujung minggu ni saya datang. Good night, sweet dream.”Iskandar meletakkan telefon. Senyuman tersunging dibibirnya sebelum bangkit dan bergerak masuk ke bilik air. Dia belum solat isyak lagi. Walau sesosial mana pun dia, tuntutan agama tetap tak diabaikan. Itu dididikan yang telah diterapkan dalam keluarga mereka sejak kecil lagi.

“Siapa call?”soal Abah sebaik saja kakinya menapak ke ruang tamu, memang susuah betul la dapat ahli keluarga yang concern habis macam ni. Nasib la..

Tersenyum dia mendengar soalan abahnya. “Iskandar.”ringkas sekali jawapan yang diberikan, bertepatan dengan soalan yang diajukan. Kening angah, along sudah ternaik-naik mengalahkan ziana zain sambil memandang satu sama lain.

“Siapa Iskandar abah?”tanya along dengan muka bingung. Tak pernah dengar pun nama tu sebelum ni.

“Siapa lagi..bakal adik ipar korang la.”abah bercelucon, muka Qairina dah naik merah mengalahkan model revlon. Sengaja je tau abah ni. Bab usik-mengusik memang dialah juara. Angah pulak jatuh ke tangga naib juara. Memang elok la tu, bapak borek anak rintik.

“Erm..iskandar, nama boleh tahan. Handsome tak adik? Dia ke angah lagi handsome.”becok angah bertanya seraya mengusap-gusap, bahu adiknya itu dipeluk.

Qairina membuat reaksi seperti nak termuntah mendengar ayat bajet angahnya. Perut angahnya disiku.

“Mesti la handsome, baru layak jadi tunang Qhai. Angah tengok la nanti hujung minggu ni dia kata nak datang. Qhai berani kerat jari nanti mulut angah dengan along melopong sampai gajah pun boleh muat.”Qairina berseloroh seraya menjeling kearah angahnya disisi. Itulah sebelah sisi Qairina yang dulu, yang ceria dan manja. Dia hanya menyerlahkan sikap lamanya dihadapan ahli keluarga saja dan masuk list berkecuali yang bukan senarai ahli keluarga ialah Iskandar. Dia sendiri bingung.

“Ok..he need to impress me this weekend. Kalau tak.. Qhai kena belanja along dengan angah makan pizza.”along mencabar, dia cuma nak memastikan lelaki yang bergandingan dengan adik kesayangan mereka ini bukan calang-calang orang. Terbaik dikalangan yang terbaik.

“Cayalah along, angah setuju 101%..”matanya kemudian beralaih kearah adiknya yang sudah bercekak pinggang.

“Amacam? Deals or no deals?”jari kelingking diunjurkan kepada adiknya

Qairina tersenyum senget seolah-olah mengejek. Ingat dia takut ke?

Deals.”jari kelingkingnya ditautkan dengan jari kelingking angahnya. Kening kedua-duanya sudah terangkat mencabar satu sama lain.

“Aduh..sakit.”kepala angah dipukul umi dari belakang tanpa disedarinya, digosok-gosok belakang kepalanya laju. Sakit wo..

“Banyak sangat dealsnya.”tak lama kemudian riuh ruang tamu dengan gelak tawa yang pecah dari mulut masing-masing. Memang keluarga yang sangat bahagia kalau dilihat.
*****
Pintu bilik pejabatnya dirempuh dari luar, tersembul muka menyinga Isabella dengan baju sendat separas peha. Belum dengan rambut blond menggerbangnya, memang padan la dengan gincu merah menyala yang dicalit dibibirnya. Nampak macam pontianak pun ada. Siang-siang pun ada pontianak ye.

Sorry bos, saya dah cuba halang tapi cik Bella berkeras jugak nak jumpa dengan bos.”Zetie cuba menerangkan situasi yang berlaku. Dijelingnya Isabella dengan hati yang menggerutu namun dibalas balik dengan jelingan yang lebih tajam dari Isabella.

Apa dia ingat ni syarikat bapak mertua dia apa nak merempuh sesuka hati, ni kalau report kat Puan Seri mahu makan pelempang jugak betina ni. Dah la dengan baju tak cukup kain dia, buat sakit mata je tengok.

“Zetie awak pergi sambung kerja awak balik.”arah Iskandar tegang, dia cukup pantang kalau ada orang nak berbincang soal peribadi pada waktu pejabat. Even teman wanita kesayangan dia yang mana pun tak boleh mengganggunya kalau dia sedang bekerja. Itu perinsip dia.

So..you nak apa ni pagi-pagi buta dah merempuh pejabat I.”sinis sekali pertanyaan yang diajukan. Dari duduk kin Iskandar sudah bangun dan duduk di sofa. Matanya tajam memerhatikan Isabella yang masih dengan wajah singa betinanya.

Isabella berjalan kearah Iskandar dengan lenggok tubuh yang menggoda, dia tahu Iskandar tengah marah. Hendak dilabuhkan duduknya diatas riba Iskandar seperti yang selalu mereka lakukan di kelab, tapi Iskandar sudah berdiri terlebih dahulu. Rasa malu menyerbu dirinya akibat penolakan Iskandar itu.

Please Bella, ni pejabat I. Bukan dekat kelab, mind your manners.” Sindir Iskandar lagi. Dia sebenarnya sudah muak dengan sikap Isabella yang suka mengongkong. Dia rimas. Dia nakkan kebebasan.

“Sayang..betul ke you nak bertunang?”lengan sasa Iskandar dicapai dan dielus-elus manja. Bernanah rasa matanya waktu menatap foto yang terpapar didada akhbar beberapa hari lepas. Habis dikoyak dan direnyuk-renyukkan surat khabar itu.

Iskandar malas menjawab, lantas kepalanya diangguk dengan yakin sekali.

“Habis I macam mana?”rengek sabella lagi. Habis la dia kalau betul Iskandar nak bertunang, pasti segala kemewahan yang dikecapinya sekarang akan hilang macam itu saja. Habis jadi debu.

Iskandar rimas dengan perlakuan manja Isabella. Merengek macam budak tak dapat mainan. Lantas tangannya yang dielus sejak tadi direntap kasar. Sebetulnya dia bukan kisah pun dengan Isabella, malah dia sendiri tahu yang familynya tak mungkin akan terima perempuan macam ni untuk masuk ke dalam keluarga mereka.

“Kita putus.”lancar sekali perkataan ‘putus’ meluncur keluar dari celah bibir Iskandar. Bagai tak ada apa-apa rasa, sedangkan dia sudah bersama isabella hampir setahun semenjak dia pulang dari US.

What?”terkejut beruk sabella dibuatnya.

Pinggang Iskandar dicapai dan dirangkul kejap. “Baby..you know how much i love you right. How could you do this to me. Don’t tell me this is because of that girl.”pujuk Isabella dengan suara yang mendayu-dayu.

Pelukan dipinggangnya dilonggarkan. “No..sayang. ini bukan semata-mata sebab that girl. Tapi sebab I dah muak dengan you. You ingat I bodoh sangat ke tak tau dengan tembelang you selama ni. Angkut jantan lain pergi apartment you. All your secret is in my hand honey.”ditekankan perkataan ‘Muak’ itu. Perempuan ni ingat dia bodoh agaknya, dia sudah mengubah pengawal keselamatan di apartment Isabela untuk melaporkan semua kegiatan teman wanitanya itu. Dan seperti apa yang dijangka, memang tepat telahannya selama ini. Isabella angkut jantan lain masuk ke apartmentnya.

Tergaman sudah Isabella, dia sangka rahsianya tak akan pecah sama sekali. Tapi nampaknya dia silap perkiraan. bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

“Tapi sayang, dia orang semua tu tak sama. It is you i love..”sedaya upaya Isabella menabur kata-kata manis. Dia tak boleh kehilangan Iskandar.

But what you gonna say. I don’t love you, even i never love you all this time. I just pretend. just to have fun with you”Iskandar membalas denga kata-kata sinis. Kalau teman wanitanya yang lain senag sikit nak uruskan, tapi yang ni liat sikit.

“You..sampai hati you, i ikhlas cintakan you selama ni.”drama masih diteruskan jugak untuk memancing simpati Iskandar. Matanya sudah berlinang dengan air mata. Pro gila, siap dengan air mata lagi.

Ketawa sinis kedengaran memecah sunyi ruang pejabatnya. “ Tak perlu la you nak berlakon bagai nak rak. I bagi you tempoh seminggu untuk you kosongkan apartment. But cars,ring and all sort of things that I give you all this time. Just keep it on your own, I bukannya orang yang buruk siku sangat. Anggap saja tu sebagai hadiah I untuk you atas perpisahan kita.”

Telunjuk Isabella sudah naik ke muka Iskandar dengan riak muka ketatnya. “You...argh!!”kasut tumit tingginya dihentak-hentak kuat seraya keluar dari pejabat Iskandar dengan hati yang sebal. Sempat lagi memberi jelingan maut kepaa zetie sebelum keluar.

“Hentak-hentak...pecah lantai ni kau bayar.”Iskandar bersuara sendiri. Meluat dia tengok sikap Isabella.
Kepalanya dijenguk keluar dan dpanjangkan ke meja Zetie. “Lain kali kalau ada siapa-siapa lagi yang nak jumpa saya, tak kira la Isabella ke, Mona ke, Raihana ke. Cakap saya tak ada dan saya tak nak dah jumpa dia orang. Full stop. Faham?”

“Ok bos. Beres.”sahut Zetie, ditunjukkan isyarat bagus pada bosnya itu

“Bagus. Saya suka kerja dengan awak.”puji Iskandar lagi, dia memang suka dengan kerja Zetie, tak banyak masalah. Tak macam setiausahanya yang dulu, asyik nak tegedik-gedik dengan dia.
*****
“Papa..Iskandar dah fikir semasak-masaknya, Is nak betunang dengan Qairina.”cukup tenang sekali iskandar bercerita kepada papanya Tan Sri tengku Muhaimin yang sedang bernyandar di kepala katil.

“Is memang kenal ke dengan gadis tu? Setahu papa, Is tak ada teman wanita yang namanya Qairina.”soal papanya seraya menutup buku bertajuk ‘Competing for the Future’ oleh Gary Hamel dan C.K. Prahalad. Buku diletakkan diatas meja sisi katil.

“Is baru je jugak kenal dengan Qairina, tapi Is jamin, kalau mama dengan papa jumpa dengan dia. confirm mama adan papa akan suka.”dengan nada ceria Iskandar berkata-kata. Dia harus mendapatkan ersetujuan papanya dulu. Soal mama tolak tepi dulu. Kalau papa kata ok, mama pun mesti ikut ok punya.

“Tapi kita tak kenal lagi family dia macam mana Is, latar belakang dia. Jagan buat semberono je, ini melibatkan masa depan kamu berdua.”nasihat papanya lembut. Memang tak dinafikan, kalau tengok dari gambar yang terdapat dalam akhbar itu memang dari luaran nampak baik, sopan bertudung. Tapi mereka tak boleh bersetuju hanya berdasarkan sekeping gambar.

Mereka keluarga yang cukup disegani, dia tak nak orang sembarangan masuk ke dalam familynya. Dia tak kisah dengan status keluar, miskin ke kaya. Tapi asalkan dari keturunan yang baik-baik. Dia boleh bertoleransi. Soal isterinya tak perlu risau. Dia sebagai ketua keluarga dia yang akan menentukan semua keputusan.

“Is dah bincang dengan Qairina. Hujung minggu ni Is akan pergi jumpa dengan family dia untuk minta restu. Papa, kalau papa dan mama nak jumpa dengan Qairina sebelum bersetuju dengan pertunangan kami, Is boleh uruskan.”pujuk Iskandar seraya mencapai tangan papanya mengharapkan pengertian dari orang tuanya itu.

“Lagi pun benda ni dah tersebar papa, satu-satunya cara untuk selamatkan maruah keluarga dua-dua pihak ialah dengan teruskan dengan rancangan pertunangan tu.”tambah Iskandar lagu

Tan Sri Tengku Muhaimin berfikir seketika. Ada betulnya juga apa yang dikatakan anak bujangnya itu. Memang dari waktu tersebarnya berita pertunangan itu, tak putus-putus panggilan tak kira dari rakan seperniagann, teman-teman rapat mahupun keluarga sendiri mengucapkan tahniah. Nanti bila dibatalkan apa pula kata mereka.

“Macam ni la. Is aturkan tempat dan masa supaya budak perempuan tu dapat jumpa mama dan papa. Then baru kita putuskan keputusannya.”usul papanya terlebih dahulu.

“Thanks papa. Is minta maaf banyak-banyak dah menyusahkan papa.”perlahan Iskandar berkata, tangan papanya digengam erat. Walaupun diakui dia bukanlah anak yang selalu menyenangkan hati ibu-bapa, tapi rasa hormat dan sayang tu tetap ada.

“Pasal mama?”Iskandar menyuarakan kegelisahannya. Dalam fikirannya tak habis-habis berfikir, nak ke mamanya terima Qairina yang tak termasuk dalam list calon-calon menantu. Dibutnya mama tak setuju dan mengamuk. Tak ke haru dibuatnya.

Dilihat papanya tersenyum sedikit seraya menggosok-gosok matanya yang pedih akibat terlalu banyak membaca.

“Pasal tu tak payah risau la. Mama tu luar je nampak keras, tapi kalau dipujuk-pujuk. Lama-lama cair la tu. Papa kenal sangat perangai mama tu macam mana.”seloroh papanya.

*****
“Woi..”Lamunan Iskandar tersentak tatkala disergah dari belakang. Terus terbang semua bayangan Qairina. Kacau dun betul la mamat ni. Orang baru nak berangan-angan mat jenin. Dah kena cantas.

“Lama betul ko pergi tandas. Berak batu apa.”sergah Iskandar pula. Razif yang baru keluar dari tandas pula dimarahinya. Nama diberi Razif, kawan baiknya  daripada kecil lagi. Mereka memang kamcing la bak kata pepatah bagai aur dan tebing. Kalau setakat kamal tu, kawan yang dia ajak kalau nak pergi kelab je. Tapi yang ini memang sahabat terbaiknya. Mereka kenal sebab mereka dulu berjiran masa kecil di Selayang, tapi lepas mereka berpindah, hubungan mereka terputus. Jumpa balik masa di US. Tak sangka pulak mereka belajar di Universiti yang sama, University of Michigan di US.

“Aku tak tau la apa yang aku makan semalam. Agaknya aku makan mee goreng mamak semalam kot. Tu yang berak lama tu.”alasan Razif.

“Hi...pengotor la kau ni.”lengan Razif ditumbuk kuat. dia hanya tersengih.

“Ni..Ape kes kau tunang tak bagitau aku. BFF la sangat.”

“Kenapa aku kena bagitau kau pulak.’gurau Iskandar lagi, nasi beriani dalam pinggan disuap masuk kedalam mulut. Razif kerja di pejabat bersebelahan dengan syarikat keluarganya, so memang kalau waktu lunch mereka akan keluar sama-sama.

“Aku ni your best friend man. Takkan tu pun aku kena ingatkan kau.”dengan penuh perasaan Razif  berkata.

“Kau percaya tak kalau aku kata yang aku tak kenal pun dengan perempuan tu.”

“Agak la. Sebab aku tau macam mana taste kau. Nak yang stok seksi-seksi, model-model je, mana pandang yang bertudung litup ni.”

“Woi..kau cakap macam la aku ni teruk sangat.”rungut Iskandar lagi.

“Tapi serius ke kau tak kenal?”tanya Razif lagi, muka Iskandar mencurI perhatiannya. Iskandar menganguk kejap. Biar betik mamat ni..

“Habis tu mana pulak datang cerita tunang-tunang ni. Ke mama kau paksa kau bertunang?”tebak Razif seraya mencapai straw dan menghirup air jus epalnya. Ni dah kes berat kalau main paksa-paksa ni. Macam cerita novel la pulak.

“Nanti la aku cerita dekat kau, panjang ceritanya. Sini terbuka sangat la.”

“Tapi..aku memang minat la dengan bakal tunang kau tu. Nampak macam cantik je.”usik Razif sekadar nak tengok reaksi sahabatnya itu.

Iskandar tersenyum, memang cantik pun. “Tu kau baru tengok gambar, belum yang real lagi. Aku confirm kau ternganga nanti.”giatnya lagi.

“Cheh..nak riak dengan aku la tu. Tapi..kau nak jugak eh dengan perempuan bertudung macam tu.”Razif menyindir lagi, selama ni tak pernah lagi dia tengok Iskandar berkepit dengan perempuan bertudung.

“Kau cakap macam aku ni teruk sangat je. Intan dulu pun pakai tudung jugak.”perlahan dan mendatar saja bicaranya, setiap kali isu intan diutarakan. Pasti dia akan jadi macam ni. Semua kenangan lalu masih berlegar-egar lagi dalam ingatannya. Susah nak dilupuskan.

“Kau lupakan je la Intan tu. Banyak lagi perempuan baik kat luar sana yang layak untuk kau, sebagai contoh. Bakal tunang kau..”saran Razif lagi, Iskandar dah menceritakan semua kisahnya dengan intan dulu dan penyebab dia berubah jadi kasanova macam ni.

“Aku memang dah lama lupakan dia, tapi sesekali ingatan tu nak teringat jugak dekat dia. Dah lama aku tak jumpa dengan dia semenjak kita orang putus. Hari tu masa birthday party Tan Sri Adnan aku jumpa Farid, dia kata dia lama putus dengan intan. Then aku jadi curious nak tahu macam mana Intan sekarang. Sihat ke, dah kahwin ke, dah ada anak ke..”panjang sekali cerita Iskadar.

You know what? Kalau aku jadi kau. Aku dah tak fikir dah semua tu. Biaq pi la dia dengan hidup dia, tu bukan masalah aku.”

“Tu la kau, tak sensitif.”tuduh Iskandar sekadar bergurau.

“Sensitif tak sensitif, yang pentingnya dia dah tinggalkan kau. Sekarang kau patut fikir pasal bakal tunang kau tu je. Kau dah jumpa ke family dia?”penuh teruja Razif menyoal, macam dia pulak yang nak bertunang. Eh silap..dia memang dah bertunang pun dengan kekasih hatinya Suraya tahun lepas.

“Hujung minggu ni aku nak pergi, temankan aku jom.”ajak Iskandar dengan muka seposen tak lakunya.

“Aih...takkan nak jumpa bapak mertua, lutut menggeletar kot. Kata gentleman, apa kes nak teman-teman ni.”

“Aku segan la nak datang sorang-sorang.”alasan diberi.

“Aih..bila masa pulak Tengku Iskandar Farabi jadi seorang yang penyegan pulak ni?”Razif masih giat mengusik sampai merah dah muka Iskandar yang berkulit agak cerah, warisan dari mamanya Puan Seri Raja Syuhairah.

“Kau tak nak teman dah. Cepat la habiskan nasi kau tu, waktu lunch dah nak habis dah ni.” Sedar tak sedar dah licin satu nggan nasi beriani daging kambing dibahamnya.

“Yela..yela..demi BFF aku ni. Tak apa la aku temankan. Penyegan sangat kan, nak buat macam mana.”seloroh Razif seraya menyambung suapan nasi berianinya itu. Selesai makan dan membayar di kaunter, mereka jalan beriringan ke pejabat masing-masing. Selalu mereka memang jalan kaki je ke kedai mamak tu. Dekat. Tak payah nak membazir minyak kereta.

*****
Meliar matanya memerhatikan keadaan starbuck kafe yang kelihatan sedikit lengan pagi itu. Hari ni dia kan berjumpa dengan Qairina untuk membincangkan soal pertunangan mereka. Yang peliknya, semenjak dia meminta kebenaran dari papa dan mamanya untuk merestui pertunangan dia dan Qairina. Abangnya Qushairi menjadi makin pelik, cepat baran, menjeling saja sepanjang masa. Macam ada yang dia tak puas hati pasal dirinya. Takkan jealous kot aku nak bertunang, padahal abangnya itu sendiri sudah bertunang walaupun atas aturan keluarga.

Ipad applenya dicapai keluar dari briefcase. Appointment untuknya minggu ini diteliti dan dilihat tak bayak, jadi dia punya masa untuk menyiapkan skrip dan segala bagai untuk bertemu dengan family belah perempuan.
Dari kejauhan Qairina sudah nampak bayang Iskandar yang sedang duduk santai disalah satu meja di Starbuck kafe sambi membelek ipadnya. Pelik. lelaki ni tak pergi kerja ke? Nampak santai je dengan t-shirt kolar camel active berwarna kuning air. Nampak sangat sesuai dengan kulitnya yang cerah. Kelihatan tak terlalu kontra

Hari ni pun dia santai saja, pakai blaus warna baby pink denga seluar jeans hitam. Handbag jenama Sembonianya kemas terkepit dilengan. Langkah kemas diatur menghampiri Iskandar di dalam kafe.

“Assalamualaikum..sorry lambat.” Tegurnya sambil berdiri tegak didepan Iskandar yang mendongak selepas terdengar suaranya. Senyuman manis terukir dibibir.

Automatik bibir Iskandar turut mengoyak senyuman dibibir tatkala melihat gadis dihadapnnya itu.

“Waalaikumsalam..please, have a sit.”pelawa Iskandar supaya Qairina duduk dikersi bertentangan dengannya. Jarinya kemudian dipetik untuk memanggil pelayan. Setelah pesanan dibuat barulah ipadnya diletakkan diatas meja seraya hujung matanya galak memerhatikan Qairina yang nampak sangat comel dengan baju warna pink yang tesarung. Sopan, tapi tetap boleh memancing minat lelaki yang lalu lalang. Tak payah seksi-seksi.

“Awak dah lama tunggu ke?”soal Qairina, taku pulak kalau dia dah buat Iskandar tertunggu-tunggu. Hansetnya hilang tadi, tu yang dia berpusing satu rumah mencari. Alih-alih jumpa belakang televisyen.

No..no, it’s ok. Lagi pun saya ambil cuti hari ni.”beritahu Iskandar ringkas, coffe lattenya dihirup sedikit.
Qairina mengangguk-ngangguk perlahan, 5 minit kemudian pesanannya sampai. Hatinya rasa tak keruan bila dia perasan yang mata Iskandar tak henti-henti dari memerhatikan dirinya. Membuatkan dia segan sendiri.

“Ermm..ada apa ye kita jumpa hari ni?”tanya Qarina. Dia sendiri tak diberitahu tentang tujuan perjumpaan mereka. Baru malam tadi dia dapat mesej yang Iskandar nak berjumpa dengannya pagi ini.

“Macam yang saya cakap hari tu dekat taman. Family saya. Thats mean papa, mama saya nak jumpa dengan awak tengah hari ni. Kita lunch dengan papa mama saya.”
Qairina ternganga seketika mendengar butir bicara yang keluar dari mulu Iskandar. Kemudian matanya memandang lama coffenya diatas meja. Bagai memikirkan sesuatu.

“Kenapa awak tak beritahu saya awal-awal. At least saya boleh bersedia.”kata Qairina dengan nada yang sedikit berubah. Yela. Sepatutnya beritahu la dia awal-awal supaya dia boleh rancang apa yang nak dicakap nanti.

Sorry..saya bukan sengaja.”dilihat wajah Qairina sudah sedkit mendung. Macam menggusarkan sesuatu.

“Awak..takut ke?”

Qairina kembali mendongakkan wajahnya supaya bertentang mata dengan Iskandar. Memang sah-sah la dia takut, gementar bagai. Nak jumpa bakal mertua la katakan.

Iskandar ketawa sekejap seolah-olah ketawa yang dibuat-buat. Kepalanya digaru kejap.

“Awak tak payah takut la. Papa, mama saya baik orangnya. Maybe mama saya sedikit nampak macam garang. Tapi hati dia baik.”Iskandar cuba menyenangkan hati Qairina yang gelisah. Di faham apa yang Qairina rasa sebab dia pun rasa benda yang sama. Lagi dua hari je lagi dia nak jumpa dengan family Qairina pulak.
Qairina memandang Iskandar lama. Boleh percaya ke?

“Betul ni..saya tak nak nanti saya kena halau tengah-tengah restoran pulak nanti.”

“Takkan la mama, papa saya nak buat macam tu. Saya jamin papa dan mama saya akan suka dengan awak. Tengok la sopan, cantik, ayu lagi. Sejuk mata memandang.”tanpa ditahan-tahan, terkeluar sudah kata pujian dari bibir Iskandar. Dilihat Qairina hanya tersenyum seraya memandangnya.

“Yela tu. Jangan sampai mama, papa awak dah suka sangat dengan saya sampai suruh kita bernikah terus. Saya tak nak kahwin dengan awak.”tegas Qairina. Tak dapat dibayangkan kalau dia berkahwin dengan Iskandar. Hish..tak mungkin

“Apa salahnya, saya sudi.”usik Iskandar pula. Naik merah pipi Qairina dibuatnya. Malu..

Kemudian mereka berbual seketika untuk menghabiskan semua pesanan mereka. Banyak yag disembangkan, pasal hobi, pasal family. Qairina berasa sangat selesa berada disamping Iskandar. Dan sekarang baru dia merasa kalau Iskandar ni jatuh dalam kategori yang ‘Not Bad’. Peramah, ada sense of humour. Boleh la dikfikirkan kalau nak buat suami. Eheh...dah jatuh cinta ke Cik Qairina Faqiha??

Mereka berjalan-jalan ke sekitar Mid Valley Mega mall sementara menunggu waktu makan tengah hari di italiannies di The Garden. Sekalian membeli buah tangan untuk dibawa. Sekali tengok mereka pastiorang sekeliling akan menganggap kalau mereka sepasang kekasih, nampak sangat padan dan secocok bila bergandingan.

*****
“Mana abang, anak bujang awak ni tak sampai-sampai lagi.”soal Puan Seri Raja Syuhairah. Sejak mereka sampai 15 minit yang lalu, batang hidung pun tak sampai lagi.

“Sabarlah Syu. Is kata mereka on the way la ni.”Tan Sri Tengku muhaimin cuba menenangkan isterinya. Baru tadi dia menelefn anaknya itu. Katanya sekejap lagi akan tiba. Dilihat anak bujangnya yang seorang lagi didepannya itu khusyuk menghadap ipadnya. Entah apa yang dibuatnya pun tak tahu.

Berselang 2 minit kemudian, Iskandar dan Qairina tiba dihadapan restoran. Qairina mengambil nafas dalam sebelum masuk. Taku nanti kat dalam tak cukup nafas pulak. Mahu rebah dekat situ jugak dibuatnya nanti.

“Papa, mama..kenalkan, Qairina Faqiha.”Iskandar mula meperkenalkan Qairina pada kedua orang tuanya. Dapat dikesan senyuman kecil yang mula terukir dibibir mamanya. Sedikit kelegaan tersemat disitu.

“Apa khabar uncle, auntie.”sopan sekali Qairina menyapa. Tangan kedua-duanya disalam pernuh hormat.

“Ini pulak..my brother.”Iskandar menunjuk kearah seorang lelaki yang duduk berentangan dengan mamanya.

Matanya berkalih pula kearah yang ditunjukkan, dan saat itu juga matanya bertembung dengan sepasang mata yang sudah cukup lama tak ditatap. Nafasnya menjadi sesak secara tiba-tiba.....

-bersambung-

p/s: fuh..penat sungguh buat n3 yang agak panjang ni. walaupun kepala dah agak lok-lak sikit tap demi semua reader, i can handle all that hehe. kepada semua yang menyambut hari wilayah esok selamay bercuti ye sume. dah bace jgn lupa komen supaya saya daat memantapkan lagi jalan cerita ni. May Allah bless u all ^,~ luv u....

Sunday, 22 January 2012

Sejuta Kasih Qairina- 5



Kini mereka sudah berada di tepi kolam renang, masing-masing terdiam memandang satu sama lain tanpa sepatah haram kata pun yang keluar, hanya cahaya bulan dan lampu-lampu yang yang terdapat disekeliling kolam renang saja yang menemani mereka. Ada terdapat beberapa orang lagi penginap hotel yang masih berendam walaupun jam sudah menginjak ke jam 9.30 malam.

Qairina yang mula tak selesa dengan renungan mata lelaki yang tak dikenalinya itu mula kegelisahan, nafasnya terasa tersekat-sekat pulak.

“So..apa awak nak explain pasal benda yang jadi tadi.”dengan lagak yang berpura-pura tenang Qairina melontarkan kata, kerusi berdekatan ditarik dan dia duduk disitu.

Iskandar juga mengambil tempat dihadapan Qairina, otaknya berputar ligat nak menyusun ayat supaya gadis didepannya itu tidak salah faham terhadapnya. Keadaan sangat mendesak tadi dan entah kenapa tangannya automatik menarik gadis itu, padahal banya lagi perempuan lain. Tapi kenapa gadis tu jugak yang dia tarik. Dia sendiri pun pelik.

“Saya...saya terdesak tadi. saya minta maaf ok.”itu alasan yang diberikan iskandar, cukup mudah . Tanpa pengetahuannya, alasannya itu sudah mula menaikkan darah si gadis.

“Wah...senangnya alasan. Awak cakap macam saya ni tak ada maruah. Hello mister what so ever, awak sedar tak yang kenyataan berani mati awak tu tadi dah menjatuhkan maruah saya. Kalau abah dengan umi saya dengar macam mana?”bengan Qairina dengan alasan tak logik yang diberikan lelaki didepannya ini. Dia tau tak apa padahnya dengan kenyataan dia tadi.

“Saya tak pernah terniat nak jatuhkan maruah awak, semua ni berlaku secara spontan. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh tarik awak tadi.”terang Iskandar lagi. Dilihat gadis dihadapannya kini tergelak sinis bagai menyindir dirinya dengan kebodohan diirnya sendiri. Apa kes perempuan ni nak sindir-sindir aku macam tu? Bodoh sangat ke alasan yang aku bagi?

“Awak tak tau macam mana boleh tertarik saya? Nonsense punya alasan. Banyak lagi perempuan kat dalam tu tadi, kenapa saya juga yang awak tarik?”Qairina membentak marah, kepalanya dah mula berserabut. Alasan yang memang tak boleh diterima. Sekarang ni macam mana? Zafira pun ada dekat sana tadi, dibuatnya dia bagitahu papanya lepastu berita sampai pulak ke telinga abah dan uminya apa dia nak jawab?

“Awak ingat saya nak sangat ke tarik awak tadi? kalau nak diikutkan saya pun. Jenis macam awak ni bukan taste saya tau tak?”dengan penuh bangga Iskandar melontar kata-kata pedas.langsung tak memikirkan perasaan gadis didepannya ini. Kalau dia nak marah aku punboleh marah, dah la rasa bengangnya dengan Farid belum surut-surut lagi.

Qairina melopong seketika mendengar butir kata yang keluar dari mulut lelaki yang tak ada insurans depannya ini. Cukup membuatkan dia berasa jelik. Apa dia ingat dia handsome sangat ke sampai semua perempuan boleh tergila-gilakan dia. Ini satu penghinaan namanya.

“Awak hina saya?”soal Qairina dengan suara yang mula meninggi tonenya, dengan wajah yang mula kemerahan menahan geram yang berbuku didada. Kalau nak diikutkan hati dah lama dia lipat je lelaki ni. Jangan pandang dia sebelah mata sebab dia perempuan, dia adalah pemegang black belt tau.

“Bila masa pulak saya hina awak, saya just cakap yang perempuan macam awak ni bukan taste saya. Tu je, yang awak nak marah sangat kenapa?”dia tak menyangka yang kata-kata dia tadi dah menghina Qairina.

“Oh..bukan taste awak...habis taste awak macam mana? Beritahu saya.”Qairina menyindir lagi, tangannya sudah disilangkan ketubuhnya. Matanya tajam menikam lelaki didepannya itu. Gaduh punya gaduh nama lelaki ni pun aku tak tahu.

Taste saya? Awak nak tahu..jap..”matanya kemudian meliar kesekeliling kawasan kolam renang yang masih terdapat beberapa pengunjung lagi. Tak lama selepas itu matanya melekat di kerusi santai yang terletak ditepi kolam renang itu. Got it..

“Na...thats...thats my taste.”telunjuk iskandar menuju kearah gadis yang sedang duduk bersantai diatas kerusi santai tak jauh dari mereka.

Kepala Qairina dipalingkan kebelakang ingin melihat gadis yang dikatakan taste lelaki bongkak didepannya ni. Sesaat kemudian terbeliak mata Qairina dibuatnya. Mana taknya, perempuan mat salleh yang berbikini yang dipilihnya. Qairina menelan air liurnya kelat. Eww..lelaki ni.

Iskandar yang mula perasan dengan perubahan air muka gadis itu menahan gelak. Ambik kau, nak tau sangat kan taste aku macam mana.

“Amacam...ok tak?”soal Iskandar lagi sengaja mengenakan Qairina yang ternyata sudah memandang dengan satu pandangan yang jijik padanya.

Qairina mengangguk beerapa kali. “Ermm...memang..memang ok sangat. Eloklah dengan lelaki macam awak ni. Dasar lelaki kasanova. Miang. Gatal.”

Terburai tawa Iskandar memecah kesunyian disekeliling mereka. “Tu la, nak tahu sangat perempuan macam mana yang saya suka kan. Kan dah terkejut beruk.”

Qairina hanya menjeling memandang lelaki yang tak dikenalinya itu. Sangat annoying. “Cukup..saya rasa benda ni tak ada kena mengena dengan hal tadi. sekarang macam mana awak nak settlekan benda yang dah jadi tadi?”

Buntu. Iskandar buntu tak tahu nak memberi jawapan. Air liurnya ditelan kasar. “Saya rasa awak tak perlu risau tentang hal tadi sebab rasanya kita-kita je yang dengar perbualan tu tadi.”

“Awak sure ke? Awak tau tak awak dah bagi masalah pada saya. Tadi kawan saya dah dengar yang kita akan bertunang, siap ucap tahniah lagi. Awak nak saya cakap apa?” Qairina menyoal lagi.

“Erm...”Iskandar menggigit bibirnya memikirkan jalan penyelesaian buat masalah yang baru mereka timbulkan. Tu la, tadi tak fikir pulak padah mulutnya yang lancang melontar kata. Sekarang ni dah menyerabutkan wayar otaknya pulak nak fikir jalan keluar.

“Cepat la, awak nak saya buat apa?. Awak tahu kawan saya tu tadi anak Tan Sri Adnan, dan papa dia pulak berkawan dengan abah saya. Kalau berita ni sampai ke telinga abah umi saya macam mana? Apa saya nak cakap?”desak Qairina lagi, gusar hatinya tatkala ini. Menyesal rasanya ikut datang ke majlis ni, kalau dia tak datang mesti semua ni tak berlaku.

“awak ingat awak seorang je ke yang ada mak ayah. Saya ni?” perli Iskandar lagi, dah la kepala tengah tepu, perempuan ni pulak nak paksa-paksa dia pulak. Fikir la sendiri.

“Macam ni la, awak tak payah fikir pasal masalah ni. In case kalau ada apa-apa masalah yang timbul berkaitan dengan parents awak, just inform pada saya. Pandai la nanti saya terangkan.”hanya itu saja yang dapat difikirkan buat masa ni.

Mata Qairina tak berkelip memandang Iskandar, boleh pakai ke cakap lelaki ni? Karang tak pasal-pasal umi dengan abah dapat tau and lelaki ni pulak lesap, apa dia nak buat. Fikir Qairna panjang.
Tapi setelah menimbang tara cadangan itu, akhirnya Qairina bersetuju.

“Bagi saya nombor awak.”dengan muka selamba badak Qairna bersuara.

“Nak buat apa?”soal Iskandar pula curiga. Ni apa kes nak mintak-mintak nombor telefonnya.

“Sebagai langkah keselamatan. Nanti kalau ada apa-apa problem senang saya nak cari awak.”

“019...”

“Eh..kejap..kejap” Qairina mula menyeluk ke dalam handbagnya mengagau-ngagau mencari hanset blackberrynya. Jumpa pun.

“Berapa?”

“019-8794538..”lancar Iskandar bertutur.

Qairna mengagguk-ngangguk sambil jemari runcingnya lincah menekan key pad pada blackberrynya.

“Nama awak?”

Dari Iskandar berkerut sekejap. “Iskandar...Iskandar Farabi.”

Iskandar Farabi...ulang Qairina dalam hati, nama dah sedap tapi perangai pulak yang tak sedap.

“Ok..done. saya masuk dalam dulu takut umi abah saya cari pulak nanti. Assalamualaikum.”salam diberi sebelum beredar dari situ.

“Waalaikumsalam...”balas Iskandar sendirian setelah bayang Qairina menghilang dari matanya. Bahunya tiba-tiba rasa ditepuk dari belakang.

“Siapa tadi tu?”soal Qushairi ringkas pada adiknya, tadi semasa dia keluar mencari Iskandar dia terlihat Iskandar sedang bercakap dengan seseorang, kalau tak silapnya perempuan. Tapi tak sempat dia nak melihat, gadis itu sudah beredar terlebih dahulu.

“Tak ada sesiapa la..”balas Iskandar seraya bangun dari kerusi kayu yang sejak tadi didudukinya.

“Jom balik..abang dah cakap dengan Tan Sri Adnan dah.”

Iskandar mengangguk beberapa kali. “Jom...” mereka jalan beriringan ke tingkat bawah parking. Mintak-mintak jangan la ada perkara buruk berlaku. Doa iskandar dalam hati.
*****
Pagi itu Putra Corporation digegarkan dengan berita pertunangan pewaris kedua Putra Holding seperti yang dilaporkan oleh pihak media massa mahupun media cetak. Sana-sini di setiap sudut pejabat, para pekerja tak kira perempuan atau lelaki semua sibuk bergosip hangat tentang berita yang baru tersebar itu, masih panas. Semua meneka-neka siapa gerangan gadis yang bakal menjadi tunang boss besar mereka yang menjadi kegilaan ramai itu.

Sebaik saja surat khabar sampai di tangan Tan Sri Tengku Muhaimin yang baru sahaja menunjukkan tanda-tanda sihat semula terus nafasnya tercungap-cungap, setelah dibawa berehat di bilik barulah reda sedikit. Sekarang sedang berehat di bilik, pening dia memikirkan fiil anak lelakinya itu yang tak sudah-sudah menimbulkan masalah

“Apa semua ni Is?kenapa Is sanggup buat mama dan papa macam ni? Sampai Is nak bertunang pun papa mama tak tahu. Nasib baik papa tak kena heart attack tadi.”suara halilintar Puan Sri Raja Syuhairah menggegar rumah banglo dua tingkat itu. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi Bibik Tuti dah terkocoh-kocoh mendapatkannya dan surat khabar dihulurkan kepadanya. Katanya tuan muda  hemdak bertunang.

Pada mulanya dia ingatkan Bibik Tuti hanya main-main, tapi bila surat khabar itu ditunjukkan kepadanya dia sudah kehilangan kata. Terpampang besar di main page akhbar “PEWARIS KEDUA PUTRA CORPORATION, TENGKU ISKANDAR FARABI BAKAL MELANGSUNGKAN PERTUNANGAN DALAM MASA TERDEKAT” sudahlah tu, siap dengan gambar anaknya serta seorang gadis lagi yang terpampang besar didada akhbar.

Iskandar hanya mampu mendengar hamburan mamanya dan matanya tak memandang lantai. Dia rasa cukup hairan macam mana cerita tu boleh sampai ke tangan pihak media. Memang menempah bala betul la.

“Iskandar...tengok muka mama. Siapa perempuan ni?”wajah anaknya yang sejak tadi menunduk ditarik kasar keatas supaya menghadap mukanya. Anaknya disoal garang dan tegas. Tapi kalau dilihat pada gambar yang terpamer dimuka akhbar itu nampak seperti anak gadis dari keluarga yang baik-baik. Bertudung pula tu.

Dalam hatinya terselit juga kelegaan, sekurang-kurangnya gadis yang digosipkan itu bukannya Isabella. Tak rela rasanya dia bermenantukan menantu seperti itu. Dah la pakai baju macam tak cukup kain, gedik pula tu. Tak layak masuk ke dalam keluarga mereka yang cukup disegani ini.

“Aa...kaw..”

“Kenapa bising-bising ni mama? Sampai tingkat atas pun dengar.”soal Qushairi kehairanan. Dilihat adiknya 
Iskandar sudah tercegat di ruang tamu mewah banglo itu. Kiranya Iskandar sudah bertolak ke pejabat, dia pula akan menyusul sebentar lagi kerana ada proposal yang perlu di settlekan sebelum masuk ke pejabat.

“Ni..tanya sendiri adik kau ni apa yang dia dah buat.”Puan Seri Raja syuhairah menghempakan badannya keatas sofa, lelah rasanya melayan masalah yang baru ditimbulkan nak bujangnya itu

Dengan langkah yang pantas Qushairi mendapatkan mamanya, kemudian surat khabar yang sudah terburai dilantai dikutipnya semula dan dibelek-belek sebelum matanya statik diatas muka surat depan  dada akhbar. Matanya laju membaca tajuk besar yang tercetak disitu da kemudian turun kebawah melihat gambar disitu.

Terkaku matanya disitu lama. Perlahan-lahan matanya beralih kewajah adiknya dan dipandang lama. Kelu lidahnya tak tau hendak berbicara apa. “Ma..mana Is kenal perempuan ni?”soal Qushairi, namun beberapa minit menunggu masih tak mendapat jawapan. Barannya mula datang menyerang.

Meluru dia kearah Adiknya dan kolar baju kemeja Iskandar direntap kuat. “Abang tanya. Mana Is kenal perempuan ni?”soal Qushairi lagi dengan wajah yang sudah berubah.

Tangan abangnya direntap kuat supaya melepaskannya, kemudian gelak sinis keluar dari celah bibir Iskandar, pelik dengan abangnya yang tiba-tiba berubah berang. “Apa masalah dengan abang ni? Dekat mana Is kenal perempuan ni, itu bukan urusan abang.”balas Iskandar sinis.

“Iskandar...”bergegar ruang tamu itu dengan suara Qushairi.

“Senyap...both of you. Papa tengah berehat dekat atas. Faham. Kalau nak gaduh bertumbuk pergi keluar.”kali ini suara Puan Seri Raja Syuhairah pula yang lantang kedengaran. Terkulat-kulat sudah kedua-duanya mendengar pekikan mamanya yang bisa mencairkan telinga itu

Telunjuknya kemudian diarahkan kearah anaknya Iskandar. Matanya sudah bersinar garang. “Mama nak jumpa perempuan tu. Bawak dia jumpa mama dan papa minggu ni jugak.”arahan sudah dikeluarkan dan anaknya tak boleh membantah.

\Tanpa menunggu lama, Iskandar terus menyambar kunci keretanya dan briefcasenya dicapai kasar seraya melangkah keluar dari banglo tiga tingkat itu. Mengaum garang bunyi kereta dari luar, lama kelamaan senyap.
Sampai saja di ruang legar syarikat, semua mata tertumpu kepadanya macam disuluh spotlight. Langkahnya terus diatur penuh kemas dan gaya ke tingkat 16 yang menempatkan pejabat-pejabat pengurusan tertinggi syarikat.

“Zetie..saya tak nak awak arrangekan apa-apa appointment pun untuk saya hari ni dan saya tak nak jumpa sesiapa. Kalau ada yang nak jumpa cakap je saya tak ada.”arah Iskandar sebaik melintas dihadapan meja secretarynya itu.

Tapi sebelum dia menghilang sempat lagi dia berpesan. “Saya tak nak dengar apa-apa cerita buruk tentang saya. Kalau nak bergosip, gosip diluar, bukan di pejabat.”tegas sekali amaran yang diberikan.
Zetie hanya mengangguk menerima arahan.“Baik bos..saya akan beritahu yang lain nanti.”
Sebaik saja Iskandar menghilang kedalam bilik pejabatnya, beberapa orang pekerja sudah bertenggek di meja secretarynya.

“Eh Zetie...bos kau cakap apa ha? Serius je muka dia.”komen pertama yang keluar dari mulut Kak Miah merangkap secretary Qushairi. Dicelah lengannya sudah dikepit beberapa fail dokumen yang perlu di fotostat.

“Ok announcement semua, bos cakap pejabat bukan tempat gosip, so kalau korang nak gosip sekalipun. Tunggu la lepak kedai mamak lepas waktu kerja ye...”kuat suara Zetie menyampaikan amanat yang dipesan tadi. semua orang hanya tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia tak kisah semua tu kerana dia senang bekerja dengan Iskandar, tak banyak songeh. Waktu kerja kena serius, itu prinsip bossnya itu. Lepas waktu kerja lain.

“Eh akak, rasa-rasa akak la. Macam mana agaknya bakal tunang bos tu. Ada tak macam girlfriend dia yang lain tu?”dalam pada mengingatkan orang lain, sempat lagi dia bergosip dengan Kak Miah pulak.

“Siapa? Mona? Isabella? Raihana?..akak tak rasa perempuan tu macam makwe-makwe bos yang lain tu. Kau tengok la ni ha..pakai tudung ni. Mesti bukan stok-stok macam dia orang tu.”becok mulut Kak Miah bercakap, siap ditunjuk lagi depan muka Zetie gambar didada akhbar.

Punggung Kak miah sudah sedap landing disisi meja zetie. “Akak tak rasa la macam dia orang tu. Kalau bos bawak bakal isteri macam tu, akak berani kerat jari Puan Seri rembat perempuan tu dengan penyapu.”
Serentak kemudian ketawa pecah melatari runag pejabat. Menyedari suara mereka yang bergema kuat, masing-masing menekup mulut sendiri. Takut bos menyinga pulak nanti.

“Dah la akak, tadi baru je bagi nasihat kat orang lain. Kita pulak yang dok sedap mengutuk orang. Kita tunggu jela nanti siapa yang akan bos bawak sebagai tunang dia tu. Tapi kalau tengok dari surat khabar ni, nampak macam cantik je..”komen zatie lagi.

Mata Kak Miah kemudian menjeling ke arah Rozy yang sedang membelek dokumen dengan muka cemberut tak jauh dari mereka. “A’ah la kan...akak pun rasa cantik, bertudung pulak tu. Memang padan sagat la dengan bos kita yang handsome tu kan...”sengaja dikuatkan sedikit volume suaranya supaya orang disebelah sana dapat dengar, tak habis tergedik-gedik dengan bos dari dulu. Tapi habuk pun tak ada hasil. Dapat dilihat jelingan maut yang ditujukan khas buatnya, tapi muka selamba badak juga yang ditayangnya seraya berlalu menuju ke mesin fotostat.

*****
Qairina sudah mundar mandir di pintu rumah, sesekali jemari runcingnya digigit . peluh sejuk mula melanda dirinya yang tak keruan memikirkan jalan penyelesaian yang baru saja timbul. Dengan berhati-hati dia mengintai keluar dari belah langsir, dilihat sudah ramai wartawan media yang berkumpul diluar pagar rumahnya.

“Macam mana ni Qhai...apa kita nak buat ni?”soal Puan Saliha yang turut kegelisahan. Pagi tadi sedang dia menyiram pokok bunga ditaman halaman depan banglo mereka tiba-tiba sebuat kereta dengan logo salah satu media massa yang terkenal berhenti diluar pagarnya.

“Ya..ada apa? Nak cari siapa ya?”soal Puan saliha kepada seorang perempuan yang memakai cap dikepalanya.

“Betul ke ni rumah Cik Qairina Faqiha?”

“Ya...saya uminya.”

“Apa puan tahu tentang berita yang baru saja kami terima yang anak puan, Qairina Faqiha bakal bertunang dengan anak hartawan terkenal Tengku Iskandar Farabi.”beritahu perempuan itu.

“Hah?”terkejut dengan berita yang diterimanya itu, tanpa membuang masa terus dia meluru masuk kedalam rumah mencari kelibat puteri tunggalnya itu. Pada mulanya memang dia agak terkejut dengan cerita yang disampaikan anaknya itu. Macam tak boleh diterima akal. Suaminya juga baru saja menelefon kerumah kerana dia baru saja membaca berita tersebut didalam akhbar pagi tadi. tapi tak beri komen apa-apa pun.

Qairina buntu memikirkan masalah yang dihadapinya kini. Ni semua pasal lelaki tu, kalau dia tak memandai sebut soal tunang tu tak adalah dia terheret sekali dalam masalah ni. Tapi benda dah jadi, dia tak boleh berbuat apa-apa dah. Malam ni pula confirm dia perlu bersoal jawab dengan abah serta abang-abangnya.

“Macam mana ni Qhai? Nak umi keluar halau mereka semua?”puan Saliha bertanya sekali lagi, makin lama makin sesak hadapan rumahnya dengan krew-krew pihak media.

“Mama tunggu sekejap eh. Qhai nak telefon kejap.”kata Qairina seraya berlalu kebahagian dapur. Nombor Iskandar yang baru diambil semalam di dial. Beberapa minit berlalu namun tetap tak berangkat. Kakinya sudah bergerak tak tentu arah sama seperti hatinya yang sedang berdetak laju tanpa henti.
Sekali lagi di dial nombor Iskandar. Beberapa minit menunggu akhirnya bersambut juga. Alhamdulillah.

Hello, Iskandar speaking.”kedengaran lemah suara yang terlotar ditelinganya.

“Encik Iskandar, ini saya Qairina. Saya nak beritahu awak yang sekarang reporter dah kerumun rumah saya macam semut. Macam mana semua ni boleh jadi? Semalam awak juga yang janji tak akan ada masalah yang jadi. Tapi sekarang..”terus Iskandar dihambur dengan kata-kata mukadimah yang panjang.

“Whoa...whoa..cakap perlahan sikit boleh tak. Saya belum pekak lagi sampai awak nak terjerit-jerit macam ni.”Iskandar membalas kata-kata penuh sindiran. Naik bingit telinganya mendengar. Dah la pagi tadi pun kena marah mama, sekarang pun dia kena marah lagi.

“Perlahan awak kat. Kalau boleh depan-depan awak juga saya nak terjerit-jerit sekarang. Sekarang masalah dah timbul dan semua ni gara-gara awak. Awak boleh lagi rilek macam ni?”

“Rilek..rilek awak kata, pagi tadi baru saya kena sembur dengan mama saya awak tak tahu.”

“Memang padan dengan muka awak. Sekarang macam mana awak nak selesaikan masalah ni. Reporter semua dah tau yang saya ni bakal tunang awak.”sindir Qairina lagi. Lelaki ni betul-betul dah membuat hidupnya kucar-kacir la.

Beberapa minit berdiam diri memikir cara akhirnya suara Iskandar mula kedengaran. “Macam ni la, saya akan hantar orang untuk suraikan semua reporter yang ada depan rumah awak. But, petang ni saya nak kita jumpa.”itu keputusan yang Iskandar ambil. Dia perlu berbincang dengan gadis itu kerana perkara ini sudah menjadi serius. Melibatkan maruah keluarganya dan keluarga gadis itu.

“Lagi satu...umi dengan abah saya dah tahu. Awak nak saya buat apa?”

“Yang tu kita settle kemudian. Yang penting, petang ni kita mesti jumpa.”titik, itu keputusan yang dia ambil.

Setelah berfikir beberapa minit, akhirnya Qairina bersetuju untuk berjumpa. Benda dah jadi macam ni, dia tak boleh lari kerana dia juga turut terlibat, bukan dia saja tapi seluruh ahli keluarganya.
Setelah menetapkan tempat dan masa, panggilan diputuskan. Setelah agak-agak setengah jam baru rumahnya kelihatan mula surut dari himpunan para media. pelik macam mana lelaki tu tahu alamat rumahnya. Argh..orang kaya, apa pun dia boleh tahu sekelip mata, fikir Qairina.

*****
Punggungnya panas, sudah kira-kira 20 minit dia menunggu ditaman tempat mereka jumpa kali pertama hari tu namun batang hidung Iskandar masih belum muncul-muncul. Kejap duduk,kejap berdiri. Tak tenang dibuatnya, umi kata opah di kampung dah mula bising nak berkenalan dengan bakal cucu menantunya itu, macam mana nak kenalkan kalau dia sendiri pun tak kenal siapa Iskandar tu.

Baru berkira-kira untuk mengeluarkan hansetnya, derap langkah mula kedengaran menghampirinya. Figura Iskandar yang kelihatan letih dipandangnya lama.

Lengan baju kemeja berwarna biru jalurputih yang tersarung ditubuh tegapnya disising hingga keparas lengan. Tali leher juga sudah dirungkai, rimas rasanya dia duduk dipejabat sepanjang hari, seakan masih terngiang-ngiang lagi hamburan amarah Isabella yang menyinga. Matanya mula menyingah ke seraut wajah cantik dihadapannya, nampak santai dengan seluar jeans dan t-shirt lengan panjang warna biru . Dia mula mengambil tempat diatas kerusi panjang yang sama namun diberi jarak sedikit kerana dia tahu Qairina bukannya gadis yang dia boleh pandang sambil lewa.

“Awak nampak letih je kenapa?”soal Qairina dengan sediki nada risau disitu. Nampak kesian pulak dia melihat Iskandar, walaupun dari luar nampak kemas namun dapat dikesan hati lelaki itu yang mungkin turut serabut saat ini sama sepertinya.

No..i’m ok. Sepatutnya saya yang tanya soalan tu pada awak. Mesti awak susah hati sekarang ni kan, sebab satu Malaysia dah tahu yang awak ni bakal isteri saya.”rambutnya yang terjuntai didahi diraup kebelakang.
Qairina hanya mamapu tersenyum kelat mendengar kata-kata Iskandar. Macam manalah dia tak susah hati, balik malaysia baru sebulan, tup-tup dah nak bertunang. Dengan anak orang kenamaan pulak tu.

“Habis tu apa kita nak buat sekarang?”soal Qairina, rasa tak sampai hati pulak dia nak mengamuk dihadapan Iskandar. Matanya dihalakan kearah taman permainan tak jauh dari tempat mereka duduk, matanya tak lepas dari memandang kanak-kanak yang riang bermain di situ.

“Jujur saya cakap, saya sendiri pun tak tau nak buat apa. Buntu rasa fikiran ni. Pagi tadi mama saya dah siap bagi warning lagi, dia nak jumpa dengan awak dalam minggu ni jugak.”luah Iskandar lemah. Tak berani rasanya nak bertentang mata dengan Qairina, rasa bersalah menimpa-nimpa. Sebab keegoannya dia dah libatkan gadis itu dalam masalah hidupnya.

“Macam mana ye nak buat? Umi saya cakap, opah saya dekat kampung pun dah mula bising-bisng nak jumpa dengan awak.”luah Qairna pula.

Iskandar tersenyum, tak tahu kenapa rasa bahagia tiba-tiba datang menyapa hatinya saat Qairina kata yag opahnya nak berjumpa dengannya.

Qairina berpaling kearah Iskandar dan serta-merta matanya menangkap senyuman nipis yang terukir dbibir lelaki itu. Tapi memang nampak sangat kacak kalau Iskandar tersenyum, memang tak dapat disangkal.

“Saya tak pernah tahu nama penuh awak.”soal Qairina ringkas.

“Awak pun saya tak tahu. Tengku Iskandar Farabi Bin Tan Sri Tengku Muhaimin. Pernah dengar tak?”Iskandar menyoal seraya memandang sekilas kearah Qairina.

Qairina terdiam sejenak sebelum menggeleng perlahan. Memang dia pasti nama tu tak pernah berdaftar dalam kotak fikirannya. Ini baru kali pertama dia dengar.

Iskandar diam tak berkutik. Tak pernah dengar? Biar betul perempuan ni, orang punyalah terkenal macam ni pun tak pernah dengar. Dia duduk dekat dunia mana ni?

“Serius awak tak pernah dengar?awak ni duduk dekat mana sampai saya yang terkenal ni pun awak tak kenal.”sedikit memerli soalan yang dilontarkan.

“Kalau saya tak pernah dengar, thats mean awak belum cukup terkenal la tu, awak ingat awak tu artis ke sampai saya perlu kenal awak. And for your information, baru sebulan saya balik Malaysia.”balas Qairina seraya memandang jauh ke dalam mata Iskandar. Ada getaran yang dirasakan saat itu.

“Awak baru habis belajar ke? Kat mana?”soal Iskandar lagi.

“Yup, saya habiskan master saya dekat UK. Umi abah saya pun tinggal dekat sana, almost 3 years. Mungkin sebab tu saya tak kenal awak.”

“Patut la..saya pun baru setahun balik dari US.”Beritahunya ringkas.

“Bila awak nak jumpa abah dengan abang-abang saya, terangkan pasal semua ni.”

Iskandar mengeluh berat, tapi sebagai lelaki dia perlu berani. Dia bukannya pengecut nak lari dari masalah yang ditimbulkannya sendiri. “Hujung minggu ni saya datang rumah awak boleh?”

“Ermm...”Qairina mengangguk perlahan.

“Awak nak bagi alasan apa. Kalau abah boleh la awak kelentong, tapi abang-abang saya awak tak kenal lagi. Dia akan tanya awak macam-macam sampai awak terdiam.”lucu dia mengenangkan sikap abang-abangnya, abang longnya lebih cool kalau nak dibandingkan dengan abang ngahnya yang sedikit kecoh. Tapi mereka mememang sangat protective terhadapnya, maklumlah satu-satunya adik perempuan mereka.

“Nanti balik ni saya rangka skrip dulu.”selamba Iskandar membalas tanpa rasa takut.

Qairina tergelak mendengar kata Iskandar, nak jumpa familynya pun perlu buat skrip. Iskandar memandang lama Qairina yang ketawa disisinya, kedengaran sangat merdu bunyinya.

Qairina pelik dengan dirinya sendiri, entah kenapa dia selesa berdepan dengan Iskandar, diri lamanya bagai muncul semula bila bersama lelaki itu.

Iskandar berdiam diri seketika, ada perkara yang hendak diluahkan pada gadis disisinya itu. Tapi dia gentar dengan penerimaan gadis itu, sepanjang hari dia di pejabat memikirkan perkara itu. Wajarkah mereka berbuat demikian keraa ini bersangkut paut dengan masa depan mereka berdua.

“Kita bertunang nak?”soalan yang dilontarkan kedengaran sangat perlahan, namun masih dapat ditangkap perkataan ‘tunang’ yang disebut Iskandar. Qairina tergamam, telinganya salah dengar ke?

“Apa?”soal Qaiina meminta kepastian tentang apa yang didengarnya tadi. dia takut dia yang tersilap dengar
Nafas dalam ditarik sebelum mengangkat wajahnya bertentang mata dengan Qairina. “Kalau saya lamar awak jadi tunang saya awak sudi?”tenang lagak Iskandar bertanya. Hatinya berdegup kencang menanti jawapan yang bakal diterimanya.

Tunang? Qairina terkaku...

~bersambung~

p/s: fuh...at last, sorry sgt sebab mungkir janji ye, dila pergi kenduri kahwin hari tu hehe...komen ye sume ^,^