Sunday, 20 November 2011

Sejuta Kasih Qairina 1



Angin sejuk malam menyapa semilir wajah lembut yang sedang duduk di pergola sambil memerhatikan ikan-ikan koi bermacam warna yang bebas berenang dalam kolam buatan yang cantik terhias. Suasana malam yang sunyi dan hening, hanya ditemani dengan bunyi cengkerik yang menyanyi benar-benar memberikan ketenangan dalam hatinya. Diperhatikan laman belakang banglo dua tingkat yang baru diduduki selama dua bulan itu. Beribu-ribu butir bintang yang bertaburan dilangit diperhatikan penuh asyik hingga uminya Puan Saliha mendekati pun dia tidak perasan.

“Qhai buat apa duduk kat luar ni sorang-sorang. Tak sejuk ke?”soal Puan saliha kebimbangan. Bukan dia tak tahu keadaan anak perempuan tunggalnya itu, senang sangat jatuh sakit. Kemudian baju sejuk dihulurkan kearah anak gadisnya itu, rumah banglo dua tingkat yang teletak  sedikit tinggi dibukit itu menambahkan lagi kesejukan malam. Sepinggan buah tembikai susu yang baru dipotongnya diletakkan diatas meja taman berukir yang dibuat sendiri oleh suaminya.

Rumah banglo yang baru didiami kira-kira dua bulan itu diperhatikan. Landskap taman yang telah digubah mengikut cita rasanya itu kelihatan sangat cantik dan menyenangkan. Tambah pula dengan deruan air terjun buatan yang mengalir menambahkan lagi ketenangan buat sesiapa sahaja yang duduk disitu. Mereka sekeluarga baru sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia setelah 3 tahun menetap di United Kingdom atas tuntutan kerja suaminya. Dua orang anak lelakinya yang sudah berkahwin tinggal di Malaysia, masing-masing di shah alam dan Bandar sunway. Yang dibawa hanyalah anak gadis tunggalnya itu Qairina Faqiha.

“Abah mana umi?”soal qairina setelah beberapa minit mendiamkan diri. garpu ditangan dicucuk keatas buah tembikai susu yang menjadi kegemarannya sejak dulu lagi dan disuakan ke mulut comelnya. Selepas makan malam tadi, langsung tak dilihat bayang abahnya. Mungkin berada dibilik bacaan barangkali.

“Abah dah tidur. Ada meeting katanya esok, tak nak terlambat. Tu yang masuk tidur awal tu.”Puan Saliha memberi jawapan untuk pertanyaan anak gadisnya itu. Rambut panjang dan lurus melepasi bahu anaknya dibelai penuh kasih. Jarang sudah sekarang ini hendak melihat senyuman manis anaknya itu selepas peristiwa 3 tahun lalu yang telah mengubah diri anaknya itu 360°. Sudah banyak cara yang dilakukannnya serta suami untuk memulihkan kembali semangat anaknya itu yang telah hilang, namun apa pun tak pernah berhasil. Tetap seperti itu.

Kerna peristiwa yang berlaku 3 tahun dulu juga dia dan suami mengambil keputusan drastik untuk berpindah ke UK. Kebetulan, waktu itu juga suaminya telah dinaikkan pangkat dan diminta untuk dipindahkan ke cawangan di UK. Dalam tempoh 3 tahun itu juga mereka tak pernah pulang ke tanah air kerana desakan puterinya yang satu itu enggan pulang ke Malaysia. Setiap pagi raya juga mereka hanya berhubung dengan anak-anak lelakinya yang berada di Malaysia dengan isteri dan anak masing-masing hanya dengan menggunakan internet. Sekiranya cuti sekolah bermula, anak-anaknya itu kadangkala datang ke UK menjenguk mereka. Hilanglah juga rasa rindunya pada anak lelaki dan cucu-cucunya yang comel-comel.

“Minggu depan ulang tahun Qhai…umi ingat nak buat jamuan sikit. Kita tak payah jemput ramai la. Umi ingat nak jemput kawan umi, abah, sedara terdekat dengan abang-abang Qhai je. Macam mana?”cadang Puan Saliha. Disamping meraikan ulang tahun puteri tunggalnya itu, dia juga ingin berjumpa dengan sahabat-sahabatnya yang sudah lama tak berjumpa. Dia juga nak gunakan kesempatan ini untuk menggalakkan puterinya itu bergaul dengan orang ramai. Sejak peristiwa 3 tahun dulu, anaknya itu sering bersendirian. Bercakap pun tak banyak, hanya dengan abang-abang serta dia dan abahnya sahaja dia banyak berkata. Kalau tidak dia lebih suka bersendirian dalam bilik.

Qairina sedikit tak selesa dengan rancangan uminya itu. Buat jamuan sempena ulang tahun  kelahirnya, pasti ramai tetamu yang bakal datang, dan pasti dia akan dipaksa untuk beramah mesra dengan mereka. Dia tak biasa, namun untuk membantah rancangan uminya pula rasa tak sampai hati.

“Tak kisah la umi..Qhai iku je.”dengan hati yang berbelah bahagi dia menyatakan persetujuannya. Angin sejuk mula membuatkan tubuh langsingnya kegigilan. Malam-malam begini dan kedudukan rumah yang agak tinggi memang agak sejuk, tapi itulah yang disukainya.

“Pergi masuk tidur Qhai..dah lewat malam ni.”nasihat Puan Saliha. Qhai mengangguk perlahan, punggungnya diangkat untuk berlalu masuk ke dalam banglo dua tingkat itu.

“Pukk…pukk…”sepantas kilat Qhai menoleh kearah mamanya.

“Umi…”sedikit terjerit Qhairina berkata. Geram dengan uminya yang suka menepuk punggungnya secara tiba-tiba. Sudah banyak kali dia kata pada uminya supaya jangan memukul punggungnya. Tapi tetap tak jalan.

“Yela…yela..umi tak buat dah.”Puan Saliha bersuara sambil menyembunyikan senyumannya tatkala terlihat muncung anaknya yang muncul dibibir. Terkeluar terus suara manja puterinya itu.

“Saje je tau umi ni…tahu la punggung Qhai ni mahal.”seloroh Qairina pada uminya yang dilihat seakan-akan menahan tawa. Hanya dengan ahli keluarganya sahaja dia boleh bersikap seperti dulu, ceria dan gila-gila. Tapi bila berhadapan dengan orang lain dia akan berubah menjadi pendiam dan senyap.

“A’ah..tu yang umi suka pukul tu.”Puan Saliha menjawa seraya memeluk bahu anak gadisnya itu.

“Dah…jom masuk. Umi pun dah mengigil kat luar ni. Macam mana la Qhai boleh duduk lama-lama kat sini. Tak beku pulak.”giliran puan Saliha pula berseloroh, mengundang tawa anak gadisnya itu. Dia sanggup buat apa saja demi untuk mengembalikan anak gadisnya yang dulu.

“Abah suruh umi tanya Qhai. Bila Qhai nak mula kerja? Dua bulan dah duduk terperap kat rumah ni. Qhai nak cari kerja sendiri ke, Qhai nak kerja dengan abah je?”soal Puan Saliha semasa mereka beriringan melangkah masuk ke dalam rumah. Baru petang tadi suaminya bertanya bila nak gadisnya itu mahu mula bekerja, dua bulan terperap dalam banglo ini. Nak keluar jumpa kawan pun tak, nak keluar shopping pun tak.

Kerja? Dia tak pernah terfikir lagi pasal tu. Memang sudah agak lama dia hanya duduk terperap dalam banglo ini sejak mereka pindah balik ke Malaysia. Sijil ijazah yang masih tersimpan elok didalam fail tak pernah dibuka lagi. Dia sebenarnya sudah hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang lain diluar sana. Baginya dunianya hanyalah umi, abah dan abang-abangnya. Tapi sampai bila pula dia nak menyusahkan hati orang tuanya. Wajah uminya yang masih dilihat cantik walaupun sudah dimamah usia direnung sebentar. Dapat dilihat kerisauan yang sentiasa membelenggu jiwa orang tuanya itu, dan kerisauan itu pastinya berpunca dari dirinya.

“Nanti Qhai fikirkan ye..kalau susah sangat Qhai kerja dengan abah jela. Tapi cakap kat abah, Qhai nak jadi bos boleh?”gurau Qairina untuk memberikan sedikit kesenangan dalam hati uminya yang selama ini telah bayak berkorban buat dirinya.

“Amboi..demand nampak. Karang umi suruh abah kasi kerja cleaner je dekat Qhai baru tau.”

“Takpe la…jadi la cleaner terhormat dekat sana.”suara qairina lagi. Hatinya disapa kegirangan setiap kali dapat bergurau dengan ahli keluarganya. Hilang sedikit rasa sunyi dihatinya.

“Main-main ye…”puan Saliha bertindak menarik hidung comel anak gadisnya itu sampai memerah. Menyeringai sedikit anaknya itu dengan tarikan yang dikenakan pada hidungnya itu. Dah macam badut pula dengan hidung merahnya itu.

*****


Lotus Elite berwarna silver laju membelah lebuh raya yang kian lengang. Lokasi tujuannya ialah sebuah kelab malam eksklusif yang terletak ditengah Bandarya kuala-lumpur yang sentiasa hidup walaupun jam sudah menginjak ke angka 11.00 malam. Lampu-lampu jalan yang masih gah menyala  menghidupkan lagi suasana bandaraya kuala lumpur yang tak pernah mati.

“Sreeettttttttttt………..”bunyi tayar yang bergeser kuat dengan permukaan jalan kedengaran kuat. Asap yang terhasil dari tayar kereta mula kelihatan sedikit. Dilihat seorang lelaki tua sudah ketakutan di pinggir jalan.

“Woi!! Gila ke? Nak mati cepat sangat? Lintas tu jangan kali tengok kiri kanan bukan main redah je…”suara lantang pemilik kenderaan mewah itu kedengaran kuat. Cermin mata gelapnya sudah ditanggal. Orang ramai yang masih lalu lalang di tepi-tepi jalan mula terjenguk-jenguk untuk mengetahui keadaan yang berlaku tadi. Itulah Tengku Iskandar Farabi, anak lelaki kedua pemilik syarikat hartanah kedua terbesar di Malaysia.

“Maafkan pak cik nak…pak cik tak sengaja.”lelaki tua itu memohon maaf atas kesilapanya. Padahal tadi dia sudah memerhatikan kiri dan kanan sebelum melintas, tapi entah apa malangnya tiba-tiba kereta mewah itu membelok laju menuju kearahnya. Dalam hatinya menggeleng sedih mengenangkan sikap anak muda itu yang kurang sopan terhadap orang tua sepertinya. Ditengking ditengah orang ramai begini. Anak muda zaman sekarang, terlalu ikutkan hati muda mereka yang panas.

“Huh…suka-suka hati je mintak maaf. Kalau aku langgar mati kau tadi satu masalah pulak aku nak turun naik mahkamah…”Iskandar memerli lagi orang tua itu. Langsung tak dihiraukan orang tua itu yang agak kegigilan, mungkin terkejut gara-gara hampir dilanggar tadi. Nasib baik sempat ditekan brek, kalau tak…memang dah wassalam la orang tua tu. Malas berlama-lama disitu kerana kamal sahabatnya dan teman wanitanya sudah menunggu dia di kelab malam. Malam ini merupakan party hari jadi teman wanitanya Esabella, model terkenal tanah air. Terus cermin mata gelapnya disarungkan semula kewajah kacaknya yang menjadi igauan semua wanita diluar sana, terus kereta berkuasa tinggiya dipecut laju. Haru pulak nanti kalau Bella merajuk gara-gara dirinya lewat. Pasti muncung akan menghiasi wajah cantik model itu.

Masih terngiang-ngiang lagi bebelan mamanya Raja Syuhaira ketika dia hendak keluar melepasi pintu besar banglo mereka yang terletak di kawasan perumahan elit di bangsar. Muka selamba badaknya tetap ditayang walaupun sudah panjang berjela mamanya bersyarah. Mengalahkan ustaz bagi khutbah jumaat pula lagaknya. Namun terpaksa juga ditadahkan telinga mendengar bebelan  yang dimuntahkan mamanya itu sehingga dia lambat bergerak menuju ke kelab malam. Nanti dikatakan kurang ajar pula kalau dia pergi begitu saja. Sebaik saja dia melangkah ke dalam kelab malam ekslusif itu, terus bahunya dipeluk dari sisi.

“Kau lambat bro…tu…Bella dah muncung. Pandai-pandai la kau mengayat.”suara kamal kedengaran sebaik saja di melangkah kedalam kelab yang rata-rata dihadiri oleh sahabat-sahabat mereka. Mulut kamal dimuncungkan kearah Bella yang sedang duduk membelakangkannya. Dengan dress singkat berwarna ungu gelap seta bentuk badan yang mengiurkan, memang tak mustahil Bella boleh menjadi model terkenal tanah air. Malah wajahnya juga turut menghiasi magazine antarabangsa.

“Weh..kau pergi kat kereta aku. Kau ambilkan bunga ros dengan sekotak cincin dekat laci dashboard. Cepat!!!”tubuh kamal yang sejak tadi mengendeng ditepinya ditolak sedikit. Dia sedah menyediakan hadiah buat kekasihnya itu. Mintak-mintak tak ada la merajuk lama-lama sangat.

Setelah tubuh kamal menghilang disebalik pintu, terus langkahnya diatur mendekati tubuh seksi Bella. Dapat dirasakan banyak mata-mata yang memandang kearahnya. Maklumlah, lelaki kacak sepertinya siapa yang tak akan tergoda. Dengan rupa dan kekayaan yang dimilikinya itu, senang saja unuk dia memiliki mana-mana perempuan yang diminatinya.

Happy birthday honey…”dihadiahkan satu kucupan dipipi Bella sebagai tanda ucapan hari jadinya yang ke 23 tahun. Namun dilihat Bella masih tak memberi riaksi yang positif. Masih dengan rajuk dan muncung yang menghiasi wajah jelitanya. Iskandar menggaru kepalanya yang tak gatal mencari idea bagaimana untuk memujuk kekasih hatinya itu.

“Sayang…sorry ok I lambat. Tadi I kena tahan dengan polis trafik sebab pandu melebihi had. I bawak laju pun sebab you jugak sayang…”terkeluar sudah ayat kelentongnya. Padahal dia telah ditahan oleh pak guard tak bertauliah dirumah tadi. Siapa lagi kalau bukan mamanya. Pinggang langsing Bella diraih dan tubuh wanita itu dihadapkan ke depannya.

Please jangan monyok macam ni. hari ni kan birthday you.  You sepatutnya happy malam ni baby.”ayat iskandar lagi. Susah benar nak memujuk kekasihnya yang satu ini, kalau Mona ke Raina ke mudah je.

“Ala…alasan you je kan semua tu.”cebik Esabella lagi. Sakit hatinya dengan kelewatan Iskandar, padahal sudah berpuluh-puluh kali diingatkan supaya jangan lambat kerana dia hendak memperkenalkan Iskandar dengan rakan-rakannya.

Iskandar yang kebuntuan kata-kata hanya mampu berdiam diri sehingga kelibat kamal yang memegang sejambak bunga ros merah dan sekotak cincin ditangan kelihatan memasuki pintu kelab. “wait a minutes, I’ll be back.”pinta Iskandar seraya menangkat punggungnya. Bella yang malas mahu mengambil kisah kembali menghadap rakannya dan berbual sebentar.

10 minit kemudian tiba-tiba lampu spotlight putih dihalakan kearah Bella yang sedang rancak bebual dengan rakannya. Wajah jelita Bella nampak sangat-sangat terkejut dengan kejutan yang berlaku. Tiba-tiba dilihat Iskandar sudah melutut dihadapannya dengan sejambak bunga ros merah ditangan. Mulutnya ditekup dengan jari-jemari runcingya seakan-akan terharu dengan apa yang berlaku, padahal dalam hati sudah mengutuk bagai. Takkan bagi bunga je kot…kalau bunga aku sendiri pun boleh beli, detik Bella angkuh dalam hati.

For you honey…”disuakan jambangan bunga ros merah itu kearah Bella yang kelihatan terharu dengan apa yang dirancangkan itu. Sekelip mata saja jambangan bunga itu sudah beralih tangan kearah Bella. Rakan-rakan yang mengelilingi mereka bertepuk tangan, tak kurang juga ada yang bersiul nakal dengan perlakuan romantik mereka.

Tak lama kemudian mata bella yang bulat, bersinar galak apabila matanya menangkap sebentuk cincin bertatah berlian yang terletak elok dalam kotak yang ada dalam genggaman Iskandar. OMG….

Sekali lagi dibuat riak wajah terharunya. Dalam hatinya sudah melompat girang dengan pemberian Iskandar itu. Memang tak salah dia menggoda Iskandar dulu, kerana apa yang dia bakal dapat dari lelaki kacak itu sudah cukup membuatkan dia hidup dalam kemewahan.

“You….”suara manja Bella mula kedengaran memulakan lakonannya yang konon terharu. Tubir matanya mula bergenang demi untuk menjayakan lakonannya.

Iskandar kemudian bangun dari lantai dan pinggang langsing Bella diraih kedalam pelukannya. Dapat dirasakan keghairahan yang mula melanda dirinya saat tubuhnya bersentuhan dengan lekuk tubuh seksi Bella. Cincin bertatahkan berlian itu ditarik keluar dan disarungkan ke jari manis Bella.

Mata Bella bersinar-sinar memandang wajah kacak iskandar dan cincin berlian yang tesarung elok dijarinya silih berganti. Dihadiahkan satu ciuman kepipi kanan Iskandar yang masih tersenyum melihat kegembiraan yang jelas terpancar pada raut wajahnya.

Thanks honey…I really love you.”ucap Bella penuh dengan nada menggoda. Malam ini dia sudah merancang untuk memujuk Iskandar supaya bermalam di apartmentnya. Hatinya benar-benar gersang tika ini. Bibir berkilatnya didekatkan kearah telinga Iskandar untuk berbisik.

“Sayang…malam ni you datang apartment I eh. I ada hadiah special  nak beri pada you.”dengan penuh gemersik Bella berbisik. Dia akan pastikan malam ni Iskandar akan menjadi miliknya. Seboleh-bolehnya dia mahu mengikat dulu lelaki ini kemudian barulah dia memikirkan cara untuk mengambil hati mama dan papa iskandar. Dia mahu Puan Seri Raja Syuhairah yang satu masa dulu pernah menghinanya, dan mengatakan kalau dia tak layak bergandingan dengan Tengku Iskandar melutut padanya dan memohon maaf.

Sorry sayang, malam ni tak boleh sebab esok pagi I kena teman papa I tengok site.”ngelat iskandar. Bukan dia tak tahu dengan niat sebenar Bella mengajaknya ke apartmentnya. Seteruk-teruk pun sikap kasanovanya, dia tak pernah lagi membawa mana-mana teman wanitanya masuk ke dalam bilik, dia sedar sebagai waris dan anak kepada usahawan terkenal. Hidup sehariannya sering menjadi perhatian, jadi dia perlu bertindak bijak dalam setiap langkahnya. Dia tak mahu menjatuhkan maruah dan imej diri serta keluarganya. Lagi pula dia rasa semua teman wanitanya tak layak melahirkan zuriat buat menyambung delegasi keluarganya yang berketurunan kerabat diraja Pahang. Baginya, semua wanita yang hadir dalam hidupnya hanyalah alat untuk dia melepaskan tension tatkala kebosanan dan hanya untuk mencari hiburan semata-mata. Dia juga yakin kalau mamanya takkan pernah sesekali bersetuju dengan semua teman wanitanya yang mahu dijadikan isteri.

“You ni sebenarnya sayangkan I ke tak? Setiap kali I ajak you datang apartment I, tiap kali tu juga la you mengelat.”amarah Bella mula memuncak denga penolakan yang jelas nyata dari pihak Iskandar.

No…of course I love you. Please..you tahu kan kerja I macam mana. You nak ke papa I marah I nanti.”pujuk Iskandar penuh romantis. Lengan mulus Bella yang terdedah diusap-usap. Dia memang sudah expert bab ayat-mengayat ni.
Setelah beberapa minit berdiam diri dengan muncung yang pancang sedepa akhirnya Bella mengangguk. 

“Ok..kali ni takpe. Tapi lain kali I ajak, you jangan berani-berani nak tolak lagi.”balas Bella sambil bermain-main dengan butang baju kemeja yang tersarung di tubuh tegap Iskandar. Disabarkan juga hatinya, taka pa lambat-laun Iskandar pasti akan jatuh ke perangkapnya jua.


p/s: n3 pertama untuk SKQ. tak tahu la best ketak huhu. ni kononnya baru pada pengenalan watak la kononnye. komen la kalo sudi huhu. May ALLAH bles u all ^,~



8 comments:

hana_aniz said...

menarik! nak lagi boleh?? :)
sambung la cepat2 ye. huhu

Anonymous said...

bez... nk lgi..
smbung cpt yea....

anisyah zainul said...

best! sambung cepat ekk

mimi syafiqah said...

best

Anonymous said...

menarik.....cepat sambung ya.

fasha faris said...

Menarik! setia menantikan sambungannya.. he3.. dengan penuh kesabaran di dada..

nim said...

mcm cliche je citer ni...huhu

selalu sangat baca anak org kaya gila perempuan+hensem akhirnya jatuh cinta dgn perempuan yg baik..fresh idea pls!

dila said...

haha...tgk jela nnti smbungan seterusnya. tp x tau la tibe2 idea sme plak dgn novel lain. insyallah dila akan sedaya upaya buat kelainan hehe