Saturday, 26 November 2011

Sejuta Kasih Qairina 2



Pagi sabtu itu, pagi-pagi lagi Qairina sudah bangun dari lenanya. Tak betah rasanya tidur lama-lama, pening kepala dibuatnya. Lantas dia bangun dari katil queen sizenya dan bergegas masuk kedalam kamar mandi bersama tuala biru mickey mousenya. Saat dia mencuci muka, diperhatikan biasan wajahnya pada cermin besar yang terdapat dalam kamar mandinya itu. Baru dia perasan dia sudah agak tembam sedikit dari biasa. Mungkin ini akibatnya duduk bergoyang kaki di rumah.

“Huh...”satu keluhan kecil keluar dari bibir comelnya. Entah kenapa, fikirannya tiba-tiba melayang mengingati sebabak cerita yang berlaku dalam hidupnya 3 tahun lalu.

Saat itu dia sedang mengikuti program khidmat masyarakat anjuran fakultinya iaitu fakulti business management UiTM di salah sebuah perkampungan yang terletak di pulau langkawi. Program yang berjalan selama 3 hari itu dipenuhi dengan pelbagai program seperti program anak angkat, karnival kesihatan, gotong-royang , sukaneka dan bermacam lagi. Namun apa yang lebih membahagiakan dia ialah program yang dianjurkan itu juga disertai oleh kekasih hatinya yang mana merupakan seniornya Tengku Qushairi Haziq yang tua dua tahun darinya. Mereka mula bercinta semasa dia masih berada di tahun pertama peringkat pengajian ijazahnya. Ketika itu Qushairi sudah berada di tahun tiga. Sikap pendiam dan cool Qushairi itu telah menarik minatnya untuk berkenalan dengan seniornya itu. Dari situ bibit-bibit cinta antara mereka mula berkembang mekar. Boleh kata mereka adalah pasangan couple yang paling popular di kampus kerana Qushairi adalah salah seorang pemegang jawatan penting dalam majlis perwakilan pelajar.

“Weh...cik abang sayang kau panggil kau tolong dia la kat sana tu.”beritahu Mira merangkap sahabat baiknya. Mulutnya dijuihkan kearah Qushairi yang tika itu sedang membasuh beras di pili air. Hari itu mereka buat program memasak dimana para student sendiri yang dipertanggungjawabkan menyediakan makan tengah hari buat semua penduduk kampung yang terlibat dalam program mereka. Qairina yang waku itu sedang membantu kak jauhara menggoreng sayur terus terhenti. Kepalanya kemudian ditoleh kearah yang ditunjukkan Mira. Hampir nak tergelak dia melihat gelagat Qushairi yang sedang membasuh beras menggunakan kedua-dua belah tangannya. Senyuman mula bergayut dibibirnya.

Sudip ditangannya kemudian dihulurkan kearah Mira yang sedang meneguk air botol. “Nah...kau tolong kak jauhara masak sayur ni. Aku nak pergi sana jap.”

Mira sudah mula mengerutkan dahinya. Dah la tengah panas terik ni, nak suruh aku memasak pula. Bertambah panas la gamaknya, bisik Mira dalam hatinya. Muncungnya mula ditarik tanda protes.

“Ha...kau jangan buat muka macam tu, aku tak suka. Kalau panas, nah ambik ni.”potong Laila seraya menanggalkan topi yang berada di atas kepalanya, lantas diletakkan diatas kepala sahabat baiknya itu. Dengan berat hati, diambil juga sudip yang dihulurkan Qairina itu.

“Oo...ko sedap-sedap nak pergi dating, aku kena masak pulak. Banyak cantik muka kau.”perli Mira pula dengan muncung yang masih ditarik.

“Yang kau duduk bawah kemah dari tadi tu apa? Aku bukan nak pergi dating la. Aku just nak pergi tolong je. Karang dari nak masak nasi, terus termasak bubur pulak nanti.”balas Qairina pula, hujung matanya dilirikkan kearah kekasih hatinya yang seakan-akan berkungfu pula gayanya. Hish...hancur juga beras-beras tu nanti.

Dengan penuh berhati-hati Qairina mula menyusun langkah menuju kearah Qushairi yang sedang membasuh beras membelakangkannya. Dapat dilihat peluh yang mula merenik didahi lelaki itu. “Ehemm...nak tolong apa-apa?”soal Qairina dengan senyuman manis yang menghiasi wajahnya yang kelihatan sedikit kemerahan dek pancaran terik matahari.

Qushairi kemudian menoleh kearah datangnya suara yang lembut itu, serta-merta senyuman mula terbit di pinggir bibirnya. Rambut depannya yang terjuntai jatuh ditolak kebelakang dengan sebelah tangannya.

“Tolong la abang basuh beras ni sekali.”ajak Qushairi lagi. Dihulurkan pili air kepada Qairina yang sudah tersenyum-senyum malu. Ada beberapa orang seniornya yang duduk dibawah khemah sudah mula bersiul-siul kearah mereka, membuatkan Qairina bertambah malu. Tapi itu la kegembiraan dikala remaja, segalanya nampak indah dan riang.

 Dengan sedikit teragak-agak Qirina mengambil pili air yang dihulurkan kepadanya. “Abang Alif mana? Bukan tadi dia yang tolong ke?”Qairina bertanya kerana tadi kalau tak silapnya, Qushairi dan abang Alif yang diberi tugasan menanak nasi.

“Tu...bawah khemah tu membuta...”matanya turut beralih kearah bawah khemah yang terletak berdekatan dengan mereka. Dilihat abang alif sedang enak berbaring sambil menutup wajahnya dengan cap merah yang dipakainya tadi. Tak patut betul abang Alif ni pun meninggalkan Qushairi melakukan tugasan seorang diri. Bola matanya kemudian dialihkan semula kearah Qushairi. Dilihat lelaki itu tak berkelip memerhatikannya sehingga dia sendiri naik malu direnung sebegitu rupa.

“Ke..kenapa?ada apa-apa kat muka Qhai ke?”soal Qairina dengan nada yang tergagap-gagap, jemari runcingnya mula naik kewajahnya dan diraba-raba sedikit. Mana la tahu ada terlekat apa-apa.

“Baru abang perasan, muka Qhai macam dah tembam la...”terluncur terus kata-kata dari bibir Qushairi yang dari tadi asyik memerhatikan kekasih hatinya itu. Dilihat mata Qairina sudah mula membulat. Opsss.....

“Tembam? Mana ada...mata abang tu dah rabun agaknya. Ada ke kata orang yang slim melim ni tembam.”sedikit kuat suara yang keluar dari bibir comel Qairina. Pantang betul dia kalau orang kata dia tembam, memang sejak dulu lagi dia mementingkan penjagaan tubuh badannya. Tapi...betul ke dia dah tembam?

Tak lama kemudian Qushari berpura-pura tergelak. “Sorry..sorry. may be sebab dah seminggu abang tak jumpa Qhai kot. Sebab tu abang nampak Qhai lain sikit.” Pujuk Qushairi dengan muka seposennya. Alahai..merajuk la pulak cik adik sayang ni.

“Benci tau....”marah Qhai lagi dengan muncung panjangnya. Pili air yang sudah sedia mengalirkan air itu dipancutkan kearah teman lelakinya itu, habus basah bajunya sedikit sebelum dia bergegas berlalu dari situ dengan kaki yang sengaja dihentak-hentakkan tanda marah.

Namun rajuknya hanya bertahan sekejap sahaja kerana pada belah malamnya semasa mereka semua berkumpul ditepi pantai untuk acara camp fire sebagai acara penutup buat program 3 hari mereka disitu, Qushairi telah menyanyikan satu lagu cinta buatnya dengan mengunakan gitar abang Alif. Terus tak jadi nak merajuk lama-lama bila lagu itu ditujukan khas buatnya seorang, kemudian sekuntum bunga mawar yang dipetiknya dirumah mak cik yam ibu angkatnya buat program itu dihulurkan padanya. Malam itu memang tak putus-putus dia diusik oleh kawan-kawan dan seniornya.

Ternyata kenagan manis itu masih melekat kuat dibenaknya walaupun semua itu sudah berlalu hampir 3 tahun dulu. Namun disebalik kegembiraan itu, ada rasa sakit yang mula menjalar semula kedalam hatinya setiap kali semua kenangan itu diingat semula. Matanya kemudian jatuh keatas parut di pergelangan tangan kanannya, perlahan-lahan parut yang masih jelas terlihat dipergelangan tangannya itu disentuh. Seakan masih terasa lagi kesakitan yang dialaminya satu ketika dulu.

“Qhai!!....dah bangun belum? Umi nak pergi pasar ni beli barang. Kalau Qhai nak makan, nasi lemak atas meja ni ye sayang....”suara laungan Puan Saliha itu telah mencantas segala lamunannya tadi. Terus daun kamar mandinya dikuak sedikit.

“Ye umi...nanti Qhai makan.”balas Qhairina pula dengan suara yang dikuatkan. Kemudian daun pintu ditutup semula. Nafas dalam disedutnya sebelum dihembuskan. Dia perlu melupakan semua kenangan lalu yang menyakitkan, dia tak mahu perjalanan hidupnya terencat ditengah jalan, dia pun baru berumur25 tahun, perjalanan hidupnya masih panjang.

Setelah siap berpakaian, Qairina turun ke tingkat bawah banglo tersebut. Dijenguk kepalanya disebalik langsir ruang tamu dan ternyata kereta Honda City milik uminya sudah tiada di garaj kereta. Langkahnya kemudian dipanjangkan menuju ke meja makan. Pagi ini dia ringkas berseluar tracksuit putih dan berbaju lengan panjang berwarna merah jambu, nampak sangat sesuai dengan warna kulitnya yang putih kemerah-merahan. Pagi ini dia bercadang untuk berjoging di taman berhampiran. Daripada dia duduk saja dirumah, seeloknya juga dia keluar sekali sekala.

Setelah selesai menjamah sarapan pagi, blackberrynya dikeluarkan dari kocek seluar tracksuitnya dan no uminya didial. Setelah beberapa minit menunggu, bersambut juga panggilannya namun kedengaran agak bising, mungkin uminya sudah sampai di pasar tersebut.

“Hello...ha..kenapa Qhai telefon umi ni?”soal Puan Saliha memulakan bicara.

“Umi..Qhai ingat nak keluar jogging sekejap.”balas Qairina dengan nada lembut. Dalam tempoh dua bulan mereka pulang ke Malaysia, ini kali pertama dia ingin keluar sendirian, selama ini dia hanya keluar bersama uminya samaada menemani uminya ke pasar ataupun bershopping.

“Eloklah tu...pergi la, umi lagi suka kalau sekali-sekala Qhai keluar tengok dunia luar. Jangan lupa keluar nanti kunci pintu semua.”pesan Puan Saliha pada puterinya itu. Hatinya terasa lega seketika mendengar permintaan anaknya itu. Selama ini sudah puas dia memujuk anaknya itu supaya keluar, berkenalan dengan masyarakat luar sana, tapi satu pun tak jalan.

“Ok umi..daa...love you.”

Love you too.”balas Puan Saliha sebelum memutuskan panggilan. Trolinya kemudian disorong kembali menuju ke bahagian basah.

Sebotol air mineral dan sehelai tuala kecil disambar sebelum keluar. Kemudian kunci kereta Suzuki Swift yang baru dibelikan oleh abahnya sebulan lepas dicapai. Kakinya perlahan menapak kearah kereta Suzuki Swift berwarna biru gelapnya yang tersadai di laman garaj kereta sebelum memboloskan diri ditempat pemandu.

“Bismillahirrahmanirrahim...”ucapnya sebelum menghidupkan enjin keretanya. Sudah agak lama dia tak memandu kereta semenjak pulang ke Malaysia, jadi kakinya teras agak keras sedikit. Dengan penuh berhati-hati keretanya dibawa keluar menuju ke jalan besar. Kira-kira 15 minit kemudian dia tiba di sebuah taman yang terletak agak tidak jauh dari kediamannnya. Tak semena-mena hatinya terasa gentar melihat orang ramai yang berada di situ. Ada yang bersenam, ada yang hanya duduk bersantai dibawah pokok dan bangku-bangku yang disediakan, dan tak kurang ramai juga anak-anak kecil yang sedang berain ditaman permainan yang disediakan. Nak patah balik, rasa macam sia-sia saja kedatangannya kesini. Tapi alang-alang dah sampai, jogging jela.

Dengan langkah yang diatur kemas, dia berjalan memasuki taman tersebut dan berhenti di bawah sepohon pokok. Entah kenapa dia terasa banyak mata yang turut memerhatikannya. Naik segan pula dibuatnya. Dengan pergerakan yang agak kekok dia mula melakukan regangan, takut nanti kalau tak melakukan regangan terlebih dahulu kakinya bakal sakit nanti. Setelah selesai baulah dia memulakan lariannya.

*****
Selesai sarapan pagi, iskandar terus menyambar kunci kereta lotusnya. Dia sudah bercadang hendak pergi berjoging pagi sabtu itu, memang sudah menjadi rutin hujung minggunya, setiap kali hari sabtu dia mesti pergi bersenam walaupun sekejap. Waktu hujung minggu macam ni saja yang dia punya untuk melakukan aktiviti yang menyihatkan tubuh badannya itu, kalau hari biasa sibuk semedang di pejabat. Sampai nak meregangkan otot pun kadang-kadang tak ada masa.

Sewaktu dia melintasi ruang tamu banglo besar itu, papanya menegur. “Nak pergi mana?”Soal Tan Sri Tengku Muhaimin pada anak bujangnya itu. Seorang lagi nak lelakinya pula entah kemana menghilang. Turun sarapan pun tak.

“Pergi jogging la papa. Nak pergi mana lagi.”seloroh Iskandar menjawap. Dilihat mamanya diluar sedang memberi anak ikan makan di kolam buatan ditaman banglo tersebut.

“Erm...elok la tu. Daripada pergi melepak dekat kelab dengan kawan yang entah apa-apa, lebih baik Is pergi bersenam.” Nasihat Tan Sri Mihaimin, namun dalam nasihatnya masih terselit juga perlian buat anaknya itu. Bukan dia tak tahu anaknya yang seorang ini, suka berseronok dan berlibr diluar. Tapi bila bekerja dia memang tekun dan penuh dedikasi. Anaknya memang pantas diberi pujian bila masuk bab bekerja.

“Ok papa...Is pergi dulu.” Malas Iskandar mahu membidas kata-kata papanya itu. Nanti dari masalah kecil pun boleh jadi besar. Dah la semalam dia pening kepala memikirkan Isabella yang melancarkan perang dingin dengannya gara-gara dia tak jadi melihat fasion show yang disertai olehnya di KLCC dua hari lepas.
Kereta lotus elitenya dipandu laju membelah jalan raya. Jam ditangan sudah menunjuk keangka 8.30 pagi. Malam ni pula dia ada event di Hotel Hilton menggantikan tempat papanya yang tak dapat menghadiri majlis ulang tahun kelahiran sahabat baik papanya itu. Berselang 20 minit kemudian , kereta mewahnya itu dihentikan dihadapan taman yang sudah menjadi tempat kebiasaannya setiap kali berjogging. Dengan langkah penuh yakin dia melangkah keluar dari kereta mewahnya itu, sebaik sahaja dia melangkah keluar terus dia dapat merasakan berpasang-pasang mata gadis yang melihatnya. Dia sudah terlalu alah dengan keadaan itu, sering menjadi tumpuan gadis-gadis.

Regangan pada tubuhnya dilakukan terlebih dahulu sebelum memulakan lariannya. Earphone MP4 nya sudah selamat disumbat kelubang telinganya, sudah menjadi tabiatnya ketika berjogging. Baru dia hendak memulakan larian, handphonenya pula berbunyi.

“Ish...kacau betul la..”ngomel Iskandar terlebih dahulu sebelum menyambut panggilan itu.

“Ha...kamal. kenapa?”soal Iskandar dengan nada tak puas hati. Sesekali matanya diliarkan kesekeliling.

“Uish...garangnya. aku just nak tanya, kau free tak malam ni? Aku ingatnak ajak kau lepak dekat kelab.”

“Sorry bro. Malam ni aku tak free. Aku kena ganti tempat papa aku pergi majlis ulang tahun kawan papa aku kat Hotel Hilton.”mendatar saja jawapan yang diberikan. Kalau diikutkan hati memang hendak saja dia menolak permintaan papanya itu. Bosan kot dikelilingi orang-orang yang sudah agak berusia, tak ada topik yang nak dibualkan. Ni belum lagi masuk bab mak-mak datin yang menggatal dengannya.

“Ala...kenapa tak suruh abang kau je yang pergi.”

“Huh...nak harapkan abang aku tu pergi, langsung tak gerak kereta la gamaknya. Asyik duduk terperap dalam bilik. Bosan.”kedengaran Iskandar mengomel. Memang hubungan dia dan abangnya yang berusia setahun tua darinya itu tak berapa akrab semenjak peristiwa abangnya itu membocorkan rahsianya pada papanya yang dia pergi clubbing dengan kawan-kawannya waktu dia berusia 17 tahun dulu. Habis berbirat belakang badannya akibat dirotan papanya. Semenjak dari waktu itu, hubungan mereka sudah sedikit retak, tak mesra seperti dulu.

“Ok la...aku nak jogging ni. Kau ni mengacau betul.”perli Iskandar terlebih dahulu sebelum menutup panggilan. Kemudian lariannya dimulakan seraya menyumbat kembali earphone kedalam telinganya. Setelah kira-kira 30 minit bersenam, akhirnya Iskandar duduk dibangku berdekatan sepohon pokok yang agak rendang. Peluh yang merenik didahinya dilap menggunakan tuala kecil yang dibawanya tadi. Angin yang bertiup memberi sedikit keselesaan padanya yang agak kepanasan. Matanya dipejamkan seketika sebelum dibuka semula apabila telinganya menangkap bunyi esakan yang kedengaran sangat perlahan disisinya. Kepalanya segera ditoleh kearah bangku yang terletak disebelah kirinya, matanya terus menangkap figura seorang gadis yang sedang duduk sambil menundukkan kepala seraya memaut lutut kanannya keatas. Apesal pulak perempuan ni...

Beberapa saat kemudian dilihat gadis yang bert-shirt merah jambu lengan panjang itu mendongakkan kepalanya. Dapat dilihat dengan jelas walaupun dari sisi, mata gadis itu yang kelihatan sedikit basah dan merah. Kemudian dilihat gadis itu meniup-niup lututnya. Mata Iskandar kemudian jatuh pada seluar gadis itu dibahagian lututnya sudah terkoyak sedikit dan lutut gadis itu juga dilihat berdarah. Jatuh agaknya.

“Ermm...are you ok miss.” Separuh teragak-agak Iskandar bertanya.

Qairina yang sedang mengelap matanya yang basah menoleh kekanan sebaik saja dia mendengar suara lelaki disebelahnya. Wajahnya sedikit terkejut dan kaget. Kenapa dia tak perasan langsung ada lelaki yang duduk dibangku sebelahnya itu. Wajahnya sudah mula membahang menahan malu.

“Owh..yes..i’m ok.”perlahan-lahan Qairina menjawab. Tuala kecil yang dibawanya tadi diletakkan diatas lututnya yang luka itu untuk menutupnya dari pandangan lelaki disebelahnya itu. Entak kenapa malang nasibnya tadi, baru 20 minit berlari dia sudah tersadung pada batu yang terdapat ditaman itu dan lututnya terluka.

Iskandar yang tadinya kehilangan kata sebaik saja gadis itu menoleh kearahnya berdehem untuk menghilangkan getaran yang tiba-tiba hadir dalam hatinya. Iskandar mengangguk sebelum mengalihkan semula pandangannya kehadapan dan menyumbat semula MP4nya. Dia tiba-tiba berasa pelik dengan perasaannya yang tiba-tiba terusik dengan seorang gadis yang langsung tak dikenalinya disebelahnya ini. Tak masuk akal langsung, tanpa disedari dia menggelengkan kepalanya beberapa kali untuk membuang rasa yang tadinya hadir.

Qairina mengalihkan sedikit tubuhnya kearah kiri agar tak dilihat lelaki disebelahnya itu sebelum mengeluarkan blackberrynya dan no uminya didial. “Assalamualaikum...umi..Qhai terjatuh..”rungut Qairina dengan suaranya yang teresak sedikit sebaik saja panggilannya bersambut, matanya yang tadinya mula kering kembali bergenang. Luka dilutunya itu boleh tahan besar juga, mana taknya, lututnya bergeser dengan permukaan laluan berjogging itu. Pedih rasanya.

Iskandar yang sedang bermain dengan iphone 4s nya melirik sedikit kearah gadis disebelahnya itu sebaik sahaja mendengar suara gadis itu. Qhai?...nama dia kot. Tapi kenapa dia marasakan kalau dia pernah melihat wajah gadis itu. Nampak sangat familiar. Namun tak dapat dinafikan, gadis disebelahnya itu punya seraut wajah yang sangat lembut dan memikat.

“Ya allah Qhai...macam mana boleh jatuh?”soal Puan Saliha dengan nada yang kedengaran jelas risau. Macam budak kecil pulak jatuh-jatuh.

“Tak tahu...Qhai tersadung tadi, luka dah lutut. Sakit umi..”rungut Qairina lagi, lupa sekekap kehadiran pemuda disebelahnya itu. Dah satu lagi masalah, macam mana dia nak bawak kereta, kalau kaki kirir tak apa jugak, ni kaki kanan. Nak pijak pedal minyak pun sakit nanti. Dah la plaster pun tak ada.

“Dah tu nak buat macam mana ni? Umi tengah beratur nak bayar ni. Nak umi ambil Qhai?”
Qairina berdiam diri sejenak memikirkan adangan uminya itu. Tapi kalau suruh umi ambil, kereta pulak macam mana?

“Ermm...takpe la umi, Qhai tunggu sakit ni reda sikit lepas tu Qhai balik.”Qairina memberi cadangan. Takkan nak tinggalkan keretanya pulak. Tunggu jela sekejap sampai sakitnya hilang sikit. Setelah salam diberi, panggilan ditutup. Lututnya sekali lagi ditiup untuk menghilangkan kesakitan.

Iskandar yang sejak tadi memasang telinga sesekali menjeling kearah gadis disebelahnya itu. Jatuh simpatinya melihat wajah gadis itu yang berkerut sedikit menahan sakit.

Excuse me...you nak plaster tak? Dalam kereta I ada first aid kit.”suara Iskandar ingin menghulurkan bantuan. Bukan berniat apa-apa, dia cuma hendak membantu. Wanita ni kan insan yang lemah, dia sebagai lelaki seharusnya bersikap gentleman menghulurkan bantuan jika perlu. Makin lama dia memandang gadis itu, makin yakin dia bahawa dia pernah melihat gadis itu. Tapi tak ingat dimana dan bila.

Qhairina yang sedang ralit memeriksa lututnya dibawah tuala kecil itu sekali lagi menoleh kearah sisi datangnya suara itu seraya melepaskan satu pandangan yang pelik dengan huluran bantuan yang menusup masuk ke telinganya sebentar tadi. Sera-merta dia kehilangan suara tatkala matanya bertentang dengan mata tajam milik pemuda disebelahnya itu. Perasaannya tiba-tiba jadi tak keruan, dan tanpa disedari kepalanya mengangguk setuju.

 Iskandar tersenyum sebaik saja melihat anggukan gadis itu. Nasib baik tak kena tolak, kalau kena tolak tadi...mana nak letak mukanya yang kacak ni. Dilihat ada beberapa orang gadis yang lalu lalang disitu berbisik sesama mereka melihat dia dan gadis disebelahnya itu. Tanpa mempedulikan pandangan itu semua, dengan panta dia bangun dari bangku dan mula bergerak kearah keretanya yang diparkir tak jauh dari situ.

Qhairina yang berada dibawah pokok itu hanya menyoroti langkah lelaki itu sehinggalah lelaki itu berhenti dihadapan sebuah kereta mewah. Huh...biar betul lelaki ni. Gila kaya nak pakai kereta mewah macam tu, detik Qairina dalam hatinya. Tanpa disedari mulutnya melopong seketika, namun matanya masih tak lepas melihat kearah pada figura lelaki itu. Sebaik saja meyedari lelaki itu mula bergerak mendekatinya, cepat-cepat dialahkan bola matanya kehadapan.

“Here...balik nanti jangan lupa letak ubat. Nanti kena infection pulak.”nasihat iskandar sebelum menghulurkan plaster yang ada ditangannya kepada gadis dihadapannya itu. Namun matanya cepat menangkap perubahan warna pada wajah gadis itu yang mula nampak kemerah-merahan dek kerana kulitnya yang putih gebu itu. Dalam hatinya terdetik, takkan malu kot? Ke panas?bawah pokok takkan panas lagi?. Bibirnya mula mengukir senyuman, lucu melihat perubahan wajah gadis itu.

Cepat-cepat Qhairina mengangguk sebelum menyambut huluran plaster tersebut. Tak betah dia berlama-lama disitu, dengan gerak yang sedikit pantas, terus dikoyak palastik plaster itu dan dilekatkan kelututnya yang luka. Iskandar yang sekadar menjadi pemerhati hanya berdiam diri.

Selepas siap lututnya dilekatkan dengan plaster, punggungnya diangkat dari kerusi. “Thanks for the plaster...saya balik dulu.” Qhairina mengucapkan terima kasih atas bantuan lelaki itu seraya menundukkan kepalanya sedikit sebagai tanda terima kasihnya.

“Na...no big deal.”balas Iskandar pula. Sebaik saja habis bicaranya, handphonenya pula berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Dia terus melangkah beberapa langkah kehadapan sebelum iphone 4s nya dikeluarkan dari kocek seluar tracksuitnya dan menjawab panggilan.

Hello mama...ha..kenapa?”soal Iskandar pada mamanya Puan Seri Raja Syuhairah. Tubuhnya kemudian ditolehkan kebelakang untuk melihat gadis itu, namun kosong. Hilang...

Bola matanya diliarkan kesekeliling taman. Namun gadis itu tetap tak kelihatan, sebaik saja dia mengalihkan pandangannya kearah kanan, matanya menangkap figura gadis itu yang berjalan terhinggut-hinggut menuju kearah kereta Suzuki Swift berwarna biru gelap. Satu keluhan terlepas jua sebelum bibirnya mengukir senyuman. Pelik dengan sikapnya hari ini

~bersambung~

p/s: assalamualaikum sume...new n3 for SKQ, msih fresh bru lepas ditaip haha...mintak komen ye sume sebab dila suke kalau bce komen bnyak2, bru smngat nak menulis ...May Allah bless u all ^,~

6 comments:

Anika_Lufita said...

ape yg terjadi 3 thn lepas erkkk?? qushairi tu abang iskandar ke...kat mne skunx qushairi tu dah tiada ke??? wah cpt2 sambung tau...besstt gak tp mmng cte cam ni cliche sgt dah bnyk org buat & leh agk cam mne jln cte tu harap writer dpat luahkn kelainan dr cte ni...minta maaf la klau kt2 sy ni kurang brkenan di hati writer semoga ke dpn leh dpat ide lg bernas thumbs up to writer....^.~V

aisy said...

kita pun rase qushairi tu abg iskandar..heheheh..

Anonymous said...

best3 nak lagi...

idA said...

adakah benar ..Qushairi tu abang Is.. dan antara Qushairi dan Qais pasangan yg bercinta..tapi tidak kesampaian cintanya..apa menyebabkan minah tu pi o/seas?? adakah minah tu cuba membunuh diri kerana kecewa ngan cinta?

YunieY said...

ap yg trjdi 3 tun lps.??
smbung ag..

amorey chenyonye said...

sori,lambat ckit baca.tapi cete awak best n xsabar nak tau apa sbenarnya jdi kat qhai n tgku qushairi tu.