Sunday 22 January 2012

Sejuta Kasih Qairina- 5



Kini mereka sudah berada di tepi kolam renang, masing-masing terdiam memandang satu sama lain tanpa sepatah haram kata pun yang keluar, hanya cahaya bulan dan lampu-lampu yang yang terdapat disekeliling kolam renang saja yang menemani mereka. Ada terdapat beberapa orang lagi penginap hotel yang masih berendam walaupun jam sudah menginjak ke jam 9.30 malam.

Qairina yang mula tak selesa dengan renungan mata lelaki yang tak dikenalinya itu mula kegelisahan, nafasnya terasa tersekat-sekat pulak.

“So..apa awak nak explain pasal benda yang jadi tadi.”dengan lagak yang berpura-pura tenang Qairina melontarkan kata, kerusi berdekatan ditarik dan dia duduk disitu.

Iskandar juga mengambil tempat dihadapan Qairina, otaknya berputar ligat nak menyusun ayat supaya gadis didepannya itu tidak salah faham terhadapnya. Keadaan sangat mendesak tadi dan entah kenapa tangannya automatik menarik gadis itu, padahal banya lagi perempuan lain. Tapi kenapa gadis tu jugak yang dia tarik. Dia sendiri pun pelik.

“Saya...saya terdesak tadi. saya minta maaf ok.”itu alasan yang diberikan iskandar, cukup mudah . Tanpa pengetahuannya, alasannya itu sudah mula menaikkan darah si gadis.

“Wah...senangnya alasan. Awak cakap macam saya ni tak ada maruah. Hello mister what so ever, awak sedar tak yang kenyataan berani mati awak tu tadi dah menjatuhkan maruah saya. Kalau abah dengan umi saya dengar macam mana?”bengan Qairina dengan alasan tak logik yang diberikan lelaki didepannya ini. Dia tau tak apa padahnya dengan kenyataan dia tadi.

“Saya tak pernah terniat nak jatuhkan maruah awak, semua ni berlaku secara spontan. Saya pun tak tahu macam mana saya boleh tarik awak tadi.”terang Iskandar lagi. Dilihat gadis dihadapannya kini tergelak sinis bagai menyindir dirinya dengan kebodohan diirnya sendiri. Apa kes perempuan ni nak sindir-sindir aku macam tu? Bodoh sangat ke alasan yang aku bagi?

“Awak tak tau macam mana boleh tertarik saya? Nonsense punya alasan. Banyak lagi perempuan kat dalam tu tadi, kenapa saya juga yang awak tarik?”Qairina membentak marah, kepalanya dah mula berserabut. Alasan yang memang tak boleh diterima. Sekarang ni macam mana? Zafira pun ada dekat sana tadi, dibuatnya dia bagitahu papanya lepastu berita sampai pulak ke telinga abah dan uminya apa dia nak jawab?

“Awak ingat saya nak sangat ke tarik awak tadi? kalau nak diikutkan saya pun. Jenis macam awak ni bukan taste saya tau tak?”dengan penuh bangga Iskandar melontar kata-kata pedas.langsung tak memikirkan perasaan gadis didepannya ini. Kalau dia nak marah aku punboleh marah, dah la rasa bengangnya dengan Farid belum surut-surut lagi.

Qairina melopong seketika mendengar butir kata yang keluar dari mulut lelaki yang tak ada insurans depannya ini. Cukup membuatkan dia berasa jelik. Apa dia ingat dia handsome sangat ke sampai semua perempuan boleh tergila-gilakan dia. Ini satu penghinaan namanya.

“Awak hina saya?”soal Qairina dengan suara yang mula meninggi tonenya, dengan wajah yang mula kemerahan menahan geram yang berbuku didada. Kalau nak diikutkan hati dah lama dia lipat je lelaki ni. Jangan pandang dia sebelah mata sebab dia perempuan, dia adalah pemegang black belt tau.

“Bila masa pulak saya hina awak, saya just cakap yang perempuan macam awak ni bukan taste saya. Tu je, yang awak nak marah sangat kenapa?”dia tak menyangka yang kata-kata dia tadi dah menghina Qairina.

“Oh..bukan taste awak...habis taste awak macam mana? Beritahu saya.”Qairina menyindir lagi, tangannya sudah disilangkan ketubuhnya. Matanya tajam menikam lelaki didepannya itu. Gaduh punya gaduh nama lelaki ni pun aku tak tahu.

Taste saya? Awak nak tahu..jap..”matanya kemudian meliar kesekeliling kawasan kolam renang yang masih terdapat beberapa pengunjung lagi. Tak lama selepas itu matanya melekat di kerusi santai yang terletak ditepi kolam renang itu. Got it..

“Na...thats...thats my taste.”telunjuk iskandar menuju kearah gadis yang sedang duduk bersantai diatas kerusi santai tak jauh dari mereka.

Kepala Qairina dipalingkan kebelakang ingin melihat gadis yang dikatakan taste lelaki bongkak didepannya ni. Sesaat kemudian terbeliak mata Qairina dibuatnya. Mana taknya, perempuan mat salleh yang berbikini yang dipilihnya. Qairina menelan air liurnya kelat. Eww..lelaki ni.

Iskandar yang mula perasan dengan perubahan air muka gadis itu menahan gelak. Ambik kau, nak tau sangat kan taste aku macam mana.

“Amacam...ok tak?”soal Iskandar lagi sengaja mengenakan Qairina yang ternyata sudah memandang dengan satu pandangan yang jijik padanya.

Qairina mengangguk beerapa kali. “Ermm...memang..memang ok sangat. Eloklah dengan lelaki macam awak ni. Dasar lelaki kasanova. Miang. Gatal.”

Terburai tawa Iskandar memecah kesunyian disekeliling mereka. “Tu la, nak tahu sangat perempuan macam mana yang saya suka kan. Kan dah terkejut beruk.”

Qairina hanya menjeling memandang lelaki yang tak dikenalinya itu. Sangat annoying. “Cukup..saya rasa benda ni tak ada kena mengena dengan hal tadi. sekarang macam mana awak nak settlekan benda yang dah jadi tadi?”

Buntu. Iskandar buntu tak tahu nak memberi jawapan. Air liurnya ditelan kasar. “Saya rasa awak tak perlu risau tentang hal tadi sebab rasanya kita-kita je yang dengar perbualan tu tadi.”

“Awak sure ke? Awak tau tak awak dah bagi masalah pada saya. Tadi kawan saya dah dengar yang kita akan bertunang, siap ucap tahniah lagi. Awak nak saya cakap apa?” Qairina menyoal lagi.

“Erm...”Iskandar menggigit bibirnya memikirkan jalan penyelesaian buat masalah yang baru mereka timbulkan. Tu la, tadi tak fikir pulak padah mulutnya yang lancang melontar kata. Sekarang ni dah menyerabutkan wayar otaknya pulak nak fikir jalan keluar.

“Cepat la, awak nak saya buat apa?. Awak tahu kawan saya tu tadi anak Tan Sri Adnan, dan papa dia pulak berkawan dengan abah saya. Kalau berita ni sampai ke telinga abah umi saya macam mana? Apa saya nak cakap?”desak Qairina lagi, gusar hatinya tatkala ini. Menyesal rasanya ikut datang ke majlis ni, kalau dia tak datang mesti semua ni tak berlaku.

“awak ingat awak seorang je ke yang ada mak ayah. Saya ni?” perli Iskandar lagi, dah la kepala tengah tepu, perempuan ni pulak nak paksa-paksa dia pulak. Fikir la sendiri.

“Macam ni la, awak tak payah fikir pasal masalah ni. In case kalau ada apa-apa masalah yang timbul berkaitan dengan parents awak, just inform pada saya. Pandai la nanti saya terangkan.”hanya itu saja yang dapat difikirkan buat masa ni.

Mata Qairina tak berkelip memandang Iskandar, boleh pakai ke cakap lelaki ni? Karang tak pasal-pasal umi dengan abah dapat tau and lelaki ni pulak lesap, apa dia nak buat. Fikir Qairna panjang.
Tapi setelah menimbang tara cadangan itu, akhirnya Qairina bersetuju.

“Bagi saya nombor awak.”dengan muka selamba badak Qairna bersuara.

“Nak buat apa?”soal Iskandar pula curiga. Ni apa kes nak mintak-mintak nombor telefonnya.

“Sebagai langkah keselamatan. Nanti kalau ada apa-apa problem senang saya nak cari awak.”

“019...”

“Eh..kejap..kejap” Qairina mula menyeluk ke dalam handbagnya mengagau-ngagau mencari hanset blackberrynya. Jumpa pun.

“Berapa?”

“019-8794538..”lancar Iskandar bertutur.

Qairna mengagguk-ngangguk sambil jemari runcingnya lincah menekan key pad pada blackberrynya.

“Nama awak?”

Dari Iskandar berkerut sekejap. “Iskandar...Iskandar Farabi.”

Iskandar Farabi...ulang Qairina dalam hati, nama dah sedap tapi perangai pulak yang tak sedap.

“Ok..done. saya masuk dalam dulu takut umi abah saya cari pulak nanti. Assalamualaikum.”salam diberi sebelum beredar dari situ.

“Waalaikumsalam...”balas Iskandar sendirian setelah bayang Qairina menghilang dari matanya. Bahunya tiba-tiba rasa ditepuk dari belakang.

“Siapa tadi tu?”soal Qushairi ringkas pada adiknya, tadi semasa dia keluar mencari Iskandar dia terlihat Iskandar sedang bercakap dengan seseorang, kalau tak silapnya perempuan. Tapi tak sempat dia nak melihat, gadis itu sudah beredar terlebih dahulu.

“Tak ada sesiapa la..”balas Iskandar seraya bangun dari kerusi kayu yang sejak tadi didudukinya.

“Jom balik..abang dah cakap dengan Tan Sri Adnan dah.”

Iskandar mengangguk beberapa kali. “Jom...” mereka jalan beriringan ke tingkat bawah parking. Mintak-mintak jangan la ada perkara buruk berlaku. Doa iskandar dalam hati.
*****
Pagi itu Putra Corporation digegarkan dengan berita pertunangan pewaris kedua Putra Holding seperti yang dilaporkan oleh pihak media massa mahupun media cetak. Sana-sini di setiap sudut pejabat, para pekerja tak kira perempuan atau lelaki semua sibuk bergosip hangat tentang berita yang baru tersebar itu, masih panas. Semua meneka-neka siapa gerangan gadis yang bakal menjadi tunang boss besar mereka yang menjadi kegilaan ramai itu.

Sebaik saja surat khabar sampai di tangan Tan Sri Tengku Muhaimin yang baru sahaja menunjukkan tanda-tanda sihat semula terus nafasnya tercungap-cungap, setelah dibawa berehat di bilik barulah reda sedikit. Sekarang sedang berehat di bilik, pening dia memikirkan fiil anak lelakinya itu yang tak sudah-sudah menimbulkan masalah

“Apa semua ni Is?kenapa Is sanggup buat mama dan papa macam ni? Sampai Is nak bertunang pun papa mama tak tahu. Nasib baik papa tak kena heart attack tadi.”suara halilintar Puan Sri Raja Syuhairah menggegar rumah banglo dua tingkat itu. Mana tidaknya, pagi-pagi lagi Bibik Tuti dah terkocoh-kocoh mendapatkannya dan surat khabar dihulurkan kepadanya. Katanya tuan muda  hemdak bertunang.

Pada mulanya dia ingatkan Bibik Tuti hanya main-main, tapi bila surat khabar itu ditunjukkan kepadanya dia sudah kehilangan kata. Terpampang besar di main page akhbar “PEWARIS KEDUA PUTRA CORPORATION, TENGKU ISKANDAR FARABI BAKAL MELANGSUNGKAN PERTUNANGAN DALAM MASA TERDEKAT” sudahlah tu, siap dengan gambar anaknya serta seorang gadis lagi yang terpampang besar didada akhbar.

Iskandar hanya mampu mendengar hamburan mamanya dan matanya tak memandang lantai. Dia rasa cukup hairan macam mana cerita tu boleh sampai ke tangan pihak media. Memang menempah bala betul la.

“Iskandar...tengok muka mama. Siapa perempuan ni?”wajah anaknya yang sejak tadi menunduk ditarik kasar keatas supaya menghadap mukanya. Anaknya disoal garang dan tegas. Tapi kalau dilihat pada gambar yang terpamer dimuka akhbar itu nampak seperti anak gadis dari keluarga yang baik-baik. Bertudung pula tu.

Dalam hatinya terselit juga kelegaan, sekurang-kurangnya gadis yang digosipkan itu bukannya Isabella. Tak rela rasanya dia bermenantukan menantu seperti itu. Dah la pakai baju macam tak cukup kain, gedik pula tu. Tak layak masuk ke dalam keluarga mereka yang cukup disegani ini.

“Aa...kaw..”

“Kenapa bising-bising ni mama? Sampai tingkat atas pun dengar.”soal Qushairi kehairanan. Dilihat adiknya 
Iskandar sudah tercegat di ruang tamu mewah banglo itu. Kiranya Iskandar sudah bertolak ke pejabat, dia pula akan menyusul sebentar lagi kerana ada proposal yang perlu di settlekan sebelum masuk ke pejabat.

“Ni..tanya sendiri adik kau ni apa yang dia dah buat.”Puan Seri Raja syuhairah menghempakan badannya keatas sofa, lelah rasanya melayan masalah yang baru ditimbulkan nak bujangnya itu

Dengan langkah yang pantas Qushairi mendapatkan mamanya, kemudian surat khabar yang sudah terburai dilantai dikutipnya semula dan dibelek-belek sebelum matanya statik diatas muka surat depan  dada akhbar. Matanya laju membaca tajuk besar yang tercetak disitu da kemudian turun kebawah melihat gambar disitu.

Terkaku matanya disitu lama. Perlahan-lahan matanya beralih kewajah adiknya dan dipandang lama. Kelu lidahnya tak tau hendak berbicara apa. “Ma..mana Is kenal perempuan ni?”soal Qushairi, namun beberapa minit menunggu masih tak mendapat jawapan. Barannya mula datang menyerang.

Meluru dia kearah Adiknya dan kolar baju kemeja Iskandar direntap kuat. “Abang tanya. Mana Is kenal perempuan ni?”soal Qushairi lagi dengan wajah yang sudah berubah.

Tangan abangnya direntap kuat supaya melepaskannya, kemudian gelak sinis keluar dari celah bibir Iskandar, pelik dengan abangnya yang tiba-tiba berubah berang. “Apa masalah dengan abang ni? Dekat mana Is kenal perempuan ni, itu bukan urusan abang.”balas Iskandar sinis.

“Iskandar...”bergegar ruang tamu itu dengan suara Qushairi.

“Senyap...both of you. Papa tengah berehat dekat atas. Faham. Kalau nak gaduh bertumbuk pergi keluar.”kali ini suara Puan Seri Raja Syuhairah pula yang lantang kedengaran. Terkulat-kulat sudah kedua-duanya mendengar pekikan mamanya yang bisa mencairkan telinga itu

Telunjuknya kemudian diarahkan kearah anaknya Iskandar. Matanya sudah bersinar garang. “Mama nak jumpa perempuan tu. Bawak dia jumpa mama dan papa minggu ni jugak.”arahan sudah dikeluarkan dan anaknya tak boleh membantah.

\Tanpa menunggu lama, Iskandar terus menyambar kunci keretanya dan briefcasenya dicapai kasar seraya melangkah keluar dari banglo tiga tingkat itu. Mengaum garang bunyi kereta dari luar, lama kelamaan senyap.
Sampai saja di ruang legar syarikat, semua mata tertumpu kepadanya macam disuluh spotlight. Langkahnya terus diatur penuh kemas dan gaya ke tingkat 16 yang menempatkan pejabat-pejabat pengurusan tertinggi syarikat.

“Zetie..saya tak nak awak arrangekan apa-apa appointment pun untuk saya hari ni dan saya tak nak jumpa sesiapa. Kalau ada yang nak jumpa cakap je saya tak ada.”arah Iskandar sebaik melintas dihadapan meja secretarynya itu.

Tapi sebelum dia menghilang sempat lagi dia berpesan. “Saya tak nak dengar apa-apa cerita buruk tentang saya. Kalau nak bergosip, gosip diluar, bukan di pejabat.”tegas sekali amaran yang diberikan.
Zetie hanya mengangguk menerima arahan.“Baik bos..saya akan beritahu yang lain nanti.”
Sebaik saja Iskandar menghilang kedalam bilik pejabatnya, beberapa orang pekerja sudah bertenggek di meja secretarynya.

“Eh Zetie...bos kau cakap apa ha? Serius je muka dia.”komen pertama yang keluar dari mulut Kak Miah merangkap secretary Qushairi. Dicelah lengannya sudah dikepit beberapa fail dokumen yang perlu di fotostat.

“Ok announcement semua, bos cakap pejabat bukan tempat gosip, so kalau korang nak gosip sekalipun. Tunggu la lepak kedai mamak lepas waktu kerja ye...”kuat suara Zetie menyampaikan amanat yang dipesan tadi. semua orang hanya tersengih-sengih macam kerang busuk. Dia tak kisah semua tu kerana dia senang bekerja dengan Iskandar, tak banyak songeh. Waktu kerja kena serius, itu prinsip bossnya itu. Lepas waktu kerja lain.

“Eh akak, rasa-rasa akak la. Macam mana agaknya bakal tunang bos tu. Ada tak macam girlfriend dia yang lain tu?”dalam pada mengingatkan orang lain, sempat lagi dia bergosip dengan Kak Miah pulak.

“Siapa? Mona? Isabella? Raihana?..akak tak rasa perempuan tu macam makwe-makwe bos yang lain tu. Kau tengok la ni ha..pakai tudung ni. Mesti bukan stok-stok macam dia orang tu.”becok mulut Kak Miah bercakap, siap ditunjuk lagi depan muka Zetie gambar didada akhbar.

Punggung Kak miah sudah sedap landing disisi meja zetie. “Akak tak rasa la macam dia orang tu. Kalau bos bawak bakal isteri macam tu, akak berani kerat jari Puan Seri rembat perempuan tu dengan penyapu.”
Serentak kemudian ketawa pecah melatari runag pejabat. Menyedari suara mereka yang bergema kuat, masing-masing menekup mulut sendiri. Takut bos menyinga pulak nanti.

“Dah la akak, tadi baru je bagi nasihat kat orang lain. Kita pulak yang dok sedap mengutuk orang. Kita tunggu jela nanti siapa yang akan bos bawak sebagai tunang dia tu. Tapi kalau tengok dari surat khabar ni, nampak macam cantik je..”komen zatie lagi.

Mata Kak Miah kemudian menjeling ke arah Rozy yang sedang membelek dokumen dengan muka cemberut tak jauh dari mereka. “A’ah la kan...akak pun rasa cantik, bertudung pulak tu. Memang padan sagat la dengan bos kita yang handsome tu kan...”sengaja dikuatkan sedikit volume suaranya supaya orang disebelah sana dapat dengar, tak habis tergedik-gedik dengan bos dari dulu. Tapi habuk pun tak ada hasil. Dapat dilihat jelingan maut yang ditujukan khas buatnya, tapi muka selamba badak juga yang ditayangnya seraya berlalu menuju ke mesin fotostat.

*****
Qairina sudah mundar mandir di pintu rumah, sesekali jemari runcingnya digigit . peluh sejuk mula melanda dirinya yang tak keruan memikirkan jalan penyelesaian yang baru saja timbul. Dengan berhati-hati dia mengintai keluar dari belah langsir, dilihat sudah ramai wartawan media yang berkumpul diluar pagar rumahnya.

“Macam mana ni Qhai...apa kita nak buat ni?”soal Puan Saliha yang turut kegelisahan. Pagi tadi sedang dia menyiram pokok bunga ditaman halaman depan banglo mereka tiba-tiba sebuat kereta dengan logo salah satu media massa yang terkenal berhenti diluar pagarnya.

“Ya..ada apa? Nak cari siapa ya?”soal Puan saliha kepada seorang perempuan yang memakai cap dikepalanya.

“Betul ke ni rumah Cik Qairina Faqiha?”

“Ya...saya uminya.”

“Apa puan tahu tentang berita yang baru saja kami terima yang anak puan, Qairina Faqiha bakal bertunang dengan anak hartawan terkenal Tengku Iskandar Farabi.”beritahu perempuan itu.

“Hah?”terkejut dengan berita yang diterimanya itu, tanpa membuang masa terus dia meluru masuk kedalam rumah mencari kelibat puteri tunggalnya itu. Pada mulanya memang dia agak terkejut dengan cerita yang disampaikan anaknya itu. Macam tak boleh diterima akal. Suaminya juga baru saja menelefon kerumah kerana dia baru saja membaca berita tersebut didalam akhbar pagi tadi. tapi tak beri komen apa-apa pun.

Qairina buntu memikirkan masalah yang dihadapinya kini. Ni semua pasal lelaki tu, kalau dia tak memandai sebut soal tunang tu tak adalah dia terheret sekali dalam masalah ni. Tapi benda dah jadi, dia tak boleh berbuat apa-apa dah. Malam ni pula confirm dia perlu bersoal jawab dengan abah serta abang-abangnya.

“Macam mana ni Qhai? Nak umi keluar halau mereka semua?”puan Saliha bertanya sekali lagi, makin lama makin sesak hadapan rumahnya dengan krew-krew pihak media.

“Mama tunggu sekejap eh. Qhai nak telefon kejap.”kata Qairina seraya berlalu kebahagian dapur. Nombor Iskandar yang baru diambil semalam di dial. Beberapa minit berlalu namun tetap tak berangkat. Kakinya sudah bergerak tak tentu arah sama seperti hatinya yang sedang berdetak laju tanpa henti.
Sekali lagi di dial nombor Iskandar. Beberapa minit menunggu akhirnya bersambut juga. Alhamdulillah.

Hello, Iskandar speaking.”kedengaran lemah suara yang terlotar ditelinganya.

“Encik Iskandar, ini saya Qairina. Saya nak beritahu awak yang sekarang reporter dah kerumun rumah saya macam semut. Macam mana semua ni boleh jadi? Semalam awak juga yang janji tak akan ada masalah yang jadi. Tapi sekarang..”terus Iskandar dihambur dengan kata-kata mukadimah yang panjang.

“Whoa...whoa..cakap perlahan sikit boleh tak. Saya belum pekak lagi sampai awak nak terjerit-jerit macam ni.”Iskandar membalas kata-kata penuh sindiran. Naik bingit telinganya mendengar. Dah la pagi tadi pun kena marah mama, sekarang pun dia kena marah lagi.

“Perlahan awak kat. Kalau boleh depan-depan awak juga saya nak terjerit-jerit sekarang. Sekarang masalah dah timbul dan semua ni gara-gara awak. Awak boleh lagi rilek macam ni?”

“Rilek..rilek awak kata, pagi tadi baru saya kena sembur dengan mama saya awak tak tahu.”

“Memang padan dengan muka awak. Sekarang macam mana awak nak selesaikan masalah ni. Reporter semua dah tau yang saya ni bakal tunang awak.”sindir Qairina lagi. Lelaki ni betul-betul dah membuat hidupnya kucar-kacir la.

Beberapa minit berdiam diri memikir cara akhirnya suara Iskandar mula kedengaran. “Macam ni la, saya akan hantar orang untuk suraikan semua reporter yang ada depan rumah awak. But, petang ni saya nak kita jumpa.”itu keputusan yang Iskandar ambil. Dia perlu berbincang dengan gadis itu kerana perkara ini sudah menjadi serius. Melibatkan maruah keluarganya dan keluarga gadis itu.

“Lagi satu...umi dengan abah saya dah tahu. Awak nak saya buat apa?”

“Yang tu kita settle kemudian. Yang penting, petang ni kita mesti jumpa.”titik, itu keputusan yang dia ambil.

Setelah berfikir beberapa minit, akhirnya Qairina bersetuju untuk berjumpa. Benda dah jadi macam ni, dia tak boleh lari kerana dia juga turut terlibat, bukan dia saja tapi seluruh ahli keluarganya.
Setelah menetapkan tempat dan masa, panggilan diputuskan. Setelah agak-agak setengah jam baru rumahnya kelihatan mula surut dari himpunan para media. pelik macam mana lelaki tu tahu alamat rumahnya. Argh..orang kaya, apa pun dia boleh tahu sekelip mata, fikir Qairina.

*****
Punggungnya panas, sudah kira-kira 20 minit dia menunggu ditaman tempat mereka jumpa kali pertama hari tu namun batang hidung Iskandar masih belum muncul-muncul. Kejap duduk,kejap berdiri. Tak tenang dibuatnya, umi kata opah di kampung dah mula bising nak berkenalan dengan bakal cucu menantunya itu, macam mana nak kenalkan kalau dia sendiri pun tak kenal siapa Iskandar tu.

Baru berkira-kira untuk mengeluarkan hansetnya, derap langkah mula kedengaran menghampirinya. Figura Iskandar yang kelihatan letih dipandangnya lama.

Lengan baju kemeja berwarna biru jalurputih yang tersarung ditubuh tegapnya disising hingga keparas lengan. Tali leher juga sudah dirungkai, rimas rasanya dia duduk dipejabat sepanjang hari, seakan masih terngiang-ngiang lagi hamburan amarah Isabella yang menyinga. Matanya mula menyingah ke seraut wajah cantik dihadapannya, nampak santai dengan seluar jeans dan t-shirt lengan panjang warna biru . Dia mula mengambil tempat diatas kerusi panjang yang sama namun diberi jarak sedikit kerana dia tahu Qairina bukannya gadis yang dia boleh pandang sambil lewa.

“Awak nampak letih je kenapa?”soal Qairina dengan sediki nada risau disitu. Nampak kesian pulak dia melihat Iskandar, walaupun dari luar nampak kemas namun dapat dikesan hati lelaki itu yang mungkin turut serabut saat ini sama sepertinya.

No..i’m ok. Sepatutnya saya yang tanya soalan tu pada awak. Mesti awak susah hati sekarang ni kan, sebab satu Malaysia dah tahu yang awak ni bakal isteri saya.”rambutnya yang terjuntai didahi diraup kebelakang.
Qairina hanya mamapu tersenyum kelat mendengar kata-kata Iskandar. Macam manalah dia tak susah hati, balik malaysia baru sebulan, tup-tup dah nak bertunang. Dengan anak orang kenamaan pulak tu.

“Habis tu apa kita nak buat sekarang?”soal Qairina, rasa tak sampai hati pulak dia nak mengamuk dihadapan Iskandar. Matanya dihalakan kearah taman permainan tak jauh dari tempat mereka duduk, matanya tak lepas dari memandang kanak-kanak yang riang bermain di situ.

“Jujur saya cakap, saya sendiri pun tak tau nak buat apa. Buntu rasa fikiran ni. Pagi tadi mama saya dah siap bagi warning lagi, dia nak jumpa dengan awak dalam minggu ni jugak.”luah Iskandar lemah. Tak berani rasanya nak bertentang mata dengan Qairina, rasa bersalah menimpa-nimpa. Sebab keegoannya dia dah libatkan gadis itu dalam masalah hidupnya.

“Macam mana ye nak buat? Umi saya cakap, opah saya dekat kampung pun dah mula bising-bisng nak jumpa dengan awak.”luah Qairna pula.

Iskandar tersenyum, tak tahu kenapa rasa bahagia tiba-tiba datang menyapa hatinya saat Qairina kata yag opahnya nak berjumpa dengannya.

Qairina berpaling kearah Iskandar dan serta-merta matanya menangkap senyuman nipis yang terukir dbibir lelaki itu. Tapi memang nampak sangat kacak kalau Iskandar tersenyum, memang tak dapat disangkal.

“Saya tak pernah tahu nama penuh awak.”soal Qairina ringkas.

“Awak pun saya tak tahu. Tengku Iskandar Farabi Bin Tan Sri Tengku Muhaimin. Pernah dengar tak?”Iskandar menyoal seraya memandang sekilas kearah Qairina.

Qairina terdiam sejenak sebelum menggeleng perlahan. Memang dia pasti nama tu tak pernah berdaftar dalam kotak fikirannya. Ini baru kali pertama dia dengar.

Iskandar diam tak berkutik. Tak pernah dengar? Biar betul perempuan ni, orang punyalah terkenal macam ni pun tak pernah dengar. Dia duduk dekat dunia mana ni?

“Serius awak tak pernah dengar?awak ni duduk dekat mana sampai saya yang terkenal ni pun awak tak kenal.”sedikit memerli soalan yang dilontarkan.

“Kalau saya tak pernah dengar, thats mean awak belum cukup terkenal la tu, awak ingat awak tu artis ke sampai saya perlu kenal awak. And for your information, baru sebulan saya balik Malaysia.”balas Qairina seraya memandang jauh ke dalam mata Iskandar. Ada getaran yang dirasakan saat itu.

“Awak baru habis belajar ke? Kat mana?”soal Iskandar lagi.

“Yup, saya habiskan master saya dekat UK. Umi abah saya pun tinggal dekat sana, almost 3 years. Mungkin sebab tu saya tak kenal awak.”

“Patut la..saya pun baru setahun balik dari US.”Beritahunya ringkas.

“Bila awak nak jumpa abah dengan abang-abang saya, terangkan pasal semua ni.”

Iskandar mengeluh berat, tapi sebagai lelaki dia perlu berani. Dia bukannya pengecut nak lari dari masalah yang ditimbulkannya sendiri. “Hujung minggu ni saya datang rumah awak boleh?”

“Ermm...”Qairina mengangguk perlahan.

“Awak nak bagi alasan apa. Kalau abah boleh la awak kelentong, tapi abang-abang saya awak tak kenal lagi. Dia akan tanya awak macam-macam sampai awak terdiam.”lucu dia mengenangkan sikap abang-abangnya, abang longnya lebih cool kalau nak dibandingkan dengan abang ngahnya yang sedikit kecoh. Tapi mereka mememang sangat protective terhadapnya, maklumlah satu-satunya adik perempuan mereka.

“Nanti balik ni saya rangka skrip dulu.”selamba Iskandar membalas tanpa rasa takut.

Qairina tergelak mendengar kata Iskandar, nak jumpa familynya pun perlu buat skrip. Iskandar memandang lama Qairina yang ketawa disisinya, kedengaran sangat merdu bunyinya.

Qairina pelik dengan dirinya sendiri, entah kenapa dia selesa berdepan dengan Iskandar, diri lamanya bagai muncul semula bila bersama lelaki itu.

Iskandar berdiam diri seketika, ada perkara yang hendak diluahkan pada gadis disisinya itu. Tapi dia gentar dengan penerimaan gadis itu, sepanjang hari dia di pejabat memikirkan perkara itu. Wajarkah mereka berbuat demikian keraa ini bersangkut paut dengan masa depan mereka berdua.

“Kita bertunang nak?”soalan yang dilontarkan kedengaran sangat perlahan, namun masih dapat ditangkap perkataan ‘tunang’ yang disebut Iskandar. Qairina tergamam, telinganya salah dengar ke?

“Apa?”soal Qaiina meminta kepastian tentang apa yang didengarnya tadi. dia takut dia yang tersilap dengar
Nafas dalam ditarik sebelum mengangkat wajahnya bertentang mata dengan Qairina. “Kalau saya lamar awak jadi tunang saya awak sudi?”tenang lagak Iskandar bertanya. Hatinya berdegup kencang menanti jawapan yang bakal diterimanya.

Tunang? Qairina terkaku...

~bersambung~

p/s: fuh...at last, sorry sgt sebab mungkir janji ye, dila pergi kenduri kahwin hari tu hehe...komen ye sume ^,^

13 comments:

Anonymous said...

plezzz...smbg cpat...i like...huhuhu

Aalia Shahira said...

wuh!!best giler.suka sangat kat iskandar tu..awww,melting dah nie.haha.harap dorang bertunang then isabela tu kita kick dia jauh2,amacam?

zm said...

ala tgh best ni, cepat2

Zass said...

sambung cepat

Anonymous said...

Qairina, please la kata sudi!!! :D Thanks for updating!

Anonymous said...

tq writer...
sambung cepat iye...

Anonymous said...

Tu dia...Iskandar terus ajak bertunang...betul2 gentleman...I likeee... cik writer cpt2 update next episode ye...tak sabar nk tau jawapan Qairina...

ruby muksan reds said...

best sangt..iskandar nk lamar btul2x..cpt ar sambung cter ni sangt bestttt

Anonymous said...

Iskandar lamar Qairina...perh, super...
x yah tunang kawin terus...hihii
msti kecoh kalu along dng angah tahu..-ara-

pnut said...

wow..is lamar qhai kt taman..hehe..
msti is dh tangkap cintan nie..
dila..cont plz..

likealovesong said...

bila g nak sambung ni..huhuhu..nak dia orang cpt2 kawen :)

Anonymous said...

best!!! :) so sweet <3 - unie

Unknown said...

salam,kak DILA c0mel.~ ^_^ bleh tya x.? sape nma llki yg hndsome pkai baju kaler itam tu..?? hehehe dlm gbr 2 ada tlis nma is .. hero dlm sejuta kasih qairina .?