Wednesday 9 May 2012

Sejuta Kasih Qairina 18



SERENTAK Qairina dan Iskandar menghempaskan badan keatas sofa melepaskan lelah setelah beberapa kali turun naik apartment dan basement parking mengangkut barang. Entah barang apa yang mereka beli pun sendiri tak tahu, mana nampak berminat aje terus sambar. Mana tak sampai nak seribu harga tadi. Naik terjojol biji mata mereka melihat jumlah yang terpamer di kaunter bayaran tadi. Mana taknya, tak cukup dengan satu troli, diambil lagi dua troli sehingga orang ramai yang beratur untuk membayar belakang pun sudah memandang mereka dengan pandangan semacam. Tak puas hati pun ada.

“Apa yang kita beli ni abang? Banyak giler,” bebel Qairina dengan kepala yang sudah disandarkan kebahu suaminya yang sedang memejamkan mata. Tak lepas-lepas matanya meyorot pandang kearah plastik-plastik yang dilonggok-longgokkan ditepi dinding berdekatan dapur itu.

“Entah. Abang pun tak tau. Qhai la..entah apa-apa je dia ambik, sampai belambak macam ni. Ni stok untuk berapa tahun pun tak tahu ni,” rungut Iskandar pula. Naik lenguh tangan dan kakinya berjalan turun naik mengangkut barang. Nasib baik muat nak disumbat semua barang ni kedalam keretanya. Kalau tak muat, kena dua kali pulak mengambil. Kepalanya yang gatal digaru sebelum mengerling jarum jam didinding. Matanya ditenyeh-tenyeh beberapa kali untuk memastikan matanya tak berhalusinasi melihat jarum jam yang sudah menganjak ke pukul lima petang.

“Betul ke jam tu Qhai? Asal abang tengok dah pukul lima petang? Ke abang mamai ni?” soal Iskandar seraya menyenggol bahu isterinya. Biar betul pukul lima? Berapa jam kita orang berjalan tadi? rasa macam sekejap aje..ke tak? Aishh..aku pun dah pening ni.

Mata Qairina pula tertunak lama kejarum jam didinding. Dengan rasa tak percaya dengan apa yang dilihat mata kepalanya sendiri, automatik dia terbangun dan berdiri bercekak pinggang didepan dinding itu. Rasa aku tak rabun lagi ni. Lengan kirinya pula diselak dengan rasa tak percaya. Muka tak payah cakap, berkerut habis macam memikirkan masalah dunia aje lagaknya. Buat seketika dia terlopong, kemudian dia berpaling kearah suaminya dengan mulut yang masih ternganga.

Sesaat kemudian lengan Iskandar terasa sakit ditampar-tampar. Terus terbuka bulat matanya. “Hah...hah..kenapa ni?” ujar Iskandar terkejut. Baru nak rehatkan mata kejap.

“Dah pukul lima! Cepatlah bangun solat, pastu mandi. Qhai tak kira, abang kena tolong Qhai masak hari ni.” Menggelabah sungguh Qairina bercakap, macam menchine gun terlepas. Mana taknya, abang iparnya dan kak Hani nak datang malam ni. Mana nak kemas rumah lagi, masak lagi. Pokoknya semua la..arghh...serabut..serabut.

Terus disambar beg Louis Vuittonnya yang dilempar diatas sofa setelah dilihat suaminya menggguk faham. Baru tiga langkah dia meninggalkan suaminya untuk masuk kebilik, dia berpaling. Dilihat suaminya masih juga menutup mata. Ni betul faham ke faham dalam mimpi aje ni? Gerutu Qairina.

“Cepatlah abang...nanti kak Hani dengan abang Qushairi nak datang ni,” pujuk Qairina sambil tangannya menarik-narik tangan kiri suaminya.

“Alah..dorang tu bukan VVIP pun dear. Rilek la, awat gelabah semacam aje ni.” Selamba saja Iskandar membalas. Padahal dia memang malas tahap  cipan dah ni nak melangkah. Rasa rapuh semua tulang belulangnya. Kalau ada yang sudi urut kan best..sempat lagi kau Is.

“Rilek abang kata. Takkan nak hidang maggi pulak dekat dorang,” Bebel Qairina lagi dengan muka tak puas hati. Ni tak boleh jadi ni, nampaknya memang tak jalan kalau Cuma membebel je. Buat habis suara, buat kering air liur je. Hujung bibirnya menarik senyuman jahat. Sesaat kemudian, tangkas saja tangannya naik kecuping telinganya dan ditarik.

“Aduduh..lepas..lepaslah dear. Apa main tarik-tarik ni.” Naik sakit telingannya ditarik dengan jari runcing isterinya.

“Degil sangat kan.”
*****
ISKANDAR mengesat air mataya yang menitik dengan hujung lengan baju t-shirtnya. Matanya dikalihkan kearah isterinya yang bergerak macam lipas kudung, kejap-kejap freezer dibuka, kemudian balik semula menghadap periuk diatas dapur, sampai dia sendiri pula yang naik berpeluh melihat penat lelah isterinya itu. Ni yang makin sayang ni. Kemudian beralih semula kearah bawang-bawang yang sedang dikupasnya. Aduhh...pedih betul mata.

“Yang..dah ke ni? Naik buta mata abang kupas benda ALLAH ni,” suara Iskandar seraya memejam celikkan matanya beberapa kali. Tak pernah seumur hidupnya mengupas bawang. Silap-silap bawang pun dia tak tahu macam mana rupanya.

Kepala Qairina melipat kebelakang. Dilihat suaminya sudah menayang muka kesian dengan mata yang merah. Dia tergelak kecil sebelum melangkah mendekati meja makan.

“Alolo..kesiannya dia. Kupas bawang sampai nangis-nagis.” Sehelai tisu ditariknya dan dikesat mata suaminya. Macam budak-budak menangis.

“Pedih tau..” Rungut iskandar dengan muka yang sudah dicebikkan.

“Ok..ok..Qhai tau tu. Cukup la tu. Nah..abang potong sayur ni pulak. Ni tak pedih.” Tangannya panjang saja mencapai sayur kobis cina yang sudah siapa dicerai dan dibasuhnya itu. Diletakkan didepan suaminya. Kemudian pisau ditangan suaminya diambil.

“Sayur ni potong macam ni tau,” arah Qairina. Iskandar pula hanya melihat penih minat. Rasa macam tak percaya pula ini dirinya sendiri. Yang dulunya terkenal dengan sikap playernya. Yang tak pernah tahu erti susah. Yang tak pernah menolong mama dan bibik didapur. Tapi sekarang dia sudah memecah tradisi, sanggup jejak kaki kedapur. Miracle!

“Faham tak ni? Jangan angguk je.”

“Faham puan Qairina Faqiha. Suami awak ni kan berotak pintar dan bergeliga. Setakat potong sayur ni, celah jari je.” Ecehh...pandai la kau Is. Pisau diambilnya semula, setelah menyusun sayur itu seperti isterinya tadi, tangannya sudah bersedia untuk memotong. Tapi belum sempat pisau menyentuh sayur, loceng pintu sudah berbunyi. Mereka berpandangan sesama sendiri dengan mata terkebil-kebil.

“Awalnya sampai,” kata Qairina dengan pelipisnya yang berkerut kejap. Jam didinding dapur baru menunjuk ke pukul tujuh malam. Sekejap saja lagi nak masuk waktu maghrib. Janjinya tadi datang pukul lapan setengah. Apronnya ditanggal.

“Biar abang yang bukak.” Punggungnya diangkat dan melangkah kearah pintu.

“Pergi cepat masuk bilik tukar baju, jangan lupa pakai tudung.” Arah Iskandar sebelum itu. Takkan nak pakai baby tee pink saja depan abangnya nanti. Tak rela dia menayang kulit putih gebu isterinya.

“Tau la atuk tua!” Sahut Qairina sebelum hilang disebalik pintu bilik.

"atuk tua dipanggilnya?"

Setelah daun pintu bilik ditutup, barulah pintu rumah dibuka. Terjenggol sudah dua kepala didepannya. Siapa lagi kalau bukan abangnya dan merangkap bakal kakak iparnya.

“Masuklah..Qhai tengah bersiap kejap,” pelawa iskandar dengan senyuman yang terhias diwajah kacaknya. Kemudian dilihat abang dan kak hani berpandang sesama mereka sebelum beralih kedirinya. Sesaat kemudian ketawa pecah dari mulut keduanya. Iskandar dah blur. Ni apasal gelak-gelak pulak ni? Kena sampuk dengan jembalalng ke waktu-waktu senja ni.

“Ni bila masa pulak Is tukar profession ni? Dah jadi chef pulak sekarang?” seloroh Qushairi dengan sisa ketawa yang masih berbaki. Bola mata Ikandar beralih pada pakaian yang melekat ditubuh sasanya. Melopong dia sekejap melihat apron biru corak mickey mouse yang masih tergantung di badannya. Aduhh..macam mana pulak boleh lupa tanggal ni. Dah la siap gambar mickey mouse pulak tu. Ni semua idea isterinya la ni. Mereka beli apron ini sepasang, satu warna pink yang dipakai isterinya tadi, dan dia warna biru. konon-konon romantik la. Haru...mana nak disorok muka machonya ni!

“Ahahaa...Is tolong Qhai masak tadi.” jawab iskandar dengan muka yang sudah tebal berinci. Daun pintu ditutupnya setelah mereka berdua masuk.

“Duduklah..Is panggil Qhai jap,” kata Iskandar sambil membuka apronnya. Baru hendak dipulas tombil pintu, pintu sudah ditarik dari dalam. Kening Qairina ternaik malihat muka suaminya yang pelik.

“Kenapa?” soal Qairina perlahan. Iskandar menunjukkan apronnya didepan isterinya. Oo..barulah dia faham, bibirnya diketap supaya gelaknya tak pecah. Kemudian mereka beriringan menuju kearah abang dan kak hani sambil berpegangan tangan.

“Assalamualaikum abang, kak Hani,” sapa Qairina.

“Waalaikumsalam,” jawab mereka serentak. Hani bangkit dan bersalam dengan Qairina sebelum mereka berpelukan seketika. Qushairi yang memerhati hanya menarik senyuman dihujung bibir. Melihat kebahagian yang terpancar pada wajah adik dan adik iparnya itu, dia jadi cemburu. Bila agaknya dia nak merasa begitu.

“Jom..akak tolong Qhai masak,” ajak Hani seraya menarik tangan Qairina menuju kedapur.

“I pergi dapur dulu eh,” katanya pada Qushairi. Iskandar pula hanya melihat penuh minat. Tak pernah dia melihat hubungan abang dan bakal kakak iparnya itu sebaik ini. Kalau selalu tu sorang kesini, sorang kesana. Abangnya pun selalu tu, acuh tak acuh saja melayan kak Hani. Tapi apasal sekarang dah baik pulak ni? Dah tandatangan memorandum perdamaian apa?
*****

“Akak jealous dengan Qhai,” kata Hani sambil tangannya lincah memotong sayur.

Qairina berpaling kebelakang. “Kenapa nak jealous pulak?”

“Yela..akak jealous tengok kebahagiaan Qhai dengan Is. Loving couple. Is mesti sayang giler dengan Qhai kan,” sambung Hani lagi.

“Abang Qushairi kan ada. Abang mesti sayang dengan akak kan,” balas Qairina. Ayam masak kicap diatas dapur dikacaunya kejap. Dia tengok kak Hani tak ada yang kurangnya, rupa paras cantik, lemah lembut.baik pulak tu. Jadi tak ada sebab untuk abang Qushairi tak suka dan sayang pada kak Hani.

Hani hanya mampu tersenyum kelat. Sayang ke Qushairi padanya? Dia tak yakin soal itu. Tapi sejak beberapa hari ini memang Qushairi sudah menunjukkan reaksi positif sedikit. Lelaki itu sering juga menelefonnya waktu malam. Kalau dulu tu, sampai berjanggut pun tak akan ada panggilan yang masuk. Hanya dia saja yang terhegeh-hegeh call tunangnya itu.

“Akak tak taulah Qhai. Kita orang dah dua tahun bertunang, tapi sampai sekarang tak tahu bila penghujungnya. Kadang-kadang akak frust sangat, umur makin meningkat. Kawan-kawan akak ramai yag dah berkahwin, siap beranak pinak dah.” Keluh Hani.

Qairina menghela nafas sebelum berlalu duduk disebelah kak Hani. Bahu itu dipeluk dan diusap sekejap. “Akak percaya tak dengan jodoh? takdir ALLAH?” soal Qairina.

Hani mengangguk. Qairina tersenyum. “Kalau akak percaya dengan jodoh yang dah diatur oleh ALLAH diatas sana. Akak kena percaya yang akak adalah tulang rusuk kiri abang Qushairi yang hilang. Macam Qhai percaya yang Qhai adalah tulang rusuk Is yang hilang.”

Hani memandang Qairina disisi. “Qhai kenal dengan Is sekejap aje kan? Macam mana Qhai boleh yakin macam ni?”

Qairina tergelak kecil. Memang tempoh perkenalan dia dan Iskandar terlalu singkat. Pertemuan yang tak diduga langsung, meleret hingga terbinanya mahligai cinta mereka ni. “Jodoh dan cinta. Qhai yakin sebab dua benda tu.”

Hani tersenyum. Jodoh dan cinta ye?

“Eh..cepat la kita buat kerja kak. Nanti dua orang oak cik tua kat luar tu membebel pulak,” seloroh Qairina menceriakan suasana. Dalam diam dia memasang doa agar jodoh kak hani dan Qushairi berkekalan la hendaknya.

“Pandai Qhai masak. Akak tak tau.” Hani mengaku kekurangan diri. Matanya menjengah keatas kuali didapur.

“Masak simple-simple boleh la kak. Nak masak tahap katering tu tak lagi la,” balas Qairina. Tangannya lincah menggaul sayur goreng dalam kuali.

“Untung la Is kahwin dengan Qhai. Pakej lengkap serba serbi,” puji Hani lagi.

“Untung ke??” gemuk la suami aku macam tu...hehe

“Untung la...dah la cantik, pandai. Pandai masak lagi. Orang dulu-dulu kan selalu cakap, nak ikat suami mesti ikat melalui perut,” Hani bercelucon. Dia sangat suka berkawan dengan Qairina. Sangat peramah ye orangnya.

Qairina mencebik dengan senyuman yang tertahan. Kembang kejap semangkuk. Bukan senang nak dengar orang puji kita kan. “ Ayat kak Hani cakap tu sebijik macam apa umi Qhai cakap pagi tadi.”

“Yeke?”

“Oh..Qhai dengan Is tak rancang pergi mana-mana ke untuk honeymoon?” tanya Hani dengan muka teruja. Macam aku pulak yang nak pergi honeymoon.

“Honeymoon? Perlu ke?” soal Qairina balik. Dia dengan Is memang tak rancang apa-apa pun lagi. Nak siapkan persiapan majlis perkahwinan mereka pun dah memamakan masa. Ni nak pikir pasal honeymoon pulak. Nanti-nanti la kot.

“Hai..bukan biasa orang baru berkahwin ni excited ke nak pergi honeymoon. Maklumlah..tengah ‘hangat’ lagi,” usik Hani dengan memek muka nakalnya. Sengaja ditekan perkataan ‘hangat’ itu. Dapat dikesan pipi Qairina yang mula naik merah.

“Eii..apa akak ni! Sampai kesitu pulak.” Lengan kak hani dicubit halus. Malu la...pijar dah rasa mukanya. Ada ke cakap macam tu.

“Betul apa akak cakap ni. Untung-untung boleh bagi mama cucu cepat.”

“Kalau macam tu akak jela kahwin cepat-cepat dengan abang Qushairi. Is dengan Qhai muda lagi. Boleh lambat-lambat,” balas Qhairina selamba.

“Akak pulak? Akak tak tahu lagi bila..entah jadi entah tak.” Wajah yang tadinya ceria mula berubah mendung. Suara juga semakin mengendur.

Sudip ditangan dilepaskan. Tangan kak Hani dicapainya dan digengam erat. “Kenapa akak cakap macam tu? Qhai suka kalau akak jadi biras Qhai. Mesti happening.”

Bila tak dapat balasan dari kaka Hani yang hanya memendang tangan mereka yang bertaut. Dia menyambung. “Akak tak pernah tanya abang Qushairi ke? Macam mana perasaan dia pada akak.” Soal Qairina.

Hani menggeleng. Memang dia tak pernah tanya. Tapi tengok pada cara layanan Qushairi yang acuh tak acuh pada dirinya saja, dia boleh mengagak. Lelaki tu tak cintakannya.
*****

QUSHAIRI yang baru keluar dari bilik air menuju terus kearah balkoni yang menempatkan tubuh adiknya. Semasa melintas sempat lagi hujung matanya menjeling kearah dapur yang kedengaran agak riuh dengan gurau senda dua orang perempuan itu. Nampak mesra saja.

Bahu adiknya ditumbuk kejap untuk menarik perhatian. Iskandar berpaling sebelum bibirnya mengukir senyuman. Entah kenapa selepas berkahwin ini, hatinya kian lapang untuk memperbaiki hubungan dirinya dan abangnya yang keruh sejak dulu. Mungkin kena tempias isterinya kot.

“Papa dengan mama sihat?” soal Iskandar memulakan perbualan. Dilihat abangnya sudah duduk dikerusi sebelahnya. Pandangannya dibuang kearah dada langit.

“Alhamdulillah. Cuma nampak penat sikit sebab majlis Is dengan Qhai hari tu,” balas Qushairi.

Matanya beralih kearah adiknya. “Is nampak bahagia sangat dengan Qhai.”

Iskandar tersenyum kejap. Memang bahagia pun. Bahagia sangat-sangat. “Alhamdulillah..ini kebahagiaan yang Is cari-cari selama ni.” Balas Iskandar dengan senyuman yang masih mekar.

“Is dah jumpa soulmate Is. Abang bila pulak?” Tanya Iskandar. Dia bukan apa, kadang-kadang dia kasihan dengan kak Hani yang bagai menunggu bulan jatuh keriba. Kak Hani saja yang selalunya bertanya khabar abangnya sejak dulu. Abangnya hanya melayan nak tak nak saja.

Qushairi hanya mampu memegang belakang kepalanya. Dia sendiri tengah dalam dilema sekarang. Tapi bila dia melhat muka hani yang ceria berbual didapur bersama Qairina, hatinya jadi senang. Selama ini tak pernah dia melihat riak wajah ceria sebegitu. Ke..aku aje yang tak perasan selama ni?

“Kak Hani tu baik abang. Terlebih baik,” suara Iskandar. Mana taknya, sanggup menunggu dan bertahan selama dua tahun. Kalau perempuan lain, mungkin selepas setahun lebih dah minta putus.

“Abang tahu tu. Hani memang baik sangat. Kadang-kadang abang rasa...abang tak layak untuk bersama dengan perempuan sebaik Hani,” luah Qushairi perlahan.

“Abang akan menyesal kalau abang lepaskan perempuan sebaik kak Hani. Is yakin ramai lagi lelaki dekat luar sana yang nakkan perempuan macam kak Hani tu.” Is mula memancing abangnya. Dia sangat suka kalau kak Hani menjadi kakak iparya kelak. Nak-nak pula, kak Hani tu memang pilihan mamanya. Mesti mamanya tak akan ada bantahan walau sedikit pun.

Qushairi tergelak kecil.

 “Abang tau tu.” Balasnya sekejap. Bila adiknya mengutarakan soal lelaki lain yang munkin mendambakan Hani. Hatinya mula dipalu resah. Sepantas kilat fikirannya mengingati bekas teman lelaki Hani. Khairil namanya kalau tak silap. Hani ada berhubung lagi ke dengan lelaki tu? Dia sendiri tak tau.

“Is kanal tak Khai..” baru dia hendak bertanya soal Khairil dari mesra Holding yang ada menjalankan usahasama dengan syarikat mereka terbantut bila bahunya terasa dicuit dari belakang. Entah kenapa dia dapat merasakan sesuatu pada lelaki itu. Kebetulan pula nama lelaki itu sama dengan bekas teman lelaki Hani. Lelaki itu ke?

“Is..you..jomlah makan. Makanan dah siap.” Suara Hani mula memintas. Qairina pula sedang siap menyusun pinggan dan cawan dimeja makan bulat itu. Iskandar melangkah masuk terlebih dulu mendapatkan Qairina.

You’re so sweet dear.” Ppipi gebu isterinya dicuit. Melihat hidangan diatas meja makan membuatkan perutnya mula berkeroncong.

“Apa yang sweetnya? Qhai terletak lebih sugar ke dalam air tadi?” soal Qairina kerek. Konon tak faham la tu.

“Dapat wife yg terror masak. Memang sweet sangat-sangat! buncit la abang lepas ni...” bodek Iskandar lagi. Dia sudah mengambil tempat diatas kerusi.

"Abang buncit Qhai lari! dah tak tough nanti, tak sedap peluk!"

"Sampai hati..." Iskandar mula mencebik bibir. Tangannya mula dipanjangkan untuk mengambil buah apple yang sudah cantik disusun didalam pinggan untuk pencuci mulut. Belum sempat tangannya menyentuh, sudah dupukul terlebih dulu.

“Senonoh sikit boleh tak sayang. tetamu pun tak makan lagi.” Geram Qairina dibuatnya. Tapi bila melihat Qushairi dan kak Hani yang bergerak beriringan mendekati mereka, senyuman manis di ukir.

“Duduk la abang, kak Hani.” Pelawa Qairina. Kemudian dia pula dududk disebelah Iskandar. bila tengok kak Hani dan Abang Qushairi duduk sebelah menyebelah memang nampak macam sweet couple. Secocok sangat.

“Whoaaa..Qhai masak ni semua ke?” Qushairi teruja. Untunglah kau adikku..

“Tak adalah..Is ada tolong tadi. kak Hani pun tolong masak.” Jawab Qairina ringkas. Kemudian mereka memulakan dengan doa yang dibaca suaminya sebelum mereka menjamah makanan.

"Ambik la sayur tu banyak-banyak Abang Qushairi, Kak Hani yang masak tau." Qairina mula melobi Kak Hani. dilihat mata Kak Hani sudah membulat memandangnya. malu la tu.

"Tak sangka you pandai masak." komen Qushairi sambil enjeling Hani disisi.

"Tak..tak adalah..Qhai yang tolong. I tak pandai masak sebenarnya."

"Serius? macam mana nak jadi isteri I nanti kalau tak pandai masak?" ah sudah. Qushairi sudah menunjuk reaksi positif. senyuman kecil tersunging dibibirnya. Hanya dia saja yang tahu apa maknanya senyuman itu.

Hani Yang seakan tak percaya, terpaku sudah matanya bulatnya kearah Qushairi yang menayang muka selamba sambil menjamah nasi dipinggannya. bila Qushairi mula menoleh kearahnya, cepat-cepat dia berpaling menghadap pinggannya. aku mimpi ke ni? pipinya mua terasa panas. Nak-nak pulak duduk bersebelahan macam ni. tak tertelan rasa nasi masuk ke kerongkongnya.

Iskandar merapatkan mulutnya ketelinga Qairina disisi. "Abang Haziq dah bagi green light tu. nanti abang boleh kautim-kautim dengan mama."

Qairina mengangguk laju bersetuju. 

Dengan suasana yang sungguh ceria dengan cerita-cerita lama yang dibuka satu persatu oleh Qushairi soal adiknya. Sampai naik malu Iskandar dibuatnya, mana  taknya..soal dirinya terkencing dalam seluar dekat sekolah masa darjah empat pun dibuka. Habis semua hikayat lamanya dibuka. Qairina dan Hani pula tak henti-henti ketawa mendengar cerita Qushairi.


p/s: muahahah...assalamualaikum bebeh semua. SKQ hampir sampai ke penghujungnya...ahahah..dalam blog jela. just satu bab je lagi dila akan reveal tuk SKQ ni sblom dila stopkan untuk tumpukan dlm penulisan full manuskrip dia. doa-doa la korg dapt peluk Is n Qhai dlm versi cetak nanti ye...kalau nak tahu mcm mana Zuhair aka duda Hot n si Intan bakal memporak-perandakan Mahligai Is n Qhai....sama-sama la kita nantikan penghujungnya ya *asal statement mcm kejam gilerrr? apa2 pun, sokongan yang diberikan dan komen2 dan kritikan yang sangat membina, sangat membantu dila dalam mematangkan lagi Dila dalam bidang penulisan ni...Secebis Lakaran Cinta pulak yang akan masuk port after SKQ berhenti buat sementara waktu ok...peace no war ^_^

8 comments:

lieda said...

dila...tenkiu..terlepas rindu ngan qhai n is..tp dlm novel nnt jgn buat kejqm sgt k..x sgup hadapi..huhuhu

dila dyna said...

ahahah...x kejam x best la *gelak jahat..agak2 klo buat dorg bercerai cukup kejam x??? tp x sampai mcm 2 rasenye...ke???

Aalia Shahira said...

kak dila...jgn la buat dorang bercerai..jgn wujudkan si intan pon xpe.haha...

p/s:wooo,dekat seribu borong dekat ikea tu?sakannya,haha

dila dyna said...

intan tu sebagai perencah cerita je Alia, kalo x x jadik conflict ehehe...

seribu tu celah gigi je nk bayar ahaha *poket Is kembong ahaha..dila...nipis senipis kulit bawang :P

NurAtiZa said...

Sweetnya Iskandar & Qairina...#^_^

dila dyna said...

sweet ke??? ahahah :P

sweety said...

dila..sehebat mana pun golakan hbgn qai n is nanti...but jgn pisahkan dorg ye...luv sesgt qai/is...cumillll je watak dorg ni..plssssss

Unknown said...

15 n 16 mane...xjmp pun