Tuesday, 21 June 2011

Bisikan Kata Hati1

4 tahun berlalu…..

Kapal terbang yang membawa penumpang dari belanda telah selamat mendarat di KLIA . Laila menolak troli berhati-hati. Setelah 4 tahun berlalu akhirnya kakinya menjejak juga tanah melayu. Terasa rindu yang amat sangat pada umi, abah , bang chik dan…si dia yang telah banyak mencoretkan kisah duka dalam hidupnya. Kini dia kembali setelah 4 tahun menjeruk rasa. Troli ditolak menuju kearah public phone, lantas tangannya laju mendail nombor sahabat sehidup sematinya. Tak ramai yang tahu berita kepulangannya kecuali ahli keluarga dan sahabatnya Liya…

“Helo…Liya, cepat la datang…aku dah tak tahan ni pinggang aku dah rasa macam nak patah dah ni. Aku nampak katil je sekarang ni,” rungut Laila setelah panggilannya disambut. Berjam-jam duduk dalam flight mana tak sakit, kalau dapat kerusi urut ogawa best gak ni…

“Weh sabar la sis. Kau kan tau time-time macam ni KL cam mana…nak jalan macam siput tahu tak,”

“Kalau aku kena saman kau bayarkan. Sanggup?”

Mana aku ada duit…tak boleh jadi, aku kena cari kerja cepat-cepat. Ampun la Liya…aku tengah tanam anggur sekarang ni.

“Ha…ok..ok..kau lambat pun takpe la aku tunggu hehe,”Laila memujuk.

“Tau takut…,”

“Weh…aku tunggu kau kat Ritazza kafe eh. Perut aku dah nyanyi lagu dangdut ni,”

“Ah…elok la tu…kau duduk je kat situ sampai aku datang. Karang tak pasal-pasal aku kena tawaf satu KLIA pulak nanti,”arah Liya. Dah la KLIA tu besar kalau sesat kan haru…

“Ye la mak cik,” ketawa terletus dari bibir Laila. Lantas gagang telefon diletak. Trolinya ditolak menuju ke Ritazza kafe. Laila mengambil tempat yang agak tersorok sambil matanya meliar memerhatikan sekeliling melihat perubahan yang berlaku sepanjang peninggalannya.

Miss…order please,”seorang waiteress menyapa.

One cup of coffe please,” Pinta Laila. Setelah itu dia termenung sehingga la pesanannya sampai.

Thank you,”

Kopinya dihirup…ah!!!nikmat.

Setelah habis minumannya. Perutnya pula tiba-tiba memulas. Aduh!!!!!time ni pula nak buat hal, Marah Laila. Terus dia menuju ke kaunter.

“Dik…ladies kat mana eh?” Tanya Laila dengan muka berkerut menahan sakit.ish!!!malu betul la….

“Akak jalan terus then belok kiri,”

“Tolong tengokkkan beg-beg akak eh…thanks,” terus Laila melangkah laju menuju ke toilet. Dah tak tahan sangat ni, benda I mana boleh tunggu-tunggu. karang terburai kat sini muka cantik ni juga yang malu…sempat lagi perasan sakit-sakit macam ni.

****

Tiba-tiba terasa tubuhnya terdorong ke belakang dan jatuh la dia macam nangka wangi.

“Adoi!!!sakitnya punggung aku,”Laila bersuara rendah sambil mengusap belakang pinggangnya yang terasa sengal. Matanya masih belum menyapa wajah pemuda yang melanggarnya. Tu la speed punya tak ingat dunia, kan dah berlaku kemalangan tengah-tengah orang ramai ni. Buat malu aku je, yang mamat ni pun badan keras cam besi, penyek hidung aku….rungut Laila.Matanya menyapu wajah pemuda yang melanggarnya tadi.

Zappp….terasa jangtungnya seakan-akan berhenti berdegup. Paru-parunya seakan kekurangan udara. Terasa macam masa telah berhenti…Pantas dia bangun dari lantai.

Sorry,”hanya satu perkataan yang terucap dari seulas bibir merahnya. Terus kakinya laju melangkah meninggalkan pemuda yang juga kelihatan kaku sepertinya.

Setelah tiba di hadapn toilet baru terasa paru-parunya terisi dengan oksigen. Kenapa perlu dia ada di sini?? Tubir matanya terasa panas.Tak susah nak mengecam wajah itu kerana tak banyak yang berubah. Dengan lengan kemeja yang disising sampai ke lengan menambahkan lagi kekacakan yang dimiliki pemuda itu…Aiman…

Setelah itu Laila menuju ke surau. Dia memerlukan ketenangan kala ini. Dah nak masuk waktu maghrib, baik aku solat dulu. Detik Laila.

*****

Aiman tersentak apabila terasa bahunya dipeluk dari arah belakang.

“Weh!!!bro. kau kenapa? Macam baru lepas nampak hantu je aku tengok,” tanya Haris bila terlihat muka Aiman yang sedikit pucat.

She’s back,”

Who?” soal Haris pelik.

Hari ini Aiman datang menjemput sahabatnya Haris yang pulag dari US atas urusan pejabat. Seharusnya dia turut serta bersama Haris tetapi last minutes papanya suruh dia menguruskan projek pembinaan resort di Pulau Pinang. Dan tadi….dengan tak sengaja dia berlanggar dengan gadis itu.

“Laila,” jawab Aiman ringkas.

“Oo…Laila,” nama macam pernah berdaftar dalam otak aku. Detik Haris. Kemudian baru otaknya dapat menagkap maksud sahabatnya itu.

“Laila!!!???you mean…Laila Marlisa?” Tanya Haris dengan nada yang cukup terkejut. Masakan tidak dia mengenal gadis itu. Dia cukup arif tentang apa yang berlaku antara Aiman Syakiri dan Laila Marlisa.
“That mean, dia dah habis belajar?”pertanyaan Haris hanya dijawab dengan jungkitan bahu oleh Aiman menandakan yang dia tak tahu.

So???macam mana?”

“Entah…malas la aku nak fikir, eh!!!jom la kita singgah masjid dulu maghrib dah masuk ni. Lepas tu kita lepak tempat biasa.

Malas nak ambil pusing pasal gadis itu. Tapi memang semenjak kebelakangan ni dia selalu teringat tentang gadis itu.

*****
Laila duduk di kerusi berdekatan pintu masuk…mana Liya ni pun, lambat sangat. Rungut Laila.
Tiba-tiba terasa bahunya dipeluk dari belakang. Tanpa perlu melihat wajah gerangan yang memeluknya dia dah tahu yang itu Liya.

“Sayanggg……sorry aku lambat,”namun Laila tidah memberi reaksi. Konon merajuk la….

Sorry la…malam ni aku belanja kau makan eh??jangan la merajuk. Dah la aku ridu gilerrr…kat kau,”pujuk Liya lagi.

Pelukan dilepaskan dan Laila berdiri menghadap Liya yang tersengaih macam kerang busuk. Kemudian terus tubuh Liya dipeluk erat.

“Weh…kalau ye pun kau rindukan aku jangan la peluk kuat-kuat sangat. Putus nafas aku,” rungut Liya.
“Kau kata kau rindu giler kat aku kan,”

“Meh sini aku naK tengok muka kau, cantik lagi ke?” Liya menjarakkan tubuh mereka dan memerhatikan wajah cantik Laila.

“Emmm…cantik lagi,”

“Thank you,” sambil membuat gaya seperti ceritaa Fairytale semasa tuan puteri nak menari dengan putera raja.

“Eh!!!dah la.. jom,”terus troli Laila ditolak Liya.

6 comments:

OkiE a.k.a WitcH said...

bab pertama...menarik!

s.z.i said...

bab 1 sy bru baca ni,,best best best,,xsabar nk bca bab seterusnya,, :)

Sha Dhira said...

saya suka,,^^

Anonymous said...

best looo...
gud job...

nadyra vaganza said...

menariknye criter ny :)

qminz said...

pndinye buat ayat bunga2. jeles habis i tau....huhu