Liya memberhentikan keretanya di hadapan Restoran Perantau yang terletak di bangsar. Laila dan Liya mengambil meja yang berdekatan dengan air pancut kerana pemandangannya yang begitu menenangkan.
“Ha… kena kan nama restoran ni dengan kau perantau,yang lainnya cuma kau tu bekas perantau,”Liya ketawa senang hati.
“Weh! kau bawak aku restoran mahal-mahal ni kenapa?aku mane ada duit kau lain la dah kerja duit berkepuk-kepuk,” hatinya dah gusar,macam mana aku nak bayar tak kan nk cuci pinggan pulak nanti?jatuh la air muka aku yang cantik da boom ni.
“Rilek la Laila,kali ni aku belanja, nanti kau dah kerja kau punya turn la pulak,masa tu kau jangan merungut pulak aku makan banyak,”terkekeh-kekeh Liya gelakkan aku,kurang asam jawa betul la kawan aku sorang ni. Fuh…selamat kocek aku.kelihatan pelayan melangkah kearah kami. Ha!time ni la aku nak melantak.
“Nasi goreng kampung,sup ekor kasi pedas-pedas dengan jus tembikai,”laila membuat pesanan. Dah lama ni tak makan makanan melayu. Kalau kat sana mane dapat ni semua kecuali masa hari raya,dapat la dia menghilangkan kempunan nak makan makanan Malaysia sebab biasanya masa hari raya la kedutaan Malaysia kat sana buat open house.
“Aik! datang restoran cantik-cantik macam ni nasi goreng kampung je kau pesan?pesan la stik ke apa ke?”perli Liya.
“Amboi! peril nampak?aku bukan apa, kempunan nak makan makanan melayu,”
“Tu la kau sape suruh lama-lama sangat merajuk kan dah kempunan,”
“Bila masa pulak aku merajuk?aku sambung study ok,”suka-suki je cakap aku merajuk. Wajah yang tadinya ceria bertukar mendung.
“Dah,kenapa pulak ni?”Tanya Liya,risau dia tengok Laila yang tadinya ceria semacam tiba-tiba je masuk mood sedih pulak dah.
“Tadi masa kat KLIA aku terjumpa dengan Aiman. Dia terlanggar aku,”luah Laila. Diperhatikan muka Liya yang nampak curious sangat sampai kening pun dah terangkat. Ditarik nafas dalam-dalam untuk mengisi oksigen yang secukupnya dalam paru-paru.
“Ok,may be aku yang langgar dia sebab perut aku tengah memulas masa tu so aku speed cam tak ingat dunia,”jawab Laila selamba. Terletus ketawa daripada mulut Liya.Agak-gak la kalau nak ketawa pun jangan la kuat-kuat. Muka laila yang putih dah naik pink menahan geram.
“So kau ok tak?”tanya Liya sambil menahan sisa ketawanya.
“Kau nampak aku ok ke K.O?”Liya juga mengetahui tentang masalah antara Aiman dan Laila sama seperti Haris.
“How would I know if you don’t tell me?”melihat wajah Laila yang mendung semacam yang cuma menanti masa je nak hujan,dia menjadi kasihan. Hanya keluhan yang terluah dari bibir Liya.
“Macam ni la, dah terlanjur kau balik Malaysia ni aku sarankan kau jumpa dengan Aiman, korang duduk satu tempat bincang, macam mana hala tuju hubungan korang ni,”cadang Liya. Tangan Laila diatas meja digenggam Liya, cuba untuk mengalirkan kekuatan pada Laila. Betul juga apa yang Liya cakap tu ,kalau dua-dua nak bersikap lepas tangan sampai bila pun kekusutan hubungan ni tak akan selesai. Tapi masalahnya aku tak sedia lagi nak berdepan dengan mamat tu.
“Dah la tak nak la cite pasal benda ni lagi, aku tak suka tau tengok kau sedih-sedih macam ni,senyum ok!”cukup la 4 tahun dulu dia menjadi saksi betapa deritanya Laila hingga dia buat keputusan untuk meninggalkan Malaysia.
“Esok aku minta cuti ,kita keluar shopping nak?”cadang Liya.
Ok jugak tu,aku pun dah lama tak ronda-ronda KL nak jugak tengok apa perubahan yang berlaku sepanjang peninggalannya.
“Ok,”jawab Laila dengan mata yang bersinar-sinar.
“Kalau bab shopping, laju je kau eh,”tercetus gelak tawa mereka berdua.
*****
Jejak sahaja kaki Laila ke rumah Semi-D 2 tingkat itu, terasa segala penatnya hilang dicampur dengan rasa hati yang tak sabar-sabar untuk memeluk umi dan abahnya dan tak lupa juga adik lelaki merangkap bodyguardnya sejak dulu lagi. Tetapi disebalik kegembiraan itu terselit juga kesedihan yang tak tertanggung rasanya kerana tak dapat lagi mendengar gelak tawa kakak kesayangannya Laili nurlisa yang telah pergi menghadap ilahi akibat kemalangan 4 tahun lepas.kerana kejadian itu juga dia bertindak membawa diri ke luar negara dek rasa bersalah yang menghantuinya.
“Umi abah, kak ngah dah sampai,” teriak Lukman Hakimi adik lakinya serta satu-satunya hero yang dipunyai oleh Encik Mokhtar dan Puan Solehah.
“Umi!,”Laila terus hilang dalam dakapan umi tercinta, menitis air matanya.
“Alhamdulillah, anak umi balik juga akhirnya,”ujar uminya sambil turut serta mengalirkan air mata. Dicium kedua belah pipi gebu anaknya itu.
“Abah, angah dah balik,”Laila menyalam tangan abahnya lantas tubuh abahnya dipeluk erat.
“Bagus la angah,”balas encik Mokhtar sambil mengusap kepala anak gadisnya.
“Bang chik!, you know how much I miss you,”adik lelakinya pun tak terlepas dari menjadi mangsa pelukannya.
“Dah jom masuk, dah lewat malam ni kak ngah pon mesti penat tu,”usul Encik Mokhtar.
******
Kereta Mazda CX-9 memasuki kawasan banglo dua tingkat yang tersergam indah yang dinamakan Villa Orkid kerana mamanya gemar menanam orkid. Kereta Volvo kepunyaan papanya dah tersadai di garaj rumah. Aiman keluar keretanya sambil membimbit satu plastik beg yang berisi buku. Kelihatan Datin Rashidah sedang mengambil angin malam di taman atau mungkin juga menunggu Aiman pulang . Aiman berjalan
mendekati mamanya.
“Assalamualaikum mama,” kata Aiman,kemudian pipi mamanya dicium.
“Hai, lambat balik Man,”Tanya Datin Rasyidah. Aiman hanya menggaru kepalanya yang tak gatal. Dah tau salah la tu balik lambat.
“Papa dah tidur ke mama?”takut juga dia kalau papanya tau dia pulang lambat. Tau pulak takut.
“Dah.. penat katanya, ni kenapa balik lambat sangat ni?”
“Mama lupa ke?kan hari ni Man jemput Haris kat KLIA hari ni,lepas tu lepak kedai mamak jap tu yang ‘lambat’ tu,”terang lagi bersuluh dia balik lambat,jarum jam dah menginjak ke angka 1 dah.
“Man naik dulu eh mama, nak mandi good night mama,” pantas kakinya dihayun ke biliknya yang terletak di tingkat dua banglo tersebut. Briefcase dicampak ke atas sofa , pantas tangannya menyambar tuala di penyidai dan masuk ke bilik air.
Lega rasanya setelah membersihkan diri. Aiman hanya memakai seluar bermuda dan membiarkan dada bidangnya menjadi santapan angin malam ,saat ini dia perlukan ketenangan. Badannya dibaringkan di atas katil king sizenya sambil tangan kanannya diletak di atas dahi.
“She’s back,”ujarnya ringkas bersama keluhan. Peristiwa 4 tahun lepas berulang tayang bagaikan pita rakaman. Segalanya masih kemas terakam dalam mindanya,wajah Laili nurlisa dan Laila marlisa, kedua-dua sama cantik yang bezanya Laila ada lesung pipit di sebelah kanan pipinya manakala Laili tak ada. Wajah yang terlalu banyak persamaan,masakan tidak kerana mereka adik beradik. Peristiwa yang membawa kepada ikatan perkahwinan antara dia dan Laila juga turut berulang tayang . Aiman sedar Laila masih sah sebagai isterinya walaupun telah 4 tahun berlalu kerana Laila tidak pernah menuntut fasakh . Sungguh dia benci dengan ikatan yang terbina antara dia dan Laila. Akhirnya dia terlena dek badan yang keletihann dan fikiran yang tak henti-henti menyeksanya.
4 comments:
hehe............................................................................................................
wah...cerita ni dah mula buat saya adrenaline rush haha..
sya suka,,hehe
sya suka,,hehe
Post a Comment