Monday, 30 July 2012

Bisikan Kata hati- 5

“Weh! Tu bukan isteri kau ke?” kata Haris sambil mencuit lengan Aiman. Lehernya dipanjang-panjangkan menjengah ke dalam kedai kasut yang dimasuki Laila bersama seorang lagi gadis tadi.

kata-kata Haris menyentap lamunan Aiman. Kepalanya ditoleh kearah yang ditunjukkan Haris. Saat itu juga matanya bersabung pandang dengan sepasang mata cantik milik Laila. Terkedu kedua-duanya, hati berdetak tak keruan. Tetapi beberapa saat cuma, kerana Aiman terlebih dahulu melarikan pandangan matanya kearah deretan kedai ditepi.

Apasal boleh jumpa dengan perempuan itu pula. Dalam banyak-banyak shopping complex kenapa dekat sini juga dia nak pilih. Gerutu Aiman dalam hati. Sungguh dia memang tidak menyenangi kehadiran semula gadis itu dalam hidupnya

“Dahlah, jom balik. Waktu lunch pun dah nak habis ni.” Aiman menggamit. Tidak sanggup berlama-lama disitu, membayangkan dirinya berada dialam satu shopping complex dengan Laila saja sudah mengundang rasa tidak selesa dalam dirinya. Apatah lagi satu bilik kelak.

“Sekejaplah, aku nak juga bersapa dengan isteri kau. Dah empat tahun tak jumpa dia, makin cantik pula aku tengok.” Haris berseloroh. Padahal Haris sengaja hendak menguji  reaksi Aiman

“Tak payah. Yang kau nak menegur-negur isteri aku tu kenapa?” Soal Aiman dengan nada keras.

Dia pun tidak menegur lagi, ni Haris pula nak sibuk-sibuk menegur. Hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap.

“Aik! Tak akan jealous kot bro?” Tanya Haris. Tapi melihat pada muka Aiman yang dah nak berubah jadi incredible hulk itu, terus ditekup mulutnya.

Opss..nampaknya dia sudah tersilap kata.
*******

Hatinya berdebar-debar tidak keruan apabila matanya bertembung dengan sepasang mata tajam milik Aiman sebentar tadi. Terasa melayang jiwanya. Laila yang tadinya terpaku tiba-tiba tersedar apabila tangannya terasa disiku oleh Liya.

“Ermm..kau cakap apa tadi?” Serba salah Laila bertanya. Kehadiran Aiman dikawasan berdekatan telah menyentap konsentrasinya terhadap Liya tadi. Matanya bagaikan tertarik untuk melihat kearah lelaki itu yang pernah mendapat tempat dihatinya dulu.
            Itulah, duk tenung anak teruna orang kenapa?

Liya yang memandangnya sudah mengancing gigi tak puas hati.“Aku tanya antara yang ni dengan yang ni, mana lagi cantik?”

Lantas dua pasang kasut melayang dihadapan mata Laila. dia tengok sama saja fashionnya, lain warna saja. Hatinya berdetik sekejap.

“Kau nampak apa tadi, yang buat kau mengelamun macam ni? nampak mana-mana mamat ganteng ke?” Sudah terkeluar perkataan Indonesia dari celah mulut Liya. Itulah bahananya kalau terlalu asyik menonton sinetron. Matanya kemudian dihalakan kearah tempat yang dilihat Laila tadi. Matanya mula menangkap dua susuk tubuh lelaki yang berada dalam restoran Nando’s berdekatan mereka.

Matanya dikecilkan. Macam kenal…

“Tak ada apa-apalah...”

Pantas tangan Liya ditarik untuk meninggalkan kedai itu. Nanti banyak mulut pula mak cik seorang ni. Bukan boleh percaya sangat. kalau dulu semasa mereka masih menuntut di UKM, Liya itulah yang menjadi radio penyampai gossip dikolej. Ada saja cerita baru yang dibawanya setiap hari. Si A dah couple dengan si B la, Si C dah break up dengan si D. Macam-macam, sampai cerita lecturer pun boleh buat gosip.

“ Eh! kejap-kejap, aku macam kenal aje mamat dalam restoran tu. Tu bukan suami kau ke?” Potong Liya sambil jari telunjuknya mengarah pada lelaki yang dimaksudkannya tadi. Serkap jarang Liya mengena nampaknya. 

Betullah tu, rasanya dia belum rabun lagi. Seorang tu Aiman and sorang lagi kalau tak silap sepupu mamat tu, Haris kalau tak silap.

“Kau tak nak pergi, aku pergi seorang ajelah.” Ujar Laila, pantas kakinya terus membuka langkah laju meninggalkan kedai kasut tersebut.

“Eh! Tunggulah aku!” Liya melaung macam tarzan ditengah-tengah shopping complex sambil berlari mendekati Laila yang sudah jauh ke depan. Langkah besar dibukanya menyaingi langkah Laila yang nampak laju macam hendak bermarathon.

Patutlah dia tengok pucat semacam saja muka Laila tadi.  Terrrrr…jumpa cik abang rupanya. Bisik Liya dalam hati.

“Laila..dahlah tu. Janganlah laju sangat, aku dah semput ni. Haus.” Liya merungut dengan nafas yang ternyata mengah, terus punggungnya didudukkan ke kerusi restoran berhampiran. Penat hendak mengejar Laila yang laju jalannya mengalahkan macam hendak berlumba lari pula.

“Itulah kau, jalan laju sikit dah penat. Ni mesti sepanjang aku tak ada kat Malaysia kau tak pernah pergi exercise kan?” Laila menuduh sambil mengambil tempat di kerusi di hadapan Liya. Nafas dia pun kedengaran agak mengah. Dia pun sudah agak lama tidak melakukan senaman. Stamina pun sudah menurun.

“Hehe…cam tahu-tahu aje kau kan. Adalah juga, tapi jarang. Tak ada mood sebab kau tak ada.” Memang betul pun, semenjak Laila berangkat ke luar negara, sudah jarang dia keluar exercise atau bershopping. Yelah kawan satu kepala sudah tak ada, tak bestlah.

“Ni lagi satu, sampai bila kau nak mengelak dari hubby kau ni?” Soalan cepumas keluar dari mulut Liya.

Tersentak Laila dibuatnya. Suka hati saja panggil hubby.

“Dah, kau jangan nak buat muka blur kau tu dekat aku. So, apa perancangan kau.” Liya menyoal lagi, sama seperti Haris bertanya kepada Aiman tentang perancangan hubungan mereka berdua yang tergantung diawang-awangan ini.

“Umi aku kata dua minggu lepas surat tawaran temuduga dah sampai rumah. May be rabu ni aku pergi temu duga.” Laila menjawab selamba dengan matanya yang galak bersinar. Tidak mengerti apa maksud kepada soalan yang diutarakan Liya tadi.

Liya menepuk dahinya. Memang ratu blur betullah kawan dia seorang ni. Tanya benda lain, dia jawab lain.

“Astaghafirullahalazim…aku bukan tanya pasal temu dugalah cik kak, aku tak risau pun pasal kerja kau, sebab aku tahu mesti banyak company yang nakkan khidmat kau, graduan luar negara. Aku tanya pasal kau dengan Aiman, macam mana?” Liya menerangkan maksud sebenar soalannya tadi.

Ooo..pasal dia dengan Aiman ke. Lain kali soalan tu biar kasi jelas sikit.

“Entahlah, tapi pagi tadi umi aku kata yang bapa mertua aku ajak aku kerja dengan dia,” jawab Laila sambil menaikkan bahunya tanda tidak tahu. Kalau boleh sebenarnya dia hendak mengelak dari bertemu suaminya buat sementara waktu ini. Hatinya masih tidak cukup tenteram lagi.

“Emm…baguslah tu, tak payah susah-susah kau pergi temu duga. And lagi satu kau boleh selalu jumpa dengan hubby kau. Manalah tahu hubungan kau orang boleh baik pulak lepas kau kerja dekat situ.” Liya menyokong cadangan bapa mertua Laila itu.

“Tak ada maknanya Liya. Tengok muka aku pun dia dah lari sebatu agaknya.”

“Kau ni pesimislah Laila. Think positive ok.”

“Tengoklah macam mana. Aku tak boleh kasi kata putus lagi buat masa sekarang.” Laila ragu-ragu untuk memberi jawapan. Dia perlu memikirkan semasak-masaknya perkara itu sebelum mengambil apa-apa keputusan.

“Aku sentiasa doakan kau akan dapat kebahagiaan kau lepas ni. ok.”

Bukan dia tidak tahu kalau Laila sebenarnya masih mencintai Aiman. sejak zaman mereka menuntut di UKM lagi Laila pernah memberitahunya yang dia tertangkap cintan dengan Aiman yang pada masa itu sedang hangat bercinta dengan kakaknya Laili. Ini kira kes jatuh cinta dengan bakal abang ipar sendirilah.

“Layak ke aku dapat kebahagiaan Liya.” Laila mula bertanya sayu, perlahan-lahan air matanya menitis keluar.

 “Layak! Sangat layak.” Liya memberikan kata-kata semangat. Dia tahu Laila masih menyalahkan dirinya atas pemergian kakak kesayangannya dulu.

Laila hanya diam menekur meja yang kosong.

“Apasal ni? mana kekuatan yang kau bina dekat Belanda tu. Be strong my friends.” Tambah Liya lagi.

“Dah roboh kena langgar lori balak.” Laila cuba menceriakan dirinya sendiri. Tidak mahu terus melayan perasaannya yang gundah gulana. Tidak akan ke mana pun perasaannya itu.

“Kau saman ajelah pemandu lori tu. Tuntut insurans, lepas tu kau binalah balik dinding tu.”  Liya  pula berseloroh.

Seminit kemudian terkeluar gelak tawa dari mulut masing-masing. Pandai sungguh Liya mengembalikan keceriaan pada wajah Laila. Memang sudah menjadi tugasya semenjak dulu lagi. Menjadi penghibur Laila setiap kali duka datang menguji. Hubungan mereka ibarat isi dan kuku, tidak boleh dipisahkan.
*****
Aiman pulang dari pejabat tepat pukul 5.30 petang. Keretanya terus dipecut membelah jalan raya pulang ke rumah. Mamanya dah bagi warning awal-awal. Hari ni keluar sahaja dari pejabat, terus pulang ke rumah. Tidak boleh melencong ke kedai mamak ke, supermarket ke. Sebab satu-satunya adik perempua yang dia miliki, Anis sofea sudah habis menuntut pelajaran di UK dan akan pulang hari ini.

Adiknya itu berusia 24 tahun, dua tahun lebih muda dari Laila manakala dia pula sudah menginjak ke usia 29 tahun. Kalaulah dia tidak mensia-siakan perkahwinannya, pasti sekarang dia sudah mempunyai seorang dua orang anak. Tapi buat apa nak berangankan benda yang mustahil macam Itu.

“Abang!” Jerit Fea sebaik saja kelibat abangnya turun dari kereta. Terus dia menerpa kearah abangnya itu.

Aiman dipeluk sebaik saja kakinya melangkah ke dalam rumah. Adiknya memang manja dengannya. Maklumlah, mereka dua beradik sahaja. Dulu pun, Laili selalu merungut kerana cemburu melihat adiknya yang terlebih manja dengannya.

“Sudahlah tu, kalau ya pun rindu janganlah depan-depan pintu ni nak berpeluk” Dato’ Razali menegur dari belakang yang baru saja pulang.

“Alaa…papa jealouslah tu.” Kata Fea, lantas tubuh papanya dipeluk pula, dicium kedua belah pipi papanya. Berada jauh dari keluarga benar-benar menerbitkan perasaan rindu dalam hatinya. Tapi nasib baik sekarang ni zaman cyber, ada facebook, ada skype. Kalau orang dulu-dulu berhubung guna surat saja tau.

“Dah tua-tua macam ni pun nak bermanja lagi dengan papa ke?” Aiman pula menegur dengan bibirnya yang dicebikkan kearah adiknya yang masih memeluk erat papa.

“Biarlah. Aang jealous Fea tak cium abang kan. Itulah, kalau kak Laila ada mesti abang tak jealous sebab kak Laila boleh cium abang.” Fea berkata selamba badak dengan muka tidak bersalahnya. Fea hanya tergelak melihat riaksi abangnya yang ternyata terkejut dan malu. Kalau tidak, tak adalah muka abangnya yang putih tu tiba-tiba saja berubah jadi pink.

“Dahlah tu…kau orang berdua ni kalau tak mengusik tak boleh ke? Jom masuk, papa dah lapar ni. Mama masak apa?” Tanya Dato’razali

“Mama masak mee hoon goreng dengan kuih tepung pelita favourite Fea hehe…” Balas Fea manja. Maklumlah anak bongsu, sudah terbiasa dimanjakan sebegitu rupa.

“Ha..ni yang tak suka dengan mama ni. kalau pasal Fea aje semua dapat, kalau Aiman mintak confirm tak dapat.” Aiman merungut pula dengan muka cemberut. Tidak lama selepas itu telinganya terasa sakit dipiat.

“Oo..yang minggu lepas mama buat kuih keria tu apa?” Soal Datin Rasyidah kegeraman. Pandai anaknya itu mengata dia dibelakang ya. Bila telinga anak lelakinya itu dilepaskan, kelihatan berbekas merah cuping telinga Aiman.

“Mama ni. sakitlah!”Aiman mengadu sakit. Digosok-gosok telinganya yang naik merah akibat penangan mamanya tadi. Kejam sungguh…

“Dah..dah..jom masuk, kalau nak bergurau pun masuk dulu dalam rumah. Kalau jiran-jiran nampak kan malu.” Dato’ Razali pula memotong. Faham benar dengan perangai anak beranak itu, suka mengusik satu sama lain. Yang isterinya pun satu, kadang-kadang terlebih kebudak-budakan. Tapi itulah yang membuatkan dirinya bertambah sayang pada isterinya. Perkahwinan yang pada mulanya diatur keluarga akhirnya membuahkan kebahagiaan yang tidak terhingga. Alhamdulillah.
*****
Selepas makan malam, Dato’ Razali memanggil semua ahli keluarganya berkumpul di ruang tamu villa tersebut termasuklah Mak Mah, pembantu rumah mereka yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Aiman sudah tahu apa yang bakal dibincangkan kalau bukan pasal dia dan Laila. Malas betul hendak dengar, hendak membantah, gerun pula. Akhirnya dia mengambil juga tempat diatas sofa. Fea pula duduk disisi mamanya.

“Papa nak buat announcement memandangkan Laila dah balik ke Malaysia sekarang.” Dato’ Razali bermukadimah terlebih dahulu.

“Keputusan papa dah bulat. Papa akan ambil Laila bekerja dengan kita di syarikat” Ujar Dato’Razali memecah kesunyian di banglo dua tingkat itu. Wajahnya dibuat serius menandakan dia tidak bermain-main dengan berita yang disampaikan itu.

“Mama sokong sangat keputusan papa tu.” Datin Rasyidah mula menyatakan sokongannya. Dia dan suaminya sudah awal-awal lagi berpakat bersama. Tidak akan dipedulikan sebarang bantahan yang keluar dari mulut anak lelakinya nanti. Mereka sudah nekad dengan keputusan yang dibuat.

“Fea pun.” Fea turut menyokong dengan muka tidak bersalah.

Hai… nampaknya semua orang dah buat pakatan Axis ni ,getus Aiman dalam hati. Sampai adiknya Fea yang baru balik ni pun boleh tahu dengan perancangan ni. Air liurnya ditelan payah.

“Lagi satu, macam papa kata di pejabat tadi. Papa nak Laila balik semula ke rumah ni tinggal dengan kita.” Dato’ Razali mengulangi semula hasratnya supaya menantunya itu dapat tinggal dengan mereka semula.

“Mama pun dah telefon umi Laila pagi tadi. Dia dah setuju nak bincang perkara ni dengan Laila malam ni.” Tegas Datin Rasyidah pula.

Ini tidak boleh jadi, dahlah nak bawa perempuan tu kerja di syarikat. Lepas tu hendak bawa tinggal kat sini pula.

“Tapi mama, kalau dia tak nak macam mana? Tak kan mama nak heret pula dia tinggal sini.” Seboleh-bolehnya Aiman nak membantah cadangan yang ini kerana hatinya tidak akan tenteram sekiranya Laila berada terlalu dekat dengannya. Mengingati gadis itu saja boleh mengundang kegelisahan dalam jiwanya. Inikan pula hendak berdepan dengan gadis itu.

“Pandailah mama nak pujuk nanti, lagi pun mak mertua Aiman dah beritahu mama yang dia akan pastikan Laila setuju dengan idea ni.”

Nafas panjang dilepaskan kejap. Nampaknya mama pun sudah berpakat dengan mak mertuanya. Kalau macam inilah gayanya, lambat atau cepat Laila tetap akan datang tinggal dengan mereka.

“Kalau Laila datang tinggal dekat sini dia nak duduk bilik mana? Tak kan dengan Fea pula?” Tanya Aiman bodoh.

“Hei! soalan apa Aiman tanya ni? mestilah bilik kamu, dah bini kamu.”

Terkena Aiman sebijik. Betul juga, apa punya bodohlah soalannya. Sebilik dengan perempuan tu? gerun pula bila memikirkannya. Terbalik sudah, sepatutnya Laila yang risau. Ini tiak, dia pula yang terlebih risau.
“Entah abang ni. Agak-agak la kalau nervous pun, ada ke nak suruh kak Laila tidur dengan Fea.” Fea memerli abangnya yang nampak kalut dengan cadangan yang diutarakan papa tadi. Dapat dikesan riak muka abangnya yang berubah tadi. Takut binilah tu.

Aiman menjeling adiknya tajam memberi amaran dalam diam. Dia sudah kehilangan kata-kata untuk membidas cadangan itu.

“Kalau papa dah cakap macam tu, Aiman dah tak boleh nak kata apalah. Aiman naik dulu, esok nak kerja.” Katanya mendatar berbaur pasrah. Keputusan mama dan papa nampaknya sudah jitu hendak mengambil balik menantu kesayangan mereka. Apa lagi yang boleh dia katakana. Berdiam diri sajalah. Membilang hari menunggu roommate baru masuk biliknya.

Terus Aiman bangkit dari sofa dan melangkah menuju ke biliknya di tingkat atas dengan muka yang nampak sangat tidak puas hati.

“Apalah nak jadi dengan anak kita tu bang, dengan isteri sendiri pun dia buat tak kisah aje.” Datin Rasyidah merungut sedih. Dia bimbang dengan masa depan budak berdua itu yang masih nampak gelap.

“Kita doakan sajalah, moga-moga lepas ni dia orang akan berbaik.” Dato’ Razali memberi saranan sambil menggosok-gosok bahu isterinya unuk menenangkannya.

“Entah, abang tu pelik betul. Yeay!! lepas ni mesti best kalau kak Laila duduk sini. Ada teman nak borak, shopping semua hehe….” Fea menyokong ceria

Fea sudah membayangkan betapa seronoknya kalau kakak iparnya duduk dengan mereka kerana sejak dulu lagi dia teringin punya kakak. Dia memang sudah lama berkenan dengan kakak iparnya yang cantik itu. Abangnya saja yang bodoh tidak tahu menilai.

“Fea…jangan asyik nak enjoy aje. Company perlukan khidmat Fea.” Dato’ Razali mula menasihati anak perempuannya itu.

“Baik bos..tapi bagi Fea free dalam seminggu aje lagi. Fea baru aje balik, nak jalan pun tak puas lagi.” Fea mula menggunakan kehandalannnya dalam bab pujuk memujuknya. Ditayang muka kesiannya di hadapan papanya berharap papanya memberi dia kebebasan dalam seminggu saja lagi sebelum dia memulakan tugasnya dipejabat.

“Ok..tapi seminggu aje. Papa pegang janji Fea.”

“Ok. Ni yang membuatkan sayang Fea pada papa bertambah lagi ni.” Lengan papanya dipeluk erat sambil senyuman yang tidak lekang dari bibir yang setia menemaninya.

“Papa aje, mama ni?” Datin Rasyidah bersuara jauh hati.

“Alalala…merajuklah pulak. Mestilah sayang mama sekali, abang tu aje yang tak reti nak sayang isteri.” Fea mengutuk.

Lantas lengan mamanya juga dipeluk erat. Sempat lagi dia memerli abangnya.

0 comments: