Monday, 30 July 2012

Bisikan Kata Hati- 8

Bagasi-bagasi pakaiannya sudah diletak di luar rumah. Umi kata, Pak Karim yang ambilnya nanti, lega sikit hatinya. Kalau suaminya yang ambil, mahu putus nafasnya. Kira-kira 15 minit menunggu, akhirnya kelibat Mazda CX-9 mula kelihatan menghampiri rumahnya.

“Umi….Pak Karim dah sampai.” Laila melaung kuat, dilihat uminya mula keluar dari bahagian dapur.

“Assalamualaikum Pak ka……” Pucat terus wajahnya apabila lelaki yang keluar dari kereta itu ternyata bukan Pak Karim seperti yang disangka-sangkakan, tapi suaminya. Senyuman yang tadinya mekar menghiasi wajahnya tiba-tiba mati dengan kehadiran suami. Terus kelu lidahnya untuk menutur kata.

“Kak ngah, salamlah suami tu. Tunggu apa lagi?” Puan Solehah mencelah, Laila membulatkan matanya memandang uminya geram, uminya pula hanya tersengih macam tapai basi. Umi tipuuuu….kemudian matanya dialih pula kearah suaminya yang tidak beriak langsung. Tidak ada perasaan ke lelaki ni?

Gulp..

“Ab…abang.” Teragak-agak Laila memanggil sambil menghulurkan tangannya. Nasib baik tangannya disambut, kalau tidak.. memang haru jadinya. Mata mereka mula bersabung, cepat-cepat Laila mengalihkan matanya memandang lantai. Dadanya terasa berdebar-debar tidak keruan.

Bukan sahaja Laila yang merasa pelik. Aiman juga turut merasakan hal yang sama. Tempoh masa yang cukup lama memisahkan mereka, tanpa sedar menghadirkan satu perasaan halus dalam dirinya.

Ish! kalutlah… lidahnya dah keras nak menyebut perkataan ‘abang’. Laila masih ingat lagi apa yang Aiman kata dulu. Katanya dia bukan adiknya pun, jadi tidak payah nak berabang-abang. Kata-kata itu sampai kini masih melekat kuat dalam kepalanya, membuatkan dia sedar dengan kedudukannya dalam hati lelaki itu.

“Masuk dulu Aiman?” Pelawa Puan solehah. Sudah agak lama dia tidak bertemu dan berbual dengan menantu lelakinya itu. Kali terakhir mereka berjumpa pun sewaktu hari raya tahun lepas.

“Eh! tak apalah umi, Aiman nak pergi terus pejabat lepas ni. Banyak kerja.” Aiman menolak pelawaan ibu mertuanya itu. Bagasi Laila yang terletak di tepi pintu dicapai dan diisi di bahagian bonet kereta laju.

“Kak ngah pergi dulu umi, kirim salam dekat abah dengan Bang chik ye umi.” Ujar Laila pada uminya sambil memeluk erat uminya. Baru sebentar dia duduk dengan uminya sudah mahu pergi. Belum puas pun hendak bermanja. Hendak bermanja dengan cik abang yang tengah isi beg dalam bonet tu, tunggu kiamat pun tidak akan boleh dia nak bermanja. Ditempelaknya lagi adalah.

I’m gonna miss you….” Laila menutur sayu. Berkaca-kaca sudah matanya.

Aiman hanya memandang perlakuan Laila dan ibu mertuanya dari belakang tanpa perasaan.
           
“Jangan bergaduh dengan Aiman. ingat pesan umi.” Sempat lagi Puan Solehah berpesan sebelum melepaskan tubuh anaknya.
         
   Laila mula mencebik kecil mendengar nasihat uminya. Macam tidak ada benda lain yang nak dipesan uminya. Jaga kesihatan ke, jaga perlakuan ke. Ini tidak. Jadi terpaksalah juga dia tersengih walaupun sebenarnya kejang otot mukanya hendak tersenyum. Sempat lagi uminya memicit hidungnya kejap.

“Jaga Laila elok-elok ye Aiman.” pesan umi pada Aiman

“Insyallah umi.” Balas Aiman walaupun sebenarnya dia tidak ikhlas pun menuturkannya. Dia kemudian menyalam tangan ibu mertuanya. Kemudian membuka pintu di belah penumpang yang bersebelahan dengan tempat duduk pemandu dan mengisyaratkan agar Laila masuk. Nampak sangat reaksi muka Laila yang sedikit terkejut, tapi Aiman buat bodoh saja. Mahu menjaga hati ibu mertuanya.

Perlahan-lahan kereta Mazda CX-9 beransur keluar, Laila melambai-lambai pada uminya sambil mengelap hujung matanya yang basah dengan lengan bajunya.

‘babai umi..’ lirihnya

Makin lama kereta makin jauh dan uminya yang berdiri di pintu pagar mula hilang dari pandangan mata…
******
Awkward!! itulah perkataan yang selayaknya untuk menafsir keadaan ruang kabin Mazda CX-9 itu yang tenang meluncur. Kedua-dua mengunci mulut tidak berkata apa-apa. Aiman dengan konsentrasinya memandu dan Laila pula hanya melihat permandangan diluar tingkap kereta. Dua-dua terasa kelu lidah mahu berbicara. Air liur yang ditelan Laila terasa berpasir, terasa jantungnya berdegup laju. Mata pandang keluar, tapi hati sudah melayang ke langit.

‘Bisu ke mamat sebelah ni? tak akan tak nak tanya dia ok ke, macam mana hidup dia dekat Belanda dulu’ gumam Laila dalam hati

Aiman pun terasa kejanggalan antara mereka berdua, lantas tangannya dipanjangkan, dan radio dipasang untuk menghilangkan rasa.

‘Fuhh…lega. At least tak ada la janggal sangat kalau buka radio. Bolehlah juga dia mendengar celoteh-celoteh DJ bertugas’ detik Laila lagi.

Aiman di tempat pemandu mencuri pandang isterinya. makin cantik pula dirasakan isterinya itu. Ke matanya yang sudah rabun? hatinya gusar. Dulu Laila tidak pakai tudung, tapi sekarang sudah memakai tudung dan kelihatan makin ayu pada pandangan matanya. Hari tu dekat KLIA tidak boleh hendak perhati lama-lama sebab Laila laju sahaja meninggalkannya selepas melanggarnya. Sesekali terdengar ketawa kecil tercetus dari bibir mungil isterinya. Panggilan hangit di Hot FM tengah keudara. Sedar tak sedar, mereka sudah memasuki banglo dua tingkat.

Sebaik saja kakinya melangkah masuk, banglo dua tingkat itu ditelitinya. Tidak banyak yang berubah. Masih sama seperti kali pertama dia melangkah masuk empat tahun lepas. Mungkin susun atur perabot dalaman saja yang berubah.

“Masuklah, mama ada kat dapur. Aku pergi pejabat dulu.” Ujar Aiman dengan intonasi yang mendatar. Laila menoleh kearah suaminya apabila suara suaminya mula kedengaran

“Ok.” Laila mengangguk. lantas kakinya dibawa melangkah ke ambang pintu dan hanya memerhatikan suaminya yang pergi meninggalkannya.

“Assalamualaikum.” Salam diberi sambil lehernya dipanjang-panjangkan mecari kelibat penghuni banglo.

“Waalaikumsalam…. masuk sayang. Tangan mama tengah kotor ni buat kuih, kejap ye.” Sambut Datin Rasyidah menjawab. Kemudian dia hilang disebalik dapur. Sekembalinya dari dapur, terus dipeluk tubuh langsing menantunya.

“Rindunya mama dekat Laila.” Luah Datin Rasyidah

“Laila pun...”

“Makin cantik mama tengok menantu mama ni.”

kulit yang putih gebu, mata yang redup, hidung yang sedikit mancung, bibir yang catik terbentuk diperhatikannya. Memang tidak dapat dinafikan kecantikan menantunya ini. Tidak mustahil ramai teruna di luar sana yang terpikat dengan kecantikan menantunya, anaknya juga yang melopong nanti tidak tahu menghargai isteri secantik dan sebaik ni.

“Mak Mah..Mak Mah sihat?” Tubuh Mak Mah dipeluknya erat sebaik sahaja Mak Mah keluar dari dapur. Datin Rasyidah hanya tersenyum melihat keperibadian Laila yang cukup cantik dimatanya.

“Mak Mah sihat, Alhamdulillah.” Mak Mah membalas.

“Kak Mah, beg ni semua nanti angkat bawa masuk dalam bilik Aiman ye.” Kata Datin Rasyidah pada Mak Mah.

“Baik datin.”

“Jom…banyak mama nak borak dengan Laila. Fea tak ada, keluar dengan kawan. biasalah tu baru balik Malaysia, nak buat reunion katanya.” Seloroh Dati Rasyidah. Semenjak anaknya itu pulang memang tidak melekat dirumah, ada saja tempat yang dikunjungi. Dia tidak membantah asalkan anaknya itu pergi ke tempat yang elok-elok dan pandai menjaga diri.

“Biasalah tu mama..orang muda.” Balas Laila. Kemudian Laila berborak-borak dengan ibu mertuanya di meja makan sementara menjamah nasi goreng yang disediakan untuknya.

“Laila tengok macam tak ada perubahan aje dalam rumah ni?” Ujar Laila.

“Rumah ni memang macam ni sejak Laila pergi, memang dah tak ada serinya.” Tutur Datin Rasyidah yang kedengaran seperti jauh hati.

“Kenapa mama cakap macam ni, buat Laila rasa bersalah aje.”

“Bukan apa, mama cuma sunyi. Yela, Aiman dengan papa kamu tu asyik sibuk aje dekat pejabat. Fea pulak pergi belajar. Tak ada orang mama nak ajak berborak.”

“Mama…Laila minta maaf. Laila dah balik sekarang, so mama tak akan boring lagi. Lepas ni mama cakap aje mama nak pergi mana? Laila confirm ikut.” Tangan ibu mertuanya dicapai dan digenggam erat.

“Kalau mama nak minta satu benda boleh?”

Laila mengangguk laju tanpa berfikir panjang.

“Kalau mama kata mama nak cucu boleh?”

Terkedu sudah. Pipi yang tidak gatal digaru kejap, buntu untuk memberi jawapan kerana dia sendiri tidak ada sekema jawapan yang tepat untuk soalan ini. Allergic betullah cakap pasal benda ini. hendak buat anak macam mana kalau seorang sana seorang sini.

“Kalau yang tu...Laila pun tak tahu. Laila minta mama doakan ajelah yang terbaik untuk kami berdua. Mana tahu untung-untung raya tahun ni mama boleh kendong cucu.” Balas Laila sekadar mahu menyedapkan hati ibu mertuanya itu. Tapi takut juga, nanti mama tuntut anak tu nak buat lagu mana?

“Betul?” Soal Datin Rasyidah lagi untuk kepastian bersama mata yang penuh dengan sinar harapan. Ini telah meletakkan Laila dalam situasi bersalah kerana memberi harapan palsu.

“Laila tak janji tau. Mama doa ajelah.” Sambung Laila lagi. Nanti dia cakap mustahil akan dapat, menangis pula mamanya nanti, kan susah. Memang kalau dilihat pada usia perkahwinan mereka, memang wajar mereka sudah punya anak sendiri.

“Dah..pergilah masuk bilik. Mesti Laila dah penat kan.”

Laila mengangguk.

Tanpa berlengah lagi, kakinya dibawa melangkah ketingkat dua. Sememangnya dia penat. Penat otaknya memikirkan sepanjang malam kemungkinan yang bakal terjadi nanti setelah kakinya menjejak ke dalam banglo mewah ini.
******
Kakinya diatur kemas melangkah masuk ke dalam bilik yang pernah didudukinya empat tahun lepas yang tidak menyimpan apa-apa kenangan manis pun untuk dikenang. walaupun hanya dua minggu saja dia sempat menjadi penghuni bilik ini, dia masih ingat susunan perabotnya. dia perasan ada beberapa perubahan yang berlaku dalam bilik ini. Kakinya melangkah kearah balkoni dan sliding doornya dibuka menjemput angin petang masuk menyapa dirinya yang tiba-tiba terasa janggal berada dibilik itu.

Tudung krim yang dipakainya ditanggal dan diletakkan di atas sofa L yang terletak disudut dinding, membebaskan rambutnya yang panjang  mencecah paras dada dan lurus. Termenung panjang sambil memerhatikan langit biru yang terbentang luas.

“Apa aku nak buat malam nanti ye?” Laila bertanya pada diri sendiri. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Nafas dalam diambil sebelum dilepaskan. Serius, hatinya terasa gerun tiba-tiba.

“Fuh….rilek Laila, kau tengok dulu macam mana lelaki tu berlakon, just follow the flow ok.” Pesan Laila pada dirinya sendiri. Tiba-tiba ketawa terletus dari bibir merahnya.

“Hai.. nampaknya kena gilap balik la skill lakonan aku…”

Beberapa minit dia termenung kosong sebelum bertindak menyelongkar beg pakaiannya dan disusun di dalam almari. Sedang dia seronok mengemas, menyusun atur barang-barangnya dalam alamari, tiba-tiba elok saja sekeping gambar meluncur keluar dari celah lipatan baju yang tersususn rapi yang dikira baju-baju suaminya.

Tanpa teragak-agak, terus dicapai gambar yang terdampar diatas lantai itu. Saat tangannya menerbalikkan gambar itu, terpampang jelas wajah arwah Kak longnya disitu sedang tersenyum manis. Jantungnya terasa seakan-akan berhenti berdegup buat seketika. Lama matanya terpaku pada seraut wajah kakaknya yang tersenyum manis disisi Aiman. Menggambarkan perasaan bahagia yang membaluti mereka ketika itu. Kalau tidak silapnya gambar ini diambil sewaktu hari raya pertama 5 tahun dulu.

“Huh..” Satu keluahan terluah dari celah bibirnya. Air liurnya yang kelat ditelan payah, sekelat hatinya. Tidak betah menatap foto itu terlalu lama, sepantas kilat foto itu diletakkan semula di tempatnya tadi. Dia tidak mahu melayan rasa sedihnya kerana dia bukan pulang ke Malaysia untuk menangis seperti dulu. dia perlu kuat!

Gambatte!!” kata-kata semangat ditujukan buat dirinya sendiri. Cepat-cepat diselesaikan tugasannya tadi dan habis diselongkar bagasi besarnya yang penuh dengan pakaian dan barang peribadi. Nasib baik lepas balik dari Belanda hari tu, hanya sebahagian saja pakaiannya yang dibawa keluar, jimat tenaga, jimat masa. Tidak payah kemas balik beg.

Katil besar dan empuk milik Aiman yang kemas disaluti cadar bercorak abstrak hitam putih bagai melambai-lambai padanya. Marilah…marilah naik. Memandangkan badannya pun sudah penat, jet leg pun belum habis lagi walaupun sudah hampir seminggu dia balik. Dan..bummm

“Arghh!! selesanya.” Laila menrebahkan badan, tangan dan kakinya dibuka seluas-luasnya memenuhi katil. Terasa nyaman tubuhnya bila disapa kelembutan tilam dan bantal. Heaven. Matanya memandang kosong kipas yang berpusing di atas siling, lama kelamaan kelopak matanya makin memberat dan memberat sampai terkatup habis, dan….. zzzzzzzzz……….
*****
Setelah seharian penat bekerja, Aiman memanjat malas tangga menuju ke biliknya. Tubuh sasanya direbah ke atas katil, ingin melelapkan mata sepicing dua pun jadilah, asalkan boleh lelap buat seketika. Baru beberapa minit dia memejamkan mata, telinganya tajam menangkap bunyi deruan air dari arah bilik air. Otaknya tumpul tidak dapat berfikir dengan rasional dalam keadaan letih sebegin.

“Takkan ada pencuri pinjam bilik air pula?” Dia pelik. Sendiri tidak ingat kalau pagi tadi dia sendiri yang menjemput isterinya balik kesini. Tanpa mengambil pusing perkara itu, terus matanya dipejam kembali. Dia benar-benar keletihan.

Laila yang sudah segar semula setelah membersihkan diri melangkah keluar dari bilik air dengan berkemban tanpa rasa curiga. Baru tiga tapak dia melangkah keluar, matanya sudah terbeliak besar.

“Arghhhh…….” Laila terjerit nyaring bila matanya terlihat Aiman yang sedang berbaring selesa di atas katil, sudahlah dia hanya berkemban.

Aiman yang tadinya terbaring terkejut mendengar jeritan nyaring suara perempuan yang membingitkan gendang telinganya.  Matanya pantas ditalakan kearah kamar mandi dengan muka mengantuknya, matanya pun sudah merah macam biji saga.

Sepantas kilat Laila mula membuka langkah besar dan berlari semula kedalam bilik air dan ditutupnya daun pintu rapat. Dadanya yang berdegup kencang sekencang larian kuda dipegang.

Sumpah!  lepas ni dia kena biasakan diri balik pakai baju dalam bilik air, sebab sekarang sudah menjadi roommate suaminya. Roommate? oklah juga, balik zaman kolej dulu.

Aiman yang masih mamai-mamai ayam  menghempaskan balik badannya ke tilam seraya menarik dan memeluk bantalnya erat. Kiranya matanya tengah berhalusinasi, tiba-tiba saja boleh ternampak perempuan itu dalam biliknya. Seminit..dua minit..tiga minit dia memejamkan mata. Kemudian akal rasionalnya mula menyentap kuat ingatannya.

Automatic badannya terbangun dan matanya yang tadinya kuyu sudah bulat terbuka. Kepalanya melipat laju kebelakang dan matanya lama memerhati pintu bilik air yang terkatup rapat. Jantungnya yang tadi bergendang lagu lullaby terus bertukar gaya jadi rentak rock. Matanya kemudian dialih kearah balkoni yang terbuka luas, menelan air liur yang terasa susah untuk ditelan. Tiba-tiba nafsu lelakinya bergelora mengingatkan kejadian tadi.

“Astaghafirullahalazim…” Aiman mula beristighfar dalam hati. Cuba dinyahkan jauh-jauh ingatannya sebentar tadi. Hari pertama sudah jadi macam ni. Kalau esok-esok apalah yang bakal terjadi nanti.

Laila yang berada di bilik air mula gelisah tidak kena tempat, kejap jarinya digigitt, lepas tu tengok muka sendiri dalam cermin. Tersangat malu rasanya dengan Aiman tadi. Sekarang bajunya pula lupa nak dibawa. Ya ALLAH…tolonglah hambaMU ini...

Dia berdehem perlahan cuba mencari sikit ketenangan. Daun pintu didekatinya semula

“Boleh mintak tolong tak? could you please give my clothes…” Laung Laila gugup dari dalam bilik air. Pipinya dah terasa panas membahang macam dipanggang. Hendak keluar dalam keadaan macam ni pula, macam menempah bahaya sendiri. Terpaksalah dia mempermalukan diri sendiri meminta suaminya ambilkan pakaiannya. Sudahlah sekali dengan adik-adik kecik pula tu. Mukanya sudah berinci-inci tebal rasanya.

Aiman yang tadinya terpaku terus tersedar dari lamunan. Rasa, telinganya belum pekak lagi, ada suara yang meminta tolong tadi. Mukanya tidak payah cakap dah berkerut berpuluh-puluh ribu.

“Apa?” Diberanikan dirinya untuk bertanya. Rasa gugupnya dicampak keluar balkoni.

“Tolong ambilkan baju I dekat atas katil tu.” Laila melaung lagi sekali. Tapi kali ni lebih kuat dan lancar.

“Yang..yang mana satu?” Tanya Aiman pula gugup, mata sudah melingas kekiri kanan ibarat mata helang.

“Atas katil….” Aduh! mana nak disorok muka ni, tak akan dalam jamban kot?

“Atas katil?” Aiman menggumam rendah. matanya diliarkan ke sekeliling katil. Sebaik saja matanya jatuh pada pakaian yang dimaksudkan di hujung katil, serta merta matanya terbeliak bulat. Air liurnya ditelan payah.

“Biar benar perempuan ni? sekali dengan adik-adik kecil pun dia tak bawa, kalau baju aje tak ada masalah, tapi benda ni……” suaranya perlahan.

Argh! daripada dia keluar macam tadi lagi bahaya. Tanpa membuang masa, terus disambar pakaian di hujung
 katil itu. Seumur hidupnya, tidak pernah dia memegang benda peribadi perempuan macam ni. Rasa macam mahu meletup dadanya, mukanya pun sudah naik merah menahan malu.

“Nah.” Ujar Aiman tanpa perasaan dari luar bilik air. Dua saat kemudian, dilihat hanya tangan sahaja yang keluar dari sebalik pintu dan menyambar laju pakaian dari tangannya.

Thanks.” Ucap Laila ringkas. Tanpa berlengah, terus disalin pakaiannya. Diketepikan dulu rasa malunya.

“Malunya nak keluar…..” Getus Laila lagi. Hari pertama dia disini sudah macam-macam berlaku. Janganlah Aiman salah faham dengannya, dengan menyangka dia sengaja mahu menggodanya. Terasa berselirat wayar dalam kepala otaknya kini.

“Keluar ajelah, takkan aku nak solat kat dalam bilik air ni pulak, asar pun dah nak habis.” Terus diberanikan diri melangkah keluar dari kamar mandi, diliarkan matanya kesekeliling namun tidak kelihatan kelibat Aiman. Fuhhh………

“Dia malu kot hehe…” Ketawa Laila lucu. Pantas dia menunaikan solat asar. Rasa mengantuknya masih bersisa, Laila tidak sedar yang dia tertidur di atas sejadah dengan telekung yang masih melekap di badannya.

0 comments: