Monday, 30 July 2012

Bisikan Kata hati- 9

 “Bangunlah!! maghrib dah masuk ni, tak elok tidur time-time macam ni.” Aiman bersuara sambil tangannya menolak-nolak bahu Laila yang tertidur atas sejadah. Sudah pukul 7.30 malam, tidak elok tidur time maghrib macam ini.

Tadi Aiman mengambil angin petang ditaman untuk meredakan debaran di dadanya, dia tahu Laila juga perlukan ruang. Mesti dia pun malu,malah lebih lagi. Kebetulan mamanya memanggil dia supaya minum petang dulu, sekurang-kurangnya dapat juga menenangkan dirinya yang sedikit huru hara tadi

Laila terasa bahunya ditunjal-tunjal dengan jari. Sayup-sayup suara garau lelaki mula menerjah masuk ke lubang telinganya. Dia menggeliat seketika menghilangkan ngantuk matanya. Badannya terasa lenguh setelah seharian mengemas barang-barangnya tadi.

Matanya yang terasa kelat dibuka juga walaupun masih ada lagi sisa mengantuk. Buka saja kelopak mata, Aiman sudah ada depan mata sedang mencangkung.

Sorry, I tertidur.” Bilang Laila sambil menguap kecil. Terlupa sudah kejadian petang tadi.

“Pergilah ambil air sembahyang cepat, aku nak mandi ni.” Arah Aiman tanpa perasaan seraya berpaling semula menuju kearah sofa. Dahinya berkerut secara tiba-tiba, bila memikirkan semula nama panggilan yang digunakan isterinya tadi.

‘Pelik…dulu dia bahasakan diri sebagai Laila…ni dah ‘you’ ‘ I ’ pula. Detik Aiman dalam hatinya yang terasa pelik dengan sikap Laila sekarang.

Tidak mahu membuang lebih banyak lagi masa, telekung yang terbalut dibadannya segera dibuka dan diletakkan saja diatas sejadah. Terus dirinya dibawa menghilang ke dalam bilik air

Aiman terpaku lagi disofa. Petang tadi dia tidak perasan pula rambut Laila dah panjang macam ni. sekarang baru dia perasan yang rambut isterinya sudah panjang paras dada. Tidak disangka tempoh empat tahun mereka berpisah, sudah mematangkan gadis itu. Rambutnya yang dulu pendek paras bahu, sudah panjang separas dada. Cantik dan lembut beralun mengikut lenggok badan.

Selesai Laila menunaikan solat maghrib, Aiman keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala separas pinggang. Terbeliak mata Laila terlihat, naik panas pipi dibuatnya. Wajahnya ditundukkan memerhati corak sejadah. Tidak tahu kemana lagi nak dibawa lari matanya.

Agak-agaklah kalau nak buat adegan 18 sx pun. Sudah empat tahun tidak jumpa, makin solid pula badannya dia tengok. Kemudian otaknyanya mula tersedar dengan fikiran tidak senonohnya. Terus ditepuk-tepuk pipinya untuk menyedarkan dirinya.

Aiman yang baru sahaja menyarungkan t-shirt didepan almari memandang pelik kelakuan isterinya dengan ekor mata.

“Ada nyamuk ke dalam bilik ni?” Soal Aiman bodoh  bila melihat isterinya tertepuk-tepuk pipi sendiri. Selama dia tinggal dalam bilik ni tidak pernah pula dia diggigit nyamuk, lipas pun tidak ada dalam biliknya. Sudah dipesan berkali-kali pada Mak Mah agar membersihkan biliknya sebaik mungkin.

“Huh?”
           
           Satu saat kemudian baru dia tersedar pertanyaan suaminya. Segera kepalanya digeleng laju.

“I turun dulu, nak tolong mama masak.” Terus telekungnya ditanggal dan disidai, tidak sanggup rasanya terus duduk dalam bilik ini. Jantungnya rasa macam hendak terkeluar. Boleh kena serangan jantung dia berlama-lama disitu.

Perlakuan Laila menambahkan lagi kepelikan dalam diri Aiman yang semenjak tadi memang sudah pelik. Isterinya nampak kalut sangat. Tapi dibiarkan saja, buat apa dia mahu ambil tahu perihal isterinya. Tak penting!
******
Tangannya lincah menyusun pinggan dan cawan diatas meja makan. Larangan Mak Mah yang berkali-kali meyuruhnya dia berhenti tak dihiraukan. Dia tidak berapa selesa duduk di rumah besar itu tanpa berbuat apa-apa. Rasa macam mem besar pula. Ikan pari masak asam pedas, sayur campur dan kari ayam yang terhidang dihadapannya membuatkan dia terliur, tambah lagi gulai asam pedas yang menjadi kegemarannya ada disitu.

“Memang sengaja mama suruh Mak Mah masak gulai asam pedas tu. Special untuk Laila.” Ujar Datin Rasyidah yang keluar dari dapur sambil menatang sejag air oren.

Dia hanya mampu tersenyum dengan keperihatinan yang ditunjukkan ibu mertuanya itu. Dengan penuh sopan dia melabuhkan punggungnya diatas kerusi. Dato’ Razali yang baru muncul dari ruang tamu membuatkan dia terbangun semula.

“Papa..apa khabar?” Soal Laila, tangan orang tua itu disalam penuh sopan. empat tahun tidak ketemu membuatkan dia dapat melihat kelainan pada wajah bapa mertuanya itu. Garis-garis tua mula kelihatan pada seraut wajah lembut itu.

“Baik…macam itu-itu ajelah, orang tua la katakan.” Dato’ Razali menyambut soalan menantu tunggalnya itu sambil berseloroh. Sesungguhnya kepulangan menantunya itu memang amat dinanti-nanti sejak sekian lama. Yang pergi membawa hati yang terluka dek perangai anak terunanya.

Laila tersenyum mendengar.

“Pergilah panggil Aiman turun makan. Dia tu kalau tak dipanggil memang takkan turun. Asyik mengadap kerja aje tahu. Alamatnya esok pagi Mak Mah yang jadi mangsa kena masak untuk dia.” Datin Rasyidah mula membuka cerita buruk perihal anak lelaki tunggalnya itu. Mana tidaknya, kadang-kadang pukul satu, dua pagi anaknya itu pergi ketuk pintu bilik Kak Mah mengadu lapar.

Berkerut-kerut dahi Laila menyambut arahan ibu mertuanya itu. Macamlah tidak ada orang lain hendak disuruh memanggil lelaki tu. Mak Mah kan ada.

Hatinya tiba-tiba diserbu perasaan resah. Kalau nak diikutkan hati, mahu saja dia menyuruh Mak Mah yang tolong panggilkan. Tapi nanti apa pula kata mereka. Dengan langkah yang berat, didaki juga anak tangga menuju ke bilik mereka di tingkat atas.

Bermundar-mandir dia seketika dihadapan pintu yang tertutup, bibirnya diketap beberapa kali cuba merangka kata yang mahu dilontarkan. Macam hendak menulis karangan pula, siap berangka-rangka bagai. Setelah beberapa minit bermundar-mandir, satu nafas yang paling dalam disedutnya sebelum dilepaskan. Fuhh…

“Kau buat apa kat sini hah?” Jerkah Aiman bila melihat isterinya tercegat depan pintu bilik sebaik saja dibuka.

 Laila yang terkejut beruk dek kemunculan tiba-tiba suaminya didepan pintu bilik mengurut dadanya yang terkejut. Kus semangat….

Matanya mula memandang sinis wajah suami di hadapannya. Nada suara yang kedengran menyakitkan hati sebentar tadi betul-betul membuat hatinya panas tiba-tiba. Memang silap besarlah dia naik nak panggil mamat sengal ni, gerutunya dalam hatinya yang mula membengkak.

“Kalau tegur orang tu. Boleh sopan sikit tak nadanya.” Perli Laila seraya menikam mata Aiman yang turut memandang kearahnya.

No…aku tak rasa aku perlu bersopan dengan kau. Bukan kau dah biasa ke dapat layanan macam ni dari aku.” Tutur Aiman sinis. Sengaja dia hendak mempamerkan egonya dihadapan perempuan itu. Biar perempuan itu tahu siapa yang berkuasa disini.

Gelak sinis Laila mula kedengaran setelah seketika berdiam diri. Rasa nak seligi saja mulut mamat yang tidak ada insurans ni.

“I ingatkan empat tahun I tak balik sini sikap you dah berubah. Tapi sayang ye..masih sama macam dulu. patutlah tak ada perempuan berani nak jadi bini you.” Turut sinis Laila membalas. Ayat yang terakhir tu dipelankan sikit volumenya. Pandangan mata yang menikam wajahnya bagai mahu tembus tidak dipedulikan. Dia tidak gentar dengan pandangan macam itu lagi, kalau dulu mungkin masa ini dia hanya akan menunduk ke lantai sambil mengalirkan air mata. Tapi bukan sekarang!

“Apa? tak ada perempuan nak jadi bini aku? kau jangan perasanlah. Kalau nak diikutkan, perempuan beratur panjang dekat luar sana nak jadi bini aku. Aku just kesian aje dengan kau. Nanti jadi janda berhias pulak.” Aiman membalas sakit hatinya. Egonya masih diletakkan diaras yang paling tinggi sekali. Suka hati saja cakap dia tidak laku. Cakap dekat dia, perempuan mana yang tidak akan pandang  dia kalau melintas depan mereka. Tak ada, rata-rata memang semua menoleh dua tiga kali. Dia saja yang buat-buat tidak nampak. Butakan mata.

Kata-kata yang dilontarkan padanya tadi memang merentungkan hatinya yang dari tadi sedia panas. Ini sudah lebih. Ingat dia kisah ke kalau diceraikan pun, empat tahun dia hidup sorang-sorang di oversea dia sudah betah dengan hidupnya tanpa kehadiran sesiapa disisi.

“I tak kisah kalau jadi janda pun. Saham I lagi naik nanti. Apa orang kata? Janda meletup…ha..macam itulah.” Lawan Laila lagi. Masing-masing tidak mahu mengalah dengan kata-kata pedas masing-masing.

“Habis tu buat apa kau balik sini? kenapa tak tinggal aje dengan mamat-mamat belindo kat sana tu!!”Aiman membalas garang dengan nafas yang mula turun naik. Dia sudah tidak peduli kalau mama, papa dibawah dengar sekalipun. Biar mama, papanya tahu yang mereka berdua ni memang tidak dan tidak akan pernah serasi bersama!

Matanya mencerlung memandang isterinya yang berwajah selamba dan toya. Langsung tidak takut dengan dirinya. empat tahun di Belanda nampaknya telah banyak merubah personality gadis didepannya ini. Tampak lebih berani kini.

“Kalau bukan sebab I rindukan umi dan abah, I pun tak teringin nak balik sini la!!” Tempelak Laila pula dengan tone suara yang berubah tinggi. Dia ingat dia seorang saja ke yang ada ego.

“Ke…kau sebenarnya rindukan aku?” Tebak Aiman dengan sinis. Seronok melihat riak marah yang terbias di wajah cantik milik Laila.

“Huh…tak ada sebab I nak rindukan you. Banyak lagi kerja lain yang I boleh buat.” Laila mendengus kasar. Memang tidak masuk akal langsung teori yang diutarakan Aiman itu. Boleh campak masuk longkang semua rindu tu.

“Aiman! Laila! Apa bising-bising ni? lauk dekat bawah tu dah naik sejuk dah. Cepat turun!!” Datin Rasyidah mula bersuara lantang memberi arahan. Mencelah ditengah-tengah api kemarahan yang kian marak antara anak dan menantunya itu. Tidak habis-habis bergaduh, macam anjing dengan kucing!

Dengan serentak mereka menoleh melihat mama yang sudah bercekak pinggang melihat mereka berdua di depan pintu bilik dengan muka garang.

Senyuman nakal tiba-tiba terbit dicelah bibir Aiman. Kepalanya tiba-tiba tergerak untuk mengenakan Laila. “Laila ni mama…malu kot nak panggil Aiman turun.”

Nafas Laila terasa tersekat dikerongkong, bola matanya dihalakan kearah wajah Aiman. Kalau mahu diikutkan hatinya mahu saja ditelan lelaki ni hidup-hidup. Berani sungguh dia mempermalukannya.

Datin Rasyidah mengambil nafas. Sabar sajalah dengan fiil anak menantunya itu.

“Dah! cepat turun makan.” Arahnya Datin Rasyidah tegas, tangga mula dituruninya meninggalkan anak menantunya mengekor dari belakang. Aiman dan Laila saling menolak satu sama lain sampailah Datin Rasyidah menoleh sekali lagi kebelakang. Terus terkaku dua-duanya ditenung dengan mata helang mamanya.

Setelah bayang ibu mertuanya menghilang kedapur, ditoleh semula wajahnya kearah suaminya disisi. Bibirnya diketap kegeraman dengan dadanya yang sedikit berombak menahan sakit hati yang menggigit-gigit. Dengan hati yang geram, dipijaknya kaki kiri suaminya kuat sampai terlompat lelaki itu sedikit menahan rasa sakit. Cepat-cepat dia menuruni tangga meninggalkan suaminya yang terloncat-loncat menahan sakit pada kakinya. Padan muka!

Semua orang sudah mengambil tempat di meja makan. Aiman mengambil tempat disebelah Laila. Itu pun sebab terpaksa. Baru tadi dia berkira-kira hendak menarik kerusi di sebelah adiknya, mata mama sudah mencerlung tajam. Terbantut terus niatnya yang suci murni itu. Mata mamanya dalam diam memberi arahan. Memang boleh tembus badan kalau terkena panahan mata mama yang tajam. Sebelum duduk, sempat lagi dijeling matanya tajam kearah isterinya. Rasa sakit dikaki masih terasa bisanya.

Laila punya hanya tersenyum manis melayan pertanyaan adik iparnya. Jelingan maut suaminya tidak diambil pusing. Biaq pi la dia nak menjeling sampai juling mata sekalipun.

“Bila Laila nak masuk pejabat?” Pertanyaan Dato’ Razali memulakan perbualan antara mereka semua. Segala persiapan untuk menyambut kedatangan menantunya sudah pun disiapkan. Dari bilik pejabat, susun atur perabot, hingga ke  secretary. Semua sudah diuruskannya.

“Laila tak kisah papa. Esok pun boleh, lagi cepat lagi bagus.” Balasnya Laila lembut.

Memang itulah yang dikehendakinya, masa inilah dia boleh mempraktiskan segala ilmu yang telah dituntutnya selama ini. Tidak mahu mensia-siakan wang rakyat yang digunakan untuk menyambung pelajarannya di oversea.

“Laila.. Tambah lagi. sikit aje makan mama tengok.” Kata Datin Rasyidah apabila melihat Laila yang hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggan.

“Erm…Laila memang makan sikit mama.” Jawab Laila. Hatinya rasa tidak selesa sebenarnya duduk terlalu rapat dengan suaminya. Bagai terasa bahang kehangatan dari tubuh suaminya.

“Esok Laila pergi pejabat dengan Aiman ye.” Dato’ Razali memberi arahan.

Aiman yang sejak tadi hanya menunduk, terus mengangkat muka dari pinggannya. Dia tidak suka papanya memberi arahan sesuka hati, bukannya papa tidak tahu hubungan mereka bagaimana, dia memprotes dalam diam.

“Tapi esok Aiman nak cepat, suruh Pak Karim ajelah hantar.” Dalih Aiman. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu hubungan dia dan Laila terlalu rapat. Bimbang perasaannya bakal berubah. Tambah lagi dengan perbalahan mereka tadi, mahu ditunjukkan sikit egonya dihadapan perempuan itu.

“Tak apalah papa. Laila boleh pergi dengan Pak Karim.” Laila mencelah laju.

“Papa cakap Laila ikut Aiman, Laila ikut Aiman!” Kata Dato’ Razali tegas.

Aiman kehabisan kata-kata. Dilirikkan matanya lama kearah isterinya. Matanya bagai terpesona dengan tingkah laku isterinya yang lembut, terasa ingin dipegang sahaja tangan mulus isterinya yang diletak diatas meja itu. Tapi, itu tidak mungkin terjadi. Mulutnya mengataka benci. Tapi, kenapa ada perasaan halus yang terselit setiap kali memandang wajah isterinya..

Tak…tak, tak mungkin. Aiman mula menidakkan perasaannya. Mungkin sebab muka isterinya saling tidak tumpah dengan arwah Laili. Itu saja….Aiman tidak dapat menerima kalau hatinya sudah mula terpaut pada Laila. Baginya Laila tetap macam dulu, bakal adik iparnya yang tidak jadi.

Fea yang duduk dihadapan abang dan kakak iparnya mula perasan yang abangnya asyik mencuri pandang kearah kakak iparnya. Dia tersenyum sendiri. Memang sejak mula dia diperkenalkan dengan Laila setelah arwah kak Laili meninggal, dia sudah jatuh suka dengan bakal kakak iparnya itu. Walaupun perwatakannya sedikit berbeza dengan arwah kak Laili yang terkenal dengan sifat riangnya. Tapi sifat lemah lembut yang ada pada Laila juga pasti bisa membuatkan orang disekelilingnya menyayanginya dan menyukainya. Abangnya saja yang buta menilai sikap baik kakak iparnya itu. Tiba-tiba idea nakalnya datang menerjah.

“Ehemm….lepas ni bolehlah mama timang cucu kan ma?” Usik Fea nakal beserta dengan senyuman nakal yang tergantung di bibir.

Sebaik mendengar kata-kata Fea, Aiman dan Laila tersedak serentak. Tersembur sedikit nasi yang ada dalam mulut Aiman. Laila pula sempat menekup mulutnya daripada turut ikut tersembur. Aiman memandang adiknya dengan pandangan geram. Laila pula mula terasa pipinya membahang. Pantang betul kalau hendak dibincang isu sensitive macam ini, tambah-tambah lagi dengan kehadiran Aiman disisi. Entah apalah yang difikirkan nanti.

“Ha….betul tu, kalau boleh, hujung tahun ni juga mama nak cucu dari kamu berdua.” Datin Rasyidah yang terdiam seketika kemudian turut mengusik anak menantunya. Tapi dia benar-benar mengharap agar gurauannya tadi boleh menjadi kenyataan. Dia sudah kepingin punya cucu seperti abang iparnya. Setiap kali teringatkan Boboi anak kepada anak saudaranya Hafiz, dia sudah terbayang-bayangkan cucunya nanti.

Dato’ Razali yang perasan dengan perubahan muka menantunya mula membantu,melihat menantunya hanya tertunduk, dia tahu kalau menantunya itu belum bersedia dengan semua itu. Hubungan menantu dan anak mereka juga belum tentu berkekalan, inikan pula hendak menimang anak. Tapi dia selalu mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua.

“Dahlah tu Idah, biarlah mereka ni berdua dulu. Nak berdua-duaan pun belum puas. Ni nak bertiga pulak?” Dato’ Razali menyelamatkan keadaan. Laila yang mendengar sedikit lega.

Dia tidak mahu isu ini dipanjang-panjangkan, hubungan dia dan Aiman juga masih belum ketemu titiknya, sudah bincang soal anak.

“Laila masuk dapur dulu.” Lembut suara yang dilontarkannya, dan kemudian bangun menuju ke dapur. Padahal hendak lari sebenarnya.
       
            Aiman di sebelah hanya memandang langkah isterinya. Apabila timbul isu anak tadi, dia mula terfikir. Bagaimana agaknya penghujung kisah mereka nanti, adakah mereka bakal punya zuriat mereka sendiri? tapi bila difikirkan, mustahil pula dia akan punya zuriat bersama Laila. Dalam hatinya tidak pernah punya cinta buat isterinya. Dia bukan lelaki yang hidup hanya berlandaskan nafsu semata-mata, dia tidak akan menyentuh Laila walaupun itu halal baginya. Dia perlukan cinta untuk melakukan semua itu.
******
Selesai solat isyak, telekung yang membaluti tubuhnya ditanggal dan digantung dipenyidai yang disediakan. Aiman masih dibawah masa dia naik tadi, melayan cerita di televisyen. Matanya ditalakan ke sekeliling bilik yang terasa hening malam itu. Laila terfikir, dimana sepatutnya dia merehatkan diri malam ni? Maklumlah, dia hanya hidup menumpang di banglo mewah ini.

Laila membawa tubuhnya duduk dihadapan meja solek, rambutnya yang panjang disikat dan bahagian tubuhnya yang terdedah disapu lotion. Memang sudah menjadi tabiatnya sebelum tidur, selalu juga Liya bertanya semasa mereka masih menuntut di UKM dulu. Antara soalan famous yang diutarakan Liya.

“Ei..kau ni tak penat ke tiap-tiap malam sapu losyen?”

“Macam manalah kau boleh setia sapu losyen tu time-time penat macam ni? Baik kau tidur, tak payah bazir masa.”

Itu antara soalan-soalan lazim yang selalu keluar dari mulut Liya. Tapi dia tetap tidak ambil pusing semua itu, tetap menjalankan rutin wajibnya itu setiap malam. Tidak hairanlah dia punya kulit yang halus mulus.

Aiman yang masuk ke kamar bagaikan terbuai dengan haruman lotion yang dipakai Laila. Terus hatinya jadi tidak keruan tatkala haruman wangi itu menusuk masuk ke dalam rongga. Lama matanya menyinggah pada isterinya yang duduk didepan meja solek.

“Apasal pandang-pandang aku ni?” Gumam Laila perlahan. Hatinya mula berdetak tak keruan apabila menyedari sepasang mata suaminya yang tajam menikam wajahnya melalui cermin dihadapannya. Laila berdehem beberapa kali untuk menghilangkan rasa gugupnya.

“Dekat mana I nak tidur malam ni?” Soal Laila pantas untuk mematikan renungan mata suami terhadapnya. Tapi tidak kira macam mana pun, dia tetap kena tanya tuan empunya bilik. Manalah tahu dia disuruh tidur atas sofa ke…lantai ke…

“Ha? kau tanya apa?” Tanya Aiman yang baru tersedar dari renungan yang panjang. Suara Laila yang kedengaran telah mematikan segala rasa yang bermain dalam dadanya tadi. Kini dia memandang Laila tanpa sebarang perasaan.
            
‘Mamai ke mamat ni? aku tanya pun tak dengar’ Gerutu Laila dalam hati.

“I tanya….dekat mana I nak tidur malam ni?” Tegas Laila lagi, berharap agar suaminya faham dengan pertanyaannya kali ini.

“Ooo..nak tidur mana? tidur ajelah dengan aku atas katil.” Balas Aiman tanpa sedar.

“Huh?” Hanya itu yang mampu keluar dari mulut Laila. Dia ragu-ragu, adakah suaminya sengaja mahu mengujinya atau memang benar-benar memaksudkannya. Kalau dulu bukan main lagi, hendak cakap dengan dia pun terasa jijik. Sekarang ajak dia tidur sama pula.

Aiman yang tiba-tiba tersedar dengan ketelanjuran kata-katanya menjadi kalut

 ‘Eh! kau dah gila ke? nanti kau tak dapat tahan nafsu, siapa yang susah? macam mana sekali pun dia tu tetap perempuan, halal untuk kau pula tu’ Bagai ada satu suara yang menyedarkannya.

“Kau tidur ajelah atas katil, I’ll take the couch.” Aiman membetulkan ayatnya yang sebentar tadi terpesong jauh.

Laila terdiam seketika sebelum bibirnya mula menampakkan senyuman.

Yes! Tak ada la sakit badan aku’ fikirnya

Laila terus merebahkan badannya keatas katil. Emmm…nikmatnya. Comforter bercorak hitam putih yang berada dihujung kakinya ditarik hingga paras dada. Malam ini dia memakai pakaian baju tidur yang sopan. Tidak akan suka-suka hati mahu tayang body kat suami yang tidak serupa suami itu. Lagipun, dia juga punya maruah. Kalau suaminya tidak ingin, dia beribu kali lagi tidak ingin. Huh!!

Selesai menunaikan solat isyak, Aiman terus menghempas badannya keatas sofa yang akan menjadi tempat peraduannya mulai malam ini. Esok confirm dia sakit-sakit  badan. Selimut ditarik menutupi tubuh sasanya, dan matanya tanpa sedar  melirik kearah isterinya yang berbaring diatas katil. Tidak semena-mena bayangan tubuh Laila yang hanya dibaluti tuala petang tadi terlayar dimindanya, membuatkan terasa panas sendiri.

Good night.”

Kedengaran gemersik suara Laila menampar cuping telinganya yang tiba-tiba membawa angin sejuk menyapa hatinya. Benar-benar memberi ketenangan yang tak pernah dirasainya sebelum ini.

Good night.” Balas Aiman perlahan antara dengar dan tidak.

Lampu tidur ditepi katil ditutup Laila dan malam pun berlalu membawa kedua-dua insan melayari mimpi masing-masing..




0 comments: