Saturday, 17 March 2012

Sejuta Kasih Qairina 13


Kediaman banglo Ir Zulkefli yang terletak di Damansara Utama yang sebelumnya lengang dengan orang mula sesak dengan sanak saudara yang mula bermalam dirumah mereka semenjak dua hari yang lalu bagi membantu persiapan akhir sebelum menjelangnya majlis pernikahan dan majlis resepsi ada hari esok. Majlis pernikahan akan dilakukan di Masjid Putra Presint 9, Putrajaya pada pukul 11.00 pagi, dan belah malamnya pula majlis resepsi gilag gemilang akan dilangsungkan di ballroom Shangri-La Hotel, Purajaya. Semua sanak saudara turun padang untuk menghulurkan tangan untuk merepikan lagi persiapan akhir.

“Jangan gerak-geraklah jari tu Qhai..susah kak Ann nak pakaikan inai ni.” Suara Kak Ann mula kedengaran membebel didepan Qairina yang sejak tadi tak habis-habis bergerak tangannya. Malam ini diadaakan majlis berinai untuk Qairina yang bakal bergelar raja sehari pada esok hari. Semua sanak saudara perempuannya sudah memenuhi setiap sudut ruang tamu rumahnya. Ada yang menyiapkan goody bag ntuk tetamu yang datang esok dan ada juga yang sedang membuat sentuhan terakhir dulang hantaran. Pokoknya memang nampak sangat meriah dan berseri-seri banglo abahnya malam ini dengan suara riuh rendah sanak saudaranya.

“Gelilah kak Ann..pakai sikit-sikit dahlah..” Rungut Qairina seraya mengubah kedudukan silanya, kakinya mula terasa kebas kerana duduk statik terlalu lama. Matanya mengerling kearah uminya yang sedang rancak bersembang dengan makcik-makciknya sambil tangan mereka ligat menyiapkan bunga telur.

“Hei! Mana boleh pakai sikit-sikit. Ingat sikit, awak tu esok dah nak bersanding, kena la cantik-cantik sikit. Ini pun baru sikit tau tak, belum masuk jari kaki lagi.” Kata Kak Ann lagi seraya menarik semula tangan Qairina yang mula menjauh.

“Macam mana? Ada rasa takut tak Qhai, esok nak jadi isteri oang dah ni.” Soal Kak Sarah, sepupunya belah keluarga abahnya penuh teruja sambil tangannya giat menolong ibunya menyiapkan sirih junjung.

Babe..apa punya soalan kau tanya ni? Mestilah takut, nak jadi isteri orang dah, lepas tu jadi mak orang pulak. Siapa yang tak rasa takut.” Sampuk Kak Ann memberi jawapan buat pihak Qairina yang hanya tergelak kecil mendengar soalan yang dilontarkan Kak Sarah itu.

“Aduhh..” Kak Ann mula mengaduh sakit bila lengannya dicubit Sarah.

“Aku bukan tanya kaulah Ann..ni..aku tanya bakal pengantin ni ha. Nampak macam relax je, tak takut ke?” soal Kak Sarah lagi. Dia tengok muka Qairina tak nampak gementar pun, biasanya kalau esok dah nak kahwin, mesti dah tak senang duduk punya. Maklumlah, esok hanya dengan beberapa kali lafaz saja, statusnya akan berubah, dari bujang kepada berkahwin, daripada cik kepada puan, daripada tidur sorang, nanti dah berdua.

“Siapa yang tak takut Kak Sarah..cuba akak rasa jantung Qhai ni, berdegup laju tau.” Beritahu Qairina jujur. Tangan kanan kak Sarah ditariknya dan dilekapkan ke dadanya merasa degupan jantungnya. Semakin mendekat tarikh keramat buatnya dan Iskandar, semakin berdegup laju jantungnya menghitung hari, jam, minit dan saat. Fikirannya tak lepas dari memikirkan segala macam perkara. Bolehkah dia menjadi isteri yang disenangi suaminya nanti, bolehkah dia memberi kebahagiaan buat iskandar nanti. Semuanya terlalu kuat mendera rasa hatinya.

“Ke..Qhai takut malam tut..tut...” soalan nakal Kak Ann sudah mengambil tempat dengan sengihan penuh makna tersirat yang terpamer dimukanya. Jarinya laju mengacau bancuhan inai didalam bekas untuk dipakaikan ke jari Qairina.

Muka Qhai yang tadinya putih bersih mula merona merah bila ditanya soal malam tut..tut.. bukan dia tak tahu apa maksud yang malam yang dikatakan kak Ann itu.

“Tengok-tengok, pipi dia dah blushing la..” giat Kak Ann lagi menyakat.

“Akak!!” marah Qairina malu-malu. Siapa yang tak malu bila ditanya soal itu. Aduh! Rasa nak sorok muka dalam peti ais saja bila melihat saudaranya yang mendengar dikeliling turut tersengih-sengih melihatnya.

‘Kak Ann ni pun, macam tak ada benda lain dia nak tanya. Buat malu aje!’ bentak Qairina dalam hati. Dia pun sebenarnya tak terlepas dari memikirkan soal itu. Tapi makin difikirkan, makin merah mukanya menahan rasa malu, biarlah semuanya berjalan mengikut keadaan. Tak perlu nak pening-pening berfikir itu dan ini.

“Baju untuk malam tut..tut semua dah ada ke? kalau tak ada lagi, kak Sarah boleh kasi pinjam.” Giliran Sarah pula mengusik dengan ketawa yang tak dapat ditahan-tahan bila melihat mata Qairina yang sudah membulat besar.

“Umi! Tengok Kak Ann dengan Kak Sarah ni kacau Qhai...” Qairina mula mengadu pada uminya yang duduk ak jauh dari situ.

“Takpe Ann, Sarah..kacau aje lagi si Qhai tu. Nanti bila dia dah kahwin, entah bila lagi boleh kita nak mengusik dia. Betul tak?” Puan Saliha berseloroh sambil mengenyitkan mata kearah dua orang anak saudaranya yang duduk disekeliling anaknya itu.

Qairina mula mengetap bibirnya menahan geram. Umi pun sama saja nak mengusiknya. Ni nak mengadu dekat Iskandar ni...entah macam manalah keadaan sebelah Iskandar dekat sana. Mesti tengah meriah jugak menyiapkan persiapan akhir sebelum esok. Hari ni dia tak dapat panggilan langsung dari Iskandar. Sibuk mungkin. Dia dan Iskandar sudah berpakat mendapatkan khidmat perunding perkahwinan dari Cleo Studio bagi majlis resepsi mereka di Shangri-La hotel nanti.
            
           Sedang asyik kak Ann memakaikan inai kejari Qairina, tiba-tiba anak buah Qairina, Mia anak abang long yang berusia dalam lingkungan empat tahun berlari terkedek-kedek mendapatkan Mak Su nya dan pantas duduk diatas riba Qairina.

“Ha...ni lagi sorang tak makan saman ni. Macam tak ada tempat lain dia nak main kan?” bebel Kak Ann lagi sambil menarik hidung comel Mia yang sudah selesa duduk diribaan Qairina. Habis comot inai yang dipakaikan kejari Qairina. Tisu disebelahnya ditarik beberapa helai dan dikesat inai yang tercomot sedikit itu.

Qairina hanya menggeleng mendengar bebelan Kak Ann. Pipi montel Mia diciumnya sepuas hati sampai anak itu kegelian. “Papa mana sayang?”
            
           "Papa kat luar dengan mama.” Balas Mia dengan suara comelnya. Tangannya mula mengagau-ngagau inai didalam bekas disebelah Kak Ann.

“Hep! Jangan main-main..nanti merah habis tangan tu Mia.” Kak Ann menepuk perlahan tangan kecil Mia yang nampaknya seperti berminat dengan inai tu.

“Mia nak pakai sama macam Mak Su ni ke? Nak?” soal Qairina sambil merenung mata bulat Mia. Terjentik naluri keibuannya melihat betapa comel anak buahnya itu. Dalam hati dia memasang doa agar dia dan Iskandar akan dianugerahkan dengan anak-anak yang comel macam ni. Dia terfikir, macam manalah agaknya rupa anak-anaknya dan Iskandar kelak andai diberi rezeki oleh ALLAH.

“Nak..nak” penuh teruja Mia menjawab denga mata yang galak bersinar.

“Kak Ann..pakaikanlah si Mia ni inai kejap. Qhai nak masuk bilik kejap ambil barang.” Ujar Qairina sambil mengangkat sikit badan Mia agar bangkit dan duduk disebelah Kak Ann. Nasib baik hanya tangan kirinya saja yang baru siap berinai.

“Yela tu nak ambil barang. Nak ambil barang ke, nak lepas rindu dengan cik abang..haa...kantoi..” suara sumbang Kak Sarah mula mencelah sambil jarinya digoyang-goyangkan didepan muka Qairina. Ingatkan dah habis dah sesi usik mengusik bakal pengantin, rupanya belum lagi.

Qairina menggigit bibirnya menahan geram. Satu bunga telur diambilnya dari dalam kotak dan dipukul kelengan Kak Sarah yang masih tersenyum-senyum gatal. Padahal memang betul pun teori yang diutarakan Kak Sarah tu, memang dia nak call Iskandar pun bertanya khabar. Eceh...

Cepat-cepat kakinya melangkah laju menuju kebiliknya ditingkat dua. Daun intu dikunci rapat supaya tak ada yang kacau daun nanti. Sepupunya semua bukan makan saman, ada aje yang nak disibukkan. Blackberrynya diatas meja solek dicapai dan badannya dibaringkan keatas tilam empuk miliknya. Matanya ralit memandang skrin Blackberrynya, sesaat kemudian senyumannya ditarik cukup manis.

“15 missed call...” katanya perlahan. Tanpa menunggu lama, terus nombor Iskandar didial.

“Assalamualaikum sayang..sorry tak angkat call, Qhai sibuk dekat bawah, lupa nak bawak phone.” Ujar Qairina laju sebaik saja panggilannya bersambut.

Dibelah sana, diam mengulit diri Qushairi yang menyambut panggilan Qairina di Iphone 4s milik adiknya yang diletak dimeja kopi diruang tamu. Hatinya mula terasa ditujah-tujah dengan belati saat kata sayang yang meluncur keluar dari bibir mungil gadis disebelah sana, Tapi yang pastinya, panggilan itu bukan buat dirinya. Cukup sakit didengar, dan cukup pedih rasa hatinya mengingati kalau gadis pujaannya itu bakal menjadi milik adiknya dalam masa beberapa jam saja lagi. Matanya mula berkaca menahan sebak didada yang terasa sangat menghimpit jiwanya. Seakan-akan batu besar diletakkan didadanya.

“Sayang...are you still there?” Soal Qairina bila tiada balasan dari pihak Iskandar, tapi ada deruan nafas yang kedengaran.

            Qushairi berdeham untuk membetulkan letak suaranya agar tak kedengaran canggung. Dia tahu, dia perlu belajar reda dengan apa yang sudah tersurat buat dia dan Qairina yang tak mempunyai jodoh. Dia bukanlah seorang lelaki yang terlalu kejam, sampai tergamak merampas gadis itu dari adiknya sendiri.

“Ehem..waalaikumsalam, ini abang. Is keluar kejap pergi beli barang.” Beritahu Qushairi dengan nada tenang, walaupun dalam hatinya hanya ALLAH saja yang tahu sakit dan pilunya.

Qairina terpana saat suara Qushairi menampar cuping telinganya. Abang?? Dapat ditangkap kelainan suara yang menerjah ke telinganya, ada terselit nada sedih disitu. Lidahnya terasa keras untuk berbicara, hatinya mula dilanda rasa bersalah.

“Owh..takpe la kalau macam tu, kejap lagi Qhai call balik.” Kata Qairina lembut. Kemudian keheningan mula mengulit antara mereka, masing-masing ada kata yang ingin disampaikan, tapi lidah pula kelu untuk berkata-kata. Masing-masing terdiam selama beberapa minit, tapi tidak pula masing-masing mematika panggilan itu.

“Qhai...abang nak minta maaf andai selama ni abang pernah melukai hati Qhai, abang Cuma nak Qhai tahu yang abang tak pernah berniat untuk melukakan Qhai dulu. Mungkin memang sudah tersurat tak ada jodoh antara kita. Siapalah abang untuk mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Cuma satu aje abang nak Qhai tahu...” nafas dalam ditarik dan dihembus perlahan sebelum menyambung katanya.

“Abang cintakan Qhai dari dulu, sekarang mahupun 100 tahun akan datang.” Ucap Qushairi penuh sebak didada. Matanya sudah merah menahan air mata. Dia berjanji pada hatinya, sebaik saja adiknya melafazkan akad nikah esok, akan dikuburkan semua rasa cintanya buat Qairina selama ini. Dengan ikhlas dia akan mendoakan kebahagiaan buat gadis kesayangannya itu.

Air mata lesu mula menodai pipi mulus Qairina sebaik saja kata-kata ikhlas itu menujah kependengarannya. Teresak-esak dia seketika, terimbau semua kenagan manis sewaktu dia sedang hangat bercinta dengan Qushairi dulu, segalanya masih segar diingatannya. Akan disimpan semua rasa cintanya dulu dalam lipatan sejarahnya. Dia mahu memulakan cinta yang baru bersama Iskandar yang telah berjaya membuka semula pintu hatinya untuk menerima semula cinta untuk bertapak dalam hatinya.

Pipinya yang basah disapu dengan belakang tangan kanannya. Dia perlu kuat, kuat untuk melepaskan kenangan lama yang selama ini membelenggu dalam setiap langkahnya selama ini. Yang telah membekukan hatinya untuk bercinta semula. Nafas panjang dihela untuk mencari ketenangan semula. Membetulkan semula letak hatinya, dia tak mahu hatinya mula berbolak balik lagi tatkala hatinya sudah kuat untuk menerima cinta Iskandar.

“Qhai akan abadikan semua kenangan kita dulu jauh disudut hati Qhai yang paling dalam. Terima kasih abang...sebab pernah menghiasi perjalanan hidup Qhai dulu. Sesungguhnya Qhai sangat menghargai cinta abang, Qhai bahagia sangat kerana pernah menjadi wanita yang dicintai abang. Tapi Qhai dah tak mampu sekarang, biarlah semua tu kita anggap sebagai kenangan manis saja. Manis untuk dikenang dan diingati, tapi sakitnya tetap ada. Qhai harap lepas ni abang boleh menganggap Qhai sebagai adik abang, tak lebih dari itu.” Panjang lebar Qairina meluahkan rasa yang berbuku dalam dadanya. Segalanya cukup ikhlas diucapkan, kerana itulah  jalan keluar yang terbaik dirasakan buat mereka. Saling memaafi dan saling mendoakan sesama mereka.

Qushairi meraup wajahnya yang mula dibasahi air hangat yang keluar dari matanya. Wajahnya disorokkan sedikit agar tak ada sesiapa yang perasan dengan air mata lelakinya yang mengalir memandangkan rumah mereka juga sudah sesak dengan saudara yang datang untuk membantu.

“Insyallah...abang akan sentiasa doakan kebahagiaan buat Qhai dengan Is. Dan abang minta Qhai doakan jugak abang supaya dapat mencari cinta sejati abang.” Pohon Qushairi dengan nada suaranya yang sudah berubah lain.

“Itu sudah semestinya. Qhai akan selalu berdoa untuk abang.” Balas Qairina penuh yakin. Kini barulah hatinya terasa lapang dari dibebani segala rasa bersalah. Kini dengan senang hatinya dia akan melepaskan semua kenangan lama dan akan dilakarkan kenangan baru bersama Iskandar kelak. Wajah kacak Iskandar mula terlakar dimindanya, membuatkan senyuman manis mula bergayut dibibirnya.
******

“Tarik nafas, hembus...tarik nafas lagi...hembus.” Zafira cuba menenangkan Qairina yang nampak menggelabah tak kena tempat dengan baju nikah yang ditempah khas dari pereka Rizalman Ibrahim buat hari bahagianya hari ini. Hujung matanya menangkap susuk tubuh sasa seorang lelaki yang nampak sangat tampan dengan baju melayu putih gading lengkap dengan samping sekali sedang duduk diatas bantal baldu tak jauh dari mereka. Kemudian melirik pula kearah Qairina disebelah, sebelum kepalanya digeleng. Ketawa kecil terletus juga melihat gelagat sahabat baiknya itu.

Qairina hanya mengikut saja arahan Zafira disebelah, terasa seram sejuk pula dia duduk bersimpuh ditengah-tengah sanak saudara keluarganyanya dan keluarga Iskandar yang sudah memenuhi ruang solat di majid Putra presint 9 , Putrajaya ini. Jari jemarinya yang bersulam sesama sendiri dilihatnya penuh perasaan. Libang libau rasa perasaannya tatkala ini, gembira, bahagia, sedih, rasa nak menjerit satu dunia pun ada. Akhirnya dalam usia 25 tahun ini, dia bakal menamatkan zaman bujangnya. Siapa sangka daripada pertemuan yang tak disangka-sangka ditaman joging dulu, akhirnya membawa mereka kegerbang perkahwinan.

Iskandar pula sedang ligat berzikir didalam hati. Meminta agar segalanya berjalan lancar. Kemudian tok kadi memulakan khutbah nikah dan beberapa nasihat diselitkan juga buat mereka bagi melayari bahtera perkahwinan mereka kelak. Telinganya dipasang penuh khusyuk mendengar segala nasihat agar melekat terus dihatinya. Setelah semuanya bersedia, Ir.Zulkefli mula menghulurkan tangan, dia sendiri yang akan menjad wali nikah buat anak gadis kesayangannya itu. Biarla dia sendiri yang melepaskan anaknya pergi supaya dia dapat membina kebahgiaan kelak. Iskandar meyambut erat tangan bakal bapa mertuanya itu.

“Bismillahirrahmanirrahim...” ujar Ir.Zulkefli terlebih dahulu. Dalam hatinya memasang doa agar pernikahan puterinya itu akan berkekalan sehingga maut menjemput mereka. Supaya mereka sentiasa menabur kasih sayang sesama mereka. Itu saja permintaannya.

“Tengku Iskandar Farabi Bin Tengku Muhaimin..”

“Ya saya!” sambut Iskandar penuh yakin. Jantung Qairina sudah berdetak laju membilang detik dan saat.

“Aku nikahkan dikau dengan anakku Qairina Faqiha Binti Zulkefli dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgt tunai.”

“Aku terima nikahnya Qairina Faqiha binti Zulkefli dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai...” ucap Iskandar dengan penuh tenang dan keyakinan dihati sebaik saja tangannya yang berjabat erat dengan bapa Qairina digoncang. Gemuruh di hati tak payah cakap, rasa sebu saja perutnya saat ini. Tapi rasa bahagia juga turut menjadi miliknya.

“Sah...sah...sah..”

Serentak dengan itu suara kesyukuran mula bergema disekitar masjid besar Putra Presint 9, Putrajaya. Satu helaan panjang terlepas juga dari bibir Iskandar, rasa nak menangis pun ada. Peluh yang sedikit merenik didahinya dilap dengan sapu tangan dan wajahnya diraup tanda kesyukuran. Sebaik saja dia melafaz akad, secara automatik dibahunya sudah diletak satu tanggungjawab yang maha berat untuk membimbing isterinya.

Congrat bro...kau dah jadi suami mulai sekarang, jangan kau ulang balik perangai lama kau dulu. Kalau aku tau kau masih pergi lagi jumpa Kamal. Memang aku tumbuk muka kau sampai lebam biji mata.” Razif memberi amaran perlahan seraya menunjukkan penumbuknya kearah Iskandar. Dia memaksudkan apa yang dikatakan ini. Kalau boleh dia mahu melihat Iskandar berbahagia bersama Qairina, dan semoga dengan memilih Qairina sebagai pendamping hidup Iskandar, lelaki itu akan berubah. Itu doanya. Tapi tak aci betul! Dia dan suraya yang bertunang dulu, Iskandar dan Qairina pulak yang kahwin dulu.

“Thanks bro...kau tumbuk aje muka aku kalau aku dah tak ingat.” Balas Iskandar seraya menumbuk bahu sahabatnya itu. Sesaat kemudian hujung matanya sempat mencuri pandang kearah Qairina yang nampak anggun dalam persalinan putih gadingnya dengan dikelilingi oleh saudara perempuan familynya. Dapat dikesan mata Qairina yang memerah, mungkin sedih kerana terpaksa berpisah sedikit jauh dengan umi abahnya mungkin. Alahai si pengarang jantung hati..cantiknya macam bidadari yang turun dari syurga!

Qairina yang sejak tadi hanya menelekuk memerhatikan jari-jemarinya yang sudah merah berinai berpaling kearah uminya disebelah. Tanpa dapat ditahan-tahan, air matanya mengalir keluar dari empangan matanya yang sarat sejak tadi menahan air mata. Mulai detik ini, dia sudah menjadi hak milik mutlak pada Iskandar. Akan dicurahkan segala kasih sayang dan cintanya hanya buat Iskandar yang telah memenuhi segenap ruang hatinya, tak punya ruang buat lelaki lain lagi.

“Umi...” panggil Qairina dengan sendu yang masih tak henti-henti, habis merah mata dan hidungnya menahan kesedihan kerana terpaksa duduk berpisah dengan umi dan abahnya. Tubuh uminya dipeluk seerat mungkin.

Tubir mata Puan Saliha juga sudah pecah mengalirkan air hangat kepipinya. Akhirnya, setelah 25 tahun dicurahkan segala kasih sayangnya, sudah tiba masanya dia untuk melepaskan puteri kesayangannya itu untuk melakar hidup bersama suaminya. Setelah pelukan dileraikan, kedua-dua belah pipi anaknya itu dikucup lama sekali. Kesua-dua belah pipi mulus anaknya itu diusap-usap.

“Qhai dah jadi Isteri orang sekarang. Qhai kena ingat pesan umi ni, sekarang syurga Qhai terletak pada Iskandar. Jadilah isteri yang solehah dan isteri yang sentiasa menyenangkan hati suami sayang..” pesan Puan Saliha pada anaknya itu.

Qairina hanya mengangguk laju bersama air mata yang masih belum kering mengalir. “Insyallah umi...umi seniasa doakan kebahagiaan Qhai ye.” Pinta Qairina dalam sendunya.

“Tak perlu Qhai minta, umi sentasa mendoakan kebahagiaan Qhai dari dulu, mahupun sampai ajal menjemput umi.” Tubuhnya kemudian dipeluk sekali lagi oleh Qairina, erat sekali seperti berat untuk melepaskannya.

“Dah..dah, tak mau nagis macam budak-budak macam ni. Comot dah make up tu. Hilang seri pengantin nanti.” Puan Saliha mula membebel sambil mengesat pipi anaknya dengan tisu ditangannya. Kemudian Qairina bangun dan bersalam dengan sanak saudara yang datang bersama senyuman manis yang menghiasi wajah jelitanya.

“Abah..’ panggil Qairina manja tatkala terlihat kelibat abahnya. Tanpa segan silu, terus dipeluk tubuh abahnya. Teresak dia dibahu abahnya, rasa berat sangat hatinya hendak meninggalkkan keluarganya.  Keluarga tempat dia bermanja, tempat dia menagih kasih..segalanya cuku indah dirasakan kerana punya keluarga yang sesempurna ini.

Tangan Ir.Zulkefli mengusap-ngusap kepala anaknya yang dilitupi tudung dan kain lace itu sambil tersenyum senang hati.

“Dah jadi bini orang pun nak peluk-peluk abah lagi ke. Tu...pergi peluk suami Qhai tu, Is pun mesti dah tak sabar nak peluk isteri cantik dia ni.” Ah sudah..abahnya sudah mula projek sakat menyakatnya sampai membuatkan pipinya merona malu. Hujung matanya mencuri pandang kearah Iskandar yang turut sedang bersalam dan berpelukan dengan sanak saudara yang datang. Dia menyembunyikan senyumnya di dalam hati...

Beberapa saat kemudian matanya bertembung dengan sepasang mata menggoda milik Iskandar yang kebetulan turut memandang kearahnya dengan pandangan yang sarat dengan cnta, kebahagiaan dan kegembiraan. Mereka berbalas senyuman, sesaat kemudian dilihat suaminya itu mengenyitkan mata kepadanya. Dia tergelak kecil melihat kenakalan suaminya itu. Seminit mereka hanya berpandangan sesama mereka sebelum matanya menangkap pantas gerakan bibir suaminya yang seperti mengatakan sesuatu kepadanya walaupun tanpa suara.

‘I..love...you..’ tangkap Qairina dalam hati membaca gerakan bibir suaminya itu. Serta merta darah merah menyerbu naik kepipinya, malu! dan tanpa segan silu dia turut membalas kata suaminya itu dengan gerakan bibir juga.

‘I..love...you..too..honey’ balasnya. Semoga perhubungan yang terbina atas dasar cinta ini akan bertahan hingga ke hujung nyawa mereka......

P/S: fuhh...dah lame sgt x update SKQ, mesti korg sume rindu dengan Is dan Qhai kan??? enjoy ok n drop komen kalau rajun, love you....

11 comments:

Husnina said...

Sedih baca part Qushairi dengan Qai bprak dekat telefon tuh. Harap2 Qushairi dapat lepaskan Qai.

Anonymous said...

so sweet.. x sbr nk tnggu nxt n3.. :D

NurAtiZa said...

Owh...sweetnye...

arifuka kashirin said...

arghh...blushing baca entry kali ni...apapun best entry kali ni,,thumbs up for you cik writer..

sweety said...

Dilla...best sangat...romantiknyeeee

Anonymous said...

Dila...best...best..dan best...so sweetttt... cepat2 update ye...

dila dyna said...

hehe...sweet ke????insyallah syg sume, mintak2 bnyk idea dtg ye

eyza razali said...

arap2..dila bleh smbg cpt2 for next entry...x sbr ni..sooo sweeettttt....hopefully..x bnyk cnflik dlm cite ni....smoga dila bnyk mndpt ilhm...huhuhu

dila dyna said...

eyza: amin....kne brain storming dulu cari idea terbaek!!!

pnut said...

sweetnye Qhai ngan Is main2 mate..
tp sedih part Qushairi luahkan isi hati dier..touching..

Meganplwm said...

arap2..dila bleh smbg cpt2 for next entry...x sbr ni..sooo sweeettttt....hopefully..x bnyk cnflik dlm cite ni....smoga dila bnyk mndpt ilhm...huhuhu