Thursday, 1 March 2012

Sejuta Kasih Qairina 11


Rumah Qairina yang terletak di Taman Mewah, Damansara Utama mula dipenuhi sanak saudara terdekat yang dijemput umi dan abahnya. Ada yang tidur dirumah mereka semenjak dua hari yang lalu lagi. Punyalah excited nak melihat sendiri lelaki yang bakal menyunting bidadari Ir. Zulkefli dan Puan Saliha. Ruang tamu juga sudah siap dikemas untuk menerima kedatangan dari pihak lelaki.

Untuk bahagian jamuan pula, umi dan abahnya sudah uruskan siap-siap. Tip top semuanya , nampak macam nak buat kenduri pun ada. Dibahagian dapur banglo sudah penuh dengan sanak saudara perempuannya. Mak long, Mak cu, mak teh semuanya ada. Sepupunya pun ramai yang turun padang. Maklumlah hujung minggu, semua punya kelapangan masa.

“Untunglah kan Mak..orang tu. Dapat lelaki kaya, kacak, bergaya. Mak carikanlah untuk Ann satu..”suara sumbang kak Ann sepupu belah abahnya mula mengusiknya sambil memotong buah tembikai didalam dulang diatas meja.

Mak Longnya yang sedang menyusun pinggan terhenti seraya memandang anaknya. “ahh...tak kuasa mak nak campur tangan. Kau carilah sendiri lelaki macam mana kau nak. Mak terima je.”seloroh mak Long yang mula menyambung balik pekerjaannya.

“A’ah la Mak. Tini pun nak satu jugak. Nak yang handsome macam abang Iskandar tu. Bila tengok, melting. Auwww!!!”seloroh adik sepupunya pula yang berusia 16 tahun.

“Tak ada Aww..awwnya.. mak ketuk kepala dengan pinggan ni baru tau. Kecik-kecik dah pandai nak mengatal. Cuba pergi cermin dulu muka tu, cukup cantik ke nak kahwin dengan lelaki handsome macam tu.”selamba dan becok Mak longnya mensound kedua-dua orang nak gadisnya itu.

Tangannya yang basah kerana membasuh pinggan makan mereka pagi tadi dilap dengan kain yang digantung ditingkap. Kemudian dia melangkah menghampiri uminya yang juga sedang memotong buah tembikai, dia duduk bersimpuh disebelah uminya. Baju pun tak tukar lagi dari pagi tadi. selesa dengan seluar tracksuit dan t-shirt lengan panjang yang melekat dibadannya.

“Habis tu abang Hisham tu nak campak mana Kak Ann?”soalnya pula mengambil tempat sambil memanjangkan tangannya mencapai sepotong tembikai didalam pinggan. Tangannya terasa dipukul tiba-tiba, pasti uminya. Tapi tak dipeduli, diambil juga dua potong dan disumbat kedalam mulutnya sekali gus. Memang tak senonoh anak dara ni.

Kak Ann dilihat mengesot kesebelahnya seraya merangkul lengannya.

“Kita exchange la Qhai. Qhai ambillah abang Hisham tu, kak Ann kasi free. Bagilah Is dekat akak.”bilang Kak Ann memujuk bersama memek muka yang terasa nak kasi tonyoh dengan kain buruk dekat sinki tu. kak Ann masih lagi dengan mood menyakatnya pagi-pagi macam ni. Sudahlah malam tadi dia tak dapat tidur kerana asyik diajak borak dengan Kak Ann dan Tini. Dua beradik sama je, banyak mulut. Peramah sepanjang masa, ada je yang nak dikoreknya.

Qairina membuat muka mendengar cadangan kak Ann tu. Lucu pulak ditelinganya. “Tak naklah kasi Is dekat akak. Itu Qhai punya.”balasnya selamba.

Muka Kak Ann yang berubah kemek mengundang letusan ketawa dari sanak saudara yang turut berada disitu..

“Ta...dengar tu Ann. Qhai pun tak nak kasi kamu Is dia. Kalau Qhai kasi pun, mak confirm  si Is lari ke kutub utara nanti..”kata Mak longnya lagi menambahkan lagi perasa pada wajah kak Ann.

“Yang Qhai ni tak siap-siap lagi ni kenapa? Is kata dia orang sampai pukul berapa ni?”suara uminya mula mencelah. Sememeh je dilihat anaknya degan pakaian yang tak ditukar-tukar dari pagi tadi. khemah kat luar dah tersedia, ruang tamu pun  sudah siap divacumm dan dikemas dari semalam. Nasib baik ada saudara mereka yang turun padang. Kalau nak harapkan mereka anak-beranak entah kesudah pun tak siap-siap agaknya.

“Lambat lagi umi. Is kata lepas zohor..”beritahunya. pipinya yang gatal digaru kejap.

Jam ddidinding dapur dikerlingnya sekejap. “Apa yang lama laginya? Dah pukul 12 ni, sekejap lagi masuk la zohor.”uminya mula membebel. Lengan anaknya itu dicubit sebelum menolok tubuh anknya supaya bangun dari situ.

“Ann...pergi bawak Qhai ni naik atas. Lama-lama duduk sini nanti, silap-silap pakai baju ni aje jumpa bakal mertua.”

“Dah..dah..bangkit umi kata!!.”Puan Saliha menolak lagi tubuh anakya itu. Haish...

“Jomlah Qhai...biar cantik-cantik sikit. Kak Ann pun nak tumpang mekap jugak.”kat kak Ann seraya menarik lengan Qairina yang masih nampak malas nak bangun.

“Tini pun nak jugak.”

Ann menoleh kearah adiknya yang tersenyum macam tempe basi. “Hi! sibuk jela  budak ni.”gumam Ann pada adiknya itu. Kemudian mereka beriringan naik kebiliknya dan bersiap-siap. Habis wajahnya dimekap kak Ann. Tapi dah diberi amaran terlebih dahulu sebelum menempek apa-apa dimukanya. Dia nak mekap yang nampak natural je. Tak nak tebal-tebal.
******

“Pihak lelaki dah sampai..”suara pak longnya melaung mula kedengaran. Saudara-saudara perempuannya yang dibawah sudah mula terjenguk-jenguk melalui tingkat. Tak sabar nak tengok muka Iskandar secara live. Sebelum ni tengok dalam paper saja. Mak Long dengan Mak Cu pun tumpang sekaki.

Qairina dan Kak Ann yang sedang menuruni tangga segera terhenti. Qairina tampak cukup ayu dan cantik dengan baju Kebaya kuning air yang tersarung ditubuh langsingnya. Tini pulak sudah berlari-lari kebawah sambil mencelah sekali ditingkap. Sungguh tak senonoh betullah saudaranya semua. Kepala Kak Ann pun dah terjengah kekiri kanan dah dilihatnya.

“Uihh...mewah-mewah keretanya..”suara Mak cunya yang turut menjengukkan kepala keluar. Dilihat enam buah kereta mula menjalar dihadapan banglo itu. Tengok jenama kereta pun matanya dah berpinar. Memang bukan calang-calang orangLAH bakal besan abangnya tu. Mula dari Mercedes benz F700, BMW X-5, peugeot 508, sampaiLAH yang akhir sekali kereta Lotus Elite milik Iskandar.

Semua mata tak berkelip-kelip melihat kereta-kereta mewah itu berhenti diluar pagar banglo. Satu persatu pemilik kenderaan mula turun. Tan Sri Tengku Muhaimin dan isterinya turun daripada kereta mecedes benz F700 dan diikuti pula oleh Qushairi yang memendu kereta BMW X-6nya bersama Pak lang dam Mak langnya. Pada mUlanya dia sudah berkeras tak mahu pergi, tapi dipaksa juga oleh mamanya yang mula membebel itu ini, disokong pula dengan kata-kata papanya. Langsung dia terdiam. Beberapa orang saudara terdekatnya turut hadir memeriahkan lagi rombongan belah mereka.

Lengan Qairina sudah dicuit-cuit kak Ann sambil matanya tak lepas-lepas dari memandang kearah luar. “Yang mana satu Iskandar Qhai? Yang keluar dari BMW tu ke?”soal kak Ann laju seraya tangannya tak berhenti-henti mencuit lengan Qairina. Kalau itulah Iskandar yang dimaksudkan, memang boleh pengsan dia dibuatnya. Handsome gilerr....

Sejurus itu kepalanya turut menjengah keluar, mencari jawapan bagi soalan kak Ann. BMW? Matanya menumpu kearah BMW  yang kak Ann maksudkan. Tak semena-mena matanya bertembung pandang dengan sepasang mata milik Qushairi.

“Buat apa dia datang?”gumam Qairina rendah dan perlahan.

Kak Ann yang terdengar Qairina mengumam menoleh kearahnya. “Hah? Yang mana?”

Soalan kak Ann itu menyedarkannya dan sekali lagi mtanya diliarkan keluar, sebaik saja matanya menangkap kelibat Lotus Elite milik Iskandar yang diparkir paling hujung, automatik tangannya naik menunjuk. “Sana..”katanya

“Mana?...mana?”balasnya dengan rasa teruja yang amat sangat. matanya dibuka seluas-luasnya untuk melihat kearah yang ditunjukkan. Bukan mata kak Ann saja yang bergerak mengikut telunjuknya. Tapi semua mata yang mendengar disitu. Sangat alert ye mereka semua ni.

Iskandar yang keluar dari kereta mewahnya memandang kearah pagar rumah Qairina yang sudah terbuka luas seraya menanggal Ray Bannya yang terletak elok diwajah, dan diletak keatas dashbord kereta. Razif yang menaiki kereta bersamanya turut sama keluar. Ada dua buah khemah yang telah siap dipasang dihalaman rumah tersebut. Segera matanya dilarikan kearah isi rumah, manalah taHu ternampak wajah yang dirinduinya antara celah-celah sanak saudara Qairina disitu.

Kak Ann yang disebelah sudah melompat-lompat macam orang terkena sawan sambil menekup mulutnya. Teruja sangat rasanya tu.

“Ya ALLAH...Ya ALLAH Qhai...handsomenya. lelaki paling handsome pernah akak jumpa atas muka bumi ni.”over kak Ann memuji. Tangannya sudah menampar-nampar lengan Qairina laju. Kak Ann memang macam tu kalau teruja sangat. Bukan kak Ann saja yang beriaksi macam tu, yang lain pun sama. Tapi memang tak dapat dinafikanlah, memang Iskandar seorang yang sangat kacak. Baik dari segi penampilan mahupun gaya. Memang nampak sangat perfect sebagai seorang lelaki idaman.

“Akak ni over la..”kata Qairina sedikit kuat seraya menangkap tangan kak Ann yang masih menampar-nampar lengannya. Sakit tau tak.

Ir. Zulkefli dan Puan Salina yang dari tadi sudah bersedia untuk meyambut kunjungan belah Ielaki segera bergerak merapati sepasang suami isteri yang agak sebaya dengan mereka.

“Jemput masuk Tan Sri, Puan Sri..”ujar Ir. Zulkefli penuh hormat. Mereka berjabat tangan mesra sesama mereka.

“Tak payahlah ber Tan Sri..Tan Sri, seganlah saya. Panggil aje Abang Min cukup.”balas papa Iskandar itu. Dia tak mahulah terlalu formal pertemuan mereka ini. Lagi pula tak selesa pula nak dipanggil sebegitu, tambahan lagi dengan bakal besan sendiri.

“Betul tu..panggil  saya kak Syu jelah..”mama Iskandar pula mencelah seraya memegang tangan Puan Saliha.

“Eh...dah. Jemput masuk. Masuk semuanya.”pelawa Ir Zulkefli lagi. Satu persatu tetamu yang berkunjung dijabatnya.

“Assalamualaikum uncle...Is tak nak datang sebenarnya, tapi family Is tak tau pulak jalan ke rumah ni. Tu yang terpaksa Is ikut sekali tu.”pandai Iskandar memberi alasan. Padahal memang dia yang beria-ria nak datang sekali. Dilihat Razif sudah membuat muka, tau sangat temberangnya. Mereka bersalam dan bahunya ditepuk-tepuk sedikit.

“Tak apa. Qhai ada kat dalam tu.”beritahu Ir Zulkefli. Kemudian mereka beriringan masuk kedalam rumah. Semua saudara perempuannya sudah bertolak-tolak sesama mereka untuk melihat dengan lebih jelas. Tidak ketinggalan Kak Ann pun macam itu juga. Dia hanya mampu menggeleng melihat keletah saudara-saudaranya.

Dia segera mendekati uminya yang berjalan bersama mama Iskandar. Senyuman manis dihadiahkan buat mama Iskandar sebelum dia menyalam penuh hormat dan mereka berpelukan sebentar. Sekilas matanya menangkap wajah Qushairi yang tidak berapa nak gembira dengan kehadirannya disini. Dibutakan saja matanya, malas nak mengambil kisah. Sebaik saja dia menoleh kearah abahnya yang berjalan bersama Iskandar dan seorang lelaki lagi, mungkin kawan Iskandar, automatik bibirnya mengoyak senyuman kearah Iskandar yang turut tersenyum padanya.

Sesaat kemudian lengannya terasa ditarik uminya.  Tak dapat nak lama-lama memandang wajah Iskandar yang sudah beberapa hari tak ditatapnya. Nak membantah rasa tak elok pula. Lantas dibuntuti saja langkah uminya sehingga mereka bersimpuh dilantai yang sudah dilitupi karpet yang dibeli dari negara timur tengah. Semua sofa sudah ditolak ketepi untuk memberi ruang yang lebih luas buat mereka semua.

“Baiklah...memandangkan semuanya sudah ada disini, kiranya bolehlah kita mulakan ye.” Pak Lang Iskandar memulakan bicara. Dia sudah diberi tanggungjawab oleh abang Longnya untuk menjadi wakil bagi pihak lelaki. Sudah penuh ruang tamu dengan kedua-dua belah pihak. Qairina diapit oleh uminya dibelah kanan dan dikirinya kak Ann yang masih tak habis-habis lagi rasa terujanya. Manakala Iskandar pula duduk disebelah papanya dan abangnya.

“Seperti yang tuan rumah tahulah, kedatangan kami kesini sebab nak menyunting bunga ditaman larangan Encik Zul buat kumbang kami ni. Jadi eloklah kalau kami bertanya terlebih dulu. Bunga ditaman larangan Encik Zul dan Puan Saliha sudah berpunya ke belum?”begitu berkias sekali Pak Lang Iskandar bertanya. Memang mengikut adat bagi merisik, pihak lelaki bertanya terlebih dahulu sama ada bakal pengantin sudah berpunya atau belum.

Semua yang disitu sudah tersenyum-senyum mendengar pertanyaan yang diajukan itu. Turut tidak ketinggalan, Qairina turut mengukir senyuman malu seraya menundukkan wajahnya. Abah menoleh terlebih dulu kepadanya sebelum memandang semula kedepan.

“Nampaknya macam belum.”tenang sekali Ir. Zulkefli menjawab.

“Jadi..bolehlah ye kiranya pihak kami meyunting anak dara Encik Zul buat anak teruna kami?”soal Pak Langnya lagi meminta kepastian. Qushairi sudah membuang pandang kearah lain. Tersiat-siat rasa hatinya mendengar perbualan mereka tambahan lagi dengan senyuman bahagia yang terhias indah diwajah adiknya dan Qairina. Dadanya terasa memberat.

“Boleh..boleh.”sambut Ir. Zulkefli sambil mengangguk. Puan Saliha turut mengangguk membenarkan.

Dilihat Pak lang Iskandar berkata sepatah dua dengan abangnya disisi. Kemudian Pak Lang Iskandar mengangguk-ngangguk mendengar kata-kata papa Iskandar sebelum beralih semula pandang kedepan.
           
           “Dari pihak kami ada satu permintaan. Harap tak dikecewakanlah. Pihak kami minta agar hari ini kita terus adakan majlis merisik dengan majlis menyarung cincin pertunangan teruslah. Benda baik buat apa nak ditangguh-tangguhkan. Ye tak?”suara Pak Lang lagi. Dia hanya menyampaikan apa yang dipinta oleh pihak keluarga abangnya agar terus diadakan majlis pertunangan pada hari ini juga.

Ir. Zulkefli yang sedikit terkejut dengan permintaan pihak lelaki itu menoleh kebelakang melihat isteri dan anak gadisnya itu. Isyarat mata digunakan agar isterinya bertanya kepada anak mereka terus.

“Qhai macam mana? Setuju nak bertunang hari ni?” soal Puan saliha perlahan, hanya mampu didengar oleh orang terdekat saja.

Qairina yang turut terkejut dengan permintaan yang diajukan mengangkat wajah melihat seraut wajah kacak Iskandar sekejap. Wajah itu nampak penuh berharap. Kemudian beralih pula kearah uminya dan Kak Ann disebelah. Kak Ann sudah laju mengangguk menyuruhnya setuju. Nafasnya ditarik dan dihembus tenang seraya mengangguk kepala.

“Qhai setuju.”

“Alhamdulillah...”bergema kedengaran suara dari pihak lelaki menyatakan kesyukurannya atas persetujuannya. Dilihat Iskandar juga sudah meraup wajahnya yang juga rasa bersyukur. Bahunya ditepuk Razif.

“Congrats bro..bertunang jugak kau akhirnya.”kata Razif perlahan. Dia hanya tersenyum memandang. Matanya menyorot kecil mencuri pandag kearah Qairina yang tidak jauh darinya. Sungguh hatinya terasa lega bagai satu batu besar didadanya sudah diangkat pergi.

Dalam waktu yang sama, Qairina turut menyorot pandang kearah Iskandar sehingga mata mereka bertembung kejap. Terbias riak bahagia diwajah kedua-duanya sebelum masing-masing memandang kearah lain. Ada rasa malu yang terselit dihati masing-masing. Kak Ann yang turut perasan hanya tersengih-sengih macam kerang busuk.

Kemudian papanya menyuruh agar mereka mengeluarkan barang hantaran yang dibawa dari dalam kereta.  Setengah jam kemudian, majlis pertunangan mula berlangsung. Tidak putus-putus  silauan flash kamera dari pelbagai sudut merakam detik-detik bahagia bila mama Iskandar menyarungkan cincin pertunangan dijari manis kanannya. Kedua-dua belah pipinya dicium mama Iskandar dan diikuti uminya.

Iskandar hanya menunggu dengan sabar dan dada yang berdebar-debar diluar bersama Razif . Harap agar segala didalam berjalan lancar. Abangnya pula tidak tahu sudah hilang kemana.

“Selevellah kita sekarang eh..”usik Razif bila melihat Iskandar yang nampak gelabah pada pandangan matanya.

Keningnya berkerut bila tak ada balasan yang eluar dari mulut Iskandar. Bahu lelaki itu ditumbuknya kuat. “Rilekslah bro...dah selamat dah tu.”

 Melihat Mak Langnya keluar dengan senyuman, hatinya beransur tenang. Segalanya sudah selamat. Alhamdulillah....

Majlis makan-makan dimulakan. Sejak dari mula majlis sampai sekarang dia masih tak ada kesempatan nak bercakap dengan Qairina walaupun sekejap. Bayang Qairina pun sudah tak kelihatan. Dia mengeluh berat....nak juga dia berjumpa dengan tunangnya itu. Tidak sangka dia yang sebelum ini terkenal dengan sikap kasanova dan jolokan buaya daratnya sudah bertunang.

Tan Sri Tengku Muhaimin dan isterinya mendekati bakal besan mereka yang turut berada dibawah khemah. Dia ingin menyampaikan hajat mereka yang tersimpan satu lagi.

“Encik Zul...kami sekeluarga bukanlah nak mendesak, apa lag memaksa. Tapi saya dengan isteri dah fikir masak-masak dan Iskandar pun dah bersetuju. Kami cadang nak adakan majlis pernikahan Is dengan Qhai bulan depan. Macam mana?”kata papa iskandar tenang.

Ir Zulkefli dan isterinya sudah memandang satu sama lain. Jelas terlihat kerutan pada wajah keduanya.

“Tapi kenapa nak cepat sangat?”soal Puan Saliha pula.

“kalau benda baik buat apa nak dilengah-lengahkan Liha..lagi pun, akak berkenan sangat dengan Qhai.”jawab Puan Sri Raja Syuhairah lembut. Tangan Umi Qairina dicapai dan diramas lembut.

“Kita ni bukannya muda lagi Liha..dah tua, usia dah lanjut. Akak memang harap sebelum kami menutup mata, biarlah kami dapat tengok cucu dulu..”pinta Puan Sri Raja Syuhairah lagi sayu kedengaran. Memang kalau nak diharapkan cucu daripada Qaushairi, entah bila la dia dapat bermain dengan cucunya.

Puan Saliha mengetap bibir seraya membalas genggaman pada tangannya itu. Dia faham perasaan seorang ibu seperti Puan Sri Raja Syuhairah. Dia juga seorang ibu. Dia juga selalu mengimpikan untuk melihat puterinya itu naik pelamin, hidup bahagia dan memberikan cucu yang comel kepada dia dan suami. Wajah suaminya dipandang sekilas.

“Insyallah kami akan bincang dengan Qhai dulu la..”putusnya. dia tak boleh bersetuju buat pihak anaknya. Dia perlu bertanya betul-betul dengan anaknya erana ini meibatkan masa depannya, kebahagiaannnya. Selpas itu mereka menjamah hidangan yang disediakan bersama.

_bersambung_

p/s: assalamualaikum semua, update SKQ-11 sudah menjengah masuk, kepada yang sudi menunggu dgn sabar terima kasih berjuta-juta lemon hehe...BKH sudah selamat dihantar. kepada sesiap yang sudi meringankan jari untuk menurunkan komen mmg dila syg sgt2 hehe...pada sesiapa yang beranggapan  yg bahawa Qushairi adalah batu penghalang antara Is dan Qhai selain intan, anda salah hoho...hero kedua belum muncul lagi hehe....mungkin selepas is dan Qhai berkahwin, baru pengacau yg sebenarnya akan muncul haha *gelak devil........................komen ye sume muah3x  ^,^


10 comments:

idA said...

salam dik..nasib baik adik cakap Qushairi dan intan akan kacau lepas walimatulurus antara Qhai dan Is..at least taklah nampak klise dgt citer adik ni..
kemarahan akak kat abang is mmg meluap luap..kenapa pulak dia nak marah dan dengki kat adik dia sendiri pasal Qhai..yg memutuskan perhubungan antara dia dan Qhai adalah diri sendiri..macam akak nak jetus jetus kepala dia..Akak rasa Qushairi ngan intan mmg boleh berkawen kerana mereka mmg mempunyai sikap yg sama ..ego..perasan bagus dan selalu ingat diri sendiri selalu betul..Akak harap pertunangan dan perkawenan mereka ini janganlah diuji ..dengan fitnah yg bukan bukan..takut nanti kedua dua mereka yg masih muda ini tidak dapat menghadapinya kerana mereka masih muda dan rapuh.

dila said...

hehe...thnks akak atas komennye

'Alya said...

klu bukan Intan & Qushairi agak2 sapa ye tp harap2 dila jgn le beri kedua pasangan muda ni cobaan yg berat sgt2 biar le ringan2 je ye takut nanti kedua mereka tak dpt handle tak ke haru kesian....
congrates dila ^

amorey chenyonye said...

ayoyo..nie yang saspen tunggu sapa org tu.harap2 janganlah cik writter buat jiwa pembaca kacau sangat ye.p boleh juga adakan konflik yg berat2 cket dab yang pastinya buat happy ending,k.hahahaha...

Anonymous said...

gud2..x mcm yg selalu kite expect..
:)..ingat qushairi n intan..

Anonymous said...

best sangat...xsabar nk tunggu is n qhai kawin...siapa yg jadi pengacau tu erk???

yad'z said...

huaaaa.. like sejuta kalii.. heheheheh.... err.. btw, first time datang sini.. heheh.. gud luck for bkh yea.. =)

zai said...

tak kisah la kalau Qhai dan Is kena kacau lepas kawin....biasalah...sedangkan lidah lagi tergigit...tapi jgn la sampai bercerai berai....tak bagus utk kesihatan.....hihi...

Anonymous said...

siapa la hero kedua yg jahat mengacau rumahtangga orang tu yek..sebuk je nak enterfrem dalam ini cerite...apa2 pun nak Is dengan Qhai berbahgia selamanya ....tak suka la ada second hero....dila cepat update ye..teruja dah ni...

Anonymous said...

ceptnye diorg nk khwin..
cinta lps khwin la nie..
Is dh angau..
jd penasaran pingen tahu sape y jd pengacau..
x sbr tugu entry sterusnya...

-ara-