Friday, 9 March 2012

Sejuta Kasih Qairina 12 part 2


Terkocoh-kocoh Qairina menuruni tangga menuju ke dapur. Dalam sejarah, dia bangun lambat gara-gara bergayut dengan Iskandar sampai pukul dua pagi. Inilah padahnya kalau angau sangat. Pejam celik, pejam celik sudah tiga minggu dia menjadi tunang orang. Persiapan perkahwinan pun sudah 70 % siap. Hanya tinggal ambil cincin, baju pengantin dan touch up sikit-sikit saja hantaran.

“Oh mak kau!!” Melatah terus Qairina bila kakinya tersangkut pada carpet tebah di bahagian ruang makan, nasib baik sempat dia memaut penyandar kerusi makan. Kalau tak memang dah selamatlah dia tergolek macam bola dekat situ.

“Ya ALLAH...yang Qhai ni tergesa-gesa semacam aje ni kenapa?” Soal Puan Saliha yang berpaling kebelakang sambil tangannya masih ligat mengacau kopi cap hang tuah didalam teko. Matanya kemudian dikerlingkan kearah jarum jam didinding. Sesaat kemudian kepalanya tergeleng-geleng mengenangkan sikap kalut anaknya pagi itu. Tak lain tak bukan mesti dah lambat masuk pejabat ni.

“Qhai dah lambat la umi..kenapa umi tak kejut Qhai?” Qairina mula merungut, tangannya panjang saja mengambil roti bakar disapu jem diatas meja yang memang disediakan untuknya setiap pagi, dia memang tak sukakan makanan berat kalau pagi-pagi macam ni. Nanti mesti mengantuk

“Hai..bukan selama ni pandai  bangun sendiri ke? Mana pulak pergi jam loceng Qhai? Dah buang luar balkoni.” Sindir Puan Saliha seraya menuangkan kopi kedalam cawan buat anaknya. Dia sendiri yang bangun lambat nak salahkan kita pulak dah, rasa nak diketu-ketu aje kepala anaknya itu!

“Entah...jam tu, masa-masa ni pulak dia nak rosak. Menyusahkan betul!” Qairina menambah lagi rungutannya. Mulutnya laju saja mengunyah roti menuruni tekaknya.

‘hei!! Yang roti ni pun apasal macam lambat sangat nak masuk perut ni? Pagi-pagi ni jugak roti ni nak terasa keras.’ Kutuk Qairina dalam hati. Padahal memang salahnya jugak sebab tak sedar bergayut lama-lama dengan Is malam tadi. agaknya kalau Blackberrynya boleh bercakap, mesti dia dah kena sound. Panas badan Blackberry tu haha..

“Kalau ye pun dah lambat, duduklah dulu kalau nak makan tu. Tak senonoh betullah. Ingat sikit, awak tu dah nak jadi isteri orang..” Puan Saliha sudah mula membuka gelanggang ceramahnya pagi-pagi buta ni.

“Qhai dah lambat sangat ni...pergi dulu umi.” Kata Qairina tergesa-gesa, kopi yang dituang untuknya pun hanya ditelan dua tiga teguk. Sepanas kilat dia merapati uminya dan pipi uminya dicium kejap sebelum melambai-lambai kearah uminya sambil berlari-lari anak menuju ke luar.

“Qhai!! Cincin kahwin dekat Habib Jewel tu bila nak ambil?” Sempat lagi Puan Saliha melaung kearah anaknya yang sedang menyarung kasut tumit tingginya.

“Esok!!” Laung Qairina pula menjawab. Semalam dia sudah mendapat panggilan daripada kedai Habib Jewel yang dipertanggungjawabkan untuk membuat cincin pernikahan dia dan Iskandar, katanya sudah siap. Mungkin besok baru dia akan ambil, nak disuruh Iskandar tolong ambilkan, Iskandar sedang sibuk pula dengan tender baru syarikatnya. Katanya tiap-tiap malam dia tidur pukul 2.00 pagi, kesian pulak dia dengar. Sibuk mengalahkan mentari lagaknya.

Tit..tit...

Bunyi keretanya dibuka, sekelip mata saja tubuhnya sudah menerobos masuk kedalam suzuki swif biru kesayangannya. Sudahlah sepatutnya pagi ini dia ada meeting dengan abahnya. Otaknya sudah buntu untuk mencipta alasan. Ah! Gasaklah, dah terlambat, nak buat macam mana. Bukan boleh putarkan balik masa pun.

Setengah jam kemudian dia sudah tiba di pintu besar departmentnya. Nafas yang termengah-mengah akibat berlari disusun atur semula. Semua yang kaki tangan bawahnya sudah memandangnya hairan. Dalam sejarah dia datang lambat kepejabat, selama ini pukul 8.00 saja dia sudah terpacak dipejabatnya, hari ini pukul 9.00 pagi baru dia sampai. Senyumannya cuba diukir kearah semua anak buahnya. Ada yang tersenyum melihat dia yang kalut pagi itu.

Intan yang sedang membaca dokumen ditempatnya hanya menjeling melihat Qairina yang sediki termengah diambang pintu automatik department. Senyuman kecilnya yang cukup sinis terukir juga. Khabar angin sudah mula menggoncang department mereka sejak dua minggu yang lalu. Bos mereka itu bakal berkahwin pada awal bulan depan. Itu bermakna hanya dua dua minggu saja yang tinggal

Qairina mula megatur kemas langkahnya menuju ke biliknya. Belum sempat dia melabuhkan punggungnya keatas kerusi empuk  miliknya, suara Tia yang muncul diambang pintu sudah kedengaran dengan fail yang dikepit ditangannya.

“Yes..anything for me?” Soal Qairina sebaik saja dia berpaling.

“Bos besar dah tunggu bos dekat bilik meeting. Wakil dari Putra Holdings dah sampai.” Ringkas Tia memberitahu. Sejak semalam lagi rakan-rakan pejabatnya sudah riuh bila mendengar khabar kalau hari ini wakil dari Putra Holding akan datang ke syarikat ini. Padanlah lain macam saja dia tengok dressing semua office girls pagi ni. Vogue-vogue semuanya, tu belum masuk mekap yang ditempek atas muka lagi. Hai..ada hati jugak mereka semua tu nak pancing ikan besar ye...

“Ya ALLAH...nasib baik awak ingatkan saya Tia. Saya dah lupa dah tadi..” kata Qairina seraya mengetuk kepalanya. Itulah akibat tergesa-gesa sangat, habis terbang semua ingatannnya.

“Siapa yang Putra Holding hantar sebagai wakil?” Di kepalanya sudah meneka-neka. Qushairi ke Iskandar yang dihantar sebagai wakil. Sebab biasanya kalu projek besar macam ni, mereka tak akan hantar wakil-wakil yang bawah-bawah.

Tia sudah tersengih penuh makna. Qairina pula yang memandang pelik dengan sengihan setiausahanya itu.

“Bos mesti suka kalau tau siapa yang wakilkan Putra Holdings hari ni..” Tia sudah mula aktiviti sakat-menyakatnya. Pagi tadi baru dia diberitahu kalau wakil sudah bertukar, pada asalnya wakil yang dihantar adalah Encik Qushairi, tapi disebabkan keadaan Encik Qushairi yang tak berapa sihat, Encik Iskandar terpaksa menggantikan tempat abangnya. Semua orang tak tahu kecuali dia.

Intan yang sedang kebetulan keluar dari pantry dan berjalan didepan pejabat Qairina sudah mematikan langkahnya sebaik saja terdengar perbualan antara Tia dan bos mereka itu.

‘Wakil dah bertukar ke?’ Soalnya dalam hati sampai ternaik keningnya cuba meneka.

“Kenapa pulak saya perlu suka?” Soal Qairina sambil tangannya ligat mengagau briefcasenya menarik keluar fail dokummen yang diperlukan nanti.

“Mestilah suka sebab Encik Iskandar yang datang sebagai wakil..” Beritahu Tia dengan muka yang cuku teruja. Dia pulak yang terover happy. Mana tidaknya, selama ni dapat tengok melaui serat khabar aje, hari ni boleh tengok depan-depan. Peluang yang tak mungkin dilepaskan!

Intan diluar sudah terpempam. Iskandar yang datang?

Qairina sudah tersenyum manis mendengar nama tunang tercinta yang meluncur laju keluar dari mulut Tia. Tapi kenapa semalam Iskandar tak cakap apa pun..

“Cepatlah bos...nanti dia orang tunggu lama tu.” Gesa Tia lagi. Lengan bosnya itu terus ditarik keluar. Sampai cepat lagi bagus. Hehe...dapatlah dia cuci mata hari ni.

Intan yang perasan langkah Tia dan Qairina yang menuju keluar terus menuju ke tempatnya. Tak mahu dikatakan dia busy body pula. Hatinya mula disapa rindu untuk menatap wajah Iskandar yang sudah bertahun tak ditemuinya. Entah dia ingat ke tidak lagi padanya. Tapi biasanya orang kata cinta pertama memang susah hendak dilupakan.

Qairina sudah terelak kecil melihat gelagat Tia. Kalau betullah apa yang dikata Tia tu, dapatlah dia berjumpa dengan Iskandar. Sukanya!!

Sebaik saja mereka tiba didepan bilik mesyuarat di tingkat 14, belum dia mengetuk lagi pintu, Tia sudah mengetuknya terlebih dahulu.

‘Eh..eh..Tia ni, dia pulak yang terlebih excited dari aku.” Bisik Qairina dalam hati.

Sebaik saja mendengar suara Ir Zulkefli memberi arahan, tanpa menunggu lama terus Tia memulas tombol pintu. Sebaik saja daun pintu terbuka, dilihat abahnya sedang berbual kosong denga Iskandar yang nampak sangat segak dan kacak dengan kemeja biru jalur putih dan tali leher yang menambahkan lagi ketampanannya. Serius! Dia tak pernah lagi melihat Iskandar dalam persalinan formal macam ni. Ini kali pertama, sebab biasanya dia berjumpa dengan Iskandar pun bila hujung minggu saja. Kalau hujung minggu siapa pulak yang nak berbaju kemeja macam tu. Paling koman pun pakai t-shirt kosong aje. Buang tebiat nanti dikatakan..

Sebaik saja bunyi daun pintu dibuka, segera Iskandar mengalihkan bola matanya dari Ir. Zulkefli kearah pintu. Dan sebaik saja matanya bersabung pandang dengan Qairina, automatik saja senyuman menghiai wajah kacaknya.

‘Hai...rindunya saya dekat awak sayang..cantik pulak tu’ Ucapnya dalam hati. Nak cakap depan-depan malu pulak sebab abah Qairina ada sama. Terpaksa dipendamkan saja rasa hatinya. Matanya segera dikenyitkan kearah Qairina dengan sengihan dimukanya. Dilihat mata Qairina yang cantik itu sudah membulat melihat dia mengenyitkan mata kepadanya.

‘Sempat pulak lagi main-main mata denga aku. Buat malu aje denga Tia.’ Rungut Qairina dalam hati, hujung matanya sudah melirik kearah Tia disebelah yang sudah tersengih macam kerang bsuk sambil memandang dia da Iskandar silih berganti.

“Ha...apa lagi tu, cepatlah duduk. Boleh pulak main-main mata waktu pejabat macam ni.” Suara Ir.Zulkifli yang menegur segera mencantas renungan kedua-duanya. Qairina yang terasa malu denga teguran abahnya itu hanya menunduk memandang lantai.

Iskandar yang turut terasa malu dengan usikan abah tunangnya itu segera membetulkan tali leher yang menjerut dilehernya untuk menghilangkan rasa gugupnya. Ingatkan bakal bapa mertuanya itu tak nampak dia bermain mata denga Qairina. Sekali kantoi daa...

Tia yang sejak tadi menjadi mata-mata juga tergelak kecil mendengar usikan bos besarnya itu. Dalam gelak-gelak sempat lagi matanya mencuri pandang kearah Iskandar yang sudah menayang muka machonya menutup rasa malu.

‘Ya ALLAH...bisa gugur bergolek-golek jantung aku kalau hari-hari menghadap muka handsome tak ingat macam ni. Ini kalau lapar pun akan terasa kenyang kalau hari-hari boleh tengok muka kacak macam ni’ Sempat lagi Tia memasang angan-angan dalam hatinya. Terasa sangat beruntung bosnya Qairina kerana berjaya menambat hati encik Iskandar tu. Dua-dua nampak sagat padan dan secocok untuk bergandingan, sorang kacak tahap tak ingat, sorang pulak cantik tahap dewa! Memang perfect couple la!

Perbincangan mereka berjalan selama sejam lebih, Qairina yang sejak tadi konon-kononnya mendengar dengan tekun hanya memandang kosong kearah dokumen ditangannya. Mana tidaknya sejak tadi dia dan Iskandar hanya bermain isyarat mata saja. Tia yang perasan hanya berdiam diri. Faham sangatlah tu. Rindu!

Iskandar juga begitu, mulutnya saja yang ligat berkata itu ini dengan abah Qairina, padahal hujung matanya selalu mencuri pandang kearah tunangnya. Sebaik saja perbincangan ditamatkan, dia menghela nafas lega. Kemudian dia bersalam dengan abah Qairina seraya melirik matanya kearah jam dipergelagan tangannya. Dah nak masuk waktu lunch. Peluang ni!

“Ermm...uncle. Is nak bawa Qhai keluar makan lunch boleh?” Soal Ikandar tenang meminta izin. Luaran saja yang nampak tenang, tapi dalam hati ALLAH saja yang tahu gemuruhnya.

Please say yes..please say yes..’ Doa Iskandar dalam hati penuh mengharap.

Qairina yang mendengar sudah menjegilkan matanya dengan permintaan Iskandar itu. Hi...buat malu dengan abah dengan Tia ajelah! Padahal dalam hati ah melompat riang.

“Ini kali terakhir abah bagi Is dengan Qhai keluar sama. Tarikh perkahwinan dah dekat sangat ni, tak elok kalau kamu berdua selalu sangat berjumpa. Darah manis..” Ir.Zulkefli mengingatkan anaknya dan Iskandar. Bukan dia tak tahu perasaan rindu dalam hati anak muda itu. Dia pun pernah muda juga. Tapi memang tak elok selalu sangat ketemu bila waktu pernikahan sudah hampir, takut benda tak elok nanti terjadi.

‘Yes!’ sorak Iskandar dalam hati.

“Terima kasih uncle. Nanti Is hantar balik Qhai ke pejabat.” Kata Iskandar tenang menyembunyikan rasa gembiranya. Beberapa minit kemudian Ir. Zulkefli melangkah keluar bersama Tia. Sebelum keluar sempat lagi Tia mengenyitkan mata kearah Qairina sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

Sebaik saja bayang abahnya dan Tia menghilang keluar, Qairina menghembuskan nafas lega. Matanya sudah bulat memandang Iskandar yang sudah tersenyum manis dihadapannya. Pinggang langsingnya sudah dicekak tanda geram. Padahal bukan geram pun, suka ada la.

“Kenapa pandang Is macam tu? Kacak sangat ke Is hari ni?” Tanya Iskandar nak mengusik. Geram pula dia melihat pipi Qairina yang sudah naik pink menaham geram. Kalau saja dia dan Qairina sudah halal, memang sudah dicium-cium wajah comel itu. Sabar sajalah wahai hati...dah tak lama dah tu...

“Kenapa cakap macam tu dekat abah. Malu tau tak.” Bentak Qairina berpura-pura.

“Apa yang nak malunya sayang. Qhai tak nak makan dengan Is ke? Kalau macam takpe la, Is makan sorang-sorang ajelah.” Ujar Iskandar seolah-olah berjauh hati. Riak wajahnya turut berubah menjadi mendung. Punyalah dia rindu dengan Qairina...huhu...sedihnya..

Baru langkahnya bergerak dua tiga tapak kedepan melintasi Qairina, lengan baju kemejanya sudah ditarik dari belakang. Dia menyimpan senyum dalam hati. Menjadi juga lakonannya ye...

“Nak merajuk la pulak. Ok..ok..Qhai temankan Is makan ye. Janganlah merajuk.” Pujuk Qairina sembil melemparkan senyuman yang manis buat tatapan Iskandar. Tak sangka pulak dalam chromosome Iskandar ni ada gene-gene merajuk jugak. Tapi comel aje!

Iskandar berpaling dengan muka yang berpura-pura rajuk.

“Tau takut..” Kata Iskandar.

“Jom..pergi pejabat Qhai kejap, nak ambil handbag.” Ajak Qhairina. Mereka berjalan beriringan turun ke tingkat bawah yang menempatkan marketing department. Sepanjang perjalanan mereka ketingkat bawah, tak putus mata-mata yang memandang kearah mereka. Ada juga yang berbisik-bisik sesama mereka, tapi tak diambil peduli semua tu. Biarlah mulut orang bukannya boleh disalotape.

“Is tunggu dekat sini kejap eh. Qhai masuk kejap.” Kata Qairina sebelum kakinya melangkah melintasi ptu automatik untuk masuk kedalam. Dilihat pekerjanya semua sudah memanjang-manjangkan leher mengalahkan bangau mejenguk-jenguk keluar.

“Amboi...handsomenya cik abang bos..” kKedengaran suara sumbang Yani mula mengusik bila Qairina melintas untuk menuju kebiliknya.

Intan yang tak jauh disitu mula menjengah keluar sebaik saja kata Yani singgah di pendengarannya. Sebaik saja matanya dihalakan kearah pintu besar, bayang Iskandar yang kelihatan segak dengan pakaian formal pejabat terlihat didepan mata. Dilihat lelaki itu sedang bercakap dengan seseorang ditelefon. Hatinya tiba-tiba terasa berdebar, kalau ikutkan hati, mahu saja dia merempuh keluar untuk bertentang empat mata dengan Iskandar yang sudah lama dirinduinya. Tapi dia tak perlu tergesa-gesa, nanti nampak sangat dia ada niat lain.

“Awak semua jangan nak buat gosip pulak ye..” Qairina memberi amaran main-main kepada pekerja-pekerjanya. Bukan dia tak tahu, banyak yang jadi radio rosak dalam departmentnya ini. Nanti kecoh satu syarikat pula walaupun hubungannya dengan Iskandar bukan lagi menjadi rahsia. Tapi dia memang tak suka kalau ada yang suka mengata perihal mereka.

“Tak nak ajak ke saya keluar lunch sekali bos?” Suara Tia pula kedengaran. Ada hati juga rupanya nak makan dengan Iskandar. Tapi bila terfikir semula, mahunya tak tertelan nasi dia nanti bila mata sudah terhidang dengan permandangan indah macam tu. Dia juga yang berlapar nanti.

“Awak nak join ke? Boleh je.” Pelawa Qairina.

“Main-main ajelah bos. Mana boleh kacau bos nak berdating. Nanti kena pecat pulak saya.” Tia mula berseloroh. Kedengaran beberapa pekerjanya turut tergelak kecil mendengar.

‘Haish...dia orang ni ada-ada ajelah’

Sebaik saja tubuhnya menerobos masuk kedalam biliknya, segera disambar handbag LVnya diatas meja sebelum bergerak semula keluar. Tak nak buat Iskandar menunggu lama. Setiap langkah yang diatur menuju keluar turut menjadi perhatian pekerja-pekerjanya.

“Haih..boleh pengsan aku kalau dapat tunang macam tu. Bertuahnya badan...” kata Yanie sebelum melabuhkan kembali duduknya diatas kerusi. Mat yang disebelah sudah mencebik dengki. Tahulah mukanya tak sekacak Iskandar yang berkulit cerah, berhidung mancung. Kulit dia pun ala-ala hangit dengan hidung melayunya. Tapi handsome apa!

Hello...aku pun handsome jugak lah. Entah apa yang korang tengok dekat si Iskandar tu entah.” Bebel Mat.

“Eleh...kalau dengki tu cakap ajelah Mat sebab kau tak sekacak Encik Iskandar tu.” Sindir Yani membalas. Nak bandingkan Mat dengan Iskandar tu, macam langit dengan bumi rasanya hihik...

‘Jahat betul aku ni...” yani mengutuk dirinya sendiri. Bukan dia tak tahu Mat dah lama memendam perasaan, memasang hajat pada bos mereka. Tapi masakan dia tak sedar-sedar diri juga. Mustahil bos akan pilih si Mat tu..

Intan pula sejak tadi sudah menahan rasa cemburu yang mula membakar-bakar hatinya. Rasa nak mengamuk saja dia, biar satu pejabat tahu yang si Qairina yang berpura-pura baik tu sudah merampas teman lelakinya. Berombak-ombak ganas rasa dadanya membendung rasa marah yang meruap-ruap macam gunung berapi yang menunggu masa untuk memuntahkan lavanya. Sakit rasa hatinya melihat pasangan dua sejoli itu melangkah bersama keluar dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Tanpa sedar, tangannya sudah dikepal kuat menahan rasa. Kad jemputan kahwin yang terselit dicelah dokumen diatas mejanya ditarik keluar. Kad jemputan Kahwin Qairina dan Iskandar yang diberikan minggu lepas digenggamnya kuat sampai renyuk habis.

“Sayang...hujug minggu ni kita keluar dating nak?” Soal Iskandar semasa mereka beriringan turn ke tempat letak kereta.

Pelipis Qairina berkerut dengan permintaan Iskandar. Nak dating? Buat apa nak dating-dating, lagi pun bukan elok pun nak berdating-dating bagai. Buat menambah dosa aje. Bukannya mereka halal pun lagi. Biasa kalau dalam list perkataan dating tu mesti ada perkataan ‘tengok wayang’. Tak naklah dia bergelap-gelap dengan Iskandar. Buatnya jantung berdegup laju duduk bersebelahan si tunangnya yang kacak ni bila tengah senyap-senyap dalam panggung tu tak ke malu kalau Iskandar dengar nanti.

Qairina memuncungkan bibirnya. Sesaat kemudian jari telunjuk kanannya dierak kekiri kekanan depan mata Iskandar.

“No...no...no.. tak boleh! Kan abah dah kata tadi, dah nak dekat-dekat tarikh bernikah ni, kita tak elok jumpa selalu. Darah manis.” Qairina teringat semula pesanan abah masa meeting tadi, kira bolehlah jugak digunakan untuk kelentong kan. Lagi pun ada betulnya juga apa yang abahnya pesan iu, mereka tak lama saja lagi akan bernikah, nanti selalu sangat berjumpa takut benda tak elok pula jadi. Nauzubillah...

“Itu alasan kuno la sayang..mana ada orang buat macam tu dah sekarang ni.” Tukas Iskandar, cuba menepis tanggapan tunangnya itu. Orang sekarang bukan kisah dah semua pantang larang macam tu.

“Takde orang guna dah eh? Tak kisahlah...Qhai nak guna jugak. So..hari ni kali terakhir kita keluar dan jumpa. Baik Is renung muka Qhai lama-lama biar tak rindu nanti.” Qairina mula berseloroh. Dia mula berpaling kearah Iskandar disisi. Dilihat mata Iskandar tak berkedip merenung dalam wajahnya. Serta merta itu juga darah merah terasa menyerbu pipinya.

‘Aduss...silap cakaplah pulak. Kan dah malu sendiri.’ Giat Qairina dalam hati.

Iskandar yang perasan pipi Qairina yang sudah memerah menahan gelak. Tadi dia jugak yang menyuruhnya merenung wajahnya lamalama biar tak rindu. Tapi Qairina pulak yang malu bila dia merenung dalam wajah cantiknya.

“Haa...itulah. cakap lagi bukan-bukan. Kan dah malu sendiri.” Ujar Iskandar mengusik. Pintu kereta sebelah pemandu dibukanya sebaik saja mereka tiba dikeretanya yang diparking di tingkat bawah bangunan.

Qairina hanya mencebik mendengar usikan Iskandar. Macam manalah nak kahwin kalau macam ni. Itu baru Iskandar renung dia tak berkelip, dia sudah menggelabah semacam. Kalau lepas kahwin nanti tak tahulah macam mana agaknya. Silap-silap berkurung dalam tandas ajelah jawabnya.

“Kita nak makan dekat mana ni sayang?” soal Iskandar sebaik saja dia menerobos masuk kedalam Lotus Elitenya. Engine dihidupkan dan perlahan-lahan kereta mula mengaum meninggalkan perkarangan syarikat.

Qairina menjungkitkan bahunya. Dia pun bukannya tahu sangat restoran-restoran sekitar sini. Selama ini pun dia hanya mengekor saja kemana-mana restoran yang dibawa pekerjanya. Asalkan dapat mengisi temboloknya yang berkeroncong, itu sudah cukup. Kalau gerai tepi jalan pun dia tak kisah. Tambah lagi kalau makan dengan Iskandar macam ni, makan nasi campur dengan sambal belacan pun boleh terasa macam makan steak dekat five star hotel haha....
******

Teaser next chapter hehe.....

“Aku terima nikahnya Qairina Faqiha binti Zulkefli dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai...” ucap Iskandar dengan penuh tenang dan keyakinan dihati sebaik saja tangannya yang berjabat erat dengan bapa Qairina digoncang. Gemuruh di hati tak payah cakap, rasa sebu saja perutnya saat ini. Tapi rasa bahagia juga turut menjadi miliknya.

“Sah...sah...sah..”

Serentak dengan itu suara kesyukuran mula bergema disekitar masjid besar Putra Presint 9, Putrajaya. Satu helaan panjang terlepas juga dari bibir Iskandar, rasa nak menangis pun ada. Peluh yang sedikit merenik didahinya dilap dengan sapu tangan dan wajahnya diraup tanda kesyukuran. Sebaik saja dia melafaz akad, secara automatik dibahunya sudah diletak satu tanggungjawab yang maha berat untuk membimbing isterinya.

Congrat bro...kau dah jadi suami mulai sekarang, jangan kau ulang balik peragangai lama kau. Kalau aku tau kau masih pergi lagi jumpa Kamal. Memang aku tumbuk muka kau sampai lebam biji mata.” Razif memberi amaran perlahan seraya menunjukkan penumbuknya kearah Iskandar. Tak aci betul! Dia dan suraya yang bertunang dulu, Iskandar dan Qairina pulak yang kahwin dulu.

“Thanks bro...kau tumbuk aje muka aku kalau aku dah tak ingat.” Balas Iskandar seraya menumbuk bahu sahabatnya itu. Sesaat kemudian hujung matanya sempat mencuri pandang kearah Qairina yang nampak anggun dalam persalinan putih gadingnya dengan dikelilingi oleh saudara perempuan familynya. Dapat dikesan mata Qairina yang memerah, mungkin sedih kerana terpaksa berpisah sedikit jauh dengan umi abahnya mungkin.

~bersambung~

p/s: assalamualaikum semua...hanya ini saja yang mampu dila taip dulu huhu...hope ada yang sudi drop komen ye... ^,^ 

8 comments:

idA said...

salam dik..bahgia akak tgk mrk berdua..tapi kenapa pulak minah sengal intan tu nak marah..ek..

Princess ♥ said...

elehhh, si intan tuu nape nak marah !
bukan ke dia yg tinggalkan si Iskandar tuu dulu
sekarang nape dia pegi cakap yg Qairina rampas bf dia
gila hape? maybe si intan tuu sakit jiwa, masuk hospital sakit jiwa jelaa ...


Next chapter nampak gempak !!!
tak sabar2 nak baca :)
lurve it miss writer !
keep on writing ! huhuhu

pnut said...

alololo...suweetnye couple nie..
tp kemunculan Intan tuh yg x best...
msti mcm2 dugaan yg ade nanti..

dila said...

cite ni pnjang lagi, jadi pasti banyak lagi lku yang bakal ditempuhi oleh pasangan muda ni...tp dila suka buat hero heroin yang tetap rasa hatinya, tak akan goyah walaupun ada kehadiran orang ketiga...korg rasa mcam mana???

ruby muksan reds said...

nak lg nak lg cpt sambung.

amorey chenyonye said...

suka2.bagus2 cik dila.buat hero n heroin tetap rasa hatinya walau besar mana konflik tu berlaku.

Anonymous said...

bestnye..jgnlah ade konflik byk sgt ye...plss...
cite ni kan dibukukan ke???

eyza razali said...

Btol2....even bnyk mne konflik yg dihadapi...hope couple ni x dipsahkan..huhi..dila..plezzzz..nk smbgnye lg....hehehe:-P