Monday, 5 March 2012

Sejuta Kasih Qairina 12 part 1



Mata Qairina tidak lepas-lepas memandang kearah ikan-ikan yang berenang didalam kolam yang terletak dilaman rumah. Terasa sepi sudah rumah yang meriah sejak dua hari yang lalu. Masing-masing sudah pulang kerumah petang tadi setelah selamat majlis merisik dan pertunangannya berlansung dengan jayanya

Cincin yang cantik tersarung dijari manisnya direnung lama sebelum bibirnya mula mengoyak senyuman manis. Tidak sangka dalam jangka masa dua bulan dia pulang ke Malaysia saja dia sudah menjadi tunangan orang. Tapi dalam hatinya yang berbalut kebahagiaan, ada terdetik perasaan takut andai keputusan yang diambilnya itu adalah satu kesilapan. Dia mengenali Iskandar tidak sampai sebulan pun, tapi dia sudah berani memperjudikan seluruh kehidupannya untuk membina masjid bersama lelaki itu.

“Hah!! Buat apa tu termenung sorang-sorang anak umi ni? Teringat Is ye?” Puan Saliha cuba serkap jarang. Dari balkoni bilik lagi dia sudah terihat anak gadisnya itu termenung jauh dikerusi laman sambil membelek-belek cincin yang tersarung dijari.

“Tak adalah umi. Nak buat apa ingatkan dia, ingat umi lagi baik. Dapat pahala pun ye..”  Pandai sungguh Qairina berdalih untuk meyembunyikan rasa hatinya. Padahal memang terkenagkan Iskandar pun.

“Kenapa ni? Muka macam gelisah aje?” Soal Puan Saliha berbaur bimbang. Ada riak keresahan yang terbias di wajah anak gadisnya itu.

Qairina terdiam dan memejamkan mata seketika bila mendengar soalan yang diutarakan uminya.

“Umi rasa betul ke keputusan Qhai terima Is?” Tanya Qairina berterus terang setelah membuka matanya. Memang itu yang digusarkan sejak tadi.

“Kenapa sekarang baru nak tanya umi?”

“Qhai tak tahulah...Qhai rasa bahagia bila dekat dengan Is, tapi...Qhai jugak rasa takut. Qhai takut andai pilihan yang Qhai buat ni salah.” Luah Qairina seperti orang yang keliru. Benar, dia cintakan Iskandar. Dia sendiri tak tahu kenapa dia boleh falling in love dengan iskandar dalam waktu yang sesingkat ini. Ke Iskandar sudah bomoh-bomohkannya. Nauzubillah...

“Tepuk dada, tanya hati. Hanya Qhai yang tahu apa yang ada dalam hati Qhai ni.” Nasihat puan Saliha seraya memegang dada anaknya itu.

“Hati Qhai kata, Qhai cintakan Is. Tapi entahlah...Qhai takut Is tak rasa macam apa yang Qhai rasa. Lagipun kami tak kenal lagi satu sama lain dengan lebih mendalam. Kenal macam-macam tu aje.” Ujar Qairina seraya meraup wajahnya melepaskan kegusaran yang ada dibenakya. Dia tak kenal iskandar dan Iskandar tak kenal siapa dirinya.

Puan Saliha tersenyum mendengar luahan hati anakya itu.

“Abah dengan umi pun tak kenal dulu. Semuanya nenek umi yang aturkan. Tapi kami bahagia aje, ada tiga orang anak lagi..” Puan Saliha berseloroh. Memang dia juga berkahwin dengan suaminya atas aturan neneknya. Pertama kali berjumpa pun sewaktu akad nikah dijalankan.

“Dulu lain, sekarang lain umi..abah memang baik, tapi Is...Qhai tak tahu, kalau ikut kata oranglah, Is tu awek keliling pinggang.” Macam mana dia tahu kalau girlfriend Iskandar keliling pinggang? Itu pun Zafira kawannya yang beritahu sewaktu mereka bergayut dua hari lalu.

“Kalau muka dah kacak tak ingat macam tu, memang normallah awek keliling pinggang Qhai. Tapi umi tak rasa Iskandar itu seteruk yang Qhai fikirkan, umi tengok dia masih ingat ALLAH, ingat kiblat. Bukan itu yang lebih penting ke? Dan umi tak rasa yang Iskandar tu betul-betul serius dengan awek-awek dia tu..” Puan Saliha cuba memberi kata-kata semangat pada anknya itu. Kepala Qairina diusap-usap sedikit sebelum ditarik ke pelukannya.

Qairina tersenyum mendengar kata-kata uminya. Memang sepanjang dia berkenalan dengan Iskandar, makin banyak sikap baik terserlah pada lelaki itu. Iskandar sweet, romantik, pandai membuatnya ketawa, dan yang paling penting dia boleh dijadikan imam dalam hidupnya. Sesungguhnya dia terasa bertuah sangat kerana dapat berkenalan dengan Iskandar walaupun masanya terlalu singkat.

“Betul cakap umi, orang kacak macam Is tu mestilah banyak perempuan yang berminat.tapi Insyallah, hati Qhai dapat rasakan kalau Is tu adalah lelaki yang ALLAH kurniakan untuk menjadi pendamping Qhai, imam Qhai, papa kepada anak-anak Qhai nanti...” Luah Qhai ikhlas dari lubuk hatinya. Sekarang dia tidak merasa ragu-ragu lagi.

“Amin..umi selalu mendoakan yang terbaik untuk Is dan Qhai.” Ujar Puan Saliha lagi seraya menegadah keatas langit yang diselimuti bintang-bintang, memanjatkan doa kehadrat Illahi agar anak gadisnya itu membuat pilihan yang tepat dan semoga Iskandar dapat menjadi pembimbing kepada anak gadisnya itu kelak.
“Terima kasih umi..i love you sooooo much.”

“Umi aje, Is?” Soal Puan Saliha dengan matanya yang tertunak pada wajah cantik anaknya yang sudah tersipu-sipu malu mendengar pertanyaannya. Malu-malulah pulak!

“Umi ni kan....mestilah Qhai cinta...” Haa...yang part akhir-akhir tu bunyinya perlahan sedikit antara dengar dan tidak, tapi dengan jarak yang sebegini dekat memang dapat ditangkaplah perkataan cinta yang terluah dari bibir mungil anaknya itu. Haha..kantoi..

“Iee..tak malu..” Giat Puan Saliha seraya menggeletek pinggang anaknya itu sampai kegelian anaknya dibuatnya. Sememangnya senyuman dan wajah ceria itulah yang sentiasa dinanti-nantikan buat menjadi penghias wajah itu.
*******
Matanya sejak tadi tak lepas-lepas dari memandang skrin laptop Applenya yang sudah bekerja sejak dua jam yang lalu. Sebaik saja makan malam selesai, berdesup terus dia naik kebilik tanpa mempedulikan panggilan mamanya, kerja yang menimbun dipejabat terpaksa dibawanya sampai kebilik malam-malam. Abangnya pula entah buat apa dibiliknya sampai turun makan malam pun tidak

Semenjak mereka pulang dari rumah Qairina aka Tunang tersayang hehe...muka abangnya masam saja mengalahkan jeruk mempelam. Entah apa yang abangnya tidak puas hati pu dia tidak tahu. Cubalah senyum sikit, macam dia ni. Bukankah kacak saja..

Bila setiap kali terkenangkan tunang tersayang yang jauh berkilo-kilometer di Damansara nun, automatik saja bibirnya hendak mengoyak senyuman. Perasaan bahagia yang membaluti jiwanya tatkala ini memang membuatkan dia seperti terawang-awangan. Hai...Qhaiku sayang yang cantik manis, apalah yang tengah dibuatnya malam-malam ni.

Tangannya ditopangkan kebawah dagu dengan senyuman yang tak lekang-lekang dari bibirnya menguatkan lagi perkataan ‘angau’ yang sememangnya sudah melekat pada hatinya saat ini. , telinga yang sedang melayan lagu jiwang-jiwang karat sangat kena sekali dengan jiwanya hari ini. Orang kata memang masyuk la!

"Tengah buat apalah agaknya sayang aku tu.” Soal Iskandar sendiri. Entah kenapa malam-malam jiwang begini, ada rasa rindu yang bertiup dihatinya. Sudahlah petang tadi dia tak dapat merenung lama-lama wajah jelita gadis yang sudah memenuhi segenap ruang hatinya. Rasa tidak terlunas lagi rasa rindu yang menyesak dalam dadanya. Iphone 4s yang kaku dihujung mejanya dipandang lama.

“Nak call ke tak nak? Nak call ke tak nak?” Bibirnya dimuncungkan sedikit seraya menimbang tara soalan yang berlegar dalam otaknya yang sarat dengan perkataan rindu. Matanya dipejam kejap, terlayar sudah raut wajah jelita Qairina menari-nari diruang matanya. Matanya dibuka laju dan menikam tajam Iphone 4snya yang seakan-akan memanggilnya supaya mendial nombor tunang tercinta.

“Dia tak tidur lagi kot..” Telah Iskandar sendiri seraya tangannya laju mencapai Iphone 4snya. Punggungnya diangkat dari kerusi empuk meja kerjanya dan berjalan menuju ke pintu balkoni bilik. Seminit kemudian tangannya mencapai kunci Balkoni dan dibukanya, serta-merta tubuhnya terasa nyaman disapa angin malam. Kolam renang membiru yang berorak tenang ditingkat bawah direnungnya kejap sebelum beralih kearah langit yang terhias cantik dengan taburan-bintang-bintang.

Nafas panjangnya ditarik dan dihembus perlahan. Nombor Qairina didialnya laju, seketika kemudian lagu one in a million nyanyian Ne-yo mula berkumandang.

Qairina yang baru keluar dari bilik air dengan rambut yang masih berbalut dengan tuala segera mencapai Blackberrynya yang menyanyi diatas katil. No ID pemanggil dijelingnya sekilas dan tanpa sedar senyuman angau turut terukir dibibirnya. Memang padan sangatlah tu, dua-dua spesis angau!

Qairina berdehem seketika untuk membetulkan letak suaranya. Wajahnya yang tiba-tiba terasa naik suhunya ditepuk-tepuk perlahan. Tolonglah jangan memalukan diri Qairina...

“Assalamualaikum...” Suara gemersik Qairina mula memberi salam sebaik saja panggilan disambut.

Iskandar dibelah sana sudah terasa hendak melayang kelangit gayanya sebaik saja suara gemersik Qairina menerobos masuk ke cuping telinganya. Rasa nak terjerit-jerit saja tengah-tengah balkoni ni. Punyalah terlalu teruja mendengar suara orang tersayang. Nafasnya yang terasa kencang mula diatur semula. Habislah hilang macho macam ni!

“Waalaikumsalam sayang..” Sambut Iskandar dengan penuh romantik. Rasa dalam hati sudah melompat-lompat riang mengalahkan kanak-kanak ribena pulak.

Makin lebar nampaknya senyuman Qairina yang terukir di bibirnya. Terasa menyusup masuk perkataan sayang yang diluahkan tadi kedalam hatinya dan melekat kuat disitu. Alahai..kenapalah romantik sangat suara pak cik aku ni pun...cair jadinya!

“Ada apa call ni?” Soal Qairina sekadar untuk menutup perasaannya yang sudah berbungabunga kembang daripada dapat dihidu Iskandar disana.

“Saja-saja aje tak boleh ke call? Ha...ni nak merajuk ni. Orang call nak lepaskan rindu pun tak boleh. Dahlah petang tadi tak dapat cakap satu patah haram pun dengan Qhai.” Iskandar mula merungut seperti budak-budak. Muncung mulutnya sudah keluar, memang tak padan langsung dengan umurnya yang sudah menginjak keusia 26 tahun.

Kedengaran ketawa kecilQairina terletus dihujung talian sana

“Tak rindu Is ke?” Soal Iskandar sekadar menebak.

Qairina sudah melabuhkan duduk diatas katil Queen sizenya. Cincin bertatahkan belian yang tersarung cantik dijari runcingnya ditatap sekejap.

“Rindu...” Jawab Qairina tanpa sedar. Dua saat kemudian baru dia tersedar ketelanjuran katanya.ish! rasa nak dicubit-cubi saja mulutnya yang lancar menuturkan kata rindu. Buat malu sajalah!

“Eh...arr...Qhai rindu dekat mama Is.” Qairina mula memosongkan ayatnya. Kalaulah Iskandar ada didepannya sekarang, memang dapat dilihat pipinya yang sudah merona merah mengalahkan cili. Hujung bbirnya sudah digigitnya kejap.

“Kalau rindu tu cakap ajelah sayang...sebab Is pun rindukan Qhai. Rindu sangat-sangat.” Iskandar berkata terus terang. Kenapa perlu ditipu hatinya sendiri kerana memang itu yang dirasakannya.

“Tak malu...gatal!” Balas Qairina pula. Tubuhnya yang berbalut baju tidur mickey mousenya sudah dibaringkan diatas katil seraya matanya merenung siling.

“Kenapa perlu nak dimalu-malu kalau memang itu kebenarannya sayang! Qhai tak rindukan Is eh?”

Qairina terdiam kejap bila menangkap nada jauh hati daripada butir kata yang terluah tadi. alololo...merajuklah pulak abang sayang ni.

“Ok...i lied...i miss you too...” Luah Qairina penuh perasaan. Rasa nak berguling-guling atas katilpun ada dek rasa angau yang melanda diri.

Iskandar menarik senyuman nakal. “Qhai tak nak luah apa-apa dekat Is ke?” soal Iskandar untuk mengorek rahsia hati gadis yang dipuja itu. Sewaktu dalam perjalanan pulang dari rumah Iskandar tadi, mama sudah memberitahunya yang mereka meminta pada umi abah Qairina agar perkahwinan mereka dilangsungkan awal bulan depan nanti. Naik terbeliak matanya mendengar kata mama itu. Masakan tidak, hari ni sudah 10/7/2011, itu bermakna mereka hanya punya masa beberapa minggu saja lagi untuk mempersiapkan diri.

“Luah apa?” Soal Qairina dengan kerutan didahi.

“Luah perasaanlah sayang. Qhai tak pernah cakap pun Qhai cintakan Is.” Kata Iskandar tanpa berselindung. Dia perlu mendengar kata-kata cinta dari Qairina buat dirinya supaya dia tak perasan sendiri saja. Manalah tahu sebenarnya selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia saja yang meraasa cinta padahal Qairina langsung tak terasa apa-apa.

“Awek-awek Is yang ramai keliling pinggang tu nak campak mana pulak kalau macam tu?” Qairina menyoal selamba badak.

“Campak lombong, campak laut, campak sungai, campak dalam tong sampah...campak ajelah dekat mana-mana.” Iskandar berseloroh menjawab, dapat dikesan nada cemburu pada soalan yang menusup masuk kependengarannya.

“Kejamnya..habis tu Qhai ni Is nak campak mana pulak?” Qairina masih belum berhenti-henti bertanya. Seminit..dua minit, masih tak ada jawapan yang berbalas. Yang kedengaran hanyalah nafas halus yang kedengaran hangat menampar cuping telinganya. Hatinya sudah berdebar kuat ibarat paluan gendang yang dipukul laju menanti jawapan dari belah sana.

“Qhai...Is campak dalam hati, Is ukir dalam-dalam nama Qhai agar nama Qhai tak akan pernah padam buat selama-lamanya.” Cukup romantis Iskandar membalas setelah kepalanya pulas memikirkan ayat yang cukup ikhlas untuk didengar buat si gadis yang setia menunggu disana.

Tubir mata Qairina yang bening sudah mula terasa hangat. Hatinya wanitanya cukup terusik dengan kata-kata romantik dan cukup ikhlas ditelinganya itu. Rasanya terasa hingga ke lubuk hati. Perlahan-lahan empangan matanya yang sudah sarat menahan air mata gembira mula pecah, mengalir menuruni lekuk pipi mulusnya. Kalau Iskandar ada didepannya, memang sudah dipeluk-peluk tubuh gagah milik lelaki itu. Memang tak malu sungguhlah kau Qhai!

Iskandar yang cekap menangkap bunyi sedu dihujung talian tersenyum.

Touching ke sayang?” Soal Iskandar lembut.

Qairina mengelap pipinya yang basah. Hidungnya juga sudah terasa mula tersumbat dengan hingus gara-gara terlalu terharu.

“Tak adalah..biasa aje.” Qairina masih berdalih.

“Tapi kenapa Is dengar macam ada orang nangis ye dekat sana? Hantu tak?”

“Hish! Ada ke cakap pasal hantu tengah-tengah malam ni.” Marah Qairina pula, sudahlah baru semalam dia menonton cerita seram indonesia Suster ngesot. Ini semua gara-gara desakan kak Ann yang teringin sangat menonton, tapi tak berani pulak nak tengok sorang-sorang. Habis diseretnya dia dan Tini duduk didepan televisyen menonton filem itu. Bila teringat semula, serta-merta bulu romanya terasa meremang.

“Tak sangka penakut jugak Qhai ni ye...tapi tak apa, nanti bila kita dah kahwin, sayang boleh peluk Is pulak kalau takut.” Seloroh Iskandar nakal. Tubuh yang mula terasa kedinginan mula menggosok-gosok lengannya. Kakinya melangkah masuk semula kedalam bilik dan pintu balkoni ditutup semula. Jam loceng ditepi katilnya dikerling sekilas, sudah pukul sepuluh setengah malam.

“Hii...perasan. siapa pulak yang nak kahwin dengan dia. Qhai nak kahwin dengan putera raja yang turun dari langit.” Qairina menjawab bersahaja. Patung spongebob besarnya dipeluk erat. Membayangkan kalau saja spongebob itu Iskandar, memang dia tak lepas dah sampai pagi esok. Gatal ye kau Qhai.

“Dan Is yakin, Islah putera raja yang Qhai tunggu-tunggu selama ni.” Ketawanya mula meletus. Perasan betullah kau Iskandar, ada hati nak jadi putera raja.

“Qhai...mungkin Is ni taklah sebaik Saidina Umar Al-kahattab, Is taklah sebagus Saidina ali karamallahu wajhah, Is taklah sekacak David Beckam. Tapi yang Is tahu...i’m falling in love with you. Is cintakan Qhai, Is sayangkan Qhai, Is kasihkan Qhai. Mungkin Qhai rasa tak logik semua ni sebab kita baru kenal sebulan lebih, tapi...masa tak pernah membataskan seseorang untuk jatuh cinta. Is tak pernah rasa macam apa yang Is rasa dekat Qhai bila Is bersama dengan perempuan lain. Ada perasaan Istimewa yang mula tumbuh dalam hati Is buat Qhai dan Is rasa Is tak mampu nak menafikan perasaan yang mula bebunga dalam hati ni. Is cintakan Qhai dengan sepenuh hati Is...i love you sayang..” Terluah sudah kata keramat dari bibir Iskandar. Menyapa lembut gegendang telinga Qairina diujung talian. Dia sudah bersedia untuk melayar bahtera perkahwinan bersama Qhairina. Biar sebesar mana badai dan gelora yang bakal ditempuhi mereka kelak, dia sanggup meredah bersama asalkan Qhairina ada disisnya.

Qairina terkedu mendengar kata cinta yang ditujukan ikhlas buatnya. Sekali lagi empangan matanya pecah dibuat Iskandar.

“Qhai cintakan Is. Qhai sendiri tak tahu bila perasaan tu mula hadir, tapi yang Qhai tahu, sehari tak dengar suara Is, Qhai boleh jadi sasau. Sehari tak nampak  muka Is, Qhai boleh jadi gila bayang. Rasa rindu yang mula menyesak dalam dada ni memang sudah tak teranggung lagi rasanya...”

Qairina mengambil nafas dalam sedalam-dalamnya sebelum menghembus perlahan. Dia sudah bersedia!

“Sudi tak andainya Qhai lamar Is untuk menjadi imam dalam solat Qhai, menjadi raja dalam hati Qhai, menjadi nakhoda dalam bahtera perkahwinan kita...dan...menjadi bapa buat anak-anak Qhai kelak?” Ujar Qairina penuh lembut. Fuhh...terluah sudah....

Iskandar terpempam diatas katil, serasa telinganya tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya itu. Qhai melamarnya? Qhai melamarnya agar dia dapat menjadi bapa kepada anak-anak mereka kelak? Seandainya benar apa yang didengarinya itu, sejuta kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi atas kurniaan itu. Dialah lelaki yang paling bahagia atas bumi ini rasanya. Yahoooooooo.........................

“Sudi!! Is sudi dengan sepenuh hati Is!” Jawab Iskandar penuh teruja. Terbangun dia sudah dari burai katil dan melompat-lompat dia dek terlalu gembira. Senyuman yang terkoyak dibibirnya makin melebar dirasakan masa ini.

“Kalau macam tu awal bulan depan kita kahwin..” Ajak Qairina. Pipi mukanya yang sudah mencapai takat didih dikipas-kipasnya kejap, berharap dengan berbuat begitu suhu pipinya dapat diturnkan sedikit. Macam-macamlah kau ni Qhai! Terasa hendak menjerit satu rumah beritahu yang Is sudi untuk berkahwin dengannya. Yes!

“Assalamualaikum Iskandarku sayang..good night, sweet dream, sleep tight.” Ucap Qairina sebelum mematikan panggilannya dek rasa terlalu malu untuk terus berbicara dengan Iskandar. Seminit kemudian dia terjerit kuat menzahirkan rasa gembiranya seraya memegang kedua-dua belah pipinya.

“Kenapa tu Qhai? Terjerit tengah-tengah malam buta ni?” Suara Puan Saliha mula kedengaran risau dariluar pintu.

“Tak ada apa umi...” Laung Qairina pula dengan senyuman lebarnya. Patung spongebob diatas katilnya dicapai dan dipeluk-peluknya erat seakan-akan Iskandar yang sedang dipeluknya.

Disebelah Iskandar pula, kakinya sudah mula bergegas menuruni tangga menuju kearah ruang menonton televisyen. Nasib baik tak tersadung. Sebaik saja tiba-didepan papa dan mamanya yang sedang menonton slot seram ditv3, nafasnya yang sedikit termegah diatur semula, air liurnya ditelan kejap.

“Hah...kenapa pulak ni?” Soal Tan Sri tengku Muhaimin bila melihat anak bujangnya itu yang turun termengah-mengah. Ada hal emergencykah?

“Is nak kahwin!” kata Iskandar penuh yakin dan semangat. Tak perlu tunggu-tunggu sampai awal bulan depan. Kalau boleh esok juga dia nak bernikah dengan Qairina. Serasa hatinya ak sabar lagi untuk melayari bahtera perkahwinan bersama gadis kesayangannya itu..........

Qushairi yang kebetulan melintasi ruang menonton tv untuk ke tingkat atas tergamam dengan kata-kata yang keluar dari mulut adiknya itu. mug yang berisi air milo panas ditangannya sudah terlepas dan bunyi deraikan kaca kedengaran mengejutkan ketiga-tiga insan diruang menonton. Sesaat kemuadian mereka semua sudah berpaling kebelakang............

~bersambung~

p/s: pin..pin..SKQ 12 part 1 dah jengah blog...jom lyan n komen anda sgat dialu-alukan ok ^,^

11 comments:

zawani mukhtar said...

adoi sweet giler, mcm trtumpah gula...

idA said...

salam..rasanya satu tamparan hebat pada alongnya yg masih ada perasaan cinta yg mendalam pada Qhai..
Perkawenan antara Qhai dan Is akan membuatkan alongnya tak keruan..adakah ini akan memungkinkan alongnya gagal menahan emosinya dan menyuruh adiknya reschedule akan tarikh nikahnya ..Harap Is dan Qhai akan bersatu..walaupun ada rintangan yg mendatang dari alongnya..

itu_aku +_^zue said...

cpt la kawen.
nnt qushairi wat paln mcm2 plak.

Anonymous said...

BEST LA..
Tak sabar nak tunggu perkahwinan Is dan Qairina.

Che Laila said...

ark..ark..ark...teruja-teruja....sweetnya....

Husnina said...

Ya Allah, sweetnya Is dengan Qai ni. Tapi kesian pulak dekat Abang Is. Mesti patah hati gila2 tuh. Hahaha. Thanks :))

pnut said...

best dila..
sgt sweet couple nie..

dila said...

thanks untuk sume komen yg memberansangkan...nantikan e-novel yg ketiga plak dlm mse terdekat ni hehe...Kau kahwin dengan aku??? i hope you all support my third e-novel too...

purple_heart said...

Alolo.. Sweet nye... Qhai lamar Is.. Huh.. Sweet... Cepat la smbung erk!

Princess ♥ said...

saye suke !!!
tersengih2 saye bace, tergelak2 pun ade
huhuhu, gatal-nyeee saya ni
love this post , tapi rasa pendek jee,
takpe2 asalkan miss writer sudi menulis n3 sudah mencukupi
KEEP ON WRITING ! i love your writings as long as I can !
@_@

p/s: harap2 xde perkara buruk terjadi kpd hero n' heroin e-novel SKQ
waiting for the HAPPY ENDING :))

Lori said...

ark..ark..ark...teruja-teruja....sweetnya....