Friday, 2 March 2012

New project e-novel: Secebis Lakaran Cinta


Sinopsis:


Bila Atuk misai melentik dah buat keputusan. Itu bermakna tak ada sesiapa yang boleh membantah, pada siapa yang membantah...adakah anda bersedia untuk dikejar dengan parang kebun pisang atuk?  Itulah yang terjadi dengan Raisha Mahirah aka Ray, sanggup dia meredah kebun pisang malam-malam semata-mata tidak mahu kahwin dengan lelaki bandar pilihan atuk.

“Sebelum atuk mengganas...ada baiknya aku cabut dulu. Karang tak pasal-pasal ada anggota badan aku yang hot kebabomm ni hilang pulak” ~ Ray

“kenapa perlu mama dan papa yang atur dengan siapa yang Hasif perlu kahwin. Tak boleh ke Hasif hidup sendiri aje!” ~ Hasif Nadhmi

Sekali Ray buka mulut, patah kata yang keluar macam machine gun, nak digandingkan pula dengan Si lelaki tidak ada mulut pilihan atuk. Ibu Ray selalu cerita kisah Fairytale  Cinderella masa zaman kecil-kecil, putera raja jatuh cinta dengan gadis miskin compang camping. Tapi boleh ke si putera silent jatuh cinta dengan cindarella bermulut becok. Adakah perang dunia baru akan terletus? Sudah bersediakah kedua-duanya dengan senapang gajah dan perisai batang pisang??

“kau boleh senyap tak sebelum aku stapler mulut kau!” ~ Hasif Nadhmi

“Hello? Ingat muka kau tu handsome sangat ke? Kalau setakat muka kau ni, monyet dekat hutan tu pun aku boleh kata lagi kacaklah...” ~ Ray

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat. Tapi dalam kes ni boleh ke dari pahit bak peria bertukar menjadi manis bak gula-gula kapas?


watak:

                                                  
                                                        Hasif Nadhmi (hero)- si lelaki bisu


                                          Raisha Mahira aka Ray(heroin) - si perempuan becok



p/s: hehe...ini projek terbaru dila...hrap ada yg sudi komen...

8 comments:

m said...

yeayyy! ada cite baru! bila nak start?

dila said...

hehe...x pasti lagi

iboo said...

menarik....cpt2 post entry tau..

lieyna said...

mcm menarik j kan..xsabar nak tgu nie..

RinsyaRyc said...

rindu kat BKH .. :'(

dila said...

haha..nk wat mc mne rin...kte tggu dlu berta baik bru dila msukkan blurbbb BKH

fyda said...

xsabar nak tggu..
cam best je..

aR_aD (nAbA) said...

bru nk strt bc.. huhu... lmbt jupe..:(

 

~ Coret- coretan Hatiku ~ Published @ 2014 by Ipietoon