Monday, 26 March 2012

Sejuta Kasih Qairina 14



“Ketepi...ketepi semuanya!!! Pengantin handsome nak lalu ni nak jumpa bidadari syurga dia ni. Tolong beri laluan ye semuanya....” Kecoh sekali suara Kak Ann memecah suasana ruang solat masid putra yang dibanjiri oleh semua sanak saudara itu. Ada yang tergelak mendengar celoteh itu, dan tak kurang juga ada yang hanya tersengih-sengih sumbing seraya memerhatikan langkah si pengantin lelaki yang diatur penuh segak menuju kearah si pengantin perempuan yang cukup anggun bersimpuh diatas bantal baldu ditengah-tengah ruang solat itu.

Iskandar yang memasang telinga sambil jalan beriringan dengan kaum kerabatnya yang turut tidak mahu melepaskan peluang melihat upacara pembatalan air sembyang hanya tersenyum simpul mendengar kata-kata pujian kakak sepupu isterinya itu.

‘Isteri? Yes...my lovely wife’ detik Iskandar dalam hati. Diperhatikan wajah jelita isterinya yang sedang tertunduk malu menunggu ketibaannya. Senyuman penuh berbunga terukir juga dihujung bibirnya menzahirkan rasa kebahagiaan yang tak terhingga yang menghingga dihatinya.

“Assalamulaikum sayang....” Iskandar memulakan sapaan sebaik saja dirinya tiba dihadapan isterinya. Lututnya sudah mula mencecah lantai yang diselimuti karpet itu, bertentang searas dengan isterinya yang nampak cukup anggun dengan persalinannya. Sinaran flash dari kamera, sama ada yang ditempah khas mahupun jurufoto tak betauliah memenuhi semua sudut disekeliling mereka.

“Waalaikumsalam...abang.” sambut Qairina dengan nada malu-malu. Mana tak malunya kalau mereka menjari tumpuan berpuluh-puluh pasang mata disekeliling. Panggilan pun dah berubah..ewahhh..

‘Abang??’ rasa panggilan itu sangat asyik membelai jiwanya. Nampaknya dia memang betul-betul angaukan isterinya sendiri. Dipanggil dengan panggilan ‘ abang’ saja dia sudah terasa hendak melompat hingga keatas langit. Kalau panggil ‘sayang’ entah tercampak sampai kemana pula dia nanti.

“Bro...cincin.” tegur Razif menyedarkan Iskandar yang nampak macam orang dipukau. Kalau ye pun nak merenung-renug, tunggulah dalam bilik nant. Kotak baldu berwarna biru yang sudah sedia dibuka diunjurkan pada Iskandar.

“Huh?? Owh...cincin..” Iskandar baru tersedar bila lengannya dirasa dicuit.

“Amboi Is...cantik sangat ke si Qhai ni sampai terpegun dibuatnya..” Kak sarah pula mula mengusik. Hei!! Agaknya memang genetik keluarga belah Qairina ni memang ada gene suka usik-mengusuik, sakat menyakat agaknya!

“Memang cantik pun kak Sarah..” balas Iskandar penuh jujur sampai naik merah pipi isterinya dibuatnya.

“Abang!” tegur Qairina tajam walaupun kedengaran perlahan. Dicubit halus lengan suaminya. Sekarang bolehlah main cubit-cubit, cuit-cuit, dah ada lesen besar tok kadi bagi hikhik...

Tanpa teragak-agak lagi, Iskandar segera mencapai tanga halus milik isterinya. Kali pertama bersentuhan dengan isterinya setelah satu jangka mangsa mereka bercinta. Ada rasa ketenangan yang terselit disitu, entah kenapa hatinya tak dibebani dengan rasa bersalah untuk bersentuhan dengan isterinya, mungkin kerana mereka telah dihalalkan adalam ikatan yang sah dan diberkati oleh ALLAH. Lama dan ralit matanya merenung jari jemari runcing isterinya yang menggebu putihnya. Rasa nak dicium-cium saja jari jemari itu, lembutnya terasa menusuk hingga ke kalbu. Tapi takkan nak cium-cium depan orang ramai pula. Dia pun tahu menjaga adab, disabarkan sajalah hatinya...

“Kau tunggu apa lagi? Sarunglah cepat. Ke kau nak aku sarungkan? Aku on je.” Rzif mula bercelucon menegur Iskandar yang nampak begitu teruja memegang tangan halus isterinya. Ini yang membuatkan dia jadi makin tak sabar untuk memaknakan lagi hubungan yang terjalin antara dia dan suraya.

“Hish...sibuk ajelah kau ni!”

“Dah tu yang kau tenung tangan isteri kau tu lama-lama buat apa? Kemera semua dah ready dah ni.” Ujar Razif lagi. Semua yang ada disekeliling mereka hanya tersenyum penuh makna. Iskandar mendengus kecil sebelum memandang lembut wajah jelita isterinya dihadapan. Dilihat kening kanan isterinya dijugkitkan seperti bertanya kepadanya, namun dia hanya tersenyum nipis.

Sebentuk cincin bertatahkan berlian yang ditempah khas dari Habib Jewel dikeluarkan dari kotaknya, dengan penuh sopan dia menyarungkan cicncin kejari manis kiri isterinya sebagai simbolik kalau isterinya kini adalah miliknya yang mutlak. Tanpa disuruh sesiapa, laju saja bibir merahnya mendarat kedahi licin isterinya. Lama sekali sehingga merona merah pipi isterinya. Dengan itu, serta merta mereka berdua disimbahi dengan cahaya flash yang menyilau dari pelbagai sudut bagi mengabdikan saatsaat manis itu.

“Amboi..amboi Is. Gelojohnya dia. Takkan lari kemana bini awak tu.” Suara Kak Ann kedengaran menyakat mereka, meyebabkan mereka berdua tersenyum simpul.
*******
Qushairi bertelekuk keseorangan di atas pagar batu perkarangan masjid Putra tersebut. Ruang legar di dataran luas dihadapan masjid itu nampak lapang dan lengang dengan sanak saudara yang datang. Pastinya mereka sedang sibuk mengambil gambar dan menjadi pemerhati setia didalam. Pandangan kosong dilepaskan kearah ruang lapang dihadapannya tanpa perasaan. Sebaik saja dia berpelukan dengan adiknya tadi mengucapkan tahniah, dia terus menghilang dicelah orang ramai menuju keluar. Tidak sanggup rasanya berlama-lama disitu melihat riak wajah bahagia yang terbias diraut muka adik dan Qairina, bimbang air matanya bakal jatuh menitis kebumi.

Nafasnya ditarik cukup panjang dan dalam sebelum melepaskanny kuat untuk melapangkan dadanya yang terasa cukup sempit tadi. terasa ada beban yang menghimpap dadanya tadi sebaik saja mendengar lafaz akad nikah yang meluncur lancar dan tenan oleh adiknya. Matanya dipejam rapat, cuba memunasabahkan dirinya supaya melepaskan segalanya dengan ikhlas. Mungkin ada seseorang yang lebih baik ALLAH telah takdirkan buatnya diluar sana.

“Ehem...” bunyi yang kedengaran dari arah belakangnya berjaya menarik perhatiannya. Matanya dibuka laju sebelum menoleh kebelaang melihat siapa gerangan yang menegurnya tadi.

“You buat apa duduk sorang-sorang dekat sini? Orang lain semua tengah tangkap gambar dekat dalam tu. You tan nak join ke?” suara tunangnya Hani menampar lembut cuping telinganya. Entah kenapa tiba-tiba hatinya terasa ada getaraan yang mula bermukim dihatinya yang selama ini tidak pernah dirasakannya bila mendengar suara gadis itu setelah lama mereka tidak bertemu. Sudah hampir tiga minggu mereka tak ketemu, kali terakhir mereka berjumpa adalah ketika majlis ulang tahun perkahwinan mama dan papa Hani.

Matanya menyapu bersih seraut wajah yang nampak cantik berbaju kurung moden biru berbunga kecil yang mula mampir kepadanya. Seketika kemudian duduknya juga dilabuhkan keatas para batu disebelahnya seraya memandang  kosong kehadapan.

“You pulak buat apa dekat sini? Kenapa tak pergi tangkap gambar dengan pengantin dekat dalam?” soal Qushairi pula sambil memandang sekilas kearah Hani yang nampak tenang saja disisinya. Tudung yang melitupi kepala Hani kelihatan beralun sesekali, lembut ditiup angin.

“Seganlah, orang dekat dalam tu asyik bertanya aje, bila pulak I nak kahwin. I malas nak jawab. Speechless.” Hani memberi alasan. Hujung matanya dapat menangkap renungan yang tertunak kewajahnya lama sehingga dia sendiri berasa tak selesa tiba-tiba. Malu direnung sebegitu rupa, walaupun yang merenungnya itu adalah tunangnya sendiri. Walaupun mereka bertunang, tapi dia sendiri tahu kalau Qushairi sendiri tak pernah menyukai dirinya. Qushairi bertunang dengannya pun hanya disebabkan gesaan mamanya.

Rasa bersalah mula terbit dihati Qushairi mendengar kata-kata Hani itu. Sunngguh dia benar-benar terasa bersalah terhadap Hani. Dia yang selalu sangat meminta agar tempoh pertunangan mereka ditangguhkan sedingga dia bersedia. Tapi dia sendiri tak pernah mendengar pendapat Hani, setujukah, sedihkah...yang difikirkan hanyalah hatinya sendiri. ‘tak berhati perutkah aku?’

I’m so..sorry.” luah Qshairi perlahan dan lemah. Wajahnya yang tadinya mendongak mula menunduk ke bawah. Dia telah banyak menyakiti hati Hani selama ini dengan sikapnya yang acuh tak acuh dalam melayan tunangnya itu. Sudah hampir masuk dua tahun mereka bertunang, tapi mereka tak pernah sekali pun berbincang tentang arah tuju hubungan mereka.

“Kenapa you nak minta maaf pulak. You ada buat salah ke?” soal Hani sekadar menduga. Apalah yang nak diharapkan daripada si tunang yang langsung tak pernah mencintainya. Hanya dia saja yang terhegeh-hegeh menabur cinta. Dia juga punya rasa malu dan penat. Penat hendak mengejar cinta Qushairi yang dirasakan terlalu tinggi dan jauh untuk digapainya.

“I minta maaf sebab i dah banyak sakitkan hati you selama ni. I tak pernah fikir langsung soal perasaan you bila i mintak tangguhkan pertunangan kita.”

Hani terdiam seketika. Matanya ralit memerhatikan pemuda disebelahnya ini yang masih menunduk kebawah. Sedikit-sedikit, senyuman nipis mula terukir dibibir merahnya. Kali pertama dia mendengar Qushairi menuturkan kata maaf padanya.

“Tak apa, I faham. Memang susah sebenarnya kita nak menerima seseorang yang kita tak cinta untuk masuk dalam kehidupan kita, apatah lagi nak menghabiskan sepanjang hidup sebagai suami isteri. Itu bukan keputusan yang mudah untuk diambil. Berkahwin tanpa cinta, rasanya lain dengan berkahwin kerana cinta.”

“You menyesal ke sebab terima pertunangan ni?” tanya Qushairi ringkas. Matanya merenung lembut wajah gadis disisinya itu. Lembut dan cukup menenangkan jiwanya. Kenapa selama ini dia tak pernah perasan dengan kehadiran Hani disisinya?

Hani mengegeleng perlahan. “Tak. Bagi I, kalau mama papa I bahagia dengan keputusan yang I ambil, I akan lebih bahagia. I sanggup putuskan hubungan I dengan Khalil dulu untuk membahagiakan mama papa I...” cerita Hani pula. Ada nada sebak yang terselit pada kata-kata itu. Memang benar, dia putus dengan teman lelakinya dulu pun disebabkan papanya. Papanya sampai jatuh sakit diserang sakit jantung akibat bantahan kerasnya untuk bertunang dengan Qushairi dulu. Tapi disebabkan rasa cintanya pada papa dan mamanya yang melebihi dari cintanya terhadap Khalil, terpaksa dilepaskan cintanya itu pergi mencari arah lain.

Namun bila hatinya sudah belajar untuk mencintai tunangnya itu. Cintanya pula dipandang sepi tanpa balasan. Malah dia ingat lagi kata-kata Qushairi selepas empat bulan usia ertunangan mereka. Qushairi kata kalau ada insan lain yang sudah bertakhta dihatinya. Dia juga disuruh jangan mengharap atau menagih cinta dari Qushairi lagi, kerana cintanya tak mungkin akan berbalas. Sakitnya hanya ALLAH saja yang tahu, tapi di harus redha dengan dugaan itu asalkan mama papanya bahagia.

Terkelu sudah lidah Qushairi untuk membalas kata. Bukan dia tidak tahu kalau dulu Hani sedang bercinta bersama lelaki lain semasa pertunangan mereka diusulkan dulu. Cuma sengaja dibutakan matanya untuk mengambil tahu.

“Eh...dahlah, nanti lama sangat dekat luar ni mama  I risau pulak. Oo...lupa I nak cakap, minggu depan I pergi singapore, may be dalam sebulan lebih macam tu. Ada kerja sikit dekat sana.” Kata Hani seraya turun dari batu itu dan mengibas-ngibas sedikit baju kurung biru yang dipakainya. Tudungnya yang terkemek sedikit juga dibetulkan saja ala kadar.

Qushairi memandang lama seraut wajah itu. Ada debaran yang bertiup dihatinya membuatkan jantungnya mula berdegup pantas daripada biasa. “kenapa you beritahu I pulak?” soal Qushairi untuk menebak hati gadis itu.

Hani tersenyum nipis. “manalah tahu you nak cari I pasal kerja ke. You nak jumpa I ke. Just nak inform pada you, nanti tak adalah you tercari-cari.” Ujar Hani penuh riak selamba. Tapi bila tak ada balasan yang diterimanya, dia segera berpaling. Berkira-kira untuk meninggalkan tempat itu. Hatinya sudah terasa lain macam dengan pandangan lelaki itu.

“Hani..”Qushairi memanggil. Sesaat kemudian, kelihatan Hani berpaling kearahnya dan keningnya diangkat seperti bertanya.

“Ermm...hari rabu ni sebelum you berangkat ke Singapore, kita keluar lunch boleh?” tanya Qushairi dengan nada suara yang seperti ditahan-tahan. Menahan rasa dada yang begitu kuat menghentam dinding hatinya. Tapi demi melihat senyuman manis yang terbit diwajah yang tak pernah terukir lansung dihatinya selama ini, benar-benar membuatkan hatinya melompat riang.

“Nanti i tengok schedule I dulu. Apa-apa nanti I call you. Ok.” Balas Hani sebelum begerak masuk semula kedalam masjid bersama senyuman yang tak surut-surut menghiasi wajahnya. Pipinya yang terasa panas dipegangnya kejap.

*******
Pada belah malamnya, majlis resepsi mereka berlansung dengan penuh gilang-gemilang di dewan ballroom Shangri-La Hotel yang sudah terhias indah. Tak putus-putus senyuman manis mereka ukirkan buat semua tetamu yang dijemput sehingga naik kejang otot pipi mereka untuk tersenyum lagi. Hari yang cuckup meletihkan, tapi juga cukup menggembirakan.

“Penat sayang?” Soal Iskandar seraya memaut lembut bahu isterinya supaya dekat dengannya. Bau haruman Channel no-9 yang masih segar dari tubuh isterinya menerobos masuk kedalam rongga hidungnya, menyababkan gelora dihatinya semakin ganas menghentam dasar hatinya. Tetamu pun sudah semakin susut meninggalkan perkarangan dewan. Yang tinggal pun hanyalah kerabat terdekat dan sahabat handai.

“Erm.. Qhai dah mengantuk.” Qairina mula merungut manja. Kepalanya dilentokkan kebahu suaminya untuk bersandar melepaskan lelah. Rasa longgar sudah sendi-sendi kakinya berjalan kesana kemari menyapa tetamu yang hadir. Matanya yang terasa sedikit kelat digosok-gosok sekejap menghilangkan kantuknya.

“Jom jumpa umi dengan abah, dia orang dah nak balik dah tu.” Usul Iskandar dengan rasa hati yang menggebu-gebu bahagianya dengan keletah manja isterinya yang tampak begitu senang menunjukkan sikap manjanya pada dia. Tangan isterinya ditarik mengikutnya mendekati mertuanya dan abang-abang iparnya yang sedang berbual bersama mama dan papanya.

“Umi, abah dah nak balik dah ke?” Iskandar bertanya.

“A’ah...dah lewat sangat dah ni, Qhai dengan Is pun jangan lupa rehat awal.” Pesan Puan Saliha dengan senang hati. Hatinya cukup tenang melihat anak gadisnya kini sudah ada perlindungnya sendiri.

“Hai umi ni...macam tak faham-faham pulak, pengantin baru mana nak tidur awal umi. Ada kerja.” Suara sumbang angah sudah kedengaran mencelah sambil mendukung Mia didukungannya. Ada saja ide auntuk mengusik adiknya itu. Wajah selamba badaknya ditayang penuh perasaan dihadapan adiknya yang sudah membulat memandangnya dengan ketapan kuat dibibirnya.

“Kerja apa pulak nak buat malam-malam macam ni. Qhai ada bawak kerja dari office ke kesini?” soal Puan Saliha tanpa dapat menangkap maksud jahat anaknya itu. Iskandar pula sudah tersenyum penuh makna disebelah isterinya. Faham benar apa kerja yang dimaksudkan abang iparnya itu. Otak kuning betul!

Qairina menggeleng laju. Angahnya yang hanya membuang pandang kosong kearahnya dijeling tajam. Bengong punya abang, nasib baik uminya tak dapat menangkap apa yang dimaksudkan abang ngahnya tadi. kalau tidak, mana nak disorokkan muka merahnya ini.

“Dah la tu, abah pun dah penat dah tu, esok ada meeting lagi katanya. Qhai jangan lupa selalu jenguk umi dekat rumah. Nanti umi sunyi.” Puan Saliha berbicara sedih. Mana tak sedihnya, selama ini anaknya itu selalu ada didepan matanya, berbual, bergurau dengannnya. Tapi lepas ni dia boleh bergurau dengan kiki, kucing parsi bertina dekat rumah ajelah nampaknya.

“Insyallah umi, jaga diri ok. Qhai sayang sangat sangat dengan umi dan abah. Tak mau rindu-rindu tau...” balas Qairina dengan rasa sebak yang mula mengintai hatinya. Berkaca-kaca matanya menahan kesedihan, rasa nak pecah dadanya ingin melepaskan umi dan abahnya pergi. Tubuh uminya dipeluk seerat-eratnya, pecah juga empangan matanya melepaskan kesedihan yang beraja dilubuk hatinya.

Iskandar yang melihat hanya tersenyum kelat. Bukan dia tak tahu dengan rasa hati isterinya, gadis mana yang tidak bersedih jika mahu berpisah dengan ibu bapanya. Bahu isterinya diusap-usap memgalirkan semangat.

“Aduh...berdrama la pulak kat tengah-tengah dewan ni. Rumah si Is ni bukan jauh mana pun umi, sejam dah sampai dah. Kalau umi sunyi sangat, suruh aje dia orang ni kasi umi cucu cepat-cepat. Nanti umur dah lanjut banyak masalah pulak nanti. So baiklah muda-muda ni buat anak cepat-cepat.” Abang ngah berseloroh lagi. Tak tahan betul dia jadi penonton drama air mata antara uminya dan adiknya ini. Havoc gila! macamlah lepas ni tak boleh jumpa lagi...isk..isk..isk..

“Is..abang ucapkan good luck la ye...usaha kuat-kuat bagi umi ni cucu banyak-banyak. Ok.” Selamba badak saja abang ngah memberi kata-kata semangat kepada Iskandar. Bahu adik iparnya itu ditepuk-tepuk kuat memberi amanatnya hehe...

“Sengallah abang ni!” marah Qairina dengan mukanya yang sudah meningkat darjah celciusnya. Dada abangnya dipukul kuat sampai abangnya tertunduk sambil memegang dadanya. Ha...rasakan! padan muka!
*******
 Iskandar dan Qairina jalan beriringan sambil berpegangan tangan, menahan keletihan badan dan mata yang semakin layu. Menonong saja mereka mengikut langkah kaki bell boy yang ditugas untuk membawa mereka ke bilik mereka malam ini. Disebabkan meeka sudah menggunakan perkhidmatan hotel mereka sempena majlis resepsi mereka malam ini, pihak Hotel telah menghadiahkan penginapan satu malam buat mereka di honeymoon suite mereka.

“Your room sir.” Beritahu bell boy itu setibanya mereka dihadapan bilik betnombor 1125 ditingkat 16 hotel tersebut.

Yeah...thank you so much..” balas Iskandar selepas menghulurkan sedikit tips kepada pekerja itu. Kad kunci yang ada ditangannya dimasukkan kedalam slot dipintu, selepas ada bunyi yang kedengaran, tangannya segera menolak daun pintu yang sedikit berat itu.

Qairina pula hanya mengekor saja dibelakang dengan muka letihnya. Mulutnya yang menguap besar ditutupnya kejap. Sebaik saja daun pinu ditutup, haruman lavender segera menerobos masuk kedalam rongga hidung mereka. Keadaan suite yang tampak mewah dan luas tak berjaya menarik perhatian Qairina. Sebaik saja masuk, satu-satunya yang dia nampak hanyalah katil empuk bertiang empat dan diserikan lagi dengan kain organza putih yang melilit di tiang-tiang itu.

Iskandar meletakkan bagasi mereka di dalam almari sebelum berpaling semula kearah isterinya. Dilihat isterinya sudah mula membuka lilitan tudungnya dengan riak wajah mamai yang terbias diwajah cantik itu. Dia hanya memerhati saja dari dari jauh melihat semua perlakuan isternya yang nampak seperti sudah melupakan kehadirannya dibilik ini. Debaran hati yang tadinya biasa mula berubah rentak, membilang detik dengan debaran dan gelora yang mula menghempas hatinya. Menunggu masa untuk menatap wajah isterinya buat kali pertamanya tanpa tudung yang melitupi kepalanya. Memang betullah, ada nikmatnya kalau kita berkahwin dengan seorang perempuan yang menjaga perhiasannya daripada mata-mata lelaki. Perhiasan yang hanya layak ditatap oleh seorang lelaki yang bernama suami.

Tudung yang merimaskannya dibuka dan ditarik keluar oleh Qairina dengan matanya yang separuh tertutup. Rasa tak larat sudah hendak mencelikkan matanya bulat-bulat. Ikatan rambutnya dibuka dan terurai sudah ikatan rambutnya yang lurus separas dada. Langsung tak perasan dengan pandangan nakal suaminya dibelakang. Beberapa saat kemudian, dia merapati birai katil dan terus tubuhnya yang masih berbalut baju pengantin berwarna putih dan ungu gelap itu direbahkan keatas katil.

‘Warghh!!!!nikmatnya...’ jerit Qairina dalam hati. Dapat dirasakan keempukan tilam itu menyucuk-nyucuk tubuh langsingnya yang keletihan sepanjang hari. Matanya yang terasa berat ditutupnya rapat, langsung sudah tak teringat pada suaminya.

Iskandar menelan air liurnya kesat tubuh isterinya yang sudah rebah diatas katil. Terasa makin bergoncang imannya melihat isterinya tidak bertudung buat kali pertama. Tampak cukup mempersona dan menggoda mata lelakinya yang selama ini sudah terbiasa dihidang dengan susuk tubuh perempuan-perempuan seksi dan daring. Tapi bila melihat isterinya yang bertutup tubuhnya itu dengan baju pengantin pun dia dapat merasakan aura keseksian isterinya. Kali pertama dia berkongsi satu ruang dan bilik bersama seorang yang bergelar perempuan, tambah lagi bersama isteri yang sudah halal semua buatnya. Sesak dan sempit rasa dadanya menahan keinginan lelakinya yang ingin memaknakan lagi malam pertama mereka seperti pasangan lain.

Tanpa disedari, kakinya sendiri sudah melangkah mendekati birai katil. Matanya tak lepas walau sesaat pun merenung kearah isterinnya dengan debaran dada yang cukup mendera perasaannya. Matanya ralit dan tajam memerhati segenap inci wajah mulus milik isterinya yang sedang terpejam rapat. Rambut isterinya yang nampak lembut bagai menggamit hatinya untuk mengusap rambut isterinya. Baru dia perasan, rambut isterinya nampak sedikit keperangan, tak hitam seperti kebiasaan orang melayu.

“Hai....cantiknyalah bidadari ni kalau tertidur. Nampak comel macam baby.” Omel Iskandar sendirian, perlahan dan cukup bergetar nada suaranya. Dari rambut, jatuh pula matanya ke kening isterinya yang cantik terbentuk, turun kemata, hidung yang comel dan akhir sekali matanya tertunak lama merenung seulas bibir merah yang bisa membuatkan dia gila menepis gelojak hatinya untuk menempatkan bibirnya disitu. Dengan pergerakan yang perlahan dan penuh berhati-hati, kepalanya ditunduk mencari sasaran, serasa tidak tahan melihat isterinya diam sebegitu. Semakin terasa hembusan hangat nafas isterinya menampar wajahnya lembut. Dua inci saja lagi bibirnya akan bersentuh dengan bibir merah milik isterinya, mata isterinya sudah terbuka sedikit, tepat menusup masuk keanak mata hitamnya yang sudah membulat besar akibat rasa terkejut dan kaget yang tak terduga. Ingatkan isterinya sudah tertidur dibawa mimpi. Kantoi!!!!!

Qairina yang sudah terkedu dan kaku tubuhnya terkebil-kebil memandang wajah suaminya yang terasa cukup dekat dan rapat sekali. Hilang sudah rasa mengantuk yang tadi bergayut ditubuhnya. Rasa tak tersedut rasa oksigen masuk keparu-parunya, mana pulak pergi semua oksigen dalam bilik ni??? tolong...I need an oxygen please....

Jantungnya mula berdetak pantas, andai suaminya rapat lagi kepadanya, nescaya suaminya dapat mendengar degupan jantungnya yang sudah berdenyut laju dan pantas. Terasa menderu darah merah dan hangat berlumba-lumba naik kepipinya. Seumur hidupnya, tak pernah dia berdepan dengan lelaki sedekat begini sehingga dapat dirasakan hembusan nafas suaminya menyapa kulit mukanya. Dia mula kaget, rasa takut mula menyelubungi dirinya. Tindakan drastik diambilnya dengan menolak dada suaminya supaya menjauh darinya. Tapi entah dimana silap dan pincangnya gerakannya hingga tangannya yang digunakan untuk menolak dada suaminya itu tersasar jauh masuk kecelah lengan suaminya sehingga dia sendiri dengan tak sengajanya terpeluk tubuh suaminya rapat. Warghh!!!!!

Iskandar yang pada mulanya terkejut mula tersenyum nakal. Nampaknya kesempatan buatnya sudah terbuka luas. Pinggang langsingnya dipeluk erat sehingga terasa lekuk tubuh isterinya melekap rapat ketubuhnya.

Let me go....let me go please...” pinta Qairina separuh merayu bila tangan sasa suaminya melingkar erat pinggangnya kuat. Matanya mula berlinang menahan rasa takut yang mula menyinggah kehatinya. Takut andai Iskandar menuntut haknya malam ini, bukan dia tak bersedia, tapi takut...huhu

Tersangkut-sangkut rasa pernafasannya dipeluk erat oleh suaminya itu. Sesaat kemudian, pipinya terasa dicium lama oleh seulas bibir merah milik suaminya. Cukup lama dan hangat melekat dipipinya sampai terkedu dia dibuatnya. Nak pengsan boleh tak? Apasal rasa malu sangat ni dengan suaminya.

“Sayang... This is our first night ok. what do you think I would do huh?” soal Iskandar ditepi telinganya seakan-akan berbisik. Cukup nakal dan gatal saja bunyinya sehingga meremang rasa bulu tengkuknya. Air liurnya yang terasa berpasir ditelannya cukup payah. Seminit kemudian, tubuhnya terasa ditindih dari atas. Ah, sudah..dia sudah terperangkap dengan kedua-dua tangan sasa suaminya yang ditongkat dikiri kanannya.

Iskandar tersengih nakal merenung raut wajah cantik isterinya yang nampak sangat ketakutan dengan tingkah lakunya. Takut sangat nampak....tapi makin takut, makin bertambah pula cantiknya dengan pipi yang sudah berblusher semulajadi, sangat merenggut tangkai hatinya yang semenjak tadi sudah libang libau dibuatnya. Keinginan yang tadinya entah sudah terbang entah kemana mula menginggah semula, seulas bibir merah itu benar-benar menarik keseluruhan perhatian dan hatinya. Perlahan-lahan wajahnya mula ditundukkan kebawah dengan gelora rasa yang sudah tak terbendung lagi. Tangannya mula melingkari tubuh langsing isterinya

Mata Qairina yang tadinya mencelik besar mula terpejam rapat pabila melihat wajah suaminya mula mendekat. Dadanya terasa hendah pecah dan meletup dirasakan saat ini menahan debaran yang bukan kepalang menghentam dinding hatinya. Semakin dekat...dekat...dan dekat....dia membilang detik.

“i love you sweetheart” ucapan yang cukup tulus dan romantis menampar lembut cuping telinganya. Seketika kemudian, bibirnya terasa lembut tatkala bibirnya bersentuh buat kali pertamanya bersama seorang insan bergelar lelaki. Dan lelaki itu tak lain dan tak bukan adalah suaminya sendiri. Perasaan takut yang tadinya galak menyelubungi hatinya mula hilang sedikit demi sedikit, diganti pula dengan perasaan bahagia dan debaran menunggu tidakan seterusnya. Ciuman pada bibirnya mula berubah rentak sehingga terasa sesak dadanya menahan rasa yang menjentik hatinya kini. Tanpa berpaling dan menoleh lagi kebelakang mengenang masa silam, ciuman suaminya dibalas dengan penuh rasa cinta yang mengebu-gebu memenuhi segenap ruang hati dan jiwanya buat sang suami yang cukup dicintainya itu....

Malam mula merangkak pergi...meninggalkan kenangan yang cukup indah buat pasangan itu yang sedang hangat dilambung cinta yang tak terhingga......


p/s: ketepi...ketepi...ketepi semuanya....SKQ dah terjah blog, Dila pasti mesti ramai yang terlompat riang kan...hehe...amacam ok x? Kalo ada yg rasa macam n3 ni x brapa appropriate, Dila minta maaf terlebuh dahulu ye...ckp best kalo mmg betul best, kalo x best pun Dila terima dgn ati yg terbuka hoho....Sape rasa hubungan antara Qushairi n Hani tu interesting? Angkat tangan haha...apa lagi? Penuhkan ruangan komen dila ye, kalo tak nak merajuk huhu... T_T

27 comments:

idA said...

wah..dik..best giler E3 ari ni..mrk tlh melalui mlm pertama mrk..dan qushairi nampaknya dpt menerima hani..apa ek akan berlaku utk menduga is dan Qhai...

Wan_panjang said...

n3 yg terbaik....
sweet la dorang berdua tu,...
malu tp mahu

dyaNZa said...

sweetnyer... ;p

Anonymous said...

wahhhhh....best giler memang best...sangat sangat best la..terbaikk writer...keep it up...all the best... like it... sweetnyer...new n3 please :)))

sweety said...

u a good dilla...suasana romantis yg tak berat...sopan bila dibaca..cepat memahami...so goodlah u...congrare..harap skq dapat dibukukan..

Anonymous said...

Adoiiii...dila romantiknya...setuju dengan sweety romantis yg sopan dibaca..tidak keterlaluan ringkas tapi padat...rasa2nya menarik jugak kisah cinta Qushairi n Hani..kesian kat Hani...dila..cepat2 update ye..jgan buat saya tertunggu2..hehehe

Anonymous said...

update cpt2 yer...jgn buat kitaorg tggu lame2...hu3...

(^__^) miza muhd said...

Thank you. suka sgt2 dgn entry ni. hehehe....

jas said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ruby muksan reds said...

so sweet.cpt sambung yea

dila dyna said...

hehe....time kasih atas semua sokongan yg x putus2, ini semua sekadar imagnasi saja ye..kalo ade yg rse x sesuai nk bce, dila mintak maaf banyak2..mmg x semua boleh terima cerita macam ni, tapi rasanya tak keterlaluan sangat rasanya...

Anonymous said...

wah...best2...hani tu baik la...so buat la qushairi dpt terima dia...xla die kacau qhai lg..hehehe..

dila dyna said...

insyallah..kalo ad kelapangan masa, dila akan taip cepat2. kne wat assign n report dlu, mggu dpn kne anta huhu

MuSaFiR said...

mcm best jek watak hani tue...

amorey chenyonye said...

so sweeeeeeeet dila.sy suka berjuta2 lemon.

Afifah Yusof said...

Salam kak Dila...
mula start baca hari ni dari awal...
sangat2 suka dengan cerita ni...
kisah Qushairi dengan Hani pun menarik.. boleh diperkembangkan lagi... hihihihi...
good job kak... baca cerita ni hilang sikit rindu pada Aiman dan Laila... thanks kak Dila... ^__^

dila dyna said...

hehe...thanks sgt Afifah. jgn segan2 la lepas ni follow cite ni ye haha...rindu dkt Aiman n Laila??? akak pun rindu jugak huhu...

Capital S ♥ said...

pingsan ! pingsan ! how romantic they are !
terlompat2, merjerit2, semua pun ade :))
please don't let any watak jahat dlm cerita ni :)
huhuhu~ gud luck miss writer !

AniLufias said...

suka sgt ..hari ni baca smpai epi 14...fuhhhh
romantiknya...tp mmg best
& klu bole x nak arr ada gangguan dr si intan...huhuuhuhhuu
nak mrka tu pasangan yg bahgian jea..

dila dyna said...

time kcih Ani Lufias coz sudi marathon dari bab 1 lagi huhu *terharu....kte kne la bg dugaan sikit, baru la cinta antara Is n Qhai makin kuat haha *gelak devil.. :p

pnut said...

so sweeettttt....
rase terbuai2 jer bile bc n3 nie...
hani ngan Qushairi tuh pun mcm best gak..
thx Dila 4 diz n3..
mood : happy ;)

Miss FF said...

best... sweet... cite sal qushairi n hani pun best..

dila dyna said...

thanks bangat pada semua yg x abis2 memuji hehe *kembang kejap....tuk next n3 maybe lmbt ckit coz dila ade test, assign, n report nk dibuat scept mungkin...so saba k ^,^

Aida Sherry said...

maratoon baca dari mula sampai n3 ni.... serius best cite ni..... akhirnya bahagia menjadi milik Qhai dgn Is dan moga Hairi boleh bahagia bersama Hani..... Intan pulak boleh blah.... hahahaha.... jgn biarkan Intan rosakkan hubungan Is dan Qhai....

dila dyna said...

sab...sob *terharu....terima kacih sgt kak Aida sudi marathon cite ni, nmpaknya makin ramai yg baca laju2 cite ni dari bab 1 hehe...rasa sangat terharu, tersentuh, nak menagis pun ada coz sudi follow cite ni huhu T_T

~TERIMA KACIH SUME!!!LUV U ALL MUAH3XXXXXX....~

Anonymous said...

Mantabz cik dila.. Terrr.. Angkat seh seme jempol.. (jempol kaki pon ikut naik..muehehe.. )

Batricia Angelina said...

Kak dila saya nak tanya yg SKQ nie dah di publishkan atau belum?